Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 28  

Friday, August 13, 2010




Belum pun hilang penat telinga aku kena bebel dengan abah, kali ni leteran dari Kak Fat pula yang terpaksa aku tadahkan. Nasib badan. Ingatkan aku ambil keputusan untuk cuti adalah satu jalan yang paling baik untuk aku rehatkan minda. Rupanya lain pula yang datang. Bukan kata minda aku je yang tak boleh tenang, badan aku pun naik letih.

“Iyela kak. Saya tak buat macam tu la. Akak jangan la risau.” Orang tua ni naik risau tak tentu pasal. Itu pun pasal aku balik tak bagi tahu. Kalau la dia tahu aku drive sorang-sorang sampai Penang, lagi sakan dia membebel.

“Mana akak tak risau. Bila akak tanya kau asyik cakap tak ada apa-apa. Tup-tup ada kat kampong. Apa masalah kau sebenarnya ni.” Aku tersengih sendirian. Memang salah aku tapi bukan niat aku untuk buat semua orang susah hati. Aku cuma tak mahu bebankan dia orang semua dengan masalah aku yang tak seberapa ni. Dan aku yakin yang aku boleh selesaikan masalah tu sendiri.

“Tak ada apalah kak. Saja je saya nak ambil cuti. Lagipun dah lama sangat saya tak balik kampong.” Elak ku sedaya mungkin.
“Jangan la kau nak tipu akak Kasih. Akak dah masak sangat dengan perangai kau ni. Kalau tak ada apa-apa masalah, kau takkan balik kampong punya. Ni mesti pasal budak si Zafri tu kan?” Kak Fat sekali lagi menyerang. Anak panah yang di ajukan tidak dapat aku elak. Memang semuanya tepat.

“Ish akak ni. Pandai-pandai je serkap jarang. Ni akak tak busy ke call saya ni. Karang melenting pula orang tua kat dalam tu.”
“Alah.. akak tak banyak kerje pun. Tak payah la kau nak risau pasal akak kat sini. Pasal orang tua kat dalam tu, small the pieces je,” aku tersengih. Orang tua yang kami maksudkan adalah bos aku sendiri.

“Eh.. oklah Kasih. Akak letak dulu ye. Jaga diri tu baik-baik. Kalau ada apa-apa, jangan pula kau simpan sorang-sorang.”
“Ye la kak. Saya tak apa-apa.”

Aku kembali menyandarkan tubuh di kepala katil. Fikiran aku masih belum tenang. Masih serabut dengan masalah antara aku dan Zafri. Aku tak pasti di mana penghujungnya hubungan kami. Kalau dah tenggelam timbul macam ni, aku rasa macam tak yakin.

Bukan pada aku, tapi pada dia. Aku takut hatinya beralih arah. Ya allah… tolonglah jauhkan perkara-perkara yang aku tak ingini.

Aku mencapai talifon di atas meja. Entah masuk kali ke berapa aku cuba menghubunginya. Yang buat aku tak senang duduk, panggilan aku langsung tidak di jawab. Takkan dia tak dengar. Atau dia sengaja nak elak dari menjawab panggilan aku. Kalau macam tu, dah kira parah la hubungan aku dengan dia. Macam mana nak selesai kalau dia asyik mengelak je.

Aku mendapat idea. Tak pasti sama ada aku mampu dapatkan sebarang berita Zafri. Namun itu saja jalan terakhir yang aku ada. Aku mendail nombor seseorang.

“Assalamualaikum…” lembut je suara aku memberi salam. Mukadimah la katakan. Nak minta tolong orang kenalah beradab sikit.
“Haa… waalaikumsalam… Apa citer kawan aku ni. Tiba-tiba je timbul.” Nyaring suara Zila di hujung talian. Sampai aku terpaksa jauhkan talifon dari telinga ku. Kalau tidak, memang gegendang telinga aku tak boleh pakai lama. Tak payah tunggu tua mesti aku kena pakai alat bantuan pendengaran.

“Ish.. kau ni. Tak berubah sikit pun. Masih kecoh macam dulu juga.”
“Biasalah. Ini Zila Antasha la. Eh.. apa cerita sekarang.”
“Aku... Macam ni je la. Macam biasa.”
“Eleh… nak sorok la pula. Tak payah la kau nak sorok dari aku. Aku dah tahu la,” bulat mata aku emndengar bicara Zila. Biar betul minah ni. Takkan dia dah tahu apa yang aku nak tanya pada dia. Ataupun dia dah tahu semua cerita antara aku dan Zafri. Parah juga kalau macam tu. Malulah aku.

“Dah tahu… tahu apa?” aku buat-buat tak tahu walaupun aku tahu.
“Aku tahulah. Kau tak payah nak berahsia-rahsia bagai la dengan aku. Kalau kau tak cakap pun, orang lain pun boleh cakap.”
“Maksud kau?” aku buat-buat tak faham. Dalam diam aku berdoa minta-minta bukan Zafri yang bertahu pada Zila. Kalau tidak, lagi tebal la kulit muka aku. Tak payah nak pakai bedak sebulan.

“Kau nak Tanya pasal Zafri kan?” Gulp! Aku telan air liur dengan kasar. Kalau macam tu, sah-sah la dia tahu. Memang susah betul nak sorok apa-apa dari minah sorang ni.
“Pandai-pandai je kau ni. Mana ada. Aku call kau ni saja je nak tanya khabar.”
“Eleh.. nak berdalih lagi kawan aku sorang ni. Ni memang tak mahu tahu langsung la pasal Zafri. Ok,”
“Eh tak…” Zila mula main tarik tali dengan aku. Pandai betul budak ni pasang perangkap. Aku jadi serba salah.
“Haa… kan aku dah cakap. Tak payah nak sorok. Aku tahu semuanya. Tak ada langsung yang tinggal,” terang Zila lagi. Aku yang tengah dengar ni terkebil-kebil. Macam dah kena pukau.

“Macam mana kau boleh tahu?”
“Siapa lagi kalau bukan buah hati kau tu.” Toink… Rupanya Zafri dah adu semuanya pada Zila.
“Apa yang kau dah tahu and….aaa… dia cakap apa dekat kau?”
“Macam nil ah Kasih…. Apa kata kau slow talk dengan dia sendiri. Aku bukan apa, rasanya tak syok pula kalau aku jadi orang tengah. Pada aku masing-masing ada silapnya.”

“Tapi macam mana… aku punya call dia langsung tak mahu jawab.” Adu ku Zila. Memang itu yang terjadi.
“Aku tahu. Cuba bagi dia masa sikit. Aku rasa dia masih merajuk dengan kau lagi kot.”
“Hah!! Merajuk.. takkan kot. Aku bukannya sengaja.”
“Relax la Kasih. Tak lari gunung di kejar. Lama-lama nanti ok lah abang aku tu. Aku yakin. Kau jangan la risau tak bertempat.” Nasihat Zila tak melekat di otak ku. Hati aku takkan tenang selagi aku tak cakap sendiri dengan Zafri. Aku tak sanggup nak menanggung rindu terlalu lama. Dah menggunung rindu aku ni ha.

“Tapi…. Aku…” aku tak mampu nak habiskan kata-kata. Ayat ku terputus di tengah jalan.
“Tapi apa?”
“Aku bukan sengaja nak buat dia macam tu. Kau faham kan maksud aku.” Aku mendengar Zila ketawa halus.
“Aku tahu. Kau jangan risau la. Aku rasa abang aku tu takut kau berubah hati je. Tapi tak pe, aku dah cakap dengan dia dah yang kau bukan jenis yang macam tu.” Fuh! Syukur alhamdullilah. Nasib baik Zila tolong aku.

“Dah tu apa yang dia cakap kat kau lagi?” semangat aku semakin berkobar-kobar nak tahu. Nama pun dah sayang kan.
“Tak banyak yang dia cakap dekat aku. Cuma dia terkilan sebab dah dua kali kau tolak dia.” Huhuhu… air mata ku mula bergenang. Tunggu nak menitis je. Memang dah dua kali aku kecewakan Zafri. Dua kali aku tolak lamarannya. Tapi salah ke aku nak kejar apa yang aku impikan. Sia-sialah aku belajar tinggi-tinggi macam tu.

“Aku langsung tak ada niat nak kecewakan dia Zila. Aku cuma nak cari apa yang aku nak, itu je. Salah ke?”
“Kasih… aku tak cakap pun kau salah. Dan aku tak cakap abang aku salah. Masing-masing ada kepentingan masing-masing. Sebab tu benda ni kau orang kena selesaikan sendiri. Tak ada siapa pun yang boleh tolong.”

Aku terdiam seketika. Kalau aku terus cakap dengan Zila pun tak guna. Dia tak mampu nak tolong aku. Apatah lagi orang lain.

“Kasih… sorry ok. Aku bukan tak mahu nak tolong kau. Cuma… lebih elok kalau kau jumpa dengan dia sendiri. Takkan kau dah lupa jalan nak pergi rumah aku. Bukan jauh mana pun dengan tempat kau.” Cadangan Zila mula bersarang di fikiran ku. Cuma tak boleh nak di ikutkan secepat mungkin memandangkan aku kini ada di kampong.

“Bukan itu masalah aku… tapi… dia nak ke jumpa aku?”
“Ish… kalau kau dah datang, takkan dia nak halau pula. Abang aku takkan sampai hati nak buat buah hati dia macam tu. Lagi dia tatang kau adalah. Jangan risau sangat la. Apa-apa hal pun, kau pergi jumpa dia dulu.” Zila tak henti memberi sokongan.

Sempat juga aku tanyakan khabaran dirinya sebelum matikan talian. Itu pun sebab aku dah tak tahu nak cakap apa. Sedikit sebanyak kata-katanya memberi semangat pada aku.



“Tak habis-habis dengan menung dia. Ingat kat siapa la tu.” Tiba-tiba suara along menyergah ku dari belakang. Tapi sikit pun aku tak terkejut. Aku kerling wajah along sekilas. Jelas terpamer ketenangan di wajahnya. Aku yakin yang along lebih tenang selepas masalah rumah tangganya selesai. Mungkin dah itu yang tertulis untuk along.

Dalam diam aku berdoa untuk along agar dirinya di kurniakan seseorang teman.

“Masalah apa pula kali ni?” along duduk di hadapan ku. Baru aku sedar yang kedatangan along bukan dengan tangan kosong. Air Nescaffe panas dan sepinggan pisang goreng terhidang di depan mata aku. Kalau dulu mungkin hidangan ni mampu membuat ku terliur. Tapi kali ini, aku cuma mampu memandang.

“Takkan tengok je. Makan la,” tambah along lagi sambil mengunyah pisang yang ketara masih panas.
“Nantilah. Panas lagi tu,” aku memberi alasan. Tak mahu along kecil hati walaupun aku tahu along takkan macam tu.
“Aik.. takkan nak suruh along tiupkan.”
“Boleh juga,” ujar ku perlahan sambil tersengih. Angin manja mula menyapa. Saja nak mengisi kekosongan. Apa salahnya nak bermanja dengan abang sendiri.

Dan tanpa banyak soal, along mengoyak pisang goreng sebelum menyuakan ke mulut ku. Aku dengan selamba terus menyambar dengan rakus. Dan saat itu aku rasa macam budak-budak lagi.

“Kenapa tiba-tiba balik kampong. Kalau dulu bila abah suruh balik bukan main liat lagi.” Aku terus tersengih. Tidak mahu mood ku rosak. Aku tidak lagi menanti suapan along. Tangan ku sendiri laju mencapai pisang goreng di pinggan. Mengunyah dengan laju macam aku tak pernah makan benda alah tu. Walhal dekat KL berlambak-lambak. Sikit pun tak terasa nak makan. Mungkin juga suasana yang tak sama.

“Ada masalah dengan Zafri ke?” soalan along membuat kunyahan ku terhenti serta merta. Terus je tekak aku jadi pahit. Aku tersenyum tawar pada along.
“Mana along beli pisang goreng ni? Sedap la. Kat KL pun tak boleh lawan.” Aku cuba ubah tajuk. Aku rasa penat nak cerita bab ni.
“Adik…”

Aku tarik nafas panjang. Nampak gayanya aku terpaksa cerita. Kelembutan along ada tegasnya. Lagipun tak rugi kalau aku luahkan pada along. Kalau tak tolong pun, paling kuat fikiran aku akan beransur tenang.

Bismillah… aku pun cerita satu persatu apa yang terjadi antara aku dan Zafri. Sikit pun along tak menyampuk. Dia dengar aku bercerita sampai la ayat yang terakhir.

“Kenapa tak minta maaf awal-awal? Kenapa nak tunggu lama-lama.”
“Adik pun tak tahu nak buat apa masa tu. Adik ingat dia merajuk sekejap je. Tak tahu pula benda ni naik melarat sampai macam ni.”
“Kalau along jadi dia, along pun merajuk. Lelaki ni dik, bukan senang nak suruh dia orang ni luahkan rasa hati. Benda-benda ni sensitive.”
“Iye la. Tapi adik bukan sengaja. Takkan dia tak boleh faham apa yang adik nak.” aku tahu yang along bukan sengaja berpihak pada Zafri, mungkin di sebabkan mereka sama-sama lelaki. Sebab tu along lebih faham apa yang Zafri rasa. Hai.. kenapalah sebelum ni aku tak ringan mulut tanya kat along.

“Faham tu memang boleh faham. Tapi adik faham tak apa yang dia rasa. Apa yang Zila cakap tu pun ada betulnya. Hati orang ni kita tak tahu bila akan berubah.”
“Tapi long… tak rasa awal ke. Lagi pun adik masih belum dapat pegang apa yang adik nak. Kalau boleh, adik nak bina kerjaya adik dulu.” Aku tengok along tersenyum. Tahu akan gelodak di hati aku.

“Lepas kahwin pun adik masih boleh bina kerjaya adik. Dan abang yakin yang Zafri tentu takkan halang.” Along cuba yakinkan aku sesuatu yang tak pernah aku fikirkan.
“Tapi boleh ke dia …” aku ragu-ragu.
“Ada adik tanya dia? Along tahu, soal kahwin ni bukan benda main-main. Tapi tak salah kalau adik bertolak ansur dengan dia. Macam mana nak hidup bersama kalau benda kecil macam ni pun masing-masing dah mogok.”

Kata-kata along ada benarnya. Semua masalah boleh di selesaikan kalau betul dengan caranya. Termasuk juga dengan masalah aku. Tak salah kalau aku bincangkan benda ni dengan Zafri. Dan yang paling penting tolak ansur. Apa kata orang tu, sedangkan lidah lagi tergigit.

Setelah puas aku rehatkan diri dan minda di kampong, aku mula melangkah pulang ke tempat di mana aku mencari rezeki. Dan kali ni semangat ku semakin berkobar-kobar. Aku tekad, biarlah kali ini aku beralah. Yang penting hubungan kami kembali pulih seperti biasa. Aku tak sanggup lagi nak menanggung rindu. Cukup menyeksakan.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster