Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 11  

Friday, June 5, 2009

Dah seminggu aku hanya duduk lepak-lepak di rumah. Boring sebab Niza pergi bercuti dengan family. Member-member lain pun semua dah fly. Nak buat macam mana sebab aku ni pun tak ramai kawan. Nak buat kerja part time, tulang aku dah rasa berat semacam a.k.a malas la tu. Yang aku reti, asyik duduk terperap dekat rumah. Silap hari bulan, badan aku sure naik mendadak. Mana taknye, makan tidur. Lepas tidur makan. Hmmm letih.

Aku selak-selak majalah yang ada atas meja. Semuanya cerita pasal gosip. Artis kahwin dengan vip la. Artis kena gosip dengan kerabat diraja la. Cerita artis bercerai pun ada. Memang dah tak de privacy langsung hidup dia orang ni. Takut pula aku. Minta simpang la kalau aku kena macam tu. Silap-silap boleh bunuh diri tu. Patutpun ramai artis barat banyak kes yang bunuh diri. Kesiankan.

Rasa lapar la pula. Aku melangkah ke dapur. Habis semua pintu cabinet dapur aku buka. Yang ada pun cuma mee magie segera. Alaaaa….takkan nak makan mee magie lagi. Memang la kegemaran aku tapi tu sebelum aku duduk hostel. Dah muak la tekak aku nak makan benda tu. Dekat kampus pun aku sental benda ni. Hisss…. Badan aku pun boleh jadi kering macam mee magie.

Yes!..idea. Aku berlari naik ke bilik. Aku bersiap ala kadar. Apalagi kalau bukan jeans dengan thirst. Posh bag dah aku sisipkan dipinggang. Lalu aku mencapai jaket Denim yang senada dengan warna seluar jeans dan terus ku sarungkan ke tubuh. Maka tertutuplah rambutku yang lurus menawan. Selepas aku menutup semua suis elektrik, aku menutup pintu lalu ku kunci.

Dengan segala hormatnya, maka rasmilah aku menaiki motor skuter kesayangan aku semula. Abang aku memang seorang yang amanah. Dia menjaga motor skuter aku dengan sebaik-baiknya. Sebab tu aku sayang sangat dengan abang. Aku pun bawa la motor skuter kesayangan aku pergi ronda-ronda satu bandar. Banyak juga yang dah berubah. Jalan yang dulu berlubang-lubang sudah terturap dengan cantik.

Aku tak perlukan member-member untuk meronda. Aku seorang pun boleh jadi. Tengah syok-syok aku meronda, tiba-tiba je perut aku dah berkeroncong semula. Lupa pula sebab apa aku keluar. Aku pun mengarahkan motor skuter ku ke restoran McDonald. Salah satu favourate aku. Memang dah lama aku tak pekena benda ni. Kalau duduk dekat rumah dulu, boleh di katakan tiap hari aku makan kat sini selain mee magie goreng.

Kalau dengar dek Haiqal mesti dia marah. Mana taknya, girlsfriend yang merangkap bakal bini dia suka makan benda-benda merapu. Bakal doktor kan. Nak buat macam mana.

Ish..tiba-tiba je aku jadi rindu sangat dengan Haiqal. Sejak aku balik kampung, kami masih belum sempat berhubung. Akhir sekali dia ada maklumkan pada aku yang kemungkinan dia tak jadi balik Malaysia. Atas sebab apa, tidak pula aku tahu. Aku tak kisah. Asalkan dia pandai jaga diri. Kadang-kadang tu ada juga aku terfikir benda-benda jahat. Bukan aku sengaja tapi aku macam boleh dapat rasa. Kan orang perempuan ni instinct dia memang kuat. Agaknya la.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran yang dah lama aku tak kunjungi. Bila saja kaki aku jejak ke lantai, jantung aku tiba-tiba bergerak lebih pantas dari biasa. Makin lama makin laju. Agaknya la kan, kalaulah jantung aku ni ada kaki. Dah lama aku kena ligan balik sebab dia dah pecut tinggalkan aku.

Apasal pulak ni. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ni. Aku buat muka selamba. Kaki aku dah laju melangkah ke kaunter yang kosong. Dalam waktu yang sama, datang seorang perempuan yang entah dari mana terus je potong queue aku. Ish minah ni, buat selamba bodoh je pulak tu. Nasib baik mood aku tengah baik. Kalau tidak, dah lama muka dia yang lawa tu aku lumurkan dengan sos cili. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba menghilangkan rasa getar yang masih berentap didalam dada. Aku dah terbayangkan burger McChicken berada di dalam gengaman ku.

Selepas perempuan itu mengambil pesanannya, aku beralih ke hadapan. Budak cashier tu sempat juga nak mengurat. Aku tahu la perempuan tu lawa tapi jangan la ignorekan aku yang dah kebuluran. Mamat depan aku ni masih lagi dok pandang perempuan tu yang berjalan lenggang kangkung mak Limah.

“Sedara, apa kata biar sedara je yang hantar kan perempuan tu duduk. Tak payah duduk depan kaunter ni. Saya datang ni pun saja je nak tengok drama Hindustan,” perli aku sepedas-pedasnya. Apalagi, terkulat-kulat member tahan malu. Kulit muka tu kalau boleh di ukur, maunya jadi lima meter. Sebab masa aku tegur tu, customer belakang aku semuanya awek-awek belaka. Padan dengan muka kau yang tak kurang handsome tu. Lepas tu baru la terhegeh-hegeh dia ambil order.

Anak mata ku melilau mencari tempat kosong sambil melangkah. Tiba-tiba mata ku terarah ke satu sudut. Wajah kakak ipar ku dan adiknya tidak sedikit pun menggamit hati ku. Cuma…. Ya allah!...kenapa mesti sekarang. Jiwa ku mati. Langkah ku kaku. Lidah ku kelu. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup. Hati ku pedih seperti baru saja ditikam. Dulang didalam pegangan ku terhempas ke lantai. Habis segala isinya yang belum sempat ku jamah bertaburan. Semua mata tertumpu kepada ku. Masing-masing tertanya-tanya. Sedangkan aku masih kaku tidak berganjak walaupun seinci. Mata ku tidak dapat lari dari melihat adegan drama yang mampu merobek hati ku.

Mata kami bertentangan. Aku dapat melihat wajahnya seakan terperanjat. Jangan kata dia, aku ni dah terperanjat tahap cipan. Aku cuba pejamkan mata. Agak lama. Aku berdoa dalam hati agar apa yang berlaku hanyalah mimpi semata-mata. Aku buka kelopak mata kembali. Aku hampa….aku masih berdiri di tempat yang sama. Aku juga masih melihat seraut wajah yang sering ku rindui bermain wayang di belakang ku.

Hati ku hancur. Bukan berkeping-keping tapi dah berdebu terus. Kalau berkeping sure aku boleh bubuh gam lekatkan balik. Dengan segala kekuatan yang ada, aku berlari keluar. Berlari sekuat hati ke arah motor skuter ku yang terpangkir elok. Ketika aku memasukkan kunci, tangan ku ditarik dari belakang.

“Tunggu ....sayang, Qal boleh jelaskan,” tangannya mencengkam ku. Aku rentap sekuat hati. Berhasil. Pegangannya terlepas. Kekuatan ku berkali ganda dari biasa.
“Please sayang…,” tuturnya sedikit getar. Memang dasar lelaki buaya, biawak, cipan, cicak dan yang seangkatan dengannya.
“I hate you,” perlahan je suara yang meniti di bibir ku.
“Please sayang. Let me explain,” pinta Haiqal. Yang peliknya, sedikit pun air mata ku tidak menitis. Api kemarahan ku telah membantutkan segala urat saraf yang membolehkan aku menangis.

“Go to hell,” bidas ku. Masih dalam nada yang sama.
“Please Kasih. I still need you. I love you sayang,” rayu Haiqal. Apa yang terucap di bibir Haiqal membuat hati ku bertambah pedih. Terang-terang aku di tipu olehnya. Sedangkan sebelum ini hubungan kami baik-baik saja.
“I hate youuuuu!!!,” jerit ku sekuat hati. Aku berpaling. Tak sanggup aku untuk terus menatap wajahnya.
“Please Kasih. Give me chance to explain everything,” Haiqal tidak berhenti merayu.

Aku berpaling dengan pantas lalu……pang!!!

Haiqal terkedu sambil mengusap pipinya yang pedih. Aku sudah pun berlalu bersama motor skuter kesayangan ku. Memecut selaju-lajunya. Dalam tidak sedar, pipi ku sudah pun basah. Air mata ku mengalir dengan sendirinya. Barulah kepiluan bertandang mengetuk hatiku yang sudah menjadi debu. Tangisan ku tiada sendu. Tangisan ku tiada lagu. Namun air mata ku tetap menitis tanpa henti. Aku biarkan ia menitis sepuas-puasnya. Menitis berguguran mengiringi rintik hujan yang semakin lebat. Ku biarkan saja air hujan berterusan membasahi tubuhku.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Ku Yang Setia 11

 

Design by Amanda @ Blogger Buster