Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 19  

Friday, June 26, 2009

Sekali lagi hidup ku menjadi suram. Air mata tidak jemu-jemu menemani hari-hari ku. Zila sudah putus ayat untuk memujuk ku. Sudah seminggu aku terpaksa memonteng kelas. Terasa dunia ku menjadi sempit. Dunia ku menjadi kecil. Hati ku benar-benar terluka akan kecurangan Haiqal. Walaupun dirinya tidak berniat, sedikit sebanyak semua itu berpunca darinya. Masakan tepuk sebelah tangan mampu berbunyi.

Apabila terkenangkan memori lalu, air mata ku mengalir lagi. Tubuh ku kurus melidi. Berat badan ku turun secara mendadak. Hidup ku tidak terurus. Aku hilang selera makan. Sudah puas Zila memujukku. Kata-kata semangat tidak terlepas meniti dari bibirnya. Namun aku tetap seperti itu.

“Kasih, jangan lah macam ni. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Kau nak jadi macam Achik ke. Please Kasih. Aku sayangkan kau,” Zila memegang kedua lenganku. Aku tunduk. Tidak mampu untuk merenung ke dalam mata itu. Fikiran ku kosong. Achik. Nama yang sudah jarang kami sebut.

Achik yang satu ketika dulu begitu rapat dengan kami berubah hanya dengan sekelip mata. Kerana dirinya terlalu hanyut di lambung ombak cinta, Achik banyak gagal dalam keputusan peperiksaan. Malah percintaannya juga terputus di tengah jalan. Kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan, Achik terpaksa menerima akan keputusan pihak pengurusan. Dirinya terpaksa di berhentikan. Sedangkan, senang-senang saja buaya darat itu berfoya-foya dengan gadis yang baru.

Aku tersentak. Tubuh ku di goncang Zila. Aku mendongak. Aku cuba mencari kekuatan. Keadaan ku sama seperti sewaktu ibu meninggalkan ku. Aku menjadi lemah. Tambahan pula Haiqal adalah cinta pertama ku. Dari api cintanya juga yang telah mengajar ku erti kasih sayang, erti rindu. Dan darinya juga aku merasai erti kelukaan, erti kepedihan.

“Come on Kasih. Wake up. Aku tak mahu kehilangan satu-satunya kawan baik aku,” kini bukan saja aku yang menitiskan air mata. Air mata Zila juga turut menitis.
“Aku tak mampu,” Lemah saja suara ku. Inilah ayat pertama yang buat ku setelah diriku dikejutkan dengan berita yang di sampaikan oleh Haiqal.
“Tak. Aku tahu kau mampu. Aku tahu kau kuat,” pujuk Zila dengan penuh semangat. Air mata di kesat pantas.

“Aku sayangkan dia,” rintih ku lagi. Zila memejamkan matanya.
“Aku tahu kau masih sayangkan dia. Tapi dia bukan milik kau Kasih. Dia dah jadi milik orang lain,” Zila cuba menerangkan kepada ku lagi. Ya..memang benar Haiqal telah menjadi milik orang lain. Itu yang membataskan ku untuk terus menyayanginya.

“Kasih. Hidup kau masih panjang. Aku tak mahu kau sia-siakan masa depan kau dengan janji palsu Haiqal. Aku tahu yang dia juga masih sayangkan kau. Tapi sanggup ke kau lukakan hati seorang perempuan yang sama macam kita. Perempuan yang lebih berhak dari kau,” mana mungkin aku sanggup melukakan hati insan sesama ku. Insan yang sekaum dengan ku.

“Kau sanggup bermadu? Sanggup kau berkongsi kasih dengan perempuan lain? Berkongsi suami bukan macam berkongsi baju Kasih,” aku menggeleng. Memang sejak dari kecil, aku tidak pernah berkongsi apa-apa dengan sesiapa. Inikan pula berkongsi suami.

“Tahu pun. Kau ingat senang-senang perempuan tu nak lepaskan Haiqal macam tu je,” segala-gala apa yang di curahkan oleh Zila ada benarnya. Berkongsi kasih hanya akan mengundang api cemburu. Api cemburu yang tidak bisa di sangkal dengan belaian. Hanya hak mutlak yang mampu memadamkannya.

“Tapi….”
“Sudah. Kalau boleh mulai dari saat ini, aku tak mahu dengar lagi kau sebut nama Haiqal. Cakap pasal ni pun aku tak nak dengar. Aku nak kau ceriakan hidup kau balik. Berlambak lagi kumbang yang nakkan kau,” ayat itu yang mampu mengembalikan senyum ku.
Aku cuba berfikir secara waras. Untuk apa ku berendam air mata hanya kerana kecurangan seorang lelaki. Aku tidak pantas menangisi akan kecurangannya. Mungkin sudah tersurat dan takdir ku bukan untuk bersamanya.

“Zila…”
“Hhmmm…”
“Kau ada biskut tak?” aku tersengih. Zila tersenyum melihat aku sudah semakin pulih. Sedikit sebanyak, kata-katanya memberi semangat untuk aku bangun kembali.
“Apasal? Lapar kan? Lain kali, buat lagi.” Zila mencubit pipi ku.
“Sorry,” ujar ku dengan nada manja. Siapa lagi yang sudi menumpang kasih pada ku kalau bukan Zila.
“Stok biskut dah habis. Tapi kau pergi mandi dulu. Kita makan dekat luar,” kepala ku yang terlentok di bahunya pantas menegak.

“Aku mana larat nak jalan. Dah la kampus ni dekat ceruk rantau,” Zila menjegilkan matanya.
“Tak apa. Nanti aku dukung,” kalau dah suara macam tu. Memang tak boleh nak bantah.

Dengan langkah yang berat, aku menuju ke bilik air di hujung banggunan.

********

Zila bersiap lebih awal dari ku. Mungkin di sebabkan badan ku yang lemah menyukarkan untuk aku bergerak pantas. Tidak pula aku ingat kali terakhir bibir ku menjamah makanan. Aku hanya bersiap ala kadar.

“Dah siap?” Zila menyoal ku yang masih berdiri di hadapan cermin. Meneliti wajahku yang agak cengkung.
“Dah,” jawab ku pendek. Bag sandang ku silangkan ke sisi. Padanan body shirts dan jeans Levi’s tetap membuat ku merasa yakin walaupun agak simple.

“Kau nak makan apa nanti?” kami berjalan bersama sekumpulan pelajar yang juga ingin ke Bandar. Langkah ku yang masih lemah melambatkan perjalanan kami. Aku sememangnya tiada tenaga untuk membuat sebarang kerja.
“Aku tak kisah. Apa yang ada depan mata, aku sental dulu,” Zila menjeling. Terlihat bibirnya terkumat-kamit seakan mengajuk kata-kata ku.

“Aku tanya betul-betul la. Kau ni ….suka main-main,” aku tersenyum hambar.
“Eh tadi kau kata nak dokong aku kan?” Zila sudah berpaling kerana aku telah pun berhenti melangkah. Zila mengerutkan dahi.
“Kau biar betul suruh aku dokong kau kat sini?” Zila menoleh kiri dan kanan. Kepala di garu perlahan. Aku tunduk mencangkung. Kaki ku lemah untuk berdiri.

“Apasal pula ni?” Zila bersuara cemas. Aku mendongak.
“Aku nak rehat kejap la. Penat,” Zila mengeluh lega. Aku masih mampu tersengih.
“Ada-ada je la kau ni,” Zila berdiri di sisi ku melindungi cahaya matahari dari terus memanahi ku. Baik juga kawan aku ni. Bukan baik juga, tapi baik sangat. Aku pun tak tahu apa akan jadi kalau bukan dia yang berada disisiku. Pasti aku masih lagi berendam air mata.

“Ok dah,” aku bangun perlahan-perlahan.
“Betul ni?” aku tersengih menampakkan gigi tanda ok.
“Kalau kau penat, cakap tau,” ujar Zila yang begitu mengambil berat tentang ku. Aku terhutang budi dengannya. Tiba di pintu pagar utama, Zila melangkah pantas meninggalkan ku. Langkah itu menuju kepada sebuah kereta yang terpangkir elok di bahu jalan.

Zila membuka pintu kereta lalu menggamit ku. Kereta yang pernah ku naiki satu tika dulu menanti dengan pebuh setia. Satria GTi milik Zafri betul-betul berada di depan mata ku. Zila menuju ke arah ku kerana aku langsung tidak berganjak.

“Aku tahu apa yang ada dalam otak kau. Yang penting, isi perut kau ni dulu. Sebarang pertanyaan tidak akan di layan buat sementara waktu ni,” Zila menarik lengan ku. Aku terdorong ke depan. Tahu pun. Bisik ku hanya di dalam hati. Tak terluah akan soalan-soalan yang bermain di fikiran ku.

Zila sudah pun duduk di bahagian belakang. Ketika aku meloloskan diri ke dalam perut kereta, aku sempat mencuri pandang akan gerangan si pemandu. Masih seperti dulu. Masih kelihatan handsome. Kaca mata hitam yang di pakai menghalang ku untuk melihat anak matanya.

Hanya Zila paling banyak berceloteh. Aku tidak menambah, hanya mengiakan. Sedikit pun tidak tercuit akan kisah ku. Di fikiran ku asyik memikirkan bagaimana Zafri boleh berada di sini. Untuk apa? Jarak antara Selangor dan Perlis bukannya dekat. Makan suku hari juga andai memandu sendiri.

Mungkinkah Zila telah menceritakan segala-galanya pada Zafri. Aku terpandang di jari kelingkingnya. Tersemat kemas sebentuk cincin silver di jari itu. Di atasnya tertulis perkataan ‘Kasih’. Mata ku masih tertancap di jarinya. ‘Kasih’ Bukan kah itu nama aku.

Aku membuang pandang di tingkap. Aku memeluk tubuh. Bukan kerana sejuk, tetapi kerana menyembunyikan jari ku dari pandangannya. Apakah andaiannya apabila terlihat akan jari ku yang kosong.

Tiba-tiba bahu ku di tepuk. Hampir juga aku melatah.
“Kau tak nak turun ke?” rupa-rupanya kereta Zafri sudah pun terpangkir di hadapan sebuah restoran melayu. Tanpa bicara, aku pantas membuka pintu kereta. Baru saja tangan ku ingin menarik kerusi di hadapan, tangan Zafri lebih dulu menariknya.

Masing-masing membisu seribu bahasa. Aku dan Zafri duduk di meja yang agak tersorok. Zila terlebih dulu melihat akan lauk-lauk yang di hidangkan. Aku duduk berhadapan dengan Zafri. Kaca mata hitam masih lagi terlekat elok di tempatnya. Sukar untuk ku menatap wajah itu. Tentu saja dia juga merenung ku.

“Kenapa awak datang sini?” aku memberanikan diri. Cuba menceriakan suasana.
Kaca mata di buka lalu diletakkan di atas meja. Aku berpeluang untuk melihat wajahnya. Namun tidak lama kerana mata itu terus saja merenung ku tajam.
“Saja. Rindu,” jawabnya pendek. Makin direct la pula.
“Awak rindu dekat Zila eks. Untung Zila dapat abang macam awak,” Zafri tersenyum. Mana tidaknya, aku cuba menyalah tafsirkan kata-katanya.

“Maybe yes,” aku tersenyum pahit. Sudah tentulah kerana dia kan abang pada Zila. Mestilah rindu pada adik sendiri.
“Maybe not,” dia menyambung kembali. Aku terkejut untuk kali ini. Kalau bukan rindu kepada Zila, pada siapa lagi. Adakah, dirinya sudah pun mendapat cintanya yang baru.

“Oh..” itu saja yang mampu aku luahkan. Di bibirnya sentiasa dihiasi senyuman. Aku menjadi cemburu dengan kekasihnya. Cemburu kerana berjaya mencuri hati milik Zafri. Pasti Zafri melayannya dengan romantik sekali. Mungkin juga cincin yang di pakai itu adalah pemberian dari kekasih hatinya.

“Awak sihat?” aku mengangguk lemah. Ya..memang aku semakin sihat apabila melihat wajahnya sebentar tadi. Namun diriku kembali lemah apabila terpandang akan cincin di jarinya.
“Kalau macam tu kenapa asyik monyok je dari tadi. Senyumlah sikit,” aku memaksakan diri untuk senyum.

“Kenapa tak order lagi. Kesian aku tengok adik tu. Berdiri punya lama tapi korang buat tak tahu je,” Zila duduk di sisi ku.
“Hah!.. betul ke? Aku tak perasan pun tadi,” setahu aku, cuma ada aku dengan Zafri je. Tak ada pun orang datang nak ambil order.

“Aku tahu. Tak apa. Aku faham,” aku dan Zafri merenung serentak kepada Zila. Apa maksud Zila? Aku memandang Zafri. Aku mengangkat bahu. Zafri hanya menggeleng.
“Saya rindu kan awak,” aku tersentak. Pengakuan jujur Zafri membuat aku semakin lemas. Belum hilang lemas ku dengan kecurangan Haiqal, kini diriku lemas dengan kata cinta dari Zafri.

Zila langsung saja tersenyum lebar. Memang itu yang dia inginkan. Hanya aku yang meruntuhkan kebisuan di bibir Zafri, terang Zila dulu.

“Ish…awak ni. Nak melawak pula. Kesian dengan girlfriend awak nanti,” aku berseloroh. Cuba menyembunyikan perasaan gugup ku.
“Dia tak kisah. Dia pun tak marah,” Zila membalas bagi pihak Zafri. Aku semakin terpinga-pinga. Apa makna semua ni.

Aku menjamah sedikit nasi ayam Hainan di hadapan ku. Lidah ku terasa pahit. Aku gagahkan juga untuk menelannya. Aku perlukan tenaga. Semua diam membisu ketika menikmati hidangan. Zila begitu berselera dengan hidangan nasi campurnya. Apa lagi kalau bukan lauk tempe goreng sambal kesukaannya. Dah nama pun anak Jawa.

Aku meletakkan sudu di sisi pinggan. Ku sedut perlahan milo ais didalam gelas. Zafri sudah lama menyudahkan hidangannya. Ketika Zila bangun untuk membasuh tangan, Zafri sempat menyambar tangan ku lalu di kucup lembut. Dalam pantas, masih lagi terasa akan kelembutannya. Aku tergamam. Aku menjadi bingung. Lelaki jenis apa ni yang sanggup menduakan kekasihnya.

Belum pun sempat aku berkata-kata, Zafri telahpun mengucapkan kata-kata keramat yang pernah ku dengari dari Haiqal.
“Love you,” lembut saja bicara itu terdengar ditelinga ku. Cincin di jari kelingkingnya di tanggalkan lalu tersarung elok di jari tengah ku. Dari jauh, Zila menunjukkan ibu jarinya sambil bersandar di dinding. Tangan ku masih di genggaman Zafri. Tiada sebarang kata yang mampu terluah dari bibirku. Lidah ku kelu dan terkunci rapat.

Perlukah aku menerima cintanya? Atau aku harus menolaknya? Bukankah terlalu awal untuk ku mencari pengganti.

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Ku Yang Setia 19

 

Design by Amanda @ Blogger Buster