Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 6  

Tuesday, April 28, 2009

Helmi gembira dengan perubahan Bella. Awan mendung yang menyelubungi dirinya berganti cerah. Sinar matanya semakin bercahaya. Namun, Helmi masih lagi perlu berjaga-jaga kerana emosi Bella masih belum pulih sepenuhnya. Sekurang-kurangnya segala usahanya berhasil.

Sering di panjatkan kepada yang Maha Esa agar terbuka pintu hati isterinya untuk membina kehidupan yang akan datang dengan lebih sempurna. Sekeras mana hati seorang isteri yang bagaikan kerak nasi, akan tetap lembut jua pabila direndam dengan kelembutan dan kasih sayang.

“Dah makan?” Helmi ingin berbahasa. Sengaja mengurut lembut bahu isterinya. Bella mendongak. Senang dengan layanan Helmi. Hatinya sedikit demi sedikit telah terbuka untuk menerima ketentuan Ilahi.
“Nak air. Saya buatkan,” Helmi menggeleng.
“Jom,” Helmi menarik lengannya. Hairan dengan ajakan suaminya.
“Nak ke mana?” terlihat senyuman suaminya. Memang di akui kesempurnaan suaminya. Sebab itu ia menjadi kegilaan ramai wanita sewaktu di kilang dulu.

Kini Helmi telah pun memulakan tugasnya yang baru di syarikat lain. Atas desakan papanya, Helmi bersetuju bekerja di salah sebuah anak syarikat milik keluarganya. Kalau di ikutkan, memang berat hatinya untuk menerima tawaran itu.

“Temankan abang beli barang. Lagipun kita tak pernah keluar sama-sama,” Bella tunduk. Terasa dirinya yang kekurangan seakan tidak layak untuk berjalan di samping Helmi.
“Erm… banyak ke barang tu?” mencari alasan untuk menolak ajakan suaminya.
“Tak banyak sangat. Jom la. Temankan abang,” rayu Helmi. Bella serba salah.

“Segan la,” wajah Helmi berubah. Mengapa isterinya berkata demikian.
“Segan? Kenapa pulak?” Bella tersenyum kelat. Tidak sangka jawapannya membuatkan dirinya tersekat.
“Ermmm… aa.. ok la. Abang tunggu sekejap. Saya nak bersiap,” Helmi tersenyum mendengar jawapan Bella. Bella bersiap ringkas.

Helmi turun terlebih dulu ke tingkat bawah. Terlihat mamanya sedang asyik bersembang bersama teman-temannya. Sempat juga ia bertanya khabar dengan kenalan mamanya. Puan Sara ceria melihat Helmi melayan kerenah teman-temannya. Namun wajahnya bertukar apabila terlihat Bella yang sedang menuruni anak tangga.

“Helmi nak keluar ke?” Helmi menoleh kepada mamanya. Sudah tahu akan akal mamanya yang cuba mengagalkan rancangannya seperti selalu.
“Ha ah ma. Bella tak sihat. Nak bawa pergi klinik,” bohong Helmi. Bella terdengar bohongan Helmi tetapi dibiarkan saja. Menghampiri ruang tamu dan bersalamam dengan teman-teman ibu mertuanya sambil tersenyum.
“Mama tengok ok je tu. Sakit apa?” Puan Sara menjeling ke arah isteri kesayangan anaknya. Helmi tersenyum. Sengaja ingin membuat wajah mamanya semakin cemberut.

“Tak tahu la. Bella kata dia pening-pening. Kadang-kadang tekak jadi loya,” Helmi sudah dapat mengagak reaksi mamanya. Memang wajah mamanya terkejut benar. ‘Takkan dia mengandung..habis la rancangan aku…’ Puan Sara merungut geram. Tangan Bella digenggam erat.
“Kami pergi dulu ye mama,” Helmi meminta diri. Bella hanya menurut.

“Hhmm…” Puan Sara terpaksa membiarkan Helmi melangkah keluar bersama-sama isterinya. Hatinya geram. Habis rosak segala program yang di aturkan.
“Ke mana anak u tu nak pergi?” Datin Sally menjuihkan bibirnya.
“Nak bawa menantu I pergi klinik. Tak sihat katanya,” jawab Puan Sara dengan nada sedikit mendatar.

“Agaknya u nak dapat cucu kot,” tambah Datin Maria.
“Ish..u ni. Jangan takutkan I,”
“Kenapa pula u nak takut? Pelik la u ni. Kan seronok nak dapat cucu,” Puan Sara menyilangkan kakinya. Dirinya terlalu angkuh.

“I takkan terima cucu dari menantu i. I tak mahu keturunan I tercemar,” lagaknya membuatkan teman-temannya terdiam.
“Kenapa? I tengok menantu u pun bukan biasa-biasa pun. Nasib baik I takde anak lelaki. Kalau tidak, mesti I cari sebijik macam menantu u,” Datin Sally setuju dengan pendapat Datin Maria.
“I tak suka. I terima dia pun sebab anak lelaki I. Kalau tidak, sebelah mata pun I takkan pandang,” Datin Maria terkejut. Sampai begitu sekali sikap angkuh Puan Sara. Padanya, Bella mempunyai kesempurnaan yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Hatinya dapat merasakan. Naluri keibuannya yang pernah kehilangan anak perempuan menjadi sebak dengan pengakuan Puan Sara. Bella seakan jelmaan Putri Najwa arwah anak kesayangannya.

“Tak baik u buat macam tu. I teringin nak berkenalan dengan menantu u tu. I hope u tak kisah,” Puan Sara mencebik. Memang sudah faham benar dengan perangai Datin Maria yang sering beremosi.
“I sikit pun tak kisah. Tapi u jangan nak suruh I berbaik dengan dia pula,” Datin Sally tidak mahu perkara ini menjadi berlarutan.

“It’s ok Sara. Tapi pada I, apa yang Maria cakap pun betul juga. Tak salah pun kalau u berbaik dengan dia. Kan dia dah jadi isteri anak u. Like it or not, u have to,” tambah Datin Sally. Perangai Puan Sara memang tidak pernah berubah. Jika boleh, semua kehendaknya harus di turuti.

“Nope. Semua tu takkan terjadi. Biarlah dia jadi isteri anak I tapi bukan menantu I,” Datin Maria dan Datin Sally saling berpandangan. Egonya terlalu tinggi. Di biarkan saja cerita Bella berlalu sepi. Tidak mahu perbincangan mereka menjadi lebih hangat. Puan Sara tidak akan tunduk walau dengan sesiapa pun.


*********

“Kenapa abang tipu dengan mama?” Helmi senyum.
“Kalau abang tak cakap macam tu, mama takkan lepaskan abang. Tahu je la perangai mama tu macam mana,” Bella tidak setuju dengan apa yang Helmi lakukan tadi. Seteruk mana pun layanan Puan Sara padanya, tidak mungkin ia akan membalas. Ibu mertuanya adalah ibunya sekarang ini.
“Sepatutnya abang kena cakap benda yang betul. Lagipun saya tak setuju abang buat macam tu,” ia merasakan isterinya terlalu naif untuk menilai seseorang.

“Ok. Lain kali abang tak buat lagi. Sayang tak pernah benci mama?” Bella menoleh ke arah jalan raya yang sibuk.
“Untuk apa saya benci mama. Ibu dan mama adalah sama tarafnya. Saya bersyukur sebab masih ada mama,” Bella menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Tapi abang tengok mama tak pernah nak layan sayang. Kalau sayang buat apa sekali pun,” Bella mengeluh. Biarlah. Andai itu takdirnya.

“Abang nak saya buat apa? Kalau saya balas setiap apa yang mama buat, saya dengan mama dah tak ada beza,” begitu tulus hati Bella. Dendam yang dulu marak membakar, kini hilang di tiup angin lalu.
“Tapi jangan la terlalu sangat berlembut. Abang faham benar dengan mama tu,” nasihat Helmi hanya berlalu di telinganya.

“Kalau saya tanya sikit, abang marah tak?”
“Tanya apa? Cakap la,” Helmi memandu keretanya memasuki kawasan tempat letak kereta di Subang Parade. Memangkir keretanya berdekatan pintu utama. Kebetulan sebuah kereta baru sahaja mengosongkan tempat letak kereta. Helmi masih menanti.
“Apa yang sayang nak tanya dengan abang?” Bella merenung anak mata Helmi. Memang menawan.

“Kalau di beri pilihan antara saya dan mama. Mana satu yang abang pilih,” Helmi terkedu. Hatinya didalam dilema. Sukar untuk menjawab pertanyaan isterinya.
“Kenapa abang kena buat pilihan. Dua-dua penting bagi abang,” Bella tunduk. Memang betul. Sukar untuk memberi pilihan pada suaminya. Ibu adalah syurga pada suaminya. Takkan mungkin ia akan memilihnya.

“Kenapa sayang tanya benda yang bukan-bukan. Dah la. Jangan fikirkan sangat pasal mama tu. Tahu la abang nak handle mama macam mana,” jemari Bella di elus lembut. Bella tersenyum mendengar jawapan suaminya. Sekurang-kurangnya, Helmi pandai mengelak antara satu sama lain.

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kasih NurBella 6

 

Design by Amanda @ Blogger Buster