Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 14  

Wednesday, December 16, 2009

“Larat ke sayang?” Bella tersenyum lucu melihat riaksi Helmi. Langkahnya di atur dengan berhati-hati. Dirinya hanya menunggu hari untuk melahirkan. Jika mengikut tarikh yang di beri, sepatutnya sebelum menyambut tahun baru dirinya akan dijangka akan bersalin.

“Larat la. Nak turun tangga je kan. Bukan nak berlari,” guraunya dibalas jelingan tajam Helmi. Tahu benar suaminya terlalu risau. Pengalaman pertama, begitulah jadinya.

“Kalau duduk rumah mama kan senang. Tak adalah abang nak risau sangat. Ni nak pergi kerja pun susah.” Bella hanya tersenyum. Suaminya merungut dengan kedegilannya.

Entah kenapa perasaannya agak lain sekali. Tiba-tiba saja rasa meluat apabila nama mertuanya di sebut-sebut. Sedangkan sebelum ini, tak pernah pula dirinya kisahkan itu semua.

“Kalau duduk rumah sendiri lagi senang. Nak buat apa pun orang tak marah.” Pujuk Bella lembut. Helmi hanya mampu menggeleng lemah. Memang banyak benar perubahan Bella.

Tak sampai hati pula melihat Bella yang sering di cemuh oleh mamanya. Telah banyak yang Bella korbankan. Sehingga sanggup haknya di ketepikan. Mungkin kali ini hatinya telah letih. Letih untuk terus mengalah.

Untuk lebih memudahkan Bella, Helmi menyediakan tempat khas untuk Bella berehat-rehat di tingkat bawah. Tak perlu lagi untuk mendaki anak tangga. Itu pun hanya ketika Helmi tiada di rumah. Jika tidak, mereka lebih selesa menghabiskan masa di bilik saja.

Semua peralatan telah si sediakan. Kelengkapan bersalin untuk Bella bawa ke hospital juga sudah pun tersedia. Mana tahu kalau-kalau sudah tiba waktu bersalin, tak perlu nak tergopoh-gopoh lagi.

Helmi memimpin tangan isterinya. Rungutan sudah tidak lagi keluar dari bibirnya. Untuk apa ia merungut, sedangkan bukan itu yang Bella pinta.

“Sayang rasa ok lagi ke? Tak nak duduk dekat hospital,” Helmi melutut di sisi Bella. Terasa amat berat untuk meninggalkan Bella yang sudah terlalu sarat. Kerana berat badan yang semakin naik membuat kakinya kelihatan membengkak.

“Tak nak la bang. Nak buat apa duduk dekat hospital lama-lama. Bukan nak bersalin lagi. Boring tau. Saya ok lagi la. Abang jangan la risau.” Pipi Helmi di elus lembut. Terasa licin sekali kerana wajah suaminya memang jarang di tumbuhi jerawat.

“Tengok tu. Dalam masa-masa macam ni pun sayang nak degil lagi.”
“Bukan degil la. Tapi saya tak selesa kat sana nanti,” Bella mengelak. Memang seboleh-bolehnya dirinya tidak mahu bersendirian ketika di hospital. Hospital bukanlah tempat yang menyeronokkan buatnya.

“Macam ni. Abang akan pesan pada mama suruh temankan sayang kat sini. Lagi pun mama bukan ada kerja apa pun,” Bella menggeleng pantas.

Berkerut dahi Helmi. Bila sebut saja tentang mama, pasti ada tentangan dari isterinya. Semakin tidak faham dengan karenah Bella.

“Betul sayang tak ada apa-apa ni?” sudah malas untuk terus memaksa. Helmi mengeluh perlahan dengan anggukan Bella. Lalu tangan di hulur sebelum di sambut dan di kucup lembut oleh Bella. Helmi membalasnya dengan melepaskan sebuah ciuman hangat di bibir Bella. Membulat matanya kerana terkejut.

Agak tergamam Bella kerana suaminya begitu berani melakukannya di tempat terbuka. Wajahnya merona kemerahan. Masih lagi merasa malu-malu sedangkan Helmi sudah pun meleret tersenyum. Tangan Bella masih di genggam.

“Jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa, terus call abang. Rasa sakit sikit pun terus call abang,”
“Iye la suami ku sayang. Sakit sikit pun nanti saya call abang,” seraya tangannya mencubit pipi suaminya. Geram kerana risunya terlalu berlebih.

“Love you,” pantas bibir Bella di kucup sekali lagi sebelum berlari meninggalkannya. Bukan apa, takut lain pula yang jadi nanti. Bella tersenyum senang. Kenakalan Helmi terus terpahat di hati.

Sementara itu di sebalik dinding, sepasang mata begitu asyik mengintai. Terlalu asyik sehingga sanggup membayangkan dirinya yang mendapat layanan itu.

Namun bayangan itu menghilang apabila namanya di panggil. Mungkin Bella inginkan sesuatu. Lambat-lambat ia menyahut panggilan itu. Sengaja membiarkan Bella tertunggu-tunggu.

Suria berdiri di sisi Bella. Senyum yang terhias hanya sekadar lakonan. Tiada langsung keikhlasan di hatinya. Semakin hari, hatinya semakin di bayangi rasa cemburu. Hanya menanti tiba satu saat, semua akan menjadi miliknya.

Teringat akan kata-kata pembantu rumah jirannya. Sedikit sebanyak rancangannya untuk mendapatkan Helmi tidak terlalu sukar. Asalkan ia sanggup untuk melakukannya.

“Suria..” lamunannya sekali lagi tersentak. Boleh pula ia mngelamun di hadapan isteri majikannya. Gelagatnya di perhatikan Bella.
“Ya puan.”
“Apa yang kamu menungkan?” lembut bicara Bella.
“Tak ada apa-apalah puan.” Pada zahirnya Suria bukanlah seseorang yang perlu di bimbangkan. Namun hakikat adalah sebaliknya. Mata kasar Bella tidak mampu untuk mentafsirkan.


“Betul ni.”
“Betul puan,” Suria sekali lagi memberi jawapan yang sama. Kebaikan dan kelembutan Bella bakal di khianati. Itu janjinya. Untuk apa ia berkongsi rahsia atau pun masalah dengan isteri majikannya. Tiada guna kerana semuanya hanya membuang waktu. Sudahnya, ia juga yang sakit hati.

“Kalau macam tu, awak ambilkan saya jus.” Arahnya pada Bella.
“Puan nak sarapan sekali ke?”
“Tak payah. Saya tak ada selera nak makan,” arahan Bella di patuhi tanpa sebarang bantahan. Langkahnya sengaja di lambatkan.

‘Hei… tak menyusahkan orang tak boleh ke… kan senang kalau merambus cepat-cepat..’ sumpah Suria.

Gelas yang di pinta Bella di letakkan di atas meja berhampiran. Suria terus membiarkan Bella yang sedang asyik membaca novel. Dari melayan bicara Bella, Suria sanggup menghabiskan waktu menyiapkan tugasnya.


**********

“Lama you tak turun Sara, sibuk jaga menantu ke?” Puan Sara mengerling tajam. Kata-kata itu terus menikam hatinya. Sengaja ingin menjatuhkan air mukanya. Kini cerita tentang perkahwinan Helmi telah pun sampai ke pengetahuan rakan-rakan.

“Eh tak la. Siapa cakap I sibuk jaga menantu, I sibuk nak cari isteri baru untuk anak I,” jelasnya sambil tersenyum. Sengaja di tekankan perkataan ‘isteri baru’. Bicaranya tidak mahu mengalah. Kononnya dirinya yang berkuasa. Hatinya seronok apabila wajah yang lain kelihatan kelat.

“Ohh… dah jumpa ke calon untuk isteri baru anak you.”
“Sudah, memang I dah berkenan lama dengan budak ni. Anak saudara I juga,” balasnya dengan senyum melebar.

“Baiknya menantu you tu. Tak kisah ke dia nak di madukan?” kata salah seorang dari mereka. Walaupun tahu dengan perangai Puan Sara, mereka tetap melayannya dengan baik. Kalau di ikutkan juga rentak Puan Sara, tiada apa yang membezakan mereka.

“Kisah ke tak kisah ke, I peduli apa. Helmi tu kan anak I dan I ni mama dia. So… sekarang ni giliran dia pula yang kena dengar cakap I.”

Masing-masing berbisik sesama sendiri. Entah kenapa bicara Puan Sara sungguh angkuh sekali. Sanggup pula memaksa anaknya untuk beristeri lain. Sedangkan Bella sedang sarat mengandung.

Perbualan itu menyentak hati Datin Maria. Walaupun gaya Puan Sara hanya sekadar membalas kata-kata sinis mereka, namun hatinya sedikit terganggu. Entah kenapa semua itu seperti ada kaitan dengan dirinya.

“You serius ke ni Sara,” soalnya perlahan. Tidak mahu yang lain turut sama mendengar perbualan mereka. Datin Sally yang duduk bersebelahan dengannya saja yang mendengar. Dalam ramai-ramai, hanya mereka berdua yang mengenali Bella.

“Kenapa I tak serius pula. Anak I kan lelaki, dia pun mampu untuk beristeri lebih dari satu.” Jawapan Puan Sara membuat Datin Maria dan Datin Sally saling berpandangan. Tergamam seketika.

“Kenapa pula you cakap macam tu. I tengok menantu you tu pun tak ada apa kurangnya.” Puan Sara senyum. Kerana kesederhanaan Bella membuat ia tidak setanding dengan anaknya. Memang jauh panggang dari api. Itu yang menjadi tembok ke egoannya selama ini.

“Actually I tak suka dengan orang kebanyakan. I nak anak I kahwin dengan orang yang setaraf. You fahamkan maksud I,” Datin Maria mengeluh. Apalah nasib malang Bella bermertuakan Puan Sara. Sesungguhnya kesempurnaan Bella benar-benar menambat hatinya.

“Kesian dia Sara. Kalau I ada anak lelaki, dah lama I kahwinkan anak I dengan menantu you tu. Lagi bagus ambil budak kampung dari budak bandar yang tak tentu hala adapnya.” Sinis Datin Maria membidas. Terasa geram dan marah dengan sikap Puan Sara yang masih belum mahu berubah.

Hatinya begitu hiba. Rupanya nasib Bella lebih teruk dari apa yang pernah dirinya rasai sebelum ini. Semua itu hanya tinggal sejarah dalam hidupnya.

Syukur dengan berkat ketekunan dirinya memanjatkan doa, kehadirannya di terima walaupun di saat-saat akhir. Itu semua sudah cukup buatnya. Malah satu penghormatan baginya kerana tetap utuh kasih dan sayang walaupun terpaksa menelan segala kepahitan sendirian.

“Kalau you nak sangat, you ambil la. I tak kisah pun.” Jeling Puan Sara tanpa ada perasaan bersalah. Malah hatinya puas. Datin Sally yang turut merasa ketegangan itu terpaksa ikut masuk campur. Tidak mahu suasana menjadi semakin tegang.

Kehadiran mereka adalah untuk mengeratkan perhubungan dan bukan untuk bertikam lidah atau pun menunjuk kuasa.

“I bukan nak sebelahkan siapa-siapa, but she’s right Sara. Dia pun ada hati dan perasan. Lagipun I dengar anak you yang tergila-gilakan menantu you tu.” Puan Sara menoleh. Datin Sally di tatap dengan pandangan tajam.

Hatinya terdetik ingin tahu dari mana Datin Sally mengetahui ceita perihal anak menantunya. Jangan-jangan, Bella ada mengadu dengan teman-temannya. Puan Sara berbisik sendirian.

“Mana You tahu semua ni. Mustahillah anak I yang tergila-gilakan perempuan tu. Agaknya dia yang bomohkan anak I.”

“Sara..Sara, tak baik you cakap macam tu. You dah lupa agaknya. Anak I kan satu tempat kerja dengan anak menantu you. So… semua cerita dia tahu. Tak perlu nak sorok-sorok,” serta merta riak wajah Puan Sara berubah.

“Eh… ye ke.” Puan Sara berselindung dari api kemarahan yang meluap-luap. Ke mana saja kaki melangkah, pasti ada saja cerita tentang Bella. Semakin hari, semakin bernanah telinganya.

Datin Maria dan Datin Sally tidak lagi terus bertanya lanjut. Membiarkan Puan Sara terus dengan amarah dan bencinya. Semakin di layan, semakin teruk prasangkanya pada Bella. Dan semakin menampakkan wajah sebenarnya yang selama ini sering di labelkan seorang yang pemurah.


************

Cermin kereta di turunkan perlahan. Kaca mata di tolak ke atas. Untuk pertama kalinya, ia berada di hadapan rumah Helmi. Tak sanggup lagi telinga menahan akibat di sindir. Pedih masih jelas terasa. Dan kerana itu hatinya terdorong untuk melakukan perkara yang tidak pernah langsung terlintas di fikirannya.

“Kamu tunggu di sini,” arahannya di terima tanpa bantahan oleh pemandu.

Kaki melangkah menuju ke pintu pagar utama. Loceng di tekan walaupun hatinya masih teragak-agak. Penantiannya tidak lama kerana kehadirannya di sambut seseorang. Dari cara dan gayanya kelihatan seperti pembantu rumah.

“Cari siapa?”
“Helmi ada?”
“Maaf, dia tak ada di rumah.”
“Isteri dia?”
“Isteri dia pun tak ada.”
“Kau tahu ke mana dia orang ni pergi,”
“Tak pasti, tapi kalau tak silap isteri dia nampak macam nak bersalin.”

Air wajahnya berubah. Jawapan itu benar-benar membuat hatinya semakin sakit. Nampak rancangannya semakin sukar.

“Ada apa-apa lagi puan?”
“Kau ni siapa?”
“Saya pembantu rumah saja puan,” suara itu menjawab dengan nada sedikit ketar. Takut jika perempuan di hadapannya adalah seorang penjahat.

Melihat wajah itu tersenyum membuat hatinya semakin gusar. Di tambah pula lelaki yang berada di dalam kereta yang sedang setia menanti. Melihat dari tubuhnya saja agak menggerunkan.

Suria di renung dari atas ke bawah. Potongan tubuh badan yang di miliki Suria agak mengiurkan. Wajahnya juga tidak kurang hebat. Hanya perlu dididik sedikit untuk tampil bergaya. Dirinya yakin pasti ramai lelaki yang akan tergoda nanti.

“Bagus! Aku nak kau buat sesuatu untuk aku. Boleh?” ujarnya perlahan. Gadis di hadapannya semakin bengong. Semakin keliru. Apa semua ini. Terpinga-pinga kerana masih tidak dapat menangkap maksud sebenar wanita itu.

“Maaf puan, saya ada kerja sikit nak di habiskan.” Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik ia berlalu. Namun wanita itu menghalangnya dengan pantas.

“Nanti! Kau mungkin tak tahu siapa aku. Aku akan terangkan kemudian, tapi….” Gadis itu berhenti melangkah. Walaupun takut namun hatinya tertarik untuk mendengar tawaran wanita yang tidak dikenali. Tidak rugi jika ia mendengar dahulu.

“Semua ni cuma antara kita saja. Kalau semua ni pecah dari mulut kau, aku akan pastikan kepala kau juga akan pecah.” Ugutan keras wanita itu memaksa kepala di angguk lambat. Mana tahu nasibnya akan berubah selepas ini.

Senyuman itu semakin melebar apabila gadis di hadapannya terus saja membuka pintu pagar yang berkunci. Tanpa menunggu, kakinya terus saja melangkah masuk. Terkedek-kedek gadis itu mengikutinya.



“Aku mama Helmi.”
“Hah!!” Suria terkejut. Tak di sangka mama kepada majikannya masih kelihatan muda. Kulitnya masih kelihatan tegang. Langsung tiada kedutan tergaris di wajah. Masih tampak jelita.

“Aku akan terangkan sekali saja.” Suria angguk laju. Berdebar-debar hatinya. Takut menyelubungi seluruh urat sendi. Entah apalah yang di inginkan darinya.

“Aku nak kau goda Helmi.”

Tersentak jiwa raganya. Apakah ini hanya satu mimpi. Mimpi yang selama ini dirinya impikan. Pipi di cubit sekuat hati.

“Aku tahu kau mungkin terkejutkan. Untuk apa dan kenapa, itu kau tak perlu tahu. Aku nak kau buat sampai Helmi ceraikan Bella. That’s it” perasaan takut terus hilang.

Suria mula bersorak di hati. Bertepuk sakan kerana cita-citanya semakin dekat dengannya. Tidak lama lagi, dirinya akan menggantikan tempat Bella. Tak sangka pucuk di cita ulam mendatang. Benar-benar dirinya mendapat durian runtuh. Tuah badan.

“Bu…bukan senang puan,” Suria semakin berani bermain api. Tidak sedar api yang di hadapi bukan jenis yang sebarangan.
“Itu aku tahu. Dan kau pun bukannya bodoh. Takkan itu pun aku nak kena ajar!” Suria tunduk. Nampaknya wanita ini sungguh berani menyimpan api dalam sekam. Satu masa nanti semua akan hangus terbakar.

“Tapi saya ….”
“Kau nak ke tak nak. Ini upah kau. Bagi tahu aku kalau kau perlukan apa-apa,” serentak dengan itu sebuah sampul di campak ke meja. Kelihatan sampul itu agak padat. Entah berapa jumlahnya.

Suria semakin seronok. Senyumnya semakin melebar. Sampul yang padat kini berada di tanggannya. Terbeliak matanya apabila terlihat isi sampul. Belum pernah di impikan untuk memegang duit sebanyak itu.

Puan Sara senyum meleret. Budak kampung, mudah sangat di pengaruh dengan wang ringgit. Taburkan saja sedikit kemewahan, pasti mereka setuju. Malah ada yang tidak sedar sebenarnya mereka tidak ubah seperti kambing hitam. Hanya menanti waktu untuk di korbankan.

“Itu baru separuh. Bakinya aku akan langsaikan selepas kerja kau selesai,” semakin seronok Suria. Rezeki datang bergolek-golek di hadapan mata. Sekurang-kurangnya dirinya bukan penyebab utama. Jari takkan menuding kepadanya. Dirinya hanya menjalankan perintah. Tanpa ada rasa bersalah.

Setelah tetamu yang tidak di undang beransur, Suria cepat-cepat melangkah ke biliknya. Katilnya di taburi dengan wang yang baru di perolehi. Matanya kelabu dengan kemewahan yang baru jatuh ke ribanya. Kepala sudah membayangkan dirinya ketika mendampingi Helmi kelak. Pasti siapa yang memandang turut cemburu.

“Nasib la kau Bella. Nampaknya bukan aku sorang je yang tak suka dengan kau….” Ketawa Suria sekuat hati meraikan kemenangannya yang bakal tiba.

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Kasih NurBella 14

  • Anonymous
    December 16, 2009 at 5:37 PM  

    uwaaaaa.. ciannye bella.. tlglah jgn kc helmi tergoda mcm hero PR tu.. xmo2.. jahat tol mak mertua.. kalo la helmi tergoda, die mmg manusia lidah bercabang... xmo helmi tergoda...

  • Anonymous
    December 21, 2009 at 3:31 PM  

    cepat2 sambong
    saya dah xleh tunggu lagi

  • Nurul QisDhira
    January 20, 2011 at 2:54 PM  

    aish ! puan sara nie mmg jahat la...sama ngn suria tu !ibarat mengantuk disorongkan bantal... abiz la rmh tangga bella...

  • Zass
    February 13, 2011 at 5:07 PM  

    plis sgt2 ya author! jgn sesekali benarkan helmi tergoda ngan suria....
    i tak nak mcm watak haziq dalam pergilah penjara rindu... plis sgt2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! biarlah mereka tepisah seketika tetapi jgn sesekali mereka bercerai ataupun helmi berkahwin atau melakukan apa2 hubungan ngan wanita lain... i hate watak tiara..... plis sgt2!!! sakit hati sgt2!!!!!

 

Design by Amanda @ Blogger Buster