Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 5  

Tuesday, April 21, 2009

Helmi risaukan keadaan Bella yang sering tidak bermaya. Sudah berkali-kali dipujuk untuk ke klinik. Jawapannya tetap sama. Sejak keadaannya yang lemah, Bella tidak dapat menziarahi pusara arwah ibunya.

“Ada apa kau nak jumpa aku ni Helmi,” Milah meninjau sekeliling. Cuaca panas membuatkan ia merasa rimas.
“Aku ada hal nak cakap dengan kau sikit. Ni pasal Bella,” Milah tersentak apabila Helmi menyebut nama Bella. Milah sendiri tidak tahu kemana menghilangnya Bella selepas kejadian yang menimpa ibunya.

“Dari mana kau dapat berita tentang Bella. Aku sendiri masih tercari-cari. Ataupun kehilangan Bella ada sangkut paut dengan kau,” laju saja soalan-soalan yang diutarakan Milah.
“Memang betul. Semua ni berpunca dari aku. Sekarang ni Bella dah sah jadi isteri aku,” terlopong mulut Milah mendengar tiap baris kata Helmi.
“Apa kau dah buat pada dia? Aku tak percaya kalau dia terima engkau macam tu saja. Sedangkan dia mati-mati tolak setiap pelawaan kau,” Helmi menarik nafas yang panjang. Dia terpaksa menceritakan dari awal hingga akhir kepada Milah. Milah tidak menyangka yang Helmi sanggup memperlakukan sahabat baik nya sebegitu.

“Kenapa kau buat macam tu Mie? Aku tak sangka kau sekejam tu. Bella tak pernah nak sakitkan hati kau,” Milah menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak percaya akan cerita yang di dengarnya. Apabila Helmi terusan meyakinkannya, Milah terpaksa menerima.

“Aku tahu Milah. Memang salah aku. Aku ingat nak berbaik semula dengan dia. Tak tahu pulak ada lagi bala yang menimpa. Dan aku dapat tahu kebakaran tu berpunca dari abang kandung Bella,” simpati dihatinya kian menebal buat Bella.

“Dah tu kau nak aku buat apa sekarang ni?” dengan berat, Helmi menceritakan keadan Bella.
“Dah puas aku pujuk. Dia tetap degil. Aku risaukan keadaannya. Makan pun ala kadar je,” Milah faham. Perkara yang sudah berlaku tidak patut di ungkit kembali. Walau apa pun, Bella tetap milik Helmi sepenuhnya. Hanya kuasa tuhan yang dapat memisahkan mereka.

“Takpe lah. Esok aku pergi jenguk dia,” janji Milah kepada Helmi. Helmi berasa sedikit lega.
“Kalau macam tu, bagus la. Aku dah tak tahu nak buat apa. Mati kutu aku di buatnya,” Milah tersenyum.
“Baru padan dengan muka kau. Apapun semua ni dah terjadi. Cuma satu je aku minta, kau jangan sia-siakan hidupnya,” Helmi mengangguk.
“Aku janji. Dia nyawa ku Milah,”
“Aku minta diri dulu. Aku dah janji dengan Khairil ni. Nanti dia bising pulak,” Milah meminta diri.
“Iye la. Sampaikan salam aku pada Khairil,” Helmi membiarkan Milah berlalu. Semoga segala usahanya berhasil.


*********


Bella ingin melarikan dirinya apabila terpandang wajah Milah. Ia malu untuk berdepan dengan sahabatnya itu memadangkan nasib dirinya.

“Bella, tunggu.” Milah memintas langkah Bella yang lemah. Air mata mengiringi pertemuan mereka. Dengan perlahan di rangkul tubuh Bella yang semakin kurus melidi. Bella terlalu banyak berubah. Wajahnya cengkung tidak seperti dulu. Hanya sepasang lesung pipit yang masih lagi menghiasi wajah sahabatnya ketika senyum.

“Maafkan aku Bella. Aku tak sangka keadaan kau seteruk ini,” sendu Milah. Tidak dapat di tahan air matanya dari terus mengalir. Hatinya begitu tersentuh.
“Aku ok Milah. Inilah nasib aku,” Bella mengesat air mata yang tidak pernah kering di pipinya.

“Helmi dah ceritakan semuanya pada aku. Aku tak sangka kau akan melalui perjalanan seperit ini,” Bella melepaskan pandangannya di halaman. Dia lebih selesa mengajak sahabatnya itu berborak di halaman.
“Aku dah tak berdaya Milah. Tiada apa lagi yang tinggal untuk aku,”
“Kau tak keseorangan Bella. Kau masih ada suami, kau masih ada aku,” Milah tidak mahu Bella terus kecewa.

“Aku tak mampu Milah. Hati aku dah mati,” Milah mengengam jemari Bella.
“Jangan cakap macam tu Bella. Aku yakin kau dapat tempuhinya. Aku percaya pada kau Bella. Kalau dulu kau tak pernah mengalah, kenapa mesti sekarang,” Milah meyakinkan Bella. Tidak seharusnya sahabatnya itu di hasut dengan kata-kata yang mampu menambah api kebenciannya terhadap Helmi.

“Apa yang aku lalui membataskan untuk aku memaafkan dirinya. Aku benci dengan diri aku sendiri Milah. Adakala sampai aku terfikir untuk bunuh diri aku ni. Aku dah hilang tempat berpaut Milah,” belum pernah ia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Milah terkedu apabila perkataan yang tidak sepatutnya meniti di bibir Bella.

“Kau jangan cepat putus asa Bella. Jangan sekali-kali kau cuba berfikir untuk membunuh diri. Mati sesat tu Bella. Walaupun aku tak terima dengan apa yang telah dia lakukan pada kau, tapi aku yakin dia dapat membahagiakan kau,” pujuk Milah. Tidak mahu sahabatnya terusan membenci insan yang sepatutnya di hormati. Seburuk mana Helmi di mata Bella, ia tetap tidak dapat merubah statusnya.

“Apa lagi dia nak dari aku. Dia dah dapat apa yang dia mahukan,” Bella masih keras seperti dulu.
“Bukan itu yang dia mahu Bella. Pernah dia sakiti kau atau mengasari kau. Dia mahukan kasih dan sayang dari kau Bella. Dia mengejar cinta kau. Itu semua cuma alasan untuk dia mengikat kau dari jatuh ke tangan orang lain. Hanya kau yang mampu merubah dirinya. Aku dapat melihat keikhlasan dari sinar matanya Bella. Percayalah,” Bella terkedu. Terlalu banyak yang telah di ketahui Milah.

“Tapi kenapa aku? Aku tak mampu untuk memberikan kebahagian padanya,” Bella terusan memberi alasan.
“Kau kena bagi dia peluang. Kau pun kena berubah. Terima dia seadanya. Jangan terus-terus kau membencinya. Syurga kau terletak di bawah tapak kakinya Bella. Kau kena ingat tu,” ugut Milah cuba mencairkan hati Bella.

“Aku …ak”
“Bella, aku faham perasaan kau. Kalau kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat mengubah apa yang sudah tersurat untuk kau,” Bella tunduk. Mengakui kata-kata Milah sememangnya benar. Tak mungkin dia dapat memutarkan kembali waktu untuk mengubah segalanya.


********


Bella merenung bulan yang berselindung di celah-celah awan. Hatinya tersekat di persimpangan dilema. Dirinya tidak mampu memadamkan api kebencian yang masih menyala di hatinya. Kata-kata Milah masih lagi berlegar-legar di ruang fikiran. Mampukah dirinya menerima segunung kasih dari lelaki yang di bencinya.

“Kenapa tak tidur lagi,” Bella menoleh apabila mendengar teguran suaminya. Terpandang wajah Helmi membuatkan kisah hitamnya menjengah kembali. Dia beristighfar, cuba di buang perasaan marahnya dari bertandang. Dia teringat akan nasihat ustaz. ‘ Apabila kamu tidak mampu membendung perasaan marah kamu, ambillah wuduk, nescaya api kemarahan kamu akan hilang’

Bella melangkah menuju ke bilik air. Sekian lama ia membenarkan dirinya dibelenggu hasutan iblis. Ingin di dekatkan dirinya pada yang Maha Esa. Dibasahkan wajahnya dengan bersungguh-sungguh semoga dapat menyucikan dirinya dari noda dan dosa. Lalu ia mengambil wuduk dengan tertibnya.

Helmi menanti bayangan wajah Bella yang sering di rindui. Teringat kembali bagaimana dirinya merampas mahkota gadis idamannya. Ia merelakan dirinya mendengar bisikan syaitan lalu kesucian gadis idamannya dirobek rakus.

Bella melihat suaminya masih lagi setia menanti. Helmi tetap merenungnya dengan padangan yang penuh harapan. Untuk pertama kalinya, hatinya bergetar.

“Kenapa Bella yang abang pilih,” Bella bersuara memecah kesunyian yang sering bertandang. Helmi bangun dari pembaringan. Sejak kehadiran Milah, Bella telah berubah sedikit demi sedikit. Berminggu-minggu juga Helmi menanti untuk Bella menyuarakan rasa hatinya.
“Abang tak tahu. Abang tak dapat nak rungkaikan. Bella adalah permata di hati abang,” Helmi bangun lalu merapati isterinya. Bella merelakan. Tiada lagi jeritan mahupun maki keluar dari Bella.
“Bella tak punya apa-apa. Bella pernah terangkan pada abang, kenapa abang tetap pilih Bella,” lembut suaranya. Menanti jawapan dari suaminya.

“Abang tak perlukan sebab untuk menyayangi Bella. Cinta itu hadir dengan sindirinya. Semakin lama semakin kuat. Pendirian Bella menambahkan lagi kehangatan cinta abang. Sejujurnya belum pernah abang merasakan nikmat cinta seperti ini. Bella bukan yang pertama dalam hati abang. Tapi percayalah, hanya Bella yang mampu meleburkan keegoan abang,”

“Bella tak pernah buat apa-apa pun pada abang,” air mata Bella menitis tanpa ia sedari.
“Mungkin Bella tak sedar. Dari penolakan Bella yang membuat abang merasa tercabar. Abang tak pernah rasa kecewa,” terang Helmi.
“Kenapa abang begitu yakin dengan Bella,” Helmi mengeluh. Biarlah malam ini menjadi saksi agar terjawab segala persoalan yang menyesakkan fikiran Bella.
“Abang percaya dengan gerak hati abang. Bella takkan kecewakan abang,”

“Berilah Bella sedikit masa. Bella tak mampu untuk menerima abang secepat ini. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa Bella tempuhi,” permintaan Bella telah membuatkan hati Helmi menjadi gundah. Walaupun Bella sudah mula bercakap dengannya, dia tidak mahu perkara ini hanya terjadi sekali ini sahaja.

“Abang akan beri sayang masa. Cuma abang pinta sayang jangan abaikan diri sayang lagi,” Bella menatap wajah Helmi tanpa perasaan benci untuk pertama kali selepas menjadi isterinya.

Sayang …
Dirimu terlalu suci untuk ku nodai…
Teganya aku merampasnya dari mu
Nafsu menggila mengawal kewarasan ku
Aku terpaksa hanya kerana ingin memilliki kasih mu
Takkan mungkin aku berpaling mencari cinta yang lain
Kerana hati ku hanya mampu berpaut pada renungan mata mu
Gerak bibir mu, senyuman mu yang mampu meruntuhkan tembok keegoan ku

Sayang...
Sungguh keras hatimu
Tiadakah ruang di hatimu untuk diisi oleh ku
Begitu tinggi nilai kemaafan mu buat ku
Haruskah aku terus di uji begini
Ataupun mengharap pelangi cinta sulaman hati mu
Menjelma pabila mentari bersinar setelah rintik hujan menyepi
Akan ku tetap setia menanti
Mengharap kasih mu tiada berbagi

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kasih NurBella 5

 

Design by Amanda @ Blogger Buster