Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 3  

Wednesday, April 8, 2009

Dah dua bulan aku kerja jadi salegirl dekat kedai kasut sukan. Dan dua bulan tu jugalah aku sering di ganggu oleh jambangan kemaafan dari Haiqal. Satu pun aku tak layan. Dia ingat aku ni anak ayam ke boleh buat sesuka hati. Dah tiga kali dia ajak aku keluar. Kononnya nak pujuk aku la tu. Kalau nak ambil aku balik kerja tak usah cakap la. Dah berpuluh kali aku tolak. Malas nak layan orang macam tu.

Aku paling pantang orang ambil kesempatan dekat kaum hawa yang lemah ni. Aku bukan jenis perempuan yang tergedik-gedik mintak di pegang. Gila. Baru keluar sekali dia dah berani buat macam tu. Dan secara rasminya juga dia dah merasa penampar sulung aku. Baru dia ada akal. Niza pun tak putus-putus nak pujuk aku supaya maafkan Haiqal. Sorry beb. Kirim salam je la.

Hari ni aku kena balik lewat sebab ganti kawan aku yang tak datang kerja. Dari pagi aku berdiri layan customer. Nak tercabut rasanya kepala lutut aku. Ditambah pula hari ni hujung bulan, orang semua dah dapat gaji. Apa lagi tak menang tangan aku nak layan. Yang datang bukan koman-koman orang. Semua jenis yang berduit . Aku ni nak beli satu pun kena himpun gaji dua bulan. Bukan abah tak mampu tapi aku tak suka susahkan abah. Aku lebih suka usaha sendiri. Sebab tu abah tak kisah kalau aku kerja dekat kedai tu.

Lagi dua jam baru aku boleh balik. Penat gila. Rasa nak pengsan pun ada juga. Customer pun dah makin kurang. Kalau di hitung maunya 30 ke 40 customer aku layan. Aku tengok Sew Hai pun dah terlentok. Kami memang dah tak larat.

“Kasih, u mau balik pukul belapa?” Nama pun anak cina, cakap pun pelat la. Dengan slang hokkien dia.
“Lepas kedai tutup la. Apasal?” Sew Hai garu kepala. Banyak kutu kot.
“Wa mau makan la. Wa talak tahan lo mau tunggu sampai balik lumah,” pulak dah. Aku pun tak larat ni. Aku jenis tak kisah kalau lapar pun boleh tido punya.

“U mau makan apa?” aku pun dah terikut pelat cina dia.
“Apa pun tak pa lo.”
“Ok la. Kita makan kedai mamak je la. Aku malas nak makan jauh-jauh.” Aku nampak Sew Hai senyum. Memang dia rapat dengan aku sejak kami kerja dekat situ.


Aku ke depan kedai untuk masukkan semula rak kasut yang kami letakkan di luar. Sew Hai tengah sibuk melayan seorang customer. Aku dengan pekerja yang lain sibuk angkat rak kasut yang boleh di katakan berat kalau nak di bandingkan dengan kudrat perempuan. Satu rak tu kami angkat empat orang. Masa nak letak dekat dalam kedai, tak tahu siapa yang terlepas awal rak kasut tu. Rak kasut tu jadi senget dan terjatuh atas aku.

Brummm!!!!!

Habis semua kasut yang dekat atas rak tu berselerak. Nasib baik aku dapat elak cuma kena tangan aku sikit je.

“U okey ka Kasih,” aku tengok bos dah risau tengok muka aku berkerut menahan sakit. Sengal la jugak tangan aku ni sebab rak tu memang berat gila.

“Sikit je kot. It’s ok.” Aku cuba urut-urut sikit tangan aku.
“Betul ka? U mau wa hantar peligi kelinik ka?” Alamak bos ni pun. Sikit je bukan teruk sangat. Aku malas la nak pergi klinik. Bukan apa aku ni memang dari kecik tak suka jumpa dokter. Takut kena cucuk. Eeeiii..seram.

“Tak payah la bos. I ok la,” aku yakin kan bos aku.

Bila semua dah reda, kami pun sama-sama susun balik kasut yang dah berterabur tadi. Masa aku nak angkat dua tiga kotak kasut, aku rasa tangan aku sakit sangat. Memang ngilu gila. Aku control sebab tak mau dia orang risau. Aku pun susun la pelan-pelan macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Time balik, aku dengan Sew Hai singgah dekat kedai mamak. Aku naik skuter yang abah belikan. Duit muka je abah bagi, bulan-bulan tu aku kenalah bayar sendiri. Itu pun dapat lepas aku buat mogok lapar dua hari. Nakal betul aku. Tapi kalau aku tak buat, along yang akan kena susahkan diri nak ambil aku balik kerja. Bila dah sampai rumah nampak la muncung kakak ipar aku tu panjang sampai boleh buat sangkut baju.

Aku tak nak cakap dengan abah derect. Hati along pun kena jaga jugak. Aku tahu dia tersepit di antara family dengan isteri dia. Kesian along…


********


Terkial-kial aku bawa motor. Aku rasa tangan aku sakit sangat. Aku berhenti sekejap. Aku raba-raba tangan aku yang dah bengkak. Baru aku perasan ada sebuah kereta Honda berhenti di depan aku. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, aku nampak Haiqal keluar dari kereta dan menuju ke arah ku. Eh..takan dia follow aku dari belakang. Tiap-tiap hari ke dia buat macam tu? Malam tu aku tengok Haiqal tidak datang berseorang. Tapi aku tak pasti siapa gerangan yang masih setia duduk dalam kereta Haiqal.

“Kenapa? Motor rosak ke?” Dia nampak segak walaupun hanya berseluar dockers dan dipadankan dengan tshirt berkolar warna hitam.
“Tak ada apa-apa?” aku sengaja mengelak dari berjumpa dengannya. Padahal dalam hati, tuhan aje yang tahu.

“Kalau tak ada apa-apa, apasal berhenti?”
“Saja je,” aku jawab acuh tak acuh.
“Awak tahu tak bahaya. Kalau jadi apa–apa kan susah.” Haiqal dah mula nak berleter.
“Jadi apa pulak?” soal ku semula.
“Awak tu perempuan la cik Nur Kasih ooiii. Kalau kena kacau dengan budak jahat macam mana? Awak tu bukan kuat sangat pun nak lawan.” Aku tengok si Haiqal dah mengalahkan perempuan bila bercakap. Pot pet..pot pet. Dia siap sebut nama penuh aku lagi tu.

“Mana awak tahu saya tak kuat? Awak dah try ke?” Haiqal menjegilkan matanya mendengar jawapan ku.

“Ingat benda ni main-main ke? Apasal awak ni degil sangat.” Marah Haiqal. Tangan dia terpegang tangan aku yang sedang membengkak tu.
“Auchhh!!,” aku menepis tangan Haiqal. Berdenyut-denyut tangan aku.

“Kenapa dengan tangan awak?” Haiqal dah mula risau tengok aku. Sakit tu aku tak tahu nak gambarkan macam mana.
“Tak ada apa lah. Awak pergi la balik dulu.” Jawab aku tersekat-sekat.
“Awak ni degil la. Bak sini saya tengok.” Haiqal dah tarik baju sejuk aku. Aku masih tolak tangan dia.

“Tak ada apa-apa lah. Jangan la awak. Saya ok,” dia merenung tajam mataku. Rasa macam dah tembus sampai ke otak.
“Awak nak saya cium awak macam hari tu.” Bila dengar dia cakap macam tu, aku tak jadi melawan. Takut kena cium lagi. Dah la dekat tepi jalan. Maunya nanti kena tangkap basah lagi susah.

Dia buka baju sejuk ku dengan perlahan sekali. Dia nampak terkejut bila tengok tangan aku dah semakin membesar. Muka aku masa tu jangan cakap la. Macam-macam riaksi ada. Sakit dengan malu dah bertukar-tukar.

“Asal boleh jadi bengkak macam ni.Bila jadi macam ni,” soalnya serius.
“Masa kat tempat kerja tadi. Rak kasut jatuh.” Masa tu aku rasa macam manja sangat dengan dia. Nasib baik belum jadi couple, kalau tak dah lama aku merengek dekat dia.

“Nak jadi hero la tu. Tap padan dengan perempuan,” eh mamat ni. Suka hati aku la.
“Saya tak macam awak la. Dah benda tu nak jatuh dekat saya, nak buat macam mana.”
Sengaja dia nak bagi darah aku naik.

“Dah tu kenapa tak pergi klinik. Kenapa biarkan sampai dah bengkak macam ni.”
“Sikit je ni. Balik nanti saya urut je dengan minyak angin.” Aku melawan.

“Awak jangan main-main la Kasih. Awak tau tak tangan awak ni dah bengkak. Mana boleh main urut macam tu je.” Suara Haiqal meninggi. Aku tahu dia marahkan aku.

“Saya tak buta lagi la. Saya tahu la tangan saya dah bengkak. Dah tu awak nak suruh saya buat apa?” dah la tangan aku sakit. Lagi dia nak marah-marah aku. Bengang betul.

“Jom saya hantar pergi klinik.” What!!!.. Nak pergi klinik. Matilah aku. Nanti kantoi la aku. Macam mana ni. Aku dah gelisah gila. Muka aku pun dah lain.

“Err..kalau tak pergi klinik tak boleh ke? Kita cari tukang urut je la.” Aku cuba pujuk Haiqal.
“Banyak la awak punya tukang urut. Jom. Jangan nak banyak songeh. Nanti lagi lewat awak sampai rumah.” Aku terkedu. Dah tak tahu nak tolak macam mana.

Tangan ni pun satu hal. Time ni la jugak kau nak membengkak. Haiqal membuka pintu sebelah pemandu. Dia bercakap sesuatu dengan temannya. Aku tengok temannya hanya mengangguk sahaja. Haiqal kembali kepada ku bersama temannya.

“Kau tolong hantar skuter ni kat rumah aku. Aku nak pergi rumah kak Reen. Kunci tu kau simpan dulu.” Haiqal berpesan kepada temannya. Siapa temannya aku ingat-ingat lupa.

“Ok Qal. Aku chow dulu.” Aku terpaksa bagi kawan Haiqal naik skuter aku. Takut calar. Motor baru la katakan. Bukan senang nak dapat.
“Jom,” Haiqal pegang bahu aku.
“Nak ke mana?”
“Pergi mana pulak. Pergi klinik la. Tangan tu dah jadi macam belon saya tengok. Takut jadi lagi teruk pulak.” Haiqal bukakan pintu kereta untuk ku. Nak nampak gentleman kena la buat macam tu.

Haiqal pandu kereta tak la laju sangat. Satu perasaan aku yang baru bila dekat dengan Haiqal, aku akan rasa selamat. Banyak yang di celotehkan. Dah dua kali kami pusing Bandar sebab nak cari klinik yang masih beroperasi. Tapi nasib tak baik sebab tak de satu pun klinik yang buka. Sebelum tu Haiqal awal-awal lagi suruh aku talifon abah. Tak nak bagi abah risau.

“Kita pergi hospital je la,” cadang Haiqal.
“Eh tak payah la. Kalau tak de klinik yang buka kita balik je la.” Ada ke dia ajak aku pergi hospital. Aku jamin mesti kena tahan dekat wad punya.
“Pulak. Takkan nak biarkan je tangan tu. Kalau tak di rawat sekarang, makin teruk nanti.”
“Tak ada apa la. Awak ni risau sangat la. Jom la balik,”
“Memang la saya risau sebab saya sayangkan awak. Itu pun nak kena ajar ke?” sindir Haiqal.
“Saya tak suruh pun,” aku cebik. Dah mula la tu.
“Mana ada sayang seseorang tu kena suruh dulu. Awak ni datang dari planet mana hah?” sengih Haiqal.
“Planet yang tak de orang macam awak. Gila,” bentak ku. Geram dengan perangainya.

“Gila-gila saya pun awak akan sayang juga. Tunggu la nanti,” perasan la pulak mamat ni.
“Tolong sikit ye. Ha ha ha kirim salam je la.”

Aku tengok dia sedang membelokkan keretanya ke satu kawasan perumahan mewah. Memang lah bukan kawasan rumah aku sebab rumah aku tak mewah pun. Takkan nak bawak balik rumah dia. Aku dah mengelabah sakan.

“Awak nak bawak saya pergi mana ni? Awak jangan main-main? Saya jerit nanti,” Haiqal tergelak mendengar kata-kata ku.
“Kenapa? Takut ke? Siapa yang boleh dengar kalau awak jerit dalam kereta ni,” Haiqal sengaja membuat aku lebih mengelabah.
“Cakap la kita nak pergi mana ni? Jangan la macam ni,” kata-kata ku terhenti apabila Haiqal menghentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo. Gulp!! Aku rasa macam nak pitam.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Ku Yang Setia 3

 

Design by Amanda @ Blogger Buster