Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Penjara Rindu  

Thursday, July 22, 2010

Angin malam bertiup lembut menyapa seraut wajah yang sedang asyik termenung di jendela . Farisya memeluk tubuhnya bagi mengurangkan kedinginan malam yang menusuk hingga ke sum-sum tulangnya. Dilontarkan pandangannya yang kosong ke arah jalan raya yang agak lengang. Tambahan pula cuaca yang sentiasa hujan. Fikiranya melayang jauh entah kemana .

“Hai jauh menung . Ingat kat siapa pula ni ?” Farisya tersentak . Lamunannya terganggu .
Kehadiran Anisa, teman sebiliknya membawa fikirannya kembali ke alam realiti.
“Tak de apalah Saja ambil angin .” balas Farisya agak lambat.. Dialihkan pandangannya ke arah Anisa. Masih dalam renungan kosong.

“Tak elok tau anak dara duduk depan jendela lama-lama . Nanti bila dan masuk angin takde pakwe yang nak tau. Jadi macam biskut lemau, siapa pun tak nak makan,” kias Anisa dalam jenaka. Sememangnya sejak pulang dari kampung, perangai Farisya sedikit berubah. Selalu termenung.

“Kenapa ni ? Macam ada masalah je . Cerita la dekat aku .” merapati teman yang sedang kemurungan. Perlahan bahu Farisya di elus lembut. Ingin berkongsi seandainya itu dapat mengurangkan kemurungan Farisya.

“ Takde apelah . Saja je aku nak berangan .” Farisya cuba mnegukirkan senyuman semanis mungkin.
“Berangan! Kau berangan nak kawin dengan anak raja ke?”
“Mana la tahu kalau-kalau nasib aku berubah . Kau tak mau ke kawan kau kahwin dengan anak raja,” Anisa ketawa . Lucu dengan kenyataan temannya.
“ Ye la tu. Jauhnya kawan aku ni berangan,” Farisya sekadar tersenyum.
“Dah la tu .. Jom tidur , esokkan ada kelas . Mata aku pun dah berat ni .” Anisa mengeliat halus. Farisya di sisi masih tidak berganjak. Masih mengharap tiupan angin datang menyapa.

“ Kau tidur la dulu , aku tak ngantuk lagi .” pertanyaan Anisa dibalas lemah.
“Suka hati kau la. Aku nak tidur dulu. Tapi kalau ada masalah, jangan simpan sorang-sorang. As a friends, aku masih larat nak dengar masalah kau tu,” pujuk Anisa perlahan. Sempat berpesan sebelum membiarkan Farisya kembali seorang diri.

‘Mampukah aku mengharungi dugaan ini seorang diri…pastikah akan hadir kebahagian antara aku dan dirinya..’ Bisik Farisya dihatinya. Wajahnya diraup perlahan. Daun tingkap di tutup setelah dirinya puas menikmati udara segar dan lembab. Kakinya melangkah lemah.

Merebahkan tubuhnya di atas katil. Namun matanya masih belum mahu terpejam. Masih terang untuk menerima kegelapan. Puas dipaksa akhirnya, dirinya terlena jua.


“Ok semua . Saya nak kamu semua habiskan asigment minggu lepas . Saya beri tempoh sampai minggu depan dan pada hari yang sama saya nak semuanya siap di atas meja saya . Saya tak mahu dengar ada alasan lagi minta tangguh ..Faham semua . ”
“Faham Puan .” balas para siswa dan siswi. Farisya mula mengemaskan buku-bukunya untuk pulang.

Suasana menjadi gamat sebaik sahaja Puan Adila meninggalkan dewan kuliah . Masing-masing sibuk berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang di beri secara berkumpulan .
Mungkin lebih mudah untuk mereka bekerja sama mencari bahan-bahan untuk di muatkan di dalam kertas kerja nanti.

Namun tidak pada Farisya. Dia awal-awal lagi telah keluar menuju ke perpustakaan . Dia lebih selesa mencari bahan-bahan kajian itu seorang diri .

Farisya meletakkan alat tulisnya di sebuah meja yang agak sedikit tersorok. Melangkah menuju ke rak buku untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan kertas kerjanya . Farisya memilih buku-buku yang sesuai untuk di jadikan rujukan lalu duduk semula ke mejanya .

Dia begitu tekun mencari isi kandungan buku-buku yang sedikit berselerak di atas meja . Banyak juga maklumat yang di perolehi. Farisya lupa akan masalah yang sedang menimpanya . Tumpuannya sedikit pun tidak terganggu walaupun pengunjung perpustakaan semakin ramai .

Setelah berpuas hati dengan isi-isi penting yang telah di kumpulkan, Farisya mngemaskan semula meja yang penuh dengan buku-buku rujukan . Buku-buku diletakkan semula ke tempat asal.ke tempat asalnyaApabila sudah yakin, Farisya melangkah keluar dari perpustakaan . Ingin segera cepat sampai ke bilik.

Tatkala kakinya melangkah di tepi padang, hatinya tergerak untuk berehat terlebih dahulu. Terlupa akan niat dihati agar segera sampai ke bilik hostel. Farisya melabuhkan punggungnya di perdu sebatang pokok. Duduk menikmati tiupan angin petang sambil memerhatikan gelagat segelintir pelajar-pelajar siswi yang gemar beriadah.

Fasrisya leka. Langsung tidak menyedari waktu senja kian menghampiri. Sedikit demi sedikit mentari tenggelam di ufuk barat. Begitu indah sekali. Burung-burung turut berkicau riang. Pulang setelah seharian berterbangan di langit biru.

Hatinya sayu. Terpaksa meninggalkan suasana yang begitu tenang sekali. Namun kakinya tetap melangkah. Menyusuri jalan seorang diri tanpa berteman. Tiba-tiba bayangan ayah tirinya menerpa. Begitu jua ibunya. Masih segar di ingatan ketika menghabiskan cutinya di kampung. Takkan mungkin semua ini dapat dibuang jauh dari kotak fikirannya.

“Abah nak kamu fikirkan dulu. Abah tak paksa. Abah faham,” Radduan merenung wajah anak sulungnya. Dia tahu Farisya tidak akan menolak cadangannya. Dia jarang membantah namun terbit sedikit kerisauan sekiranya Farisya menolak cadangannya itu.

Marlia hanya mampu memerhati dengan ekor mata apabila suaminya menyatakan hasrat untuk menerima permintaan abang iparnya untuk menggantikan tunang anaknya yang menghilangkan diri disaat majlis kenduri kahwin sudah terlalu hampir.

Farisya senyap. ‘Tak mungkin aku akan kahwin dengan Haziq… ’ Radduan masih lagi menanti jawapan dari anaknya.

“Abah bukan apa. Abah dah terlalu banyak terhutang budi dengan Pak Long kamu. Kamu lah satu-satunya harapan abah. Tapi kalau kamu menolak, abah tak boleh buat apa-apa. Itu hak kamu.” Suara Radduan sedikit layu.Dengan cara ini saja mereka sekeluarga dapat membalas segala budi yang dihulurkan abangnya.

Tiada niat dihati untuk menggunakan Farisya sebagai ganti. Dia yakin yang Farisya mampu menjadi seorang isteri dan menantu yang baik.

“Macam mana dengan kuliah? Sayang pulak kalau berhenti macam tu je,” Farisya cuba memancing simpati ayahnya. Hatinya menjerit memberontak untuk membantah, namun tidak mampu untuk diucapkan.

“Kamu jangan risau. Pak Long dah izinkan kamu untuk teruskan pelajaran.kamu walaupun selepas kamu menikah dengan Haziq.” Farisya sedikit kecewa dengan jawapan ayah tirinya. Tiada lagi alasan untuk membantu dirinya dari menolak. Wajah ibu ditatap mengharap bantuan. Namun hampa. Ibunya diam membisu.

“Suka hati abah la,” lambat sekali dia memberi keputusan kepada ayah tirinya. Walaupun berat, terpaksa diluah jua. Marlia tidak mampu berbuat apa-apa. Faham benar akan sikap Farisya yang sukar untuk menolak permintaan suaminya. Sayu mengenangkan nasib yang menimpa anak perempuannya.

Farisya tunduk. Mengakui akan kesusahan yang terpaksa mereka tempuhi selama ini. Menjadi ringan dek pertolongan Dato Razlan. Farisya terpaksa akur. Meniti hari yang bakal mendatang dalam keterpaksaan. Farisya pasrah.


***************


“Ziq tak nak kawin dengan dia. Papa tahukan dia tu budak kampung. Nanti apa kata kawan-kawan Ziq.” Dato’ Razlan tenang melihat anak lelakinya memberontak. Kalau tidak kerana tunangan anaknya membuat onar, sudah pasti semua ini tidak akan berlaku.

Dia pula yang terpaksa menahan malu meminta jasa baik adiknya Radduan untuk menjadikan Farisya sebagai ganti. Mengakui perbezaan diantara Irma Hasmiza dengan Farisya Hani terlalu jauh, namun mereka tiada pilihan lain. Keputusan telah pun dibuat. Suka ataupun tidak, Haziq terpaksa menerima.

“Mama tolong la mama. Ziq tak sanggup ma.Please...” Haziq Denial cuba meminta simpati dari mamanya, Datin Rosma. Dia pasti mama akan memihak kepadanya.

Memang dari awal lagi Datin Rosma tidak berapa setuju dengan cadangan suaminya namun dia juga tidak sanggup untuk menanggung malu. Berita yang di sampaikan oleh Haziq telah mengegarkan amarah suaminya. Berita tersebut betul-betul tidak di sangka.

“Tak de ke orang lain pa. Kenapa anak Marlia tu yang abang nak jodohkan dengan anak kita,” Datin Rosma bersuara lembut memujuk suaminya. Mungkin masih ada jalan lain selain menjadikan Farisya menantu mereka.

“Mama ingat siapa lagi yang layak jadi menantu kita. Masa dah terlalu suntuk untuk kita cari calon lain. Lagipun apa kurangnya budak Farisya tu. Saudara kita juga. Keputusan papa muktamad!” Dato’ Razlan bingkas bangun. Meninggalkan isteri dan anaknya. Namun langkahnya berhenti. Berpaling ke arah dua beranak itu.

“Esok Farisya akan sampai dari kampung. Papa nak Ziq jemput dia. Tiada bantahan!” ucap Dato’ Razlan tegas. Haziq kematian akal. Termanggu di sisi mamanya.

Hatinya kecewa dengan keputusan papa. Sekeras mana hati Datin Rosma, namum tidak terlawan akan keputusan suaminya. Datin Rosma bersimpati dengan anaknya. Dia juga terpaksa menerima Farisya Hani sebagai menantunya sedangkan hatinya sedikit pun tidak berkenan.


Haziq tidak dapat melelapkan mata. Mengenangkan bagaimana nasibnya nanti. Wajah Irma terbayang di ruang matanya. Tarikan aura yang di miliki Irma Hasmiza tidak mampu untuk di tepis.Pernah dirinya merasa bangga apabila Irma bersetuju menjadi permaisuri hidupnya sedangkan ramai lagi lelaki di luar sana yang masih mengejar cinta Irma. Kejelitaannya tidak dapat di tandingi.

Liuk lintuk tubuhnya cukup menggetarkan hati seseorang lelaki. Sentiasa mengikuti perubahan fesyen dari masa ke semasa dan sememangnya wajar dia di gelar super top model masa kini. Ditambah pula bergandingan dengan Haziq Denial. Masing-masing menjadi kegilaan ramai. Wajah Haziq yang kelihatan seperti pelakon dari Latin, lebih mirip kepada wajah ibunya.Wajarlah ramai yang makan hati apabila berita pertunangan mereka tersebar luas.

Lamunan Haziq terhenti. Jam dinding berganjak ke pukul 1.00 pagi. Matanya bergitu liat sekali untuk di lelapkan. Kecurangan Irma begitu menghiris hatinya. Mahu saja di robek-robek kulit wajah Irma yang mulus jika dia ada di depan matanya ketika ini. Api kemarahanya masih lagi membara. Semakin bertambah pula dengan desakan papanya. Dia sendiri tidak tahu kemana hala tujunya selepas ini. Berkahwin dengan sepupu sendiri tidak pernah tercatat dalam kamus hidupnya.

Bagaimana hendak melayari alam perkahwinan bersama dengan orang yang tidak langsung menarik perhatiannya. Apatah lagi untuk mencintai. Selain budak kampung, Haziq telah di maklumkan oleh Dato’ Razlan yang Farisya masih menuntut di universiti tempatan. Haziq tidak dapat membayangkan bagaimanakah nanti bila dia berhadapan dengan Farisya. Dalam kiraan Haziq mereka bertemu hanya sekali, itupun ketika mereka di alam persekolahan.

“Arrggghhhh” Haziq meramas-ramas kepalanya. Dirasakan terlalu berat masalah yang dihadapinya. Begitu payah matanya untuk di pejamkan. Sudah puas berguling di atas katil yang besar, masih belum mahu lelap. Dibiarkan saja matanya terkebil-kebil merenung kipas yang perlahan putarannya. Merenung kosong sambil menanti malam berganti siang.
















Bab 2


Hiruk pikuk suasana kota yang begitu sibuk membuat Haziq semakin rimas. Kalau tidak kerana atas arahan papa, tak mungkin dia memperbodohkan dirinya menunggu ketibaan Farisya. Cuaca yang begitu panas ditambah pula dengan kesesakan para penumpang bas yang berada di stesen itu membuatkan Haziq semakin geram. Sudah hampir 2 jam bas yang di tunggu-tunggu tidak kunjung tiba.

‘Alamak mana pulak minah ni... ni semua papa punya pasal…’ bentak hatinya menyalahkan papanya. Sesekali Haziq mengibar baju kemejanya bagi mengurangkan kepanasan. Bajunya juga sudah basah bermandikan peluh. Terasa seluruh badan nya melekit-lekit. Di teguk air mineral yang hanya tinggal separuh bagi menghilangkan dahaga. Dan ketika itulah seseorang telah melanggarnya. Kedua-dua mereka terjatuh.

“Macam mana awak jalan. Takde mata ke?!” terkebil-kebil gadis itu di marahi Haziq. Malu menerima herdikan Haziq sedangkan kesalahan itu bukan dari pihaknya.
“Ma..maaf encik. Saya tak sengaja. Ada orang tolak saya tadi.” Gadis itu cuba membantu Haziq mengelap bajunya yang basah.
‘Matilah aku… macam mana boleh terlanggar ni…malunya..’bisik gadis itu. Semuanya menjadi kelam kabut.

“Tak payah. Aku boleh buat sendiri.” tangan gadis itu ditepis kasar. Gadis itu tidak dapat mengimbangi tolakan Haziq lalu terduduk semula.
‘Baru padan dengan muka cantik kau tu..habis baju aku’ sumpah Haziq. Orang ramai yang lalu lalang hanya mampu memerhati. Tidak terdetik di hati mereka untuk membantu. Kejadian seumpama itu sudah biasa berlaku di Kota Metropolitan itu.
‘Hantu betul la. .kan aku dah minta maaf..ni main tolak-tolak la pulak’ omel Farisya geram. Dia menjeling tajam kearah Haziq.

Perlahan-lahan Farisya cuba bangun. Dia berasa sedikit sengal di seluruh badannya. Kalau tidak kerana sudah berjanji dengan Dato’ Razlan, sudah pasti dia tidak akan bersusah payah untuk datang ke KL. Pemuda yang dilanggarnya tadi pun sudah pergi meninggalkannya. Dia mengibas sedikit baju kurungnya.

Farisya berjalan menuju ke tempat duduk. Tidak sangka nasibnya pada hari itu begitu malang sekali.
‘Dah la aku baru baik demam. Naik bas tadi rosak pulak tengah jalan. Dah sampai, terlanggar pulak mamat tiang lampu tu. Memang nasib badan.’ Sungut Farisya perlahan. Jika tidak kerana kerosakan bas yang di naikinya, sudah pasti dirinya telahpun sampai di rumah Dato Razlan.

Di seluk bag sandangnya mencari-cari talifon bimbit hadiah dari ibu. Dia hairan mengapa bag sandangnya menjadi ringan. Jantungnya berdegup kencang. Pantas tangannya membuka zip bag seluas-luasnya. Namun degupan jantungnya bagaikan terhenti. Dompet dan telifon bimbitnya sudah hilang. Mungkin kerja penyeluk saku.

‘Ya allah.. macam mana ni…duit aku…. handphone aku...’ Farisya tergamam. Semua dokumen penting ada di dalam dompetnya manakala nombor talifon Dato’ Razlan juga ada didalamnya.
‘Ni mesti mamat tiang lampu yang ambil…macam mana aku nak contact pak long ni. .cipan bin tapir betul la ’

Farisya melangkah pantas sambil matanya tercari-cari pemuda tadi. Dia bingung kerana sudah dua tiga kali dia menawaf keliling stesen bas berkenaan namun kalibat pemuda itu gagal di temui. Langkahnya di perlahankan. Hampa. Usahanya hanya sia-sia. Tiab-tiba…

Haziq keluar dari tandas awam lalu berjalan menuju ke pintu utama stesen bas berkenaan. Dia tidak mengendahkan jelingan orang yang memerhatikannya. Ketika itu juga dirinya disapa oleh seseorang. Dengan kasar Haziq menoleh.

“Awak yang ambil dompet sayakan! Pulangkan balik!” Haziq terkejut dengan tuduhan yang di lemparkan. Di tenung gadis itu dari atas kebawah. ‘Minah ni lagi..takde orang lain ke? Dah la pakai baju kurung..tak panas ke?...aku yang tengok pun rimas…’ fikiran Haziq menerawang. Lain pula yang di fikirkan.

“Encik yang ambil dompat sayakan?!” Gadis itu meninggikan sedikit suaranya setelah pertanyaannya langsung tidak di endahkan oleh pemuda itu.

“What!! Tolong cakap baik sikit.” Haziq terkejut. Baru tersedar lagaknya.
“Jangan bohong. Tolong la encik. Bagilah balik dompet saya.” Farisya merayu. Lengan Haziq sudah di cengkam erat. Hatinya merasa amat yakin, ini semua angkara jejaka dihadapannya
“ Woit..ko pekak ke? Aku kata tak ambil tu tak ambil la.” Haziq mendengus dengan kasar. Cuba melepaskan pautan gadis itu.
“Dah tu siapa yang ambil? Awak yang langgar saya tadikan?” Farisya tidak mahu mengalah. Geram dengan sikap Haziq.

“Ooo..kalau aku yang langgar kiranya aku yang ambil la.” Haziq semakin rimas. Mereka kini sudah menjadi perhatian oleh orang sekeliling.
“Manalah saya tahu. Mungkin betul awak yang ambil.” Haziq memjegilkan matanya. Ingin sahaja di telan gadis di hadapannya itu hidup-hidup.
“Amboi sedapnya kau nak tuduh aku. Kau ingat aku ni sengkek sangat ke sampai nak ambil duit orang,” Haziq tersenyum sinis. Sengaja menambahkan lagi api kemarahan Farisya. Farisya mati akal. Tidak tahu apa yang harus di buat.

“Kenapa ni cik.?” Soal seorang pemandu teksi. Haziq dan Farisya menoleh serentak.
“Dompet dan talifon saya hilang. Saya syak dia ni yang ambil.” Pemandu teksi tersebut menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bertentang.
“Kenapa pandang saya. Bukan saya yang ambil.” Haziq membela dirinya. Dah la orang yang di tunggu tak sampai, sekarang di tuduh jadi penyeluk saku pula. Lain yang di tunggu, lain pula yang dapat.

“Macam nilah. Apa kata kita sembang di balai saja.” Pemandu teksi itu menarik tangan Haziq sambil memandang ke arah Farisya memberi arahan supaya mengikuti mereka. Haziq cuba melawan. Takkan mungkin dirinya akan di tipu gadis itu.
“Apa ni encik. Jangan main kasar. Saya dah kata tak ambil, tak ambil la.” Dia menjeling tajam ke arah gadis yang menuduhnya.

“Jangan melawan!” tegas pemandu teksi itu sambil menunjukkan kad kuasanya. Haziq sedikit tergamam. Terpaksa jua kakinya di heret menuruti pemandu teksi itu. Dalam waktu itu, jelingannya tidak lari dari gadis yang baru saja membuat dirinya kelihatan seperti tahanan.

‘Muka aku yang hansem ni dia kata muka pencuri… kau tunggu la nanti….’

*********

“Macam mana semua ni boleh jadi?” pelik dengan kejadian yang menimpa Haziq, Dan yang paling mengejutkan Dato’ Razlan, gadis yang menuduh Haziq adalah bakal isterinya sendiri. Masih ingat lagi renungan Haziq yang tajam ketika melihat Farisya. Andai hanya mereka berdua saja yang tinggal, sudah pasti Farisya telah diterkamnya. Ini semua gara-gara tuduhan Farisya ketika di stesen bas.

Farisya hanya menunduk, tidak mampu menahan panahan mata Haziq yang galak merenungnya. Kalaulah mata Haziq tu ada kuasa x-ray, sudah tentu tembus hingga ke sum-sum tulang. Datin Rosma yang duduk di sebelah Haziq hanya memerhati. Dia meneliti satiap inci tubuh gadis yang akan menjadi isteri kepada anak kesayangannya nanti. Dalam diam, Datin Rosma memuji kejelitaan semula jadi yang dimiliki Farisya. Renungan matanya yang redup, mampu mencairkan sesiapa yang memandangnya.

Mengakui akan kebenaran kata-kata suaminya. Patutlah beriya benar suaminya nakkan Farisya jadi pengganti Irma. Memang manis walaupun tanpa meke up. Cukup simple dan bersahaja.
“Sa..saya minta maaf ,” Jawab Farisya sedikit gugup apabila semua mata memandangnya. Dia langsung tidak berani untuk mengangkat mukanya.

“Senangnya kau minta maaf. Kau dah malukan aku depan orang ramai, senang-senang je kau nak minta maaf!” jerkahan Haziq membuatkan Farisya terkedu. Dato’ Razlan berdehem menunjuk tanda protes atas kelakuan Haziq. Tidak sepatutnya kesalahan itu terbeban di bahu Farisya seorang. Lagipun, tiada guna mencari kesilapan, sedangkan semua ini telah pun berlaku.

“Saya tahu saya salah. Maafkan saya. Saya tak sengaja,” tambah Farisya lembut.
“Kamu fikir Haziq orang macam tu ke?” Datin Rosma bersuara. Sengaja ingin menduga reaksi bakal menantunya. Farisya terdiam. Dirinya tidak mampu membalas serangan bertubi-tubi dari Haziq. Kini terpaksa pula dengan serangan bakal ibu mertuanya.
‘Mana la aku tau yang tu Haziq… Sekarang ni orang nak buat jahat bukan kira muka baik ke apa ..apa ke.?’ Dia terbatuk kecil.

“Ziq tak cam Farisya?” Haziq hanya menggeleng. Matanya masih lagi memandang Farisya. Datin Rosma sedar akan itu.
“ Hai Ziq. Kenapa kamu pandang Isya macam tu. Dah berkenan ke?” Datin Rosma senyum.
‘Aikkss..bila pulak mama suka kat budak ni… mati la aku… confirm la aku kena kawin dengan dia ni.’ Cepat-cepat dialihkan pandangannya. Tidak jadi untuk merenung terus gadis yang bakal bernikah dengannya.

“Hah ..kenapa kau lambat sampai tadi. Kau sengaja nak mainkan aku kan?!” Farisya mendongak. Tuduhan Haziq yang tidak berasas membuatkan hatinya sedikit panas. ‘Main!… banyak la kau punya main..’ marah Farisya. Namun tidak mampu di ucapkan.
“Haziq…” tegur Dato’ Razlan. Haziq tidak mengendahkan teguran papanya.

“Aku tunggu macam orang gila kat sana tau tak. Dah la kau langgar aku, lepas tu kau tuduh aku curi dompet pulak,” Farisya akui akan kesilapannya, tetapi tidak adil jika semua meletakkan kesalahan itu di bahunya seorang. Tidak menyangka mereka akan bertemu dalam keadaan begini.
‘Woi hantu..tak payah la nak tengking aku depan pak long..malu la aku.. nasib baik aku nak minta maaf..kalau tidak jangan harap la’ tak berhenti-henti Farisya merungut.

“Maafkan saya.” Sekali lagi Farisya memohon maaf. Tidak mahu memanjangkan perkara ini lagi.
“Lagi-lagi maaf. !” Farisya tersentak. Herdikan Haziq seakan sudah melampau. Jika kedua orang tua Haziq tidak ada, mahu saja di picit-picit mulut Haziq menjadi kecil. Baru puas hatinya.
“Haziq! Jaga kelakuan kamu,” Dato’ Razlan bersuara tegas.
“Papa nak menangkan dia kenapa. Dia dah buat Ziq malu. Mana Ziq nak letak muka Ziq ni pa,” Farisya menghela nafas lega kerana masih ada insan yang memihak kepadanya.

“Haziq Denial. Papa tak pernah ajar kamu cakap macam tu dan papa tak pernah hantar kamu belajar jauh-jauh untuk tunjuk perangai kurang sopan kamu tu. Hormat sikit dengan bakal isteri kamu,” amaran Dato’ Razlan begitu lembut tetapi cukup tegas. Sengaja di tekankan perkataan ‘bakal isteri’ kepada Haziq.

“Dah la Ziq. Mungkin Isya tak cam kamu. Mama pun pelik, macam mana kamu berdua langsung tak cam antara satu sama lain?” Datin Rosma cuba memujuk anak lelakinya dengan suara yang lembut.

Haziq dan Farisya berpandangan. ‘Ha ah la..apasal aku tak cam mamat tiang lampu ni’ Farisya hanya tersenyum kelat. Sedangkan wajah Haziq sedikit pun tidak menunjukkan sebarang riaksi.

“Mana nak cam mamanya kalau setiap kali kita balik kampung dia tak pernahnya nak ikut. Asyik nak berkepit je dengan si Irma tu saja. Tu yang boleh sampai tak cam saudara sendiri,” Kantoi. Sindiran Dato’ Razlan cukup pedas.

“ Ha tu la. Kalau tunjuk muka kat saudara mara, tak lah sampai jadi macam ni. Ini tidak, sampai bakal isteri sendiri pun tak cam,” bebel Datin Rosma lagi.Haziq geram kerana mamanya tidak lagi berpihak kepdanya.

“Tapi ma..” cuba meraih simpati.
“Sudah la. Farisya dah penat dah tu. Pergi tunjuk bilik tamu kat dia. Bibik dah kemaskan tadi,” Dato’ Razlan memotong kata-kata Haziq. Jika tidak, sampai bila pun Haziq masih lagi mahu memujuknya.

“Isya rehat la dulu.Nanti kita minum petang sama-sama.” Farisya hanya menurut. Mujur Haziq tidak lagi bersuara. Kelihatan masing-masing sudah keletihan. Namun, Farisya masih lagi termanggu di sisi Datin Rosma.
‘Laa…macam mana aku nak masuk bilik.. aku tak tahu bilik aku yang mana satu..mamat tiang lampu ni bukan nak bangun..heiii geramnya aku..’ di garunya kepala yang tidak gatal.

Haziq sedikit pun tidak mahu berganjak. Sengaja mahu menyiksa Farisya.
‘Aku nak tengok sampai bila kau boleh bertahan dengan aku…’ Datin Rosma hairan. Farisya dan Haziq masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Menanti antara satu sama lain.

“Kenapa tak naik bilik lagi?” Farisya menoleh. Tersengih menayangkan giginya kepada mama Haziq.
“Err..Isya tak tahu bilik,” ujarnya perlahan. Seperti berbisik.
“Ziq..pergi la tunjukkan bilik Isya.” Datin Rosma menepuk lembut paha anak kesayangannya. Merenung ke dalam anak mata Haziq. Haziq seakan mengerti makna renungan mamanya. Akhirnya, mengeluh sambil mengangkat punggungnya.

‘Kalau bukan pasal mama pujuk aku…jangan harap aku nak buat semua ni...’ Haziq bangun dengan malas sekali. Belum pun sempat kakinya melangkah, kedengaran suara papanya seperti berkata sesuatu.

“Bawak sekali beg Isya tu,” Haziq terpana. Bag pakaian milik Farisya yang besar di pandang kosong. Dengan hati yang berat, Haziq tunduk lalu mengangkat bag pakaian yang boleh tahan beratnya.

‘Mak aih beratnya…dia bawak batu ke???” rungut Haziq sambil mengerutkan dahinya.
Farisya langsung tidak bersuara. ‘Padan muka kau ….mamat tiang lampu hehehehe’ sempat juga dirinya mentertawakan bakal suaminya.



















Bab 3


Farisya termenung lagi setelah selesai membersihkan diri. Dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan bakal suaminya seperti itu. Dia tersenyum sendiri ketika mengingatkan peristiwa yang berlaku siang tadi. Memang lucu.

Tok..tok.. Farisya terkejut. Tiba-tiba saja pintu biliknya di ketuk. Dia meneliti penampilannya sebelum membuka pintu. Di oles sedikit pelembab bibir untuk mengekalkan kelembapan kulit bibirnya. Pintu bilik sekali lagi di ketuk. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. ‘Ni mesti mamat tiang lampu yang ketuk.. tercabut karang pintu bilik aku tak pasal je’

“Mama ajak minum dekat laman,” mendatar saja suara Haziq sebaik saja Farisya membuka pintu. Farisya malas nak layan perangai moody Haziq. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia berjalan menuju ke laman di ikuti oleh Haziq.

Dato’ Razlan dan Datin Rosma sudah pun menikmati hidangan minum petang mereka. Perbualan mereka terhenti apabila melihat kehadiran anak dan bakal menantu mereka. Datin Rosma senyum sambil menarik sebuah kerusi di sebelahnya dan memberi isyarat kepada Farisya. Farisya membalas senyuman Datin Rosma.

“Ermm Isya… bila kamu nak balik ke kampus?” Lembut sahaja suara Datin Rosma sambil menambah air kopi ke cawan suaminya. Haziq masih lagi membisu. Dari raut wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu. Apa yang sedang di sembangkan oleh mereka langsung tidak singgah di kotak fikirannya.
“Errr…insyaallah dua hari lepas kenduri mak long.” Datin Rosma terkejut. Farisya tahu itu bukanlah satu jawapan yang diharapkan oleh bakal mentuanya. Dia sendiri tidak pasti.

“Kenapa awal sangat kamu nak balik kampus. Kenapa tak tunggu lepas pergi honeymoon?” tersedak Farisya mendengar usul yang di cadangkan oleh bakal ibu mentunya. ‘ honeymoon dengan tiang lampu ni nak buat apa.. mengabehkan bogreh jo’

“Betul kata mama tu. Lagipun bukannya selalu. Lagi satu papa nak tegur, panggil je mama dengan papa. Papa lagi suka kamu panggil macam tu.” Farisya tersenyum kelat sambil mengurut dadanya.

“Macam ni je la papa, kita ikut dia orang pergi honeymoon macam mana?” usul Datin Rosma. Bunyi memang agak pelik. Mana ada orang pegi honeymoon bawak parent.
‘Hehehe..pergi honeymoon dengan parent.. lawaknya’ gumam Farisya.

“Hmm.. bagus jugak. Kita pun dah lama tak pergi bercuti.” Datin Rosma tersenyum mendengar jawapan suaminya. Beria-ia benar dia mengajak.
“Errr sebenarnya mak long ..opss silap mama, exam Isya nak dekat dah ni.” Takut –takut Isya bersuara. ‘macam mana boleh tersasul ni..hehehe maklumla baru lagi’

“Ala..kita pergi bukan lama pun. Cuma 2-3 hari je.” Datin Rosma masih memujuk.
“ Ikut je la cadangan mama tu Isya. Kalau kamu nak, papa boleh explain pada dekan kamu nanti.” Gulp! ‘nak bagitau dekan ..nak satu u tahu aku dah kawin..habis la aku..’
Farisya tersenyum pahit.

“Err.. tak payah la papa. Isya ikut je kata mama.” Datin Rosma tersenyum puas. Segalanya akan berjalan dengan lancar.
“Macam tu la menantu mama. Eh ..Haziq..kenapa diam je?”. Farisya menoleh kearah Haziq. Asyik benar dia mengelamun. Air kopinya pun dah sejuk agaknya. Haziq mengeluh. Diambilnya cawan yang berisi air kopi lalu di suakan ke mulutnya.

Burrrr!!! Haziq mengelap mulutnya menggunakan tangan. Dia mendongak, semua memandang kearahnya. ‘asal ni… aku buat lawak ke..eh ..kalau aku buat lawak asal dia orang tak gelak?’ Hairan melihat dirinya diperhatikan.
“What!?” soal Haziq kepada mamanya.
“Apa yang kamu menungkan? Dah tu minum pun tak senonoh.” Tegur mamanya.
“Tak sengaja la. Air panas sangat.” Farisya tersenyum. Rupanya dia sudah tersilap ambil cawan. Patutla air kopi yang di minumnya tadi suam. ‘sory la eksss… aku terambil cawan kau la pulak..mesti bestkan minum air panas..hehehe’

“Takkan panas lagi. Dari tadi mama tengok kamu asyik mengelamun je.” Sambung Datin Rosma.
“Mana Ziq tahu.” Dia pun hairan macam mana airnya boleh manjadi panas kembali. Haziq menoleh kearah Farisya.
“Yang kau senyum sorang-sorang tu kenapa?” Opocot! Farisya terkedu. ‘Nasib baik la tak de sakit jantung.. kalau tak dah lama gol..hilang semangat aku’. Senyumnya mati disitu.

“Haziq, cuba belajar cakap baik-baik dengan bakal isteri kamu tu.” Tegur Dato’ Razlan.
Haziq tunduk. Salahnya juga.
“Em mama dulu honeymoon dimana?” Farisya memandang ibu mentuanya. Sengaja mengubah tajuk. Dia tidak mahu Haziq terus-terusan di paksa untuk menerima dirinya. Secara tidak langsung akan membantu dirinya juga. Haziq merenung wajah Farisya. Dia tahu kenapa Farisya cepat-cepat mengubah tajuk perbualan mereka. Dia ingin berterima kasih namun tidak terucap. Apapun hari ni dia terselamat dari leteran papa.

*******

Haziq turun menuju ke meja makan. Farisya langsung tidak sedar akan kehadiran Haziq kerana terlalu asyik mendengar celoteh Datin Rosma. Sesekali Dato’ Razlan ada juga menyampuk. Dia merasa seperti dirinya tidak wujud. Kehadiran Farisya telah mengubah segala-galanya. Mama pun sudah kurang memberi perhatian kepadanya.

“Auuccchhhh”tiba-tiba Farisya sudah berdiri diatas kerusi makan. Wajahnya pucat. Tubuhnya sedikit mengigil. Mereka semua terpinga. ‘asal la pulak minah ni..pagi-pagi lagi dah buat kecoh..’ sungut Haziq. Habis baju kerjanya terkena air milo yang tertumpah.

“Woit…kau ni apasal?” jerkah Haziq. Farisya menoleh kearah Haziq. Terkejut dia melihat Haziq duduk disebelahnya dan ketika itu Haziq sedang memegang bajunya yang sudah kotor. ‘alamak…masak la aku kali ni…macam mana ni’

“Kenapa Isya.?” Soal Datin Rosma hairan. Dia sendiri terkejut melihat aksi spontan Farisya.

“Li…li....lipas mama…” tergagap-gagap dia menjawab. Masih ketakutan. Dato’ Razlan ketawa mendengar jawapan Farisya. Besar-besar begini pun masih takut lipas. Datin Rosma lega. Ingatkan apa la yang membuat Farisya terkejut.

“Banyak la kau punya lipas. Kau nampak ni.” Marah Haziq sambil jarinya ditunjukkan ke bajunya. Farisya hanya tersengih.
“Sorry ” dia tersengih lagi. Perlahan-lahan dia turun dari kerusi. Dia berlari ke dapur mengambil tuala kering di dalam laci. Dia kembali ke meja makan lalu dilap perlahan baju Haziq yang sudah bertukar warna.

“Ishh…. Kau ingat boleh hilang ke kesan air milo tu kalau kau buat macam tu?” rungut Haziq lagi. Dia merampas tuala dari tangan Farisya. Dia tahu Dato’ Razlan tidak gemar melihat dia melayan Farisya seperti itu. Tetapi susah untuk dia berbaik-baik dengan Farisya. Tiada langsung tempat untuk Farisya di hatinya.

Farisya merasa bersalah. Baru saja dia ingin berlalu, dia terasa ada sesuatu di kakinya. Apalagi, bergemalah ruang makan dengan jeritan Farisya. Entah macam mana dia langsung tidak sedar dia sedang memeluk Haziq. Haziq sendiri tergamam. Bagaikan satu kuasa elektrik sedang mengalir di badannnya. Dia dapat merasa tubuh Farisya menggigil.

Dato’ Razlan dan Datin Rosma hanya tersenyum melihat adegan panas itu. Di biarkan saja Farisya memeluk anak bujangnya. Yang hairanya, tidak pula Haziq melenting. Pening kepalanya memikirkan perangai Haziq.
“Ek hem…takan tak sabar nak tunggu nikah kot.” Sindir dato’ Razlan. Mendengar sindiran papanya, cepat-cepat Haziq melepaskan tangan Farisya yang erat melingkar pinggangnya.

‘macam mana boleh tak sedar ni… mak oii.. nak bagi aku mati ke.. kuatnya dia peluk aku’

Farisya merasa tangannya sakit di cengkam sesuatu. Matanya yang dipejam rapat di buka perlahan-lahan. Baru dia sedar dia sedang memeluk Haziq. Cepat-cepat dia menarik tangannya dari melingkari pinggang Haziq. Serta merta pipinya bertukar menjadi merah. ‘huhuhu…malangnya aku hari ni.’

















Bab 4


Haziq melangkah menuju ke biliknya. Diletakkan briefcasenya di atas meja. Matanya terpandang gambar yang terletak elok di atas meja kerjanya. Gambar itu di tenung dalam. Merenung wajah yang pernah menjadi pujaan hatinya.
Segala memori ketika dia bersama Irma bermain di ruang fikirannya.Semuanya indah belaka. Namun itu dulu.

Kini Irma sedang berbahagia bersama suaminya. Luluh hatinya ketika mendengar khabar itu. Dia masih teringat lagi janji Irma yang mahu sehidup semati dengannya. Kesanggupan Irma menghentikan segala aktivi-aktivi yang berkaitan dengan modeling setelah mereka berkahwin nanti.
Kesungguhannya menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak membuatkan Haziq betul-betul terharu. Hatinya sebak. Dia masih tidak dapat melupakan cinta Irma. Dia tidak kisah dengan tomahan yang di lemparkan terhadap Irma. Baginya, Irma adalah segalanya.

Malam semakin larut. Namun matanya tidak mahu lena. Semuanya tidak kena. Pusing kiri salah. Pusing kanan tak kena . Sudahnya dia telentang mengadap siling.


Farisya terjaga dari tidur. Dia melihat sekeliling. Katilnya habis berselerak dengan buku-buku kuliahnya. Di kerling jam di meja solek. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Tekaknya merasa dahaga. Dibiarkan saja katilnya yang bersepah lalu bangun menuju ke dapur. Farisya membuka pintu dengan perlahan tidak mahu mengejutkan sesiapa.
Dia malas untuk membuka lampu. Kesamaran cahaya dari dapur membantu dia berjalan di dalam gelap. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Telinga terdengar suara orang seperti mengaduh.

Dia menunggu lagi, mana tahu suara itu kedengaran lagi. ‘nasib baik tak dengar dah…hehehe…malam ni malam apa eks… arggg..lantak la ..takkan rumah besar macam ni ada hantu’ gumam Farisya.

Dengan perlahan dia menuruni tangga di dalam gelap. Tiba-tiba…
“Opocot mak kau..!” entah macam mana Farisya terlanggar sesuatu lalu terjatuh.
Gedebuk!!! Sebijik macam nangka busuk. Dia dapat merasa ada sesuatu sedang menindihnya. Tubuhnya mengigil. Dia tidak sedar yang menindihnya adalah Haziq. Dadanya sesak kerana tidak dapat menampung berat Haziq. Ketakutan menguasai dirinya.

“Arggghhh…Tolong…..!”
“Hoit… yang kau jerit-jerit tu kenapa?” Dia tidak mengendahkan sergahan itu.
“Arrrggghh…” Haziq terpinga-pinga apabila racau Farisya semakin menggila. Ketika itu lampu telah pun terpasang. Jeritan Farisya telah membuat semua orang terjaga.

Racau Farisya terhenti apabila terpandang cahaya memenuhi ruang itu.
“Arrgghhh” Farisya menjerit kerana terkejut apabila wajah Haziq betul-betul berada di depan matanya. Cepat-cepat tanganya menolak tubuh Haziq yang menindihnya.
“Haziq .. apa yang bising-bising ni?” Dato’ Razlan dan Datin Rosma menuruni tangga. Tidur mereka terganggu apabila terdengar jeritan Farisya.
Haziq mengalihkan tubuhnya dari Farisya.

“Kenapa Farisya?” Dato’ Razlan melihat wajah Farisya seperti sedang menahan sakit.
“Tak ada apa-apa papa. Tadi Isya haus.Nak ke dapur tapi terlanggar dengan Haziq kat tangga.” Dato’ Razlan melihat anak dan menantunya, masing-masing menunjukkan wajah kesakitan.

“Macam –macam la kamu berdua ni. Dari pagi sampai ke malam asyik nak accident saja.” Ngomel Datin Rosma. Farisya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih.
“Dah pegi masuk tido. Dah lewat dah ni.” Dato’ Razlan meredakan suasana yang agak kecoh sedikit. Bibik turut sama terjaga dari tidurnya.

“Kau tu jalan pakai hidung ke? Menyusahkan.” rungut Haziq lalu bangun meninggalkan Farisya termanggu sendirian. ‘apahal pulak aku yang kena…dah dia terconggok dekat tangga tu sapa suruh…’ rungut Farisya. Akhirnya dia sendiri tidak jadi untuk ke dapur.

Farisya masuk ke biliknya. Hatinya sakit bila terkenangkan segala incident yang berlaku diantara dia dan Haziq. Hatinya sedikit resah. Bagaikan ada kuasa magnet mengalir ke dalam tubuhnya ketika dia rapat dengan Haziq. Perasaan itu hanya hadir ketika dia bersama Aswad dulu.

Dia teringatkan Aswad. Kenapalah jodoh aku bukan dengan Aswad. ‘Kenapa lah dengan mamat tiang lampu yang macam singa tu.’ Hatinya merintih sedih. Dia melihat nota yang sering di berikan oleh Aswad. Kata-kata semangat sentiasa tertulis di setiap helaian nota Aswad renungnya.

“Faham?” Farisya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menggeleng lalu tersengih. ‘Mentang-mentang la gigi cantik, asyik nak tayang je.’
“Boleh explain lagi…hehhe..please,” Farisya merayu. Kedua belah tangannya di satukan memohon simpati buah hatinya. Dengan sabar, Aswad menerang semula formula-formula bagi memudahkan dia menghafal data-data penting. Penat study Farisya cuba merenggangkan badannya. Cuba menghilangkan lenguh di badannya.

“Han, awak sayang saya tak?” Farisya sedikit terkejut dengan ucapan Aswad. Sudah acap kali dia menyatakan kasih dan cintanya kepada untuk Aswad.
“Kenapa? Awak masih tak percayakan saya lagi?” soal Farisya kembali. Dia bangun sambil berjalan menghampiri tasik. Di ambil sebiji batu lalu di lontarkan kearah tasik.

Aswad memerhati gelagat Farisya Hani. Dia tersenyum. Faham benar dengan apa yang sedang di fikirkan oleh Aswad.
“Kenapa pandang saya macam tu. Batul la . Saya cuma sayang awak seorang.je tau” Aswad masih merenungnya. Farisya berjalan menghampiri Aswad. Tangan Aswad di genggam erat. Mengharap kepercayaan yang tidak berbelah bagi dari Aswad. Aswad mengeluh.

“Tah la wak. Saya tak sedap hatila. Saya rasa macam awak akan tingalkan saya satu hari nanti.” Farisya tersenyum. ‘Kenapalah itu yang kau fikir sayang.’

“Jangan la suka fikir macam tu. Awak ni macam tak yakin je dengan saya.”
“Bukan macam tu. Macam mana saya tak risau. Awak masih belum bagitau parent awak kan?” Farisya buntu. Setiap kali asyik itu saja yang ditekan kan oleh Aswad. Bukan niatnya untuk merahsiakan hubungannya dengan Aswad dari kedua orang tuanya. Belum sampai waktunya untuk dia memaklumkan khabaran itu.

“ Sabar la sayang. Tiba waktunya nanti saya cakap la. Please.” Pujuk Farisya lagi. Aswad mengeluh.
“Please…Emm..senyum la sikit.” Farisya menyentuh dagu Aswad sambil menghadiahkan senyuman semanis mungkin. Sekali lagi Aswad mengalah. Bibirnya mengukir senyuman dalam paksa.

Kenangan bersama Aswad menjelma lagi. Air matanya menitis untuk sekian kalinya. Rasanya sudah puas dia menangis. Namun air matanya tidak pernah kering. Dia terpaksa akur dengan semua ini. Disebabkan kedegilannya untuk berahsia akhirnya memakan diri sendiri. Ditarik keluar sekeping gambar dari dompetnya.

Wajah Aswad di tatap buat kali terakhir. Rindu pada wajah itu membuatkan tangisannya semakin berlagu. Kecerian wajahnya hanya sebuah lakonan. Biarlah di tanggung luka itu sendiri. Tidak sanggup untuk menghampakan harapan kedua orang tuanya.

‘Relakan ku pergi sayang…anggapla kehadiran ku ini hanyalah mimpi di siang harimu…’ Bayangan serta memori ketika bersama Aswad di buang sejauh mungkin. Ia terlalu sakit untuk diingati. Perlahan-lahan gambar wajah Aswad direnyuk lalu dibalingkan ke dalam tong sampah. Matanya di pejam kuat semoga kesakitan yang di alaminya tidak akan berulang lagi. Dirinya pasrah dalam terpaksa.

******

“ Haziq esok bawa Isya tengok baju weading ye. Mama dah arrange appointment .” pesan Datin Rosma kepada Haziq. Namun tiada jawapan.
“Kamu dengar tak? Yang lain mama dah siapkan. Cuma baju kamu dengan Isya je belum lagi,” Datin Rosma mengerling Haziq di hadapannya.
“Hmmmm..” jawab Haziq pendek. Matanya masih leka dengan bacaannya. Mendengar jawapan bersahaja Haziq, Datin Rosma tidak lagi mengajak anaknya berbual. Tangannya lincah mengubah jambangan bunga untuk hari perkahwinan anaknya.

Dia hairan kerana mamanya hanya seorang diri. Papa kalau hari cuti begini selalu di padang golf. Bibik jangan cakap la. Kerja dia tak pernah habis. Semenjak kehadiran Farisya, dia tidak pernah lekang dengan mama. Ada saja yang mereka bualkan. Nak ambil hati mak mentua la katakan.

“Assalamualaikum.” Farisya melangkah menuju ke arah Datin Rosma. Bacaan Haziq terhenti. Matanya menjeling ke arah gerangan empunya suara yang memberi salam. Dia melihat Farisya melangkah menuju ke arah mamanya lalu mencium tangan mamanya.

“ Macam mana? Dah selesai ke urusan kamu?” soal Datin Rosma.
“Em.. dah ma.” Jawab Farisya sambil duduk di sebelah Datin Rosma. Dia langsung tidak menoleh kearah Haziq. Dia tidak sedar yang dirinya sedang di perhatikan. Kalau boleh dia tidak mahu ada lagi incident akan berlaku antara dia dan Haziq.

“Mana papa, sunyi je?” soal Farisya sambil tangannya membantu Datin Rosma. Dia bukan la pandai sangat dengan bab-bab gubahan ni, tapi tak salah kan kalau nak mencuba.
“Papa biasa la. Cuti macam ni di padang golf la,” hatinya senang dengan keramahan bakal menantunya.
“Oooo” Farisya mengangguk mendengar jawapan Datin Rosma.

Haziq masih lagi memerhatikan Farisya. Langsung tidak menunjukkan sebarang protes atas perkahwinan ini. Walaupun majlis perkahwinan itu dia yang merancang, tetapi tetap dalam paksaan kerana pengantin perempuan telah berganti. Di perhatikan gelagat Farisya yang sentiasa ceria. Dia keliru dengan tangisan yang didengarnya malam tadi. Hatinya memberontak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.






















Bab 5

“ Kau nak minum apa”
“Bagi akak milo ais ye. Kurang manis sikit ye dik.” Jawab Farisya lembut kepada pelayan itu. Dia langsung tidak menoleh kearah Haziq.

“Ok dik. Bagi Milo ais satu orange jus satu. Erm.. kau nak makan apa-apa tak?” Haziq masih lagi dapat mengawal emosinya walaupun Farisya cuba buat endah tidak endah. Namun dia bersyukur kerana Farisya tidak cuba membuat dirinya seperti tunggul di hadapan pelayan itu.

“Tak pe lah. Saya tak lapar.” Jawab Farisya pendek.
Pelayan itu seperti faham akan situasi yang di hadapi oleh Haziq dan Farisya cepat-cepat beredar.

Suasana sunyi seketika. Farisya sibuk meneliti keadaan sekeliling. Dia amat tertarik dengan suasana restoren itu. Cantik. Haziq masih mendiamkan diri. Dia begitu asyik melihat gelagat Farisya. Dia ingin mengetahui apa yang sedang difikirkannya.

‘Apasal pulak mamat ni asyik tengok aku je ni. Heee… rimasnya aku’ Farisya resah. Sejak dari tadi Haziq asyik merenungnya. Dia menoleh kearah Haziq dan mereka bertentangan mata. Ingin mencari kepastian apa tujuan Haziq mengajaknya keluar. Tapi dia kalah. Dia tidak mampu untuk melawan panahan mata Haziq yang begitu tajam.

‘Aiksss..tadi nampak cam kuat je nak lawan mata dengan aku,,,cepatnya mengaku kalah’
Dia menafsirkan Farisya seorang budak kampong yang kolot. Namun dia silap dan dia juga lupa yang Farisya adalah bakal graduan tidak lama lagi. Walaupun kelulusannya bukan dari luar negara, namun dia tetap bangga.

“Apa tujuan awak?” suara Farisya sedikit getar. Haziq membiarkan saja pertanyaan Farisya. Air di hadapannya di sedut perlahan. Masih senyap seperti tadi. Seperti sedang menyusun ayat lagaknya. Farisya semakin rimas dan Haziq sedar akan itu. Keresahan Farisya jelas terpancar di wajahnya walaupun sudah puas dia berselindung .

“Kenapa kau tak pernah tolak lamaran papa aku?” Farisya terkedu. Kenapa baru sekarang soalan itu diajukan kepadanya? Untuk apa? Semuanya sudah berlalu. Farisya tunduk.
“Kenapa diam? Selalu aku tengok kalau dengan mama bukan main ramah lagi kau sembang. Kenapa dengan aku kau jadi bisu pulak?” sindir Haziq sengaja ingin menduga Farisya. Masih diam lagi.

“Woit jawab la aku tanya. Ke kau memang dah syok gila dekat aku sampai sanggup terima lamaran papa aku,” pantas Farisya mendongak. ‘What..!syok gila dekat kau… malam sikit la ..’ cuba di padam api kemarahannya.

Farisya mencari kekuatan. Apapun yang akan berlaku, cerita ketika bersama Aswad adalah sejarah buat dirinya.
“Kenapa baru sekarang nak tahu?” soalnya lambat.
“Suka hati aku la. Sekarang ni aku tanya, kau jawab je la.” Marah Haziq.

“Saya malas nak bantah cakap abah. Lagipun abah dah banyak berjasa untuk saya.” Jawab Farisya. Tangannya memainkan hujung straw minuman.
“Kau sanggup taruhkan masa depan kau semata-mata nak balas jasa pak ngah dekat kau. Mustahil budak u macam kau nak buat macam tu. Bukan pasal papa aku ada harta?” tambah Haziq lagi.

‘Eh mamat ni pasal apa? Kau ingat dengan harta bapak kau tu boleh beli semua benda ke?’ Geram Farisya dengan tuduhan Haziq.

“Kalau awak tak setuju dengan perkahwinan ni, kenapa awak tak cakap je dengan pak long,” cabar Farisya. Sempat dia menjeling ke arah Haziq.
“Aku dah cakap tapi papa tak dengar. Aku ingat nak suruh kau cakap.”
“What! Awak nak suruh saya cakap? Lepas tu nak bagi malu keluarga saya pulak. Saya tak sanggup,” jelas Farisya. ‘Banyak cantik ..muka cam tiang lampu..heeeee’ Hatinya semakin sakit dengan telatah Haziq. Tak mungkin dia akan bahagia bersama Haziq andai Haziq masih berperangai seperti ini.

“Dah tu aku nak buat macam mana. Aku tak boleh nak bahagiakan kau. Lagipun aku tak cintakan kau.” Terang Haziq dengan suara sedikit merayu.
“Habis tu awak ingat saya cintakan awak. Saya terima awak pun sebab abah, tu saja,” suara Farisya sudah sedikit tinggi tetapi masih dapat di kawal.

‘Kalau kau tak hendak, aku lagi tak teringin’ gumam Farisya.
“Please Isya, aku merayu dekat kau. Tolong la aku.” Rayu Haziq lagi.
“Sorry, saya tak dapat nak tolong awak,” tegas Farisya. Wajah Haziq mencuka.

“Baik, hari ni hari kau. Tapi jangan harap kau akan bahagia selagi kau hidup dengan aku. Aku akan pastikan kau menyesal satu hari nanti,” bentak Haziq sambil bangun meninggalkan Farisya.


Dia kalah dalam kata-kata. Luka dihatinya dengan perbuatan Irma belum pulih, kini ditambah pula dengan sikap Farisya. Dia memang tertekan. Agak lama juga dia menunggu Farisya di dalam kereta. Setelah selesai membayar harga minuman tadi, dia terus menuju ke tempat letak kereta. Dia langsung tidak memaklumkan kepada Farisya.
“Hiii.. mana minah ni.. takkan nak kena berjemput kot” Hatinya semakin panas.

Farisya cuba berlagak biasa. Dia masih lagi memikirkan kata-kata Haziq. Mungkinkah dirinya akan menyesal satu hari nanti. Dia sendiri pun tidak pasti. ‘Ya allah, kau ampunkan lah dosa ku ya allah. Kuatkan lah imanku ya allah.’ Ego Haziq begitu sukar untuk di runtuhkan.
Tiba-tiba talifon bimbitnya berbunyi. Talifon pemberian Dato’ Razlan menggantikan talifonnya yang hilang. Dia mengamati nombor tersebut. Bukan dari kalangan kenalannya. Dia menekan butang “yes” untuk menjawab.

“Hell…” belum pun sempat Farisya menghabiskan kata-kata suara pemanggil sudah pun terdengar di talian.
“ Woi cik kak. Kau nak aku jemput kau masuk dalam kereta ke? Ke kau nak balik jalan kaki.?” Haziq menghembur kemarahannya. Farisya semakin geram dengan layanan Haziq. Dia tahu kenapa Haziq begitu marah dengannya.

“ Tak payah. Saya boleh balik sendiri.” Klik.. Pantas Farisya memutuskan talian. Haziq berang. Dia memandu keretanya dengan laju. Dia tidak menyangka Farisya begitu keras orangnya.

******

Haziq melangkah masuk ke rumahnya.Belum sempat dia menyambung langkahnya, terdengar Dato’ Razlan memanggilnya. Dengan langkah longlai Haziq menuju ke arah papanya.

“ Mana Isya. Bukan ke kamu keluar berdua tadi.” Dato’ Razlan seperti sudah menduga sesuatu telah terjadi antara anak dan bakal menantunya. Haziq terkedu.
“ Errr..Dia ..aa…dia..”
“Assalamualikum” Dua beranak itu menoleh. Haziq berasa lega apabila Farisya yang memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Dato’ Razlan tidak dapat meneka apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka. Tapi dia dapat mengagak ada sesuatu terjadi di antara mereka.
“ Farisya duduk sini sekejap. Papa nak cakap sikit.” Farisya akur. Haziq bangun untuk memberi laluan kepada Farisya.
“Kamu pun duduk Ziq. Papa nak cakap dengan kamu berdua.” Haziq dan Farisya menoleh ke arah Dato’ Razlan serentak. Datin Rosma datang dari arah dapur sambil membawa dulang berisi minuman. Dia tahu apa yang akan suaminya lakukan. Dia sendiri akan menjadi penyokong yang paling setia untuk suaminya.

“ Papa nak kamu berdua faham. Apa yang papa lakukan ini semua adalah untuk kebaikan kamu.” Haziq merenung ke arah papanya. Dia ingin membantah namun di tahan hasratnya itu.

“ Dengar dulu apa yang papa nak cakapkan ni. Papa bukan nak seksa anak-anak papa. Papa nak kamu bahagia itu saja. Papa buat ni semua ada sebab.” Dato’ Razlan lebih dulu dapat membaca riaksi Haziq. Namun Haziq tidak mahu mengalah.

“Papa yakin kami akan bahagia?” Haziq menduga percaturan papanya. Dia ingin sekali menyatakan yang apa yang di rancangkan oleh papanya tidak akan berhasil. Tidak mungkin dia akan hidup bahagia jika berkahwin dengan Farisya.

“Papa yakin suatu hari nanti kamu akan bahagia.” Farisya hanya mampu berdiam diri. Biarlah mereka selesaikan kekusutan ini. Dia hanya menjadi mangsa keadaan sahaja. Namun untuk menghancurkan harapan kedua orang tuanya tidak sama sekali. Dia sanggup menelan segala kepahitan. Dia rela menanggungnya.

“Macam mana papa tahu kami akan bahagia. Kami yang akan melaluinya, bukan papa.” Haziq masih lagi tidak mahu mengalah.
“Kamu yakin kamu akan bahagia kalau kawin dengan Irma.” Bidas Dato’ Razlan. Faham benar dengan sikap Haziq.

“Itu Ziq tak pasti. Tapi biarlah Ziq kawin dengan orang yang Ziq cinta pa.” Haziq memohon pengertian papanya. Suasana sedikit tegang. Datin Rosma mencari jalan supaya dua beranak itu tidak berterusan bertelagah.

“Cinta? Kalau cinta takkan dia sanggup lari ikut lelaki lain. Papa dapat tahu dia dah pun berkahwin dengan lelaki tu. Itu yang kamu kata cinta?” Haziq seperti terpukul dengan kata-kata Dato’ Razlan. Farisya tidak mahu campur. Dia lebih rela menjadi penonton yang setia.

“Ziq, mama yakin dengan keputusan papa. Cinta akan datang kalau Ziq sendiri yang memupuknya. Lagipun tak salah kalau bercinta lepas kahwin. Macam mama dengan papa juga,” pujuk Datin Rosma sambil melirik ke arah Farisya. Di elus lembut tangan anak kesayangannya. Dia faham akan kehendak hati anaknya itu.

“Tapi ma…,” kata-kata Haziq terhenti melihat Datin Rosma mengeleng. Perangai Haziq tidak sama dengan kakak-kakaknya. Dia lebih suka dipujuk daripada memujuk. Anak bongsu lelaki seorang la katakan.

“ Mama suka kalau Ziq kawin dengan Isya.” Farisya tersentak apabila namanya di sebut. Dia menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bersatu namun cepat-cepat Farisya beralih pandang. Dia tidak mahu menjadi mangsa mata Haziq lagi.
‘ Sepatutnya aku yang bersedih.. sebab aku ni mangsa keadaan.. bukan kau..’


*******

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Kelihatan majlis begitu meriah sekali. Farisya telah sah menjadi isteri Haziq dengan hanya sekali lafaz. Semua hadirin yang hadir tidak putus-putus memuji pasangan pengantin. Bak kata pepatah bagai pinang di belah dua. Dato’ Razlan dan Datin Rosma adalah orang yang paling gembira sekali.

Farisya sibuk melayan para tetamu begitu juga dengan Haziq. Haziq memperkenalkan Farisya kepada teman-temannya. Farisya hanya menurut rentak Haziq. Dia tidak mahu mood Haziq berubah di hari yang berbahagia ini.

“Ermm kak long tengok korang ni bukan macam kahwin paksa pun.Dari tadi asyik berkepit je,” Farisya tersentak dengan teguran kakak Haziq yang sulung.
Yang lain turut sama memerhatikan gelagat mereka sambil tersenyum. Haziq langsung tidak mengendahkannya. Namun dia tetap setia duduk di sisi Farisya.

“Rasa macam nak kawin balik je kan bang, best je.” Tambah Hasni lagi sambil mencuit suaminya.
“Aiks.. dulu Has jugak yang nak buat majlis kecik-kecik je. Dah teringin la tu,” sindir Azman kepada isterinya.

“Dulu kita lain la bang. Kalau tak pasal kena pergi oversea, Has pun nak buat kenduri besar macam ni. Meriah sangat kan,”
“Tu la kak long. Teringat pulak masa kita kawin dulu.” Hasrin menyampuk menyetujui kata-kata kak longnya.
“Siap ada orang tu asyik kena perli je kan.” Tambah Hasni lagi memandang ke arah Hidayat suami Hasrin.

“Ha ah, naik lemas kami di buatnya. Kan bang.” Tambah Hasrin sambil menyiku suaminya. Hidayat hanya tersengih. Pengalaman semasa majlis kenduri mereka tidak pernah di lupakan.

“Lepas ni giliran dia orang la pulak kan.” Semua yang berada di ruang tamu itu memandang ke arah pasangan pengantin itu. Farisya tersipu malu. Haziq hanya tersenyum kelat.

“Sudah-sudah la kamu ni. Kesian mama tengok si Farisya. Dari tadi asyik kena buli je dengan kamu.”
“Bila lagi nak buli ma. Kami pun bukan selalu dapat jumpa. Lagipun masa ni la kami nak beramah mesra,” jawab Hasni sambil memeluk bahu Farisya. Mereka semua setuju dengan pilihan Dato’ Razlan. Memang dari dulu lagi kakak-kakak Haziq tidak penah berkenan dengan perangai Irma yang terlebih gedik tu.
“Betul tu kak long, kalau nak tunggu si Haziq ni. Sampai cucu cicit ada baru dia nak bawak bini dia ke rumah kami.” Sokong Hasrin kakak Haziq yang kedua.

“Kalau macam tu, korang je la yang balik ke sini.” Cadang Datin Rosma.
“Ok juga tu. Boleh kami ajak Isya pergi window shopping. Biar orang lelaki pulak duduk rumah jaga anak.” tambah Hasmin sambil menjeling suaminya yang sedang memangku anak mereka.

“Abang Zam ok je.” Suami Hasmin memberi persetujuan sambil memandang ke arah Azman dan Hidayat, kedua-dua birasnya.
“Tapi kan. Kak lang takut ada orang yang tak tahan nak berjauhan dengan isteri tercinta, Pengantin baru la katakan,” semua ketawa mendengar kata-kata Hasmin. Suasana menjadi gamat. Habis merah wajah Farisya mendengar usikan iparnya.

“Ziq tak kisah la,” bidas Haziq. Menyembunyikan segala kekusutan yang semakin tersimpul.
“Ye la tu ok. Jangan nanti kamu pulak yang merengek,” sindir Hasni lagi. Haziq Cuma mencebik kepada kak longnya. Sudah lama mereka tidak berkumpul beramai-ramai.
“Hah Isya, lepas ni Isya kenalah jaga anak emas mama ni betul-betul. Dia ni pelik sikit.” Ujar Hasni. Farisya tersenyum kelat. ‘Jaga makan pakai sudah la, jaga bab lain sorry mem..i tak ready.’ Bisik Farisya dalan hati.


Dato’ Razlan dan Datin Rosma tersenyum. Di saat begini, mereka rasa cukup bahagia kerana telah selesai segala tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Kini sudah tiba masanya mereka berdua berehat.





Bab 6



Farisya membaringkan tubuhnya di atas katil. Penat sungguh rasanya. Baru saja dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi pintu bilik di buka. Dia melihat Haziq sedang melangkah ke bilik mandi. Haziq langsung tidak menoleh ke arah Farisya. Dia msih ingat lagi kata-kata Haziq. Janji seorang lelaki yang akan membuat hidupnya merana kini telah sah menjadi suaminya.

Walaupun lagak Haziq begitu mesra ketika di hadapan kakak-kakaknya, dia tidak merasa yang Haziq ihklas untuk melakukan itu semua. Itu semua hanyalah mainan wayang ciptaan Haziq. Malas dia nak melayan karenah Haziq yang menjengkelkan. Dirapatkan matanya kembali.

Haziq keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dia menuju ke almari baju. Dia berlagak seperti biasa seperti tidak ada apa pun yang berlaku atau dia lupa yang kini dia sudah berkongsi bilik dengan Farisya. Dia hanya bertraksuit dan tidak berbaju. Disisir rambutnya dengan kemas.

Dia ingin merehatkan badanya lalu menoleh ke arah katil. Dia terpandang Farisya yang begitu pulas tidurnya. Di rebahkan tubuhnya ke sofa. Di renung seraut wajah yang sedang lena diatas katil.

Wajah mulus Farisya tidak pernah diamatinya. Dia sendiri terkedu ketika upacara membatalkan air sembahyang. Wajah yang paling dibenci begitu lain sekali. Dengan olesan make up yang cukup sederhana, membuatkan wajah Farisya sungguh ayu. Patutlah semua orang memujinya.

‘Ish..apasal aku asyik fikirkan dia..tidak…aku tak cintakan dia dan takkan mungkin.’Haziq membuang jauh perasaannya.


“Allahhuakbar allah….”
Farisya terjaga dari tidurnya apabila mendengar azan sedang berkumandang. Dia melihat jam di tangan. Hampir terkeluar anak matanya melihat waktu sedang merangkak ke waktu Isyak. ‘Ya allah, lamanya aku tidur..sampai terlajak solat Magrib’ dengan pantas Farisya mengambil tuala dan baju lalu masuk ke bilik mandi. Dia tidak perasan kelibat Haziq yang masih lena di atas sofa.

Cepat-cepat dia membersihkan diri .Badannya berasa sedikit segar. Setelah selesai mengambil wuduk, Farisya keluar dari bilik mandi. Entah macam mana ketika itu Haziq juga ingin membuka pintu mandi. Belum pun sempat Haziq memegang tombol pintu, Farisya lebih dulu menolaknya.

Dummm!!
Haziq terdorong ke belakang sambil menekup hidungnya. Farisya terkesima melihat darah mengalir dari hidung suaminya. Haziq mengaduh.
“Sorry, Isya tak sengaja.” Jelas Farisya. Dia cuba membantu Haziq namun dia di tolak kasar lalu jatuh ke lantai. Hampir saja kepalanya mengenai birai katil. Kalau tidak, kepalanya juga menerima nasib yang sama seperti Haziq.

Farisya berasa bersalah. Haziq masih lagi menekup hidungnya. Dia selongkar laci almari mencari sesuatu. Farisya bangun. Dia mengagak Haziq sedang mencari first aid. Farisya melihat sekeliling lalu terpandang sebuah kotak berwarna putih di atas almari baju. Terjengket-jengket dia cuba mengambil kotak putih itu. Ketinggiannya tidak dapat membantunya untuk mendapatkan kotak putih itu.

Melihat Farisya sedang mencuba mengambil sesuatu, Haziq mendongak. Dia terlihat kotak putih yang sedang cuba di ambil oleh isterinya. Dengan pantas dia mengambil kotak itu.dan di bawanya ke atas katil. Farisya mengikuti langkah Haziq.

Haziq cuba menahan darah dari terus mengalir dari hidungnya. Tiba-tiba dia merasa ada seseorang sedang memegang kepalanya lalu membaringkanya di atas katil. Begitu lembut dan teliti sekali. Haziq cuba menolak tangan Farisya namun di tahan keras.

“Diam…” bentak Farisya lalu mengalihkan tangan Haziq. Haziq akur. Dia tidak mahu menambahkan sakitnya lagi. Farisya memicit pangkal hidung Haziq bagi mengelakkan darah berterusan keluar. Dibersihkan keliling hidung suaminya.

“Ishh…” Haziq kembali menahan tangan Farisya.
“Shhhh…sikit lagi,” pujuk Farisya.
‘Nasib kau la mamat tiang lampu.. dari mancung hidung kau tu dah penyek aku kerjakan.’ Farisya bingkas bangun. Di buka almari baju lalu di capai sehelai tshirt milik Haziq.

“Jom pergi klinik. Saya rasa hidung abang dah patah,” Abang! Haziq terkesima dengan panggilan Farisya. Namun kesakitan yang di tanggung membataskan dia untuk memikirkannya.

Farisya membantu Haziq bangun dari katil. Darah masih lagi mengalir. Farisya menghulurkan tshirt kepada Haziq namun di rentap kasar. Apabila terpandang Haziq hanya bertuala, Farisya cepat-cepat mengambil kunci kereta Haziq di atas meja lalu turun ke bawah.
Dia tidak mahu melihat adegan yang tidak sepatutnya walaupun halal untuknya.

“Hai pengantin! Laju je jalan. Tak nak makan ke?” Tegur Hasni kepada satu-satunya menantu perempuan mamanya. Langkah Farisya terhenti.
“Kejap lagi la kak long. Isya nak bawak Haziq pergi klinik,” tolak Farisya dengan lembut. Semua yang ada di meja makan memandang ke arah Farisya namun beralih ke arah Haziq.
“Mak su..Syafiq nak ikut?” rengek anak bongsu Hasni.
“Tak boleh sayang, maksu nak bawa paksu pergi klinik.” Pujuk Farisya. Memang dia sukakan budak. Kebetulan semua anak buah Haziq cepat mesra dengannya. Mereka takut dengan Haziq.

“Ala maksu. Biar paksu pergi klinik sendiri la. Kan paksu dah besar.” Farisya tersenyum melihat telatah Syafiq.
“Tak boleh sayang, paksu tak boleh nak drive sendiri.” Tambah Farisya sambil mengendong Syafiq dan melangkah ke meja makan.

“La..kenapa pulak tu?” tanya Hasrin melihat Haziq sedang menekup hidungnya. Farisya menoleh. Melihat Haziq sudah berada di pintu utama. Hasni mengambil Syafiq dari Farisya.

“Ishh..ganas betul dia orang ni ye ngah. Sampai berdarah hidung dibuatnya.” Sindir Hasmin. Haziq menjeling ke arah Hasmin. Masing-masing tersenyum melihat wajah Haziq yang sedang menahan sakit. ‘Kakak-kakak aku ni tak de keje lain ke? Ayik nak sakitkan hati aku je. Ni semua minah ni punya pasal.”

“Eh..bukan macam tu kak long. Hidung abang kena pintu bilik air,” terang Farisya. Faham benar dengan senyuman ipar-iparnya. Serba salah dia dibuatnya.

“Akak makan la dulu. Nanti kami makan kemudian aje,” balas Farisya. Dia berlari mendapatkan Haziq yang sudah berada di keretanya. Haziq menghulurkan tangan kepada Farisya. Farisya tahu yang Haziq sedang meminta kunci kereta darinya.

“Biar Isya je yang pandu kereta.” Haziq membulatkan matanya. ‘What! Nak bawak kereta aku ..Tah ada lessen ke tidak...jangan harap!’ Haziq menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Tangannya masih lagi di hulurkan. Malas Farisya hendak melayan orang degil macam Haziq.

“Suka hati abangla,” di serahkan kunci kereta kepada Haziq lalu berjalan menuju ke tempat duduk penumpang. Di hempaskan pintu kereta Haziq dengan kasar.
“Herrmmm!….” Haziq menjegilkan matanya. ‘Woit minah, kau nak bagi jahanam kereta aku ke? Tercabut pintu kereta tu, aku suruh kau lekatkan balik.’

Farisya buat-buat tidak nampak riaksi Haziq. ‘Suka hati aku la…aku bagi tercabut sungguh kang, baru kau tau.’ Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Haziq terkial-kial memandu keretanya menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangannya lagi sedang menekup hidungnya. Farisya sesekali menjeling ke arah Haziq.
‘Tu la berlagak lagi dengan aku… nak sangat bawak kereta..rasakan…jangan kau bagi aku masuk hospital sekali sudah,’

Tiba-tiba ketika melalui satu selekoh, Haziq tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas ke tepi jalan. Berdecit bunyi tayar bergeser di jalan apabila Haziq menekan break secara mendadak. Nasibnya baik kerana keretanya langsung tidak melanggar apa-apa.

Semua terjadi dengan pantas sekali. Dia bersyukur kerana dirinya tidak cedera. Dia menoleh ke tempat duduk di sebelahnya. Melihat Farisya langsung tidak bergerak, Haziq menjadi panik. Kesan daripada break kecemasan yang dibuat telah menyebabkan kepala Farisya terhentak.

Haziq mengoncang tubuh Farisya. Masih tiada jawapan. Dahi Farisya terluka dan berdarah. Pipi Farisya ditampar lembut sambil memanggil namanya. Namun hampa. Farisya tidak sedarkan diri.

Dengan spontan, Haziq memandu keretanya menuju ke hospital yang berdekatan. Hatinya tidak keruan. Dia ingin segera sampai ke hospital. Sesekali dikerling Farisya yang masih tidak sedarkan diri.

******

Farisya membuka matanya. Cahaya terang membuat matanya sedikit silau. Dibuka perlahan-lahan kelopak matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Ingin di picit kepalanya yang berdenyut namun tangannya di halang. Dia merasakan dirinya sedang berada di tempat yang asing sekali. Bila di amati, barulah dia sedar yang dia kini berada di hospital.

“Isya rasa macam mana. Ok dah ke?” Farisya hanya membalas pertanyaan ibu mertuanya dengan senyuman. Dia cuba bangun tetapi di halang.
“Tak payah bangun Isya. Banyakkan rehat,” Farisya akur.

“Kalau Isya nak apa-apa, bagitau je dekat mama.” Tambah Datin Rosma lagi.
“Tak pe la mama. Isya tak apa-apa.” Terang Farisya. Dia mencari kelibat Haziq. Mungkin dia sedang berehat. Seingat dia, mereka berada di dalam kereta untuk ke klinik. Baru dia ingat yang kereta Haziq terbabas dan dia tidak sedarkan diri. Perkara yang ingin dielakkan terjadi juga.

‘Hantu punya laki, betul-betul dia bagi aku masuk hospital..nasib baik tak jadi apa-apa…kalau tidak dah lama aku cekik kau,’ marah Farisya dalam hati.

Pintu bilik di buka. Hasni dan Azman melangkah masuk. Dari jauh lagi Farisya sudah faham akan maksud senyuman kakak iparnya. Azman bersalam dengan Dato’ Razlan.
“Macam mana dengan adik akak ni. Dah sihat ?” Diletakkan bakul yang berisi buah-buahan di atas meja.
“Dah ok dah. Sikit je ni,” balas Farisya. Di sambut salam yang di hulurkan oleh Hasni.

“Macam-macam la korang ni. Malam pertama sepatutnya romantic, bukan macam ni. Ini tidak sorang patah hidung yang sorang lagi berjahit dahi. Memang padan la kamu berdua ni.” Farisya tersenyum mendengar celoteh kak iparnya yang sulong. Datin Rosma turut tersenyum.

Dia sendiri tidak tahu kenapa begitu banyak incident yang berlaku diantara dirinya dan Haziq. Di sebabkan kemalangan kecil itu, dia tidak di benarkan pulang dan terpaksa tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi. Dan selama dia tinggal di hospital, Haziq tidak pernah datang melawatnya. Adakah ini satu petanda untuknya. Adakah ini petanda bahawa kehancuran hidupnya sudah bermula.

“Jangan harap kau akan bahagia selagi kau hidup dengan aku. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal satu hari nanti!” Terngiang-ngiang suara Haziq di telinganya.
Farisya meraup wajahnya. Terlalu banyak yang di fikirkan. Fikirannya bercelaru.

Sudahkah dirinya bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Tabahkah dirinya untuk mengharungi segala dugaan yang melanda. Mampukah dirinya menhadapi segala kemungkian yang akan berlaku. Dia sendiri tidak pasti.


















Bab 7


Farisya banyak berehat di rumah atas arahan Datin Rosma. Minggu hadapan, mereka akan berangkat ke London untuk berbulan madu. Semua persediaan sudah di buat hanya menanti hari untuk berlepas sahaja. Farisya turun ke dapur untuk menghilangkan dahaga kerana seharian dia hanya duduk didalam bilik.

“Hai Isha. Nak ikut mama ke mall tak? Mana lah tahu kalau Isya boring dekat rumah,” Farisya tersentak mendengar teguran ibu mertuanya.
“Boleh juga. Mama tunggu sekejap, Isya nak tukar baju.” Farisya meminta izin.
“Ok. Tapi jangan lambat sangat tau. Pak Mat dah lama tunggu dalam kereta.” Pesan Datin Rosma. Farisya mengangguk lalu pantas naik semula ke biliknya.

Farisya hanya bersiap ala kadar. Cepat-cepat dia turun ke bawah kerana bukan kebiasaannya membuat orang menunggu. Datin Rosma tersenyum melihat kelibat Farisya di muka pintu sambil menyarungkan sandalnya.

“Lawanya anak mama,” Farisya tersengih.
“Tak de la mama. Biasa-biasa je.” Pak Karim segera memandu kereta yang di naiki mereka keluar dari banglo milik Dato’ Razlan.

Macam-macam yang di sembangkan oleh mereka. Sesekali, Pak Karim juga turut sama bersembang.

“Isya pernah ke oversea sebelum ni?” Farisya mengeleng.
“Tak pernah lagi mama. Belum ada rezeki,” Farisya menjawab lembut. Datin Rosma sedar akan soalannya sedikit menyentap perasaan Farisya.
“Tak pe. Nanti mama akan bawa Isya bila mama ikut papa pergi out station,”
“Tak payah la mama. Buat susah je. Lagipun siapa nak tengokkan Haziq?” Farisya menolak dengan lembut. Dia sudah berasa cukup bertuah apabila mertuanya sanggup membawanya ke kota London untuk hadiah berbulan madu.

“Haziq. Isya tak panggil abang ke pada Haziq?” Gulp! ‘Alamak..kantoi lagi…macam mana aku boleh terlepas cakap ni..mati lah aku..’ Farisya gelisah. Secara tidak sengaja menyebut nama Haziq.

“Er..tak la mama. Abang Haziq,” Farisya cuba membetulkan. Datin Rosma tersenyum kerana dia sedar yang Farisya ragu-ragu untuk memanggil Haziq dengan perkataan ‘abang’.

“Kita sebagai isteri kena hormat suami walau macam mana pun suami kita. Mama faham perasaan Isya dan mama yakin yang Isya mampu lembutkan hati Haziq untuk terima kehadiran Isya,” pujuk Datin Rosma.

Farisya tidak mampu untuk menjawabnya. Selama dia berada sebilik dengan Haziq, tidak pernah mereka tidur sekatil. Farisya lebih rela tidur di atas sofa kerana tidak mahu membuat Haziq tidak selesa dengan kehadirannya.


*********


Farisya hanya menuruti langkah kaki ibu mertuanya. Dia melihat Datin Rosma sedang membuat panggilan kepada seseorang. Dia tidak mahu mengambil tahu dengan siapa ibu mertuanya bercakap. Selesai membuat panggilan, Datin Rosma mengajak Farisya memasuki sebuah restoren ekslusif yang terdapat didalam shopping komplek tersebut.

“Isya nak minum apa?”
“Fresh orange dah la mama.”
“Makan?” soal Datin Rosma sambil menyelak helaian menu dihadapannya.
“Tak payah la mama. Isya tak lapar,” Farisya juga turut menbelek menu yang didalam pegangannya. Melihat harga makanan di restoren tersebut membuatkan seleranya mati.

Tidak lama kemudian, Haziq sampai menyertai mereka. Haziq duduk hadapan Farisya membuatkan dirinya kaku. ‘Laaa..macam mana mamat ni boleh ada dekat sini… kacau betul la…’

“Ha Ziq , order la. Nak makan apa?” Datin Rosma menegur Haziq.
“Emmm..mama order macam biasa la. Ziq malas la nak pilih-pilih.” Farisya hanya memerhati tingkah laku Haziq.

“Mama orderkan Isya sekali ye. Cuba rasa makanan dekat sini. Favourate Haziq tau,” Farisya terpaksa akur kerana Datin Rosma sudahpun membuat pesanan untuk tiga orang.

“Banyak kerja hari ni?”
“Boleh la tahan. Nasib baik mama call. Kalau tak, Ziq dah mati kutu dekat dalam pejabat papa.” Berkerut dahi Haziq.

“Kenapa pulak. Takkan tak selesai lagi masalah dengan pelanggan dari Jepun tu.” Haziq mengeluh.
“Belum. Sekarang ni, dia orang nak minta bayaran ganti rugi dari kita. Papa memang tak mahu bayar sebab bukan polisi kita untuk bayar ganti rugi kepada pelanggan. Dah memang bukan salah pihak kita tapi pihak Jepun tetap mahu bawa masalah ni ke court.” Panjang lebar Haziq menerangkan kepada mamanya.

Sesekali Farisya sempat menjeling wajah Haziq. Di kala itu mata mereka bertembung. ‘Apasal mamat ni tenung aku semacam je…macam la tak pernah tengok aku..’ gumam Farisya. Dia mengalihkan pandangannya kepada Datin Rosma.

“Isyaallah. Mama yakin semua ni akan selesai dengan cara baik. Kalau betul pihak kita tak bersalah, kita tak perlu takut untuk hadapinya.” Datin Rosma walaupun suri rumah, dia tetap mengikuti perkembangan syarikat suaminya.

“Dah ready nak pergi honeymoon?” Haziq mengangguk lemah.
“Hai…macam kena paksa je. Orang kalau pergi honeymoon seronok. Bukan macam kamu ni,” sambung Datin Rosma apabila melihat Haziq tersengih. Farisya hanya tunduk.

“Kenapa diam je ni Isya. Borak la dengan Haziq. Macam mana kamu berdua nak cepat mesra kalau yang satu macam tu, yang satu lagi macam ni. Kamu berdua kena bertolak ansur,” Datin Rosma sudah mula bersyarah.

Farisya hanya tersenyum kelat mendengar teguran ibu mertuanya. Namun senyumannya terhenti apabila terpandang wajah serius Haziq.

“Kan manis kalau kau senyum,” Farisya tersentak. ‘Apalagi la yang kau buat ni…jangan la nak bagi aku malu depan mama…’ rungut Farisya. Haziq sengaja membuat dirinya serba tidak kena di hadapan Datin Rosma.

“Ermm..mama, nanti boleh tak Isya nak singgah kedai buku. Isya ingat nak beli buku sikit la.” Farisya cuba menghilangkan getaran di hatinya.
“Kenapa ajak mama pulak. Ziq kan ada. Lagipun mama ada hal lain ni. Isya balik dengan Haziq je nanti.” Farisya ingin membantah tetapi di batalkan.

‘Makkkk…boleh percaya ke balik dengan dia..silap-silap dia suruh aku balik naik teksi..menyampah..’

“Apasal muka masam je. Ada masalah ke?” Farisya tersentak mendengar soalan Haziq. Walaupun mereka tinggal sebilik, namun untuk bercakap dengan Haziq masih terasa janggal.

“Tak ada apa-apa la. Saya ok je. Nanti temankan saya pergi beli buku ye,” Datin Rosma merasa lucu kerana Farisya seperti takut-takut untuk berbicara dengan Haziq.
“Kalau nak abang temankan, senyum sikit.” Bergetar jiwa raga Farisya.

‘Ya allah..apa kena dengan mamat ni..sejak bila dia bahasakan diri dia abang…nak berlakon pun jangan la over sangat cik abang ooii… aku yang susah sekarang ni.’

“Ha..kan manis macam tu. Cinta kalau kita tak cari atau pupuk, benda tu takkan datang. Dia takkan datang secara sendiri kalau tak kita yang kena ikhtiar. Bagi peluang pada diri masing-masing untuk terima antara satu sama lain. Jangan cuba nak menidakkan hak masing-masing. Faham apa yang mama cakap,” panjang lebar Datin Rosma menerangkan.

Mungkin mereka masih faham lagi tentang tanggung jawab sebagai orang yang sudah berumah tangga. Farisya dan Haziq saling brpandangan.

“Mama lepas ni nak ke mana?” Haziq cuba mengalihkan perhatian mamanya. Dia sudah rimas apabila sering dihujani syarahan tentang hubungannya dengan Farisya. Padanya, biarlah masa yang menetukan.

“Mama nak jumpa Datin Sofea. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Saja je. Ingat Kami balik lewat sikit kot.” Farisya menoleh.
“Ok..tapi jangan lewat sangat. Isya pun baru baik je. Dia kena banyak berehat,” pesan Datin Rosma. Farisya kehilangan kata-kata. Fikirannya masih lagi memikirkan agenda yang akan di lakukan oleh suaminya.


Mereka menikmati hidangan bersama-sama. Haziq lebih banyak bersembang dengan mamanya berbanding Farisya. Hanya sesekali sahaja Farisya turut tersenyum mendengar perbualan mereka. ‘Kenapa la lambat sangat masa ni berjalan..aku dah boring jadi patung macam ni… bukan dia nak borak dengan aku..aku ni jadi macam pak pacak je.. kesian betul.’ Farisya merintih dalam hati.

“Eh Isya, kenapa tak habiskan makanan tu. Tak sedap ke?” Mereka tertumpu kepada Farisya.
“Tak la mama..Sedap..sedap sangat..tapi Isya dah kenyang. Tak boleh nak masuk dah,” Farisya cuba berbohong. Dia sendiri tidak biasa dengan makanan seperti yang dihidangkan. Tekaknya tidak dapat menerima walaupun di paksa. Dia tersenyum pahit.

“Ye ke? Tapi mama tengok dari pagi Isya asyik terperap je dalam bilik. Macam tu pun boleh kenyang,” Farisya tersengih malu.
“Mana tak kenyang. Asyik mengadap buku je.” Haziq menyampuk kata-kata mamanya sambil menjamah sisa hidangan yang masih banyak berbaki di pinggan Farisya. Dia dapat merasakan ada yang tidak kena dengan isterinya.

“Buku tu memang la kena baca, tapi jangan la sampai tak makan. Nanti orang kata mama tak bagi anak menantu mama makan pulak.” Haziq masih lagi mengunyah makanan sambil memerhati wajah Farisya.

“Dia takkan makan kalau tak di suap ma,” Farisya terkejut tatkala melihat Haziq menyuakan makanan kepadanya. Mahu atau tidak, Farisya terpaksa menerima suapan dari Haziq. Hatinya geram melihat senyuman Haziq yang seakan menyindirnya.

Perlahan di kunyah daging yang sedikit liat dalam mulutnya. Sedaya upaya di sembunyikan wajahnya yang kurang senang dengan tindakan Haziq. ‘Aku benci kau…..aku benci kau Haziq…aku benci……!’ sumpah Farisya dalam hati.





Bab 8


Farisya begitu asyik membelek sebuah buku novel hasil seorang penulis muda. Dia tidak sedar gelagatnya sedang di perhatikan oleh Haziq. Haziq memang bukan jenis ulat buku sebab itu dia tidak langsung mahu melihat buku-buku yang di pamerkan.

“Woit..cepat la. Kau nak beli ke nak baca? Aku ada kerja lagi ni. Kau tak nampak ke papan tanda tu ‘DILARANG MEMBACA’” Haziq merapati Farisya. Dia tidak mahu ada sesiapa mendengar perbualan mereka.

“Suka hati sayalah. Kalau awak nak cepat, awak balik la dulu. Saya nak tengok-tengok lagi,” jawab Farisya tidak acuh. Haziq geram. Memang kalau di hadapan mamanya, Farisya tidak akan berkelakuan begini. Dia sendiri terpaksa berlakon di hadapan mamanya.

“Aku kan dah janji dengan mama. Kau sengaja nak bagi aku kena marah ke?” rungut Haziq. Farisya menoleh.
“Kalau macam tu, tunggu je la. Jangan nak bising-bising,” Haziq menjegilkan matanya namun tidak dilayan. Farisya sengaja ingin membalas dendam di atas perbuatan Haziq tadi. Kalau tidak kerana Datin Rosma, sudah lama dia berperang dengan Haziq.

“Kau ni, cepat la sikit.” Haziq masih lagi mengekori kemana langkah Farisya.
“Ye la... ye la . Lain kali jangan nak memandai-mandai berjanji depan mama.” Haziq tersenyum melihat langkah isterinya ke kaunter pembayaran.

‘Nasib baik kau ikut cakap aku..kau tunggu…kau sengaja nak mainkan aku kan…’ Haziq sudah merancang sesuatu untuk Farisya.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta. Masing-masing senyap. Tiba-tiba langkah Farisya terhenti. Dia merasa tidak selesa kerana perutnya sedikit memulas.

“Kenapa kau berhenti?” Haziq sedar ketiadaan Farisya di sisinya. Melihat wajah Farisya sedikit berkerut seperti sedang menahan sakit di hampirinya.

“Apasal ni?” soal Haziq lagi apabila pertanyaannya tadi tidak berjawab.
“Sakit perut la. Rasa macam nak muntah,” ‘Muntah? Sakit perut?...takkan mengandung kot.. ehhh..aku tak buat apa-apa pun dekat dia…’

“Kau nak malukan aku ke? Kau buat dengan siapa ni? Baik kau cakap!” Farisya menoleh kepada Haziq yang tiba-tiba bersuara tinggi.

‘Dah gila kot mamat ni… nak buat lawak bodoh pun jangan la dekat parking kereta ni pulak… dah la kau paksa aku makan daging yang macam tak masak….sekarang nak bising-bising pulak…’ rungut Farisya.

“Apa yang awak merepek ni. Saya buat apa?”
“Buat-buat tanya pulak. Kau mengandungkan?!” jerkah Haziq lagi. ‘Erkk! Mengandung… wakakakkakaa’ Farisya ketawa sambil menekan-nekan perutnya.

Haziq terpinga-pinga melihat Farisya ketawa. ‘Asal pulak minah ni…takkan aku jerkah sikit pun dah jadi tak betul… sawan ke apa ni…. Aku tak mahu jadi pak sanggup..’

“Yang kau gelak tu apasal? Kau ingat aku ni buat lawak ke?” Haziq menarik Farisya sedikit kasar. Ketawa Farisya terhenti kerana tangannya di cengkam kuat oleh Haziq.

“Lepas la..sakit tahu tak?” Farisya cuba merentap pegangan Haziq namun tidak berjaya.
“Baik kau cakap betul-betul dengan aku. Siapa bapak budak tu?” Haziq sudah hilang pertimbangan. Farisya langsung tidak mahu menjawab pertanyaannya malah mentertawakannya.

“Awak ni nama je belajar pandai tapi bodoh. Awak ingat saya ni perempuan jenis apa? Awak jangan ingat saya ni bodoh sampai tak tahu nak bezakan dosa pahala. Kalau nak cakap pun gunalah otak tu sikit. Jangan nak main sembur je,” Haziq terkedu mendengar amarah Farisya.

“Dah tu yang kau nak muntah-muntah tu, kenapa?” Haziq masih lagi tidak berpuas hati.
“Dah awak sumbat mulut saya dengan makanan yang tekak saya tak boleh terima tu apasal? Awak ingat saya ni macam awak. Perut awak tu lain la dah selalu sangat makan benda-benda macam tu. Daging pun macam tak masak je saya tengok. Eeeii..geli tahu tak,” Haziq melepaskan cengkamannya.

“Betul ni?” Farisya mengerutkan dahinya. Kenapa Haziq begitu mengambil kisah tentangnya. Belum pun sempat dia membalas, secara tidak sengaja terhembur segala isi perutnya di dada Haziq.

“Wooiiittt….baju aku!!!!!!”


***********

Tak habis-habis Haziq membebel kepada Farisya. Kalau tidak kerana Farisya muntah di dadanya, rancangannya mungkin gagal. Nasibnya baik kerana dia sentiasa membawa baju spare didalam kereta. Baju yang terkena muntahan Farisya segera di buang. Berkali-kali Farisya memohon maaf.

Memang lucu keadaan mereka. Farisya berpaling apabila Haziq membuka baju di hadapannya. Cepat-cepat di buang fikirannya yang bukan-bukan.

“Lain kali muntah la dulu. Baru jawab soalan aku,” sindir Haziq. Farisya hanya menjeling.

“Kan saya dah minta maaf. Dah awak tuduh saya yang bukan-bukan. Ingat saya nak duduk diam je ke?” balas Farisya.

“Dah..dah..jom masuk,” arah Haziq. Haziq membukakan pintu untuk Farisya. Dia tidak mahu pintu keretanya rosak di kerjakan Farisya.
“Nak pergi mana pulak ni?” Farisya enggan masuk.
“Masuk je la. Banyak cakap pulak,” Haziq mendorong tubuh Farisya ke dalam kereta lalu menutup pintu. Dia bergegas ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin keretanya.


Haziq memanjangkan tangannya untuk membuka dashboard. Farisya memberi sedikit ruang namun tubuh mereka tetap bersentuhan. Farisya gugup walaupun Haziq langsung tidak bersuara. Haziq mengambil sebotol minyak wangi lalu di semburkan ke bajunya. Bau wangian itu menusuk ke rongga hidung Farisya. Farisya menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bauan yang cukup kuat. Haziq sedar akan jelingan Farisya namun di biarkan saja.


Haziq memandu keretanya ke suatu tempat yang belum pernah Farisya kunjungi. Haziq menghentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo yang tersergam indah.

“Jom la turun. Takkan nak duduk diam je dalam kereta,” Haziq mematikan enjin kereta sambil tangannya sibuk mengambil sesuatu di tempat duduk belakang.

“Rumah siapa ni awak? Kita nak buat apa dekat sini?”
“Nanti awak akan tahu,” Haziq sengaja membuat firi Farisya tertanya-tanya.

‘Dia nak buat lawak lagi ke..rumah siapa pulak ni… agaknya rumah girlfriend dia kot…’ Farisya membuat andaian. Dia tunduk melihat penampilan dirinya.

“Apa tunggu lagi. Dah lewat dah ni,” Farisya masih membatukan diri. Haziq meralih ke arah Farisya.

‘Baru kau tahu… tadi mainkan aku sangatkan… rasakan.’ Gelak Haziq dalam hati.

“Apa awak nak buat dekat saya ni,” rayu Farisya.
“Buat apa pulak. Aku ada buat apa-apa dekat kau ke? Aku cuma suruh kau turunkan,” Haziq masih lagi ingin mendera perasaan Farisya.
“Tapi…” bicara Farisya terhenti. Haziq sudah pun membukakan pintu untuknya.
“Jom. Kau nak aku dukung kau ke dalam ?” Farisya geleng. Pantas dia melangkah keluar.

Haziq memeluk mesra pinggang Farisya rapat di sisinya sambil melangkah masuk ke rumah banglo itu. Hati Farisya berdegup kencang. Untuk pertama kalinya dia begitu hampir dengan Haziq. Mereka menjadi tumpuan kepada tetamu yang hadir ketika melangkah masuk.

Hampir-hampir dia melatah apabila Haziq mencuit pinggangnya.
“Senyum la sikit sayang. Nak takut apa?” arah Haziq. Farisya mengukir senyuman yang di rasakan sedikit kekok.

Haziq melepaskan rangkulannya sambil bersalam kepada seseorang.
“Aku ingat kau tak datang tadi. Masuk la, mama kau pun ada sama. Dia datang dengan Datin Sofea.” Zakuan menyambut hadiah yang di hulurkan Haziq.
“Mana boleh aku tak datang. Aku dah janjikan. Apapun aku ucapkan tahniah,” Farisya masih lagi bingung dengan majlis yang di hadirinya.
“Wife kau kerja ke?” Haziq menoleh ke arah Farisya.
“Tak la. Wife aku masih study dekat UPM. Last year.” Jawab Haziq.

“La…aku ingat dah kerja. Muda lagi la wife kau ni. Sorry la aku tak sempat nak tanya dulu,” Farisya hanya tersenyum.
“Muda la jugak. Masa dia keluar tengok dunia, aku dah masuk tadika,” seloroh Haziq. Mereka sama-sama ketawa.

“Eh..jemput la makan. Orang rumah aku ada dekat dalam. Kau tahu je la orang perempuan kalau bersiap.” Rungut Zakuan.
“Biasa la tu. Adat,” Haziq bersetuju dengan pendapat Zakuan manakala Farisya hanya mampu tersenyum.

“Ha tu pun dia. Tasha!” Zakuan memanggil isterinya ke arah mereka. Dengan lenggok seperti gaya seorang model memperagakan pakaian, Farisya melihat seseorang yang melangkah ke arah mereka.

Haziq meninggalkan Farisya berbual bersama Tasha. Di samping itu dia mahu membincangkan hal-hal pejabat. Peluang itu di gunakan sebaik-baiknya oleh Tasha.

















Bab 9


Farisya menahan segala kata-kata dari mulut Tasha. Kalau tidak memikirkan maruah suaminya, sudah lama dia melangkah pergi meninggalkan majlis itu. Hatinya menjadi panas. Walaupun dapat mempertahankan diri, sedikit sebanyak hatinya tercalar.

Farisya lega apabila mendengar Haziq meminta izin dari Zakuan untuk pulang. Dia tidak perlu lagi berpura-pura di hadapan semua. Selepas bersalaman, Haziq dan Farisya melangkah keluar dari perkarangan banglo mewah itu. Haziq sedikit hairan dengan kelakuan Farisya. Dia lebih banyak membisu selepas berbual dengan isteri Zakuan.


“Apa yang kau bualkan dengan Tasha?” Farisya menoleh. Pandangannya tajam seperti ingin di telan Haziq hidup-hidup.
“What do you expect?”
“Maksud kau?” Haziq tidak faham dengan soalan Farisya.
“Jangan jadi bodoh. Apa tujuan awak bawa saya ke sana?”
“Tujuan apa pulak ni? Zakuan tu kan kawan aku. Salah ke aku bawa kau sekali,” Haziq sedar akan senyuma Farisya yang sedikit sinis.

“Oh ye ke. Bukan untuk tunjukkan saya pada Tasha, best friend tunang kesayangan awak tu.” Haziq kehilangan kata-kata. Dia langsung tidak teringat yang Tasha adalah teman rapat pada Irma.
“Aku tak de niat pun nak buat kau macam tu. Aku tengok dia ok je layan kau. Kau pun banyak senyum masa berborak dengan dia. Macam tak de masalah je,”

“Yang kita nampak tak sama dengan apa yang kita dengar. Jangan ingat saya diam sebab saya kalah. Kesabaran manusia ada batasnya. Lepas ni awak tak payah nak susahkan diri nak bawa saya ke mana-mana majlis pun. Saya tak berminat,” tegas Farisya.

“Kenapa?” Haziq memperlahankan kelajuan keretanya. Dia ingin tahu apa yang tersirat di hati Farisya.
“Awak tak perlu tahu kenapa. Dan satu lagi, jangan nak samakan saya dengan mana-mana kawan perempuan awak yang lain. I’m Farisya Hani and that’s I am.”

Perbualan mereka mati di situ sehingga tiba di rumah. Tanpa menunggu, Farisya terus saja melangkah meninggalkan Haziq yang masih di dalam kereta. Farisya langsung saja ke bilik walaupun berselisih dengan kedua mertuanya.

Datin Rosma dan Dato’ Razlan sedikit hairan. Selama ini, Farisya tidak pernah berkelakuan demikian. Farisya tidak pernah mengendahkan mereka ketika bertembung.
Dato’ Razlan melirik ke arah Haziq yang baru saja melangkah masuk. Melihat renungan tajam papanya sudah dapat di fahami Haziq.

“Kenapa dengan Farisya?” Haziq duduk di sofa sambil meletakkan brifcasenya disisi.
“Tak tahu la. Tadi masa dekat rumah Zakuan, Ziq tengok ok je,” Haziq cuba berdalih. Sebenarnya dia tidak mahu papa dan mama dapat menghidu mengapa sikap Farisya berubah.

“Ada kamu bergaduh dengan dia?” Haziq hanya menggeleng.
“Kamu tak pujuk dia ke Ziq? Jangan buat dia macam tu Ziq, walau macam mana pun dia tetap isteri kamu. Ingat tu. Tanggungjawab kamu untuk ambil tahu,” leter Datin Rosma. Dia seperti dapat mengagak apa yang di rasai Farisya.

“Kalau dia yang tak nak cakap, Ziq nak buat apa. Takkan Ziq nak paksa dia,” Haziq mengeluh.
“Kamu dah cuba ke?”
“Dah masa dalam kereta tadi. Biar la. Nanti dia ok la tu. Dia pun bukan budak kecik lagi.” Haziq tidak mahu memberatkan kepalanya dengan masalah Farisya.

“Sebab dia bukan budak kecil la kita kena ambil tahu. Kalau budak kecil, mama sendiri pun tak kisah. Jangan dah jadi sesuatu nanti baru kamu nak menyesal.”
“Ziq tahu la mama. Nanti la Ziq tanya dia,” Haziq menjawab malas.


*********

Farisya mengurung dirinya di dalam bilik mandi. Di buka pili air dengan laju. Air matanya jatuh tidak tertahan. Tangisannya tenggelam bersama pancuran air yang mengalir deras memenuhi tab mandi.

“Oh..rupanya u la Farisya,” masih terngiang-ngiang suara Tasha di telinganya. Tasha melirik ke arah Farisya dari atas ke bawah. Farisya sedar akan tindakan Tasha.
“Hhmmm.. yup! It’s me,” Farisya tersenyum kelat. Tahu akan maksud dan tujuan Tasha meliriknya sedemikian.

“I ingatkan wife Ziq lebih bergaya dari Irma. Opss.. do you know Irma?” Tasha berbual manja.
“Actualy I tak kenal, Cuma pernah dengar nama dia je. I dengar dia model iklankan?” Farisya tidak mengaku kalah.

“Ha ah.Top model lagi tu,” jawab Tasha bangga.
“Betul la tu. I pun ada dengar yang dia dah kahwin dekat oversea kan?”
“I pun tak sangka yang dia akan tinggalkan Ziq sebab dia orang ni loving couple tau. Memang sesuai.” Farisya senyum lagi.

“Sesuai pun tak guna juga kalau tak setia, tak gitu cik Tasha.” Senyuman di wajah Tasha berubah. Dia tidak sangka yang Farisya bijak mematahkan serangannya. Masih berbekas di hatinya ketika melihat Haziq berjalan sambil memeluk pinggang Farisya.

“Tapi I yakin yang dia akan kembali kepada Ziq. They still loving each other,” Tasha sengaja membuat Farisya berasa cemburu.
“Oh realy. I tak tahu pulak yang tu. Kalau masih saling menyayangi, kenapa sanggup lari dengan lelaki lain? Atau api cinta sudah tak sehangat dulu?” Tasha terkejut dengan kata-kata Farisya. Farisya memang bukan orang yang sebarangan.

“What do u meant?” Tasha berpeluk tubuh.
“Cinta sudah beralih arah. Atau pun mungkin Irma dah jumpa orang yang lebih baik dari Haziq. Who know’s”

“Sebenarnya, orang macam u ni langsung tak sesuai kalau di gandingkan dengan Haziq. U tengok la cara u berpakaian. Macam orang kampong je. Haziq boleh dapat lagi bagus dari u,” hati Farisya bergetar. Cuba di tahan api kemarahannya.

“Sesuai atau tak, Haziq dah jadi suami I pun . I ni bukan apa, malas nak tayang body I kat orang. Buat apa I nak tambah dosa suami I. Kesian dekat husband u kan. Dapat wife macam u yang suka pakai baju yang tak cukup kain ni,” sindir Farisya. Puas hatinya melihat wajah Tasha bertukar merah menahan marah.

“You jangan nak berlagak dengan I. Haziq terima u pun sebab Irma yang tinggalkan dia. Lagipun I tahu parent dia yang paksa u kahwin dengan dia. I yakin yang u takkan bahagia dengan Haziq sebab Haziq masih cintakan Irma,” Tasha cuba mengawal emosinya.

“Maybe? Kalau betul Irma sayangkan my hubby, dia takkan tinggalkan Haziq. I tak rampas dia dari sesiapa, Irma yang tinggalkan dia. Lagipun u tak patut tanya I, u patut tanya Haziq atau pun parent dia sendiri,” Farisya membalas setiap patah perkataan Tasha. Tak mungkin dia akan berdiam diri.

“I tahu yang u terima Haziq sebab harta diakan? Jangan ingat I tak tahu asal usul u. Orang miskin macam u ni la yang selalu gunakan anak-anak orang kaya macam kami untuk di jadikan mangsa. U gunakan papa Haziq untuk jodohkan u dengan dia. Lepas tu, boleh la u bolot semua harta dia,” Tasha tidak berpuas hati.

‘What! It’s to much beb…to much…’

“You wrong cik Tasha. I sikit pun tak hairan dengan harta dia. Lagipun bukan dia yang kaya, papa dia yang kaya. Kalau setakat harta, I boleh dapat lebih dari tu. Jangan jadi bodoh cik Tasha. I tak akan kahwin dengan orang tu semata-mata kerana harta, lain la kalau orang yang macam u,” Tasha merasa tercabar. Riak wajah Farisya langsung tidak berubah. Dia masih tenang sambil tersenyum.

“U tengok la nanti. Ziq masih hak Irma.” Tasha tidak mahu mengaku kalah.
“Hak?!... hak apa yang dia ada? Isteri? Tunang? Girl friend? Hak apa yang dia ada. For your information, I ada hak yang lebih kuat dari dia,” Farisya berbisik kepada Tasha sambil tersenyum.

“Hak I sebagai isterinya yang sah. U fahamkan,” Tasha terkedu. Dia kehilangan kata-kata.
“U?!” Tasha meninggalkan Farisya dengan wajah mencuka.


Pengorbanan yang di lakukan terlalu perit untuk dilalui. Air mata tidak berhenti mengalir. Sendu yang berlagu dibiar berlalu. Dia tekad, biar guruh berdentum memecah bumi sekali pun. Dia tetap takkan tunduk mengalah. Andai itu takdir untuk dirinya.







Bab 10


Farisya menyingkap daun tingkap di sebalik langsir tebal. Tatkala daun tingkap terbuka, hembusan angin yang dingin menerobos masuk melalui runag yang terbuka. Farisya merasa sejuk dengan hembusan angin namun di tahan. Pertama kali menjejakkan kaki ke kota London membuatkan hatinya begitu teruja. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjejakkan kaki ke kota London.

Selalunya dia hanya mendapat informasi di internet mahupun bahan bacaan. Sungguh berbeza jika dibandingkan apabila dapat merasaainya sendiri. Di mengerling ke arah katil di mana Haziq masih lagi berbungkus dengan kain selimutnya. Mungkin Haziq sudah biasa dengan tempat seperti ini, tidak seperti dirinya.

Farisya menyingkap kain langsir yang tebal lebih luas. Cahaya matahari memenuhi ruang yang tadi sedikit malap. Tiba-tiba intercom kamarnya berbunyi.

“Hellon Isya, dah bangun?” terdengar suara Datin Rosma di hujung talian.
“Dah mama. Dari tadi lagi,” Farisya berbahasa.

“Farisya siap cepat, nanti kita pergi sarapan sama-sama. Haziq mana?” Farisya menoleh ke arah Haziq.
“Masih tidur lagi ma. Nak kejutkan ke?” kalau ikutkan hati dia langsung tidak mahu bergitu hampir dengan Haziq.

Sama ada di rumah mahupun di bilik hotel, mereka masih lagi tidur berasingan. Cuma bezanya, Farisya terpaksa tidur di bawah memandangkan pihak hotel tidak menyediakan sofa di biliknya.

Atas arahan ibu mertuanya, Farisya terpaksa mengejutkan Haziq. Di tarik selimut tebal yang menyelubungi tubuh Haziq lalu di jatuhkan ke lantai.

“Sejuk la. Bagi la balik comforter tu,” rengek Haziq yang masih terpejam rapat. Tubuhnya mengerikut menahan sejuk.
“Cepat mandi, mama ajak breakfast,” arah Farisya pendek tanpa menoleh. Dia menuju ke almari solek untuk bersiap.

“Cakap dengan mama aku malas nak pergi. Bagi balik comforter tu,” Farisya mencebik.
‘Tak habis-habis nak buat perangai.. melampau betul…’

“Awak cakap sendiri dengan mama,” Haziq membuka kelopak matanya perlahan. Farisya begitu tegas dengannya sejak pulang dari majlis di rumah Zakuan.

“Susah sangat ke nak cakap dengan mama. Bukan aku suruh kau pergi sorang pun,” dia duduk sambil menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

“Bukan susah tapi malas. Kalau nak cakap sendiri,” bantah Farisya langsung tidak menhiraukan jelingan tajam Haziq. ‘Kau ingat aku nak layan kau macam dulu…sorry… keadaan sudah berubah…’

Haziq bangun lalu mengambil tuala di bangku solek yang di duduki Farisya.
“Ni tuala saya. Awak ambil la yang dekat dalam,” Farisya cuba menahan tangan Haziq dari terus menarik tuala di belakangnya.

“Suka hati aku la nak guna yang mana,” Farisya merasa geram kerana Haziq berjaya mendapatkan tuala yang sudah di gunakannya.


Farisya duduk di birai katil sambil menanti Haziq bersiap. Ketika Haziq keluar dari kamar mandi, Farisya sedang leka menonton rancangan kartun di kaca tv. Haziq mengambil baju yang telah di sediakan Farisya.

Jaket denim di sarungkan ke tubuhnya bagi mengurangkan kesejukkan. Di labuhkan punggungnya di sebelah Farisya. Farisya berasa tidak selesa lalu cuba bangun.

“Duduk, aku tak suruh kau bangun pun.” Farisya terduduk kembali apabila Haziq menariknya.
“Suka hati saya lah,” Farisya cuba bangun kembali. Haziq menarik tangan Farisya kembali. Farisya tersentak kerana hampir sahaja tubuhnya jatuh di atas Haziq.

“Hei..lepas la,” Farisya menjerit kecil. Haziq tidak memperdulikan amarah Farisya. Dia tetap dengan wajahnya yang bersahaja.
‘Tahu kau takut… aku nak tengok sampai bila kau nak jauhkan diri dari aku’

“Cepat la. Mama dah lama tunggu,” Farisya berusaha melepaskan diri dari cengkaman Haziq.
“Yang kau takut sangat kenapa?Biar la mama tunggu. Aku pun boleh bawa kau turun breakfast,”
“Cepat la. Saya dah janji dengan mama,” rayu Farisya.

Haziq melepaskan tangan Farisya apabila melihat wajah mulus itu berubah mendung. Farisya lantas bangun selepas tangannya di lepaskan. Haziq memerhati langkah Farisya keluar dari bilik.

***********

Farisya berasa teruja melihat keindahan kota London. Haziq sentiasa berada di sisinya. Sesekali dia cuba melarikan diri dari terus di dekati Haziq. Seharian berjalan di kota London membuatkan diri Farisya begitu letih sekali. Selesai menunaikan solat, dia cuba merebahkan tubuhnya di atas katil.

“Cepat siap,” Farisya tidak jadi untuk melelapkan matanya apabila terdengar suara Haziq baru memasuki bilik mereka.

“Kita nak ke mana?” soal Farisya.
“Siap je la. Mama ajak kita dinner. Mama dengan papa dah tunggu dekat sana. Lagi satu, mama suruh kau pakai baju ni,” Haziq mencampakkan sebuah bungkusan yang di balut kemas di atas katil lalu berlalu ke bilik mandi meninggalkan Farisya termanggu sendirian.

Farisya mengambil bungkusan tadi. Di buka perlahan bungkusan tesebut. Farisya terlopong melihat sepasang drees berwarna hitam yang begitu cantik berserta sepasang kasut tumit tinggi berjenama di tangannya.

‘Nak aku pakai baju ni… biar betul… seksi sangat la…kasut tumit tinggi lagi… nak bagi patah kaki aku ke….macam mana ni…’ Farisya mengaru kepalanya.

Haziq terkejut melihat Farisya masih lagi duduk di atas katil bersama baju di tangannya. Dia sudah dapat mengagak kenapa Farisya masih lagi memegang pakaian tersebut.

“Kenapa tak siap lagi? Mama dengan papa dah lama tunggu. Cepat la siap,” arah Haziq.
“Kalau saya pakai baju lain tak boleh ke? Saya tak muat la pakai baju ni,” Farisya cuba berdalih. Haziq sibuk menyiapkan dirinya. Dia kelihatan begitu segak ketika mengenakan sepasang tuxedo.

“Takkan kot. Mama kata ni memang saiz kau,” Farisya buntu.
“Er… kalau saya pakai jeans dengan blouse tak boleh ke? Kita nak pergi dinner je kan.”
“Ingat nak dinner dekat kedai mamak ke cik adik oii. Cepat la siap. Nanti mama bising la,” dengan wajah terpaksa, Farisya melangkah masuk ke bilik mandi untuk menyalin pakaian.


Farisya masih lagi membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Haziq telah pun berpesan kepadanya untuk menunggu di bawah. Farisya bersolek ala kadar sambil mengenakan sepasang rantai leher pemberian ibunya. Untuk mengelakkan dari terlalu terdedah, Farisya mengenakan sepasang selendang halus berwarna hitam sedondon dengan drees labuh yang di pakainya. Cukup sempurna. Apabila yakin dengan penampilannya, Farisya melangkah turun dengan langkah berhati-hati.


Haziq menanti kehadiran Farisya dengan sabar. Sengaja dia menggunakan nama mamanya untuk mengumpan Farisya keluar dinner bersamanya. Haziq mengambil sebuah majalah bagi menghilangkan boring.

Haziq mendongak ketika merasa ada seseorang berdiri di hadapannya. Matanya terhenti melihat kejelitaan wajah yang begitu anggun sekali. Hatinya berdegup kencang. Adakah ini Farisya Hani yang di nikahinya sebulan yang lalu.

“Cepat la. Kata mama dah tunggu lama,” Haziq tesentak mendengar suara Farisya sedikit keras. Mungkin tidak biasa dengan pakaian yang di pakai. Akan tetapi, dia memuji cara Farisya cuba menyembunyikan tubuhnya yang terdedah.

“Hah..mama?… Opss..lupa pulak. Jom la,” dia segera bangkit sambil menggengam tangan Farisya. ‘Nasib tak bocor rahsia… kalau tidak…mahunya dia mengamuk …’ Haziq berasa bangga apabila beberapa pasang mata melirik ke arahnya.



Ketika tiba di restoran, Haziq menyatakan sesuatu kepada pelayan. Farisya tidak mengendahkan apa yang di lakukan Haziq. Hatinya masih tertanya-tanya di mana kelibat kedua orang mertuanya.

“Mana mama dengan papa? Tadi awak kata mama dengan papa tunggu dekat sini,” Haziq masih tidak puas menatap wajah Farisya. Keayuan Farisya sungguh luar biasa sekali.

“Mama dengan papa tak jadi ikut sebab papa tak berapa sihat. Mama suruh kita pergi berdua saja,” Farisya mengerutkan dahinya.
‘Biar betul mamat ni…macam ada yang tak kena je ni…ni merti mama dah berkomplot dengan dia….’

“Kalau macam tu, kita dinner dekat bilik je la. Saya tak selesa la makan dekat sini. Rasa macam ada orang tengok je masa kita makan,” Haziq tersenyum mendengar luahan Farisya.

“Takkan nak balik. Kita baru je sampai. Kalau iye pun, makan la dulu.” Haziq cuba memujuk.

“Makan? Awak nak saya muntah macam dulu ke? Saya tak boleh masuk la makanan macam ni. Semua macam daging tak masak je,” rungut Farisya.

“Tak pe. Nanti saya orderkan awak yang lain. Sure awak suka punya,” Farisya menjeling.
“Mana awak tahu saya suka? Awak nak orderkan saya nasi ke?” Haziq ketawa.
“Restoran ni mana ada nasi. Kalau tak makan nasi tak boleh ke? Jangan la kolot sangat,” sindir Haziq.

“Memang saya kolot pun. Nak buat macam mana,” keluh Farisya.
“Dah la. Jangan la nak buat muka sedih pulak kat sini. Kalau macam tadi kan manis,” pujuk Haziq.
“Benci la cakap dengan awak,” Haziq senyum melihat rajuk Farisya.


Selesai makan, Haziq membawa Farisya berjalan-jalan untuk melihat suasana kota London pada waktu malam. Mereka berjalan menyusuri sebuah taman.



***********


“Mana kita nak pergi ni. Kaki saya dah sakit la pakai kasut ni,” Farisya berdengkot-dengkot menahan kepedihan. Kakinya sudah mula melecet kerana kasut yang di pakainya terlalu ketat.

“Jalan-jalan. Boring jugak kalau duduk dalam bilik je,” Farisya duduk di atas sebuah bangku di taman itu. Dia membuka kasut yang di pakainya.

“Kenapa ni?” Haziq duduk di sebelah Farisya. Melihat Farisya mengurut-ngurut pergelangan kaki.

“Kulit kaki saya dah melecet la. Jom la kita balik. Saya dah tak larat nak berjalan ni,” Haziq melihat kulit kaki Farisya yang melecet. Ternampak kulit yang melecet itu kemerah-merahan.

“Sakit sangat ke? Hotel jauh lagi ni. Kau boleh jalan tak?” Farisya mengangguk.
“Kau tunggu sini kejap. Aku cari teksi,” Haziq bangun.
“Takkan nak tinggalkan saya kat sini sorang-sorang,”
“Sekejap je.”
“Tak payah. Kita jalan kaki je. Saya masih boleh tahan,” Farisya sudah pun mendahului Haziq. Farisya berjalan tanpa memakai kasut dan hanya berkaki ayam.

Haziq mengekori langkah Farisya. Mereka kembali menikmati suasana yang romantic bertemankan bintang-bintang yang bersinar. Separuh dari perjalanan mereka, hujan mulai rintik secara riba-tiba. Mereka berlari anak mencari tempat berteduh. Farisya mengigil menahan kesejukan. Haziq bersimpati lalu menyarungkan baju kot ke tubuh Farisya. Mata mereka bertentangan. Satu perasaan yang cukup aneh buat mereka berdua.

Lalu…..
Bab 11


Farisya sudah siap berkemas untuk pulang semula ke kampus. Dia tidak mahu menangguhkan lagi. Sudah puas Datin Rosma memujuknya tetapi dia menolak dengan lembut. Masih terlalu banyak kerja yang tertangguh. Dia tidak mahu terus ketinggalan.

Di letakkan bag pakaiannya ke dalam bonet kereta Haziq. Sudah puas dia memujuk untuk pulang ke kampus sendiri, namun tidak dibenarkan. Sudahnya terpaksa la dia menurut.

“Study elok-elok. Jaga diri baik-baik tau. Lagi satu mama nak pesan. Isya dah jadi isteri Haziq kena tahu batas-batas seorang isteri,” pesan Datin Rosma. Di elus lembut kepala Farisya ketika bersalam dengannya.
“Baik ma. Isya ingat pesan mama,” dicium tangan kedua-dua mertuanya. Begitu juga dengan kakak-kakak iparnya yang lain.Walaupun berasal dari kampung, dia tidak pernah disisihkan. Apatah lagi membeza-bezakan.

“Ingat pesan papa dan mama. Selalu-selalu la call kalau ada masa. Insyaallah nanti papa bawa mama lawat Isya.” Farisya sedih dengan kata-kata bapa mertuanya.
“Tak payah la papa, buat susah papa je.”
“Susah apanya? Bukan jauh sangat pun. Kalau nak balik tiap-tiap minggu pun boleh.Biar papa suruh Haziq ambil.” Farisya menoleh ke arah Haziq.

“Kenapa? Risau nak tinggalkan Haziq. Sabar la sikit,” Farisya tersipu malu. Bukan itu maksudnya.
“Eh ..tak la mama. Tak risau pun. Mama kan ada,” Datin Rosma dan Dato’ Razlan senyum.

Dia melangkah menuju ke kereta suaminya. Haziq sudah lama menunggu di dalam kereta. Di lambaikan tangan sehingga bayangan kedua orang tua Haziq tidak lagi kelihatan.
Di sepanjang perjalanan, Haziq dan Farisya lebih rela menyepikan diri. Sejak peristiwa yang tak di sangka di kota London, mereka seakan kehilangan kata-kata.

Kereta Haziq memasuki kawasan universiti. Farisya senyap.Sengaja dia membatukan diri. Sudah dua kali kereta Haziq melalui kawasan yang sama. Dia sudah tidak larat untuk memandu lagi lalu di berhentikan keretanya di hadapan kafe.

“Kenapa berhenti dekat sini?” Farisya menoleh ke kiri dan kanan. Dia tidak mahu ada sesiapa ternampak ketika dia bersama Haziq.
“Kau tak cakap pun nak turun dekat mana. Dah dua kali aku tawaf,”
‘Erkk…ye ke…tak perasaan pun… ke mamat ni sengaja nak tipu aku..’

“Tak cakap ke?”
“Mana ada kau cakap. Dari tadi asyik senyap je. Ingatkan dah bisu,” Farisya menoleh.
‘Amboi…sedapnya mulut kalau bercakap… cili karang baru tahu…’ marah Farisya.

“Cakap tu main sedap mulut je. Nak sangat ke saya ni bisu,” marahnya. Entah kenapa dirinya merasa begitu marah.
“Dah senyap je. Lain kali ringan-ringankan mulut tu sikit. Faham!” Farisya mendengus.
Farisya membuka pintu kereta.
“Nak ke mana pulak tu?” soal Haziq.
“Nak turun la. Dah tu nak duduk dalam kereta dengan awak sampai malam,” Farisya terus keluar dan menutup pintu kereta Haziq dengan kuat.

Haziq tidak sempat menahan. Pintu keretanya sudah pun tertutup.
‘Minah ni memang sengaja nak cari pasal kot… kalau naik kereta dengan papa… boleh pulak dia tutup slow-slow…’ marah Haziq. Hatinya panas.

Dia sudah berada di belakang kereta Haziq. Namun Haziq tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar ataupun mahu membuka pintu bonet keretanya. Sengaja dia membuat Farisya tertunggu-tunggu di tengah panas.

Ketika itu kelihatan seorang lelaki datang menghampiri Farisya. Haziq memerhati dari cermin sisi. Wajah Farisya berubah ketika bersua muka dengan lelaki itu. Dia dapat melihat Farisya berkata sesuatu kepada lelaki itu bersama wajah yang kelat.

‘Siapa pula tu… boyfriend dia ke… boleh tahan juga…’ Haziq berkata sendirian. Merasa dirinya tercabar. Dia melangkah keluar. Farisya semakin serba salah dengan kehadiran dua jejaka dalam hidupnya.

“Kenapa ni?” Haziq berdiri di sisi Farisya.
“Err.. tak de apa-apa. Cuma bincang pasal tugasan,” Farisya cuba berbohong. Aswad merenung Farisya. Haziq berasa tercabar apabila Aswad terusan merenung isterinya.

“Kenapa kau tengok dia macam tu?” Farisya gugup. Dia takut seandainya berlaku sesuatu antara mereka berdua. Nada suara Haziq berubah.
Aswad menoleh ke arah Haziq. Mereka bertentangan mata.
“Siapa dia ni Han? Awak tak de abang kan?” Farisya terkedu.
‘Nak buat macam mana ni…maunya kalau dia orang ni bertumbuk dekat sini..malu aku…’ Farisya mencari ikhtiar.

Hati Haziq membara mendengar lelaki di hadapannya itu memangil lembut nama isterinya dengan panggilan manja. Mana mungkin dirinya mampu berdiam diri.
“Er…sebenarnya …aaaa…dia abang sepupu Han,” terketar-ketar Farisya menjawab. Haziq membulatkan matanya kepada Farisya. Farisya terkedu menerima jelingan dari mereka berdua serentak. Dirinya merasa kerdil direnung begitu.

“Ya..aku abang sepupu dia merangkap suami,” Aswad seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Farisya tunduk. Tidak mampu untuk dia berhadapan dengan situsi itu.

“Apa maksud kau?” Aswad mahukan kepastian. Agar terjawab segala persoalan yang sering menghantuinya.
“Dia sekarang dah jadi milik aku. Dia dah kahwin dengan aku sebulan yang lalu. Aku tak peduli apa hubungan kau dengan dia. Yang aku tahu aku tak mahu kau berhubung lagi dengan dia. Faham!” tegas suara Haziq memberi amaran. Aswad terkedu. Suara Haziq bagaikan halilintar membunuh ketenangan jiwanya.

“Han? Betul ke Han? Jangan buat As macam ni Han,” rayu Aswad. Dia cuba menyentuh tangan Farisya tetapi di halang oleh Haziq.
“Kau tak paham bahasa melayu ke? Kau tak dengar apa aku cakap tadi,” jerkah Haziq. Hatinya panas apabila Aswad tidak menghiraukan kata-katanya.
“Please Han..As nak dengar dari mulut Han sendiri,” rayu Aswad. Farisya tidak dapat menahan air matanya.

“Maafkan Han. Memang dia suami Han. Kami dah menikah sebulan yang lalu. Lepas ni As tak perlu cari Han lagi,” Aswad terkedu. Lidahnya kelu mendengar jawapan yang di berikan Farisya. Perasaan hancur lebur mendengar khabaran tentang perkahwinan kekasih hatinya. Kesetiannya selama ini dibalas dengan pengkhianatan.

Haziq pantas menarik tangan Farisya masuk semula ke dalam kereta. Aswad tidak mampu berbuat apa-apa. Kekuatannya runtuh. Tiada apa lagi yang tinggal. Dirinya hanya mampu mendoakan kebahagiaan akan menjadi milik Farisya. Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti bersama hati yang panas membara. Farisya tidak mampu untuk menahan air matanya dari terus mengalir. Sudah cuba di tahan namun sia-sia. Segala yang di rancangkan tidak berhasil.

“Siapa dia?” Soal Haziq. Senyap.
“Jawab bila aku tanya,” jerkahan Haziq sedikit pun tidak di hiraukan.
“Kau pekak ke hah?” suara Haziq semakin meninggi. Farisya menoleh. Air mata masih lagi mengalir di pipi.
‘Kalau bukan kerana kebodohan tunang kau ..aku tak perlu berdepan dengan semua ni…’

“Buat apa awak nak tahu? Kalau tak kerana awak, saya tak akan lalui semua ni , faham!” jerit Farisya.
“Kenapa kau nak salahkan aku pulak?”
“Memang salah awak. Salah awak sebab tunang awak lari tinggalkan awak,” Haziq merasa tersindir. Farisya meletakkan dirinya sebagai punca.
“Hei..kau jangan cuba nak kaitkan Irma dalam hal ni,” Haziq menghentikan keretanya di bahu jalan. Entah kenapa dirinya merasa panas.

“Kenapa pulak saya tak boleh kaitkan dia. Ini semua salah dia. Salah dia,” jerit Farisya.
“Cukup Isya. Cukup,” herdik Haziq. Hatinya masih terikat dengan kasih sayang Irma. Walaupun dirinya merasa cukup bahagia ketika mereka berbulan madu, namun tidak mampu menandingi kenangan yang masih utuh dalam dirinya.

“Apa yang cukup. Kenapa masih nak bela dia? Kenapa awak tak ikut sekali lari dengan dia. Kenapa nak susahkan hidup saya,” Farisya berlari keluar. Haziq pantas mengejar larian Farisya.

“Kau nak kemana?” tubuh Farisya di cengkam.
“Lepaskan…lepaskan.” Farisya meronta-ronta. Farisya seperti sudah hilang pertimbangan.
“Hei..kenapa dengan kau ni,” Haziq menggoncang tubuh Farisya. Hatinya tidak mampu menghadapi dugaan yang datang menguji tanpa henti.
“Saya benci awak…saya benci awak……” Haziq tidak dapat mengawal rontaan Farisya.

Pang….
Satu tamparan melekat di wajah Farisya. Tubuh Farisya yang lesu terduduk di atas jalan.
Sendunya saja yang masih belum berhenti. Haziq sudah tidak ada jalan lain untuk menenangkan Farisya. Dengan perasaan bersalah, bola matanya sayu merenung kulit pipi yang kemerahan. Semakin tersentuh apabila terlihat darah di bibir. Langsung tak terniat di hatinya untuk mengasari wanita itu.
“Maafkan aku,” Haziq tunduk lalu menarik tubuh itu rapat ke dadanya. Membiarkan Farisya melepaskan tangis dalam dakapannya. Tubuhnya turut terhenjut-henjut mengikut rentak tangisan Farisya.

Hatinya masih tidak dapat menerima api cinta yang menjengah. Segala perasaan yang datang dibuang sejauh mungkin. Pintu hatinya terpaksa ditutup untuk menerima Farisya. Sedangkan wanita itu turut merasa terseksa disebabkan perhubungan ini.



********

Farisya duduk dibirai katil. Masih terasa kehangatan dari tamparan Haziq. Dia mengeluh panjang.
“Aku tengokkan sejak kau cuti ni, asyik termenung je. Apalagi masalah kau ni?” Anisa duduk di sisi Farisya.
“Aku sendiri pun tak tahu. Susah aku nak cakap. Kalau aku cerita , belum tentu kau nak percaya,” Farisya mengeluh lagi.
“Nampak macam berat je masalah kau ni. Cuba la cerita, mungkin aku boleh tolong.” Farisya tersenyum. Mampukah temannya itu membantu? Soalan itu dibiarkan berlalu.
“Tak ada siapa yang mampu tolong aku,” Anisa hairan.
“Apasal kau cakap macam tu? Aku tak faham,”

“Kau masih ingat lagi lelaki yang hantar aku balik hari tu,” Anisa menganguk. Mana mungkin dirinya dapat melupakan. Wajah Haziq terlalu kacak untuk dilupakan.
“Kenapa?”
“Kau percaya tak kalau aku cakap yang dia tu sebenarnya suami aku,” Anisa ternganga. Farisya tersenyum tawar. Dirinya sudah menjangkakan riaksi dari temannya. Anisa tidak menyangka yang dirinya memuja suami teman baiknya. Cepat-cepat semua itu dipadamkan dalam kotak fikirannya.

“Kau biar betul Isya.Tak percaya lah aku,” Anisah masih menganggap yang Farisya bergurau. Tetapi apabila Farisya menghulurkan sekeping gambar barulah dirinya percaya.
“Siapa nama suami kau ni? Macam mana boleh jadi sampai macam ni? Kau dengan Aswad macam mama pulak,” Farisya tunduk. Mendengar nama Aswad membuat dirinya berasa lemah. Andai dulu nama itu yang menjadi kekuatannya. Kini, tidak lagi.

“Nama dia Haziq Denial. Panjang ceritanya Nisa. Aku pun tak pernah sangka benda ni akan jadi pada aku.”
“Aswad dah tahu?” Farisya mengangguk lemah.
“Apa dia kata?” Anisa menyoal lagi. Hatinya menjerit ingin tahu.

“Sebenarnya dia dengar dari mulut suami aku sendiri. Lepas tu dia minta kepastian dari aku. Aku dah hancurkan harapan dia. Aku sendiri tak sanggup nak hadapinya,” Farisya tunduk. Menyembunyikan kolam matanya yang digenangi air mata.

“Sabar la Isya. Mungkin ada hikmahnya benda ni berlaku pada kau. Kalau kau nak tahu, ada orang yang lebih teruk dari kau Isya,” Anisa cuba menyabarkan temannya. Simpati menggunung di hati.
“Entah la. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Nak lawan pun suami aku. Nak bantah karang berdosa besar pula. Aku memang tak sehaluan dengan dia Nisa. Kami ni ibarat macam langit dengan bumi.”

“Ish kau ni. Macam mana pun kau cakap, dia dah jadi suami kau pun. Itu yang kau kena jaga. Jangan sampai orang cakap kau ni isteri derhaka pula.” Farisya masih memikirkan kata-kata Anisa. Memang benar akan kata-katanya.
“Bila aku nak dapat anak buah?” Anisa cuba berseloroh. Tidak mahu temannya terus bersedih mengenang nasib diri.
“Banyak la anak buah kau. Tak de maknanya,” mereka sama-sama tertawa. Sekurang-kurangnya Farisya dapat melupakan sedikit kedukaan di hatinya.



Bab 12

Haziq masih merenung kosong. Mejanya sedikit berselerak. Terlalu banyak yang di fikirkan sehingga tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada kerjaya. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku namun masih tetap segar di kotak fikirannya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sekarang.

‘Takkan aku dah suka dekat dia..ish… takan kot… tapi apasal masa dia cakap dengan budak lelaki tu je aku dah mula nak marah… aku jelous ke?... parah ni… parah…’

“Kenapa ni Ziq? Aku tengok kau lain macam je ni. Apa lagi yang tak kena. Macam kucing hilang anak dah aku tengok,” Zakuan duduk di hadapan Haziq. Entah bila sahabat baiknya masuk ke bilik, dia sendiri tidak menyedarinya. Fikirannya berat. Sarat dengan bermacam persoalan.

“Entah la. Aku pun dah bingung,” Haziq menyandarkan tubuhnya.
“Apa yang kau fikir sekarang ni. Kau dah dapat cari Irma?” Haziq terlupa hal itu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku antara dirinya dan Farisya. Sedikit sebanyak semua itu memberi kesan pada dirinya.

“Belum lagi. Buat masa ni aku tak mahu fikir pasal Irma,” wajah Zakuan berubah. Mengapa Haziq menangguhkan perkara itu. Sedangkan sebelum ini, bersungguh-sungguh benar hasrat hatinya untuk merebut cinta Irma kembali. Sampai sanggup untuk menjejaki wanita itu di luar Negara. Kini lain pula jadinya.

“Apa maksud kau? Kau nak lepaskan Irma macam tu je. Bukan ke dulu kau yang bersumpah depan aku yang kau akan dapatkan Irma walau dengan cara apa sekalipun. Kenapa? Kau dah give up,” Haziq tunduk. Putus asa? Bukankah perkataan itu langsung tiada dalam kamus hidupnya.

Macam mana pula dengan janji-janjinya. Yang kononnya akan menidakkan sebarang hak Farisya sebagai isterinya. Dan menghalang terus dirinya untuk mempunyai perasaan pada wanita itu walaupun sebesar kuman.

“Aku tahu Zack. Aku pun tak faham dengan perasaan aku sendiri. Dah macam-macam benda terjadi antara aku dengan bini aku. Lagipun aku tak boleh nak tinggalkan dia macam tu je..sebab papa aku dah letak nama dia separuh dari syer aku.” Zakuan tersenyum. Memang sudah dirinya menjangkakannya dari awal lagi. Bukannya Zakuan tidak pernah menasihatkan Haziq, hampir juga mereka tidak bertegur sapa. Haziq terlalu degil untuk menerima pendapat orang lain. Terlalu keras hati.

“Kau tak boleh tinggalkan dia sebab syer ke atau sebab kau dah mula rasa sayang dekat dia? Aku rasa kau patut fikir benda ni Ziq. Kahwin ni bukan boleh di buat main-main. Tak salah kalau kau bagi peluang dekat dia,” Haziq merenung sahabatnya. Perlukah dirinya berterus terang. Sedangkan dirinya sendiri berperang. Memikirkan mana satu yang harus di utamakan.

“Aku memang tak de rasa apa-apa dekat dia. Tapi bila dia cakap dengan bekas kekasih dia, aku jadi marah. Aku sendiri pun rasa pelik. Selama ni kasih aku masih pada Irma. Tak mungkin kasih aku boleh beralih arah secepat ni,” bohong Haziq. Sengaja menyembunyikan perasaannya terhadap Farisya. Zakuan tersenyum. Faham benar akan perangai Haziq yang sukar untuk berterus terang. Lagi-lagi berkaitan hati dan perasaan. Memang sukar untuk di duga.

“Hati ni kita tak boleh nak jangka Ziq. Hari ni kau kata tak suka. Esok lusa mana kau tahu? Kau masih belum terlambat untuk dapatkan hak kau. Aku tengok pun dia bukan la teruk sangat. Pada aku, dia mempunyai aura yang tersendiri. Aura seorang wanita sejati. Macam perempuan melayu terakhirlah senang cerita.” terang Zakuan dalam nada gurauan.

“Mana kau tahu semua tu? Kau kenal dia ke?” Haziq tidak puas hati dengan telahan Zakuan. Zakuan dapat menangkap pandangan serong Haziq. Dalam keadaan begini, Haziq tidak dapat berfikir dengan jelas. Segalanya kelihatan kabur.
‘Macam mana kau boleh tahu semua tu… pelik?...’ jarinya bermain-main di atas bibir.

“Kau jangan nak salah faham pula. Pada aku Irma dan Tasha tak jauh beza. Dia orang datang dari latar belakang yang sama. Berbeza sekali dengan bini kau. Pemikiran mereka juga berbeza. Kau kena buka mata hati kau untuk menilai dirinya Ziq,” berkerut dahi Haziq untuk memahami kata-kata Zakuan.

“Apa maksud kau. Bukan perempuan tu semuanya sama ke?” Zakuan tersenyum.
“Mungkin sama tapi tak serupa. Kau kena faham tu. Aku tengok Farisya ni lebih suka merendahkan diri dari menunjuk-nunjuk.Tak macam Irma ataupun Tasha. Kalau boleh dia orang je yang nak lebih.”

“Macam mana kau tahu semua ni. Jangan-jangan kau ada hati dekat dia tak? Kau biar betul Zack. Bini aku tu,” wajah Haziq berubah mendengar Zakuan ketawa. Serta merta api kemarahan terpadam. Tertanya mengapa temannya itu ketawa.

“Cemburu juga kau ni ya.Bini kau tu sebenarnya roommate adik sepupu aku. Dia yang bagitau aku bila dengar nama kau,” terang Zakuan. Mendengar kenyataan itu, Haziq menghembus nafas lega.

“Bukan cemburu tapi jaga nama baik. Aku ingat kau ada hati dengan dia,” Zakuan geleng. Mana mungkin dirinya dapat merampas Farisya walaupun hatinya sedikit tergugat sewaktu kali pertama bersua muka.

“Mana aku nak letak si Tasha tu. Kau bukan tak tahu perangai dia macam mana,” Zakuan ketawa. Haziq angguk lemah. Sedikit sebanyak, dirinya mengetahui akan perihal Farisya walaupun dari mulut orang lain.

*******

Haziq menyudahkan suapan yang terakhir. Sejak kebelakangan ini, seleranya kurang. Datin Rosma sedar akan perubahan anak lelakinya. Dato’ Razlan juga ada mengadu dengannya akan perangai Haziq ketika di pejabat. Dia sering termenung walaupun sedang menghadiri mesyuarat. Beberapa staff juga mengadu masalah yang sama. Andai ada yang tidak kena, pasti mereka akan di hembur oleh Haziq. Pendek kata api kemarahanya tidak kena pada tempatnya.

“Ziq, tak tambah lagi ke? Kenapa makan sikit sangat?” Haziq mengeleng.
“Dah kenyang la mama,” Haziq berselindung. Tidak mahu berkongsi apa-apa dengan mamanya. Tidak mahu mengecewakan hasrat mamanya. Pasti Datin Rosma akan berkecil hati apabila mengetahui yang dirinya ingin kembali bersama Irma.
“Tak sedap ke mama masak lauk ni,” kendur saja suara Datin Rosma.

“Eh tak la mama. Ziq dah kenyang,” Haziq meyakinkan mamanya.
“Mama tengok sekarang ni Ziq dah banyak berubah. Papa pun dah complain dengan mama. Ziq ada masalah ke? Ada masalah dengan Isya?” Datin Rosma cuba mencungkil rahsia.
‘Erk…papa dah complain dekat mama yang payah ni… takkan nampak sangat… biar betul….’ Haziq mengaru kepala yang tidak gatal. Rambutnya dikemaskan kembali.

“Mana ada mama. Ziq biasa je. Tak ada apa-apalah ma. Papa saja je tu.”
“Esok mama nak Ziq jemput Isya balik rumah ye. Dah lama benar dia dekat kampus. Ada dia call Ziq ?” mendengar nama Farisya membuatkan hatinya tiba-tiba berbunga ceria. Susah untuk menghuraikan apa yang terkandung di fikirannya. Apa yang difikirkan tidak sama apa yang di rasai.

“Dia ada call sekali je. Katanya sibuk dengan projek untuk exam,” Haziq menjawab pertanyaan mamanya.
“Sekali je? Kenapa dia call mama seminggu sekali?”
‘What! Dia call mama seminggu sekali…. Tak boleh jadi ni… sengaja nak kenakan aku….kau tunggu la..’ hati Haziq membara. Bunga ceria sudah pun terbang melayang.

“Ziq naik dulu la mama. Ada kerja sikit nak disiapkan,” Haziq meminta diri dari mamanya. Datin Rosma runsing memikirkan perhubungan antara Haziq dan Farisya. Sampai bilakah mereka akan sentiasa begini. Datin Rosma mengeluh.

Haziq merenung gambar perkahwinannya bersama Farisya. Masih terlalu awal untuk dia menerima kehadiran Farisya di sisinya. Namun dia tidak menafikan yang dia sudah merasakan bahang-bahang asmara ketika bersama dengan Farisya. Kenangan ketika di kota London menjengah kembali.

“Habis basah. Kalau kau tak tahan aku cari teksi tadi, mesti dah sampai hotel.” Haziq mengibas kot bajunya yang sedikit basah terkena air hujan. Farisya mengigil menahan sejuk.

“Salahkan saya pulak. Dah awak tu yang nak sangat kita balik jalan kaki. Nak ambil angin malam konon,” cebik Farisya. Haziq melihat Farisya meniup tapak tangan. Anak rambut yang berjuntai didahi dikuis lembut. Farisya terkedu tatkala mata mereka bertemu. Sepantas kilat dirinya membuang pandang ke arah lain.

Tanpa di pinta Haziq menyarungkan baju kot kepada Farisya sebelum menarik tubuh itu rapat ke dadanya. Tubuh mereka merapat dan bersatu. Cuba menghangatkan tubuh Farisya dari kedinginan. Farisya yang mulanya meronta kembali diam apabila Haziq terus mendakap dirinya erat.

Wajah mereka begitu hampir. Wangian Farisya sungguh lembut, hingga mampu menggegarkan naluri kelakian Haziq. Keadaan mereka kelihatan begitu romantik sekali. Gelora nafsu hadir tanpa di pinta. Wajah Farisya direnung mesra sebelum di elus lembut.
Jantung Farisya berdegup kencang apabila wajah mereka semakin rapat. Nafasnya seakan terhenti.

Haziq tidak dapat menahan gelora di jiwanya. Dia lupa akan janji-janjinya. Haziq merapatkan bibirnya lalu memagut mesra bibir Farisya yang basah. Farisya tergaman namun tubuhnya kaku. Pelukan Haziq semakin erat di iringi cumbuan hangat. Farisya mencari kekuatan namun hampa. Dirinya seakan merelakan apa yang dilakukan Haziq. Dan kerana tiada bantahan membuatkan Haziq terlalu asyik.

Bulat mata Farisya tatkala terdengar beberapa rakyat tempatan yang turut sama berteduh berdehem. Masing-masing tersenyum simpul melihat mereka. Farisya cuba menarik tangan Haziq dari terus mendakapnya. Haziq tersentak lalu tersedar. Ciuman hangat itu terhenti. Terkebil-kebil melihat wajah Farisya yang merah menahan malu. Pantas pelukannya terlerai.

‘Macam mana aku boleh tak sedar ni… mesti dia ingat yang aku ni gila seks… kalau mama dengan papa tahu lagi malu…. ‘ Haziq meraup wajahnya. Kehangatan bibir Farisya jelas terasa. Sedangkan wanita itu telah pun memalingkan tubuhnya ke arah lain. Begitulah mereka sehingga hujun berhenti membasahi bumi.

Haziq merindui saat manis ketika itu. Ingin di rasainya sekali lagi. Dia tersenyum sendirian.

***********

Farisya ingin menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Dia tidak mahu tertanguh lagi. Hampir tiga jam dia duduk di bangku perpustakan seorang diri. Tiba-tiba datang seorang junior menegurnya.

“Kak Farisya kan. Tadi ada orang cari akak. Kak Nisa yang suruh saya pass note ni dekat akak.” Farisya menyambut huluran dari pelajar junior terbabit.

Balik cepat. Haziq dah dua jam tunggu kau dekat bawah.
Aku keluar dengan Sharul.
Kami nak beli barang untuk tesis aku.

Nisa

Farisya melipat kembali nota yang di kirim oleh Anisa. Di fikiranya terbayang wajah Haziq yang dingin. Lambat-lambat di kemas buku-bukunya. Apalagi yang diinginkan lelaki itu darinya.
‘Apa lagi la yang dia nak ni…tak habis-habis nak ganggu hidup aku…’ rungut Farisya perlahan.

Dari jauh lagi Haziq dapat melihat Farisya berjalan ke arahnya. Terubat sedikit rindu di hatinya. Namun senyumnya tidak lama apabila terlihat kelibat Aswad berjalan di belakang Farisya. Tiba-tiba perasaan cemburu mengusai mindanya. Tiada lagi rasa rindu yang mengamit jiwa.

“Ada apa nak jumpa?” Farisya berdiri tepat di hadapan Haziq. Tiada terdetik di hati untuk menatap wajah lelaki itu.
“Kau ke mana tadi. Kau tahu tak berapa lama kau tunggu kau dekat sini. Kau ingat aku ni tunggul ke?” marah Haziq membuat Farisya tersentak. Bukan pujuk rayu yang diucapkan, hanya amarah yang tak berkesudahan.

“Yang awak nak marah saya ni kenapa? Kenapa tak call dulu sebelum datang. Sengaja nak susahkan diri tu buat apa. Tak de siapa suruh pun,” balas Farisya. Geram dengan sikap Haziq yang masih tidak berubah.

“Kau jumpa budak tu lagi kan?” Farisya menjeling tajam. ‘Budak’ yang di maksud Haziq pastilah Aswad. Tak semena-mena pula bertanyakan soal itu. Atas dasar apa pula Haziq bertanyakan tentang Aswad.

“Budak mana pulak ni. Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan,” bidas Farisya selamba.
“Jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Ingat! Aku tak mahu kau ada apa-apa hubungan pun dengan lelaki lain. Tolong jaga nama baik aku sama,” tegas Haziq. Mungkinkah dirinya terlupa bahawa Farisya dan Aswad belajar di fakulti yang sama
.
“Hubungan apa pulak ni. Jangan nak main-main la. Saya tak da masa nak dengar awak cakap benda merapu. Ada apa sebenarnya ni?” Haziq merenung Farisya. Kemarahannya masih belum reda.

“Kenapa kau call mama selalu. Kau nak mengadu pasal aku ke?” Farisya mengerutkan dahinya. Sudahlah fikirannya berserabut dengan assignment yang tak pernah habis, kini di tambah pula dengan soalan yang bukan-bukan dari suaminya. Makin saratlah kotak fikirannya. Entah yang mana patut di beri lebih perhatian. Dirinya buntu.
“Tak da makna saya nak mengadu pasal awak kat mama. Mama yang suruh call selalu. Yang awak nak sibuk ni kenapa?”

“Aku bukan nak sibuk. Tanya je. Dah, Masuk,” arah Haziq. Suaranya tidak setinggi tadi.
“Nak ke mana?” soal Farisya pendek.
“Balik rumah la. Nak ke mana pulak. Mama dah asyik tanya pasal kau. Lemas aku di buatnya,” Farisya tersenyum. Baru dirinya tahu akan tujuan lelaki itu berada di hadapannya.

“Ok.. kalau macam tu saya nak balik bilik sekejap. Nak ambil barang sikit,” Farisya meminta izin.
“Tak payah. Baju dekat rumah kan ada. Nak ambil apa lagi?” bantahan Haziq membuatkan Farisya geram. Ada saja yang tidak kena dengan lelaki ni. ‘ish… takkan aku nak ambil barang pun tak boleh…’

“Saya nak ambil pencuci muka la. Saya ada satu je,” jelasnya.
“Jangan nak mengada-ngada. Beli je yang lain.” Arah Haziq yang sudah pun berda di dalam perut kereta. ‘What!! Mengada-ngada?.. dia cakap aku mengada-ngada…’ Dengan wajah mencuka Farisya masuk ke dalam kereta Haziq. Benci kerana dirinya sering di desak. Walhal, perkara itu boleh di bincangkan.

“Kenapa tak call je. Saya boleh balik sendiri. Tak payah nak datang ambil,” Haziq menghidupkan enjin keretanya.
“Kalau tak di ambil, maunya kau nak balik. Mama pun dah bising sebab selalu sangat kau berdalih.” Farisya terkedu kerana terperangkap. Kantoi… Memang dirinya selalu memberi helah. Helahnya untuk tidak bertemu mata dengan suaminya. Hatinya lebih aman ketika berada di hostel. Hati tak geram, mata pun tak sakit.

“Mana ada. Awak sengaja nak buat cerita kan,” suara manja Farisya bagaikan salji serentak membuat hatinya menjadi sejuk. Haziq sembunyi senyum.
“Aku cakap benda yang betul. Lagi satu, bila last exam?” Haziq menumpukan perhatian ketika memandu. Jalan raya ketika itu sedikit sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk keluar dari pusat Bandar.

“Lagi dua bulan. Lepas tu kena buat praktikal. Kenapa?” Farisya ingin tahu.
“Lepas habis je exam, aku nak kau buat praktikal dekat syarikat papa,” Farisya menoleh.
Nampaknya masih ada lagi yang harus dituruti. ‘Tak habis-habis lagi ke laki sorangni nak gunakan kuasa vetho dia… meluat betul la…’

“Kenapa dekat syarikat papa? Tak nak la. Saya tak nak orang cakap saya ambil kesempatan pulak.”

“Aku tak suka kau bantah cakap aku,” Haziq menekankan suaranya. Dia ingin mengawal pergerakan Farisya. Tidak mahu Farisya menjauhinya. Itulah misinya.

“Saya tak nak. Saya pun tak suka orang paksa-paksa saya,”
“Jangan degil boleh tak? Kenapa kau suka sangat nak bantah cakap aku? Kau tahu apa hukumnya seorang isteri yang membantah cakap suaminya?” Farisya mencebik. Watak Haziq sering berubah-ubah. Sekejap penyayang. Sekejap pemarah. Sekejap pula terlalu mengambil berat. Pening Farisya di buatnya.
‘Tu je la modal kau… asyik nak ugut aku je… bengang betul…’ marah Farisya.

“Benci awak…..” akhirnya Farisya mengunci bibirnya dari berkata-kata. Haziq tahu yang Farisya tidak akan membantah arahannya. Kemenangan berpihak kepadanya. Dirinya tersenyum puas.






















Bab 13

Datin Rosma yang paling gembira malam itu. Semua anak menantunya pulang ke rumah. Suasana menjadi riuh rendah dengan suara cucu-cucunya. Berlari-lari mengejar antara satu sama lain.

“Macam mana dengan study? Cepat-cepat la habiskan. Lepas tu jadi macam kami ni,” Hasmin dan Hasrin sama-sama tersenyum.

“Jadi apa pulak kak?” Farisya masih tidak dapat menangkap maksud kakak iparnya. Datin Rosma turut tersenyum. Yang lelaki semuanya berbual-bual di ruang tamu.
“Jadi seorang ibu la Isya. Mama pun teringin nak tengok kamu ada anak macam kakak-kakak kamu ni.” Farisya malu. Apa yang harus di jawabkan. Mendekati Haziq serupa seperti mendekati seekor singa. Tanpa sebarang isyarat, terus menerkam mangsanya dengan rakus.

“Kami nak honeymoon lagi la mama. Lagipun Ziq bukan tua sangat pun. Banyak masa lagi,” Haziq bersandar di pintu dapur. Entah sejak bila dia berada disitu. Menjadi pemerhati. Setidak-tidaknya, Farisya terselamat dari menjawab sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti.

“Kalau ada baby awal pun tak salah. Lagi best tau?” Hasmin menambah cadangan mamanya.
“Macam mana sayang. Mama request baby from us,” habis terhembur air yang baru di minumnya. Farisya terbatuk-batuk kecil. Tadi siang bukan main lagi dirinya di marahi. Sekarang ini bermanja-manja pula. Fikiran Farisya bertambah pening. Manakan ingin menjawab soalan ipar duainya, gelagat suaminya lagi.

Mereka saling berpandangan. Marah dengan kenyataan Haziq. Datin Rosma mengurut belakang menantunya.
‘Kot iye pun kau nak cakap …tunggu la aku minum dulu…. Sakit tekak aku siot….’
“Belum rezeki kot mama,” Farisya bersuara. Jawapannya ikhlas. Tidak mahu semua pihak terlalu mengharap.
“Ye la. Mama faham. Tapi jangan lambat sangat. Elok bersalin waktu muda ni,” nasihat mama Haziq. Haziq suka melihat wajah Farisya yang cemas.

“Betul cakap mama tu Isya. Kakak dulu pun takut juga. Tapi bila dah rasa macam mana nikmatnya mengandung ni, kakak jadi berani. Kekuatan tu datang dengan sendiri,” tambah Hasmi sambil menyuap kuih lapis ke mulut Syafiq.

“Mama, maksu ada baby ye?” pelat Syafiq mengejutkan Farisya. Anak kecil itu turut mengharapkannya.
“Belum lagi sayang. Coming soon,” Haziq menjawab pertanyaan Syafiq.
“Baby girls ke baby boy paksu?” semua tersenyum mendengar pertanyaan Syafiq.
“Paksu nak dua-dua,” Farisya merasakan yang Haziq sudah keterlaluan. Di simpan segalanya dihati. Nampaknya, Haziq telah bermain dengan kata-kata.

********

Haziq melihat Farisya mengambil sebiji bantal dan sehelai kain selimut menuju ke sofa. Dia membuka computer riba bersama beberapa buah buku. Haziq merasa Farisya seakan cuba menjauhkan diri darinya. Apa yang bermain di fikirang iserinya tidak dapat di rungkai.

“Banyak lagi assignment ke?” Haziq cuba mengajak Farisya berbicara. Terlalu asing andai tinggal sebilik tetapi tidak bertegur sapa.
“Banyak la juga. Kenapa?” soal Farisya kembali.
“Nak aku tolong?” dia merapati Farisya. Cuba menimbulkan mood yang baik.
“Boleh ke awak tolong. Jangan bagi saya serabut lagi sudah,” Farisya menolak computer ribanya mengadap Haziq.

Mereka sama-sama menyiapkan kertas kerja yang di mahukan Farisya. Banyak yang di bincangkan oleh mereka. Secara tidak langsung keadaan itu merapatkan mereka. Haziq senang ketika bersama Farisya. Ada kala mereka bertekak untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Mata Farisya semakin berat selang beberapa jam. Haziq sedar akan itu. Sudah berkali-kali dia menguap.
“Mengantuk?” Farisya pantas mengeleng. Cuba menumpukan sepenuh perhatian. Walhal matanya memang sudah tidak larat untuk di buka. Semakin lama semakin berat.
“Bila kau nak hantar assignment ni?”
“Lagi dua minggu. Ada maklumat penting yang masih belum dapat lagi,” terang Farisya.

“Mari sini,” Haziq menarik tubuh Farisya supaya berbaring di pangkuannya namun di tolak Farisya. Farisya merasa tidak selesa. Berduaan dengan Haziq menyesakkan jiwanya.
“Tak pe la. Saya boleh tahan lagi. Awak pergi la tidur dulu. Biar saya siapkan sendiri,” terketar suaranya menahan getaran.
“Kenapa? Kau takut,” soal Haziq. Sedar akan kekalutan Farisya. Sedangkan dirinya juga merasa perkara yang sama.

“Tak la. Buat apa saya nak takut,” Farisya cuba mengawal perasaan. Dia masih lagi teringat akan kata-kata Haziq suatu ketika dulu membuatkan dirinya sentiasa berwaspada. Seperkara lagi perangai Haziq memang sukar di jangka.

“Kau masih berhubung dengan budak tu?” tiba-tiba Haziq bertanya.
“Budak mana?” Farisya sengaja mencari helah. Dia tidak mahu perkara itu di ungkit kembali. Dirinya tahu Haziq sedang berbicara mengenai Aswad. Sejak kejadian itu, Aswad tidak pernah menghampirinya. Mungkin telah berjauh hati. Tambahan pula tidak manis jika Aswad terus mendekati diriya.

“Aswad,” Farisya terkesima. Dia hairan dari mana Haziq mengetahui nama Aswad. Bibirnya tidak pernah menyebut nama itu di hadapan Haziq.
“Dari mana awak dapat tahu nama tu. Awak intip saya?” Haziq merenung lembut wajah Farisya. Dia tidak mahu mengundang kemarahan Farisya walaupun hatinya kecewa dengan penolakan Farisya.

“Aku dapat tahu dari budak satu kampus dengan kau juga. Dah lama kau kenal dia?” Farisya tidak faham dengan tujuan Haziq bertanyakan tentang Aswad. Mengapa tiba-tiba Haziq ingin mengambil tahu. Untuk apa? Hatinya tertanya-tanya.
“Yang saya tahu, dia dah mati dalam kamus hidup saya. Awak la pembunuhnya,” Haziq kelu. Dia merasakan tuduhan Farisya terlalu berat. Namun itulah hakikatnya. Siapa yang menjadi mangsa sebenarnya?

“Kau sayangkan dia?” soalan Haziq seakan ingin memerangkap Farisya.
“Saya tak nak dengar lagi pasal benda ni. Saya pun tak pernah tanya awak tentang Irma. So.. tak perlulah awak nak ungkit cerita-cerita lama,” rayu Farisya.

“Irma adalah sejarah dalam hidup aku. Tak mungkin aku akan berpaling lagi. Kau pun tahu kan?” Haziq mengelus lembut tangan Farisya. Ingin menarik Farisya supaya mendekat.
“Sudah la Ziq. Saya tak mahu kita menjadi terlalu rapat. Saya masih belum bersedia dengan semua ini. Terlalu banyak telah saya korbankan. Saya tak mahu kecewa lagi. Tolong la jangan bagi apa-apa harapan pada mama. Saya tak mungkin dapat lakukannya,” Haziq kecewa dengan jawapan Farisya. Begitu sukar untuk melembutkan sekeping hati milik Farisya.

“Kau marahkan aku?” Haziq cuba memujuk.
“Kalau saya marah sekali pun, ia tak akan merubah keadaan. Saya tetap hak awak dan saya tak mampu nak buang hak tu,” suara Farisya sudah mengendur tidak setegang tadi. Terpaksa akur akan ketentuan yang telah di takdirkan untuknya.
“Kau tak yakin aku akan berubah?” Farisya mengeluh. Untuk memberi Haziq peluang tidak pernah terlintas di fikirannya. Biarlah mereka begini saja. Bercakap hanya pada perkara yang perlu saja.

“Berubah atau tidak ia tak bermakna akan menjamin masa depan saya. Saya tahu yang awak masih sayangkan Irma. Saya tak kisah. Sebab saya tahu memang dari mula lagi awak bukan milik saya. Saya pun bukan jenis materialistic ataupun perampas. Saya tak rela maruah saya di perkotak katikkan semata-mata nak menjaga nama baik awak. Awak fikir la sendiri,” Farisya bangun meninggalkan Haziq bersama kata-kata yang cukup berbisa.

Dia tidak tahu dari mana Farisya mendapat tahu semua cerita tentangnya. Dia tidak dapat membalas segala tomahan Farisya kerana semuanya benar belaka. Namun jauh di sudut hati, perasaanya kini sudah mula tertumpu kepada Farisya Hani isteri yang di nikahinya. Ingin cuba di pujuk namun tidak berdaya kerana hati Farisya sudah tidak selembut dulu.

Haziq bagaikan kehilangan arah. Wajah Irma tidak lagi bermain di fikirannya kecuali wajah Farisya yang sering menguntum senyuman suatu ketika dulu. Sakit ketika di tinggalkan Irma tidak seperit penolakan Farisya. Haziq termanggu sendirian.


********

“Kau tak kan lupakan aku kan?” di kesat air mata yang masih berbaki. Terlalu banyak yang telah di kongsi bersama.
“Woi makcik, kita nak balik pun sekejap je la. Mana mungkin aku nak lupa. Kau la satu-satunya kawan aku yang kahwin tak jemput kawan-kawan,” sindir Anisa. Farisya ketawa mendengarnya. Bukan tak mahu tapi sengaja mahu merahsiakan status perkahwinannya. Tiga bulan merupakan saat yang dirasakan begitu panjang,

“Aku janji. Kalau aku kahwin lagi sekali, kau la orang yang pertama sekali aku jemput.”gurau Farisya.
“Ha ah …dah buang tabiat. Mana kau nak campak laki kau yang sorang tu,” Mereka ketawa lagi.
“Pergilah. Aku tengok muka laki kau pun dah nak tukar jadi hijau dah.” Farisya menoleh ke arah Haziq.

Melihat wajah Haziq yang masam mencuka membuatkan hati Farisya bertambah pilu. Episod dirinya menjadi isteri Haziq secara mutlak akan bermula. Walaupun dalam tempoh tiga bulan. Tidak tertanggung rasasnya. Kalau dulu dia masih boleh mengelak dengan alasan untuk tinggal di kampus. Kini dia tidak dapat lari dari kenyataan itu lagi.

“Dah, jangan sedih-sedih. Aku akan doakan kebahagian kau,” pujuk Anisa.
“Thanks, kau la kawan aku dunia akhirat.”
“Kalau ada apa-apa, just call me ok. Day or night ,” Farisya tersenyum pahit.

Terlalu banyak cerita tentang Haziq telah di ketahuinya dari Anisa. Kadang kala Farisya tidak segan silu menangis di hadapan Anisa. Sebagai sahabat, Anisa tidak mampu untuk membantu kerana Farisya adalah tanggungjawab suaminya. Namun dia sering memberi kekuatan kepada Farisya serta berpesan agar sering memanjat doa kepada yang Maha Esa. Itu adalah sebaik-baiknya.

Selesai menyimpan bag di dalam kereta, Farisya melangkah menuju ke tempat duduk di sebelah pemandu. Sedang dia membuka pintu kereta, matanya terpandang seraut wajah yang pernah di rinduinya. Haziq dapat melihat pandangan sayu Farisya.
‘Maafkan aku As…’ bisik Farisya lalu meloloskan dirinya ke dalam kereta.

“Apa yang kau pandang?” soal Haziq. Farisya senyap. Langsung tidak mengendahkan pertanyaan suaminya. Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti. Kereta di pandu perlahan.
“Woit..aku tanya la.” Farisya menjeling tajam. Masih belum berubah lelaki di sisinya. Masih sering memarahinya.

“Apasal awak nak tahu?” suaranya meninggi.
“Aku tanya, kau pandang siapa tadi?” ulang Haziq juga sedikit tinggi. Kelakiannya tercabar. Belum pernah ada wanita lain yang berani meninggikan suaranya.
“Suka hati saya lah nak pandang siapa pun. Awak peduli apa?” Farisya melawan. Setelah mendengar cerita yang di sampaikan Anisa, Farisya menjadi benci. Dirinya tidak ubah seperti patung yang bernyawa. Yang hanya mampu menurut.

“Ooo…dah pandai menjawab,” sinis saja suaranya.
“Awak yang suruh saya jawab tadikan. Ni nak marah-marah pulak. Kalau dah benci sangat, lepaskan saya!” balas Farisya. Di hembur segala kemarahannya.

“Ada aku ikat kau ke?” soal Haziq. Perlahan. Hatinya tersentak mendengar kata-kata Farisya.
“Ha ha ha..very funny,” ejek Farisya. Geram dengan perangai Haziq yang suka membulinya.
“Dah betul apa.” Haziq masih lagi tersengih. Rindunya kian terubat. Malu untuk meluahkan secara terangan.

“Malas nak cakap dengan orang mereng macam awak,” akhirnya Farisya melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
“Apa kau panggil aku. Mereng…Mereng-mereng pun kau dah jadi hak aku. So aku ada hak nak buat apa yang aku suka. Faham!” tegas Haziq. Farisya tidak lagi membalas kata-kata Haziq. Tidak mahu perbalahan ini berpanjangan.

Terdetik di fikiran Haziq akan kata-kata Farisya tadi. “Lepaskan saya…” Dia tidak menjangkakan perkataan itu yang terkeluar dari bibir Farisya. Dia tidak akan melepaskan Farisya sebegitu mudah. Farisya tetap akan menjadi miliknya sampai bila-bila.

“Betul kau nak berpisah dengan aku?” soal Haziq lembut. Memecah kebuntuan. Farisya menoleh. Merenung wajah Haziq yang sedang memandu. Wajah tenang Haziq ditatap lama. Mengakui dirinya turut merindui akan wajah itu. Wajah yang sering bermain di fikirannya. Mengapa wajah itu yang sering hadir. Sedangkan lelaki itu jarang melayaninya dengan baik.
“Kenapa? Bukan dulu awak yang nak sangat kan?” sindirnya.
“Aku tanya kau bukan suruh tanya aku balik.”
“Saya tak kisah. Lagi senang hidup saya,” Farisya berterus terang walaupun dia sedar akan akibatnya nanti. Akan bergegarlah tiang Arash apabila dirinya meminta cerai. Walaupun dihalalkan, tetap dimurkai Allah s.w.t.

“Kau tak pernah sayangkan aku?” Farisya mengetap bibir. Soalan Haziq bermain mindanya. Dia akui sudah puas dicuba untuk membuang wajah Haziq dari terus menguasai dirinya, namun wajah itu tetap akan menemaninya tanpa jemu. Cintakah itu?

“Kenapa kau diam,” dia ingin tahu perasaaan Farisya padanya kini. Dia tidak menghiraukan penolakan Farisya dulu.
“Untuk apa awak nak tahu. Tak penting pun,” balas Farisya acuh tak acuh.
“Kenapa kau nak berpisah dengan aku? Kau yakin aku akan lepaskan kau?” Farisya berpaling. Dikerutkan dahinya.
“Apasal pulak?”

“Itu kau tak perlu tahu.” Farisya terkedu melihat melihat Haziq tersenyum sinis.
“Awak nak buat apa,” soal Farisya sedikit cuak. Seraya tangannya melekap didada. Bersilang. Melindungi sesuatu.
“Kenapa? Kau takut,” Haziq sengaja membuat Farisya semakin gelisah. Tawanya akhirnya pecah melihat gelagat Farisya yang sedang melindungi dirinya.

“Buat apa saya nak takut. Negara ni ada undang-undang.Kalau awak berani sangat, cubalah.” Ugut Farisya. Suaranya sedikit getar. Tangannya pantas di jatuhkan. Menggengam erat hujung baju kebarung yang dipakainya.
“Kau cabar aku?” soal Haziq. Sesekali dia menoleh ke arah Farisya. Senyap tiada jawapan. Farisya melarikan wajahnya dari terus di tatap Haziq. Teringat nasihat Anisa supaya jangan sekali-kali mencabar keegoan seorang lelaki.

Melihat Farisya yang masih membisu, Haziq pantas menggengam tangan Farisya kemas. Dia tidak memperdulikan rontaan Farisya. Hatinya puas mendengar Farisya mengalah lalu membiarkan saja tangannya di genggam erat. Senyumnya makin melebar.
























Bab 14

Kereta Haziq memasuki perkarangan sebuah rumah banglo dua tingkat. Rumah yang tersergam indah di hiasi sebuah taman kecil berhampiran halaman. Sungguh indah. Rumah yang telah siap diubah suai menjadi sangat cantik. Seolah-olah berada di satu kawasan perkampungan. Keluasan tanah di kiri kanan rumah mendatangkan idea untuk membuat sebuah taman. Cukup dengan sebuah pondok gazebo beratapkan daun nipah.

‘Rumah siapa pulak ni? Apa yang mamat ni nak buat?’ Farisya tertanya-tanya dihati. Haziq sempat melihat riak wajah Farisya. Sengaja dia membiarkan isterinya bingung sendirian. Dia membuka pintu untuk Farisya.

“Rumah siapa ni? Kenapa tak pergi rumah mama?” Haziq senyum. Hatinya puas melihat wajah Farisya yang pucat.
“Rumah siapa pulak. Rumah aku la,” Farisya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
‘Bila pulak mamat ni beli rumah..asal tak cakap dengan aku?’ Farisya berkata sendirian. Hatinya merasa ragu-ragu untuk melangkah turun.

“Bila awak beli rumah ni. Awak tak cakap kat saya pun.”
“Saja. Nak buat suprise,” wajah Farisya berubah. Dirinya menjadi gelisah.
“Kau nak masuk ke tak nak? Ke kau nak tido dalam kereta je?” jerkah Haziq.
“Jom la pergi rumah mama. Please,” rayu Farisya. Haziq tergelak besar. Cepat betul mood Farisya berubah.
“Kenapa? Kau takut ke duduk dengan aku,” Farisya tersengih.
“Maybe.”

“Aku bukan makan orang pun. Kenapa kau nak takut dengan aku?”
“Depan orang memang awak tak makan. Mana nak tahu kalau awak buat belakang orang,” Farisya tidak dapat membayangkan akan kejadian yang bakal berlaku nanti.
“Jangan nak cari pasal. Dah, turun.” Arah Haziq. Dengan wajah mencuka, Farisya turun dari kereta dan menuruti langkah Haziq.

Farisya melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Kagum dengan hiasan dalaman rumah itu. Luar dan dalam di hias cantik. Memang diakui yang Haziq pandai memilih. Segala perhiasan yang terdapat dalam rumah itu begitu kena dengan coraknya. Tak pernah dia impikan untuk tinggal di rumah sebesar ini. Haziq melabuhkan punggungnya disofa. Melihat gelagat Farisya.
‘Kadang-kadang seronok jugak aku mainkan minah ni...’

“Berapa orang duduk dalam rumah ni?” soal Farisya. Haziq diam. Dia asyik leka melihat telatah Farisya. Dia menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bertemu tapi tidak lama. Farisya lebih dulu mengalihkan pandangannya. Hatinya menjadi tidak keruan. Takut untuk terus bertentang mata.
‘Rindunya aku dekat minah ni… kalau tak… mandi tak basah la aku jawabnya…’

“Berapa orang duduk dalam rumah ni?” ulangnya.
“Hah…apa dia?” Haziq tersentak. Lamunannya terhenti. Farisya berhenti melangkah.
‘Apalah yang mamat ni fikirkan…aku tanya pun tak dengar..bukan jauh pun… ni mesti fikir yang bukan-bukan… hiii..otak kuning..’

“Saya tanya, berapa orang duduk dalam rumah ni,” ulangnya lagi. Tidak mahu membayangkan apa yang bermain di fikirannya.
“Kita dua je la. Siapa lagi.” Haziq membuka butang baju tshirts yang dipakainya.
“Hah..kita dua je ke?” Farisya terkejut. Dia duduk dihadapan Haziq. Maknanya, Haziq berhak melakukan apa saja. Farisya terkedu. Kecut perut dibuatnya.

“Ya la…dah tu nak duduk berapa ramai.” Farisya dapat menangkap tujuan Haziq berpindah dari rumah mamanya. Dia perlu berhati-hati.
“Tak de la. Kenapa awak nak sangat duduk asing dengan mama,” jelas Farisya .
“Saja. Nak berdikari. Lagipun aku tak mahu kena leter dengan mama je pasal kau.”
“Kenapa? Rimas? Dah tu kalau duduk dekat sini tak rimas,” soal Farisya tidak senang.

“Sekurang-kurangnya tak de la nak dengar mama berleter 24 jam. Kan pebih privacy. Senang sikit kalau nak buat apa pun,” Farisya tersentak. Haziq senyum melihat wajah Farisya berubah cemas.
‘Buat apa pulak ni…mamat ni dah kemaruk sangat ke…makkkk….tolong…’

“Mana bilik saya?” Farisya berdiri.
“Kau kena duduk sebilik dengan aku,” lemah kepala lutut Farisya.
‘Huhuhu..matilah aku kali ni…’rintih Farisya.
“Kan banyak lagi bilik dalam rumah ni. Kenapa kena kongsi pulak?” Farisya ingin mengelak.
“Suka atau tak kau kena duduk sebilik dengan aku,” terang Haziq sambil mendaki anak tangga menuju ke bilik. Farisya masih termanggu.

“Satu lagi. Malam nanti baru kita balik rumah mama,” wajah Farisya sedikit pun tidak berubah. Masih cemberut seperti tadi.
“Kita stay rumah mama ke?”
“Tak..kita makan malam je dekat sana.”
“Tapi…..?” langkah Haziq terhenti.

“Apa dia lagi?!”
“Kita stay dekat rumah mama boleh. Dah lama tak jumpa mama,” dia cuba memujuk Haziq.
“Jangan nak mengada-ngada. Lepas je makan malam kita balik sini.”
“Awak…”

“Kau tak faham bahasa ke?” Farisya terdiam lama. Melayan perasaan tidak puas hati dengan arahan Haziq yang tak keruan.
“Hah ! Apasal diam?” wajah lelaki itu di jeling tajam. Rasa ingin saja di picit-picit lelaki itu menjadi kecil.
“Orang faham la. Bagi la kunci kereta,” bentaknya. Geram kerana Haziq sedikit pun mahu bertolak ansur dengannya.
‘Asal minah ni…nak lari dari umah ke?’
“Kau nak buat apa dengan kunci kereta aku? Kau nak lari ke?” perli Haziq. Farisya mencebik.
‘Aku lari betul karang. Baru kau tahu,’ rungutnya dalam hati.

“Nak ke saya lari. Kalau boleh sekarang juga saya nak buat.”
“Dah tu, apa kau nak buat dengan kunci kereta aku?”
“Melambak lagi barang saya dalam bonet kereta awak tu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan,” Mendengar kata Farisya, Haziq malu sendiri. Dicampakkan kunci kereta lalu di sambut oleh Farisya. Dalam tak sedar, dapat juga dirinya mengenakan Haziq.


************

Terkial-kial Farisya membawa masuk semua barang-barangnya. ‘Bukan nak tolong…hee..apa punya laki tah,” omel Farisya sendirian. Selepas selesai mengangkat kesemua barang-barangnya, Farisya duduk di sofa untuk menghilangkan lelah.

Ketika itu Haziq sudah pun berada di dalam bilik mandi. Terdengar deruman air menghempas ke lantai. Farisya membuka sebuah bag pakaiannya sambil membongkok. Dua tiga helai baju di keluarkan. Dia perlukan masa yang banyak untuk mengemas semuanya di dalam almari.

Farisya membuka pintu almari pakaian. Almari tersebut sudah pun penuh dengan baju-baju milik Haziq. Farisya bercekak pinggang. ‘Mana aku nak letak baju aku ni …baju dia pun dah penuh satu almari….ishh..leceh la..’

Farisya tunduk. Di bahagian bawah juga penuh dengan berbagai jenis seluar milik Haziq. Dia berpaling dan ketika itulah tubuhnya melanggar tubuh Haziq yang berdiri di belakangnya.

“Opsss..sorry,” terkedu Farisya melihat tubuh Haziq yang tidak berbaju. Dia melepaskan tangannya yang sempat berpaut pada tubuh Haziq. Pandangannya di tundukkan.

“Kau cari apa?” Farisya berasa gugup.
“Tak cari apa-apa.” Haziq senyum.
‘Hai malu nampak…tadi bukan main lagi kau peluk aku.’
“Dah tu kau buat apa buka almari baju aku,”
“Saya nak susun baju dalam almari tapi dah penuh dengan baju awak,” Farisya beralih ke sofa. Bajunya yang masih belum disusun di masukkan semula ke dalam bag. Dia tidak mahu bilik Haziq bersepah dengan bag baju-bajunya.

“Aku lupa nak beli almari baju kau. Esok kita ke kedai perabot.” Haziq mengambil sehelai jeans dan t-shirt. Farisya tidak menjawab hanya mengangguk.
“Tapi apasal muka kau merah semacam je aku tengok. Kenapa?” sindir Haziq. Farisya memegang pipinya.
‘Alamak…dia perasan ke…mak! Malunya,’ Haziq ketawa besar.

Lucu melihat gelagat Farisya. Apalagi, laju saja Farisya melangkah masuk ke bilik mandi bersama deraian tawa dari Haziq.
‘Lawak punya minah...macam la tak pernah tengok lelaki tak pakai baju.’

Haziq lucu dengan telatah Farisya. Dalam keras-keras hati Farisya, ada lembutnya. Dia yakin suatu hari nanti dia akan memiliki walau secebis kasih dari Farisya.








Bab 15

Mereka berkumpul di ruang tamu sambil menjamah pencuci mulut. Dalam duduk bersembang, Haziq sempat melirik ke arah Farisya. Dia seronok melihat wajah itu menjadi ceria.

Dalam diam, Haziq telah pun menerima kehadiran Farisya dalam hidupnya. Jauh di sudut hati kasihnya perlahan-lahan telah dicuri oleh Farisya tanpa dia sedari.
Wajah itulah yang selalu menemaninya ketika tidur, makan, atau apa saja. Perasaan itu timbul dengan sendirinya. Dia sendiri tidak menyangka akan menjadi secepat ini. Dia termakan dengan sumpahnya kini.

Janji-janjinya terhadap Irma dibiarkan berlalu. Untuk apa lagi dirinya mengejar kilauan kaca sedangkan intan permata telah pun berada di gengamannya.

“Hai Ziq, kak long tengok kau asyik tenung Isya je kenapa? Takkan tak sabar kot?” Haziq tersentak. Matanya bertemu dengan mata Farisya. Farisya tunduk tidak mahu terus-menerus di tenung Haziq. Panahan mata Haziq terlalu tajam. Tidak senang duduk di buatnya.
“Ala kak long ni. Macam tak faham pulak.” Hasrin menyindir. Semua tergelak mendengar sindiran Hasrin.
Haziq membiarkan saja sindiran kakaknya. Kalau dulu,bukan main lagi dia membantah. Tetapi kini dia lebih banyak berdiam seperti mengiyakan apa saja tanggapan kakak-kakaknya.

“Apa yang kamu nak buat lepas ni Isya. Nak sambung study lagi ke?” soal Hasni.
“Tak la kak long. Isya cuma buat praktikal je ni,”

“Kamu praktikal di mana?” wajah Haziq di toleh. Inginkan kepastian. Kalau tidak kerana Haziq, dia sudah pun mendapat tawaran dari syarikat lain untuk membuat praktikal.
“Di company kita papa. Ziq dah arrange dengan Ms Liew untuk letakkan Isya di bahagian pemasaran,” Farisya merasa kecewa. Dia menyangka yang Haziq akan terlupa dengan janjinya dulu. Merasa dirinya tidak bebas. Terkurung oleh penjara ciptaan Haziq.

“Nanti kalau lepas belajar, Isya boleh terus kerja dengan syarikat papa. Boleh papa tengok-tengokkan,” terang Datin Rosma. Memandangkan kesemua anak perempuannya tidak gemar bernaung di bawah syarikat suaminya, tidak salah seandainya Farisya menjadi ganti.

“Tapi ma. Isya ingat nak cari pengalaman dulu. Tak la memalukan papa nanti,” masih terlalu awal untuk itu. Sengaja menjeling ke arah Haziq. Menunjukkan tanda protes di hadapan semua. Dengan itu, Haziq mungkin tidak akan memarahinya.

“Nak malukan apanya Isya. Siapa yang berani nak lawan. Kalau ada masalah, bagitau je dengan papa,” tambah Datin Rosma.
“Tu yang Isya takut mama. Nanti orang cakap Isya ni besar kepala pula. Tak lama pun Isya kerja dekat syarikat lain. Dalam dua tiga tahun je. Baru Isya rasa selesa nak kerja dengan papa,” Datin Rosma terpaksa akur. Kata-kata Farisya ada benarnya. Lagipun dirinya tidak mempunyai hak untuk mendesak Farisya. Tapi dirinya yakin, Farisya pandai menjaga diri.

*****

Hampir pukul 12 malam baru Haziq dan Farisya pulang ke rumah mereka. Jika tidak kerana Farisya begitu asyik berbual dengan mamanya, mungkin sudah lama mereka pulang. Haziq mengubah penghawa dingin ke tahap minimum apabila melihat Farisya memeluk tubuhnya. Mungkin kesejukan. Di dada langit tiada satu pun bintang berkelipan, hanya awan mendung yang pekat menyelubungi langit dikala itu Tiupan angin juga lebih kuat daripada biasa. Menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa saja.

“Kenapa tak nak kerja dengan papa?” soalnya. Matanya masih lagi tertumpu dijalan raya.
“Saja. Lagipun saya tak nak malukan papa,” jawab Farisya sejujurnya. Dalam waktu yang sama tidak mahu berada begitu dekat dengan Haziq.
“Maksud kau?” Haziq kurang jelas.
“Saya belum cukup pengalaman lagi nak bekerja di syarikat papa yang besar tu.”
“Apa yang susahnya. Kaukan akan buat praktikal kat sana. Nak risau apa lagi,” dia sudah mengagak akan soalan Haziq.

“Kalau saya kerja dekat tempat lain pun tak salah. Lagipun saya tak mahu papa serba salah bila keputusan yang saya pilih tu tak memuaskan hati papa,”
“Sebelum kau bentangkan, kau rujuk la dekat papa dulu. Baru kau buat keputusan. ”
“Tapi sampai bila nak rujuk dekat papa. Malu la saya. Nanti papa ingat saya tak pandai nak buat keputusan. Apa guna saya belajar bertahun-tahun dekat U,” bantah Farisya.

“Kalau kau malu nak rujuk dekat papa. Kau boleh rujuk dekat aku,” cadang Haziq. ‘Erkkk..rujuk dekat kau…malam sikit la labu…jangan harap..’ Lucu mendengar cadangan suaminya.
“Dengan awak lagilah saya malas.”
“Asal pulak?” Haziq tidak puas hati dengan jawapan Farisya. Apa yang tak kena dengan dirinya. Bermacam alasan yang di berikan untuk terus mengelak. Farisya tidak pernah mengalah.

“Nanti awak selalu buli saya. Tak nak la.” Haziq tersenyum kecil.
“Bukan kau suka kena buli dengan aku ke?” sindir Haziq.
“Banyak la awak punya suka. Kalau boleh, saya nak lari jauh-jauh dari awak.” Luah Farisya. Haziq terdiam.
‘Alamak..aku dah separuh mati asyik rindu dekat dia…dia pulak nak lari dari aku…. Mak!!.. tolong!!..’ hatinya berlagu.

“Kalau aku kata kau tak ada pilihan, macam mana,” ingin menduga hati isterinya. Suaranya sedikit kendur.
“Jangan la macam tu. Please….bagilah saya kerja tempat lain dulu. Tak lama. Awak bagi saya dua tahun je. Lepas tu saya kerja la dengan papa,” rayu Farisya. Haziq tidak menjawab.
“Kalau aku tak benarkan juga. Kau nak buat apa?” Farisya geram dengan jawapan Haziq. ‘Benci..benci..benci… aku benci..’ jerit Farisya dalam hati.
“Buat bodoh je la.” Jawabnya pendek lalu memalingkan wajahnya ke tingkap. Haziq senyum lagi. Dia gemar membuat Farisya merajuk dengannya. Namun hatinya masih terusik dengan kata-kata Farisya.

Haziq menghentikan keretanya di luar pagar. Pagar rumah terbuka secara automatic. Farisya hairan kenapa Haziq tidak terus memandu keretanya ke garaj.
“Kau turun dulu. Aku nak pergi jumpa kawan sekejap. Ada hal.”

Cepat-cepat Farisya keluar dari kereta Haziq sehingga dirinya terlupa sesuatu. Dia memulas tombol pintu rumah tetapi berkunci. Rupa-rupanya dirinya terlupa mengambil kunci rumah dari Haziq. Dengan pantas berpaling melihat kalau-kalau Haziq masih belum beredar tetapi hampa. ‘Arrggghhhhh tensionnya aku…’ Farisya duduk di hadapan pintu. Mananti sehingga Haziq pulang.

Hatinya geram kerana ditinggalkan seorang diri. Cuaca di luar begitu dingin sekali. Mungkin hujan akan turun bila-bila masa saja. Farisya tidak mampu untuk berbuat apa. Sesekali guruh berdentum membuatkan Farisya terjerit kecil. Air matanya tumpah tanpa di minta. Seraya itu rintik hujan mulai turun. Semakin lama semakin lebat berselang seli dengan dentuman guruh. Berdoa agar Haziq cepat pulang.

Farisya tersimpuh lesu di penjuru mengelak dari terkena tempias hujan. Angin yang bertiup seakan berbisik ditelinganya. Bisikan halus mendodoinya. Semakin lama matanya terpejam rapat. Tidak memperdulikan hujan yang mengganas menyimbah bumi. Dirinya terlena dalam tangisan.

Haziq memangkir keretanya didalam garaj. Dia ingin cepat masuk ke dalam rumah kerana bimbang meninggalkan Farisya sendirian. Ketika ingin memasuki rumah, Haziq terpana melihat tubuh Farisya yang sedang berkerikut menahan sejuk. Haziq merapati tubuh itu. Dirinya di selubungi perasaan bersalah. Begitu tega dirinya membiarkan tubuh itu berada dalam kesejukan. Di kuis rambut Farisya yang bermain didahi tatkala di tiup angin lembut. Tubuh Farisya mengigil kesejukan. Air mata yang berbekas di sapu lembut.

Dengan berhati-hati, dicempung tubuh Farisya menuju ke bilik. Di letakkan perlahan-lahan Farisya di atas katil lalu di selimutinya. Haziq merenung wajah mulus isteinya. ‘Maafkan aku sayang.. ’ di kucup dahi Farisya dengan penuh kasih.

Selesai dari mandi, Haziq duduk termenung di birai katil. Dia sedar dengan perubahan dirinya. Dia tidak kuat untuk mengatakan perasaan cintanya kepada Farisya. Dia malu. Di rebahkan tubuhnya disisi Farisya perlahan-lahan. Tubuhnya diiringkan ke kiri untuk menatap wajah yang sering di rindui. Masih belum puas dirinya untuk menatap. Matanya terpejam rapat bersama senyuman terukir di bibir.

*******

Haziq terjaga dari lenanya apabila merasa dadanya seperti ditindih sesuatu. Dia membuka mata. Kelihatan kepala Farisya terlentok di dadanya sambil mendakap dirinya erat. Dia tersenyum bahagia.
‘Lasak juga bini aku ni tidur…. Siap naik-naik kaki lagi…’

Haziq terus merenung wajah Farisya tanpa jemu. Sehinggalah Farisya terjaga dari lenanya.
“Puas tidur,” Farisya masih tidak sedar sepenuhnya. Dia mengangkat kepalanya namun tidak lama. Di letakkan kembali di atas dada Haziq.
“Hmmmm..” manja sekali.
‘Macam mana aku boleh dengar suara mamat ni…aku mimpi ke?...tapi dengar macam real je…. Ahhh..lantak la..’

“Ehemmm,” Haziq berdehem lantas membuatkan Farisya terjaga seta merta. Dia melihat tangannya memeluk tubuh Haziq dengan erat.

“Arrggghhh…” Farisya menjerit lalu pelukannya terlepas. Hampir saja dirinya terjatuh dari katil.
“Apa awak dah buat kat saya?” Farisya cuba menutup dadanya menggunakan tangan.
“Buat apa pulak ni. Aku tak buat apa pun,” Farisya curiga dengan jawapan Haziq. Mana mungkin lelaki itu tidak melakukan apa-apa. Takkan ada buaya yang mampu menolak bangkai.
“Dah tu, macam mana kita boleh tidur sekatil? Awak ceroboh bilik sayakan?” Haziq ketawa. Farisya terlupa yang dia kini terpaksa berkongsi bilik bersama Haziq.

“Sejak bila kau ada bilik sendiri. Kau dah lupa apa yang aku cakap semalam,” Farisya cuba mengingati. Melihat sekeliling bilik yang agak asing baginya.
“Tapi …. Awak tak buat apa-apa dekat sayakan?” hati Farisya berdebar-debar.
“Kalau buat pun. Aku tak salah. Kau hak aku,” sengaja dia mempermainkan Farisya. Melihat wajah Farisya yang sedikit tercengang.
‘Uwaaaaaa…. Habis la aku…. Aku dah ternoda….’
“Tapi…”

“Tapi apa?” jerkah Haziq. Farisya terkedu.
“Awak tak patut buat tanpa persetujuan saya,” Haziq ingin ketawa namun di tahan. Wajah Farisya diselubungi kesedihan. Seronok melihat wajah Farisya yang sedikit terpinga-pinga.
“Apa pulak. Kau yang peluk aku dulu,” Gulp!
‘What! biar betul …. boleh caya ke?..’ Farisya terkedu. Jiwanya mati. Tiada apa lagi yang dapat dipertahankan. Farisya cuba mengingat kembali punca mengapa semua ini boleh berlaku.
“Tipu lah. Takkan saya yang mula dulu? Seingat saya, malam tadi ….” Haziq menanti dalam tawanya dihati.

“Hah!… apasal malam tadi tak bagi saya kunci rumah. Awak tahu tak saya terpaksa duduk dekat luar. Dah la lama, hujan pulak tu,” marah Farisya tiba-tiba. Baru dia teringat bagaimana semua ini bermula. Lelaki yang membiarkan dirinya berada di luar sewaktu hujan turun direnung tajam.

“Sorry. Aku tak sengaja. Aku lupa nak bagi kunci pendua rumah ni pada kau,” jelas Haziq sambil tersenyum. Baru kali ini dia melihat wajah Farisya baru bangun dari tidur. Selama ini dia hanya menatap wajah Farisya selepas ia bersiap. Kini tidak lagi.

“Kenapa awak senyum. Saya tak buat lawak la,” Farisya duduk di sofa. Masih terasa kehangatan tubuh Haziq melekat dijiwanya.
“Saja. Tak boleh?” semakin lebar senyumannya. Farisya tidak tahan melihat senyuman Haziq seakan memerlinya. Dia bangun lalu mencapai kain tualanya.

“Nak kemana pulak tu?” tegur Haziq melihat Farisya melangkah ke bilik air.
“Nak mandi. Subuh nak habis,” jawab Farisya dengan selamba.
“Subuh memang dah habis pun,” langkah Farisya terhenti dan menjeling jam di dinding. Jarum jam sudah pun menunjukkan angka lapan.

“Arrrrgggghhhhhhh,” jerit Farisya geram. Dia menghempas pintu bilik mandi dengan kuat tanda protes. Haziq terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah Farisya yang sedikit kelam kabut. Mungkin kerana terlalu gugup ketika bersama Haziq.






Bab 16


Usai bersiap,Farisya turun ke dapur untuk membuat sarapan. Dia membuka peti sejuk melihat kalau-kalau ada sesuatu untuk dimasak. Semuanya kosong. Yang ada hanyalah dua botol yang berisi air mineral.
‘Dapur punya la besar tapi satu apa pun tak de…apa aku nak makan ni…’ rungut Farisya sambil memegang perutnya. Semakin berkeroncong.

Dia menanti Haziq di ruang tamu. Di ambil sebuah majalah hiburan tempatan lalu diselak helaian demi helaian. Terlalu banyak gosip yang di paparkan oleh majalah terbabit. Konflik rumah tangga juga tidak terkecuali menjadi tatapan peminat hiburan. Sudah berkali-kali dia menguap. Matahari sudah semakin terang menyinarkan cahayanya namun kelibat Haziq masih belum juga muncul.

Dia melangkah longlai menuju ke bilik. Ingin di ketuk namun tangannya terhenti. Dia teringat kejadian semalam.
‘Macam mana ni. Perut aku dah start bawak lagu hip hop dah ni….’ Farisya masih lagi tercegat di hadapan bilik.
‘Argghhh.. aku tak kira… aku dah tak tahan dah ni.’ Tangannya pantas mengetuk pintu bilik. Namun tiada jawapan.
‘Ala….jangan la macam ni…aku dah tak larat dah ni…’ Dia mencuba sekali lagi. Di ketuk pintu itu bertalu-talu. Habis tangannya merah.

Dipulas tombol pintu yang tidak berkunci perlahan-lahan. Matanya meninjau keadaan sekeliling. Takut ternampak adegan yang tidak sepatutnya dan pandangan beralih ke arah katil.
‘Tidur lagi mamat ni…aku ingat dah pergi mandi…’ Farisya menggeleng.
Habis seluruh tubuh Haziq diselubungi comforter tebal.

“Awak….jom keluar…saya lapar la,” Farisya mencuit-cuit comforter yang di gunakan Haziq. Tiada jawapan.
“Awak… bangun la.. tak kerja ke hari ni.” Farisya mula mengoncang comforter tersebut.
‘Aikss asal ringan je badan dia…’ wajah Farisya bertukar warna. Pucat tak berdarah. Apa yang telah berlaku? Dadanya berdebar-debar. Ingin menyingkap comforter yang digunakan Haziq. Perlahan-lahan comforter itu ditarik.

“Apa yang kau buat tu?” Hampir tercabut jantung Farisya. Haziq menyandarkan tubuhnya di dinding. Dia sudah siap memakai seluar pendek sambil mengesat rambutnya yang basah.
‘Nasib baik aku tak mati… gila punya laki…aku ingat dia tidur lagi… tapi asal aku tak dengar bunyi air kalau kata dia tengah mandi..’ Farisya mengurut dada. Semangatnya lemah.

“Er… tak de apa-apa,” kerana terlalu terperanjat dengan jerkahan Haziq sehingga membuat Farisya terduduk di sisi katil.
“Kau ingat aku dah mati ke?” sindir Haziq. Dia melangkah ke meja solek. Menyisir rambutnya kemas sambil matanya melirik kepada Farisya. Farisya tunduk apabila sedar Haziq sedang merenungnya di sebalik cermin.

“Kenapa diam pulak. Tadi bukan main kuat lagi kau menjerit panggil aku.” Haziq duduk di sofa. Matanya masih merenung Farisya. Farisya kaku dengan panahan mata Haziq yang galak merenungnya.

“Woit…dah jadi bisu ke?” jerkah Haziq.
‘Suka-suka je nak jerkah aku…’ rungut Farisya dalam hati. Hatinya tidak tahan melihat tubuh Haziq yang terdedah. Ataupun lelaki itu sengaja menguji tahap kesabarannya.
“Saya nak buat sarapan tapi kat dapur tu kosong. Bukannya ada apa pun. Dapur je cantik tapi satu apa pun tak de. Awak tak masak ke sebelum ni?” Farisya bangun. Di ambil comforter di atas katil lalu melipatnya. Haziq tersenyum melihat Farisya sudah memuncungkan mulutnya. Dapat juga ia mengalihkan perhatian.

“Kau nak suruh aku masak? Aku sorang je yang makan membazir kalau masak. Baik aku makan dekat rumah mama,”
“Eiii…pemalas,”
“Bukan malas. Tak mahu membazir. Lain la kalau kau duduk dengan aku,” ingin di usik Farisya. Haziq tahu Farisya tidak selesa bersamanya. Sengaja ingin menayangkan tubuhnya kepada Farisya.

“Cepat la. Saya lapar ni,” Farisya geram kerana Haziq masih tidak mahu berganjak.
“Nak ke mana pulak tu?” Terbantut langkah Farisya. Haziq memandangnya dengan wajah serius.
‘Suka hati aku la nak pergi mana pun …daripada aku cakap dengan mamat tiang lampu ni …baik aku blah.’

“Duduk!” arah Haziq namun tidak diendahkan. Farisya berjalan pantas ingin cepat keluar. Haziq bangun dari sofa apabila melihat Farisya sudah menghampiri pintu. Farisya terkejut ketika Haziq merentap pergelangan tangannya.

Dengan sekali kilas, Farisya sudah berada dalam dakapannya. Memori ketika di kota London bertaut kembali. Farisya meronta minta di lepaskan. Suasana menjadi sunyi. Farisya kaku. Fikirannya tidak dapat mencari akal untuk mengelak.

“Kau nak lari ke mana? Aku takkan benarkan kau pergi jauh dari aku. Kau faham tu,” Haziq berbisik di telinga Farisya. Farisya terpaku.

Haziq tersenyum apabila tiada penolakan dari Farisya. Perlahan tangannya menyentuh dagu Farisya lalu di dongakkan. Mata mereka bersatu. Farisya gugup. Situasi begini membuatkan dirinya seperti hendak pitam. Di tambah pula dengan keadaan perut yang kosong membuatkan dirinya semakin lemah.

Tetapi padangannya tertancap kepada suatu objek yang melekat dihelaian langsir. Dan….

“Arrrrggghhhhhhh,” Haziq terpinga dengan jeritan isterinya. Malah pelukan Farisya semakin erat. Suasana menjadi kelam kabut. Jeritan Farisya membingitkan.


*******


Farisya menyuap perlahan burger di tangannya. Matanya diarah ke tempat lain. Tidak sanggup untuk dia menatap lelaki di hadapannya. Malu dengan kejadian yang tak di sangka-sangka membuat Farisya lebih rela mendiamkan diri. Dia melihat Haziq begitu berselera sekali menikmati hidangannya. Di kuis kentang goreng yang masih berbaki. Seleranya mati. Serba tidak kena dibuatnya.

“Kenapa tak habiskan,” soal Haziq. Lucu dengan peristiwa ketika di rumah membuatkan senyumannya masih terukir dibibir. Adegan yang sepatutnya menjadi romantic bertukar menjadi haru biru apabila Farisya menjerit ketakutan kerana terlihat seekor lipas yang merayap di helaian langsir.

“Dah kenyang,” jawab Farisya pendek. Geram dengan senyuman Haziq berbau sindiran.
“Bila nak start buat praktikal?” Farisya mengambil sehelai tisu lalu dikesat bibirnya yang munggil itu.
“Praktikal start minggu depan. Kenapa?”
“Saja. Ada barang yang kau nak beli untuk pratikal nanti?” Farisya menggeleng. Semuanya sudah disiapkan lebih awal. Bukan jenisnya untuk melakukan sesuatu kerja di saat terakhir.

“Ermm…saya nak minta izin dari awak. Saya ingat nak balik kampong. Dah lama saya tak balik jenguk ibu. Rindu pula rasanya,” Farisya tunduk. Kerinduan di hati terhadap ibu tercinta mengundang sebak namun masih mampu di tahan. Malu andai Haziq dapat melihat air matanya yang bergenang.

“Berapa lama?” Haziq menyandarkan tubuhnya. Keriuhan didalam restoren tersebut membuatkan dia kembali menegakkan tubuhnya. Dengan cara itu, dia lebih dekat dengan Farisya.

”Dua tiga hari je. Lagipun saya nak prepare untuk praktikal awal sikit,” cadang Farisya. Dirinya berharap Haziq dapat membenarkannya untuk pulang ke kampung. Ini bermakna, dirinya akan berjauhan dengan suaminya.
“Boleh. Tapi dengan syarat,” Farisya menanti sambungan ayat Haziq.

“Kau kena balik dengan aku. And one more thing, kau kena layan aku as your husband,” senyuman Haziq melebar apabila melihat wajah terkejut Farisya.
‘Matilah aku kali ni….i’m trape….’

“Setuju atau tak terpulang pada kau,” Haziq memberi kata dua pada Farisya untuk membuat pilihan. Andai dilauh mati emak, andai ditelan mati bapa. Itulah yang dirasainya ketika itu.
“Awak memang nak kenakan sayakan. Tak pe. Saya terima. Jaga awak,” Farisya memberi kemenangan kepada Haziq. Haziq hanya tersenyum. Sudah berkali-kali Farisya terpaksa mengalah.

“Jom. Aku nak beli barang. Banyak benda yang kena beli untuk rumah tu. Nanti ingatkan aku untuk singgah di kedai perabot. Lagi satu aku nak tanya. Kau ni pandai masak ke?”
‘Eleh..belum rasa belum tau la…aku gerenti siap jilat jari kau nanti..tunggu la ..’
“Apa, awak ingat saya ni koman sangat ke. Tak guna la saya jadi orang perempuan kalau tak tahu masak,” Haziq senyum dengan jawapan Farisya. Haziq bangun dan di ikuti Farisya. Mereka berjalan beriringan seperti dua merpati terbang sejoli. Haziq mengenggam erat jemari Farisya. Farisya hanya membiarkan kerana tidak mahu menjatuhkan air muka suaminya. Dalam hati, dirinya terasa senang. Senang dimanjai oleh lelaki itu.

Farisya sudah tidak larat untuk berjalan. Haziq masih lagi belum puas dengan apa yang dibelinya. Tiba di satu butik ekslusif pakaian untuk wanita, Haziq menarik tangan Farisya. Haziq mengambil sepasang blouse dan di hulurkan kepada Farisya. Farisya mengangkat kening.

“Pergi cuba baju ni.” Arah Haziq. Farisya membelek baju yang di hulurkan. Terbeliak matanya melihat potongan leher blouse tersebut terlalu luas. Andai Farisya memakai blouse yang diberikan Haziq, sudah pasti apa yang disembunyikan selama ini terpampang. Cukup seksi. Farisya menghulurkan kembali kepada Haziq.
‘Gila! Ada ke dia bagi baju aku macam tak cukup kain ni…dia ingat aku ni apa...’

“Apa yang tak kena? Pergilah,” tegas Haziq. Farisya mengeleng laju.
“Banyak yang tak kena. Seksi sangat. Awak nak bagi semua orang tengok apa yang sepatutnya untuk awak je. Saya ni bukannye kolot sangat tapi nak berfesyen pun kena la jaga nama baik suami sama,” Haziq tertarik dengan jawapan isterinya. Dia akui dengan kata-kata Zakuan mengenai isterinya. Farisya memang istimewa.

“Untuk aku?” Farisya tersilap kata. Haziq tersenyum nakal. Tahu apa yang bermain di fikiran Haziq.

Dia sendiri tidak pernah melihat Farisya berpakaian seksi. Tidak seperti Irma atau Tasha yang sering mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata. Itu yang membezakan antara mereka. Di letakkan semula blouse itu dan beralih ke rekaan blouse yang lain. Satu persatu di ajukan kepada Farisya tetapi tiada satu pun berjaya menarik minat Farisya. Tangannya juga sudah lenguh. Wajahnya berubah. Mengapa tiada satupun blouse yang mampu menarik minat Farisya.

Farisya memberi isyarat kepada Haziq supaya berhenti. Tidak sampai hatinya melihat wajah Haziq begitu. Seperti kecewa lagaknya. Dia berjalan ke satu sudut dan kembali bersama sepasang blouse yang sedikit kasual. Jauh di sudut hati, Haziq memuji cita rasa isterinya.
‘Boleh tahan taste minah ni… aku ingat tak tahu langsung…’ puji Haziq.

Blouse itu tidak menampakkan ciri-ciri yang seksi namun masih mampu membuatkan si pemakai kelihatan anggun dan menawan. Farisya tahu serba sedikit tentang dunia fesyen yang sesuai untuk wanita seperti dirinya dari majalah-majalah.

Farisya melangkah keluar dari bilik persalinan. Di angkat keningnya sambil tersenyum. Dia menggayakan blouse yang dipilihnya di hadapan Haziq. Haziq memeluk tubuh sambil mengangguk. Mengakui akan keayuan Farisya memang nampak sesuai dengan apa saja yang dipakainya.

“Not bad,” Farisya mengibarkan rambutnya dan kembali ke bilik persalinan.
‘Baru kau tahu siapa aku…hehehe…acah je tu…’ Farisya ketawa sendirian apabila teringatkan pandangan mata Haziq yang kagum melihatnya. Hatinya berbunga riang.















Bab 17


Farisya memeluk erat ibunya sebaik saja tiba ke kampung halaman. Sejak menjadi isteri kepada Haziq, baru kali ini dia dapat melawat keluarganya di kampung. Jadual waktu yang padat membataskan untuk dia pulang ke kampung dengan lebih kerap.

“Kamu sihat Isya,” Marlia bertanya. Dia terlalu kasih dengan Farisya kerana ketaatannya.
“Sihat bu, adik macam mana? Isya banyak kerja la bu, tak sempat nak lawat ibu selalu,” Farisya berjalan mengiringi ibunya sambil membawa bag pakaiannya.
“Ibu faham. Isya kan dah jadi isteri orang, walau apa pun Isya kena utamakan suami Isya,” Farisya mengangguk. Pesanan ibu tak pernah di lupakan dan sebab itulah ia tidak pernah bertindak di luar batasan terhadap Haziq.Haziq mengekori langkah mereka bersama bapa mertuanya.

Ini kali kedua dia melangkah masuk ke rumah orang tua Farisya. Buat kali pertama, mungkin dia merasa kekok. Namun kini dia terpaksa membiasakan dirinya untuk tinggal di rumah kedua ibu bapa Farisya.
“Pergilah layan suami kamu tu. Ibu tengok dia macam tak biasa dengan rumah kampung,” arah ibu Farisya.

“Biar la dulu bu. Tak tahu, kenalah belajar,” Farisya mengangkat cerek untuk menjerang air. Dia membantu ibunya untuk membuat minuman petang. Dia juga sempat singgah untuk membeli beberapa jenis kuih buat santapan mereka sekeluarga.

“Isya, dengar tak cakap ibu,” mendengar suara ibunya yang sedikit tegas, Farisya dengan malas melangkah ke ruang tamu di mana Haziq masih duduk di atas kerusi rotan. Tidak berani untuk membantah.
“Awak nak mandi ke?” Haziq menoleh. Melihat wajah Farisya sedikit masam. Pasti telah dipaksa oleh ibunya. Haziq tersenyum.

“Ehhemmm,” mendengar ibunya berdehem membuat Farisya terkedu. Rumah kedua orang tua Farisya tidak begitu besar makanya apa yang di bualkan mudah di dengari hingga ke dapur.
“Abang nak mandi? Saya siapkan baju,” Farisya berkata lembut namun wajahnya masam mencuka. Haziq tersenyum lagi. Hatinya lucu melihat memek muka Farisya. Sengaja suaranya dibuat lembut.
‘Mamat ni tak habis-habis nak senyum…seronok la tu…menyampah betul..’ jelingnya geram.

“Boleh jugak. Tapi abang nak mandi air perigi,boleh?” Farisya terkejut.
‘Mengada betul la laki aku ni…mentang-mentang la ibu ada…saja je nak kenakan aku …geramnya..’

“Kan ada air paip. Kenapa nak mandi air perigi pulak. Dah lama kami tak gunakan perigi tu. Takut airnya kotor. Nanti awak tak biasa pulak,” Farisya sengaja memberi alasan. Sebenarnya dirinya malas untuk ke sana. Lagi-lagi hanya mereka berdua saja.
“Aku nak rasa mandi air perigi macam mana. Cuba kau tanya ibu,” arah Haziq. Farisya mengeluh. Terpaksa melayan kerenah suaminya.

“Kenapa kamu ke sini?” ibu farisya bertanya.
“Menantu kesayangan ibu tu nak mandi air perigi. Dia teringin. Air perigi masih elok lagi ke bu?” Farisya mencubit isi ikan masin yang sudah dibakar dibawah tudung saji. Baki lauk untuk santapan keluarga Farisya tengah hari tadi.

Begitulah mereka. Cukup sederhana. Farisya ingat akan pesan arwah ayahnya, tidak perlu membazir dalam makan. Biar makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Farisya pegang kata-kata itu sehingga dirinya dewasa. Tidak hanya pada makanan, malah kesemua barang-barang Farisya akan digunakan selagi boleh. Lebih jimat.

“Apa yang tak eloknya. Abah kamu selalu mandi air perigi. Dia sendiri tak biasa nak mandi air paip. Lebih puas katanya. Pergi la bawa suami kamu tu,” Marlia melihat Farisya masih mencubit-cubit isi ikan masin bakar. Memang dari kecil lagi, itulah menjadi kegemarannya. Selalunya, ikan masin bakar akan dimakan bersama ubi rebus ataupun pulut kukus.

“Isya,” Farisya mendongak. Melihat anak mata ibunya yang galak menjelingnya.
“Ye la. Ye la. Isya pergi la ni,” Farisya meminta diri. Melangkah masuk ke bilik untuk menyiapkan baju dan tuala untuk Haziq mandi di perigi. Entah apa angin Haziq untuk berbuat demikian. Farisya terpaksa melayani kehendak Haziq, itu sudah termaktub dalam syarat yang telah dijanjikan.
“Kau selalu mandi air perigi?” Haziq mengekori langkah Farisya. Meredah sebuah lorong yang dipagari semak dan lalang. Haziq yang hanya berseluar pendek terasa kakinya miang terlibas daun-daun lalang.
“Tak juga. Lepas rumah ada air paip, saya terus tak mandi air perigi. Lagipun dah besar panjang macam ni tak molek kalau mandi di perigi. Takut ada yang mengendap,” terang Farisya. Walaupun dirinya belum pernah menjadi mangsa, tetapi satu kampungnya heboh. Teman sekampungnua juga ada yang menjadi mangsa. Tetapi tidak pernah pula mereka membuat tangkapan.

“Ye ke? Ada lagi orang yang nak mengendap zaman ekarang ni,” seakan terkejut.
“Zaman je berubah. Mentaliti orang tetap sama. Orang kampong la katakan, Kolot sikit,” Farisya menyangkut tuala dan baju untuk di pakai selepas Haziq mandi nanti. Keliling kawasan perigi sudah berdindingkan zink. Jadi, agak sukar untuk orang lain mengendap.

Haziq membuka baju tshirt yang di pakainya lalu di hulurkan kepada Farisya. Dengan wajah yang merona kemerahan, Farisya menyambut huluran Haziq. Cuaca yang agak panas memang sesuai andai mandi di perigi. Air perigi memang agak dingin berbanding air yang mengalir dari paip.

“Macam mana nak ambil air perigi ni?” soal Haziq. Dia kebingungan.
“Mari saya tunjukkan,” senyum Farisya sambil mengambil baldi kecil yang telah tersedia terikat dengan tali. Di campakkan baldi itu ke bawah. Dalam beberapa saat, Farisya menarik semula tali yang di ikat pada baldi. Baldi yang dinaikkan Farisya penuh dengan air. Di tuangkan air itu ke dalam besen.

“Nah. Awak cuba pulak,” Haziq mengambil baldi di tangan Farisya. Cuba mengulangi apa yang di lakukan Farisya sebentar tadi.

Terkial-kial dia melakukan perkara yang baru bagi dirinya. Saat dia menarik baldi itu naik keatas, air yang terisi di dalamnya hanya sedikit. Farisya ketawa lucu. Namun Haziq tidak mengalah. Dia mencuba sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama. Tangannya sudah lenguh. Air dibesen tidak juga penuh. Membiarkan Farisya mentertawakannya.

“Marilah saya buatkan. Awak gunalah air dalam besen tu,” baldi bertukar tangan. Tidak sampai hati melihat Haziq bersusah payah menarik baldi yang isinya hanya sedikit. Haziq mandi dengan puas sekali. Kesejukan air perigi membuatkan dirinya merasa begitu segar. “Kau tak mandi sama?” Haziq menyempu rambutnya.

“Tak nak la. Saya mandi dekat dalam je nanti. Tak selesa,” ditolak lembut perlawaan suaminya. Mana mungkin mereka akan mandi bersama di kawasan yang agak terbuka.
‘Ish…dah buang tabiat…nasib baik dah kahwin…silap-silap boleh kena tangkap basah…’

“Kenapa tak selesa pulak. Bukan kau pernah mandi air perigi ni kan. Cepatnya berubah. Lupa diri la tu,” Haziq masih lagi menggaru kepalanya. Buih sudah terlalu banyak memenuhi kepalanya.

‘Amboi sedapnya mulut tu...tolong sikit ehks..’
“Hello..lain kali cakap tu jangan la pakai hidung cik abang oi.. Saya tak selesa bukan sebab lupa diri, tapi sebab awak. Faham,” Farisya meletakkan baldi kecil itu di bawah apabila besen di hadapan Haziq sudah dipenuhi air. Dia sedikit mengah. Sudah terlalu lama dirinya meninggalkan tabiat itu.
“Ye la tu. Boleh percaya ke?” Haziq menduga. Seakan tidak percaya.
“Tak percaya sudah. Saya tak paksa,” Haziq tersenyum.

Tiba-tiba dia memejam matanya dengan rapat. Diraba-raba gayung yang entah hilang kemana. Buih syampu telah masuk ke matanya. Farisya hanya memerhati Haziq didalam dunia gelapnya.

“Tolong carikan gayung kat aku. Mata aku pedih ni,” Farisya sengaja mendiamkan diri. ‘Padan muka kau…asyik aku je yang kena..biar kali kau pula yang rasa…’
“Woi..kau dengar tak? Isya…kau dah pergi ke?” Haziq terpinga-pinga dalam kegelapan.

Matanya sudah begitu pedih dirasakan. Haziq bangun untuk mencari gayung. Dalam teraba-raba itu, dia telah menghampiri perigi. Farisya merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Hatinya tersentak apabila melihat kaki Haziq begitu hampir dengan perigi. Dia bangun dengan pantas untuk menghalang Haziq dari terjatuh ke dalam perigi. Namun malang telah menanti mereka.

“Awak, pegang kuat-kuat,” Farisya cuba menarik tubuh Haziq tetapi gagal disebabkan tubuh Haziq di lumuri sabun dan syampu ia menjadi licin.
“Arrggghhhhh!!!!” mereka sama-sama menjerit. Farisya gagal menahan Haziq dari terjatuh ke dalam perigi. Malahan dirinya turut sama terjatuh.

“Burrrr!!!”
“Kau pergi mana tadi hah! Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang?” Haziq meraup wajahnya.
“Mana ada. Saya tak bergerak ke mana pun,” jawab Farisya pendek. Di sababkan niatnya yang jahat, dia terpaksa menerima akibatnya.

“Dah tu. Kenapa kau tak menyahut masa aku panggil. Kau sengaja nak kenakan aku kan,” Farisya diam. Dia tahu dirinya bersalah. Air perigi itu terlalu sejuk dirasakannya. Dia menggigil kesejukan. Wajahnya pucat menahan sejuk. Haziq mendongak ke atas. Keadaan perigi yang sedikit dalam menyukarkan dirinya untuk panjat ke atas. Dia mencuba untuk beberapa kali untuk ke atas tetapi gagal.

“Ini semua salah awak. Kalau awak tak beriya sangat nak andi air perigi, kita dah tentu tak jadi macam ni,” marah Farisya. Tanganya dibawa ke dada.
“Apasal pulak aku. Yang kau tak menyahut masa aku panggil tu sapa suruh. Nak tolong orang tapi dia sendiri pun jatuh,” Farisya menjuihkan bibirnya.

“Nasib baik orang nak tolong tau,” Haziq ketawa.
“Ye la. Tolong sangat la ni. Dua-dua kena tidur dalam perigi ni sampai orang datang cari. Baru padan muka kita,” Farisya mengalah. Cakap Haziq ada betulnya. Memang salahnya sendiri.
“Pernah jadi macam ni?” Farisya mengangguk.
“Berapa lama terperangkap dalam ni?” Farisya menunjukkan isyarat satu menggunakan jarinya.
“Satu jam,” Haziq menarik nafas lega. Nasib baik.
“Tak. Satu hari,” jawab Farisya perlahan. Haziq terkedu. Nampaknya, terpaksalah mereka duduk di situ sehingga ada sesiapa yang menyedari akan kehilangan mereka. Farisya sudah tidak dapat menahan sejuk.

Sudah beberapa kali dirinya bersin. Haziq merapati Farisya. Farisya cuba mengelak. Keluasan perigi tidaklah sebesar mana. Takkan mungkin Farisya dapat melarikan diri dari Haziq. Farisya mengangkat tangan untuk menyapu wajah dari kotoran yang melekat ketika mereka terjatuh tadi. Habis keruh air perigi. Tatkala tangannya berada di hadapan mata, Farisya menjerit secara tiba-tiba.

“Arrhhhhgggg....arrggghhh....” sambil mengibas-ngibaskan tangannya.
“Apasal?” Haziq melihat Farisya menjadi tidak keruan.
“Pacat,” Farisya masih lagi mengibaskan tangannya ke dalam air. Habis terpercik merata-rata. Memang lumrah orang perempuan akan berkelakuan seperti itu apabila terlihat binatang yang gemar menghisap darah. Haziq menangkap tangan isterinya untuk membuang pacat yang terlekat tetapi kosong.
“Mana ada pacat. Kau ni penakut sangat la,” sela Haziq.

“Eh ye ke. Tadi ada. Betul saya tak tipu,” Farisya tersengih. Wajahnya dirasakan begitu tebal menahan malu. Apabila yakin tangannya tidak mempunyai apa-apa barulah di raup wajahnya. Rambutnya yang panjang di tolak ke belakang. Dia sempat melirik ke arah Haziq dan ketika itu mulutnya ternganga. Sambil menekup mulutnya untuk tidak menjerit. Farisya menunjukkan sesuatu kepada Haziq. Haziq perlahan menoleh apa yang di tunjukkan oleh Farisya.

Melihat sahaja pacat terlekat di bahunya, Haziq yang terperanjat terjerit kecil sambil menguis pacat yang belum sempat menghisap darahnya. Apalagi, terkekeh-kekeh Farisya mentertawakan suaminya.
‘Eleh tadi cakap orang…dia sendiri takut…’
“Apa yang kau gelak. Aku tak takut cuma geli je,” dalih Haziq. Farisya masih lagi ketawa. Semakin lama semakin deras. Haziq bengang mendengar ketawa Farisya. Dia mendapat akal.

“Apa tu?” Haziq menunjukkan sesuatu ke arah Farisya yang sedang ketawa. Spontan Farisya menjerit seraya memeluk tubuh Haziq di hadapannya.
“Ha…lain kali jangan nak gelakkan orang. Kan dah kena,” bisik Haziq. Farisya tunduk. Tawanya mati di situ bersama pelukan hangat dari Haziq. Langsung tidak mahu di lepas.

“Iman. Kamu cuba pergi tengok kakak kamu dekat perigi. Dari tadi mandi takkan tak siap-siap lagi. Dah masuk ke senja dah ni,” Marlia merasa sedikit gusar.
“Kakak balik ke bu? Patut la Iman nampak ada kereta besar dekat luar. Iman ingat kereta cikgu Iman,” Iman duduk bersimpuh di sisi abahnya. Cucur udang dihadapan disuap ke mulut. Memang perutnya merasa lapar.

“Apa lagi yang kamu tunggu ni. Tak dengar apa yang ibu cakap tadi,” Marlia mengingatkan Iman. Satu-satu anak lelakinya. Marlia bersyukur kerana di kurniakan aepasang anak yang mendengar kata. Mampu berdikari dan tidak pernah merungut akan kesusahan mereka. Walaupun Farisya dan Iman berlainan bapa, tetapi mereka cukup akrab.

“Ye la. Iman nak pergi la ni. Kan air paip dah ada. Kenapa nak mandi air perigi lagi?” Iman mengomel sendirian.
“Abang ipar kamu tu tak pernah mandi air perigi. Dia teringin nak rasa,” Iman hanya mengangguk. Pantas dia melakukan seperti apa yang di arahkan oleh ibunya.

“Dah lama ke mereka pergi,” soal Radduan sambil tanggannya ligat melipat rokok daun lalu di selitkan ke mulutnya.
“Dah dari tadi lagi. Ada la dalam tiga empat jam. Saya takut jadi apa-apa je dekat dia orang tu. Menantu kita tu bukannya biasa dengan suasana kampong ni. Jadi apa-apa kan susah,” Marlia menambah air kopi ke cawan suaminya.
“Dia orang tu dah besar panjang. Dah kahwin pun. Nak risau apanya. Jadi apa-apa pun, suami dia ada,” Radduan menenangkan kegelisahan yang melanda jiwa isterinya.

Tiba-tiba Marlia tersentak apabila terdengar sayup-sayup suara Iman memanggilnya. Semakin lama semakin hampir. Jantungnya berdegup kencang.
“Ibu….ibu...” sampai saja di hadapan ibunya, Iman sudah tersungap-cungap kepenatan akibat berlari sekuat hati.

“Apa kena kamu ni Iman. Mana kakak kamu?” Marlia bertanya. Iman masih lagi tertunduk.
“Kakak dengan abang jatuh perigi,” Marlia terkesima. Pantas kakinya melangkah ke perigi dengan hanya berkki ayam.

“Abang cepat, anak kita jatuh perigi. Ya allah…” sempat juga Marlia memanggil suaminnya. Radduan turut sama terkejut dengan cerita yang di sampaikan Iman. Marlia dan Iman sudah pun meninggalkan Radduan yang baru ingin berlari-lari anak menuju ke perigi.





























Bab 18

“Ok Shida, aku balik dulu ye, ” pesannya kepada Shida.
“Eh..kau nak balik naik apa? Kalau tak silap aku, hubby kau ada meeting kan?” Shida cuba mengingatkan Farisya.
“Alamak, aku terlupa la. Erm… aku tunggu kat bilik dia la. Kalau kau balik lambat tak pe la juga. Nak duduk sorang-sorang kat sini, takut aku.”
“Apa yang kau nak takut. Budak akaun dengan shipping kan selalu balik lambat,” Farisya tidak mahu mengambil risiko. Dirinya masih baru untuk duduk bersendirian.

“Tak pe lah Shida. Mana tahu dia dah habis meeting ke. Boleh aku balik awal. Asyik balik lambat je,” luah Farisya. Mengemaskan apa yang patut di mejanya.
“Selama ni pukul berapa kau sampai rumah?”
“Kalau jarum jam belum tunjuk pukul sepuluh, jangan harap la aku nak ada kat rumah,”
“Dah tu kau buat masa tunggu suami kau?” Shida menekan suis off di komputernya.
“Buat la apa yang patut. Boring tau,” adu Farisya.

“Dah nasib kau Isya. Terima je la. Aku ingat kahwin dengan anak orang kaya ni senang. Lagi susah eks,” Shida turut sama mengemas mejanya.

“Siapa cakap senang Shida oi. Tengok nasib juga la.”
Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Sejak di tempatkan bersama dengan Shida, mereka menjadi akrab. Ke mana saja mereka pergi tetap berdua.

Farisya membuka pintu bilik pejabat suaminya. Bilik itu sudah tidak asing lagi baginya. Farisya melihat di sebalik pintu. Kosong. Farisya sempat mengambil beberapa fail milik pelanggan untuk di semak. Dia menanti Haziq dengan sabar. Melabuhkan punggung di atas sofa yang di import. Menyelak beberapa fail yang mengandungi kontrak-kontrak milik pelanggan.

Waktu berganjak dari siang menjauh ke malam. Farisya sudah pun terlena. Fail di hadapannya masih lagi terbuka. Haziq melangkah masuk. Dia tidak sedar akan Farisya yang terlena di biliknya. Dia berjalan terus menuju ke meja.

Fail ditangannya di hempas kasar. Perebutan untuk mendapatkan kontrak anjuran kerajaan tidak berjaya di perolehi. Proposal yang di sediakan hampir sama dengan proposal pihak Melati Berhad. Yang membezakan proposal itu hanyalah sebut harga yang ditawarkan Haziq sedikit tinggi berbanding Melati Berhad.

Walaupun Dato’Razlan tidak menyalahkannya namun, dia merasa ada seseorang telah mengkhianatinya. Haziq meniti skrin computer. Membuka semua fail berkaitan dengan kertas kerja yang di bentangkan ketika mesyuarat tadi. Menyemak kembali mencari di mana silapnya yang telah menyebabkan mereka terlepas dari projek yang berharga jutaan ringgit.

Ketika itu juga, matanya tertancap susuk tubuh Farisya yang tersandar lesu. Haziq tersenyum. Dirinya turut simpati kerana Farisya terpaksa menunggu dirinya. Disebabkan dirinya yang terlalu sibuk, memang menjadi kebiasaannya untuk pulang lewat. Pantas tanganya menekan alat tetikus dihadannya agar kerjanya dapat cepat disiapkan. Hatinya berbunga kembali. Api cintanya membara menjadi pendorong untuk ia lebih kuat berusaha. Haziq menyiapkan kerjanya dalam tersenyum.

Farisya merasa ada seseorang sedang menggoncang bahunya. Matanya dibuka perlahan. Wajah Haziq di hadapannya di tatap lesu. Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepadanya. Namun dibiar tanpa balasan. Dirinya masih lagi mamai.
“Kat mana ni?” soal Farisya.
“ Kat mana pulak. Kat ofis aku la. Kau nak balik tak?” Haziq sudah pun berdiri bersama baju kot dan briefcasenya
.
“Erm…” Farisya tersentak. Dia tidak mahu Haziq meninggalkannya. Pantas di capai beg tangan dan fail-fail yang bersepah di atas meja. Haziq menutup suis lampu . Mengeleng melihat gelagat Farisya yang kadang-kadang kelihatan clumsy.

“Sekarang ni aku tengok kau selalu bawak balik kerja ke rumah. Kau cukup masa ke nak rehat.” Farisya tersenyum. Tidak sangka Haziq begitu mengambil berat walaupun dalam hal sekecil itu.

“Dah kawan awak tu bagi saya banyak kerja, kena lah saya buat. Awak yang nak sangat kan,” balas Farisya berbau sindiran. Wajah lelaki itu dikerling. Dalam tak sedar, dirinya turut memuji kekacakkan yang dimiliki Haziq. Kadang kala wajah itu kelihatan tenang. Sejuk hatinya memandang.

“Manalah aku tahu dia nak bagi kau kerja sampai banyak macam ni.”
“Dah tu, awak nak suruh saya buat apa.” Soal Farisya.
“Esok aku bagitahu Malik,” Haziq menumpukan perhatiannya. Simpati kerana salahnya juga yang terlalu mendesak Farisya.

“Eh tak payah la. Nanti dia cakap saya mengadu pulak. Lagipun saya kan masih praktikal lagi. Banyak lagi yang saye kena belajar,” pujuk Farisya. Tidak mahu menggunakan kuasa yang ada pada suaminya untuk kepentingan diri sendiri. Biarlah bersusah dahulu agar dirinya senang di kemudian hari.

“Kau lapar tak?” Farisya mengangguk. Memang perutnya menjerit-jerit minta di isi. Jam di tangan sudah melangkau ke angka dua belas.

Haziq tidak pulang terus ke rumah. Dia membawa Farisya ke sebuah restoran melayu untuk makan malam. Farisya menurut tanpa banyak soal. Di turuti saja kehendak Haziq. Setelah membuat pesanan, Haziq begitu asyik melihat telatah anak kecil di sebelah mejanya. Terdetik dihatinya untuk memiliki cahaya matanya sendiri. Namun sebelum itu, dirinya harus merebut cinta milik Farisya terlebih dulu. Biarlah hatinya bersabar. Bersabar mencari cahaya cinta.

*****************

Hari minggu begini memang seronok andai dapat bersantai bersama keluarga. Farisya bangun sedikit awal untuk menyediakan sarapan. Sengaja tidak di kejutkan Haziq. Jika tidak sudah tentu ia sukar untuk melakukan kerja-kerja rumah. Seperti minggu-minggu yang lepas, Haziq selalu mengganggunya. Dalam menggangu, ada juga suaminya membantu.

Jus oren di tuang ke dalam gelas lalu diteguk perlahan. Duduk melepaskan lelah mengemas sambil melihat ke bahagian belakang rumah. Kelihatan seorang anak kecil sedang leka memerhati si ibu sedang menyiapkan kerjanya. Belum tentu dirinya dapat merasa apa yang dilihatnya tadi.

Sejak kebelakangan ini, Farisya sedar akan perubahan diri Haziq. Memang agak berbeza dari dahulu. Cahaya untuk mereka berbaik masih lagi samar-samar walaupun kadang kala layanan Haziq mendamaikan hatinya. Lelaki itu tidak kering akal untuk merebut cintanya. Namun, tidak pernah pula mengucapkan kata-kata cinta secara terang. Dirinya juga turut kaku untuk mengaku sedangkan perasaan itu semakin menular memenuhi hatinya.

Farisya mengeluh panjang. Dia menghabiskan minumannya lalu menoleh.
“Argghhh!!” Farisya terkejut melihat Haziq yang sedang menikmati sarapan dimeja makan. Entah bila Haziq turun, dirinya langsung tidak sedar. Gelas di pegangannya terlepas. Kaca bertaburan memenuhi lantai. Farisya panik. Apa yang di buat serba tidak kena.

“Kau ni kalau tak menjerit sehari boleh demam agaknya,” sindir Haziq. Suapannya terhenti ketika mendengar jeritan Farisya beserta deraian kaca. Tiada niat di hatinya untuk membuat Farisya terkejut. Tidak sampai hati untuk mengejutkan isterinya yang sedang asyik mengelamun.

“Sorry. Saya tak dengar awak turun,”
‘Dia yang muncul macam hantu ..nak sindir orang pulak.’ Wajahnya di tundukkan. Mencari ruang untuk bergerak kerana di hadapannya sudah dipenuhi denga serpihan kaca.

“Mana nak dengar kalau asyik mengelamun.” Farisya melangkah setapak untuk mengambil penyapu.
“Tunggu !” jerit Haziq

“Auucchhh.” Langkah Farisya tersilap percaturan lalu serpihan kaca tertusuk ke kakinya. Darah menitis. Farisya masih berdiri di tempat yang sama. Dia tidak dapat bergerak kerana kaca masih berselerak di merata tempat. Dia merasakan kakinya berdenyut-denyut dan ngilu. Kaca masih lagi terlekat di kakinya.

Haziq pantas menyambar penyapu di tangan Farisya. Dia dapat mengagak luka di kaki Farisya agak dalam kerana banyak darah yang mengalir keluar. Selepas memastikan tiada lagi kaca di atas lantai, Haziq membantu Farisya untuk duduk di atas kerusi. Dia tunduk melihat luka di kaki Farisya.

“Kau sayangkan aku tak?” Farisya terkejut.
‘Gila ke apa mamat ni. Aku dah sakit gila ni..dia boleh tanya aku soalan cepumas tu… dah makin mereng kot laki aku ni..’

“Dah tak ada waktu lain ke awak nak tanya.” Farisya cuba menahan sakit. Pertanyan Haziq dirasakan kurang tepat. Mana mungkin dalam keadaan sakit, dirinya boleh bersikap romantis.
“Kau pernah jatuh cinta dengan aku tak?” tambah Haziq lagi. Tidak menghiraukan rungutan Farisya. Wajah Farisya di renungnya. Mata mereka bertemu.
“Apasal awak nak tahu. Kalau saya sayang ke, cinta ke tak mendatang sebarang faedah pada awak kan,” bentak Farisya yang berasa tidak selesa.
“Siapa kata?”
“Saya kata lah,” Farisya menepis tangan Haziq. Adakah lelaki itu sengaja mempermainkan perasaannya.

“Mana kau tahu? Kau boleh baca hati orang ke?” Farisya hairan dengan kelakuan Haziq. Dalam dia ingin menjawab, Haziq telah pun menarik serpihan kaca yang tertusuk di tapak kakinya.
“Argghhh.” Jerit Farisya. Bahu Haziq dicengkam kuat. Matanya terpejam. Darah semakin banyak mengalir selepas serpihan kaca di tarik.

Haziq sengaja mengalihkan perhatiannya supaya dia tidak merasa terlalu sakit ketika serpihan kaca ditarik keluar. Persoalan tentang hati tidak lagi timbul. Haziq mengambil sehelai tuala kecil dari laci dapur. Di balutnya kaki Farisya menggunakan tuala kecil bagi mengurangkan pendarahan. Walaubagaimana pun, Farisya harus dikejarkan ke klinik agar lukanya tidak dijangkiti kuman.

“Kau tunggu sini kejap.” Farisya mengangguk. Berkerut dahinya menahan sakit. Haziq berlari ke tingkat atas. Dia kembali mendapatkan Farisya selepas mengambil dokumen penting milik Farisya dan dirinya.

Tanpa banyak soal, Farisya hanya menurut apa yang di lakukan oleh Haziq. Di cempung tubung Farisya ke dalam kereta. Tuala putih sudah lencun di basahi darah. Haziq terus memandu keretanya dengan laju. Sesekali Farisya yang semakin lemah di sisi di kerling. Sempat bibirnya menitip doa agar luka di kaki Farisya tidak membahayakan.






Bab 19


“Kau nak apa-apa?” Farisya menggeleng. Haziq memapah tubuh Farisya yang masih lemah ke sofa. Disebabkan luka di kaki Farisya agak dalam, ia terpaksa di jahit. Farisya melihat Haziq seperti sedang berfikir.

“Apa kita nak makan tengah hari ni? Siapa nak masak?” Haziq menyoal Farisya.
“Awak la. Takkan saya pulak. Kalau tak reti mari saya ajarkan,” usul Farisya. Mana tahu rezekinya hari ini dapat merasa masakan dari air tangan suaminya. Bibir tersenyum manja. Rasa sayang lelaki itu jelas terpancar. Dalam diam hatinya berasa senang.

“Hah…aku mana tahu masak. Makan tu terror la,” Haziq duduk di sisi Farisya. Tangan kanan di lingkarkan di tengkuk Farisya. Senang dengan kedudukan begitu.
“Senang je. Saya potong-potongkan bahan, lepas tu awak masak la,” Haziq meneliti Farisya dari atas ke bawah.
‘Boleh ke bini aku ni… nanti kalau pengsan kat dapur …tak ke susah..’

“Tak payah la. Aku beli lauk dekat luar je. Lagipun aku tengok badan kau lemah lagi,” bantah Haziq. Kepala di geleng perlahan. Tidak mahu perkara yang lain pula yang akan terjadi.
“Tak la. Saya ok. Kaki saya je yang luka bukannya tangan. Saya dah ok la,” Farisya meyakinkan suaminya. Tidak mahu membuat Haziq bertambah risau. Farisya mengangkat kening. Dilihat wajah Haziq berkerut memikirkan cadangannya.
“Boleh ke?” Farisya tersengih. Kesakitan yang di rasai disembunyikan.
“Boleh punya,” gelak Farisya. Haziq seperti tidak percaya yang Farisya boleh ketawa dalam kesakitan.

“Yang kau tergelak sakan ni kenapa? Kaki kau dah tak sakit ke?” Farisya senyap tetapi masih lagi tersenyum.
“Sakit la. Tapi saya tak sabar nak rasa masakan awak,” sindir Farisya. Dalam sakit-sakit sempat juga dia ingin mengenakan suaminya.
“Kalau macam tu baik tak payah. Kalau makan kat luar pun selamat dari kena komen dengan kau,” senyuman Farisya terhenti. Cepat betul suaminya mengalah.

“Apasal pulak. Ok..ok saya tak gelakkan awak,” Farisya berjanji.
“Betul ni?”
“Betul la,” senyum Farisya.
Haziq memapah Farisya berjalan menuju ke dapur. Di sebabkan luka itu, langkah Farisya menjadi perlahan. Haziq tidak dapat menahan kesabaran lalu mencempung tubuh Farisya. Di letakkan Farisya di atas sebuah kerusi dimeja makan. Setelah itu, peti sejuk di buka luas.

“Nak masak apa?” Haziq menggaru kepalanya sambil bercekak pinggang. Isi kandungan di dalam peti sejuk di renungnya. Dirinya kebingungan.
“Kita masak tomyam la,” cadang Farisya. Terjengket-jengket ia berjalan menghampiri peti sejuk lalu mengeluarkan bakul yang penuh dengan sayur-sayuran. Di keluarkan juga ayam dan udang yang tersimpan di tempat pendingin beku.

Dia mula menyiapkan bahan-bahan untuk di masak oleh Haziq. Haziq turut sama membantu isterinya melakukan apa yang patut. Farisya mengajar bagaimana cara mengupas kulit udang, menyiang sotong, memotong ayam dan macam-macam lagi.
Walaupun masih baru tetapi Haziq cepat belajar.

“Bawang ni nak potong macam mana?” Haziq memegang sebiji bawang besar lalu di tunjukkan kepada Farisya.
“Awak potong macam biasa la,” arah Farisya.
“Biasa tu macam mana? Mana aku tahu,” Farisya berhenti memotong sayur. Sayur kubis bunga diletakkan ke bawah.
“Lain kali, rajin-rajin la tolong mama masak kat dapur. Tak salah pun kalau awak tolong.”

“Apa guna aku kahwin dengan engkau kalau aku yang kena masak,”
“Bukan selalu pun. Manalah tahu kalau saya sakit ke? Demam ke? Time tulah awak kena tunjukkan skil memasak awak,” bebel Farisya. Sambil tangannya ligat memotong bawang di perhatikan Haziq.

“Kalau kau sakit, aku import la mama ke sini,” Haziq membalas sambil ketawa. Tangannya terkial-kial memotong bawang besar sambil matanya tidak lari dari meneroka wajah Farisya.
“Auuccchh…” Haziq menarik jarinya pantas. Kerana terleka melihat wajah isterinya, tanpa dia sedar jarinya telah terhiris. Mujur lukanya tidak berapa dalam.
“Kenapa?” Farisya melihat darah di jari manis Haziq.

“Tu la. Asyik berangan je. Bukan kecil sangat bawang tu,” Farisya mengesat jari Haziq menggunakan kain bersih yang berada di sebelahnya. Darah masih lagi keluar. Tiada cara lain, Farisya membawa jari Haziq ke mulutnya. Haziq hanya membiarkan walaupun sedikit tergamam.

Farisya mengeluarkan kembali jari manis Haziq. Tiada lagi darah yang keluar.
“Dah ok dah,” Farisya mendongak. Pandangan mereka bersatu. Wajah Farisya berubah warna kemerahan. Mungkin Haziq akan menyatakan dirinya kolot.
“Siapa ajar kau buat macam tu?” soalnya apabila Farisya sudah pun menyambung kerjanya kembali.
“Ibu,” jawabnya pendek. Malu untuk menatap wajah kacak suaminya.

Haziq mengambil plaster di atas peti sejuk lalu di tampalkan pada lukanya. Mereka kembali melakukan kerja masing-masing. Haziq memulakan masakan dengan arahan Farisya. Dia menjadi sedikit kalut. Kelam kabut dibuatnya. Farisya memberi arahan dengan berhati-hati. Melihat gelagat Haziq yang tidak pernah memasak mencuit hatinya. Agak lucu tatkala wajah itu berkerut-kerut menahan bahang panas.

Akhirnya Haziq berjaya menyediakan hidangan makan tengah hari untuk mereka.
“Kalau tak sedap jangan complain,” Haziq menanti riaksi Farisya untuk merasa masakannya. Untuk pertama kali memasak mambuatkan dirinya merasa teruja. Dengan perlahan, Farisya menghirup kuah tomyam menggunakan sudu.
“Slurp!” Farisya mendongak. Wajahnya kelat.
‘Uwekkk…apa laki aku masak ni…apasal lain macam je rasanya….masin sangat la pulak…’ susah payah Farisya cuba menelannya. Geli geleman tekaknya setelah dipaksa. Terbatuk-batuk kecil.

“Apasal masin sangat? Tadikan saya cakap satu sudu je. Berapa sudu awak letak?” Haziq yang merasa tidak sabar bangun dengan pantas lalu mencapai sudu di tangan Farisya. Di hirup kuah tomyam dengan rakus.

“Burrrr!!” lebihan kuah tomyam menitis dibibir. Haziq mengelapnya dengan tangan. Tidak tertahan untuk ditelan kuah tomyam yang begitu masin mengalahkan air laut. Wajahnya yang turut kelat di arahkan ke Farisya. Saling berpandangan sebelum sama-sama meledak tawa….

**************

Farisya kembali ke pejabat seperti biasa. Waktu yang di peruntukan untuk menjalani praktikal hampir tamat. Dia sekali lagi terpaksa berjauhan dengan Haziq.

“Menung jauh nampak. Kau ingatkan hubby kau ke?” Shida menepuk bahu Farisya perlahan. Asyik benar ia mengelamun. Perasaannya di cengkam rindu. Tinggal bersama membuatkan diri mereka menjadi terlalu rapat.
“Kenapa muka kau muram je. Kau masih ingatkan pasal semalam ke?” duga Shida. Farisya hampir terlupa peristiwa yang berlaku semalam. Farisya melepaskan satu keluhan yang berat.

“Kau masih marahkan dia?” angguk Farisya. Mana mungkin dirinya dapat melupakan sandiwara yang berlaku di hadapannya.
“Aku pun tak tahu nak buat apa,” Kejadian semalam masih segar bermain di fikirannya.
“Aku rasa dia sengaja nak duga hati kau je Isya. Kau jangan la fikir yang bukan-bukan. Setahu aku, dia tak pernah nak buat macam tu,” pujuk Shida. Tidak mahu melihat rakan barunya bersusah hati.
“Harap-harap macam tu la. Tapi dia buat depan staf yang lain. Mana aku nak letak muka aku ni,” Shida simpati dengan nasib Farisya.
“Kalau tak silap aku, marketing dari Uda Holding tu memang macam tu. Dato’ Razlan pun pernah kena benda yang sama. Kecoh juga la waktu tu,” cerita Shida sedikit sebanyak melegakan hatinya.

Interkom di meja Farisya berbunyi. Shida dan Farisya saling berpandangan. Dengan hati yang berat, Farisya menjawab panggilan itu.

“Naik bilik aku sekarang,” Farisya mendengar suara Haziq di hujung talian.
“Awak nak apa. Saya ada kerja la,” bohong Farisya. Malas untuk ia mengadap wajah Haziq. Cara layanan Haziq terhadap staf marketing dari Uda Holding begitu menyesakkan jiwanya. Hatinya sakit. Terlalu sakit.
“Aku suruh naik tu, naik je la. Jangan banyak soal pula,” arah Haziq tetapi tidak sekeras tadi.

“Awak tunggu la sampai saya naik. Saya nak siapkan kerja ni dulu,” Haziq dapat merasa perubahan nada suara isterinya sejak kejadian semalam. Mungkinkah isterinya cemburu. Persoalan itu masih lagi berlegar di kotak fikirannya.

“Farisya Hani! Naik sekarang,” arah Haziq tegas. Talian di matikan tanpa menanti jawapan. Farisya mendengus geram. Shida hanya mampu memandang. Farisya melangkah malas menuju ke bilik Haziq di tingkat atas. Masing-masing sudah sedia maklum dengan status Farisya menyapa hormat.

“Kak Sal, bos kesayangan akak ada kat dalam?” Farisya bertanya kepada PA Haziq.
“Ada. Kalau tak silap akak dia tak de appoiment hari ni. Kenapa Isya tanya?” Kak Sal menyelak jadual harian milik suaminya.
“Saja je tanya. Nak ajak dia date la kak,” Farisya mengenyitkan matanya.
“Go a head. Jangan berperang sudah,” Farisya menunjukkan isyarat ok kepada PA Haziq. Mereka memang sudah rapat sejak Farisya mula datang ke syarikat itu.

Farisya mengetuk pintu bilik Haziq. Tiada jawapan. Dia membuka pintu bilik Haziq tanpa menunggu jawapan Haziq. Tetapi kelihatan bilik itu kosong tidak berpenghuni. Farisya mencari kelibat Haziq namun tidak kelihatan. Dia menutup kembali pintu bilik itu dengan perlahan.

Dia melangkah ke arah meja. Pada waktu yang sama, Haziq merangkul tubuh Farisya dari belakang membuatkan isterinya terjerit kecil. Sengaja dirinya menyorok di belakang pintu supaya dapat mengejutkan Farisya. Dia merasa rindu.

“Lepas la. Apa yang awak buat ni. Malu la kalau orang lain nampak,” marah Farisya sambil cuba melepaskan rangkulan Haziq.
“Siapa yang boleh nampak. Kan kau dah tutup pintu tadi,” Farisya masih lagi memegang tangan Haziq yang memeluk pinggangnya erat.
“Lepas la. Ni kan kat pejabat,”

“Kalau dekat rumah boleh ke?” Haziq menduga. Farisya terperangkap. Apa yang menbuat Haziq tiba-tiba berubah. Dirinya mengharapkan penjelasan malam tadi. Tetapi kenapa baru sekarang Haziq memanggilnya.

“Ish… lepas la wak. Saya ada banyak kerja kat bawah tu. Nanti dia orang kata apa pulak,” Farisya bersuara lembut, memujuk. Harap-harap Haziq akan melepaskannya.
“Sayang marah,” bisik Haziq. Suaranya cukup mengoda. Farisya lemah. Suara yang mampu membuatkan segala urat sendinya menjadi longlai.

“Marah apa pulak ni?” Farisya cuba mengelak dari bercakap tentang perkara yang menyakitkan hatinya.
“Pasal semalam. Abang tengok sayang macam cemburu je,”
“Mana ada. Sikit pun saya tak kisah,” Ahhh… begitu payah untuk memaksa isterinya meluahkan kata-kata cinta. Dirinya tersiksa dengan rindu yang semakin menyesakkan jiwanya.

“Betul tak kisah. Tapi kenapa abang tengok muka sayang asyik masam je. Siap boleh hentak-hentak kaki lagi depan papa,”
‘Hah…ada ke aku buat macam tu…depan papa… alamak…malunya…’ Farisya tunduk. Panggilan Haziq masih berbekas di hati. Kalau dulu hanya melakukannya ketika di hadapan ahli keluarga namun kini tanpa ada sesiapa, dia telah membahasakan dirinya dengan panggilan manja.

“Apa yang sayang fikirkan?” Haziq memalingkan tubuh Farisya untuk berhadapan dengannya. Wajah itulah yang mampu membuat dirinya terlupa dengan segala-galanya.
“Mungkin dah terlewat untuk abang mengucapkan semua ni. Tapi abang berharap sangat andai kita dapat menjalinkan satu hubungan yang lebih erat. Sudikah kiranya sayang menerima cinta abang setulus hati,” Farisya terkedu. Haruskah pintu hatinya dibuka kembali untuk insan bernama Haziq.
“Kenapa awak er ..tiba-tiba berubah. Saya tak pernah memaksa awak untuk terima diri saya. Begitu juga sebaliknya ..” Haziq pantas meletakkan jarinya di atas bibir Farisya.

“Ssshh…Tiada siapa yang memaksa abang untuk menerima diri sayang. Sayang sendiri telah memecahkan tembok batu yang terbina di hadapan pintu hati abang. Abang tertarik dengan pendirian sayang yang tak pernah berlakon untuk menjadi orang lain. Abang akui kesilapan abang selama ni yang suka memaksa sayang. Sudah terlalu banyak masa yang kita sia-siakan. Berilah abang peluang,” biarlah keegoannya runtuh andai cinta dan kasih sayang Farisya dapat ia miliki.

Farisya terkesima apabila Haziq mengucup lembut bibirnya. Tubuhnya ditarik rapat.
’Ya allah ya tuhan ku…andainya ini suratan mu buat ku… aku pasrah untuk melaluinya…. Dan andai ini ujian mu buat ku… aku redha menjalaninya…’ hati Farisya berbisik. Perlahan-lahan, tangannya turut sama memaut pinggang Haziq erat. Haziq yakin kini bahawa Farisya telah menjadi miliknya mutlak. Mereka hanyut di buai arus keindahan yang tidak berbelah bagi.

Farisya menjeling jam di sisinya. Sudah hampir pagi. Tangan Haziq masih lagi melingkari pinggangnya. Tidurnya kini berbantalkan tubuh Haziq. Mengingatkan dirinya belum lagi menunaikan solat, cuba mengalihkan tangan Haziq dari terus memeluknya.
“Hmm…” rengek Haziq persis kanak-kanak kecil. Baru dia akui akan kata-kata kakak Haziq. Haziq memang seorang yang manja.
“Jom solat. Waktu nak habis dah ni,” pujuk Farisya. Haziq tetap tidak mahu melepaskan isterinya.

“Abang,” lembut saja bicara Farisya. Dia mendapat akal. Digeletek tubuh Haziq yang masih berselimut. Apalagi, terlompat Haziq di buatnya. Sedar dirinya telah bebas dari rangkulan Haziq, Farisya cepat-cepat turun dari katil. Haziq turut sama turun dari katil lalu menghampiri Farisya. Pandangannya tajam seakan ingin menerkam mangsa di hadapannya. Farisya mengudur selangkah demi selangkah. Senyumannya mati.

Haziq berjaya menangkap kedua tangan Farisya.
“Mana sayang nak lari. Oh.. sekarang dah pandai nak geletek abang,” Farisya tersengih.
“Mana ada. Isya Cuma nak suruh abang bangun je. Isya minta ampun bang,” Langkahnya mati.

“Abang tak kira. Sayang mesti kena dengan abang,” Farisya cuba lari. Namun tangan Haziq lebih dulu menjamah tubuhnya. Habis ia digeletek Haziq. Terjerit-jerit Farisya meminta Haziq menghentikannya. Riuh rendah dibuatnya. Mujur mereka tinggal berasingan dengan keluarga.

Mereka sama-sama terdampar di atas katil keletihan. Haziq tersenyum bahagia. Farisya termengah-mengah kepenatan. Dia bangun sambil mengerling Haziq di sisinya.
“Jom solat. Dah lewat ni. Isya nak abang imamkan,” Haziq hanya memberi jawapan dengan senyuman.



























Bab 20


Farisya meletakkan bag sandangnya di atas katil. Anisa masih belum pulang dari kuliah. Mungkin juga mentelaah bersama buah hati tercinta. Tinggallah Farisya keseorangan hanya bertemankan talifon bimbitnya.

Sudah masuk tiga minggu Farisya terpaksa berjauhan dengan suaminya. Semakin hari nampaknya cinta mereka semakin mendalam. Kalau dulu begitu susah untuk mereka berbicara, namun kini mereka boleh berbual berjam-jam lamanya.

Talifon bimbit di belek mencari nombor yang selalu di hubungi. Ketika itu juga talifonnya berdering. Tertera perkataan ‘My love’ di skrin talifon membuatkan senyumannya bertambah lebar. Punat yes di tekan.

“Hai sayang. Tengah buat apa tu?” Farisya berbunga ceria. Suara yang di nantikan berada di hujung talian.
“Hai. Tak buat apa-apa pun. Baru je balik dari kelas,” Haziq menyandarkan tubuhnya.
“Dah makan belum? Kenapa sunyi je, Anisa mana?” Farisya membuka laptop. Terhias di sebalik skrin adalah wajah mereka ketika percutian singkat di Pulau Langkawi. Di situlah kenangan yang paling manis buat Farisya bermula.

“Belum lagi. Ingat nak makan dengan Anisa tapi dia tak balik lagi. Ermm… abang sibuk ke?”
“Tak juga. Tadi pagi je abang ada meeting dengan Uda Holding,” mendengar perkataan Uda Holding membuatkan hati Farisya di buru perasaan cemburu. Tidak semena kisah ketika terlihat Haziq mengiringi seorang gadis keluar dari bangunan pejabat bertaut kembali. Mereka begitu mesra sekali. Sakit mata Farisya melihatnya.
“Apa yang abang meetingkan. Takkan tak settled lagi. Apa aja budak tu nak kat abang,” Haziq tersenyum. Mendengar luahan Farisya yang berbau cemburu.

“Kenapa nak marah-marah ni. Abang bincang pasal kerja la. Sayang cemburu ke?” Farisya mengigit-gigit bibirnya. Masakan dirinya tidak cemburu.
“Entah la. Kalau abang dekat tempat Isya macam mana? Abang marah tak?” Farisya memulangkan kembali soalan itu kepada suaminya.
“Kalau abang, mestilah cemburu. Takkan abang nak biarkan isteri kesayangan abang ni kena peluk dengan lelaki lain,”

“Dah tu. Kenapa abang buat juga. Sengaja nak bagi hati orang ni sakit,” mendengar suara Haziq ketawa membuatkan Farisya tidak jadi marah.
“Jangan la merajuk sayang. Tak lena tidur abang malam ni nanti,” pujuk Haziq.
“Biar padan dengan muka abang tu,”
“Ok..abang janji. Takde lagi lepas ni. Dalam hati abang ni Cuma ada sayang sorang je,” Farisya merasa bahagia. Tangannya membuka folder yang mempunyai gambar kenangan mereka. Bibir menguntum senyum melihat wajah-wajah mereka berdua. Saat manis menghabiskan masa bersama memberi satu fenomena baru untuk Farisya.

“Kau dah kena sawan ke?” Farisya terkejut. ‘Ish minah ni…bagi la salam…’
“Lambat kau balik?” Farisya menatap kembali laptopnya. Talian bersama Haziq telah lama dimatikan.

“Kau tahu je la kalau kelas Ms Ng. Memang lambat punya,” Anisa menanggalkan kain tudung yang sentiasa menutupi kepalanya.
“Kau dah makan?”

“Belum lagi. Kenapa? Kau tunggu aku ke?” Anisa duduk di atas katil sambil membuka sebuah sampul surat yang di terima.
“Iye la. Selalu aku makan dengan siapa? Eh.. surat apa tu?” Farisya membiarkan laptopnya lalu beralih kepada Anisa.

Anisa membaca perlahan isi kandungan surat yang baru di terimanya. Wajahnya tidak seceria tadi. Farisya dapat menduga ada sesuatu yang menimpa teman baiknya.
“Apa dia. Bagitau la kat aku?” desak Farisya. Anisa berat hati untuk berkongsi dengan Farisya. Di pendamkan saja rahsia di hatinya.
“Tak ada apa-apa lah. Surat dari mak aku,” dalih Anisa.
“Betul ni. Cuba cerita dengan aku betul-betul. Aku bukan kenal kau sehari dua Nisa. Aku dah anggap kau macam kakak aku,” Anisa mengeleng. Masalahnya tiada kena mengena dengan Farisya.

“Betul. Tadi kau kata nak makan kan? Jom aku teman,” Anisa menyarungkan kembali tudung yang baru saja di buka. Farisya hampa kerana dia masih dapat merasakan sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuannya. Wajah Anisa masih mendung. Semendung awan pekat menanti hujan.

Mereka berjalan beriringan sambil berbual. Tiba-tiba datang seseorang menghampiri mereka bersama sejambak mawar merah. Farisya dan Anisa saling berpandangan. Tertanya-tanya pemilik bunga tersebut.

“Akak ni Farisya kan?” Farisya angguk. Ia masih terkejut.
‘Siapa pula yang bagi bunga ni…Haziq kot….’ teka Farisya.
“Tadi ada orang suruh saya sampaikan ini pada akak,” Farisya teragak-agak untuk menyambut huluran pelajar itu. Hatinya merasa serba tidak kena.
“Ambil la kak. Saya cuma sampaikan amanah orang je,” sambung pelajar itu apabila Farisya masih lagi membisu.

“Errr..siapa orang tu dik?” soal Anisa apabila melihat Farisya masih lagi terkejut.
“Tak tahu la kak. Saya pun tak pernah nampak dia kat sini,” Farisya menoleh ke arah Anisa sambil mengangkat kening.
“Cepat la kak. Saya ada hal lain lagi ni,” dengan berat hati, Farisya terpaksa menyambut huluran sejambak mawar merah tanpa mengetahui pengirimnya. Dalam pada itu, talifon bimbitnya berbunyi. Farisya melihat skrin talifon baru saja menerima sms dari seseorang.

- Cinta ku tak pernah berubah -

“Siapa pula yang bagi ni. Musykil la,” Anisa merebahkan diri di atas katil. Farisya masih lagi memikirkan. Sebelum ini belum pernah ia menerima sebarang hadiah misteri seperti ini .
“Kau ada terfikir tak apa yang aku fikir,” Farisya meletakkan bunga itu di atas meja study.

“Mana lah aku tahu. Kau ni,” Farisya tersengih. Sempat juga dia bergurau.
“Agaknya salah orang tak. Manalah tahu ada orang yang muka mirip macam aku,”
“Takkan kot. Ayat yang dia bagi macam dia pernah ada hubungan dengan kau je,” Farisya mengingatkan siapakah gerangannya. Farisya dan Anisa saling berpandangan.
“Aswad!” jawab mereka serentak. Hanya Aswad dan Haziq saja yang pernah bertahta di hatinya.

“Apa kes tiba-tiba dia bagi bunga kat aku pulak,” Anisa mengangkat bahu.
“Dia kan tahu kau dah kahwin. Takkan dia nak rampas kau dari Haziq. Dan yang pasti kau mesti takkan layan dia sebab kau dah sayang gila kat hubby kau kan,” Farisya tersenyum bangga.

“Itu sememangnya lah. Tapi kenapa baru sekarang dia timbul semula,” Takkan mungkin cintanya akan berpaling semula. Hatinya kini milik Haziq.
“Aku pun hairan. Lama juga aku tak dengar cerita pasal dia. Kalau dulu Sharul selalu juga sembang-sembang. Tu pun masa kau masih kawan dengan dia la,” terang Anisa.

“Apa yang kau sembangkan,” Farisya ingin tahu.
“Aswad kan rapat dengan Sharul. Kalau korang ada masalah, selalu dia lepaskan pada Sharul. Banyak juga yang dia adukan. Salah satunya kenapa kau tak pernah nak bagitau family kau pasal hubungan korang,” Farisya faham. Memang selama ini berat untuk bibirnya memaklumkan kepada keluarganya tentang perhubungan mereka. Mungkin itu adalah satu petanda bahawa mereka bukan di takdirkan untuk bersama.

“Maknanya selama ni korang berdua tahu la jalan cerita antara aku dengan Aswad,” tiada lagi getaran dihatinya tatkala menyebut nama Aswad di bibirnya. Tiada secebis pun rasa kasihnya ditinggalkan untuk Aswad. Semuanya telah dikaburi oleh api cinta milik Haziq. Anisa mengangguk.

“Bukan itu je. Masa kau jelous dengan Ayu tu pun kami tahu,” Farisya teringat akan kisah yang pernah cuba dibuang dulu. Kemesraan Ayu dan Aswad menjentik tangkai hatinya.

“Dah la. Lagi kau fikir, lagi pening kepala kau. Sekarang ni kau concentrate dengan study kau sudah,” nasihat Anisa. Ia turut sama bersetuju. Jambangan mawar merah dibiarkan layu.


*********

Farisya cuba menumpukan perhatian pada pelajarannya. Atas dorongan dan sokongan dari Haziq memjadikan dirinya lebih bersemangat. Walaupun sering di ganggu dengan kehadiran kad-kad cinta tanpa mengetahui siapa pehantarnya. Perkara itu tidak di maklumkan kepada Haziq kerana tidak mahu Haziq mencurigainya.

Lagu Aku di bius cinta dendangan Yusry dan Melly penyanyi dari seberang kedengaran dari talifon bimbitnya. Lagu yang sering bermain di bibirnya di setkan sebagai ring tone untuk pesanan ringkas.

- sayang…miss u so much… bila nak blik? -

Farisya membalas sambil tersenyum. Ayat-ayat cinta dari Haziq sering menemaninya. Andai ada kesempatan, Farisya turut sama menghadiahkan kata-kata hikmah buat Haziq. Mereka sedang mabuk dilambung ombak asmara.

- kalau hujung minggu ni free…kita keluar nak?..abang ambil sayang…
- abang tak bussy ker…Isya tak kisah…tapi kita nak ke mana?..
- mana pun tak pe…abang dah rindu sangat nak jumpa sayang…
- actually Isya pun rindu dengan abang… kalau kampus ni dekat..lama Isya balik..
- bukan jauh mana pun… abang boleh hantar sayang tiap-tiap hari ke kampus… abang tak kisah…
- tak pe la…Isya tak nak susahkan abang…nanti lewat pula abang nak ke ofis..
- Isya sayang kan abang tak?
- mesti la sayang…kenapa abang tanya?..
- saja nak chek…ermmm..ok la sayang …esok abang nak bangun awal…kan jam
loceng abang jauh…kena la bangun sendiri…
- ok la...Isya nak study lagi…banyak lagi nak kena buat research…sweet dream..
- sayang pun sama..jangan study sampai lewat sangat… love you sayang…

Farisya mencongak menanti hari yang di tunggu untuk bertemu dengan suami tercinta. Tidak sabar rasanya untuk menatap wajah yang dulu pernah dibenci. Kini wajah itu jua yang menemaninya ke mana saja kakinya melangkah. Talifonnya berbunyi lagi. Farisya dengan hati yang berbunga membaca pesanan yang baru diterima. Sangkanya Haziq yang membalas namun dahinya berkerut apabila nombor pemanggil misteri yang terpapar.

- kenangan takkan berubah…aku seperti yang dulu… your sweet in pink dress..

Serta merta mindanya terkunci dengan ayat yang baru dibacanya tadi. Pemanggil misteri itu adalah orang yang sentiasa berada di sekelilingnya. Hendak diajukan kepada Anisa, tidak sampai hati untuk dikejutkan temannya pada dinihari begini. Nyenyak benar tidurnya. Message itu di biarkan tidak berbalas. Farisya mengadap kembali laptop yang telah lama dibiarkan. Konsentrasinya terganggu. Fikirannya tidak dapat menolak pelbagai andaian yang timbul di benaknya.

Farisya berdoa agar persoalan yang bermain di fikirannya segera hilang. Buku-buku disusun rapi di sebelah laptopnya. Tidak ada gunanya untuk ia bersengkang mata seandainya tiada satu pun yang di bacanya bisa melekat di ingatan.

Direbahkan tubuhnya. Menoleh ke arah Anisa yang sudah lama dibuai angan dan mimpi. Matanya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk tidur. Dia inginkan teman bicara. Waktu dinihari begini sudah pasti suaminya sedang lena bersama bayangannya. Sudah terlalu lewat.

Farisya masih memikirkan motif untuk apa pemanggil misteri itu sering menghadiahkan kad-kad cinta kepadanya. Dia merasakan setiap gerak gerinya sedang di perhatikan. Ayat-ayat cinta yang di luahkan tidak pernah berbekas di hatinya. Semakin lama semakin banyak persoalan yang timbul. Akhirnya Farisya terlena bersama tanda tanya yang masih belum berjawab.

















Bab 21


Haziq mencium tangan mamanya lembut. Agak kerap dirinya datang melawat mamanya. Duduk berseorangan membuat dirinya begitu sunyi tanpa kehadiran Farisya disisi. Datin Rosma faham akan situasi yang di rasai Haziq. Dato’ Razlan turut berasa senang dengan perkembangan anaknya. Dia tidak perlu merasa risau lagi.

“Apa kamu menungkan ni Haziq,” Datin Rosma meletakkan secawan Nescafe panas di atas meja bulat di halaman. Haziq menoleh lalu menatap wajah mamanya yang semakin di mamah usia. Senyumnya terukir tanpa di paksa.
“Tak ada apa-apa ma. Saja nak ambil angin.”
“Kamu teringatkan isteri kamu ke?” Datin Rosma dapat membaca gelodak di hati Haziq.
Soalan mama tidak berjawab. Malu untuk mengaku walaupun itulah hakikatnya. Memang dirinya akui, rindunya pada Farisya semakin meluap-luap. Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Hanya bayangan Farisya yang sering berada di hati. Sehinggakan dirinya pernah tersalah orang kerana asyik teringatkan Farisya. Memang lucu. Nasib baik Zakuan turut serta, kalau tidak sudah pasti ia mendapat hadiah yang tak di sangka-sangka. Mana tidaknya, habis di peluknya perempuan tu. Mujur Zakuan dapat menenangkan keadaan. Berkali-kali Haziq memohon maaf. Ketebalan wajahnya tidak dapat di ukur kerana terlalu malu. Ini semua gara-gara penangan asmara dari Farisya.

“Apa yang kamu senyum-senyum tu,” lamunannya terhenti.
“Mana papa?” cuba mengubah tajuk perbualan. Biarlah segala kenangan manis itu tersemat di hatinya.
“Papa keluar. Tadi pun kamu dah tanya mama kan?” Haziq tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Eh ye ke… aku ada tanya ke?’
“Mama tengok kamu ni macam orang mabuk kepayang. Apa benda yang kamu buat semua serba tak kena,” usik Datin Rosma mesra.
“Mama ni. Ziq biasa je,” dalihnya.
“Ye la tu. Sampaikan mama pun kamu panggil sayang. Dah kemaruk sangat la tu,” senyum Datin Rosma melihat wajah Haziq merona kemerahan.
“Bukan kemaruk la mama tapi tersasul. Lidah tergeliat,” malu dengan teguran mamanya.

“Orang lain boleh la kamu tipu. Mama ni dah lama lalui asam garam orang yang mabuk di lamun cinta. Tapi yang mama pelik, kakak-kakak kamu tak de la sampai macam ni. Bercinta juga dia orang tu,” Haziq tersengih.
“Kakak tu lain la ma. Ziq ni lain.”
“Apa yang lainnya,” Haziq semakin pandai bermain kata dalam soal cinta.
“Selalunya, orang akan bercinta sebelum kahwin tapi Ziq ni kahwin dulu baru bercinta,” terang Haziq. Tidak sedar kenyataannya akan memerangkap dirinya.

“Jadi kamu tak menyesal la kan,” Datin Rosma tersenyum. Haziq terkedu. Kepalanya di gelengkan.
“Tak mama. Ziq nak berterima kasih pada mama and papa. Kalau tak sebab cadangan papa, Ziq takkan mungkin dapat rasa apa yang Ziq rasa sekarang ni,” Datin Rosma mengelus lembut bahu anak lelakinya. Akui akan kesilapannya dulu yang sering membantah.
“Mama tak pernah nak doakan anak-anak mama sengsara. Mama bagi anak-anak mama untuk buat pilihan sendiri. Bukan mama nak kata pilihan Ziq dulu tak baik tapi, Ziq tengok la sendiri apa yang dia buat pada Ziq. Sebab tu mama setuju dengan cadangan papa,” Haziq faham dengan niat kedua orang tuanya.

“Tapi kenapa Farisya mama. Kan ramai lagi anak kawan-kawan mama yang lain,” soal Haziq sekadar ingin tahu. Datin Rosma senyum lagi. Sudah tiba masanya perkara ini sampai ke pengetahuan Haziq.

“Memang dari kecil lagi papa nak jodohkan kamu berdua. Tapi papa batalkan niat papa sebab kamu masa tu terlalu asyik bercinta dengan Irma. Bila Irma tinggalkan kamu, papa ambil kesempatan ini dan terus aturkan semula dengan pak ngah kamu. Bukan papa mendoakan kamu dengan Irma jadi begitu, mungkin dah tertulis dia bukan untuk kamu,” terang Datin Rosma dengan panjang lebar.

Rupa-rupanya memang ia di jadikan hanya untuk Farisya. Mata hatinya buta kerana selalu di hidangkan dengan pandangan-pandangan negative sejak mengenali Irma. Ia berubah sama sekali.

“Bila kamu nak tidur ni? Esok tak kerja?” tegur Datin Rosma sebelum melangkah.
“Kejap lagi la mama. Ziq nak duduk kat sini lagi. Mama masuk la dulu,” Datin Rosma meninggalkan Haziq keseorangan. Terasa begitu lambat sekali waktu berjalan. Tidak sabar untuk menanti hari berganti siang.

Haziq merenung taburan bintang memenuhi dada langit. Sesekali angin malam menyapa wajahnya. Terasa dingin. Telinganya seakan terdengar bisikan cinta Farisya. Haziq tersenyum lagi. Mengimbas kembali saat mereka bertemu sehinggalah terbitnya bibit-bibit cinta. Membuatkan dirinya terlalu bahagia.

*********

Farisya bersiap lebih awal. Di belek tubuhnya di hadapan cermin berkali-kali. Ia ingin kelihatan sempurna di mata Haziq. Senyuman sentiasa terhias bibirnya. Anisa melihat entah berapa kali Farisya berjalan mundar mandir di hadapan cermin.

“Woi makcik. Sudah-sudah la tu. Pecah cermin tu karang,” Farisya mencebik. ‘Jealous la tu..’
“Amacam? Ok tak?” Anisa angguk lagi. Dari tadi sudah acap benar ayat itu di ajukan kepadanya. Sudah tidak larat untuk menjawab.
“Kau ni nak mengurat laki kau ke, orang lain?” Farisya menoleh. Di capai bantal kecil lalu di balingkan ke arah Anisa.
“Kau jangan nak buat cerita. Tak de maknanya aku nak mengurat orang lain. Dosa besar kau tahu tak,” cuba mengulangi ayat yang pernah diterima dulu.

“Aik..macam pernah dengar je ayat tu. Kau ciplak aku punya kan?” Anisa menuding jari.
“Ala. Aku pinjam je,” Anisa tersengih.
“Kau janji dengan suami kau pukul berapa?” Anisa memeriksa bag sandangnya. Kain telekung tidak pernah di tinggalkan. Haziq juga sudah sedia maklum akan perangainya.

“Janji dengan dia pukul 8 pagi,” Anisa menoleh melihat jam di dinding.
“Woit minah, kau nak suruh suami kau jadi patung ke? Sekarang dah pukul 8.20 pagi kau tahu tak?” tidak sedar akan waktu yang berlalu. Dia menjadi kalut.
“Hah betul ke?” kerana terkejut, dicapai bag dan cermin mata hitam lalu berlari meninggalkan Anisa sendirian yang galak mentertawakannya.

‘Teruk betul kawan aku ni… aku tipu pun dia percaya…memang dah teruk sangat kawan aku ni… nasib baik dah kahwin…’ bisik Anisa dalam hati. Dia bingkas bangun. Di kemas katil yang sedikit berselerak lalu bersiap untuk berjumpa dengan Sharul kekasih hatinya.

Farisya melangkah sepantas mungkin. Kerana terlalu kalut, ia lupa untuk memakai jam tangan. Dari jauh lagi Haziq sudah terlihat bayang isterinya. Farisya membuka pintu kereta lalu meloloskan dirinya kedalam perut kereta. Pintu di tutup rapat.

“Assalamualaikum,” sapanya perlahan. Cuba di kawal nafasnya agar Haziq tidak perasan.
“Waalaikumsalam,” jawab Haziq lembut. Tangan suaminya di kucup. Haziq sempat menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Farisya. Dia melihat Farisya sungguh berbeza sekali. Hatinya tertawan. Farisya tersipu malu dengan ciuman Haziq yang tidak di sangka. Maklumlah kerana mereka masih di dalam kawasan kampus.
“Sorry lambat,” pohon kemaafan kerana membuat Haziq tertunggu-tunggu.

“Lambat apa pulak. Masih awal lagi la,” Haziq menunjukkan jam digital yang tertera angka lapan di dashboard kereta. Farisya mengerutkan dahi. Baru dia tahu yang Anisa sengaja ingin mengenakannya.
“Tak guna punya kawan.. ada dia mainkan aku… siap kau nanti…” bisiknya perlahan.
“Apa dia sayang?”
“Eh.. tak.. err …tak ada apa-apalah,” mujur Haziq tidak mendengar apa yang di katakan tadi.

“So… Kita nak ke mana ni?” Suara Haziq sungguh romantik. Farisya menoleh. Senyuman Haziq begitu mendamaikan hatinya.
“Isya tak kisah… Isya ikut je mana abang nak pergi,” jari Haziq mengetuk stering beberapa kali. Mencari destinasi yang mampu menjauhkan mereka dengan kesibukan kota. Membolehkan mereka lebih banyak masa untuk bersama.
“Kita ke Genting,” cadang Haziq.
“Ok je tapi Isya tak bawa baju sejuk,” bagnya hanya mampu memuatkan sehelai tuala kecil, telifon bimbit, dompet serta lipstick dan bedak.. Kain telekung berada didalam sebuah bag kertas.

“Tak pe. Kita beli dekat sana nanti. Sebelum tu sayang boleh pakai abang punya dulu,” Farisya menganguk. Matanya tidak mahu melepaskan wajah Haziq. Masih belum terubat rindu dihatinya walaupun Haziq sudah berada di depan mata.

Haziq sempat mencuit dagu isterinya. Kalau tidak memikirkan keadaan sekeliling, sudah pasti tubuh Farisya didakap erat. Biar rindu yang begitu mencengkam jiwanya terungkai.
“You look so gorgeous honey, I love it,” puji Haziq. Farisya tersenyum mendengar pujian Haziq. Hatinya berbungai ceria. Ingin di habiskan masanya yang terluang bersama suami tercinta.








Bab 22

“Sayang nak makan apa?” Farisya senyum. Cuaca di Genting Highland sudah tidak sedingin dulu. Mujur bukan hari cuti umum. Keadaan tidaklah begitu sesak. Mereka berdua berjalan sambil berpimpin tangan memilih lokasi untuk makan tengah hari.
“Abang nak makan apa? Isya ikut abang je la,” jawab Farisya. Lebih senang jika Haziq yang menentukan semuanya. Haziq berhenti di sebuah restoran pizza.
“Kalau pizza sayang boleh makan tak?”

“Amboi, nak perli pun jangan la sampai macam tu. Kalau pizza ni Isya biasa juga makan. Tapi kalau masakan daging kesukaan awak yang macam tak masak tu Isya tak boleh. Memang tak boleh masuk. Silap-silap Isya kena tidur dalam toilet,” Haziq ketawa riang. Mendengar suara Farisya bercerita bersama memek muka seakan berkecil hati.
“Ala, cakap sikit pun dah merajuk. Saja je abang nak kacau sayang,” Haziq mencuit hidung Farisya.

“Aouchh, sakit la. Nanti kalau dah rosak hidung Isya dah tak de siapa nak sayang dah,”
“Abang kan ada. Kalau hidung bini abang ni penyek sekali pun abang tetap sayang,” Farisya menarik jari Haziq yang menekan hidungnya.
“Iyelah tu. Boleh percaya ke? Entah-entah dia dulu yang lari.” Farisya memulangkan paku buah keras. Sengaja menduga sejauh mana kesanggupan lelaki itu menerimanya.
“Ish… takkan la sayang tak percayakan abang.”
“Zaman sekarang, apa pun boleh jadi. Bukan tak percaya, tapi was-was.” Haziq tahu yang Farisya cuba menduganya. Takkan mungkin wanita itu tidak mempercayainya.
“Betul sayang tak percayakan abang ni. Ok…”

Pantas Haziq melutut di hadapan Farisya. Kedua belah tangan Farisya di genggam kemas. Apa lagi, menggelabah Farisya di buatnya. Matanya tak sudah-sudah menoleh kiri dan kanan. Malu dengan tindakan Haziq yang langsung tidak di duga. Mata di keliling mereka sudah pun sesak memerhati. Kononnya ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Haziq dengan selamba mengucup kedua belah tangan isterinya yang masih terkejut. Bagaikan sedang melamar puteri raja lagaknya. Tergamam, malu, gembira, teruja, semua bergaul menjadi satu. Itulah yang di rasai Farisya. Hingga tidak mampu untuk berkata-kata.

“Sekarang ni sayang percayakan abang?” Farisya tersentak. Hanya kerana inginkan kepercayaannya, lelaki itu sanggup lakukan apa saja. Jika tidak memikirkan mereka berada di tempat awam, pasti saja Farisya akan membuat Haziq melutut sepanjang malam. Bahkan, mungkin saja tubuh itu di dakap erat.

Namun itu semua takkan berlaku. Kerana berpuluh pasang mata sedang memerhatikan mereka. Ada yang berbisik, ada yang tersenyum, ada juga yang menggelengkan kepala.

“Ok… Isya percaya. Bangun la cepat,” Farisya menarik tangan Haziq dari terus melutut di hadapannya. Ingin segera episod ini berakhir. Haziq tersenyum puas. Ini juga satu amaran buat Farisya. Haziq bukan sebarangan orang untuk di cabar.

Haziq pantas bangun lalu memeluk bahu Farisya erat. Sedikit pun tidak kisah dengan orang-orang yang sibuk menjadi penonton. Yang penting, dirinya tidak melakukan kesalahan.

“Ish.. apalah abang ni. Orang main-main je la,” bisik Farisya manja.
“Itulah.. lain kali buat la lagi.” Dan untuk sekian kali hidung mancung Farisya menjadi mangsa jemarinya.
“Nak makan ke tak? Isya dah lapar ni,” Haziq menepuk dahi. Terlupa akan tujuan mereka.
“Sory la sayang. Abang lupa,” ia menjawab sambil menarik pinggang Farisya rapat disisinya. Farisya turut sama tergelak.

Mereka makan berdua tanpa gangguan sesiapa pun. Farisya begitu santai melayan karenah Haziq. Makan sambil bertentang mata membuatkan suasana begitu romantik. Menikmati hidangan sambil bergurau senda. Gelak ketawa. Tanpa menghiraukan manusia di sekeliling membuatkan mereka begitu bahagia sekali.

Selesai makan, Haziq membawa Farisya memasuki taman tema. Sempat juga mereka merakamkan gambar-gambar di tempat menarik untuk di jadikan kenangan. Mereka kini mempunyai hobi baru yang di kongsi bersama. Itu adalah cadangan Haziq untuk membuat dirinya lebih rapat dengan isterinya. Dan inilah masanya Farisya dapat melawat tempat-tempat yang tidak pernah di kunjungi. Tidak salah untuk menggunakan peluang seadanya.

Haziq begitu teruja. Genting Highland menjadi tempat kedua selepas mereka melawat Pulau Langkawi. Haziq telah berjanji untuk membawa Farisya melawat ke tempat-tempat menarik di dalam negeri.

“Betul sayang tak mahu naik?” Farisya menggeleng. Haziq mengajaknya untuk menaiki roller coster. Tengok pun sudah cukup menggerunkan hatinya.
“Lain kali la bang. Isya gayat,” Farisya tersengih. Haziq menggeleng.
“Kalau macam tu. Tak de maknanya nak naik lain kali. Lain kali pun mesti sayang gayat juga,” ‘Hehehe…pandai pun laki aku.. ni yang kena sayang lebih ni…’ Farisya menguntum senyum.

Farisya merakamkan aksi suaminya ketika menaiki roller coster dari jauh. Semua penumpang yang menaiki roller coaster tersebut menjerit apabila train terbabit melalui laluan yang curam.

Farisya berjalan ke arah Haziq. Terdapat beberapa penumpang terduduk di tepi untuk menenangkan diri. Mungkin untuk mengembalikan semangat mereka yang hampir melayang ketika menaiki roller coster tadi. Kelihatan wajah Haziq terlalu bersahaja.
“Abang tak takut ke naik benda tu? Isya yang tengok kat bawah ni pun dah seram tau,”Haziq memeluk isterinya mesra tetapi cepat-cepat Farisya melepaskan rangkulan Haziq.

“Malu la orang tengok,” bisik Farisya beserta satu cubitan manja hinggap di lengan Haziq.
“Malu apa pulak. Bukan kita buka baju,” di tarik tubuh isterinya lalu melekapkan bibirnya dipipi.
“Abang!” Farisya bertambah malu. Tidak wajar untuk di tontonkan kepada khalayak ramai. Muncungnya dipanjangkan.
“Ok la sayang. I’m sorry. Lain kali abang tak buat lagi,” tangan Farisya dikucup.
“Janji,” takkan mungkin muncung bibirnya boleh bertahan lama membiarkan hati Haziq di cengkam rasa bersalah. Tidak sepatutnya ia di persalahkan hanya kerana ingin mengekpresikan cintanya kepada orang tersayang.
“Janji. Tapi dengan satu syarat,” Farisya melihat senyuman di bibir Haziq yang meleret. Pasti ada agenda lain yang sedang difikirkan.
“Apa dia,”

“Kita stay dekat sini malam ni. Please…” Farisya sudah dapat mengagak. Mahu atau tidak, tidak sampai hatinya untuk mengecewakan permintaan Haziq yang tidak seberapa itu. Tambahan pula dirinya juga inginkan sentiasa berada di sisi Haziq.
“Ok la. Tapi malam ni je tau. Minggu depan Isya ada exam,” Haziq gembira mendengar persetujuan isterinya. Ingin di kucup pipi Farisya sekali lagi tetapi dengan pantas jari Farisya menahan bibir itu dari terus menjamah pipinya.
“Tadi kan dah janji,” Farisya mengerakkan jarinya ke kiri dan kanan. Haziq tersengih nakal. Ingatkan dapat mengenakan isterinya sekali lagi, tetapi isterinya sudah dapat membaca fikiranya.

Haziq melingkarkan tangannya di bahu Farisya. Melangkah menuju ke permainan yang lain. Setelah penat meronda, mereka menuju ke kaunter penyambut tetamu hotel untuk menempah bilik. Sebelum itu sempat juga mereka membeli beberapa helai baju persalinan untuk bermalam di puncak Genting Higland. Setelah selesai semua urusan, Haziq menarik tangan Farisya. Mereka sama-sama tersenyum.

********

“Mana kau pergi semalam. Siap ponteng kelas lagi,” Farisya tersengih.
“Bercuti bersama suami tercinta. Kenapa?” Anisa menggeleng.
“Untung betul la kau ni eks. Dapat makan angin selalu. Nak buat apa pun orang tak marah dah,”
“Hehehe… dah rezeki aku. Nak buat macam mana. Apa kata orang tu, rezeki jangan di tolak. Mu..”
“Musuh jangan di cari. Aku dah hafal la peribahasa tu. Aku juga yang macam ni. Nak date selalu pun tak boleh. Keluar pun kena ada limit. Tak macam kau,” Farisya ketawa.
Mendengar suara Anisa seakan iri hati dengannya.

“Ala kau ni. Sampai masa nanti kau pasti akan dapat rasa apa yang aku rasa. Mungkin beza sikit kot dari aku,” Farisya tergelak lagi.
“Insyallah la. Itu pun kalau Tuhan izinkan,” Anisa bersuara lemah. Cuba menyembunyikan sesuatu.
“Apa kau cakap. Aku tak dengar la,” Farisya kurang jelas dengan apa yang baru dikatakan oleh Anisa.

“Tak aku cakap. Iye la kot,” Anisa tidak mengulangi katanya. Tidak mahu Farisya dapat menangkap apa yang tersirat di hatinya.
“Kau ni.Ada-ada je la,” Anisa tersenyuk pahit. Baru dia teringat. Ada sesuatu yang sepatutnya di sampaikan kepada temannya.

“Isya, aku lupa nak bagitau. Ada orang kirim pada aku,” Anisa menjuihkan bibirnya kepada dua keping kad di atas meja study Farisya.
“Bila kau dapat tu?” Farisya bangun. Menghampiri meja study dan mengambil sekeping dari kad itu.

“Masa kau tak adalah. Budak junior pas kat aku,” kad di buka. Tatkala kad dibuka, berguguran kelopak mawar merah yang kekeringan jatuh ke lantai. Farisya terkesima. Apakah permainan yang sedang ia lalui.

Terhiris dengan episod cinta mu
Kan ku kejar cinta mu walaupun terpaksa ku renang lautan api
Aku tak peduli… janji kau menjadi milik ku
Pasti………

Kad di hulurkan kepada Anisa. Setelah membaca, Anisah memasukkan kembali ke dalam sampul.
“Orang yang sama ke? Apa yang dia nak sebenarnya dari kau,”
“Manalah aku tahu. Dia tu siapa?” Farisya bertanya.
“La ..kau tak tahu ke siapa yang hantar,” Farisya menggeleng.

“Aku rasa orang yang sama. Kad, bunga and messege. Tapi aku tak tahu sebab apa,”
“Kau ada dapat messege dari dia ke? Bila?” Farisya membuka peti simpanan yang mengandungi messege dari penghantar. Di tunjukkan kepada Anisa.
“Sampai macam tu sekali. Dia tahu semua pasal kau. Siapa sebenarnnya orang ni,”
“Manalah aku tahu. Kalau aku tahu, tak payah la aku tunjuk dekat kau. Baik aku tanya dia terus,”

“Kau ni. Boleh buat main-main pulak. Tapikan, kira kau ni lagi laku la lepas kahwin. Tak silap aku, orang termacho dekat kampus ni pun pernah tanya pasal kau,” Farisya mengerutkan dahi. Apa pula kali ini. Bahunya sudah terbeban dengan masalah yang sedia ada, tidak mahu ia bertambah lagi.

“Siapa pulak ni,” Anisa cuba mengingatkan nama sebenar jejaka idaman para siswi di kampus.
“Kalau tak silap aku, nama dia Alif. Ala..budak yang pernah kawan dengan Ayu gedik tu,”
“La..budak tu ke? Buang karan je aku dengar,” Anisa tergelak sakan. Sengaja ingin mengenakan Farisya.
“Kenapa pulak. Ok apa,” Farisya mengendahkan gurauan Anisa. Di kemaskan baju-baju ke dalam almari.

Kenangan terindah sewaktu di Genting Hingland masih terpahat di ingatan. Cukup membahagiakan. Biarlah semua ini bukan berlaku hanya untuk sementara.
Farisya menaip messege di talifon bimbitnya. Dihantar kepada Haziq tetapi tidak berbalas. Mungkin sudah terlena. Ah..cepat benar masa berlalu. Kebahagiaan yang di kecapi membuatkan dirinya alpa dengan putaran waktu.

Komputer riba dibuka perlahan. Pendrive yang mempunyai gambar-gambar yang di rakamkan bersama Haziq disimpan ke dalam computer riba. Wajah ceria Haziq yang terakam membuat hatinya sebak. Akhirnya dirinya mampu mengecapi kebahagiaan yang tidak pernah di janjikan oleh Haziq. Itulah kebesaran yang Maha Esa. Semua yang berlaku adalah atas kehendaknya. Tiada siapa yang mampu menghalang akan ketentuannya.












Bab 23


Sekali lagi Farisya menerima sebuah kad beserta sekeping coklat. Di belek kad bersampul merah jambu. Farisya mengeluh. Sudah beberapa kali ia menerima kad dari penghantar yang sama. Farisya tidak mengendahkan akan kehadiran kad tersebut.

Semakin lama dirinya semakin rimas. Farisya menyambung kerjanya yang tergendala. Anisa masih belum muncul walau sudah dua jam Farisya menanti. Mereka sudah berjanji untuk mentelaah bersama di perpustakaan. Memandangkan bayangan Anisa yang tidak akan muncul, Farisya mengambil keputusan untuk pulang saja ke bilik. Mungkin di sana, ia tidak akan di ganggu dengan kehadiran kad-kad yang tidak pernah di undang.

Dia berharap agar semua ini datang dari suaminya, namun apabila berbicara di talifon tidak pernah pula Haziq membangkitkan perkara itu. Adakah ini agenda suaminya yang sengaja untuk mengujinya. Ataupun daripada seseorang yang mempunyai niat jahat terhadapnya. Farisya berjalan dengan pantas.

Setibanya Farisya di bilik, ia melihat Anisa yang sedang lena di atas katilnya. Mungkin ia lupa akan janjinya. Farisya meletakkan buku di atas meja study. Ia ingin membersihkan dirinya untuk menunaikan solat. Di capai tuala dan baldi lalu melangkah menuju ke bilik air di hujung banggunan.

Anisa terjaga dari tidur. Di menoleh ke arah temannya yang sedang menunaikan solat. Menanti Farisya selesai, ia menyandarkan tubuhnya.

“Kau tak sihat ke?” tegur Farisya selepas saja ia selesai memanjatkan doa ke hadrat Ilahi.
“Aku sakit perut tadi. Tak sempat nak bagitau engkau. Kau dah lama balik ke?” Anisa bersuara perlahan.
“Tak la lama sangat. Kau dah pergi klinik ke?” Anisa menggeleng. Farisya mengerutkan dahinya. Kain telekung di lipat kemas. Melangkah perlahan ke arah katil lalu duduk berhadapan dengan Anisa.

“Kenapa kau tak ke klinik? Kata sakit perut,”
“Sikit je. Aku dah sapu dengan minyak angin tadi,”
“Betul ni. Kalau kau nak pergi klinik, aku boleh temankan,” Farisya mempelawa dirinya untuk membantu Anisa. Kelakuan Anisa sedikit berlainan.

“Tak pe lah. Ok dah,” Farisya mengangguk. Bag sandang dibuka. Kad yang di terimanya tadi di tunjukkan kepada Anisa bersama-sama kepingan coklat.
“Kau dah baca?” geleng Farisya.
“Aku malas nak baca. Pada aku tak penting pun,”
“Mana boleh macam tu. Kau tak mahu tahu ke siapa yang hantar semua ni pada kau,” Farisya mengeluh.
“Entah la. Aku malas la nak panjangkan benda ni. Kau tak cuba tanya Sharul,” kad masih lagi di tangan Anisa.

“Aku dah tanya hari tu. Aku pun ada bagitau dia yang kau selalu dapat kad dari peminat misteri. Tapi dia tak pernah nampak pun Aswad pegang sebarang kad,” terang Anisa.
“Maknanya kita tak de bukti nak tuduh dia. Takkan aku nak serang dia macam tu je?” Farisya beralih tempat. Dilabuhkan punggungnya di sisi Anisa.

“Aku baca boleh?” Anisa meminta izin.
”Bacalah,” Farisya memberi kebenaran. Anisa dengan perlahan membuka sampul kad berwarna merah jambu.

Berlari mengejar pelangi senja yang hilang di sebalik awan
Ku terdampar lesu mengingatkan dirimu
Aku lelaki yang kehilangan……

Kau terlalu cantik dalam kebaya unggu



Anisa memberikan kad yang telah di bacanya. Hatinya seakan pasti semua ini datang dari Aswad. Teringat akan kata-kata yang pernah di bacanya pada setiap kad yang diterima Farisya membawa satu erti iaitu kekecewaan seorang lelaki yang di tinggalkan. Dan seperti biasa, nota terakhir akan memuji penampilan Farisya.

Farisya menyambut huluran Anisa. Di bacanya kad tersebut.
“Aku dapat rasa la Isya. Kalau tak siapa lagi?” Farisya terdiam sejenak. Memikirkan akan kata-kata Anisa. Kalau tadi Anisa ada memeberitahunya yang Sharul tidak pernah melihat Aswad memegang sebarang kad. Tapi tak mustahil kalau ia melakukannya di tempat lain ataupun ia mengupah seseorang untuk mengaburi mata orang.

“Kalau iya pun Nisa, aku nak buat apa. Dia nak hantar berapa banyak pun aku tak kisah. Aku tak mahu ambil tahu pasal dia lagi,” Farisya memohon pengertian Anisa.
“Kau tak nak selesaikan dengan dia?” wajahnya di tundukkan.
“Kalau dia tak mengaku macam mana? Nanti dia cakap aku sengaja reka cerita sebab nak rapatkan diri aku dengan dia balik. Antara aku dengan dia dah lama selesai sebenarnya,”

“Sampai bila kau nak biarkan dia buat macam ni,” Farisya bangun merapati gambar perkahwinannya bersama Haziq. Tidak rela kebahagiaannya yang baru dikecapi terlerai.
“Aku sendiri tak tahu sampai bila dia nak ganggu aku dengan kad-kad tu. Lagipun kita tak lama lagi dekat kampus ni. Aku harap semua ni akan terhenti sendiri,” Anisa mengangguk.

“Kalau macam tu, kau nak buat apa dengan coklat ni?” soal Anisa sambil menunjukkan kepingan coklat ditangannya.
“Kalau kau nak, makan la. Aku tak mahu,”
“Eh tak nak aku. Kalau dia jampi apa-apa dekat coklat ni maunya aku tergilakan dia pulak,” di letakkan coklat itu di atas meja study berdekatan Farisya.

“Kau ni. Sampai ke situ pulak,” seloroh Farisya. Lucu dengan andaian Anisa. Mana mungkin zaman yang serba canggih ini, masih ada yang percayakan perkara-perkara tahyul seperti itu.
“Dah kau pun takut nak makan,” Anisa tersengih.
“Aku was-was je. Aku ingat nak bagi balik dekat budak yang hantar tu,”
“Kau kenal ke budak tu,” dibiarkan soalan Anisa. Cuba mengingati kembali.

“Kalau tak silap aku dia budak junior. Lagipun setiap kali aku terima kad tu, budaknya tak pernah sama. Mungkin dia tak mahu aku dapat tahu kot. Dia masih mahu aku sentiasa tercari-cari,” teka Farisya.
“Hai..sampai bila la dia nak main teka teki macam ni,” Farisya mengangkat bahu.
“Manalah aku tahu. Lantak dialah,” Farisya meletakkan kad itu ke dalam kotak bersama kad-kad yang sebelumnya.


*********

“Kau dah buat apa yang aku suruh,” pertanyaan dibalas dengan anggukan.
“Sampai bila kita nak mainkan dia,” dikesat peluh yang meleleh di dahi. Bahang kepanasan begitu terasa.
“Itu aku tak pasti lagi. Tapi aku nak kau teruskan apa yang kau buat sekarang ni,”
“Kau yakin tak kan ada siapa yang tahu?” wajah lelaki sebelahnya di renung.
“Kenapa? Kau takut? Kalau kau takut aku boleh cari orang lain. Ramai lagi yang nak buat kerja ni. Bukan susah pun kerja ni,” tidak mahu mendengar sebarang alasan.

“Bukan itu maksud aku, ak…” takkan mungkin ia mahu menolak kerana habuan yang di terima terlalu lumayan.
“Kau tak perlu risau. Apa yang kita rancangankan akan berjalan dengan lancar. Lagi satu, kau jangan lupa sentiasa bagitahu aku setiap perkembangannya. Aku tak mahu dia terlepas,” arahnya.
“Aku tahu. Setakat ni dia tak syak apa-apa lagi. Kau tak rasa salah ke buat semua ni, ”

“Aku tahu apa yang aku buat ok. Salah atau tidak dah jadi perkara kedua. Janji hati aku puas, ” suaranya di garaukan.
“Siapa kau sebenarnya?”
“Kau tak perlu tahu itu semua. Aku cuma mahu kau jalankan tugas kau mengikut apa yang telah aku rancangkan. Jangan sampai ada kesilapan walau sedikit pun,” amarannya.
“Ni upah kau. Lepas semua ni selesai, aku tak mahu kita berhubung lagi. Faham,” sampul di buka. Senyuman terpancar apabila terlihat habuan yang baru di terima. Tidak peduli dengan kesan yang bakal yang menanti sekiranya rancangan itu gagal.
“Faham,” lelaki itu terpaksa menurut.

“Satu lagi. Aku nak kau rakam apa yang patut kalau ada kesempatan. Apa-apa yang boleh mendatangkan curiga,”
“Untuk apa. Kalau kantoi nanti macam mana?”
“Pandai-pandai la kau cari jalan. Takkan aku nak kena fikirkan semua tu untuk kau,”
“Tapi…” merasa serba salah. Risikonya terlalu tinggi.

“Kau nak ubah fikirannya ke?” di kerutkan dahinya. Andai dilepaskan, takkan mungkin ia dapat menampung kos kehidupannya di Bandar.
“Bukan. Aku terima tapi kau jangan terlalu berharap. Bukan senang nak dapat benda ekslusif macam tu,”
“Baik. Aku setuju. Aku harapkan yang terbaik dari kau,” hatinya kembali yakin.

“Kalau macam tu, aku balik dulu,”
“Tapi ingat. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut,”
“Aku janji,” lelaki itu berlalu pergi.

Dinyalakan api rokok lalu di hembuskan asapnya ke atas. Dia tersenyum mengenangkan akan rancangannya. Rambut palsunya ditarik setelah yakin orang suruhannya berada jauh darinya, Dengan penyamaran ini, tiada siapa yang dapat mengesaki dirinya.




























Bab 24


Panggilan dari Haziq tidak berjawab. Terlalu jauh ia mengelamun.
“Isya, phone kau dari tadi bunyi kau tak dengar ke,” teguran Anisa membuat dirinya tersedar. Melihat pada skrin talifonnya terdapat beberapa panggilan tidak berjawab. Semuanya panggilan daripada Haziq. Segera di dail nombor talifon milik Haziq.

“Salam abang,” Farisya memulakan bicara.
“Kenapa tak angkat call abang. Isya buat apa tadi,” kepalanya ligat memikirkan alasan yang ingin di berikan kepada suaminya.
“Sorry, tadi Isya ke tandas. Kenapa abang call Isya,” dia berbohong. Sedar akan perbuatannya adalah satu kesalahan. Biarlah. Asalkan Haziq tidak mencurigai dirinya. Masih belum puas ia menikmati kehangatan cinta dari Haziq.
“Ye ke. Saja je abang call. Rindu nak dengar suara sayang,” Haziq tersenyum. Melangkah ke bolkoni sambil menikmati angin malam. Suara Farisya terasa begitu dekat dihatinya.

“Tengah buat apa tadi?” Farisya membaringkan tubuhnya. Anisa membiarkan temannya berbual mesra bersama orang tersayang.
“Tak de buat apa pun. Baru balik dari rumah mama. Kak long pun ada sekali. Mama dah rindu nak jumpa sayang. Tak habis-habis asyik sebut nama sayang je,” Mama Haziq sudah terlalu rapat dengannya. Masih teringat segala layan yang di terima sebaik sahaja dirinya mengahwini Haziq. Perasaan takut untuk berhadapan dengan ibu mertua pantas menghilang.

“Mama sihat?”
“Sihat. Bukan mama je yang rindu. Anak mama pun rindu juga. Rindu sangat,” Farisya tersenyum. Faham dengan bahasa Haziq.
“Kan baru jumpa. Masih rindu lagi ke?”
“Kalau boleh, abang nak sayang sentiasa disisi abang. Takkan pernah terpadam api rindu yang sentiasa membara di hati abang ni. Takkan mungkin malap cahayanya,”
‘Wow..laki aku ni sejak bila pandai baca sajak ni…romantiknya…’
“Dari mana abang baca puisi tu? Setahu Isya, tak pernah pun nampak abang baca buku,” wajah haziq bertukar kelat. Andainya Farisya di hadapannya, sudah lama dicubit-cubit pipi isteri ksayangannya itu.

“Kalau tak pernah nampak abang baca buku, maknanya semua tu kira abang yang reka la kan. Abang tak perlukan benda tu semua. Abang kan terror,” Haziq ketawa.
“Eii..perasan la pulak abang ni. Isya ingat hati abang dah keras macam batu,” sindirnya.
“Sampai hati sayang cakap macam tu. Kan sayang yang cairkan hati abang dulu,” ketawanya mati. Terasa akan sindiran isterinya.
“Maaf. Isya tak terniat nak sakitkan hati abang,” kemaafan segera di pohon. Terasa dirinya berdosa.

“Tak kisah la. Yang penting sayang dah jadi milik abang,” Farisya menarik nafas lega kerana Haziq tidak lagi terasa hati dengannya.
“Sayang Isya tak pernah berubah,” wajah Farisya merona merah. Kasihnya terlalu mendalam.
“Abang tahu dan abang percayakan sayang,” itulah ayat terakhir dari Haziq sebelum talian di putuskan.

Anisa menyusun buku-buku yang tidak digunakan lagi. Sementara ada masa yang terluang, lebih baik ia bersiap lebih awal.
“Kenapa?” Farisya menggeleng sambil tersenyum.
“Apasal sengih macam kerang tak cukup nafas je. Penyakit kau dah datang balik. Asal lepas cakap dengan suami kau je, jadi tak betul. Pelik aku tengok. Aku pun bercinta jugak,” Farisya ketawa.
“Hehehe…penangan cinta ni kita tak boleh jangka Nisa. Macam bom jangka. Kadang suka, kadang duka. Kejap baik, kejap gaduh. Tu baru seronok,”

“Eh makcik, sejak bila kau dah tukar jadi dokter falsafah. Banyak la kau punya seronok. Tak de pun orang cakap bergaduh dengan pakwe tu seronok. Kau sorang je yang cakap macam tu,” tidak mampu mematahkan setiap hujah temannya.Dibiarkan saja Farisya yang sedang asyik melayan perasaan.

***********

Farisya membawa beberapa buah buku untuk dipulangkan. Tempoh yang diberikan sudah tamat. Anisa dari awal lagi sudah lama menghilang. Tidak pula Farisya tahu. Mungkin bertemu dengan Sharul barangkali. Farisya membawa sekaki payung untuk melindungi dirinya dari cahaya matahari yang agak terik.

Setelah berjalan hampir lima belas minit, Farisya tiba diperpustakaan. Agak lengang. Mungkin masih awal lagi untuk para siswa dan siswi turun berkunjung ke gudang ilmu itu. Lagipun tidak ramai lagi para siswi yang tinggal di kampus. Kebanyakannya sudah pulang ke kampong untuk bercuti. Nasib Farisya dan Anisa terpaksa menanti seminggu lagi kerana hari peperiksaan yang di jadualkan berada betul-betul di penghujung.

Setelah selesai memulangkan buku yang dipinjam, Farisya melangkah menuju ke kefe. Perutnya berbunyi minta di isi. Kalau selalu ia akan ke sana bersama Anisa, tetapi tidak pada hari itu.

Farisya bercadang mahu menikmati sarapannya di bilik. Berasa janggal untuk ia duduk keseorangan di kefe. Dalam waktu itu, kebetulan ia bertembung dengan Aswad. Insan yang pernah bertahta di hatinya satu tika dulu.

Wajah Aswad sudah banyak berubah. Disisinya terdapat seorang gadis yang setia menemaninya. Kalau tidak silap, gadis itu adalah juniornya. Dibiarkan saja Aswad dengan temannya. Tetapi terdetik di hatinya untuk bertanyakan kepada Aswad tentang kad-kad yang di terimanya. Farisya kembali semula ke dalam kefe mencari kelibat Aswad. Dari jauh lagi Farisya dapat melihat kemesraan antara mereka berdua.

“Assalamualaikum,” Aswad mendongak. Terkejut dengan sapaan dari seseorang yang tidak pernah di jangka.
“Waalaikumsalam,” gadis di sebelahnya menjawab salam Farisya. Farisya menghadiahkan senyuman.
“Boleh Han cakap dengan As sekejap,” Farisya menjadi gugup. Masih membahasakan dirinya dengan nama yang pernah meniti dibibir Aswad. Sudah terlalu lama tidak bertemu wajah, Aswad semakin kacak.

“Duduk la kak,” pelawa gadis disebelah Aswad. Mungkin kekasih barunya.
“Han takkan ambil masa panjang. Han cuma mahukan kebenaran,” wajah Aswad di renung sehingga kedalam anak matanya.
“Maksud Han? As tak faham,” Farisya menarik nafas panjang. Aswad masih seperti dulu. Sering bersuara lembut.

“Selepas hubungan kita putus, pernah tak As hantar apa-apa kad pada Han?” Farisya bersuara agak lemah. Gadis di sebelah Aswad berubah wajah. Berita yang di sampaikan Farisya menyentak tangkai hatinya. Aswad merenung Farisya agak lama. Andai Farisya bukan milik orang lain, sudah pasti di rebut kembali cintanya. Tapi sayang, sudah tertulis mereka tidak akan bersama. Hanya mampu berkongsi kasih untuk sementara.

“Kenapa Han cakap macam tu? ” Aswad ingin tahu jalan cerita yang sebenar. Faham benar dengan perangai Farisya yang tidak akan bertindak selagi perkara tersebut benar-benar menggugatnya. Dibiarkan gadis di sebelahnya melayan perasaan.
“Sebenarnya, Han ada terima banyak kad sejak dua menjak ni. Tapi tak bernama. Ayatnya macam orang nak merebut kembali cintanya,” terang Farisya. Aswad mengerutkan dahinya. Setahunya, tidak pernah walau sekali pun ia cuba berhubung dengan Farisya kembali setelah mengetahui Farisya telah pun menjadi milik orang lain.

“Bukan dari As. As tak pernah nak cuba rosakkan hubungan Han dengan suami. Mungkin orang lain,” Farisya terdiam.
“Tapi siapa? Han tak pernah kawan dengan orang lain selain As,”

“Abang! Betul ke ni. Abang masih tak dapat nak lupakan dia ke,” tiba-tiba gadis di sebelah Aswad bersuara. Terasa dirinya di pinggirkan. Melihat anak mata Aswad yang sering merenung Farisya membuat dirinya di kuasi api cemburu.

Aswad menjadi serba salah. Ia tidak menyalahkan kehadiran Farisya. Hatinya takkan pernah membenci gadis yang pernah mencuri hatinya.

“Bukan macam tu. Abang tak pernah buat semua tu. Ain kena faham,” Farisya baru mengetahui nama gadis yang bertahta di hati bekas kekasihnya kini.
“Abang ingat Ain tunggul ke? Yang abang nak sangat tolong dia kenapa?” hilang rasa hormatnya pada Farisya. Menyampah untuk menatap wajah Farisya di hadapannya.

“Ain. Abang cuma nak tolong. Tak salah kan,” Aswad memujuk lembut. Memang bukan jenisnya untuk mengasari sesiapa. Farisya sayu. Ain masih lagi seperti tadi.

“Tak pe la As. Han pergi dulu,” Farisya bangun. Namun pantas tangan Aswad menariknya kembali membuatkan Ain semakin panas hati. Tak sangka Aswad berani melakukan sebegitu dihadapanya.

Aswad cuba mengawal keadaan supaya tidak menjadi semakin tegang. Tangan Farisya masih lagi tidak di lepaskan.
“As, please,” rayu Farisya cuba melepaskan tangannya.
“Han duduk dulu,” arah Aswad. Tangannya sebelah lagi turut menggengam erat tangan Ain. Farisya merasa kehadirannya telah membuatkan perasaan tidak senang di hati Ain.

Ain meronta-ronta namun pegangan Aswad sungguh kemas.
“Ain tak payah nak cemburu macam ni. Han milik orang lain. Dia dah kahwin Ain. Takkan mungkin abang akan kembali pada Han,” Ain tidak mengendahkan pujukan Aswad. Padanya, Farisya telah menggegarkan keharmonian hubungannya bersama Aswad.
“Ain tak suka abang masih berhubung dengan dia. Kenapa dia kena minta tolong pada abang? Kan dia ada suami,” Ain terlalu degil untuk di pujuk. Tidak seperti Farisya. Sejujurnya, Aswad mengakui Farisya adalah insan yang paling istimewa pernah dimiliki. Takkan ada insan lain yang dapat menggantinya.

“Please As. Maafkan Han,” Farisya cuba melepaskan tangan dari pegangan Aswad.
“Han. Relax. Jangan ambil hati dengan kata-kata Ain. Dia memang macam ni. As akan cuba tolong Han,” Farisya menggeleng. Dirinya merasa bersalah.
“Han…” Aswad dapat melihat mata Farisya yang berkaca. Kalaulah Farisya masih miliknya, sudah pasti Farisya tidak akan begini.

“Kalau boleh, As nak tengok kad-kad yang Han dapat tu. Petang nanti As akan tunggu Han depan pintu pagar asrama,” pesannya. Farisya lega kerana Aswad telah melepaskan tangannya. Tetapi hatinya masih ragu-ragu dengan arahan yang Aswad berikan. Wajah Ain yang merah menyala di renung. Wajahnya mirip kepada seseorang. Tetapi Farisya tidak dapat meneka.

“Maafkan Han. Biarlah Han selesaikan masalah ni sendiri,” Farisya pantas berlalu. Aswad tidak dapat mengejarnya kerana Ain lebih dulu menahannya. Bungkusan yang dibawa Farisya turut tertinggal. Aswad menoleh ke arah Ain. Merasakan gadis itu terlalu kejam.

“Kenapa tengok Ain macam tu?” Ain langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah. Aswad kesal dengan sikap Ain. Malas ingin melayan karenah Ain, Aswad pantas bangun meninggalkan Ain yang kebingungan. Bungkusan untuk Farisya di capainya. Jeritan Ain tidak di endahkan. Selama ini Ain tidak pernah menunjukkan sikapnya yang sebenar. Kepuraan Ain terserlah di hadapan Farisya. Sekurang-kurangnya, Farisya telah membuka mata hitamnya untuk menilai keperibadian kekasih barunya.


*****************

Wajah murung Farisya tetap terpapar. Anisa yang baru pulang, merasa hairan. Kalau selalu bibir temannya itu begitu ramah menyapanya, kini hanya diam membisu seribu bahasa.
“Kau pergi mana. Asyik hilang je. Tahu la ada buah hati, jangan la asyik tinggalkan aku,” Anisa tersengih mendengar sindiran Farisya.
“Amboi, sejak bila dah pandai main sindir-sindir ni. Selalu pun aku macam ni apa dengan Sharul,” jawab Anisa.

“Actualy aku ada benda nak cakap dengan kau. Er..Aku dah jumpa Aswad,” Anisa berpaling. Memandang wajah Farisya. Serius wajahnya.
“Kau terus jumpa dia ke? Kat mana?” Anisa menanti jawapan dari Farisya.
“Aku terserempak dengan dia dekat kefe. Masa tu aku nak bungkus breakfast. Tergerak hati aku nak tanya dia pasal kad tu,”

“Kau cakap apa dengan dia?” membuka bungkusan di tangannya. Di hulurkan kepada Farisya. Farisya yang merasa lapar segera menyambut huluran Anisa.

“Cakap apa lagi, pasal kad tu la. Dia tak pernah hantar pun. Satu lagi, dia dah ada kekasih baru,” nampaknya Farisya telah mengetahui yang Aswad sudah pun mempunyai pegantinya.
“Sebenarnya aku dah tahu lama dia ada kekasih baru. Tapi aku malas nak bagitahu kau,” Farisya faham akan niat temannya. Untuk apa dirinya terasa. Aswad tiada kena mengena lagi dalam hidupnya. Semuanya sudah berlalu.
“Aku tak kisah. Cuma hairan. Kalau bukan dia yang hantar, siapa pula. Selain dari Aswad dan Haziq, aku tak pernah ada kawan dengan orang lain. Tu yang buat aku pening kepala. Lagi satu dia cakap nak tolong aku carikan siapa yang hantar kad tu. Dia nak tengok kad yang aku dapat tu,” Anisa mendengar cerita Farisya dengan minat.

“Ye ke. Aku ingat dia tak nak layan kau lagi dah. Bagus juga dia tu kan. Tak pernah kisah walaupun kau pernah kecewakan dia,” Farisya menganguk.
“Masa kau cakap dengan As tadi, girls dia tak cakap apa-apa?” Farisya ketawa.

“Maunya tak. Dia ingat yang As tu masih tak boleh nak lupakan aku. Nasib baik tak berperang. Kira As ni pandai kawal keadaan la. Merah padam aku tengok muka dia,” terang Farisya.
“Sekurang-kurangnya kau dah cuba tanya. Bila kau nak bagi dia tengok kad tu?”
“Dia cakap petang ni. Aku cuma nak tanya je bukan nak minta tolong dari dia,”
“Tak kisah la. Yang penting dia ikhlas nak tolong kau. Kau dah prepare ke?”

“Prepare apa pulak ni?” Anisa menjeling.
“Paper exam la. Tapi aku yakin, soalan yang keluar tu nanti mesti sebijik macam muka laki kau,” Farisya hampir tersedak.
“Apasal pulak ada kena mengena dengan laki aku,” Farisya bercekak pinggang. Anisa sudah bersedia untuk ke tandas.
“Sebab aku tengok kau asyik tengok gambar laki kau je. Tak de pulak aku tengok kau baca buku. Tu yang confirm keluar muka laki kau tu,” Anisa ketawa berdekah-dekah.
‘Mak aih kawan aku…gelak mengalahkan orang jantan…kalau Sharul nampak mesti cancel nak buat bakal bini..’

“Paper last kacang je la. Subjek senang. Aku dah prepare awal la,” kotak berisi kad di renung.
“Jangan takbur tau. Pasal satu paper pun kau boleh kantoi,” cuba menakutkan Farisya.
“Ish.. kau ni. Macam doa kan aku je,” Anisa tersengih.
“Yang kau tersengih sorang-sorang tu apasal. Dah berjangkit dengan penyakit aku. Ubat apa yang Sharul bagi dekat kau?” Anisa ketawa mendengar sindiran Farisya.

“Bukan ubat tapi kuih yang kau makan tadi tu sebenarnya As yang bagi. Dia cakap kau tertingal dekat kefe tadi,” Farisya merenung kuih yang tinggal separuh di makannya. Punyalah dia tidak perasan. Anisa segera melangkah keluar apabila tangan Farisya sudah mengangkat tinggi bantal kecil untuk menyerangnya. Jika tidak sudah pasti tubuhnya menjadi mangsa. Akhirnya, ia tersenyum sendirian.





























Bab 25


Haziq melangkah ceria menuju ke pejabatnya. Beberapa staf menyapa hormat ketika berselisih dengannya. Memasuki bilik pejabat yang telah dikemaskan oleh Kak Sal. Sudah lama Kak Sal berkhidmat denganya. Tidak pernah menimbulkan masalah. Memandangkan Kak Sal masih belum berkahwin memudahkan Haziq. Tidak perlu ia bersusah payah untuk mencari pengganti untuk cuti bersalin atau sebagainya.

“Kak Sal, masuk bilik saya kejap?” Kak Sal mendengar intercom berbunyi. Surat yang sudah separuh siap ditinggalkan. Mengambil jadual harian Haziq seperti selalu. Pintu di buka tanpa mengetuk terlebih dahulu. Memang sudah menjadi kebiasaannya.
“Ok bos. Your secudle pack today,” Kak Sal bersuara sebelum sampai di meja Haziq.
“Ye ke. Dengan siapa je?” Haziq mendongakkan kepalanya.
“Pagi ni you sepatutnya ada meeting dengan Dato’ but cancel because Dato’ ada meeting dengan management. 2nd you kena gantikan Dato’ untuk intertain regular klien kita,”

“Which klien?” Kak Sal tersenyum.
“Uda Holding with Mis Tiara,” Haziq mengeluh. Kak Sal teringat akan rungutan dari Haziq apabila terpaksa melayan kerenah Tiara yang tidak termaktub dalam perjanjian mereka.
“Kenapa pula kali ni?”
“Akak tak sure but Dato’ ada cakap pasal aduan yang dia orang buat,” Kak Sal menjungkitkan bahu. Kerana Tiara lah Farisya pernah berjauh hati denganya walaupun tidak di tunjukkan secara terang.

Kak Sal menyambung kembali. Jadualnya sememangnya padat sehingga petang.
“Ada apa-apa lagi?” Kak Sal bertanya sebelum melangkah keluar. Haziq tidak banyak karenah seperti kebanyakan bos yang pernah dia berkhidmat.
“It’s ok kak. Kalau ada apa-apa nanti saya bagitau,”
“Ok,” Kak sal meninggalkan Haziq.

Belum pun sempat Kak Sal melabuhkan punggungnya di kerusi, wajah Haziq sudah tersembul di sebalik pintu.
“Kak, ada Dato’ bagi apa-apa fail berkenaan meeting dengan Uda Holding,”
“Kalau tak silap akak tak de. Tak pe, kejap lagi akak chek dengan Rina,” Haziq mengangguk. Di tutup pintu biliknya tetapi di buka kembali apabila terdengar jeritan memanggil namanya.

Terlihat Rina sedang membawa beberapa fail menuju ke arahnya.
“Panjang pun umur kau. Akak baru nak call tanya,” Rina tersengih.
“Ye ke kak. Macam tahu-tahu je eks,” diletakkan semua fail itu di atas meja pembantu Haziq.
“Kalau macam tu, bos akak kena belanja la ni,” Rina berseloroh. Kak Sal menjeling ke arah Haziq sambil mengangkat kening. Haziq tersenyum. Rina adalah setiausaha kepada papanya.
“Boleh, saya tak de hal. Tapi kena tunggu schedule saya free,” Rina tersengih.
“Tak payah la Encik Haziq. Saya gurau je la. Lagipun Dato’ yang suruh saya pas semua tu pada Encik,”

“La. Dah bos akak nak belanja, dia tolak pula. Kenapa? Takut mem marah ke?” Rina tersipu malu.
“Ishh akak ni. Ke situ pula,” Kak Sal tergelak sama melihat wajah Rina yang masih malu-malu walaupun sudah berkhidmat dengan Kembara Berhad lebih dari lima tahun. Rina memang jarang untuk bergaul mesra dengan mana-mana lelaki. Hanya orang yang tertentu sahaja yang akan di layannya.
“Ok la kak. Kalau ada orang cari Dato’ susah pula saya,” Rina meminta diri. Kak Sal menghantar Rina dengan senyuman. Haziq sedang leka membelek fail yang baru di ambil. Pening kepala hendak melayan bermacam-macam permintaan dari Uda Holding. Kadang-kadang melebihi dari kemampuan mereka.

“Bos nak berdiri aje ke?” Kak Sal menegur Haziq. Haziq menoleh, terlupa dirinya berada di luar biliknya. Tersenyum tanpa menjawab terguran Kak Sal. Pintu bilik ditutup kembali.

*******

Haziq meninggalkan pejabat setelah mengkaji sebarang kemungkinan menganai aduan yang di buat oleh Uda Holding. Jika tidak kerana syarikat itu milik papanya., sudah pasti ia cuba mengelak dari terus berurusan dengan Tiara dari Uda Holding. Kereta di pandu menuju ke tempat yang telah di janjikan. Membawa bersama fail ditangannya, Haziq melangkah masuk menuju ke pintu utama Uda Holding sebuah syarikat barangan elektronik yang termasyur di pelosok dunia.

“Saya ada appointment dengan Cik Tiara,” Haziq memberitahu akan tujuannya kepada gadis penyambut tetamu Uda Holding.
“En.Haziq dari Kembara Berhad ke?” soal gadis itu lagi. Haziq sekadar mengangguk.
“Encik tunggu sekejap sebab Cik Tiara tak sampai lagi. Silakan,” gadis berambut perang itu mempelawa Haziq menuju ke ruangan menunggu. Sudah acap kali Haziq terpaksa menanti kedatangan Tiara sedangkan waktu yang di janjikan telah di persetujui. Haziq mengeluh.

Sementara menanti, Haziq cuba mendail nombor talifon bimbit Farisya. Sudah beberapa hari permata hatinya itu tidak di hubungi. Terasa rindu untuk mendengar suara Farisya yang lembut dan manja. Talian tidak berjawab. Di cubanya sekali lagi. Tiba-tiba Haziq menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Farisya yang baru sahaja menyambut taliannya menyapa tanpa sahutan.

“Hello..abang!.. Hello!” Farisya mengulangi lagi.
“Hei Ziq, Awal you sampai. Sorry i lambat sikit,” Tiara bersuara manja. Haziq lupa akan talian yang masih belum di matikan. Farisya terdengar akan perbualan suaminya bersama seseorang wanita. Hatinya berdebar. Suara wanita yang baru saja didengarnya cukup menggoda. Butang no di tekan. Talian dimatikan dari pihaknya. Tertanya-tanya siapa gerangan wanita yang bersama suaminya. Talifon bimbit di renung kosong. Dia membuang segala prasangka buruk terhadap suaminya.

“As usual,” sepatah Haziq menjawab. Telifon bimbit di masukkan ke dalam poket seluar sambil berjalan beriringan bersama Tiara.
“Sorry la. You tau kan I selalu tidur lambat. Nak siapkan projek ni bukan senang,” Haziq hanya mampu tersenyum. Setuju dengan pendapat Tiara. Projek yang di kendalikan antara Uda Holding dan Kembara Berhad terlalu bernilai.

Tiara membuka pintu pejabatnya dan mempelawa Haziq masuk. Diletakkan briefcasenya di atas meja. Menekan interkom memanggil pembantunya untuk menyediakan minuman untuk mereka.

Haziq sudah pun duduk di atas sofa lembut. Tiara melangkah ke arah Haziq dengan lenggokkan menggoda. Siapa sahaja yang tidak tahan akan godaannya.
“Can we start?” Tiara melabuhkan punggungnya di hadapan Haziq. Sengaja memberi pose yang menghairahkan agar Haziq terpikat.
“Yup! why not,” balas Haziq tanpa sedikit pun memandang Tiara.

“Actualy complain tu tak la teruk sangat. But I tak nak nanti I punya side yang kena blame dengan customer. You tau la kan Japanise ni macam mana,” Haziq membuka kertas kerja.
“I know that. Memang tak teruk sangat pun. Boleh discus dekat phone je,” sindir Haziq. Tidak pasti samaada Tiara menyedari ataupun tidak.
“Tapi I tak suka bincang pasal business dekat phone. Batter kita face to face. Lagipun I rindu nak tengok muka you,” Tiara memancing. Batinnya tersiksa menahan safsu gelora. Begitu sukar dirinya untuk menambat hati Haziq. Sudah bermacam-macam cara dilakukan. Haziq masihtidak pernah menerima kasihnya.

“Mungkin pada you batter tapi pada orang lain macam ni, kan ke membuang masa. Lagipun I banyak lagi benda nak buat dekat ofis tu.” Haziq sedar akan tujuan Tiara. Godaan Tiara tiada tandingannya. Hampir saja dirinya terperangkap, namun mujur dirinya tersedar.
“Kenapa you selalu tolak ajakan I,” Tiara bersuara lembut.
“I ni suami orang Tiara,” Tiara mencebik. Haziq tidak seperti dulu lagi.
“Masa you kawan dengan Irma, you tak macam I pun. Kita pun selalu hang out sama-sama,” Haziq mengeluh. Tiara masih belum mengalah untuk merebut cintanya.

“Itu dulu. I dah berubah,” Tiara tersenyum sinis. Lucu dengan perkataan ‘berubah atau insaf’.
“Ye ke? Berubah yang macam mana?” Haziq menjeling. Bukan senang untuk dirinya mengelak. Tiara seungguh pandai memujuk. Dan kerana kepandaiannya memujuk, Tiara menjadi asset penting di Uda Holding. Katakan saja apa projek, Tiara mampu menyapunya.

“I takkan ulang apa yang I dah buat dulu,” Tiara tergelak kecil.
“Ermm… nak jadi suami mithali rupanya. Anyway … I wish you good luck,” senyumnya mengejek. Haziq tidak mengerti akan ucapan dari Tiara.
“Hope so. Boleh kita start sekarang,” Tiara mengangguk. Tiara langsung tidak menumpukan perhatian dengan apa yang Haziq terangkan. Segalanya hanya dibiarkan berlalu di cuping telinganya. Hatinya masih sakit.

Selesai perbincangan, Tiara mempelawa Haziq untuk makan tengahhri bersama. Secara professional, Haziq menerima ajakan Tiara atas urusan business. Walaupun Tiara menganggap sebaliknya, tidak pernah di hiraukan. Mereka sama-sama menuju ke sebuah restoren ekslusif yang berdekatan bangunan Uda Holding.

Tidak perasaan akan mata yang memandang, Tiara masih lagi cuba memancing reaksi Haziq. Sungguh kurang sopan lagaknya. Haziq membuat endah tidak endah. Melayan Tiara seperti biasa.

Tiba-tiba bahu Haziq ditepuk mesra. Haziq menoleh. Nafasnya terputus seketika, degupan jantung bagaikan terhenti tatkala melihat wajah yang tidak di sangka-sangka. Bibirnya kelu.



























Bab 26

“Mama!,” Haziq separuh menjerit. Yang paling mengejutkan Haziq adalah kehadiran ibu mertuanya. Walaupun wajah ibu Farisya tidak menunjukkan sebarang reaksi, namun hatinya berdebar-debar. Apa pula tanggapan mertuanya nanti.

“Lama sampai?” Datin Rosma menepuk lembut bahu Haziq sambil tersenyum kepada Tiara. Tiara membalas senyuman itu.
“Ba..baru je mama. Apa mama buat kat sini,” Haziq pantas bangun untuk bersalam dengan mamanya serta ibu mertuanya. Di kucup mesra tangan ibu Farisya.
“Saja mama bawa mak ngah kamu ni keluar shopping,” Haziq tersenyum pahit.
“Bila ibu sampai? Tak cakap pun nak datang sini,” Marlia tersenyum. Kegugupan Haziq dapat dibacanya. Matanya turut sama mengerling ke arah Tiara.
“Semalam kan mama dah suruh papa pesan pada Ziq. Papa tak bagitahu ke?” Haziq menggeleng pantas.

Tiara rimas dengan drama yang sedang di tontonnya. Kehadiran tetamu yang tidak di undang telah merosakkan rancangannya. Hatinya menyumpah geram. Ingin saja di halau ke dua-dua orang tua itu pergi, tetapi di sebabkan mereka adalah ahli keluarga Haziq. Terpaksa di tahan amarah yang membara.

“Papa lupa kot. Tak pe la. Mak ngah pun dah selamat sampai dah. Mama menggangu ke?” Datin Rosma menoleh ke arah Tiara.
“Eh tak de la mama. Kami pun baru je sampai. Join la kami sekali,” jawab Haziq bagi menghilangkan gugupnya.
“Your pathner don’t mine ke?” tambahnya lembut.
“It’s ok aunty. We both just finish for discussion. Jemput la,” Tiara berbicara lembut. Terpaksa menjaga mood. Haziq menarik nafas lega.

Haziq menarik kerusi untuk mama dan ibu mertuanya. Tiara hanya menjeling tajam. Sungguh istimewa layanan Haziq. Kalaulah dirinya turut dilayan seperti itu. Namun, Tiara dapat merasa kerlingan sinis dari mama Haziq. Mana tidaknya, cara Tiara berpakaian betul-betul membuat sesiapa saja yang memandang akan menoleh untuk kali yang kedua. Dibiarkan saja kerlingan atau renungan yang sinis terhadapnya. Yang penting, apa yang di hajatkan akan tercapai.

“Ibu nak makan apa?” Marlia menurunkan menu ke bawah. Tidak faham jenis makanan yang di hidangkan. Maklum lah, ini baru kali pertama ia menjejakkan kakinya ke restoren yang begitu eksluif.
“Ibu tak tahu nak makan apa? Biar kak long je la yang pilihkan,” di tolaknya menu itu kepada kakak iparnya merangkap besannya sambil tersipu malu. Memang agak janggal namun di gagahi jua.

“Apa kata biar Ziq je yang pilih untuk ibu. Kita ambil lobster ok tak mama?” Marlia menoleh ke arah Datin Rosma yang sedang kusyuk meneliti menu.
“Not bad. Good choice. Ikan sweet sour and sup. Mama pun dah lama tak makan sup kat sini,” Datin Rosma setuju dengan cadangan Haziq.
“Ok. Erm… ibu nak minum apa?”
“Ziq pilih je la. Ibu ikut je,” Marlia tidak kuasa untuk memilih. Terlalu asing nama-nama minuman di dalam menu yang di bacanya tadi.

“Kalau macam tu, Ziq orderkan ibu air sirap bandung yang paling special kat sini. Sedap tau bu. How about you mama?”
“Boleh juga tu. Nasib baik jumpa dengan Ziq kat sini. Kalau tidak, jenuh la kita nak menghabiskan makanan tu nanti,” Datin Rosma tergelak mesra.

“You nak makan apa Tiara?” Haziq beralih kepada Tiara yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri. Simpati yang baru saja ingin bertandang di campak sejauh mungkin.
“I makan steak je la. I tak lalu la nak makan nasi,”
“Ok. Done,” Haziq menyerahkan menu kepada pelayan. Mengangguk hormat lalu pergi meninggalkan meja.
Datin Rosma cuba berbual dengan adik iparnya bagi menghilangkan rasa jeleknya. Meluat dengan sikap Tiara yang tergedik-gedik walaupun di hadapannya. Langsung tidak menunjukkan rasa hormat padanya.

“Ibu datang sorang ke?”
“Tak la. Abah dengan Iman ikut papa Haziq memancing” Haziq mengerutkan dahinya.
‘Bukan tadi Kak Sal kata abah ada meeting dengan menagement… ibu pulak cakap papa pergi memancing dengan abah… biar betul…kira dah kena tipu la ni dengan papa..’

“Saja papa cakap dengan pembantu kamu macam tu. Lagipun bukan selalu sangat papa dapat berehat. Kalau ikutkan, mama nak suruh papa duduk je dekat rumah. Biar kamu saja yang uruskan hal-hal pejabat,”
“Kira mama pun bersubahat la ni. Dah la tak bagi tahu, Kalau tak, Ziq pun boleh ikut sekali. Papa pergi memancing dekat mana?” nada Haziq seakan merajuk.
“Aik.. sejak bila ada minat nak memancing ni. Kalau dulu puas papa ajak, kamu tak pernahnya nak ikut,” Marlia tersenyum. Teringat kenangan sewaktu Haziq melawatnya bersama Farisya dulu. Macam-macam yang di tanya kepada suaminya.

“Jangan tak tahu. Ziq dah terror memancing kan bu,” Datin Rosma tersenyum. Marlia turut tersenyum. Gelagat Haziq persis sorang budak lelaki kecil yang comel.
“Ye ke. Mama tak tahu pun,”
“Baru sekali abah ajar, takkan dah terror kot,” sindir Marlia. Haziq tersipu-sipu. Akhirnya dirinya terkena.

“Tiara asal dari mana?” tiba-tiba Datin Rosma mengutarakan soalan kepada Tiara. Wajah itu di renungnya. Saling tak tumpah dengan wajah arwah adik tirinya.
“Dari Singapore,” jawabnya pendek. Riaknya seperti tidak senang apabila soalan berkenaan asal usulnya di bangkitkan.
“Ramai adik beradik?” perasaannya ingin tahu lebih lanjut mengenai Tiara.
“Anak tunggal. Actualy daddy ada dekat oversea,” kebetulan pesanan mereka sudah pun sampai. Tidak sempat untuk Datin Rosma bertanya lanjut. Di pendamkan hasratnya itu.

“Kamu ada call Isya?” gesekan mata pisau dari tangan Tiara terhenti. Nama itu timbul kembali. Hatinya di paut cemburu.
“Ada, tadi pagi. Pa..” Haziq menepuk dahinya. Baru ia teringat panggilannya tidak di jawab Farisya.
“Kenapa?” Datin Rosma mencedok kuah sup kedalam mangkuk kecil lalu di hulurkan kepada Marlia. Terkejut dengan riaksi spontan anaknya.
“Pagi tadi Ziq ada try call. Tapi tak jawab,” terang Haziq.
“Erm.. mama ingatkan apa tadi. Dia tengah busy la tu. Kan paper last dia hari ni,”
“Tu la pasal. Haziq ingat nak cakap dengan dia sebelum tu. Manalah tahu, kata-kata semangat dari Ziq ni boleh memudahkan lagi dia nak jawab soalan,” Datin Rosma dan Marlia ketawa lucu.

“Ye la tu. Silap-silap nama kamu je yang dia tulis dalan kertas tu nanti. Dia orang ni bukan boleh percaya Mar. Si Ziq ni pun pernah tersasul panggil akak ‘sayang’. Tengah mabuk cinta la katakan,” Haziq tersenyum. Tiara yang mendengarnya menjadi semakin sakit hati.
“Nama pun orang tengah bercinta kak. Semuanya manis belaka,” Marlia menambah. Hatinya gembira dengan perkembangan Farisnya dan Haziq.
“Tak de la ibu. Lidah Ziq cuma tersasul je la,” Datin Rosma dan Marlia ketawa lagi.

Tiba-tiba talifon Tiara berdering. Suapannya terhenti. Haziq menoleh. Tidak dapat mendengar butir bicara Tiara kerana suaranya terlalu perlahan.

“Sorry Ziq, I got to go. Maaf aunty, next time kita jumpa lagi,” Tiara hanya berbasi-basi. Kalau tidak kerana Haziq, jangan harap dirinya akan beramah. Datin Rosma dan Marlia hanya mengangguk. Haziq hanya mengekori lenggokan Tiara dengan ekor matanya.

“Siapa dia tu Ziq,” Haziq terkedu. Soalan dari mamanya menjerat lehernya kini.
“Di..dia Cuma business parther je mama. Di..dia dari Uda Holding,” Datin Rosma merenung tajam. Mendengar perkataan Uda Holding sudah cukup untuk ia mengingati segala cerita yang di dengarnya.
“Mama kan dah pesan pada Ziq,” Haziq tunduk. Kalau di jawab benda yang betul, sudahnya Dato’ Razlan akan terkena tempiasnya.

“Ziq Cuma bincang pasal kertas kerja la mama. Dah Uda Holding hantar dia, Ziq nak buat macam mana?” Haziq cuba mengelak dari di leteri mamanya.
“Tak sopan langsung. Meluat mama tengok. Kamu pun suka la dia pakai mcam tu,” Haziq tersedak. Gelas yang di hulurkan ibu mertuanya disambut kemas. Perlahan-lahan Marlia mengurut belakang badan menantunya. Haziq terbatuk-batuk kecil.

“Mama ni. Ke situ pulak,”
“Dah la kak. Mungkin dah cara dia macam tu. Ziq pun bukan boleh halang,” lembut suara Marlia membela Haziq. Datin Rosma termakan pujukan Marlia. Di renung wajah menantunya dengan pandangan redup. Tanggapannya terhadap Haziq masih seperti dulu. Haziq merasa lega. Sekurang-kurangnya, mama tidak lagi meleterinya.

“Bila nak ambil Isya dari kampus dia,” Marlia cuba mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu isu yang panas itu semakin berlarutan. Tak elok andai bertekak di hadapan rezeki. Haziq telah banyak berubah. Tak kan mungkin ia akan berulang lagi.










Bab 27


Tiara melemparkan bag tangan diatas sofa. Beberapa panggilan dari pejabatnya dibiarkan tidak berjawab. Dihempaskan tubuhnya di atas katil. Terlentang mengadap siling yang berwarna jingga. Renungannya kosong tanpa arah. Bayangan Haziq menerpa. Serentak dengan itu senyuman terukir di bibir membayangkan dirinya berada disamping Haziq.

Alangkah bahagianya. Namun senyuman itu mati tatkala terkenang kembali peristiwa yang menyakitkan hati. Jika tidak kerana kedua mama dan ibu mertua Haziq hadir di restoran, pasti Haziq sudah berada di dalam dakapannya kini. Peluang yang terhidang terpaksa dibiarkan begitu saja.

Walaupun dirinya tidak pernah kehausan akan kehadiran lelaki, namun dirinya tetap mahukan Haziq. Tidak terkira lelaki yang datang mendekatinya, tidak pernah tergugat perasaannya terhadap Haziq. Walaupun Haziq tidak pernah membalas cintanya, semangatnya tidak pernah luntur. Sehinggalah berita perkahwinan Haziq sampai di pengetahuannya.

Tiara mengeluh kasar. Rancangannya tergendala seketika. Impiannya masih belum tertunai. Halangan demi halangan mendatang menggagalkan rancangannya.

“Arrrggghhhhhhhhh….” Jeritan Tiara sudah tidak memberi kesan kepada jiran tetangganya. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila terdengar jeritan Tiara.

Tiara tersentak. Jeritannya terhenti. Terdengar daun pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu. Dengan perasaan malas, Tiara melangkah menuju ke ruang tamu menghala terus ke pintu utama. Daun pintu di buka perlahan-lahan.

“Yes,” ujarnya.
“ Kau masih ingat aku lagi?” Tiara tersentak. Wajah insan yang paling di benci bertandang lagi. Perasaan benci dan marah bercampur baur.
“Maaf. Aku tak de masa nak ingat-ingat. Apa kau nak?” bentak Tiara. Tanpa mempelawa, Tiara membiarkan lelaki di hadapannya terhalang antara besi jeriji.
“Aku nak duit,” lelaki berusia separuh abad itu tersengih. Dengan penampilan yang kusut masai, Tiara merasa jijik nuntuk memandangnya. Kalau dulu mungkin Tiara merasa terperangkap dengan ugutan lelaki itu, tetapi kini tidak lagi. Cukup sudah segala usahanya diperhambakan kepada lelaki itu untuk berjudi dan berfoya-foya.

“Apa! Kau nak duit. Hei orang tua. Kau ingat aku kerja chop duit ke?” marah Tiara. Matanya di bulatkan. Tiada gentar terpamer dari wajahnya.
“Aku bukan nak banyak. Sikit je,” pujuk lelaki tua itu yang masih tersengih. Sedikit pun tidak berasa akan api kemarahan Tiara.
“Banyak ke, sikit ke. Jangan harap aku nak bagi. Kau dah rosakkan hidup aku dulu tak cukup lagi ke?” Tiara tidak dapat membendung perasaannya. Api kemarahannya semakin meluar-luap.

“Oooo..kau nak tunjuk lagak ya!” giliran lelaki tua di hadapan Tiara membentak. Tidak puas hati kerana kehendaknya tidak di turuti. Tiada lagi senyuman dibibirnya. Merenung tajam ke arah anak mata Tiara. Mujur besi jeriji menjadi penghalang, jika tidak sudah pasti Tiara sudah berada di gengamamnnya.
“Kenapa? Kau tak puas hati? Jangan ingat kau boleh gunakan cerita lapuk kau tu untuk ugut aku,” Tiara memeluk tubuh. Pandangannya dialihkan.

“Hei betina. Kau jangan ingat aku nak lepaskan kau macam tu je. Kau tunggu…kau tunggu!” Tiara tersentap tatkala lelaki tua itu menumbuk besi jeriji rumahnya.
“Jangan ingat aku takut dengan ugutan kau,” balas Tiara memberanikan diri. Dirinya hairan bagaimana lelaki tua itu boleh terlepas sedangkan kawasan rumahnya mempunyai pengawal keselamatan yang ketat.
“Baik!..aku dapat kau nanti mampus aku kerjakan,” amaran berupa ancaman dilemparkan kepada Tiara sebelum melangkah pergi. Pantas Tiara menutup pintu rumahnya setelah bayangan lelaki tua berlalu.

Jantungnya berdegup kencang. Ancaman yang baru diterima tidak boleh di anggap remeh. Tahu benar akan sikap lelaki tua yang di bencinya itu. Tiara kaku. Akal jahatnya tercari-cari jalan penyelesaian. Selagi lelaki tua itu tidak di hapuskan, hidupnya tidak akan tenang. Tiada cara lain lagi untuk mengelak dari ancaman lelaki tua selain melenyapkan terus dari muka bumi.

Tiara mencapai bag tangan lalu talifon bimbitnya dikeluarkan. Mendail nombor seseorang. Wajahnya kelihatan sedikit cemas.

“Keat,” Tiara memulakan bicara.
“Wa amoi. Lama tala jumpa ha. Ada sihat ka?” Tiara tiada masa untuk beramah mesra.
“Keat. Aku ada kerja untuk kau,” ujar Tiara.
“Apa kerja?”
“Aku nak kau bunuh seseorang. Aku nak kau carikan orang luar. Senang sikit. Aku tak mahu benda ni sampai ke pengetahuan polis. Aku nak kau cari orang yang boleh tutup mulut pasal benda ni,” terang Tiara dengan panjang lebar.
“Aiya amoi..lu mau bunuh siapa?” soal lelaki cina itu dengan loghat cina yang pekat.
“Nanti aku bagi tahu. Sekarang ni aku nak kau cari orang dulu,”
“Itu macam ka. Ambik masa sikit lo amoi. Wa tala janji wo…Nanti kita sembang lain,”
“Kerja senang macam ni pun kau susah nak handle ke. Nama je gangster besar. Kalau kau tak nak tolong, aku cari orang lain,” bentak Tiara.

“Nanti dulu amoi. Wa bukan tak mau tolong, tapi wa kena cali orang lagi ma. You sendili mau cari orang luar ma,” lelaki cina itu memujuk Tiara.
“Tapi aku nak benda ni settle secepat yang mungkin sebelum nyawa aku sendiri yang melayang,” talian menjadi senyap. Terdengar beberapa orang bercakap-cakap menggunakan dialek bahasa cina. Tiara tidak memahami akan percakapan mereka.

“Ini macam la amoi. Wa janji sama lu sampai ini malam. Lagi senang kalau lu sendili tulun jumpa sama wa,” sambung lelaki cina itu kembali.
“Ok. Tapi suruh Jason ambil aku dekat rumah. Aku rasa tak selamat kalau aku drive sendiri,” pinta Tiara. Memandangkan mereka sudah lama berurusan, Tiara mudah mendapat bantuan.
“Ok. Kalau itu macam ha,” Tiara mematikan talian. Setidak-tidaknya, hatinya merasa sedikit lega. Tidak lama lagi, bayangan hitam yang sentiasa mengekori dirinya akan lenyap buat selama-lamanya.

**********

Farisya tersenyum riang tatkala melihat wajah kesemua insan yang sering di rindui. Tidak sangka dirinya akan menerima kejutan. Sambil beriringan bersama Haziq, Farisya melangkah pantas. Haziq terpaksa menuruti langkah isterinya yang sudah tidak sabar untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka.

Farisya memeluk erat tubuh ibunya sebelum mendakap erat ibu mertuanya.
“Semua sihat?” ucap Farisya ceria.
“Semua sihat,” jawab Datin Rosma. Berjalan beriringan bersama kedua ibu dan ibu mertuanya. Terlupa akan si Haziq yang lebih merinduinya.

“ Hai Isya. Kak long perasan la kan. Ada orang tu muka dia macam tak puas hati je,” Farisya menoleh ke arah Hasni.
“Ye ke. Kesian dia ye kak,” balas Farisya sambil melirik ke arah Haziq yang berada tidak jauh darinya. Sempat juga mereka bermain mata. Sengaja mendera perasaan suaminya.

“Mana tidaknya. Dia yang tunggu-tunggu, orang lain yang dipeluk dulu. Tak gitu Ziq,” Datin Rosma menambah. Mereka semua tertawa. Haziq terpaksa menebalkan wajahnya mendengar sindiran mamanya. Farisya turut ketawa.
‘Ish mama ni…bila pun nak bagi hero malu gila… kot ye pun sikit-sikit tu sudahla…’ Farisya tersenyum seakan faham apa yang bermain di fikiran suaminya.

Farisya membantu apa yang patut untuk menyediakan hidangan makan tengah hari. Banyak juga juadah yang di sediakan. Dalam waktu itu, Haziq cuba mencari peluang untuk berada dekat dengan isterinya. Sedang asyik Farisya memotong timun untuk di buat ulam, Haziq dengan pantas menarik tangan Farisya supaya menuruti langkahnya. Ketiadaan sesiapa di dapur memudahkan rancangan Haziq. Mujur Farisya sempat melepaskan pisau di tangannya sebelum menurut.

Haziq menarik Farisya ke tubuhnya ketika berada di bahagian belakang rumah keluarganya. Memandangkan tembok pagar yang dibina sedikit tinggi, membuatkan mereka terlindung dari pandangan sesiapa. Tubuh Farisya di dakap erat. Farisya tersenyum malu. Memahami gelodak di hati suaminya. Membalas mesra dakapan Haziq yang mengharap belaian darinya.

Farisya merenung wajah Haziq dengan penuh kasih. Wajah yang selalu di rindu kini berada di hadapannya. Tiada lagi halangan untuk memisahkan mereka dari terus bersama.
“Kenapa tengok abang macam tu?” soal Haziq lembut. Pandangan dari isterinya berlainan sekali.
“Tak de. Saja. Rindu sangat,” balas Farisya manja. Dakapannya di eratkan. Biar terlekat tubuh mereka seakan tercantum menjadi satu.
“Betul ke ni?” soal Haziq sekadar ingin menguji. Walhal dirinya yakin kasih sayang dari isterinya tidak pernah berbelah bagi.

“Betul la. Abang tak percaya ke?” Farisya mendongak. Mencari pengertian.
“Apa buktinya,” Haziq tersenyum nakal sedangkan wajah Farisya sudah berubah kelat. Apa lagi yang perlu di buktikan untuk menunjukkan rasa cinta dan kasihnya kepada Haziq. Tidak cukupkah dengan apa yang telah dirinya lakukan selama ini.

“Kalau abang betul percayakan Isya, abang tak perlukan bukti. Cukup hanya dengan keyakinan dalam diri abang terhadap Isya. Itu yang mampu Isya berikan pada abang,” keluh Farisya sayu. Nada suaranya tidak seceria tadi. Haziq menyedari Farisya berasa hati dengannya. Takkan mungkin dirinya akan membiarkan kekasih hatinya berasa sedih.

Hujung dagu Farisya di sentuh lembut lalu di dongakkan agar wajah itu dapat di tatapnya. Hatinya di rundung perasaan bersalah tatkala terlihat air mata mengalir di pipi Farisya. Di kesat air mata itu dengan penuh kasih sayang.

“Sayang. Abang tak de niat nak buat sayang bersedih hati. Abang pernah ucapkan pada sayang dulukan. Ingat lagi tak? Abang yakin dengan sayang,” pujuk Haziq. Rambut Farisya yang panjang di belai lembut.

“Isya sedar siapa Isya di..” Haziq meletakkan jarinya meniti di atas bibir Farisya.
“Abang tak suka sayang cakap macam tu. Kalau sayang cakap lagi, tau la apa abang nak buat dengan sayang,” Farisya mengerutkan dahi. Mendung yang bertandang berlabuh pergi.

“Apa abang nak buat?” soal Farisya ingin tahu. Sengaja tubuhnya di jauhkan.
“Ada la. Cuba la cakap macam tu lagi. Abang takkan lepaskan sayang,” ugut Haziq.
“Eleh. Cakap je kan. Tapi memang betul apa yang Isya cakap. Memang Isya ni tak la….” tanpa sempat mengelak, bibirnya sudah dipagut lembut oleh Haziq. Terasa kehangatan meresap terus ke lubuk hati. Walaupun Farisya meronta, Haziq tidak memberi peluang kepada Farisya untuk meloloskan diri. Akhirnya mereka hanyut dibuai belaian asmara bersama hembusan angin yang mendamaikan.

Tiba-tiba mereka tersentak. Farisya yang seakan baru tersedar dari mimpi dengan cepat melepaskan rangkulannya. Lupa dimana mereka berdiri.

“Patutla dua-dua hilang. Rupanya ada dekat sini,” wajah Haziq cukup bersahaja mendengar sindiran Hasrin. Sedangkan Farisya sudah berubah wajah. Tubuh Farisya masih lagi dalam pelukan Haziq. Sengaja dipamerkan kepada Hasrin.
“Kak lang ni kacau daun betul la,” Haziq masih belum mahu melepaskan isterinya. Farisya tersipu malu. Wajahnya merona kemerahan.
“Kot ye pun tunggu la Isya habiskan kerja dia dulu,” tambah Hasrin lagi sambil ketawa lucu.

“Apa yang bising-bising ni Rin,” terdengar suara lembut Datin Rosma menuju ke arah Hasrin. Kehadiran Datin Rosma membuat hati Farisya semakin berdebar. Cuba melepaskan dirinya dari rangkulan Haziq. Tidak mahu ibu mertuanya melihat mereka dalam keadaan begitu namun pegangan Haziq yang kejap menyukarkan Farisya.

“Tak de apa la mama. Rin ternampak merpati dua sejoli tengah memadu kasih kat belakang ni ha,” sindir Hasrin lagi sambil mengerling ke arah Farisya dan Haziq. Datin Rosma hanya mampu mengeleng. Macam-macam karenah yang terpaksa di layan dari anak-anaknya. Faham benar akan senyuman nakal Haziq. Dalam hati, turut terpalit perasaan gembira melihat kebahagiaan mereka.
“Dah..dah…mari masuk,” Hasrin lebih dulu melangkah meninggalkan Datin Rosma bersama Haziq dan Farisya.

“Kalau kami tak join tak boleh ke mama?” Datin Rosma mengerutkan dahi. Rencana Haziq dapat dibacanya. Farisya terkejut. Perasaan malunya dengan Datin Rosma semakin bertambah.
‘Alamak..malunya… macam mana boleh tak perasan ni… kan dah kantoi..’

“Ish…kamu ni Ziq. Jangan nak mengada-ngada. Kesian dekat Isya tu,” Datin Rosma melihat riak wajah menantunya yang hanya mampu tersenyum pahit. Terkulat-kulat dalam dakapan anak lelakinya.

Haziq terpaksa melonggarkan rangkulannya lalu melepaskan Farisya dari dakapannya. Farisya melangkah melintasi ibu mertuanya dengan laju sambil menundukkan wajahnya. Malunya tidak terkata. Sedangkan Haziq sedikit pun tidak merasa begitu. Farisya mengemaskan dirinya agar mereka yang lain tidak sedar apa yang berlaku sebentar tadi.

“Kamu ni Ziq. Nakal tak habis-habis,” Haziq memaut bahu mamanya lembut.
“Bukan orang lain pun. Isteri Ziq juga kan,” tersengih sambil menerima jelingan dari mamanya. Mereka beriringan menuju ke meja makan. Terdengar suara yang lain begitu riuh berbual sambil menikmati juadah.

Sempat juga Haziq melirik ke arah Farisya sebelum duduk di sisi bapa mertuanya. Tersemat perasaan rindu dendam menjeruk tangkai hati masing-masing. Tidak sabar menanti detik untuk mereka bersatu kembali. Semua itu terpaksa dipendamkan.


















Bab 28


Farisya mendahului Haziq melangkah ke mahligai bahagia mereka. Masih seperti dulu. Tidak berubah walau sedikit pun. Tangga didaki menuju ke kamar. Pintu di buka perlahan. Farisya terpana pabila terlihat bilik yang terhias indah menanti kepulangannya.
‘Dah rasa macam puteri la pula…romantic juga laki aku ni…’ bisik hati kecil Farisya.

Kelopak bunga mawar merah bertaburan memenuhi ruang kamar. Semerbak wangian dari mawar segar menusuk kalbu. Dirinya bagaikan berterbangan di awangan. Rangkulan Haziq dari belakang membuatkan dirinya terusan dibuai angan.

“Sayang suka tak?” bisik Haziq. Sungguh romantik bicaranya. Farisya tersenyum.
“Pandai abang hias bilik. Siap ada bunga mawar lagi,” Haziq mengeratkan rangkulannya.
“Boleh la sikit-sikit. Saja nak bagi surprise kat sayang,”
“Thanks abang. Actualy Isya memang tak sangka akan dapat semua ni,” Haziq melepaskan rangkulannya.
“Come here,” Farisya menurut langkah Haziq. Menuju ke satu sudut yang menempatkan sebuah almari solek. Di atasnya terdapat sebuah kotak sederhana kecil yang berbalut kemas.

Huluran Haziq tidak di sambut. Terlalu banyak yang telah Haziq lakukan untuknya. Bukan harta benda yang menjadi taruhan, cukup sekadar belaian kasih sayang yang tulus dari Haziq.

“Ambil la,” Haziq tertanya-tanya mengapa hulurannya tidak di sambut. Mungkinkah hadiahnya tidak seperti yang di inginkan isterinya. Namun hatinya yakin, bukan itu menjadi punca. Tangan Farisya di tarik lembut lalu meletakkan kotak sederhana kecil yang berbalut kemas.

“Kenapa?” soal Haziq. Wajah Farisya berubah kehairanan.
“Hadiah ni untuk apa? Kan birthday Isya lambat lagi,” Haziq tersenyum. Mungkin terlalu sibuk membuatkan Farisya lupa akan tarikh hari pernikahan mereka.
“Sayang ni dah lupa kot. Cuba sayang ingat betul-betul. Takkan sayang boleh lupa,” dahi Farisya berkerut seribu. Cuba mengingati tarikh keramat yang di sebut suaminya.

“Kenapa pulak dengan hari ni. Hari ni kan hari Ahad. So… apa yang special sangat,” Haziq tersenyum. Merapati Farisya lalu berbisik..

“Happy anniversary sayang,” Farisya tersentap. Bagaimana dirinya boleh melupakan hari yang paling penting dalam hidupnya.
“Hah!...Alamak, Isya terlupa,” Haziq mencuit dagu Farisya.
“Pelupanya sayang abang ni,” Farisya tersengih.
“Sorry… tapi,” merenung hadiah pemberian Haziq. Tiada apa yang dapat di berikan kepada suaminya.

“Hei, kenapa ni. Kenapa muka tu masam je. Sayang tak suka ke dengan hadiah yang abang bagi tu. Kalau tak suka, esok abang belikan yang lain,”
“Bukan macam tu. Isya suka hadiah ni. Tapi Isya tak de apa nak bagi kat abang. Isya tak mampu,” hadiah itu di belek lagi. Dibiarkan hadiah itu berbalut kemas.

“Sayang, abang tak pernah minta hadiah dari sayang. Abang tak harapkan tu semua. Hanya kasih sayang yang abang perlukan dari sayang,” tuturnya lembut.
“Batul ni?” ajuk Farisya.
“Betul la. Buat apa abang nak tipu,” tubuh Farisya di dakap erat.
“Ok. Kalau macam tu, Isya nak abang tutup mata sekejap,” arah Farisya sambil tersenyum nakal. Haziq tidak dapat menafsir akan senyuman itu.

“Nak buat apa?” soalnya pelik.
“Adalah. Tutup la mata abang dulu,” rengek Farisya persis anak kecil. Haziq menurut. Matanya di pejamkan. Dalam waktu itu, Farisya tidak lagi dalam dakapannya. Menanti dengan penuh sabar apa yang akan di lakukan isterinya.
‘Apa pulak bini aku nak buat ni… dia nak cium aku kot… ok jugak tu…’ Haziq tersenyum.

Farisya bersiap sedia dengan kain tuala yang tersangkut di bahu. Sengaja ingin mengenakan suaminya.
“Cepat la sayang. Berapa lama lagi abang kena pejam mata ni,” Haziq sudah tidak sabar untuk menerima kucupan dari Farisya.
“Kejap la. Nak siap dah ni. Jangan tipu tau,” setelah semuanya selesai, Farisya kembali di hadapan Haziq. Kerana Haziq lebih tinggi darinya, kakinya terpaksa dijinjatkan.

1….2……3…..

“Arrggghhhhhh!!!!!” jerit Haziq seraya menekup hidungnya yang kepedihan. Farisya ketawa sambil berlari meninggalkan Haziq menuju ke bilik mandi. Haziq tidak dapat mengejar langkah Farisya yang pantas. Ketawanya tidak mati apabila masih terdengar Haziq memanggil namanya.
“Sayang……!!!!”

Haziq membelek-belek bekas gigitan Farisya di hidungnya. Hidung yang mancung menjadi kemerahan akibat di baham dek insan tersayang.
‘Bagus punya bini…ada ke hidung aku…bibir aku yang seksi ni tak nak pula dia gigit…kalau tidak.. boleh aku gigit balik…’ rungut Haziq.


**********

Tuala di dada diikat ketat. Perlahan daun pintu di buka. Farisya mengintai mencari kelibat suaminya. Sunyi. Sepi. Mungkin Haziq sudah turun ke bawah untuk menonton tv. Apabila berasa yakin, Farisya melangkah keluar dari bilik air. Namun percaturannya tersilap langkah. Tubuh Haziq di balik almari tidak disedari.

Haziq masih lagi mendiamkan diri. Sengaja ingin melihat riaksi Farisya. Dan ketika Farisya membuka pintu almari pakaian, terasa dirinya seperti diperhatikan. Haziq tidak berganjak. Walhal jarak mereka terlalu hampir.

Farisya menoleh ke kanan. Melihat seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ruang yang sedikit kelam di amati. Hatinya berdebar-debar. Sedangkan Haziq sudah tidak dapat menahan ketawanya. Akhirnya….

“Arrgghhh!!” giliran Farisya menjerit di buat Haziq. Terduduk. Diam terpaku. Kain tuala yang tersingkap menampakkan pahanya di tarik kembali. Haziq dengan pantas menerkam mangsanya yang kelihatan kebingungan.

“Abang!!” jerit Farisya sambil memukul dada Haziq yang tidak berbaju.
“Ye sayang,” lembut saja Haziq membalas. Cukup mengoda. Sedangkan wajah Farisya sudah kemerahan menahan marah.
“Tak baik tau buat orang macam tu. Abang ni jahat la,” Farisya cuba bangkit. Namun tubuh Haziq yang sasa menghalangnya.
“Ye ke. Kalau sayang gigit hidung abang tadi tu, macam mana pulak. So…kira adil la kan,” acah Haziq.

“Ek!..ye ke..hehehe…sorry,” Farisya tidak jadi marah. Haziq masih lagi tidak berganjak. Merenung wajah Farisya sedalam-dalamnya.
“Abang! Bangun la,” Farisya cuak. Gelisah. Haziq tidak peduli. Permintaan isterinya tidak di endahkan. Nafsunya telah menguasai segala-galanya.

Akhirnya Farisya lemas dalam belaian Haziq. Tiada lagi usik mengusik. Hanya kedengaran nafas mereka yang berbaur menjadi satu.




Bab 29


Farisya menanti taliannya berjawab. Sudah dua kali mencuba masih tidak berjawab. Akhirnya, Farisya meletakkan ganggang talifon perlahan. Sudah dua minggu dirinya cuba menghubungi Anisa. Ingin bertanya khabar berita. Agak lama mereka tidak berhubungan. Farisya merenung monitor computer di hadapannya kosong. Sejak dirinya berkhidmat di syarikat Perwaja Berhad, tidak pernah walau sekalipun Anisa cuba menghubunginya.

Ke mana Anisa menghilang. Apa yang telah terjadi kepadanya. Fikirannya tidak berhenti berfikir mengenainya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Masuk!” arah Farisya. Wajah setiausahanya kelihatan di sebalik pintu.
“Puan, En.Hamidi dan Tuan Hashim dah tunggu puan di bilik mesyuarat,” Farisya mengerutkan dahi. ‘Apasal pula ni…takkan ada problem lagi…’

Untuk apa mereka menantinya di bilik mesyuarat. Walaupun masih baru, dirinya telah di beri jawatan yang agak tinggi di syarikat berkenaan. Ini semua di sebabkan Haziq, suaminya. Memang di akui keluarga Haziq mempunyai satu nama yang besar. Perwaja Berhad adalah salah satu syarikat yang sering menggunakan perkhidmatan Kembara Holding untuk menguruskan import dan export bahan-bahan binaan dari luar negara.

“Ada tak mereka bagitahu untuk apa?” soal Farisya kepada setiausahanya.
“Tak pula puan. Tapi semalam saya ada dengar yang pihak syarikat ada buat temuduga. Jawatan apa saya tak pasti,” Farisya mengeluh. Kerja yang masih belum terusik dibiarkan. Buku catatan harian dan talifon bimbit dicapai lalu bangun meninggalkan biliknya.

Farisya menaiki lif untuk turun ke tingkat tiga. Melangkah perlahan sambil menegur sapa beberapa staff. Farisya mengetuk pintu bilik mesyuarat. Memulas tombol pintu dengan perlahan. Wajah En Hamidi dan Tuan Hashim mendongak ke arahnya. Terdapat seseorang sedang duduk membelakanginya.

“Masuk Farisya. Kami lupa nak inform you awal sikit. You kena jadi panel untuk temuduga hari ni,” Farisya sudah mengagak dari awal lagi. Bukan tiada sesiapa lagi yang berjawatan tinggi selain darinya tetapi dirinya juga yang dipilih. Farisya mengambil tempat duduk yang di sediakan.
“Ramai ke yang nak datang untuk interview ni?” soal Farisya.
“Tak ramai sangat. Cuma ada lima calon je,” ujar Tuan Hashim sambil tersenyum-senyum. Senyuman yang paling di benci Farisya. Andai ia satu sedekah, pasti Farisya akan menyambutnya dengan baik.
‘Dasar lelaki tua miang keladi…’

Farisya merasa tidak selesa. Pandangan Tuan Hashim menyesakkannya. Memang sejak dari awal dirinya berkhidmat disyarikat berkenaan, sudah banyak kali Tuan Hashim cuba mendekatinya. Sudah bermacam-macam cara Tuan Hashim lakukan. Mujur dirinya bijak mengelak. Mungkin mereka menganggap dirinya kelihatan seperti perempuan-perempuan zaman sekarang yang tidak mengenal hukum-hakam batasan agama. Farisya cuba bersikap professional. Berurusan atas nama kerja.

Wajah seorang lelaki di hadapannya direnung. Mempunyai perwatakan yang menarik dari segi penampilan. Kemas. Farisya hanya mendengar Tuan Hashim dan En.Hamidi bertanya itu dan ini kepada calon temuduga. Fail yang menempatkan sijil-sijil milik calon disemak. Agak membanggakan. Calon tersebut mempunyai kelulusan dari luar negara dalam bidang pengurusan. Sayangnya, calon tidak mempunyai pengalaman kerana baru saja menamatkan pengajian.

“Kamu ada apa-apa nak soal Farisya?” Tuan Hashim bertanya lembut membuatkan Farisya tersentak. En.Hamidi di sisi hanya tersenyum.
‘Dua-dua sama je…dah tua makin miang…menyampah aku…’ rungut Farisya. Wajahnya sedikit kelat. Geram dengan sikap yang di tunjukkan oleh orang yang lebih kurang sebaya dengan bapa tirinya. Berapa ramai agaknya yang telah menjadi mangsa dengan lelaki tua yang bermulut manis ini.
“Tak de kot,” jawabnya pendek. Malas untuk memanjangkan sesi.
“Kalau macam tu, kamu boleh balik. Kami akan hubungi kamu untuk keputusan interview ni nanti,” dengan wajah yang tenang, calon iu melangkah pergi.

Setelah penat melalui sesi yang begitu membosankan, Farisya merasa amat lega kerana hanya tinggal satu saja calon yang akan ditemuduga. Sepanjang sesi itu, banyak juga yang dipelajari untuk menjalankan sesi temuduga. Bukan senang untuk membuat pilihan walaupun kesemua calon yang hadir mencukupi kriteria yang diinginkan. Sebaliknya, pengalaman dan daya pemikiran yang cekap juga diambil kira.

“Aida, panggil calon yang terakhir tu masuk,” arah En, Hamidi menggunakan talian interkom. Mengarahkan agar calon yang terakhir memasuki bilik itu. Farisya meregangkan badan yang sedikit sengal.
“You penat ke?” Farisya menoleh. Mengapa Tuah Hashim tidak pernah faham dengan bahasa tubuhnya yang merasa tidak selesa dengan cara Tuan Hashim melayannya.
“Boleh la. Saya nak pergi ke tandas sekejap,” Farisya memohon izin. Melangkah dengan pantas tanpa menanti jawapan dari Tuan Hashim.

Farisya melambat-lambatkan pergerakannya. Membelek penampilannya yang sederhana. Wajahnya yang mulus direnung. Wajah yang suatu tika dulu pernah dihina oleh suaminya sendiri. Mengapa cinta zaman sekarang tidak di ukur dari ketulusan hati. Mengapa sifat luaran yang menjadi keutamaan. Adakah semua itu mampu menjanjikan kebahagian. Bagaimana pula dengan hati dan perasaan. Tidakkah itu yang paling bernilai.
Farisya mengeluh.


Terpaksa akur dengan peredaran zaman yang lebih berat ke barat. Anak-anak melayu lebih cenderung mengikuti cara hidup negara barat. Tiada lagi soal adat dan resam yang sering meniti di bibir pujangga. Begitu banyak pun pameran-pameran yang dilakukan, hanya seglintir anak muda yang masih mengekalkan keharmonian adat resam budaya ketimuran. Farisya melangkah menuju ke bilik mesyuarat semula. Merasakan dirinya sudah agak lama berada di tandas.

Ketika melangkah, Farisya merasa dadanya berdebar-debar. Jantungnya berdegup dengan pantas. ‘Ish…kenapa aku ni…rasa lain macam je…’ Farisya merasa tidak sedap hati. Namun langkahnya diteruskan jua. Menolak daun pintu dengan perlahan.
“Sorry i’m late,” ujar Farisya perlahan. Tidak mahu sesi itu terganggu atas kelewatannya.

“It’s ok. We all baru je nak start,” En. Hamidi bersuara. Farisya tersenyum. Malu kerana dirinya menjadi tumpuan. Melabuhkan punggungnya dengan tenang. Mengambil fail dihadapannya tanpa menoleh lagi. Menyelak helain demi helaian sijil dihadapannya. Sedangkan degupan jantungnya semakin pantas. Tidak reda walaupun Farisya cuba menarik nafas sedalam mungkin.
“Kamu pernah bekerja sebelum ni?” kedengaran suara Tuan Hashim menyoal.
“Pernah. Sebelum ni saya perkhidmat di salah sebuah syrikat yang menyalurkan projek-projek pembinaan kepada sub-sub kontrak. Terutamanya kepada kontraktor bumiputra,”

Farisya tersentak. Amat kenal akan suara itu. Suara yang pernah bertahta di hatinya. Perlahan Farisya mendongak. Sungguh benar jangkaannya. Merenung seraut wajah tanpa berkedip. Mata mereka bertentangan. Senyuman yang terukir di wajah itu tidak mampu dibalas. Farisya ingin bersuara tetapi lidahnya menjadi kelu. Kelu seribu bahasa. Dirinya menjadi kaku. Mengapa dirinya tidak sedar ketika meneliti sijil-sijil itu.

“Jadi kamu dah ada pengalaman la dalam syarikat pembinaan ni. Kenapa kamu berhenti?”
“Saya terikat dengan kontrak. Pihak syarikat tidak mahu menyambung kontrak saya kerana krisis kegawatan ekonomi sekarang ni,” Farisya masih lagi merenung wajah itu. Sedangkan wajah itu begitu tenang sekali. Memang tidak pernah berubah. Farisya terpana lagi.

Mengapa wajah itu bertamu kembali. Wajah yang pernah menjadi kekuatan pada dirinya. Dengan ketenangan itu juga, Farisya dengan redha melepaskanya pergi. Merenung kembali saat pertemuan membuat Farisya kehilangan kata-kata. Kecilnya dunia ciptaan yang Maha Esa. Walau sebesar mana yang terlihat, andai tersurat pasti akan bertemu juga. Tetapi untuk apa mereka perlu dipertemukan semula. Hanya sekadar mengeruhkan lagi keadaan.

Ahh…. Wajah Haziq pantas menerjah menepis segala bayangan yang memenuhi ruang fikirannya. Cepat-cepat dirinya tersedar. Adalah menjadi satu dosa andai dirinya terlalu memikirkan lelaki lain selain suaminya.





















Bab 30


Farisya melangkah perlahan. Masih terlalu awal untuk dirinya terkocoh-kocoh. Langkah diatur dengan berhati-hati. Ruang pejabat Perwaja Berhad masih lagi lengang. Hari Isnin merupakan hari yang paling tidak digemari oleh para warga kerja kerana terpaksa menghadap longgokan baki kerja yang tidak selesai pada hari Sabtu.

Farisya menanti pintu lif terbuka, sambil matanya terarah ke bawah. Cuba mengemaskan diri. Dengan hanya berbaju kurung, sudah cukup untuk menaikkan keserian wajah milik Farisya. Ketika pintu lif terbuka, Farisya terus saja melangkah tanpa menoleh.

Bukk!!
Farisya merasakan kepalanya sedikit berpinar. Dirinya terlanggar seseorang yang ingin keluar dari lif berkenaan.
“Han ok ke?” suara itu kedengaran lagi. Farisya mendongak.
“Eh..er…Han ok…,” Farisya cuba berlagak biasa. Tidak mampu untuk bertentangan mata. ‘Apasal aku cuai sangat ni…tak pasal-pasal dahi aku yang cantik ni dah kena cium dengan dagu dia…’ marah Farisya pada diri sendiri.

“Betul ni?” Farisya cuba melepaskan pegangan Aswad di lengannya. Tidak manis andai ada orang lain yang melihat. Mungkin akan mendatangkan musibah kepada dirinya kelak.
“Ermm… Maaf, Han tak perasaan ada orang dalam lif tadi,”
“It’s ok. As pun nak minta maaf sebab As pun salah juga,” Farisya melirik wajah Aswad hanya dengan ekor matanya. Menanti pintu lif terbuka sekali lagi.

“Awal sampai? Selalu macam ni ke?” Aswad masih berada di sisi Farisya.
‘Ehh..bukan dia yang nak turun tadi ke?...kenapa masih tercegat lagi kat sini…’ Farisya berdoa agar Aswad cepat-cepat beredar.
“Er..awal ke? Biasa je kot,” Farisya tidak mahu berterusan berbual bersama Aswad. Lidahnya kaku.
“Dah breakfast?” Farisya mengangguk. Bibirnya terkunci rapat. Dirinya merasakan lif begitu lambat sekali bergerak.
“Ohh..ingatkan nak ajak Han breakfast sekali. Kalau macam tu tak pe la. Nak kirim apa-apa?” Aswad cuba mengajak Farisya berbual. Dirinya sedar yang Farisya bukan lagi menjadi miliknya, namun tidak salah seandainya mereka masih terus berkawan.

“Tak payah la susah-susah. Saya pergi dulu,” Farisya pantas mengambil kesempatan apabila ternampak pintu lif terbuka. Aswad hanya mampu tersenyum. Perangai Farisya memang sudah jauh berubah. Tetapi hati kecilnya terdetik. Mengapa Farisya cuba menjauhi dirinya? Hatinya berteka-teki.

Farisya menyandarkan tubuhnya diatas kerusi empuk. Cermin kecil diambil lalu dihalakan ke wajah. Dahinya kelihatan sedikit merah. Mungkin kesan dari perlanggaran tadi. Kerana terlalu cuai, dahinya juga yang menjadi mangsa. Diletakkan kembali cermin kecil ke dalam laci. Terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan yang mahukan khidmat dari Aswad.

Farisya membuka emailnya namun tiada satu pun emailnya dibalas oleh Anisa. Sudah agak lama Anisa menyepikan diri. Farisya beralih ke meja sisi. Beberapa helaian dokumen di susun dengan rapi. Kertas cadangan dan sebut harga yang telah di faks kan kepadanya diteliti. Tuan Hashim mencadangkan agar mereka mencari beberapa alternatif untuk pembekal bahan-bahan binaan kepada mereka. Dengan kegawatan ekonomi yang sedang melanda diseluruh dunia, krisis kenaikan harga menjadi bualan.

Bukan saja bahan mentah harian sahaja yang terlibat, malah didalam sektor pembinaan juga turut terkena tempiasnya. Ini semua termasuklah dengan kos pengangkutan serta kos-kos yang lain. Pihak syarikat terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan banyak lagi projek-projek perumahan yang terpaksa mereka jalankan.

Pintu Farisya di ketuk.
‘Siapa pula yang ketuk pintu bilik aku awal-awal ni… ish…jangan-jangan dia tak… macam mana ni… takkan tak faham lagi…’
“Masuk,”
Hamiza memulas tombol pintu bilik ketuanya. Melangkah ke meja sambil memerhati keadaan sekeliling. Sejak menjadi setiausaha kepada Farisya, tidak pernah sekalipun Farisya memintanya untuk mengemas bilik atau fail mahupun menyediakan minuman. Semuanya dilakukan oleh ketuanya itu sendiri.

“Maaf puan, ganggu puan pagi-pagi. En.Aswad suruh sampaikan ni pada puan,” lembut saja Hamiza berbicara. Mata Farisya terarah kepada bungkusan di tangan Hamiza. Senyuman dibibir terasa kelat. Tidak pasti apa yang di fikirkan gadis dihadapannya. Hamiza meletakkan bungkusan itu diatas meja Farisya.
“Bila kamu jumpa dia?” Hamiza tersenyum.
“Tadi abang datang meja saya,” jawab Hamiza. Farisya tersentak. Merenung terus ke dalam anak mata Hamiza.

“Abang!” Hamiza menutup mulut.
“Eh tak puan. Tadi En.Aswad datang ke meja saya. Dia cakap suruh sampaikan bungkusan ni pada puan. Tersasul pulak pagi-pagi ni puan,” Hamiza cuba menutup kesilapannya. Hampir saja rahsianya terbongkar. Mana mungkin Farisya dapat mengecamnya.
“Betul ke ni? But for the next time, pesan pada dia yang saya tak mahu terhutang budi dengan siapa-siapa pun,” Hamiza mengangguk. Jelas riak wajahnya menyembunyikan tawa didalam hati.

“Kenapa? Puan nak buang ke?” Hamiza berdoa agar bungkusan itu tidak di buang.
“Ish kamu ni. Takkan saya nak buang pula. Tak pasal-pasal saya dapat dosa free pagi-pagi ni. Apa kata kamu je yang ambil,” cadangan ketuanya menjerat Hamiza. Perutnya masih lagi kekenyangan. Baru saja dirinya bersarapan bersama Aswad.
“Er…saya sebenarnya dah kenyang la puan. Lagipun tu kan rezeki puan. Ambil je la,” pujuk Hamiza agar Farisya menerima pemberian Aswad.
“Kamu ni macam ada apa-apa je. Beria benar kamu suruh saya ambil,” soal Farisya kehairanan. Selalunya Hamiza tidak pernah menolak pemberiannya.
“Eh tak la puan. Mana ada. Saya cuma cakap je. Tak baik kalau puan tolak rezeki. Kalau puan tak nak, saya boleh tolong pulangkan balik,” tangan Hamiza sudah pun mencapai kembali bungkusan yang diletakkan di atas meja Farisya sebentar tadi. Sempat melirik ke arah ketuanya yan masih kelihatan ragu-ragu.

“Eh …jangan! Nanti apa pula anggapan dia. Tak pe la. Awak letak je dekat situ. Tapi ingat pesanan yang suruh saya sampaikan,” Hamiza tersenyum. Lakonanya menjadi.
“Baik puan. Tapikan kenapa puan tak nak sampaikan pesanan tu sendiri,” Farisya merenung Hamiza. Banyak pula soalan yang terlontar dari bibirnya.
“Ish kamu ni. Banyak pula soalan kamu pagi ni ye,” Hamiza tidak jadi untuk terus bertanya. Melihat renungan mata Farisya saja sudah cukup membuat hatinya gentar.

Hatinya Farisya berbelah bagi. Andai diterima, apa persepsi orang sekeliling terhadapnya. Dan seandainya dibuang, tak ke membazir namanya. Sedangkan rakyat-rakyat di negara Afrika sedang kebuluran. Nampaknya, terpaksalah dirinya menerima untuk kali ini sahaja.

Hamiza melangkah keluar. Keluar bersama senyuman yang panjang. Terus saja mengambil tempat duduknya. Ganggang di angkat. Laju saja jemarinya mendail.

“Abang, All done,” Hamiza masih lagi tersenyum.
“Pandai pun adik abang. Dia masih tak cam adik ke?”
“Tak kot. Tapi kan. Tadi adik dah tersasul la. Nasib baik tak pecah rahsia. Adik tengok muka dia semacam je bang. Kelakar pun ada juga.” Aswad tersenyum. Dirinya dapat membayangkan wajah Farisya ketika menerima bungkusan darinya.
“Nakal betul adik abang ni. Ni mesti adik ada tambah apa-apa tak?” faham benar dengan perangai Hamiza. Sebelum ini pun, sudah beberapa teman rapatnya dipermainkan.

“Mana ada. Adik cuma pesan apa yang abang suruh. Itu je. Lagi pun kak Hani tak sama macam teman-teman wanita abang yang lain. Don’t worry ok,” Aswad menggeleng.
“Itu dulu la. Sekarang abang cuma nak berkawan je dengan dia. Jangan salah faham pula. Lagipun tak baik kalau kita cuba nak runtuhkan masjid orang,” sempat juga Aswad menasihati Hamiza. Cuba mengingati Hamiza yang Farisya bukan lagi menjadi miliknya.
“Adik tahu la. Adik pun tak sampai hati nak tengok kak Hani sedih. Sebab adik dah sayang sangat dengan kak Hani. Tapi kalau boleh la kan, adik nak sangat kak Hani jadi kakak ipar adik. Mesti best kan,” Hamiza menanti jawapan dari abangnya. Talian menjadi senyap. Aswad terkedu. Adakah dirinya masih berkesempatan dirinya untuk memiliki kasih Farisya.

“Abang!!” jerkahan Hamiza di talian mengejutkan Aswad. Jauh benar dirinya mengelamun.
“Hemmm…dah la. Abang nak buat sambung kerja. Lagipun kan abang masih baru lagi. Nanti orang kata abang curi tulang pulak,” Hamiza mencebik. Jawapan yang dinanti tidak kedengaran.
“Ye la. Adik pun nak buat kerja la ni. Nanti bos adik marah pulak,” jawab Hamiza sebelum mematikan talian. Tangannya sudah pun memainkan peranan namun bibirnya masih galak tersenyum.

Farisya memulakan tugas hariannya. Papan kekunci komputer tidak lari dari jari jemarinya. Sesekali butang-butang di mesin kira di tenyeh. Mencari harga yang sesuai untuk ditawarkan kepada pembekal. Seandainya nasib mereka baik, kemungkinan mereka akan mendapat harga yang lebih rendah. Farisya mencari beberapa nama pembekal dari talian internet. Tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negeri. Asalkan menepati ciri-ciri yang telah di tetapkan.

Farisya begitu tekun menyiapkan kertas kerja yang akan diusulkan kepada Tuan Syed. Walaupun Tuan Syed berkawan baik dengan bapa mertuanya, itu tidak menjadikan Farisya harus menerima layanan istimewa. Sudah beberapa kali kertas kerjanya di kritik. Sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha. Tuan Syed juga banyak membantunya dari segi menangani karenah pembekal yang sering menaikkan harga barang-barang mereka. Tidak seperti En.Hamidi dan Tuan Hashim. Selalunya membiarkan dirinya terkontang kanting mencari maklumat-maklumat yang berkaitan.

Pernah juga dirinya ditertawakan ketika membentangan sesuatu usul di mesyuarat. Pengalaman yang tidak pernah dan tak akan Farisya lupakan. Entah kenapa dirinya terlalu percayakan maklumat yang di berikan Tuan Hashim. Sudahnya, dirinya tersalah memberi maklumat ketika membuat perbentangan. Bukan kepalang malunya. Mujur Tuan Syed pandai mengawal situasi.

Sedang asyik matanya meniti skrin komputer, talifon bimbitnya berbunyi. Sempat juga dirinya mengerling nama yang terpapar. Belum pun sempat menjawab bibirnya sudah mengukir senyuman.
“Hello sayang,” kedengaran suara Haziq di hujung talian begitu manja sekali.
“Hai. Abang tak busy ke? Sempat pula nak kacau-kacau Isya,” andai Haziq di hadapannya, sudah pasti wajahnya merona kemerahan.
“Tak sangat. Baru je habis discuss dengan papa. Rindu la nak dengar suara sayang. Tak keluar lunch lagi ke?” Farisya melirik jam di tangan. Jarum pendek sudah melangkau ke angka satu. Kerana terlalu sibuk, dirinya tidak sedar akan masa yang begitu pantas berlalu. Bungkusan pemberian Aswad di pandang sepi. Tidak sedar perutnya sudah mula berkeroncong minta di isi.

“Isya dah pesan pada Hamiza. Ingat nak duduk je dalam ofis. Malas nak keluar.”
“Ye ke. Abang baru je ingat nak jemput sayang lunch dengan abang. Petang ni abang ada meeting dengan klien dekat area tempat kerja sayang. Sempat juga kalau abang singgah ke sana dulu,” senyumnya mati. Farisya mengeluh perlahan. Terasa dirinya amat bersalah kerana sudah kerap kali berbohong. Bukan sengaja untuk dirinya berbohong. Andai berterus terang, mampukah Haziq menerimanya.

“Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tidak Isya cancel je order dengan Hamiza,” nada suara Farisya seakan merajuk. Cuba menceriakan suasana.
“It’s ok my dear. Kalau macam tu abang lunch dengan papa je la. Lagipun dah lama abang tak lunch dengan papa. Zack pula out station,” terang Haziq sambil bersandar di kerusi. Membayangkan Farisya berada di hadapannya.

“Banyak lagi ke kerja tu?” Farisya menjeling skrin komputer. Melihat hasil kerjanya yang hampir siap.
“Tak juga. Tinggal sikit je lagi. Lepas tu Isya kena summit dengan Tuan Syed dulu sebelum bentangkan di mesyuarat,” Haziq tersenyum. Tidak pernah mendengar walau sekelumit pun rungutan dari Farisya. Hatinya cukup waja untuk menimba ilmu. Seakan sedar ilmu di dada masih cetek untuk mendabik. Walaupun mendabik adalah bukan dari prinsip hidupnya.

“Kalau macam tu, abang tak nak la kacau sayang. Jangan kerja teruk-teruk sangat. Nanti sayang abang ni jatuh sakit pulak. Siapa yang susah…abang juga,” pesan Haziq.
“Ye la. Isya tahu la macam mana nak jaga diri. Kalau tak pun Isya call je la abang. Habis cerita,” Farisya tertawa nakal. Haziq senang mendengarnya.
“Ok la sayang. Abang nak call papa kejap. Nanti kena tinggal pulak.”
“Eh abang, jangan lupa kirim salam sayang Isya untuk mama dan papa ye.”
“Insyaallah… abang punya tak de ke?” gurau Haziq.
“Abang pun nak juga ke?,” sengaja ingin menduga.
“Dah tu. Jangan la kedekut sayang,” rajuk Haziq menggeletek hati Farisya nan satu.
“Ye la…mmuuuaahhh!!..bye,” pantas Farisya mematikan talian. Andai di tunggu, pasti Haziq akan terus menyakatnya.

Farisya membuka bungkusan pemberian Aswad. Kelihatan nasi lemak sambal sotong masih lagi elok. Hati Farisya tersentuh. Dijamah nasi itu dengan perlahan. Rupa-rupanya, Aswad masih lagi mengingati akan makanan kegemarannya. Itulah yang menjadi sajiannya ketika keluar bersama Aswad. Memang jarang dirinya untuk memilih menu yang lain seandainya restoran berkenaan menyediakan sajian kegemarannya.

Hanya separuh yang mampu terisi di perutnya. Selebihnya menjadi habuan tong sampah. Farisya melepaskan lelah. Tidak sedar dirinya berada agak lama di hadapan skrin komputer. Matanya cuba di lelapkan walau sesaat agar segar semula apabila terjaga nanti. Baru saja kepalanya disandarkan, matanya sudah memberat. Dalam keadaan sekejap, Farisya sudahpun terlena. Lenanya diulit kenangan bersama Haziq. Terlukis segaris kebahagian terpancar di wajahnya.

AddThis Social Bookmark Button


6 comments: to “ Penjara Rindu

 

Design by Amanda @ Blogger Buster