Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 4  

Tuesday, April 14, 2009

“Nasib baik sempat lagi. Bahaya juga kalau di biarkan lama,” aku tersengih mendengar suara kakak Haiqal. Mati-mati aku ingat dia nak bawa aku pergi rumah dia. Buat suspend betul. Memang dalam kepala aku asyik fikir benda yang negative je tadi.

Mana taknya, dalam surat khabar, dalam tv, semua dah tunjuk kes-kes yang melibatkan remaja macam aku ni. Takut la kalau benda macam tu terjadi dekat aku. Minta-minta di jauhkan.

“Tu pun puas kena paksa kak. Boleh dia nak urut-urut je tangan dia.” Wajah ku merah menahan malu. Haiqal bukan nak cover-cover depan kakak dia. Main hentam je. Kak Reen asyik pandang aku je. Pasal apa aku pun tak pasti.

“Nak urut tu boleh, tapi kenalah bagi bengkak ni surut dulu. Bukan apa, takut tangan ni patah, Lain pulak yang jadi nanti.” Hah..patah. Biar betul.
“Takkan patah kak?” aku dah risau. Susah la aku. Nanti abah mesti bising.
“Kak Reen pun tak pasti. Tapi memang kena buat xray. Nak pastikan tangan Kasih tak apa -apa. Dah bagitau family dia Qal?” lembut je suara kak Reen.
“Dah kak. Takkan la Qal nak bawa anak dara orang malam-malam macam ni kak. Kalau bini tak pe la juga,” Haiqal melirik ke arah ku. Aku buat tak faham je.

“Aiks..Adik akak ni dah tak sabar ke. Tunggu la dulu. Macam mana dengan keputusan Qal. Jadi Qal ke UK?” Hah! Terkejut beruk aku bila dengar yang Haiqal nak ke UK. Waaaaaaaa! Kesiannya aku. Tak dapat la aku nak jual mahal lagi.
“Insyaallah la kak. Qal ingat nak risik Kasih dulu. Qal takut kena kebas orang la kak,” macam kerang busuk aku tengok Haiqal tersengih depan kakak dia.

Hah..nak risik aku. Jangan buat gila beb. Mengamuk abah nanti. Belajar pun belum habis, dah nak kena kawin. Bukan kata abah, aku sendiri pun tak nak. Senang-senang je dia nak buat macam tu. Apa yang dia takut sangat. Kalau ada jodoh, tak lari gunung di kejar. Tapi aku takut dia yang kena kejar dengan orang putih nanti. Dia dah la hansem gila.

“Mama dah tahu?” soal kak Reen. Aku ni malas nak menyampuk, orang tua-tua sembang la katakan.
“Belum lagi.Qal ingat nak jumpa keluarga Kasih terus. Nak ngurat anak dia pun bukannya senang. Siap dapat penampar free lagi.” Ewah-ewah. Dia ni main suka-suka je nak jumpa family aku. Padan dengan muka kau yang hansem tu. Sapa suruh kau buat anak dara orang macam tu.

“Pulak. Pasal apa?” Kak Reen memandang ku. Geram aku. Dah la tangan aku sakit. Dia pulak boleh buat macam tu.

“Akak tanya la tuan puteri tu,” Haiqal sengaja nak bagi aku malu. Dah kau yang salah, nak buat macam mana.

“Eh… kenapa tanya saya pula. ” Takkan aku nak cakap. Gila apa. Dia yang buat hal, aku yang kena cakap. Buang karan betul.

“Macam-macam la kamu ni.” Kak Reen tidak mahu mengambil pusing jawapan ku.
“Tak kena cucuk ke kak?” soal ku tiba-tiba.
“Kenapa pulak nak kena cucuk. Kalau nak bagi bengkak tu surut, makan ubat pun boleh. Nanti akak bagi,” balas kak Reen lembut. Langsung tak macam adik dia.

Kak Reen dah kawin lebih kurang sepuluh tahun tapi masih belum di kurniakan anak. Suaminya pun seorang dokter. Sebab tu kak Reen suka memanjakan Haiqal. Haiqal adalah anak tunggal lelaki dalam keluarga mereka.

“Lain kali degil lagi,” Haiqal merapati ku selepas kak Reen pergi meninggalkan ku.
“Suka hati lah. Yang awak tu memandai-mandai nak jumpa family saya nak buat apa? Saja nak cari penyakit,” Haiqal senyum.

“Memang saya nak jumpa family awak pun. Saya nak ikat awak kuat-kuat sebab awak ni suka lari-lari dari saya. Lepas ni saya takkan lepaskan awak,” Haiqal berjanji. Macam mudah je bagi dia.

“Siapa yang tak lari kalau perangai awak macam tu. Untuk pengetahuan awak, saya ni bukan perempuan yang sebarangan. Saya ada maruah dan harga diri. Jangan ingat awak senang je nak pikat-pikat saya. Lepas tu senang-senang je awak buat benda tak senonoh. Hello.. saya ni orang melayu.” Panjang lebar aku bersyarah. Haiqal senyum je. Langsung tak melenting. Dan aku pulak bila dah tengok dia asyik senyum je, memang tak boleh tahan. Goyang jiwa raga aku.

*********

2 minggu aku terpaksa berehat di rumah. Tangan aku pun dah baik sikit. Lepas je surut bengkak, abah terus bawa aku pergi berurut cara kampong. Boleh tahan la kena urut. Sampai menitik-nitik air mata aku tahan sakit. Yang lawaknya, boleh abah aku ajak Haiqal sekali. Siap naik kereta dia lagi. Bila masa abah baik dengan dia pun aku tak tahu.

Bila ada depan abah, aku ni kena la control ayu sikit. Aku tengok abah layan Haiqal tu lain macam je. Takkan aku nak gaduh dengan dia depan abah, malu la. Haiqal pun apa lagi, dah abah layan dia baik. Siap boleh minta izin dekat abah nak ajak aku keluar. Takkan aku nak tolak, abah pulak setuju je. Bukan nak tanya aku dulu. Boring betul.

Aku siap ala kadar je. Malas nak make up. Tangan aku pun masih belum baik sangat.
Pon!…Pon!... Ni mesti Haiqal.
“Adik, Haiqal dah sampai.” Beriye-iye abah panggil aku. Aku sambar beg sandang lalu turun ke bawah. Haiqal sempat berbual dengan abah sementara menunggu aku.

Aku buat muka selamber bila mata kami bertentang. Memang tak dinafikan yang dia ni memang pandai bergaya. Kalah aku yang perempuan ni. Aku ni suka yang simple je. Tak de la nak melaram sangat. Dia aku tengok dengan jeans, sport shoes, tshirt polo, Ray Ben, jam, cap dan apa lagi tah. Semuanya berjenama beb. Bukan calang-calang nak beli dekat Chow Kit. Memang anak orang kaya tapi aku tak tahu dia tu anak siapa. Bukan aku ambil kisah pun sebab dia yang kejar aku.

“Hati-hati bawak kereta tu Qal,” pesan abah. Bawa anak bongsu plus anak perempuan tunggal abahkan, kena lah pesan macam tu.
“Kami pergi dulu pakcik,” Haiqal berbahasa. Alamak sopan betul dia depan abah aku. Tapi kalau depan aku bukan main garang. Tak habis-habis nak paksa aku buat itu la, buat ini la. Mengada-ngada betul.
“Pergi dulu bah,” aku salam tangan abah.
“Emm..pergi elok-elok. Tangan adik pun jaga sama. Belum nak baik sangat tu.”
“Adik tahu la. Kami pun bukan nak pergi mana, jalan-jalan je.” Aku tergelak sambil mengekori langkah Haiqal.


“Comel awak hari ni,” Haiqal memecah kesunyian. Memang sejak dari tadi dia asyik curi-curi pandang aku je. Macam ni dia kata comel. Ingat aku ni budak-budak ke? Dia ni rabun kot. Aku tak make up pun dia kata comel. Selalunya orang lelaki suka tengok perempuan yang pandai make up.

“Biasa je,” balas aku pendek. Takkan nak kembang bila kena puji.
“Saya suka awak macam ni. Simple. Tak payah nak pakai make up tebal-tebal. Plastik semua tu,” terang Haiqal. Pulak dah.

“Ye ke. Bukan lelaki suka perempuan yang plastic,” aku cuba pancing Haiqal. Manalah tahu dia akan cakap pasal gadis idaman dia.
“Bukan semua la sayang. Perempuan pun bukan semuanya plastik. Biar kita jadi diri kita sendiri.” Pandainya dia berkata-kata.
“Memang la bukan semua. Tapi kalau tak macam tu, awak ingat lelaki nak pandang ke? Macam kawan saya Niza. Awak ingat siapa yang nak pandang?” bidas ku. Haiqal aku tengok lebih banyak tersenyum.

“Siapa kata tak de orang yang nak pandang. Awak tahu tak sekarang ni dia tengah syok bercinta dengan Kalam.” Aku terkejut. Kalam mana pulak ni. Apasal aku tak tahu. Biar betul si Niza ni.
“Tipulah. Mana awak tahu semua ni. Pandai-pandai je.” Aku cuba menafikan kenyataan Haiqal.

“Betul la. Cuma awak je yang tak tahu.”
“Dia tak bagi tahu saya pun,” aku dah nak naik angin. Si Niza ni pun satu, apasal tak bagi tahu aku awal-awal. Eks… ye ke? Macam tak percaya pulak.

“Macam mana nak cakap dengan awak kalau asyik kena marah je. Awak ingat, dia tak de kerja lain ke nak sibuk-sibuk pasal kita. Dia ajak keluar sebab nak tanya pendapat awak pasal Kalam.” Alamak, malunya aku. Tu lah aku ni suka sangat serkap jarang. Kan dah kena sebijik.

“Pasal kita apa pulak,” aku cuba ubah tajuk. Malu dengan kesilapan aku.
“Iye lah sayang. Kan awak merajuk masa tu. Tak ingat?”
“Mana ada saya merajuk. Pandai-pandai je awak ni. Eh…kita nak pergi mana ni.” Haiqal sengih. Aku langsung tak sedar yang kereta dia dah pun masuk ke kawasan tempat letak kereta.

“Nak pergi mana lagi. Tengok wayang la. Dia orang pun dah lama tunggu.” Dia orang? Haiqal ni biar betul. Siapa lagi yang dia ajak. Ni yang malas ni. Mesti dia orang ingat yang aku ni dah confirm jadi awek dia.

“Dia orang tu siapa?” Aku turun selepas Haiqal memberhentikan keretanya.
“Kawan saya la. Kenapa saya tengok awak macam risau je. Relax la. Dia orang tak cakap apa punya.” Aku cebik.
“Siapa tak risau. Saya tak nak dia orang salah sangka antara saya dengan awak. Lagipun abah yang setuju bagi pihak saya,” aku berterus terang. Sebenarnya aku sendiri keliru dengan perasaan ku. Kadang suka, kadang benci.

“Orang kata, sebelum ngurat anaknya. Kita kena pandai ambil hati abahnya dulu.” Haiqal mengenyitkan mata.
“Hello! Tu zaman bila punya.”
“Tak kira la zaman apa pun. Janji saya dah berjaya ambil hati abah awak. Tinggal awak je yang masih reject saya lagi.” Kami jalan beriringan.

“Perasaan. Jangan harap saya nak terima awak.” Aku berjalan pantas. Aku lihat Haiqal berlari anak cuba menyangi ku. Tangan ku di gengam kemas. Aku tidak dapat lari dari cengkamannya.


*******


Keadaan di shopping komplek terlalu padat. Masa nak naik lif jangan cakap la. Berhimpit-himpit macam tin sardine. Aku berdiri dekat dengan dinding. Aku berasa selamat sebab Haiqal mengadap kearah ku. Dia memberi aku sedikit ruang dan jarak diantara kami supaya tidak terlalu dekat. Tapi entah macam mana semasa di tingkat 4, ada kekecohan berlaku. Waktu macam ni lah banyak penyeluk saku.

Masa kecoh-kecoh tu tolak menolak berlaku. Haiqal tidak dapat menahan dirinya dari merapati ku.
“Sorry,” dia berbisik. Aku rasa terharu. Dia sanggup berasak-asak semata-mata nak bagi keselasaan kepada ku. Aku diam. Langsung tak jawab. Hatiku sudah semakin sayang dengannya.

Nasib kami selamat sebab pegawai keselamatan komplek tu datang tepat pada waktunya. Kalau tidak kami ni dah jadi lepat pisang lenyek.
“Awak ok,” aku angguk. Sepatutnya aku yang bertanya kepadanya.
“Nasib baik tak jadi apa-apa,” sambungnya lagi.

Kami tiba agak lewat sedikit. Haiqal sudah pun membeli tiket wayang dua jam lewat dari waktu asal. Kami masih ada masa lagi untuk membeli apa yang patut. Di sana, Niza, Kalam dan yang lain-lain sudah pun lama menanti.

“Asal lambat sangat?” Niza merapati ku. Haiqal melepaskan tangan ku untuk memberi ruang aku bersama dengan Niza.
“Ada hal tadi dalam lif. Tu yang lambat,”
“Aku ingat kau dah fly dengan Haiqal.” Niza tergelak lucu.
“Fly amendenye. Banyak la kau. Eh…bila masa aku jadi orang yang last sekali tahu kau dah jadi dengan Kalam.” Aku bercekak pinggang. Niza senyum.

“Dah kau asyik moody je. Aku belum cakap pun kau dah marah.”
“Mana lah aku tahu. Aku ingat kau asyik nak cakap pasal Haiqal je.” Niza tersengih. Kami sama-sama ketawa.

“Tapi kan. Macam mana kau boleh keluar dengan Haiqal. Dulu bukan main payah lagi kau nak keluar,” Niza suba mencungkil rahsia hati ku.
“Ni semua abah aku punya pasal. Kalau kau nak tahu, Haiqal ni kira dah jadi bakal menantu abah aku la. Dia gunakan abah untuk pikat aku. Abah pun dah suka sangat dengan dia. Aku keluar ni pun pasal dia minta izin terus dari abah. Bukan dia nak tanya aku dulu.” Rungut aku. N

“Biar betul. Ni kan zaman moden. Tak pakai dah orang-orang tengah ni. Membazir je,” Niza meminta kepastian.
“Ha ah. Aku tak tipu la. Kau ingat aku cakap main-main,” Niza senyum.
“Tapi aku tengok kau orang berdua bukan main romantic lagi. Tak rugi pun kalau kau terima Haiqal. Aku kenal siapa Haiqal tu,” tokok Niza. Dia yang kenal, bukan aku.

“Kenapa kau nak sangat aku jadi dengan Haiqal. Kau tahu kan aku macam mana.”
“Bukan apa, takut nanti bila Haiqal dah tersangkut dengan awek lain baru kau nak gigit jari.” Niza cuba menakutkan ku. Macam la aku heran sangat, tapi sebenarnya memang aku heran pun.
“Kalau betul dia suka dekat aku, buat apa aku nak takut.” Aku cuba pertahankan.
“Memang la. Tapi bila asyik kena reject je dengan kau, ingat dia boleh tahan ke.” kata-kata Niza ada betulnya.
Sampai bila aku nak main tarik tali dengan Haiqal. Aku merenung Haiqal yang sedang rancak berborak. Adakah dia sudah di takdir untuk menjadi penghuni dalam hati ku. Ataupun mungkinkah ini hanya rekaan atau mainan cinta seorang lelaki. Haruskah aku membuka pintu hatiku untuk menerima kehadiran cintanya. Argggghhhhh…

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster