Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 12  

Monday, June 8, 2009

Untuk pertama kalinya hati aku terluka. Berhari-hari aku menangis semahunya. Berminggu-minggu aku cuba mengubat hati ku yang terluka. Dan selama berminggu-minggu juga aku cuba rahsiakan semua itu dari pengetahuan family aku. Semuanya ku pendamkan seorang diri. Aku cuba berlagak seperti biasa walaupun air mata tidak ingin untuk berhenti. Itu belum dikira kalau aku terserempak dengan isteri kepada abang aku. Dalam hati dia tu, mesti tengah seronok ketawakan aku. Bengang… tak usah cakap la.

Bermacam-macam aku fikirkan. Lari rumah, takkan mungkin. Bunuh diri, lagi la jauh. Minta simpang la benda-benda macam tu. Kesian pula pada abah. Tak sampai hati nak buat hati abah susah. Cuma aku lebih banyak mengurung diri dalam bilik. Kebetulan Niza pun tak datang menjengah. Apa sebabnya, aku pun tak pasti. Aku pun tak nak buat dia serba salah. Lepas abah pergi kerje, aku mula dengan aktiviti ku dengan mengunci diri. Apa yang aku buat? Ermm…dah jenuh aku conteng kertas yang aku lukis kononnya muka si Haiqal. Aku lepaskan semuanya. Lepas penat menconteng, aku buka internet pulak. Survey apa yang patut. Layan lagu ke, chatting ke. Semua yang aku buat, tiada hala tuju.

Selama aku memencilkan diri, sekalipun tak pernah Haiqal menunjukkan dirinya. Masa dekat depan McDonals dulu, bukan main lagi dia kata nak explain. Sekarang, batang hidung dia yang macung tu pun aku tak nampak bayang. Memang dasar lelaki tak boleh pakai. Dah puas aku menyumpah, tapi aku tetap teringatkan dia. Kenapa susah sangat aku nak lupakan dia. Agaknya dia dah guna-gunakan aku tak? Otak aku mula berserabut. Tiba-tiba…. Talifon berbunyi ring…ring…ring…. Ku angkat ku tanya siapa….

“Hallo Kasih! Aku la Zila,” laju je suara Zila. Aku belum sempat nak bagi salam pun. Memang mulut kepoh la dia ni.
“Mak aih… kau dah tak reti bagi salam ke?” jerkah aku. Memang sure muka dia dah merah sebab kena perli.
“Ala…sorry la kawan. Tak sengaja,” riak ku masih biasa. Macam tak da perasaan.
“Baru sekarang kau nak call aku? Syok kot duduk kampung?” aku bertanya. Hampir sebulan cuti semester berlalu, baru sekarang dia menghubungi ku. Memang tak guna punya kawan.

“Hehehe..aku tak sengaja la. Aku kan sibuk dengan kenduri kahwin abang aku. Kau lupa ke?” aku mengaru kepala yang memang confirm tidak gatal. Biasa la. Kalau orang yang tengah blur-blur ni mesti akan buat macam tu. Ada ke dia cakap dekat aku. Kalau aku tahu, dah lama aku turun ikut dia balik kampung. And sure aku takkan jadi macam ni. Eh!..tapi sampai bila aku nak mengelak benda ni dari terjadi. Lambat laun, benda ni aku terpaksa terima juga. Lebih baik sekarang.
“Kau ada bagi tahu aku ke minah?” aku masih cuba mengingatkan kembali. Setahu aku, Zila memang tak pernah cakap pun yang abang dia yang handsome tu nak kahwin.
“Woit..aku tak tukar nama lagi la. Aku ada cakap. Kalau tak silap aku masa kau balik dari library. Mungkin kau lupa kot,”

“Agaknya la kot. Ruginya aku tak dapat tengok abang kau yang handsome tu kahwin,” sempat juga aku membayangkan wajah abang sulung Zila. Memang kacak beb. Cuma tak sekacak Haiqal. Haiqal lagi. Tapi kalau kacak je nak buat apa kalau perangai macam cipan. Arrgghh… dia lagi yang aku sebut.
“Itu la kau. Lain kali cuba ingat betul-betul. Kan dah melepas. Tak pe, abang aku ada lagi dua. Kau nak yang mana satu. Cakap je dengan aku. Aku kasi separuh harga,” eh eh. Lebih-lebih pula minah ni. Aku main-main je. Bukan aku syok sangat pun dengan abang dia. Aku cuma syok tengok je. Memang abang-abang dia semua handsome-handsome belaka. Rambang mata makcik tengok.

“Kau ingat abang-abang kau tu ikan. Nak jual separuh harga lagi. Macam ni pun ada ke?” aku mendengar gelak tawa Zila di hujung talian. Kalau ada depan mata aku, dah lama aku sekeh-sekeh tengkuk dia. Tapikan. Kalau betul la abang-abang dia tu ikan, aku memang confirm dia orang la ikan paling handsome pernah aku jumpa.
“Ada, cuma kau baru jumpa je. Wei Kasih. Kau tak da pergi mana-mana ke cuti ni. Haiqal tak balik ke?” aku terkedu apabila Zila menyebut nama Haiqal.
“Aku tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je. Tak macam kau, family pun ramai. Aku ni selalu tinggal sorang-sorang je dekat rumah,” sayu je suara aku. Aku ingatkan aku dah cukup sempurna, rupa-rupanya aku masih banyak lagi kekurangan. Perasaan cemburu membuak-buak pada Zila. Betapa beruntungnya dia kerana mempunyai keluarga yang cukup penyayang.

“Ala... jangan la macam ni Kasih. Aku gurau je la. Tapi kau masih ada family kan?” pujuk Zila. Memang itulah ayat yang dia gunakan untuk pujuk aku. Aku bukan nak menyesal atau merungut, cuma rasa terkilan je. Tapi aku tetap bersyukur.
“Aku ok la. Kau macam tak kenal aku macam mana pulak. Cuti ni kau tak kerja ke?” aku cuba mengubah tajuk. Malas nak cakap bab-bab family ni.
“Memang aku kena kerja pun. Kerja dekat kilang kerepek mak aku,” ahh…terlupa pula yang keluarga Zila merupakan pengusaha kilang kerepek yang terbesar di daerah Kuala Langat. Jangan kata daerah, malah produk mereka sudah sampai ke serata tempat di Malaysia. Itu yang aku tabik dekat family dia. Berkat usaha dan kesabaran yang tidak terhingga, mereka telah menjadikan perusahaan mereka yang kecil berubah. Memang tidak terhingga pengorbanan yang telah mereka sekeluarga tempuhi.

“Ye ke. Kau kena kerja sampai habis cuti sem ke?”
“Ala.. nama pun kilang mak ayah aku. Aku nak cuti bila pun tak kisah. Gaji tetap dapat juga,” ceh. Baik tak payah kerja macam tu. Cakap je la nak tolong.
“Kalau aku nak stay rumah kau, agak-agak family kau kisah tak? Kerja dekat kilang family kau ke. Dapat juga aku kumpul duit poket,” aku cuba mencari nasib. Mana tahu kalau-kalau nasib sabut aku timbul. Sambil aku bekerja, dapat juga aku menjauhkan diri dari masalah yang menyempitkan ruang otak aku ni.

“Kau biar betul. Kau sungguh-sungguh ni?” suara Zila begitu teruja dengan pertanyaan ku. Gaya macam orang nak menang loteri.
“Betul la. Itu pun kalau family kau tak kisah. Kalau tak betul buat apa aku nak tanya. At least, dapat juga aku isi masa aku yang dah sedia terbuang ni,” Zila ketawa girang.
“Eiii..tak sabarnya aku nak tunggu kau sampai ke sini. Nanti aku bawa kau ronda-ronda tempat aku pula. Nanti boleh berkenalan dengan abang aku dengan lebih rapat. Manalah tahu jodoh kau tu dengan salah seorang dari abang-abang aku,” Zila ni tak habis-habis nak rekoman abang dia. Bukan dia tak tahu aku dah ada Haiqal.

Tapi…. Masih ada lagi ke harapan aku dengan Haiqal. Macam mana pula dengan perjalan perhubungan kami. Makin berat kepala aku bila fikirkan masalah ni. Walaupun hati aku terlalu sakit, tapi aku masih sayangkan dia. Mana mungkin aku dapat menghapuskan perasaan ku terhadapnya secepat ini.Bertahun kami menyemai kasih.

“Woit Kasih. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” omel Zila membingit telinga ku. Agak jauh fikiran ku merawang. Lupa yang kami masih lagi didalam talian.
“Opss..sorry,”
“Kau tengah fikir pasal apa tadi. Sampai hati kau biarkan aku cakap sorang-sorang. Nasib baik bil talifon ni ayah aku yang bayar tau. Kalau pakai handphone aku, dah lama aku letak. Kau betul-betul ke nak datang ni?” rajuk Zila. Ni la susah kalau dua-dua anak bongsu. Sikit-sikit nak merajuk.
“Ala sorry la. Aku tak sengaja. Aku tengah chatting ni. Mesti la jadi. Esok aku bertolak ke sana. Eh..kau tak payah inform parent kau dulu ke?”
“Nanti aku cakap la. Kau jangan risau. Mesti ok punya. Mak aku pun tak kisah. Tadi kau kata tengah chatting kan. Kau chatting dengan Haiqal ke?” bibir ku yang elok-elok tersenyum terus kaku mendengar ayat terakhir Zila. Asyik-asyik nama itu yang terpacul.
“Tak la. Aku chatting dekat kampung chat je. Saja nak layan orang baru pula,” bohong ku.

“Uiihh..dah pandai main dengan orang lain. Nanti tersangkut dengan ramai orang baru kau tahu,” Zila tak habis-habis nak berleter. Aku pun anak bongsu juga, tak de pun nak membebel 24 jam.
“Aku saja je la. Nak hilangkan boring. Esok jadi tau. Jangan kau tak inform parent kau pula. Terkejut pula dia orang nanti,” aku cuba sedaya upaya untuk mengelak dari terus mendengar bebelan free dari mulut Zila yang tidak bertauliah.
“Ye la makcik. Aku tunggu. Esok kau bagitahu aku pukul berapa kau bertolak. Kau ambik tiket terus ke bandar Klang tau. Jangan kau turun KL pula. Jenuh aku nanti,” pesan Zila sebelum kami menamatkan perbualan.

Aku merenung kosong monitor di hadapan ku. Aku tekad. Aku perlukan ketenangan. Aku perlukan masa untuk merungkai segala kekusutan. Andai ini suratannya, aku terima. Aku terima dengan seikhlas hati. Andai perpisahan yang menjadi pilihan, aku redha.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Ku Yang Setia 12

 

Design by Amanda @ Blogger Buster