Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 23  

Tuesday, November 24, 2009

Aku jadi gelisah. Aku jadi tak keruan. Puas aku buang jauh-jauh, tapi sukar. Hati aku tertanya-tanya akan kebisuannya. Sejak dari hari itu, aku tidak lagi mendengar berita dari Zarif.

Aku jadi kerinduan. Rindu yang teramat sangat sehingga aku terasa akan perubahannya. Selalunya aku dan Zarif akan berbalas mesej. Paling tidak pun, kami akan menghantar email.

Sejak kami menjadi kawan, aku tak pernah putus khabar darinya. Kini hampir tiga minggu aku tidak menerima sebarang khabar. Aku malu untuk memulakan. Aku lebih suka menunggu.

Aku jadi tak senang duduk. Talifon memang tidak pernah lekang dari gengaman ku. Ke mana saja akan ku bawa. Termasuklah ketika aku mandi. Aku tak mahu terlepas dari menerima panggilan ataupun mesej darinya.

Dari mula aku bercuti hingga cuti aku habis. Dia masih diam membisu. Aku jadi gila bayang.

Baru aku tahu kehadirannya banyak memberi kesan dalam hidup ku. Hidup ku banyak di hiasi kata-kata semangat darinya. Kini aku terasa seperti kehilangan. Seakan burung kepatahan sayap. Sayap yang dulu membawa aku terbang jauh ke awan biru.

“Kenapa menung je ni?” Zila meletakkan segelas milo panas di hadapan ku. Selepas pulang dari bercuti, kami terpaksa bekerja keras bagi menghadapi exam.

Aku memandangnya dengan pandangan sayu. Perlukah aku bertanya padanya? Atau pun aku biarkan saja sehingga ia kembali seperti sedia kala. Pastikah akan pulih seperti biasa?

Ahhh…Sudah. Kepala ku semakin memusing. Semakin teruk jadinya.

“Er…Zila. Aku nak tanya sikit boleh?”
“Hhmm… tanya je la. Tak payah bayar pun,” jawab Zila tanpa menoleh kepada ku. Ikhlas ke tidak ni?

“Er… aaa…” itu saja yang ku ulang. Tak terluah pula apa yang aku nak tanya.
“Aaa…er…aaa….err.. kau nak tanya apa sebenarnya ni,” Zaila menutup nota lalu mengadap wajah ku yang kurang ceria. Aku tersengih.

Apa yang aku nak tanya. Takkan aku nak terus cakap yang aku rindukan Zafri. Takkan aku nak cakap terus yang aku perlukan Zafri. Ish! Tak straight sangat ke?

“Kau ni kenapa sebenarnya. Tadi kau yang nak tanya akukan? Apa dia,” ulang Zila lagi. Dia pun nampak semacam je dengan aku. Aik! Takkan dah berjangkit dengan Zafri.

“Er… tak ada apa-apalah. Aku pun dah lupa apa aku nak tanya,” aku tunduk mengadap nota di hadapan ku. Satu apa pun tak masuk dalam otak. Memang sia-sia tapi aku paksa juga. Lagipun aku bukan anak-anak istimewa yang di lahirkan terus dah pandai. Aku kena kerah tenaga aku untuk sampai ke tahap ni.

“Lain macam je kau ni. Apa sebenarnya yang buat kau tak senang duduk ni. Cuba kau cerita A to Z kat aku.” Zila menurunkan nota yang melindungi wajah ku. Dia memang kawan sejati aku.

“Er.. sebenarnya ….” Aku diam kembali. Malu sebenarnya.
“Sebenarnya apa ni?” entah kenapa aku jadi gugup.
“Aaa…Za..Zafri apa khabar?” akhirnya keluar juga. Punyalah susah.

“Hhmm… ni ke yang merunsingkan fikiran kau. Patut la dua tiga hari ni aku tengok kau macam kucing hilang anak je. Apasal tak tanya terus. Itu pun nak malu. Macam aku tak tahu kisah kau dengan abang aku,” aku terkulat-kulat mendengar ceramah Zila. Tak pasal-pasal dah kena tadah telinga.

“Aku segan la,” aku tersenyum sumbing. Malu dengan teguran Zila.
“Apa kau nak segan. Dulu tak segan pun.”
“Itu dulu. Sekarang dah lain.”

“Aku rasakan, baik kau tanya dia sendiri. Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa.” Jawapan Zila sedikit mengecewakan aku. Aku harapkan sesuatu darinya. Semangat ku merudum kembali.
“Tak apalah. Nanti-nantilah aku call.”

“Kenapa kau tak nak mengaku je. Aku tahu kau rasa something kan. Kau rasa kehilangan kan. Tak salah pun kalau kau mengaku Kasih, kau tak bertepuk sebelah tangan. Kau terlalu istimewa buat dia.”

Aku tahu apa yang Zafri rasakan sekarnag ni. Dia kecewa kerana terpaksa menanti jawapan ku terlalu lama. Di tambah pula peristiwa pertembungan Haiqal dan aku membuat dia semakin jauh hati.

Aku tak dapat bayangkan jika perkara ini akan berpanjangan. Dan aku takut kami akan terus begini.

“Kau fikir la baik-baik. Buat keputusan yang kau rasa betul untuk kau. Aku tak nak paksa kau, sesiapa pun tak boleh nak paksa kau.” Zila mengelus bahu ku sebelum berlalu membiarkan aku sendirian.

Sayang? Mungkin. Tapi sebanyak mana?
Rindu? Sangat-sangat.
Cinta? Rasanya belum lagi.

Apa lagi yang aku tunggu. Mengapa perlu menoleh kebelakang lagi jika di hadapan terang-terang sudah sedia menanti.

Skrin talifon bimbit ku renung kosong. Satu-satunya gambar kenangan kami ketika ia bercuti di Penang menjadi penghias skrin. Aku merenung wajahnya lama-lama. Hati ku memberontak untuk mendengar suaranya.

Menggigil tangan ku tika mencari namanya. Seram sejuk di buatnya. Aku dekatkan talifon di telinga. Hati ku semakin berdebar-debar. Untuk kali pertama aku memecah tradisi.

Lama aku menanti dan barulah panggilan ku di jawab.

“Assalamualaikum…” aku mendengar suaranya setelah suara itu membisu sejak beberapa minggu lalu.
“Wa..Waalaikumsalam,” mujur bibir ku tak buat hal.

Kami diam kembali. Mungkin betul duga ku. Dia sudah berjauh hati.

“Sihat?” biarlah aku yang memulakan. Di saat itu air mata ku mula bertakung. Aku sendiri tak tahu mengapa.
“Sihat, alhamdulillah.” Itu saja jawabnya. Aku puas menahan air mata ku dari menitis. Nada suara ku kawal agar ia tidak menyedari.

“Sibuk ke?”
“Adalah sikit,” air mata ku mengalir satu persatu membasahi pipi. Hati ku betul-betul tersentuh dengan jawapannya. Aku telah mengganggu ketenteramannya.
“Er… tak apalah. Sorry ganggu,” lantas aku menekan butang merah menamatkan talian tanpa menanti apa-apa jawapan darinya. Spontan aku matikan talifon.

Air mata ku mengalir tak dapat ku tahan lagi. Jelas kini penyiksaan ku kembali lagi. Semua kerana aku. Aku terlalu takut dengan bayang-bayang silam. Kini, aku sendiri yang gigit jari.

*********************


Aku buka mata perlahan. Kelopak mata ku membengkak akibat terlalu banyak menangis. Terkelip-kelip menahan pedih. Satu malam aku menangis. Mujur Zila tak sedar. Malu juga kalau dia dapat tahu. Sendiri cari penyakit, kenalah tanggung.

Hari Ahad macam ni biasanya kami hanya bermalas-malas. Nak bangun pun malas. Bangun pun tunggu sampai matahari dah tegak terpacak baru nak bangun. Itu pun kalau tak ada apa-apa program.

Macam aku dengan Zila memang jarang ada program. Nak beriadah pun masih awal lagi. Tak kuasa aku nak menapak keluar panas-panas macam ni. Baik aku duduk terperap dalam bilik.

Lagi pun mood aku masih tak stabil. Aku masih sedih. Jadi apa yang aku buat tu macam orang yang tak bermaya. Macam nak tak nak je buat.

Aku dengan malasnya membuka email. Saja nak tengok-tengok kalau ada email dari Zafri. Iyelah, kan semalam dah terasa hati. Merajuk la konon. Tapi memang ye pun. Aku betul-betul terasa hati. Tapi aku tak tahu sebenarnya Zafri bukan terasa hati lagi tapi dah ke tahap makan hati.

Bila aku buka je email, air mata aku nak bergenang semula. Tak ada satu pun email ku yang masuk datang daripada dia. Semuanya dari kawan-kawan friendster.

Ya Allah, kau kuatkan la iman ku, kau tetapkanlah akidah ku, kau tabahkanlah ku, semoga aku mampu lalui hari-hari ku dengan tenang. Aminnnn.

Aku berdoa agar aku tak terlalu ikutkan perasaan. Aku kena kuatkan semangat. Moga-moga dia masih sudi menerima ku.

“Tak habis-habis dengan menung kau tu. Sampai bila kau nak macam ni.” Aku terus je off laptop. Zila duduk di birai katil ku. Sedangkan aku hanya membalas renungannya.

“Itulah kau, masa orang nak kau jual mahal. Sekarang bila dia dah senyap, kau pula yang jadi macam ni. Hei… tak faham aku,” Zila menggeleng perlahan. Jangan katakan dia, aku sendiri tak faham dengan apa yang aku nak.

Aku tak tahu nak cakap apa. Sudahnya, aku biarkan Zila sendiri berlalu ke katilnya. Aku kembali dengan tabiat baru. Merenung siling sehingga berjam-jam lamanya. Selalunya aku teringatkan kenangan ketika aku masih berhubung dengan Zafri.

Dia akan pastikan aku sentiasa ceria. Cuma aku je yang buat malu-malu kucing. Dekat luar konon nampak malu, tapi dalam hati terjerit-jerit suka. Dan yang paling meninggalkan kesan ketika di saat tangan ku di kucup lembut.

Aku benar-benar terharu. Rasa macam nak lentok terus je dekat bahu dia. Nak bermanja-manja macam kucing Siam.

Tiba-tiba aku teringat dengan talifon bimbit yang telah aku matikan. Aku hidupkan kembali. Manalah tahu kalau-kalau ada kes emergency. Bila on je talifon tu, tak henti-henti mesej berebut-rebut masuk.

Semuanya mesej dari syarikat telekomunikasi prabayar. Dan bermacam-macam nombor yang masuk. Aku pun tak ingat nombor siapa. Cuma satu nombor je yang dapat aku cam.

Rupa-rupanya dia ada cuba menghubungi aku. Mana nak dapat kalau aku terus matikan talifon. Siap buka bateri lagi.

Belum pun sempat aku nak kemas kini simpanan mesej, aku terima panggilan darinya. Masa tu aku dah rasa satu macam. Takut ada, suka pun ada. Hai… pelik..pelik.

Dengan bacaan bismillah….

“Assalamualaikum,” lembut suaranya. Menusuk lalu menikam terus ke jantung hati ku.
“Waalaikumsalam,” aku cuba bersikap bersahaja. Konon macam tak ada apa-apa, padahal tangan aku dah sejuk macam air batu.

“Sihat?” soalnya lagi. Itulah soalan lazim yang akan di utarakan sebelum ke tajuk utama.
“Sihat, alhandulillah.”

“Macam mana study?” ni pun baru nak masuk bunga-bunga ayat. Aku dah faham sangat dengan perangai dia. Macam tu juga dengan aku. Kami ni lebih kurang sama je.

“Kenapa off handphone?” nah. Yang ni baru masuk tajuk utama. Soalan yang boleh buat aku pusing bilik tiga kali untuk fikirkan jawapannya. Takkan aku nak jawab aku merajuk. Buat malu diri sendiri je.

“Oh.. aaa. Tak perasan. Bateri habis agaknya.” Pandainya aku buat alasan. Aku menoleh ke Zila, rupa-rupanya dia memang sedang merenung ku. Gulp! Alamak, dia pandang semacam je. Agak-agaknya dia yang mengadu dekat Zafri.

Confirm la ni. Ntah-ntah dia dah cerita habis dekat Zafri. Adoi la. Ini boleh bikin aku malu.

“Iye ke? Ingatkan dah merajuk.” Aku tersenyum sumbing. Dia pun dapat kesan aku merajuk dengannya.

Sebenarnya, siapa yang merajuk asalnya ni. Kenapa jadi terbalik pula. Sepatutnya aku yang kena pujuk dia, ini dah jadi lain. Tak pasal-pasal dia yang pujuk aku. Memang susah nak percaya. Tapi memang betul, cinta tu gila.

“Eh tak adalah. Nak merajuk apanya. Awak tak buat apa pun,” mulut cakap lain, hati cakap lain.
“Rindu pun tak ke?” mestilah rindu. Naik gila aku menahan perasaan rindu.
“Er.. entah,” cover je tu. Masa tu muka dah tak tahu dah jadi warna apa.
“Kira rindu juga la ni.”
“Tak tahu la,” aku masih berdolak dalih. Nada suara aku pun dia dah boleh dapat tangkap.

“Kalau dah rindu tu maknanya sayang pun ada kan?” Hah! Ada ke? Ish! Mesti la ada. Cuma tak terluah.
“Err….ada la kot,” malu-malu aku menjawab.
“Kenapa ada kot-kot kat belakang. Kenapa tak cakap terus je,” aku garu kepala. Kalau aku diam nanti dia merajuk pula. Bila dah merajuk, aku pula yang jadi sasau.

“Nak cakap apa?”
“Cakap je yang awak sayang kat saya. Tak susah pun,” pujuknya lembut. Kuat juga penangan dia.
“Aa.. saya …aaa.. malulah wak. Tak nak la,” aku terdengar dia ketawa kecil. Bahagianya dengar dia ketawa.

“Malu tapi mahu la ni,” confirm pipi aku dah merah.
“Tak cakap macam tu pun,” aku main sorong papan tarik papan pula.
“Okey. Kalau macam tu tak apalah. Saya ada kerja sikit ni. Bye”
“Hei tunggu!!” cepat-cepat aku menahannya dari mematikan talian.
“Ada apa-apa lagi ke?”
“Eh ..aa… tak ada apa-apalah. Okey, bye.”

Degil betul dengan perempuan sorang ni tau. Punyalah berat nak cakap. Bukan susah pun. Tiga patah je nak cakap. Geram betul dengan diri aku ni.

Tapi aku tak mahu dia merajuk lagi dengan aku. Aku tak sanggup. Rasa sunyi je kalau satu hari tak dengar suara dia.

Aku tarik nafas panjang. Entah macam mana, aku tekad. Sayang tak semestinya perlu di luahkan dengan kata-kata cinta. Aku ambil semula talifon bimbit lalu menaip sesuatu untuk ku hantar padanya.

Jika tak terluah, tak bermakna tak cinta
Jika tak terucap, tak bermakna tak sayang
Cukup hanya kita saja yang tahu

Lepas je aku tekan butang ‘send’ terus perasaan ku terasa lapang. Dah tak sesak macam tadi dan hari yang sebelumnya. Baru aku tahu macam mana rasanya pendamkan perasaan. Memang betul-betul menyiksa jiwa.

Selang beberapa minit, aku mendapat balasan mesej dari Zafri. Aku membacanya dengan tenang.

Hanya kita yang tahu
I miss you...

Bibirku mekar dengan senyuman. Dan dari saat itu, hubungan aku dan Zafri telah pun dimeterai. Kini sah hati ku telah di miliki.

AddThis Social Bookmark Button


I'm Yours 2  

Saturday, November 21, 2009

“Cah. Kau kata nak cerita tadi. Ni sampai nak habis traning, sepatah haram pun kau tak cakap,” rungutan Ekin membuat Aisyah menoleh. Begitu juga dengan Ain. Betul-betul budak ni tak sabar nak tahu.

Aisyah melangkah ke tepi padang. Terus saja duduk tanpa beralas. Air mineral di teguk rakus. Ain dan Ekin saling berpandangan. ‘Apa yang tidak kena dengan budak sorang ni.’ Itulah yang bermain di fikiran pasangan kembar itu.

“Betul korang nak tahu?” Aisyah tunduk. Entah dirinya sudah bersedia atau tidak. Takut juga kalau ada orang lain yang tahu. Tak pasal-pasal dia jadi ‘popular’.
“Betul la. Kenapa? Kau ada masalah besar ke?” soal Ekin cepat-cepat. Ain menyiku adik kembarnya. Ekin tidak peduli.

Aisyah diam beberapa saat. Nafas di tarik panjang dan di lepaskan perlahan. ‘Bismillah’ sempat juga ia berdoa. Apa orang kata tu, minta berkat.
“Aku terjatuh and terpeluk seseorang,”
“What!!” Ekin dan Ain separuh menjerit. Mulut dah ternganga besar. Sungguh mengejutkan riaksi mereka. Beberapa pelajar turut menoleh ke arah mereka.

“Kot iye pun korang terkejut, tak payah la nak buka mulut tu luas-luas.” Rungut Aisyah. Mood untuk bercerita terbantut kembali.
“Okay….okay.. kita orang minta sorry.” Ain cepat-cepat minta maaf. Apa nak buat, tindakan refleksi. Tak sengaja. Takkan orang terkejut nak tersengih pula. Memang dah tak betul tu.

“Kau biar betul Cah. Dengan budak laki ke?” Aisyah menjeling tajam wajah Ekin dan Ain. Geram dengan soalan bodoh yang di ajukan.
“Korang ni betul ke tidak. Ada ke tanya macam tu. Pasal dengan budak lelaki la yang aku jadi macam ni.”

“Iye tak ye juga eks. Kalau dengan budak perempuan, takkan kau nak cerita dengan kita orang,” Ekin menggaru kepala.

“Ampun Cah. Kau jangan main-main Ecah,” soal Ain sekali lagi. Seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.
“Apa yang aku nak main pulak. Tak cukup lagi ke aku main hoki ni. Aku cakap benda yang betul la ni,” sela Aisyah.

“Aku rasa aku tahu siapa?” Ekin tersenyum sumbing sambil mengangkat kening. Tak ubah macam penyiasat persendirian.
“Dengan Akim kan?” bibirnya semakin galak tersenyum.
“Woit!! Mulut tu slow la sikit. Tak ada insurance lansung.” Rungut Aisyah. Memang tak reti nak cover betul.

“Macam mana boleh kena?” Ain dan Ekin terus saja duduk di hadapan Aisyah. Ingin mendengar cerita sensasi dari Aisyah selanjutnya. Perkara penting begini tak boleh di biarkan terlepas.

“Entah. Aku pun tak tahu macam mana nak cerita.” Aisyah masih merasa terganggu dengan kejadian itu. Makin bertambah apabila mereka di takdirkan berada di kelas yang sama.

“Kau cerita je lah macam mana pun,” Ekin tidak habis-habis mendesak.
“Ha ah la. Kau cerita la betul-betul.” Ain turut sama mendesak.

“Okay aku cerita. Dengar betul-betul. Tapi…. Aku tak mahu ada orang lain yang tahu selain kita. Faham?” Ekin dan Ain mengangguk laju.

Aisyah mula bercerita dari mula bagaimana kejadian itu berlaku sehinggalah ia terlupa akan tugas yang di berikan cikgu Halim. Ekin dan Ain mendengar dengan penuh khusyuk tanpa sebarang soalan.

“Apa yang kau senyum-senyum?” soal Aisyah pada Ekin yang galak tersenyum. Ni mesti ada apa-apa.
“Best tak?” terlopong Aisyah. Tak sangka temannya boleh berfikiran begitu.
“Apa jenis soalan tu?”
“Alaaa… aku gurau je la.”
“Banyak la kau punya gurau.” Ekin tersengih. Memang betul pun soalannya agak melampau.

Aisyah bangun lalu melangkah menuju ke tengah padang. Kayu hoki di gengam kemas. Langkah di hayun tampak yakin sedangkan fikirannya agak terganggu. Panggilan Ain dan Ekin tidak di endahkan. Terus saja berlari mendapatkan teman yang lain.

“Ain!”
“Apa dia?” jawabnya malas.
“Kau tak perasan apa-apa ke?” Ekin dan Ain masih bersantai di tepi padang. Penat bermain sebentar tadi masih belum hilang. Tak larat nak ikut langkah Aisyah yang terlalu minat dengan sukan hoki.

“Perasan apa?” Ekin mengeluh.
“Apa la kau ni. Itu pun lembab. Takkan kau tak perasaan. Nama je kawan baik,” Ain mengerutkan dahi. Masih tidak dapat memahami kata-kata Ekin.
“Tak perasan apa ni? Kau cakap je la. Tak payah nak pusing-pusing.”

Ekin melihat Aisyah di tengah padang yang sedang mengejar bola. Sejak dari pagi lagi hatinya dapat merasa sesuatu. Dan kini apa yang bermain di fikirannya bakal menemui satu jawapan.

“Kau tak rasa ke yang Ecah tu dah jatuh cinta…” riak wajah Ain sudah di jangka. Pasti kakak kembarnya terkejut. Tapi itulah hakikatnya. Hakikat yang masih samr-samar dan sukar di tafsir dengan mata kasar.

“Kau ni cakap biar betul. Kau jangan main-main.” Ekin tersenyum lagi. Ini baru penerimaan Ain, belum Aisyah.
“Kalau kau tak percaya, kau cuba perhatikan dia betul-betul. Aku yakin kau pun boleh nampak perubahan dia,” jelas Ekin yang semakin memeningkan kepalanya.

“Alaa… kau ni. Cuba straight to the point. Tak payah nak pusing sana, pusing sini.” Ain turut memandang Aisyah. Tiada apa pun yang pelik. Semua masih sama.
“Okay. Pernah tak kau dengar Aisyah cakap pasal ‘lelaki’ sebelum ni.” Soal Ekin kepada Ain. Gaya tu dah macam pakar kaunselor. Macam serba tahu.
“Setahu aku tak pernah.” Ekin mengangguk. Memang itu jawapannya.
“Kau pun tahu kan riaksi dia bila kita sembang bab lelaki.”
“Selalunya kena talbiah. Tak pun kena ceramah,” Ekin angguk lagi. Itu juga benar.

“Tahu pun kau. Tapi apasal tadi dia cepat melenting. Muka pun nampak macam gelisah je. Macam ada sesuatu yang ganggu fikiran dia. Dan aku yakin yang semua ni berpunca dari insiden tu. Kalau tak, takkan dia nak menggelabah masa Akim bagi kertas projek tu.” Ain berfikir seketika.

“Betul juga kata kau eks. Selalunya dia relax je. Lepas balik dari jumpa cikgu Halim terus jadi bisu. Termenung memanjang.” Ekin tersenyum lebar.
“Aku tahu sekarang ni dia tengah berperang. Berperang dengan perasaan sendiri. Aku nak tengok sampai bila dia nak elak benda ni.”

Hanya tinggal satu saja lagi. Adakah andaiannya benar-benar belaka. Jika benar segala telaannya, Akim adalah orang yang pertama berjaya mengetuk pintu hati milik Aisyah. Pintu hati yang tidak pernah cuba untuk di buka. Seolah-olah sengaja di biar terkunci.


*************************

Akim merenung dari jauh. Niatnya untuk menyertai pasukan hoki terbantut apabila terlihat kalibat Aisyah di tengah padang. Seakan ada tarikan kuasa magnet untuk mengunci kakinya dari berlalu.

Corak permainan Aisyah di perhati dengan teliti. Setiap pukulan yang di buat agak kemas. Pantas mencari ruang dan bijak mengatur langkah.

“She’s great,” pujinya apabila Aisyah berjaya menjaringkan gol.

“Jauh menung,” Akim tersentak. Suara seseorang dari arah belakang mengejutkannya. Akim menoleh. Cikgu Halim berdiri di sebelahnya. Akim berwajah biasa.
“Eh… tak adalah cikgu. Saja datang tengok,” bohong Akim. Bukan sengaja tapi terpaksa. Nak selamatkan keadaan.

“Ohh… Minat ke?”
“Biasa-biasa je cikgu. ” Cikgu Halim angguk perlahan. Kebetulan pula ternampak Akim ketika pulang dari tandas.

“Kamu orang baru kat sini kan? Sebelum ni tinggal di mana?” anak mata masih belum mahu mengalih pandang. Seakan di paku untuk tidak berganjak.
“Tinggal di JB,” soalan cikgu Halim di jawab tanpa menoleh.
“Kamu di sini tinggal dengan siapa?”
“Dengan nenek.” Jawabnya pendek. Malas untuk bercerita soal keluarga.

“Keluarga kamu tak ikut sekali?”
“Cuma saya. Lagipun kat sini nenek tinggal sorang.” Cikgu Halim mengangguk lagi. ‘Rajin juga budak ni,’ bisik hati cikgu Halim.

Budak-budak sekarang bukan senang nak di bentuk. Jika di halang, ada saja alasannya. Sedangkan semua itu di lakukan untuk kebaikan. Nama pun zaman dah berubah. Mentality pun terpaksa di ubah juga. Kononnya nak ikut peredaran zaman.

Akim merasa itulah jawapan yang sesuai. Sedangkan dirinya tahu bukan itu punca utama dirinya tercampak di situ.

Desakan demi desakan memaksa kedua orang tuanya melepaskan Akim tinggal bersama neneknya.

“Jom,” habis hilang segala kenangan lalu. Akim tersedar dari lamunan. Dirinya masih berada di sekolah barunya.
“Nak ke mana cikgu?” soalnya pelik.
“Dari kamu duduk tak buat apa-apa di sini, lebih baik kamu masuk team hoki sekolah.” Ha ha ha. Perkara yang ingin di elak terjadi juga.

“Er.. tapi cikgu…er…aa…saya tak pandai la cikgu,” Cikgu Halim tersenyum.
“Tak apa… Jom lah,” Akim terkejut apabila cikgu Halim memaut bahunya dan mendorong tubuhnya bergerak. Nak tak nak, kaki terpaksa di buka. Langkah di atur menuju ke padang.

Tiba di padang, sebatang kayu hoki di hulurkan padanya.
“Saya tahu kamu pandai main hoki. Pernah main sampai ke peringkat negeri. Betul kan?” Gulp! Kan dah kantoi. Akim termalu sendiri.

Itulah, lain kali jangan cakap bohong. Sebab tu orang kata bohong tu berdosa. Kan dah kena batang hidung sendiri.

“Mana cikgu tahu?”
“Rekod sekolah lama kamu.”
Toing! Toing! Toing! Akim terperangkap. Nampaknya semua rekod sekolah lama ada bersamanya. Memang sah tak boleh nak lari.

“Kamu ingat dengan budak perempuan yang terlanggar dengan kamu pagi tadi,” Akim angguk perlahan. Wajah Aisyah terbayang di mata.
“Saya cabar kamu.” Akim faham apa yang di maksudkan cikgu Halim. Akhirnya angguk tanda setuju.

Cikgu Halim memanggil seorang pemain pertahanan keluar padang untuk di gantikan dengan Akim. Beberapa pemain memandang larian Akim ke tengah padang.


*********


Hantaran cantik Ain di sambut kemas Aisyah lalu menggelecek bola menghampiri kawasan D. Dua orang pertahanan pemain lelaki sedang giat mengapitnya. Cuba mencuri bola dari kawalannya. Aisyah bijak mencari ruang untuk melepaskan diri, dengan sengaja ia menghentikan lariannya. Apa lagi, terbabas la dua permain pertahanan lawan.

Memang agak sukar untuk mengawal rentak permainan Aisyah. Bola di bawa ke kanan padang sebelum kayu hoki di hayun tinggi. Bola di rembas sekuat hati menuju ke gawang lawan. Dan……

Akim tersenyum mengejek. Mengejek kerana dapat menyelamatkan gawangnya dari di bolos lagi. Bola berada dalam kawalannya. Dengan pantas, Akim menghantar bola terus kepada pemain tengah pasukannya.

Aisyah diam terpaku. Kakinya kaku untuk bergerak. Macam dah kena sumpah.
“Kenapa? Tak percaya,” bisik Akim ketika melintasi Aisyah. Akim sengaja membuat Aisyah semakin tidak keruan. Larian Akim hanya mampu di pandang.

“Goaaal!!” laung beberapa pemain lelaki selang beberapa minit. Bersorak meraikan kejayaan mereka menewaskan penjaga gawang pasukan pelajar perempuan.

“Hah!! Goal lagi,” keluh Ekin. Sementara itu Ain melangkah mendapatkan Aisyah.
“Kau okay ke tidak ni Cah,”
“Macam mana dia boleh ada dalam team budak lelaki?” Aisyah masih terkejut. Ain memandang permainan Akim.
“Kau ni biar betul Cah. Dah dia tu lelaki, mestilah masuk team budak lelaki. Takkan nak masuk team kita kot. Kau nak suruh dia pakai lipstick.”

‘Agaknya aku tengah mimpi kot. Tapi kenapa rasa macam real je. Tak macam mimpi pun.’

“Ain, kau tampar aku sekarang,” arah Aisyah pada Ain. Terkejut sakan kawan tu. Maunya tidak.
“Kau ni apasal? Dah kena sampok ke? Tak nak la aku,” tolak Ain. Tak pasal-pasal jadi kes lain pula.

“Tampar aku ce…!!” sergah Aisyah sambil mencengkan tangan kiri Ain. Dan kerana terkejut, secara spontan tangan kanan Ain melayang betul-betul di pipi kiri Aisyah.

Panggg!!!

‘Mak aih… sakitnya….’ Aisyah terdiam seketika. Terkebil-kebil di hadapan Ain. Gigi di ketap kuat.

“So..sorry Cah. Aku tak sengaja,” terketar-ketar suara Ain. Pipi Aisyah berubah merah.
“Cah…say something,” tubuhnya di goncang Ain. Dirinya dapat merasa semua itu. Bermakna ini semua bukannya mimpi. Dan ia benar-benar terjadi.
“Thanks,” ucap Aisyah.
“Heh, macam ni pun ada ke?” bisik Ain sambil mengekori larian Aisyah.

Aisyah kembali menyambung permainan. Seboleh-bolehnya ia mencuba untuk tidak bertembung dengan Akim. Tapi sayang, dia tidak tahu akan cabaran yang di sambut Akim.

Ke mana saja Aisyah membawa bola, Akim pasti datang merampasnya. Sudah puas mencuba tetapi masih gagal untuk melepasi pertahanan Akim. Setiap kali ia gagal, Akim pasti tersenyum padanya. Aisyah terasa seperti di ejek. Dia give up.

“Toyol betul la.” Marahnya lalu mencampak kayu hoki ke tanah. Geram kerana permainannya tidak seperti selalu. Jika kerap begini, habis la reputasinya sebagai pemain terbaik.

“Siapa yang toyol.”
“Opocot!!” habis terlepas botol mineral yang di pegang. Tiba-tiba Akim menyapanya dari belakang. Akim tunduk lalu mengutip botol mineral untuk Aisyah. Gadis yang sudah mendapat tempat di hatinya.

Melihat Aisyah yang kaku, Akim terus saja membuka penutup botol lalu meneguknya. Makin seronok bila melihat mata Aisyah terbuka luas. Sempat merenung wajah itu sekali lagi secara dekat.

‘Woi..air aku…’ Tak sangka Akim berani minum air minumannya. Bibirnya kaku untuk menghalang.

“Terima kasih,” ucap Akim sebelum menyerahkan botol itu kembali kepada Aisyah. Sampai tak terkata Aisyah di buatnya. Dah macam patung. Hanya mampu melihat apa yang Akim buat padanya.

Sebelum berlalu, Akim sempat mengenyitkan mata. Sambil tersenyum nakal, Akim melangkah meninggalkan Aisyah.

AddThis Social Bookmark Button


Kasih NurBella 13  

Wednesday, November 18, 2009

Suria duduk di birai katil. Matanya sungguh sukar untuk di lelapkan. Perasaan gelisah membuatkan dirinya merasa rimas. Walaupun duduk di bilik belakang, biliknya tetap di sediakan penghawa dingin oleh majikannya. Memang cukup sempurna.

Namun hatinya belum cukup puas. Dirinya masih muda. Masih jauh perjalanan hidup yang harus di tempuh. Sampai bila dirinya harus terperuk di ceruk dapur sebagai pembantu.

‘Aku tak la buruk.. aku pun cantik juga… kenapa aku tak boleh dapat macam mana orang lain dapat…’ Suria berjalan mundar mandir pula. Dari kiri ke kanan langkahnya tidak berhenti.

Suria menoleh apabila terdengar bunyi sesuatu di dapur. Langkahnya terhenti. Di biarkan beberapa saat sebelum bunyi itu terdengar lagi. Suria terus saja melangkah menuju ke pintu. Tombol di pulas, daun pintu di tarik perlahan.

“Tuan,”
“Hahh!” hampir terlepas gelas di tangan Helmi. Teguran pembantu rumahnya benar-benar mengejutkannya. Sudah la keadaan di dapur waktu itu suram terbias oleh cahaya lampu ruang tamu yang terang benderang.

“Apa Tuan buat malam-malam ni?” Suria bersuara lembut. Memang itu niatnya apabila menyedari Helmi yang berada di dapur. Helmi melirik seketika kepada Suria sebelum mengalihkan pandangannya.

Suria tersenyum. Umpanannya mengena. Memang jelas anak mata Helmi sedang melirik kepada baju tidurnya yang nipis sebentar tadi. Mungkin juga masih terlalu awal. Namun dirinya yakin yang suatu hari nanti Helmi pasti akan menjadi miliknya.

“Saya haus. Tu yang turun,” Helmi menjawab pertanyaan pembantu rumahnya tanpa memandang. Tidak tahu sama ada pembantunya itu sedar atau tidak.
“Tuan nak saya buatkan air?” Suria menawarkan diri. Matanya sedang memandang tubuh majikannya yang sasa. Terbayang-bayang tubuhnya di rangkul erat oleh tubuh sasa itu. Sungguh mengasyikkan.

“Tak payah la. Saya naik dulu,” Helmi meletakkan gelas di atas meja dan cepat-cepat meninggalkan Suria. Terasa pandangan Suria begitu lain sekali. Tambahan pula dengan pakaian yang agak jarang membuat dirinya merasa tidak selesa.

Helmi membuka pintu perlahan-lahan. Tidak mahu Bella terjaga dari tidurnya. Belum pun pintu di tutup, Bella sudah terjaga.

“Abang ke mana?” soalnya lembut. Helmi yang separa terkejut pada mulanya tersenyum kelat. Melangkah merapati katil.
“Abang dahaga tadi. Sayang tak rasa panas ke?” Helmi melangkah naik ke katil. Duduk di sisi isteri kesayangannya.

“Panas juga, tapi tak larat la nak turun.” Ujar Bella sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

“Kenapa tak cakap. Sayang nak air ke? Abang ambil kan ye,” Bella tersenyum sambil menggeleng. Tangannya menahan Helmi dari bangun. Cukup-cukuplah dengan apa yang telah suaminya lakukan untuknya. Dengan adanya Helmi di sisi, dirinya merasa bahagia.

“Betul ni?” soal Helmi sekali lagi. Simpati dengan isterinya yang payah untuk bergerak ke mana-mana.
“Betul. Nanti kalau saya dahaga, saya kejutkan abang ye,” Bella mengelus tangan suaminya yang agak lembut kerana jarang melakukan kerja-kerja berat.

“Nanti kalau sayang dahaga, kejutkan abang tau. Jangan turun sendiri macam hari tu pulak. Ingat tau. Abang tak mahu jadi apa-apa dekat sayang dan anak kita,” tangannya di kucup lembut. Sikap Helmi yang terlalu memanjainya benar-benar membuat dirinya lemah. Lemah untuk berdiri di atas kaki sendiri.

“Iye… orang tahu la.”
“Orang..orang… orang tu siapa?”
“Abang ni… orang tu saya la,” Bella mencubit lembut lengan Helmi. Ada saja yang ingin di sakat. Bella malu kerana Helmi masih merenungnya.
“Saya..saya… cuba cakap sayang,” ajuk Helmi sambil menahan senyum. Tahu yang Bella masih lagi sukar untuk membahasakan dirinya sayang. Seperti yang selalu ia gunakan.

“Alaaa abang ni. Sama je kan. Apa pun nama yang abang panggil atau saya panggil, yang penting kasih sayang saya tak pernah pudar. Cinta saya tak pernah luntur,” tangan Helmi di gengam erat.

Helmi tersenyum puas. Sekurang-kurangnya ia tahu yang Bella membalas cintanya. Dahi Bella di kucup lembut.

“Tidurlah. Esok abang kena bangun awalkan,” ujar Bella sambil merebahkan tubuh. Selimut di tarik rapat ke dada.
“Baik bos,” Helmi mengangkat tabik. Tubuhnya di rebahkan di sisi isteri tercinta. Dengan perlahan, kepala Bella di angkat sedikit berbantal lengannya. Tubuh itu di tarik merapat ke sisi. Sesekali perut Bella yang memboyot di usap perlahan-lahan.

“Good night sayang,” Helmi tersenyum apabila tiada lagi sahutan dari isterinya. Hanya sekejap lenanya bertandang. Akhirnya mata Helmi turut terpejam.


Suria mengambil gelas yang di tinggalkan Helmi. Baki air sejuk di teguk perlahan. Sambil tersenyum, Suria membayangkan kehidupanya selepas ini pasti akan berubah. Terlalu yakin dengan rancangannya. Kaki di atur ke sinki untuk membersihkan gelas yang di gunakan Helmi.

Setelah selesai mengemas mana yang perlu, Suria kembali ke biliknya. Tubuhnya di hempas ke tilam empuk ‘queen’ size. Merenung siling sambil tersenyum-senyum sendirian.

Bantal peluk di dapak erat membayangkan tubuh majikannya. Terlalu ghairah dengan khayalannya sehingga tidak peduli apa yang bakal di tempuhinya nanti. Yang penting, hatinya gembira, dirinya bahagia.

******************

“Hah! Baru sekarang nak nampak muka. Ingat dah tak tahu jalan rumah mama lagi,” Bella tersenyum kelat mendengar sindiran mertuanya. Namun tangan itu tetap di kucup tanda hormat walaupun penerimaannya masih seperti dulu. Masih dengan sindiran serta jelingan tajam.

“Helmi sibuk sikit la mama. Bukan sengaja pun. Lagi pun Bella ni bukan sihat sangat. Tak boleh nak bergerak banyak,” alasan yang di berikan Helmi membuat Puan Sara mencebik. Asyik-asyik nama Bella saja yang di sebut.

“Bila due date?” Bella tersenyum sambil menoleh kepada Helmi.
“Insyaallah, kalau ikut tarikh yang doktor bagi lagi dua minggu. Ni pun kira dah sarat sangat dah ni.” Tuan Mukriz terkejut.
“Hai dah sarat macam ni pun masih merayau-rayau lagi ke?”
“Dia ni yang degil papa. Dah berbuih mulut ni bercakap. Tak nak dengar juga. Boring katanya,”

Bella tersipu malu. Entah kenapa dirinya merasa lain sekali sejak akhir-akhir ini. Dirinya berasa tidak betah untuk tinggal di rumah. Ada saja yang tidak kena. Kadang kala Helmi turut menjadi mangsa. Letih melayan kerenah Bella.

“Tak apalah. Sebelum ni bukan dia selalu keluar pun. Apa orang kata tu.. pembawa budak,” Helmi ketawa bersama papanya. Puan Sara tiada kuasa untuk masuk campur. Sesekali matanya menjeling melihat telatah Helmi yang langsung tidak berenggang dari sisi isterinya.

“Nasib baik sekali-sekali je pa. Kalau selalu, naik pening juga kepala ni. Mie ingat nak cuti panjang sikit masa Bella berpantang nanti. Mie pun dah cari orang untuk jaga Bella masa berpantang nanti.”
“Papa faham,” mata Helmi memberi isyarat kepada papanya. Mata Tuan Mukriz melihat isterinya langsung tidak mahu bergaul mesra dengan anak menantunya. Asyik mengasingkan diri.

Air di cincang takkan putus. Sejauh mana ia mengasingkan diri, takkan mampu mengubah takdir anak mereka jika tiada izin dariNya.

“Biarlah Mie, doa-doalah mama kamu akan cepat berubah. Papa dah tak tahu nak cakap apa. Langsung tak boleh nak di tegur.” Helmi menyandarkan tubuh. Memaut bahu Bella yang tadi hanya membisu.

“Harap-harap la papa. Kami pun tak salahkan mama. Ni semua salah kami,” Helmi menoleh. Tiba-tiba saja isterinya bersuara. Wajahnya kelihatan tenang sekali. Mengapa isterinya sebegitu tenang. Helmi tertanya-tanya dihati.

Bersyukur kerana dirinya masih mempunya suami yang terlalu menyayanginya. Itu sudah cukup untuk ia meneruskan hidup.

“Papa minta maaf bagi pihak mama kamu.”
“Eh.. papa dengan mama tak salah apa-apa pun. Tak perlu nak minta maaf. Lagi pun Bella tak pernah simpan dalam hati.” Terasa tangannya di gengam erat oleh Helmi. Seakan memberi kekuatan padanya. Tahu dirinya sentiasa mendapat sokongan dari Helmi.

“Papa tahu apa yang Bella rasa. Tak payah nak rasa malu. Kita sebagai manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan. Papa rasa bertuah sebab Bella yang jadi menantu papa. Kalau orang lain, dah lama si Helmi ni menduda.” Bella tersenyum mendengar pujian dari bapa mertuanya.

Paling tidak pun, kehadirannya masih di hargai dan di sedari oleh ahli keluarga selain suaminya.

“Tu yang buat Mie makin sayang kat dia ni pa.” dengan selamba saja Helmi mengucup pipi isterinya. Tuan Mukriz turut menumpang bahagia yang di rasai anak menantunya.

Walhal Puan Sara yang turut menyaksikan aksi romantik itu merasa begitu geram dan marah. Habis remuk majalah yang di pegangnya. Bukan untuk membaca, cuma sekadar lakonan.

“Kau tunggu la. Jangan ingat aku nak duduk diam.” Terkumat kamit bibirnya menyumpah.

Puan Sara bingkas bangun. Terus saja langkah kakinya mendaki anak tangga. Sambil melangkah matanya menjeling kepada Bella dan Helmi. Daripada mendengar pujian demi pujian buat Bella, lebih baik dirinya bermalas-malas di dalam bilik. Telinga tak pedih, hati juga tak sakit.

Tuan Mukriz yang sedar akan kelakuan isterinya mengeleng lemah. Mengeluh seketika. Sebagai orang yang lebih tua, sepatutnya mereka tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak mereka. Bukan mencemuh, bukan menghina mahupun mengeji.

“Biarlah dengan mama kamu tu. Hari ni kamu berdua makan di rumah papa. Er… Bella teringin nak makan apa? Nanti papa suruh pembantu yang masakkan,” Helmi tersenyum. Sayang juga papa dengan isterinya. Maklumlah, sudah tak sabar untuk menanti kelahiran cucu yang bakal lahir tak lama lagi.

Mereka bersembang dan bersembang tanpa menghiraukan seseorang yang sedang ayik memerhati. Seseoraang yang sedang asyik mencuri dengar perbualan mereka. Seseorang yang penuh dengan dendam. Selagi dendamnya tidak terbalas, selagi itu hidupnya tak akan tenang.


***********************

“Apa yang mama buat tu?” teguran Dato’ Zamri mengejutkan Datin Maria. Air mata yang menitis di kesat perlahan. Terlalu rindu dengan arwah puteri kesayangannya. Sejak Puteri Najwa pergi mengadap Ilahi, hidupnya di rasakan sunyi.

Dato’ Zamri tahu akan kasih sayang isterinya kepada Puteri Najwa terlalu banyak. Sehingga mendatangkan rasa cemburu pada anak-anak lelakinya yang lain.

“Mama rindukan Puteri…” pipi Datin Maria di basahi air mata sekali. Usapan lembut di bahu membuat hatinya bertambah pilu. Begitulah yang akan di lakukan oleh Puteri Najwa ketika memujuknya satu tika dulu.

Puteri Najwa adalah yang teristimewa. Takkan ada penggantinya.

“Ssshhh” pujuk Dato’ Zamri apabila mendengar tangisan isterinya semakin berlagu. Datin Maria masih memegang baju yang di pakai oleh Puteri Najwa kali terakhir ketika hayatnya masih ada.

Tidak di sangka dengan kelincahan puteri bongsunya tersembunyi satu penyakit kronik yang mampu meragut nyawanya. Tiada siapa yang tahu akan penyakit yang di hidapi Puteri Najwa. Kesakitan itu rela di tanggung sendiri. Kerana tahu penyakitnya masih belum ada penawar. Hanya ubat penahan sakit menjadi peneman setia.

“Doakan saja rohnya di tempat di antara orang-orang yag beriman,” tambah Dato’ Zamri lagi.

Datin Maria meletakkan kembali gambar Puteri Najwa di tempat asal. Keadaan bilik sedikit pun tidak di ubah. Hatinya masih dapat merasakan kehadiran puteri di sisinya. Dengan adanya barang-barang milik Puteri Najwa, sedikit sebanyak dapat juga ia melepaskan rindu.

“Tapi kan pa… kalau papa tengok muka menantu si Sara, mesti papa ingatkan Puteri. Memang saling tak tumpah pa.”

“Bila pula Mukriz ada menantu. Setahu papa anak lelaki dia sorang je kan, si Helmi. Bila dia menikah?” berkerut dahi Dato’ Zamri. Tak dengar pula temannya menjemput.

“Ish papa ni. Dia orang buat majlis kecil-kecil je sebab si Sara tu tak berkenan dengan pilihan anaknya, Helmi. Tapi dah anak dia berkeras, nak tak nak terpaksa jugalah terima.” Terang Datin Maria pada suaminya.
“Tak sangka pula papa. Papa kenal sangat dengan si Sara tu. Cukup susah kalau nak suruh dia dengar pendapat orang lain.”

“Tahu pun abang. Dengan mama pun dia cakap tak selindung-selindung. Kalau dia cakap dia tak suka, sampai bila-bila pun dia tak suka,”

“Maksud mama?” Dato’ Zamri tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang di cakapkan oleh isterinya. Mustahil pelanduk dua serupa akan betul-betul sama. Pasti ada perbezaan di mana-mana.

“Betul pa. Mama sendiri pun terkejut masa mula-mula. Kalau tak silap nama dia Bella. Budaknya pun baik, lemah lembut. Mama tengok elok je budak tu. Tak ada apa pun yang kurang,” terang Datin Maria sambil berjalan beriringan dengan suaminya.

Anak tangga di turuni beriringan. Masih kelihatan mesra di usia emas begini. Pada mereka cinta ada di mana-mana. Tak kira muda mahu pun tua. Yang penting mereka bahagia. Di waktu-waktu begini, mereka sering menghabiskan waktu bersantai bersama-sama.

Dato’ Zamri melihat wajah isterinya berseri-seri. Teruja bercerita seseorang yang bernama ‘Bella’. Sejak Puteeri Najwa meninggal, jarang sekali wajah Datin Maria akan berseri-seri seperti ini. Seakan puteri kesayangannya hidup kembali.

“Kenapa mama nampak excited sangat cerita pasal menantu Mukriz? Ni mesti ada apa-apa kan?” langkah Datin Maria terhenti di ikuti suaminya. Berfikir seketika.
“Eh ha ah ya. Kenapa tiba-tiba mama rasa excited sangat.” Jawabnya sambil merenung suaminya yang masih tersenyum.

“Apa yang papa senyumkan?” dari tersenyum berubah menjadi ketawa kecil. Datin Maria merasa pelik. Apa yang tidak kena dengan kata-katanya? Mengapa suaminya tiba-tiba ketawa?

“Papa…!” tidak tahan dirinya terus di buru teka teki.
“Dah lama papa tak tengok muka mama macam ni. Berseri-seri,” Dato’ Zamri sempat mencuit hujung hidung isterinya. Meskipun telah berkongsi kasih hampir 30 tahun, perasaan cintanya tidak pernah luntur walaupun sedikit.

Dengan sikap Datin Maria yang manja dan periang, telah menjadi penyerikan dan pelengkap hidupnya. Namun kata-kata isterinya sebentar tadi agak menyesakkan fikirannya. Khuatir jika suatu hari nanti segala rahsia yang di simpan setelah sekian lama terbongkar.

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 22  

Monday, November 16, 2009

Hari lebaran menjelma jua. Aku macam biasa akan menyambutnya bersama abah dan abang kesayangan ku. Tapi ada perkara pelik yang berlaku dalam rumah ni. Dah seminggu aku balik dari kampus, sekali pun tak pernah aku tengok muka kakak ipar ‘kesayangan’ ku.

Nak tanya, tak tergamak pula. Mungkin juga dia balik rumah mak ayah dia. Jadi aku biarkan sampai la pagi raya. Dalam waktu-waktu yang sepatutnya semua umat Islam bergembira, aku terdengar tangisan abang di bilik abah.

Semua berlaku secara kebetulan. Secara tak sengaja sewaktu aku melintas di bilik abah, aku terdengar abang merintih. Dan kebetulan juga pintu bilik abah tak tertutup rapat. Jadi aku pun mengintai dalam diam.

Aku terdengar luahan hati abang pada abah. Luahan hati yang di pendam beberapa bulan yang lalu.

“Macam mana boleh jadi macam tu.”
“Entah la bah. Abang pun tak tahu mana silapnya. Dah puas abang cuba selamatkan rumah tangga kami. Tapi hancur juga bah,” abah merasa terkejut. Aku juga begitu.

“Kenapa nasib abang macam ni bah. Apa salah abang?” sayu aku mendengar rintihan abang. Aku lihat abah mengusap kepala abang macam abah lakukan sewaktu kami masih kecil.

“Sabar. Ni dugaan untuk kamu. Jodoh kamu dengan dia tak panjang. Halalkan apa saja yang kamu dah berikan pada dia. Jangan berdendam. Yang sudah tu sudah,” abah menasihati abang yang masih menangkup muka di pangkuannya.

“Tapi kenapa baru sekarang bah. Teruk sangat ke abang ni bah,” Abah tersenyum. Tubuh abang masih lagi terhenjut-henjut menahan sedu.
“Ish… jangan cakap macam tu. Benda ni jadi kita tak boleh nak jangka. Kita tak boleh nak agak. Sabar bang. Istighfar banyak-banyak.” Pujuk abah lembut.

Baru aku tahu yang selama ni abang tak pernah bahagia. Ada saja yang akan di gaduhkan. Dan yang paling mengejutkan aku, rupa-rupanya selama ini kakak ipar aku tu ada lelaki lain selain abang. Patutlah dia berkeras tak mahu mengandung. Konon alasan tak mahu badan jadi gemuk. Padahal dia ada agenda lain.

Abang rasa tertekan. Mana nak tahan kalau semua orang cakap pasal kecurangan isterinya. Ramai yang pernah terserempak dengan kakak ipar ku dengan kekasih gelapnya. Kerana tak tahan dengan cerita-cerita orang, abang siasat sendiri apa yang isterinya buat. Dan di sebabkan itu juga, abang lafazkan talak di hadapan keluarga mertuanya.

Sungguh aku tak sangka. Air mata ku turut mengalir mengenangkan nasib abang. Pada aku, abang boleh dapat yang lebih baik dari yang lepas. Abang pun bukan calang-calang orang. Kerja bagus, masa depan alhamdulillah cerah. Rupa pun ada.

“Sudah la tu bang. Tak baik menangis pagi-pagi raya ni. Pergi tengok adik kamu tu. Dah siap ke belum. Sejak akhir-akhir ni, abah tengok talifon tak pernah nak lepas dari tangan dia. Dah macam orang mabuk cinta pun ada juga.” Abang mengesat air mata di pipi.

Alamak!! Kantoi. Garis senyuman jelas terpancar dari wajah abang. Wajah itu ceria kembali. Aku turut merasa lega. Tapi….

“Ohh…. Bukan macam lagi bah, memang sah pun. Hari tu masa dia balik pun budak tu yang hantar.” Adus! Abang ni boleh pecah lubang la pulak.
“Budak mana? Haiqal ke?”

“Haiqal? Eh! Tak la. Dengan budak lain. Kalau tak silap, abang kawan dia. Iye la kot,” berkerut dahi abah. Jantung aku dah tak tentu arah jadinya. Nak juga tahu apa riaksi abah.
“Iye ke? Abah ingat dengan Haiqal.”

“Adik dah lama tak kawan dengan Haiqal sejak kes tu. Kalau jadi pun, abang takkan izinkan.” Abah merenung tepat wajah abang. Macam inginkan kepastian. Bukan abah je, aku pun nak tahu juga. Kenapa abang beriya-iya benar menghalang.

“Kalau dah nama orang kaya abah, takkan dapat kalau kita nak terbang sama tinggi. Kalau kita cuba sekali pun, susah bah.” Abah mengangguk lemah. Aik! Lain macam je muka abah. Rasa macam terkilan.

Nak buat apa terkilan, abah nak ke anak abah ni menjanda. Paling tidak pun bermadu. Hish! Jauhkan la.

Aku cepat-cepat melangkah sebelum abah dan abang sedar akan kehadiran ku. Aku menyiapkan apa yang patut sebelum abang dan abah turun.

“Macam ni lah anak abah,” aku menoleh kepada abah yang sedang melangkah merapati meja. Segak berbaju melayu biru muda yang aku belikan di Padang Besar. Aku tersenyum manja. Kembang hidung bila abah puji. Iyalah, anak dara dia memang jarang masuk dapur. Kalau masuk pun, cuma masak mee segera je.

“Duduk la bah,” pelawa ku. Dalam waktu yang sama, abang turut muncul. Ah… nampak semakin macho dengan baju melayu warna sedondon dengan abah. Tahun ni aku memilih warna biru muda sebagai warna tema.

“Mak aih dik. Cunnya. Ada tunggu siapa-siapa datang ke?” aku menjeling kepada abang. Tak sampai hati nak bergurau kasar dengan abang. Memandangkan dirinya juga mempunyai masalah. Aku tak mahu abang terasa hati.

“Cun ke? Biasa-biasa je ni. Tengok kaki la, adik siapa kan,” abang tersenyum mendengar kata-kata ku. Begitu juga abah.

Aku menuangkan air untuk abah dan abang. Beginilah kami setiap kali 1 Syawal sebelum menziarahi pusara arwah ibu.

Aku duduk di sisi abah. Ingin melayan abah sebaik mungkin. Bukan selalu pun kami dapat berkumpul begini. Selalunya kami sibuk dengan urusan masing-masing. Tambahan pula pengajian ku masih belum habis.

“Abah dengar adik sekarang dah ada buah hati baru, betul ke?” Hampir tersedak aku di buatnya. Abah ni, karang tak pasal-pasal kena usung aku ke hospital. Kes apa lagi kalau bukan tercekik ketupat. Kot iye pun nak tanya, bagilah anak abah ni makan dulu.

Aku menepuk dada perlahan. Abang dan abah tersenyum-senyum melihat telatah ku. Telatah ku yang sedaya upaya menahan kulit muka ku berubah warna. Kalau tidak, makin galak abang dan abah menyakat.

“Mana ada bah. Kawan je la. Abah dengar la cerita bohong abang tu.” aku tunduk. Tak mahu abah merenung anak mata ku. Sure kantoi aku berbohong.

“Iyela tu. Siap bagi hadiah lagi bah.”
“Abang!” Hish! Pecah lagi rahsia aku. Abah dah tersenyum sakan.

Namun kegembiraan kami terganggu oleh jeritan suara seseorang di muka pintu. Kami berpandangan sesama sendiri. Siapa pula yang mengganggu ketenteraman kami ni. Tak boleh tengok orang senang sikit.

“Orang gila mana pula ni. Tak reti bagi salam ke?” aku mengomel melepaskan geram sendiri. Sebelum bangun ingin membuka pintu.

Abang mengekori langkah ku sebelum abah. Sayup-sayup aku dengar caci maki dari depan pagar. Aku dah rasa tak sedap hati.

Terbuka je pintu, terpampang la drama yang tak di undang berlaku depan rumah ku. Aku lihat bekas kakak ipar ku dan seseorang yang tidak ku kenal sedang menyabarkan adiknya, a.k.a isteri Haiqal.

Kami tidak berkata apa-apa cuma memerhati drama yang sedang mereka lakonkan. Angin tidak, ribut pun tidak. Tiba-tiba nak mengamuk depan rumah orang pagi-pagi raya ni, apa kes?

“Betina tak guna! Lepaskan aku.. biar aku ajar betina ni cukup-cukup…” terjerit terlolong dah macam orang hilang akal.

“Apa yang korang semua buat kat sini?” abang mula bersuara apabila beberapa jiran sudah mula menunjukkan muka. Ingin melihat apa yang sebenarnya yang berlaku.
“You tolong bagi tahu adik kesayangan you tu, jangan suka-suka nak kacau laki orang.” Aku terlopong mendengar tuduhan itu.

“What!? Kacau laki orang? Hei… kau dengar sini. Sebelum aku naik angin, baik kau bawa adik kau ni berambus dari rumah aku. Karang tak pasal- pasal dengan kau-kau sekali aku kerjakan.” Aku pula yang terpaksa sabarkan abang.

“Abang…” tegur abah lembut. Mungkin abah sedar yang abang sedang melepaskan api kemarahannya.

Sudah la hatinya terluka. Kini bekas isterinya pula mula mencari pasal. Aku pula yang nak di babitkan. Aku pegang lengan abang sekuat hati. Walaupun aku tahu yang kekuatan abang tak tertanding oleh ku. Sekurang-kurangnya aku mencuba.

“Hei… mana kau sorokkan Haiqal hah!? Mana?” suara bekas kakak ipar ku meninggi. Sedikit pun tidak hiraukan amaran abang. Memang aku tahu yang abang tak pernah nak meninggikan suara. Ikut je apa yang bekas kakak ipar ku cakap. Tak ubah macam kerbau yang di cucuk hidungnya.

“Tak guna punya perempuan. Berambus!!” jerit abang sambil mata di jegilkan. Baru aku nampak ada garis ketakutan di wajah bekas kakak ipar ku. Dia cuba menyabarkan adiknya yang masih meracau-racau.

“Baik. Tapi you jangan ingat i akan lepaskan adik you macam tu je. Tunggu la,” bekas kakak ipar ku cepat-cepat menarik tubuh adiknya. Masih meracau memaki hamun ku.

Kiri kanan jiran memandang sinis. Masing-masing tahu yang aku dan Haiqal pernah berkasihan satu masa dulu. Cuma berita perpisahan kami hanya yang tertentu saja mengetahuinya.

Tak habis-habis ada saja bala yang menimpa. Apa saja yang di kaitkan dengan Haiqal, pasti akan mengakibatkan perkara-perkara buruk pada ku. Malang betul nasib aku.

Aku menutup pintu lambat-lambat. Bukan apa, masih terfikir mengapa mereka menyerang ku tiba-tiba. Sedangkan hanya beberapa hari yang lalu saja aku terserempak dengan Haiqal semula.

“Dah.. tak payah nak fikir sangat. Orang kalau dah terdesak, macam tu la.Janji anak abah tak buta. Dan masih tahu bezakan yang mana kaca yang mana permata.” Abah berkata lembut untuk menyejukkan hati ku.

Aku tersenyum lemah. Lemah kerana tidak mampu untuk membela diri sendiri. Mujur ada abang. Kalau tidak aku pun tak tahu apa yang akan terjadi.


******************


“Adik!”
“Yohoo!”
“Call,”
“Siapa?”
“Tak tahu. Turun cepat,”

Ni yang paling aku tak suka. Aku tengah syok-syok melayan cerita Hindustan, ada saja yang kacau. Tadi abah, lepas tu abang. Sekarang ni siapa pula yang kacau.

Aku berlari turun ke bawah dengan hanya berseluar pendek. Pakaian rasmi ku di rumah. Langkah ku mati di hadapan meja talifon. Elok je ganggang tu terletak. Kata tadi ada orang yang call.

“Abang! Tadi kata ada orang call,” aku terus saja ke bawah. Melangkah ke ruang tamu di mana tempat abang biasa lepak. Yang hairannya, abang langsung tak menyahut. Dah pekak ke? Tadi bukan main dok jerit-jerit suruh aku turun.

“Siapa call tadi,” aku menjengok abang dari belakang. Bila mata kami bertembung, rasa macam nak tercabut jantung aku di buatnya.

“Argghh!!!!” aku terjerit kecil dan terjatuh di atas lantai.
“Awak??” memang betul-betul buat aku terkejut. Ya ampun, macam mana dia boleh ada kat rumah aku ni?

“Laaa… apasal tu?” abang datang dari dapur bersama abah. Sambil menatang minuman untuk tetamu yang betul-betul aku tak sangka. Aku tengok abah dah senyum sakan. Abang tu jangan cakap la. Siap la nanti, mesti perli tak habis-habis.

“Takkan tak kenal?” abang sengaja buat aku bertambah malu. Aku bangun sambil tersipu-sipu. Aku mengesat punggung ku yang agak kebas. Fuh! Naik meremang aku di buatnya. Dah macam tengok hantu.

“Hah dik. Takkan nak biar kawan tu senyap je. Kenalkan la kat abah,”
“Eh.. er…. Ni abah saya,” terketar-ketar suara ku. Aku duduk di kerusi sebelahnya.
“Tahu dah,” jawapnya. Erk! Dia dah tahu la.
“Dah tahu? Siapa yang bagi tahu?”
“Abang awak,” dia tersenyum lagi. Senyum sama erti nak gelakkan aku sebab abang dah main-mainkan aku.

Apa lagi, abang jadi mangsa jelingan aku. Sibuk betul.

“Apa awak buat kat sini?” aku ingin tahu hasrat kedatangannya. Masakan tidak, perbezaan tempat asal kami agak jauh. Makan masa yang panjang. Tup-tup dah ada depan mata. Maunya aku tak pelik. Jangan-jangan dia nak datang merisik tak? Ah!.. sudah.

“Adik…” marah abah. Mungkin soalan ku kurang wajar. Bukan ke hari raya masih ada lagi. Orang kata apa tu, puasa sebulan raya sebulan. Lebih kurang la tu.

“Kenapa? Awak tak suka saya datang ke?” dia cuba berbisik.
“Eh bukan macam tu.. er..mana Zila?” aku cuba mengubah tajuk. Buat-buat cool.
“Ada dekat kampung. Saja saya datang sorang-sorang,” Gulp! Datang sorang-sorang?

“Kawan adik ni erja apa?”
“Er.. aa….cikgu kot. Cikgu kan?” aku menoleh kepadanya sebelum menjawab pertanyan abah. Anggukannya menyelamatkan ku.
“Dah lama jadi cikgu,”
“Tak la lama sangat pakcik. Lepas habis belajar, terus masuk maktab.” Lancar je pertuturan dia. Nampak tenang sangat. Sikit pun tak kalut.

Tak macam aku, baru dia datang rumah sorang-sorang. Belum lagi dia datang bawa rombongan. Kalau macam tu, agaknya aku terus je pengsan.

“Bagus la tu. Tak buang masa sangat. Sekarang ni pun ramai budak-budak U yang menganggur. Memilih sangat.”
“Alhamdulillah pakcik. Dah rezeki,”


“Dengar-dengar bukan asal sini. Asal kat mana?” aku membiarkan abah dan Zafri saling mengenali antara satu sama lain. Aku lebih suka menjadi mendengar setia. Walaupun sepatah yang di tanya sepatah juga yang di jawab, Zafri cuba untuk sesuaikan diri.

Mujur abah rajin menyembang. Kiranya dia ni jenis yang pandai bergaul dengan orang-orang tua. Sejuk hati ku.

“Macam ni lah pakcik, sebenarnya saya nak minta izin.”
“Izin untuk apa?” Setelah puas berborak dengan abah, Zafri menyuarakan hasratnya untuk membawa ku bersiar-siar di bandar Penang.

“Pergilah. Pakcik tak halang. Janji tahu jaga batas masing-masing,” pesan abah.
“Hah dik. Apa tercegat lagi kat sini. Pergilah naik tukar baju.” Aku terpinga-pinga apabila abang menyergah.

“Ha ye la… ye la. Orang nak tukar baju la ni..” aku bangun sebelum berlari perlahan meninggalkan ruang tamu. Aku berlari anak ke bilik.

Aku bersiap ala kadar sebelum turun kembali. Zafri sudah pun menanti ku di muka pintu. Macam dah tak sabar-sabar je nak bawak aku lari.

Setelah bersalam dengan abah, aku melangkah menuju ke keretanya. Dan macam dalam drama-drama melayu di kaca tv, Zafri membuka pintu untuk ku. Malu juga. Macam aku dah tak larat nak bukak pintu kereta sendiri je.

“Kita nak ke mana ni?” aku menyoalnya.
“Up to you. Kan awak jadi tourist guide saya hari ni,” jawabnya memulakan pemanduan.

Keretanya sudah pun memasuki lebuh raya menuju ke arah jambatan Pulau Pinang yang menjadi kemegahan penduduk Penang.

Kata suruh aku yang jadi tourist guide tapi cara dia tu macam tahu je jalan-jalan kat Penang ni.

“Macam mana awak tahu jalan-jalan kat Penang ni?” kereta Zafri sudah pun melepasi tol jambatan.
“Kebetulan moyang saya orang Penang. Tahu la sikit-sikit. Saya pun jarang nak ikut balik kampung. Zila pun ada kat kampung.”

“Hah! Zila ada sekali. Kenapa tak bawa dia.” aku teruja menengar nama Zila sampai lupa aku di hadapan Zafri.

“Dia ada janji dengan kawan dia. Lagi pun, saya nak keluar berdua je dengan awak. Boleh kan?” Zafri melirik sambil tersenyum. Aku dah macam orang mengantuk di sorong bantal. Kalau kecik tapak tangan, jangan katakn nyiru, stadium bola pun aku sanggup tadahkan.

Aku mula melihat keindahan air laut di kiri jalan. Keadaan jalan agak lengang kerana masih terlalu awal. Zafri sengaja membiarkan angin luar bebas memenuhi ruang kereta. Tingkap di buka hanya separuh.

“Dia ada datang kacau lagi ke?” aku menoleh kepada Zafri. Dia? Siapa ‘dia’ yang Zafri maksud kan.
“Siapa?”
“Haiqal,” Gulp! Dia masih ingat nampaknya.
“Er… aa.. tak. Kenapa?” aku tak mahu berbohong. Tak larat dah nak pusing-pusing.

“Saja je nak tahu.Tak boleh ke?” Amboi. Dah makin berani nak korek rahsia aku nampak.
“Eh tak adalah. Boleh, apa salahnya.” Sekadar menyedapkan hatinya. Padahal aku tak kisah pun.

“Dah lama saya tunggu keputusan dari awak.” Aku tunduk. Nampaknya dia lebih berterus terang dari aku rupanya. Dia yang pendiam kini lebih berani dari yang aku sangkakan.

“Kenapa awak diam.” Zafri perlahankan kelajuan. Aku menjadi kelu. Aku masih belum ada jawapan yang betul-betul pasti. Aku tak sangup terluka untuk kali kedua walaupun aku tahu Zafri bukan seperti itu.

“Er….” Itu yang mampu aku jawapkan. Aku tak tahu.

Aku senang bila berada dengannya. Aku sentiasa rindu dengan senyumannya. Tapi aku takut untuk akui yang aku sudah mula menyayanginya. Aku takut untu akui aku mula menyintainya.

Tolong…. Aku tak mampu. Aku tak mampu.

AddThis Social Bookmark Button


I'm Yours 1  

Thursday, November 5, 2009

“Ecah! Ecah! Cikgu Halim panggil kau la.” Aisyah terkejut. Mana tidaknya, suara Ekin betul-betul boleh buat orang sakit jantung mati terkejut. Suara tak payah nak pakai pmbesar suara. Terang dan jelas. Sebab tu dia boleh jadi juara berpidato peringkat negeri.

“Apa hal pula ni. Tak habis-habis Cikgu Halim ni nak menyusahkan aku.” Aisyah membebel sendiri.
“Aku rasa la kan, ni mesti ada kena mengena dengan kes kau ponteng latihan hoki hari tu. Kalau tidak, kenapa tiba-tiba je Cikgu Halim nak jumpa dengan kau,” Ain di sebelah menyampuk. Muka masih nampak sememeh sebab baru terjaga dari tidur.

Maklum sajalah, bila cikgu tak masuk dalam kelas. Masing-masing buat agenda tersendiri. Kalau tak bersembang dan membuat bising, kebanyakannya lebih suka merehatkan mata dari membaca buku. Sebab apa! Sebab baca buku adalah ubat tidur yang paling mujarab. Kalau tak percaya, cubalah.

“Takkan kot. Aku tengok muka Cikgu Halim tu lain macam je. Serius gila,” Ekin menolak tekaan Ain. Nama je anak kembar, tapi perangai langsung tak sama. Yang sorang lasak terlebih dari anak jantan, yang sorang lagi garang mengalahkan anak beruang.

“Dah tu apa dia? Kau jangan buat aku suspend,” Aisyah mengaru kepala yang tidak gatal. Sesekali rambut yang di ikat satu dikemaskan.

“Manalah aku tahu. Kau ada buat apa-apa tak sebelum ni. Contoh kau langgar peraturan sekolah ke. Kau ponteng kelas ke.Ataupun ada orang yang cari pasal dengan kau.” Kata-kata Ekin membuat Aisyah berfikir seketika.

Berlipat-lipat kulit di dahi. Macam sedang memikirkan masalah yang besar. Setahunya, tak pernah pula ia membuat hal. Nak melanggar peraturan sekolah, jauh sekali. Dia sendiri pun pengawas disiplin. Macam mana nak jadi contoh pada yang lain kalau dia sendiri yang melakukan kesilapan.

“Eh.. dari kau pening-pening kepala kat sini, lebik baik kau pergi jumpa dengan dia sekarang. Kalau tak silap aku, dah lama dia panggil kau. Tu tak termasuk aku menyinggah kat tandas tadi,” sengih Ekin. Aisyah menggeleng. Macam manalah dirinya boleh rapat dengan si kembar yang tak berapa betul ni.

“Kau ni kan. Suka sangat buat orang.” Ain bersuara memarahi adiknya. Bukan kali pertama Ekin menyakat orang, dah berpuluh kali. Sampai pernah kena warning lagi dengan cikgu disiplin.

“Mana ada aku buat orang. Aku mana pandai. Kalau tak silap aku, orang tu sama erti dengan manusia. Ustazah aku cakap, Allah s.w.t je yang boleh buat tu semua.” Wajah Ain menjadi merah padam. Dalam waktu begini, sempat lagi adiknya membuat lawak.

Ekin tersenyum kerana berjaya mengenakan kakaknya. Manakala Aisyah dah lama menghilang. Ain kembali mengadap mejanya di hadapan.


****************

“Assalamualaikum cikgu. Er.. cikgu panggil saya?” salam di beri dengan lembut.

Itulah sifat Aisyah yang sentiasa di senangi oleh semua orang. Selain dari sikap lemah lembut, dirinya juga peramah dan tegas. Lembut-lembut si Aisyah, jangan sangka dia lembik. Kalau tak jadi pemain terbaik hoki peringkat kebangsaan, jangan panggil namanya Aisyah atau lebih gemar di panggil Ecah.


“Hah ..masuk Aisyah.” Pelawa Cikgu Halim selaku guru penolong kakan. Aisyah akur lalu masuk.
“Ada apa cikgu nak jumpa dengan saya?” soalnya bersama debaran di dada.

“Duduk la,” sekali lagi dirinya akur. Kerusi di tarik lalu melabuhkan punggungnya. Cikgu Halim masih lagi meneliti beberapa keping kertas di atas meja. Aisyah sempat juga mencuri-curi pandang.

‘Pesta pantun peringkat negeri? Ni ke yang dia nak cakap dengan aku?’ Aishah bermonolog sendiri.

Selang beberapa minit, Cikgu Halim memandang ke arah anak gadis sunti di hadapannya.
Sambil tersenyum, Cikgu Halim mengeluarkan sebuah fail dari dalam laci.

“Ok. Kamu tahukan yang sambutan hari guru makin dekat. Saya nak kamu tampalkan memo ni di papan kenyataan sekolah. Kalau boleh, saya nak kamu aturkan susun cara untuk sambutan hari guru tu nanti,” Aisyah menyambut kertas yang di hulurkan kepadanya.

‘Ya ampun… asal aku pula…’ Aisyah memerhati beberapa cadangan dan beberapa peratusan yang telah di tetapkan pihak sekolah.

“Er… Tak ada orang lain ke cikgu. Saya tak pernah buat la sebelum ni? Kenapa tak suruh Intan je cikgu. Saya rasa dia lagi bagus,” Aisyah pelik apabila Cikgu Halim hanya tersenyum.
“Jangan risau. Saya yakin yang kamu mampu buat. Lagipun kamu ada banyak masa untuk belajar. Kamu boleh tanya saya bila-bila masa saja.”

Aisyah masih lagi memerhati kertas di tangannya. Banyak juga acara dan persembahan yang akan di adakan pada majlis sambutan itu nanti.

Tok…tok…tok…
“Maaf cikgu menggangu. Ini ada pelajar baru. Cikgu Zaiton ada hal jadi tak ada orang nak hantarkan pelajar ni ke kelas.” Tiba-tiba je suara kerani sekolah mengganggu kami sedang berbincang.

“Mana dia pelajar baru tu?”
“Ada di tempat saya cikgu.”
“Tak apa. Kejap lagi saya datang.” Kerani sekolah mengangguk sebelum berlalu.

“So… macam mana Aisyah.” Cikgu Halim berharap benar Aisyah akan setuju. Ini semua adalah atas permintaan puan pengetua sendiri.

“Kiranya saya terpaksa terimalah ni cikgu,” Cikgu Halim tersenyum. Tahu yang Aisyah masih takut untuk memikul satu tanggung jawab yang besar. Lagipun tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan yang besar dan akan menentukan ke mana langkah kakinya selepas ini.

“Terpulang pada kamu. Kalau kamu tolak, saya tak boleh nak paksa.” Kenyataan Cikgu Halim membuat Aisyah menjadi serba salah.
“Er.. tak apalah cikgu. Saya rasa saya mampu buat. Cuma masih perlu tunjuk ajar dari cikgu lagi. Lagipun saya tak pernah nak buat benda-benda ni semua,”

“Jangan risau. Saya akan bantu kamu,” Cikgu Halim merasa lega.
“Kalau macam tu saya masuk kelas dulu cikgu,” Aisyah meminta diri. Kakinya seakan berat untuk melangkah.

Kerana terlalu asyik memerhati kertas di tangan, tubuhnya terlanggar dengan seseorang ketika melangkah keluar dari pejabat sekolah.

“Opocot mak kau,” habis jatuh kertas di tangannya. Itulah kelemahan Aisyah sejak dari dulu lagi. Apabila di usik, pasti ia akan melatah. Semua terjadi secara spontan. Jangan kata depan cikgu, dekat perhimpunan pun pernah menjadi gamat apabila tiba-tiba saja Aishah melatah. Ini semua gara-gara di cuit oleh Ekin.

Di saat itu mata bertentang mata. Aisyah terpegun apabila melihat wajah lelaki di hadapannya.

‘Ya Allah… hansome nya… kacak gila… anak siapa la ni..’ Aisyah lupa yang dirinya masih berada di pejabat sekolah.

Aisyah merasa dirinya seakan berada di awang-awangan. Terasa tubuhnya terbang melayang. Dirinya seakan di landa satu perasaan yang belum pernah di rasakan sebelum ini. Satu perasaan yang sungguh tenang. Terasa dirinya seakan ingin di buai dan di belai oleh lelaki itu. Ahh… indahnya…

“Kenapa ni Aisyah?”

Zzzzzzzttttttttttt……

“Hah!!” Aisyah tersentak. Suara Cikgu Halim memadamkan mimpinya. Dan kini ia kembali ke alam nyata.

“Apa dia cikgu,”
“Apa kamu buat ni?”
“Buat apa?”
“Tengok diri kamu,” Aisyah melihat sekeliling. Mengapa pula ia meniarap di lantai. Tapi.. bila pula lantai pejabat berubah jadi lembut.

Dan tika matanya bertembung dengan seseorang ….

“Aaarrrgggghhhhh!!!” cepat-cepat Aisyah bangun lalu berdiri. Cikgu Halim menggeleng melihat telatah Aisyah. Ini satu lagi kelemahan Aisyah. Agak clumsy apabila berbicara soal lelaki. Bukan anti tetapi tidak berani untuk bermain dengan perasaan.

Lelaki yang menjadi mangsa Aisyah juga turut bangun. Di tepuk-tepuk seluarnya yang kotor. Aisyah tidak berani untuk mengangkat wajah.

“Kamu budak baru tu ke?” soal Cikgu Halim.
“Iye cikgu.”
“Nama kamu?”
“Akim cikgu,” agak sombong nada suaranya. Sepatah di tanya, sepatah juga di jawab.

“Er…cikgu…saya minta diri dulu,” tanpa berpaling lagi, Aisyah terus saja melangkah keluar hingga terlupa untuk mengambil kertas yang terjatuh tadi.

“Mari saya hantar kamu ke kelas,” Akim hanya mengangguk. Sebelum itu, sempat juga tangannya mengutip kertas milik gadis yang di langgarnya tadi.


****************

“Malunya… mana aku nak letak muka aku ni… hairan betul la. Macam mana pula aku boleh terjatuh kat atas dia,” tak habis-habis Aisyah membebel.
Menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu angau dengan kekacakan pelajar baru tadi.

Kakinya terus saja melangkah ke papan kenyataan untuk menjalankan tugas yang telah di berikan oleh Cikgu Halim. Tiba saja di depan papan kenyataan, sekali lagi Aisyah menjadi bingung.

Apa yang hendak di letakkan di papan kenyataan sedangkan tangannya kosong. Kepala yang tidak gatal sekali lagi menjadi mangsa untuk di garu.

“Alaa…. Mana pula perginya kertas yang cikgu bagi tadi… haaa…. Mesti dah jatuh dekat pejabat tadi.” Bentak Aisyah sendirian. Beberapa pelajar yang lalu lalang mengeleng pelik.

Terpaksa pula Aisyah menanti sehingga waktu kelas tamat memandangkan Cikgu Halim pasti sedang menuju ke kelas untuk mengajar. Langkahnya layu. Masih memikirkan kejadian tadi.

Andailah ada orang nampak, pasti akan jadi gosip. Ni yang paling merimaskan Aisyah. Segala tindak tanduknya akan sentiasa menjadi perhatian orang. Tambahan pula pelajar baru tadi akan tergolong di antara orang-orang glamour di sekolah. Pasti saja akan menjadi rebutan.

Lagi-lagi si Intan and The Geng yang selalu perasaan lawa. Siapa saja pelajar yang comel, yang cute, yang hansome, pasti akan menjadi buruannya. Siap boleh bergaduh lagi pasal berebut lelaki.

Aisyah duduk di tempatnya. Tanpa suara membuat Ain dan Ekin berasa pelik. Pasangan kembar saling berpandangan. Ekin angkat bahu menjawab pertanyaan Ain menggunakan bahasa isyarat.

“Asal kak?” Ekin mencuit lengan Ain yang duduk di meja hadapan.
“Mana aku tahu. Kau ni.”
“Tanya la,” tambah Ekin lagi membuat Ain rimas. Sibuk betul kalau bab-bab nak ambil tahu hal orang.

“Cah…Ecah…” tiada sahutan. Menguek pun tidak. Masih duduk membatu.
“Aik! Dia ni dah kena sampuk ke kak?”
“Hoi kau ni. Mulut cabul sungguh. Kau nak ke kawan kita ni jadi macam tu.” marah Ain.

“Dah tu. Asal dari tadi asyik diam je. Mesti ada apa-apa ni,” Ekin menggoyangkan jari telunjuknya.

“Eh.. kau jangan nak fikir yang bukan-bukan. Tak baik tau.” Tegur Ain dengan tegas.
“Eleh… aku agak je. Yang kau nak marah-marah ni apasal?” cebik Ekin sambil menjeling kakak kembarnya.

“Bangun…..” jerit ketua kelas serentak membuat semua pelajar kembali ke tempat masing-masing. Susana sunyi sepi. Semua orang sudah berdiri kecuali Aisya yang masih duduk di bangkunya.

‘Woit… bangun la…’ Ain mencuit lengan Aisyah.

“Hantu mak kau meletup…” latah Aisyah membuat kelas menjadi gamat semula. Cikgu Jamal juga tersenyum dengan gelagat Aisya.

“Sudah kelas. Duduk,” Cikgu Jamal meletakkan buku mengajar di atas meja guru. Aisyah seakan baru tersedar dari lena yang panjang.

“Lain kali cakap je la cikgu dah datang. Tak payah la kau usik tempat sensitive aku,” rungut Aisyah kepada Ain di sebelahnya.

“Mana aku nak tahu kau nak melatah campai macam tu. Lagi pun, aku cuit sikit je.” Ain membela diri.

Aisyah tidak membalas. Tangannya lincah menyalin soalan yang di tulis di papan hitam.

“Woi Cah. Kau apasal?” bisik Ain sambil tangan mengeluarkan buku teks sejarah. Satu mata pelajaran yang agak membosankan padanya.

“Hah… aku.. tak ada apa-apa lah.” Jawabnya pendek. Jemarinya masih tekun menulis. Tidak mahu memperbodohkan dirinya lagi.
“Dah tu apasal kau asyik termenung je lepas jumpa dengan Cikgu Halim. Dia ada buat apa-apa dekat engkau ke?”

“Buat apa pula ni. Kau jangan nak merepek la. Aku ok.” Terang Aisyah lagi. Cuba sembunyikan perkara yang terjadi di pejabat sekolah tadi.
“Ok apa kebendanya. Sampai cikgu Jamal masuk pun kau tak sedar. Kasi tahu la kat aku,” pujuk Ain.
“Ssshhh.. bising la. Nanti aku cakap la,” bentak Aisyah perlahan. Walaupun perlahan, Cikgu Jamal sempat menjeling ke arahnya.

Terus saja dirinya membisu. Sehinggalah kehadiran Cikgu Halim bersama seorang pelajar baru lelaki mengganggu kedamaiannya.

Serta merta wajahnya membiru. Pucat tak berdarah. Dan kala itu juga Ain dan Ekin dapat menangkap perubahan teman rapat mereka. Semakin kukuh apabila anak mata pelajar lelaki itu kerap kali memandang Aisyah. Ain dan Ekin saling berpandangan lalu tersenyum.

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 21  

Aidilfitri kian hampir. Aku membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Dari awal lagi aku sudah menempah tiket. Maklum sajalah, jika hari perayaan begini semua persedian perlu di buat awal. Macam Zila, di sebabkan kelewatannya menempah tiket, terpaksa pula menyusahkan ahli keluarganya untuk datang menjemput.

Zila juga sedang asyik mengemas mana yang perlu. Semua persedian baju raya telah kami beli seminggu yang lepas. Aku hanya beli mana yang perlu. Sepasang baju untuk abah dan sepasang baju untuk abang. Untuk kakak ipar ‘kesayangan’, aku hanya membeli sehelai selendang untuknya. Buat syarat je. Kalau tak hulur nanti, orang kata apa pula. Terpaksalah aku mengikhlaskan diri.

“Kau dah siap ke?” aku menoleh. Zila duduk di birai katil setelah menempatkan bag-bagnya di satu tempat.
“Adalah sikit lagi. Yang kau borong baju macam dah tak nak balik kampus tu apasal?” jeling ku kepada bag-bagnya. Memang stok untuk berkampung terus.

Zila tersengih. Memang itu sudah menjadi tabiatnya. Setiap kali balik kampung, pasti melebihi dua bag di bawanya. Kadang-kadang aku tengok hingga tak menang tangan.

“Saja la. Bila lagi nak melaram dengan baju-baju aku tu,” Ahh!... baru aku teringat. Memang Zila ada memborong beberapa pasang baju kurung untuk di pakai ketika hari raya nanti. Tidak terkecuali untuk ahli keluarganya juga.

“Bila family kau nak datang? Dah dekat waktu asar dah ni,”
“Kejap lagi kot.” Aku hanya mengangguk. Malas nak bertanya lanjut. Sedangkan dalam hati aku berdoa agar Zafri yang datang menjemput. Dapatlah aku melepaskan rindu yang dah lama bersawang.

Setelah siap berkemas, aku segera membersihkan diri. Aku tidak mahu ketinggalan bas nanti. Biar menunggu jangan ditunggu. Itu pesan abah yang susah aku nak lupa. Kalau dah terlepas, payah pula nak menjawab dengan abah nanti. Tak pasal-pasal abang terpaksa travel ke utara untuk mengambil ku.

Aku mengenakan sepasang blouse dan jeans. Cukup untuk membuat aku berasa selesa. Memandangkan keadaan di stesen bas nanti penuh dengan umat-umat yang ingin pulang ke kampung, aku hanya membawa pulang sebuah bag. Jadi tak adalah nak kalut sangat. Mana nak tengok bas, mana nak tengok bag.

Zila dari tadi ayik merenung ku. Aku menjelingnya di balik cermin. Agak lama juga ia memerhatikan ku. Aku mula merasa rimas. Seakan ada yang tidak kena dengan baju yang ku pakai.

Aku memalingkan tubuh lalu mengadapnya.
“Apasal kau tengok aku macam tu. Dari atas ke bawah, ada yang tak kena ke?” habis bertaut kening ku. Tangan ku letakkan di pingggang. Gaya macam tak puas hati je.

“Laa…aku tengok pun salah ke?” Zila tersenyum sumbing. Sengaja ingin mempermainkan aku. Adala tu yang dia nak komen.
“Aku tak cakap salah. Tapi….kot iye pun, jangan la sampai macam tu. Risau aku. Manalah tahu aku pakai baju yang dah koyak ke, ” Zila semakin galak tersengih.

“Tak ada apalah. Aku suka tengok kau pakai baju ni. Zaf yang bagi kan?” wajah ku spontan merona kemerahan. Aku jadi malu sendiri. Bukan apa, aku sendiri tak perasan.

Aku tidak lagi membalas kata-kata Zila. Hanya membiarkan dia terus merenung wajah ku yang masih merona kemerahan. Aku hanya bersiap ala kadar. Nak calit pelembab bibir pun aku dah malas. Bukan apa, takut puasa aku jadi makruh nanti.

“Kau dah nak gerak ke?” soal Zila dari kebisuannya. Aku hanya mengangguk. Tiket bas juga sudah aku letakan di tempat yang paling mudah untuk ku ambil nanti.
“Alaaaa…. Tunggu la sekejap. Bas kau pun lambat lagi kan?” rayu Zila.

Ish! Budak ni. Dia ingat aku macam dia agaknya. Silap-silap aku pun tertinggal sama.

“Memang la awal lagi…tapi aku tak nak la terkejar-kejar nanti. Kau pun tahu la waktu sekarang orang macam mana. Semua dah sibuk nak balik kampung. Tu tak kira jalan jem lagi.” Aku cuba memberi alasan yang paling munasabah untuk mengelak. Bukan aku sengaja.

“Alaaa…. Kejap je. Kau tungu sekejap je lagi eks..please…..” suara Zila terus merayu agar aku menemaninya. Aku jadi serba salah. Aku mengeluh kecil.
“Yela…yela…. Tapi sekejap je tau.” Jawapan ku membuat wajah Zila kembali bersinar.

Apa saja agenda si Zila. Beriya-iya benar mahu aku menemaninya. Jam di tangan aku kerling sekilas pandang. Memang masih terlalu awal.

Aku kembali duduk berehat di atas katil yang telah ku kemas sebentar tadi. Cuaca yang agak panas membuat aku cepat merasa letih. Sekejap saja tubuh ku sudah berpeluh. Sia-sia aku bersiap awal. Akhirnya teerpaksa juga aku menuruti kehendak Zila.

“Kau nak buat apa sebenarnya ni,” Zila tersengih-sengih. Tidak terus menjawab. Soalan ku di biarkan tergantung. Malas untuk bertanya lanjut, aku biarkan saja dirinya sendirian.

Baru je nak lelapkan mata, tiba-tiba jeritan Zila membuatkan aku benar-benar terkejut. Memang betul-betul macam orang dah kena sampuk dek hantu.

“Woi makcik!! Tak reti nak control ke…” rungut ku. Sambil aku membetulkan kembali baju ku yang masih kelihatan baik.
“Heeee…sowi. Terlebih excited pulak,” Zila tersengih lagi. Hari ni aku rasa dah berapa kali dia tersengih-sengih macam tu. Macam ada udang di sebalik mee je.

Aku tidak mahu berlengah lagi. Aku melangkah keluar dan menanti Zila di muka pintu. Macam biasa, aku yang akan mengunci bilik kami.

“Woit…cepatlah,”
“Kejap..kejap….” Zila membimbit dua buah bag lalu melintasi ku.
“Dah check semua… mana tahu ada barang yang tertinggal nanti. Buat penat je,”
“Dah…. Semua ok,” aku pantas mengunci pintu bilik. Zila lebih dulu bergerak menuju kawasan tempat letak kereta di luar pagar asrama.

Aku berjalan perlahan-lahan. Aku tidak mahu terkocoh-kocoh. Macam orang selalu cacap ‘biar lambat asal selamat’. Itu yang bagus. Dalam aku melangkah, mata ku meliar mencari kelibat Zila yang lebih awal menghilang.

Dalam waktu aku mencari, jeritan Zila membuat aku berpaling pantas. Memang tak reti nak cover cun betul la minah ni. Depan abang dia pun boleh dia buat perangai yang haru biru tu.

Aku jadi terkedu apabila terpandang wajah Zafri yang kemerahan di bakar terik mentari. Dirinya tidak bersendirian seperti selalu. Kali ini Zaki turut menemaninya untuk menjemput Zila.

Dan seperi biasa, setiap kali kami bersua muka, dada ku akan berdegup kencang. Kdang kala sehingga sukar untuk aku bernafas dengan betul. Aku mendekati mereka hanya sekadar untuk bertanya khabar. Sekadar ingin berbahasa. Nanti orang kata kita ni sombong pula.

“Hai princess..” ucap Zaki lebih dulu memintas. Aku membalas dengan senyuman. Tersipu-sipu malu. Memang dia suka sangat nak bagi kulit muka aku yang tak berapa putih ni bertukar kemerahan.

Control…control…
“Okay Zila…. Aku gerak dululah. Dah lambat ni,” aju ku pada Zila.
“Alaaa… takkan nak gerak dah. Aku ingat nak ajak kau pergi beli barang kejap… kejap je.. nanti aku hantar la kau dekat stesen bas,” aku terkejut dengan permintaan Zila.

“Ish kau ni. Tak nak la. Kau tu kalau beli barang bukan boleh sekejap. Maunya dua tiga jam. Tak pasal-pasal aku kena menapak balik kampung nanti,” aku menolak. Tangan ku sudah mula mengangkat bag pakaian ku.

“Jom la… aku terlupa satu barang la. Please….” Zila merayu lagi. Dah rupa macam budak kecik tak dapat ais-krim. Merengek-rengek sambil menarik tangan ku. Gaya macam kucing siam pun ada juga. Nasib baik la sama jantina, kalau tidak. Tak tahu la apa yang akan jadi nanti.

Dalam waktu aku mencari alasan, Zafri melangkah merapati ku. Alamak! Apa dia nak buat ni. Saja je nak bagi aku bertambah nervous. Semakin rancak la jantung aku berdegup.

“Tak pe. Nanti Zaf hantar,” lembutnya suara. Aku masih tergamam. Macam dah kena sumpah. Kalau cerita orang zaman dulu-dulu selalu terkena sumpahan, kali ni aku pun tak terkecuali. Aku terkena sumpahan si pari-pari ‘jantan’.

“Tapi…”
“Ala… jom la. Abang aku nak hantar tu.” belum pun sempat aku menjawab, Zila dah tarik tangan aku. Bag pun Zafri dah masukkan ke dalam bonet kereta.

“So princess nak duduk dekat depan ke belakang?” Zaki masih lagi ingin menyakat ku. Zafri hanya tersenyum. Dan senyuman itulah yang membuat aku terlalu merinduinya.
“Eh! Kat belakang la. Selesa sikit,” aku menolak dengan baik.

“Kenapa? Kalau duduk depan tak boleh ke? Rasa-rasa lagi selesa. Lapang je,” Erk!! Budak si Zaki ni la.
“Eh.. tak la. Er…saja nak duduk belakang,” aku menjadi gugup. Takkan la aku nak cakap yang aku tak selesa bila duduk dengan Zafri. Sedangkan bukan kali pertama pun aku duduk di hadapan. Cuma aku tak selesa.

“Kes malu la ni,” tambah Zila. Zaki juga tersenyum sebelum aku memboloskan diri.

Mula-mula kereta yang di pandu Zafri menuju ke Padang Besar di mana terdapat banyak barang-barang yang di jual dengan harga yang berpatutan. Bermacam-macam barangan yang ada. Di sana pun kami berada agak lama. Kalau tak kerana budak si Zila ni bertikam lidah dengan seorang penjual, mungkin tak akan mengambil masa yang lama.

Aku menjeling jam di tangan. Jelas sememangnya aku sudah ketinggalan bas. Aku toleh kepada Zila di sisi yang masih kelihatan selamba.

“Kau tengok. Sekarang dah pukul berapa? Aku dah tertinggal bas kau tahu tak?!” bisik ku pada Zila.
“Ala.. nak risau apa. Nanti buah hati kau hantar la. Boleh la kenal-kenal dengan bakal bapa mertua sekali.”

Pap!! Zila mengeringai. Geram kerana suka-suka hati je nak cakap macam tu. Macam la aku ni dengan Zafri betul-betul bercinta. Eh! Kalau betul pun apa salahnya. Cuma aku takut ramai yang akan gigit jari je nanti.

Sepanjang perjalan, aku tahu yang Zafri asyik melirik kepada ku menggunakan cermin pandang belakang. Kebetulan pula aku duduk di belakangnya. Jadi, tiada siapa pun yang akan syak.

Kami berbuka puasa di hentian rehat lebuh raya. Aku hanya mengambil makanan ala kadar saja. Aku sebenarnya rasa berbelah bagi. Aku nak cepat sampai ke rumah tapi dalam masa yang sama, aku juga ingin menatap wajah Zafri dengan lebih lama.

Zafri singgah di sebuah stesen minyak sebelum sampai di rumah ku. Dapat la aku nak ke tandas. Dari tadi aku asyik tahan je. Nak cakap malu. Jadi aku diam je la.

“Nak ke mana?” Zafri menyoal ku apabila aku turut turun dari kereta. Zaki dan Zila masih di dalam.
“Toilet,” ucap ku perlahan. Malunya….
“Lama ke tahan?” Toing! Toing! Toing! Kan dah kena.
“Er.. ba..baru je,” aku terpaks berbohong. Nur Kasih, makin bertambah la dosa kau.

Zafri tidak lagi menyoal. Aku pun melangkah perlahan menuju ke tandas. Kawal langkah ku agar tidak nampak aku betul-betul tak tahan. Selang beberapa minit. Fuh! Lega.

Aku membetulkan apa yang patut sebelum melangkah keluar. Mestilah kena nampak kemas. Waktu aku melangkah untuk kembali ke kereta Zafri, tiba-tiba….

“Kasih!” aku menoleh dari mana datangnya suara itu. Rasa-rasa macam kenal. Aku menoleh ke belakang.

“Aaa…aaa..awak?!” aku sedikit terkejut. Sebenarnya bukan sedikit, tapi dah memang terkejut betul. Kalah beruk kalau terkejut.

Aku betul-betul tak sangka yang akan bertembung dengan Haiqal di sini. Aku sekilas menjeling pada Zafri. Moga-moga dia tak ada di keretanya dan tak nampak drama yang bakal terjadi. Namun sangkaan ku meleset.

Bukan saja Zafri ada di keretanya, malah dia juga memerhati ke arah ku yang masih berdiri di hadapan Haiqal. Apa yang di tanya oleh Haiqal hanya melintas di telinga ku.

Habis la aku. Apa yang aku nak cakap dekat Zafri nanti. Mesti dia ingat aku dengan Haiqal masih ada hubungan lagi. Kalau tidak pun, mesti dia akan berubah hati. Alamak!.. macam mana ni?

Aku dah mula risau. Padahal, aku dengan Zafri bukan apa-apa pun. Kami masih tak ada hubungan yang serius. Bukan sebab dia, tapi sebab aku yang masih main tarik-tarik tali.

“Awak,” suara Haiqal memusnahkan segala angan ku.
“Hah..er..apa awak cakap tadi,” aku pinta Haiqal ulangi soalannya.

“Nothing. Rasa rindu pula nak tengok muka you. You datang dengan siapa?” Haiqal mengeluarkan ayat-ayat powernya. Kalaulah iman aku ni setipis kulit bawang, rasanya dah lama aku tergoda dengan lagaknya yang romantik.

“Aaa.. oh … saya datang dengan kawan.”
“Ye ke.. Lepas ni boleh kita jumpa lagi. Qal ada benda nak cakap dengan awak.”
“Er.. nak jumpa? Tak payah kot. Rasa macam tak manis pula. Nanti apa pula orang cakap. Awak kan dah berkeluarga,” aku menolak secara baik.

“Tapi… ada benda yang awak kena tahu.” Haiqal masih memujuk. Walaupun dia tahu yang aku takkan terima cadangannya.

“Sorry ye Qal. Saya tak nak jadi peruntuh rumah tangga orang. And tak ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu. Rasanya semua dah jelas,” Haiqal tidak mengalah. Penolakan ku membuat dia memegang tangan ku.

“Please Kasih. Bagi Qal peluang untuk explain semuanya,” aku tak sempat nak buat apa-apa. Haiqal masih memegang tangan ku. Aku jadi tergamam. Dia ni tak takut isteri dia nampak ke? Suka-suka hati je nak buat anak dara orang macam ni. Memang tak ada insurance lansung.

“Lepas la Qal. Tak malu ke orang dok tengok tu,” kan dah keluar loghat utara aku. Haiqal sedikit pun tidak berubah. Masih dengan perangai lamanya yang suka mendesak. Aku cuba lepaskan cengkamannya.

“Qal cuma nak kita kembali macam dulu je. Susah sangat ke?” Eh budak ni. Cakap ikut sedap mulut je. Tak pandang kiri kanan langsung.
“Hello!! Awak ingat tak awak tu siapa. Tak payah nak berlagak macam orang bujang. Lagipun la ni saya da…”

“Sayang.. ada problem ke?” tak sempat aku menghabiskan ayat, suara Zafri telah memotongnya terlebih dahulu. Dan yang paling mengejutkan aku, tangannya dengan selamba melingkari pinggang ku. Dan tubuh ku juga di tarik rapat ke sisinya.

Rasa semput susah nak bernafas pun ada. Makin sesak bila tangan Zafri semakin erat memeluk pinggang ku. Dalam suka, dada ku tetap bergetar.

“Sayang…” aku tersentak dari lamunan. Baru aku sedar yang aku masih berada di hadapan Haiqal dan di sisi ku masih ada Zafri.

“Aa..aa eh tak ada la sa..sa..yang,” suara ku bergetar. Mana tidaknya. Itulah kali pertama aku memanggilnya sayang. Dan pertama kali tubuh kami serapat ini.

Aku lupa yang pada Haiqal yang memerhati kami berdua dengan pandangan agak kurang senang. Aku tak kisah dengan apa yang dia rasa sekarang ni. Pada aku, kami memang sudah tidak ada apa-apa hubungan selepas apa yang dia lakukan pada aku dulu.

Cukuplah dengan penderitaan yang aku tanggung. Cukuplah aku merasa terseksa.

“Oh.. aa.. ni kawan lama saya.. Haiqal” aku perkenalkan Haiqal pada Zafri. Aku tahu waktu itu Haiqal merasa cumburu. Jelas terpancar di wajahnya.
“Hai.. Zafri …. Zafri Iskandar,” bersahaja dia perkenalkan diri. Tangan sempat di hulurkan sebelum di sambut lambat oleh Haiqal.

Zafri sengaja menunjukkan sikap romantiknya di hadapan Haiqal. Aku jadi tak menentu. Aku jadi bingung. Kenapa tiba-tiba dia buat semua ni di hadapan Haiqal. Walaupun aku tahu dia dah selamatkan aku sebentar tadi. Tapi apa motif dia?

Soalan tu tidak berjawab. Masih bermain-main dalam fikiran ku.

“Sayang… kita dah lambat ni. Abah pun dah tunggu lama agaknya.”
“Sorry Qal. I got to go.”
“It’s ok.” Haiqal terpaksa melepaskan ku berlalu bersama Zafri. Aku yakin yang sekarang ni dia rasa kesakitan yang amat sangat. Luka di hati lebih sakit dari luka yang kita nampak pada zahirnya.


“Apa hal tadi tu?” Zaki bertanya pada Zafri sebaik saja abangnya duduk di tempat pemandu.
“Tak ada apa-apa lah. Hal kecik je,” Zafri menjawab acuh tidak acuh. Aku hanya membisu bersama Zila kerana dia juga tahu siapa lelaki yang baru saja bercakap dengan ku.

“Tengok macam tak puas hati je dia pandang kau. Betul ke tak ada apa-apa ni,” Zaki inginkan kepastian sambil memerhati Haiqal yang telah berlalu. Mungkin dia juga ada menyaksikan bagaimana riak wajah Haiqal ketika Zafri merapati ku.

“Biarlah,” jawab Zafri pendek membuat Zaki tidak lagi bertanya. Masing-masing berdiam diri sehinggalah kereta Zafri berhenti betul-betul di hadapan rumah ku.

Zafri lebih dulu turun untuk membolehkan aku keluar memandangkan kereta miliknya hanya mempunyai dua pintu.

“Assalamualaikum….” Aku memberi salam. Suasana di dalam rumah agak sunyi. Cuma lampu luar saja yang terpasang.
Hanya salam ku yang ketiga baru di jawab oleh abang. Agak terkejut kerana aku tidak berseorangan.

“Lamanya jawab salam. Abah mana?” belum pun salam di hulurkan. Soalan ku mendahuluinya.
“Ada kat atas tadi. Tak dengar. Abah macam biasa la. Terawih, kejap lagi balik la,” jawab abang sambil memerhati dua orang lelaki di belakang ku.

“Apa khabar bang?” Zafri menghulurkan tangan dan di ikuti Zaki. Manakala Zila hanya mengangguk. Aku dapat lihat ada senyuman di wajah Zafri
“Ni boyfriend baru adik ke?” abang tersenyum sumbing pada ku.
“Eh tak adalah. Ni abang kawan adik la,” malunya bukan kepalang. Semua orang dah tersengih-sengih bila tengok aku mengelabah. Aku pun tak tahu kenapa aku mesti mengelabah.

“Awat tercegat lagi kat luar ni. Mari la masuk. Adik, ajak la kawan tu masuk,” pelawa abang.
“Jom la masuk. Pondok buruk je,”
“Ish kau ni la. Aku rasa tak payah kot, nanti lambat pula aku nak sampai rumah. Lain kali je la. Insyallah, aku bawa mak dengan ayah aku sekali,” gurau Zila sambil tersenyum. Senyuman penuh makna.

“Laaa… tak nak masuk ke? Lepas ni nak ke mana?” abang terdengar Zila dan aku berbisik.
“Tak apa la bang. Kami nak balik Selangor ni. Insyallah nanti kalau ada masa, kami akan singgah,” Zafri menolak pelawaan abang dengan baik. Memang nampak berbahasa sungguh.

Terpikat aku dengan caranya. Nampak tenang, matang, kadang kala boleh jadi romantik. Aku rasa selamat. Rasa seperti sentiasa di lindungi.

“Betul ke ni. Kalau macam tu tak apalah. Raya nanti jemput ke rumah.”
“Insyaallah bang.” Jawb Zafri sambil bersalaman. Zaki hanya mengikut.

“Oklah Kasih, kami nak gerak dah ni. Kirim salam dekat abah dengan kakak ipar kau ye,” pesan Zila semasa kami berpelukan. Nak berjalan jauh la katakan.
“Insyaallah. Pesan dekat Zafri hati-hati,” Zila tersenyum.
“Sayang juga kau dekat dia eh,”
“Eh.. tak la. Aku cuma pesan suruh hati-hati je. Tak ada makna lain pun,”
“Alaa… aku tahu la Kasih. Jangan la nak temberang dengan aku. Lagipun, tak baik tau bohong waktu bulan puasa ni.”

“Mana aku bohong. Pandai-pandai je kau.”
“Tahu pun takut. Tapi tak rugi pun kalau kau mengaku yang dalam hati kau sekarang ni cuma ada dia je. Lagi pun aku tengok kau sesuai betul dengan abang aku. Macam tadi, memang sepadan,” aku teringatkan peristiwa tadi.

“Banyak la kau. Dah la, bila kau nak sampai kalau tak habis-habis nak cakap.”
“Aku cuma cakap yang betul je Kasih. Jangan sampai kau gigit jari nanti sudah la.” Erk!! Gigit jari. Maksudnya? Ish, tak faham aku dengan minah ni.

Aku tengok Zafri masih berborak dengan abang. Cepatnya mesra. Zaki hanya menyampuk sekali dua saja.

Selang beberapa minit, Zafri meminta diri untuk pulang. Dan sebelum keretanya meluncur pergi, sempat juga ia menghulurkan sebuah bag kertas yang aku sendiri tak tahu apa isinya.

“Apa ni?”
“Untuk awak.” Jawabnya pendek.
“Untuk saya? Apa dia ni?” Zafri tersenyum.
“Nanti awak akan tahu. Take care. Assalamualaikum,”

Itulah ayat terakhir yang membuat aku tertanya-tanya. Aku memerhati sehingga keretanya hilang dari pandangan ku. Aku tunduk. Meneliti isi kandungan bag kertas pemberian Zafri dalam cahaya samar-samar.

“Boleh tahan budak tu. Kalau abang jadi perempuan, abang pun boleh terpikat.” Aku terkejut dengan teguran abang. Tiba-tiba je abang berada di sisi ku.
“Dia kawan je la dengan adik.”
“Iyelah… mula-mula tu memang la kawan, lepas tu … hehe..sendiri mahu ingat la.” Abang membiarkan aku sendirian di luar.

Betul ke apa yang abang dengan Zila cakap. Tapi takkan aku dah jatuh cinta dengan Zafri. Ahhh… pening…pening.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster