Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 14  

Thursday, June 11, 2009

Baru hari pertama aku dah kena macam-macam dengan si Zila. Dan di sebabkan terlalu letih, aku tertidur sampai ke senja. Malu juga memandangkan aku ni kan anak dara. Dah la dekat rumah orang. Nasib baik aku dengan Zila je dalam bilik tu. Sementara menunggu Zila mandi, aku berbaring-baring semula. Malas-malaskan diri yang dah memang malas. Ntah anak dara siapa agaknya.

Sewaktu aku tengah pusing-pusing atas katil, tiba-tiba pintu bilik di ketuk. Terkejut juga aku sebab tiba-tiba je kan. Dan tindakan rifleks aku ialah duduk tegak macam patung. Zup! Macam dalam cerita kartun. Pintu di ketuk lagi. Aku menguis dagu. Nak buka ke tak ni. Makin lama makin kuat pintu di ketuk. Kalau di biarkan aku rasa boleh tercabut pintu gamaknya. Dengan perasaan yang berat, aku pun pulas tombol pintu lalu menguaknya.

Gulp! Mamat bisu sedang berdiri di hadapan ku. Adus! Macam mana ni? Aku menjadi gugup. Kali ni berani pula aku membalas renungannya. Mungkin sebab perasaan gugup telah menguasai diri. Masing-masing senyap. Apasal diam pula. Kan dia ketuk pintu bilk tadi. Mesti ada something kan. Tadi buka main lagi ketuk pintu bagai nak rak. Sekarang jadi ‘bisu’ balik. Pelik juga aku.

“Abang nak apa?” suara Zila menjadi penyelamat kepada kami. Ya Tuhan, mahalnya suara dia kat aku. Kalau dia bisu mungkin dia akan pekak sekali. Tapi dia tak pekak. Boleh pun dia dengar si Zila tu cakap. Ish…makin musykil aku. Zila sudahpun berdiri di sisinya sambil tersenyum memandang ku. Apa saja kerja dua orang adik beradik ni.
“Mak suruh siap. Nanti lepas solat magrib, kita makan dekat luar,” sebelum dia berlalu, sempat juga mengerling kepada ku. Aku yang terpana mendengar suaranya menjadi semakin tidak keruan apabila dia menghadiahkan sebuah senyuman buat ku sebelum berlalu. Eh..dia senyum dekat aku. Rasa macam nak pengsan. Handsome gila. Gila handsome.

“Woi!!.. kot ye pun tutup la mulut tu. jangan kata lalat boleh masuk, mak bapak datuk lalat pun boleh masuk,” sergahan Zila mematikan angan ku. Tersipu-sipu aku menurut langkahnya sebelum menutup daun pintu. Aku melihat Zila masih lagi tersenyum-senyum. Apa pasal la pula minah ni. Ni mesti ada benda yang dia dah buat pada aku.
“Yang kau sengih-sengih macam kerang haus milo ais ni kenapa? Dah buang tabiat.” Eh..eh.. makin galak pula dia senyum. Aku ni dah kira macam ayam berak kapur. Tengok je dia senyum. Memang sah dia ni dah kena sampuk kot. Maklum la mandi waktu Magrib ni adalah waktu syaitan berkeliaran. Itu pun aku teringat apa yang opah aku cakap.

“Aik..tak boleh ke aku senyum. Senyum tu kan sedekah,” dia mula dah. Ni mesti ada something ni. Takboleh jadi ni. Aku sudah merencanakan untuk membalas dendam. Mana aci kalau asyik aku je kena buli. Hehehe…aci dekat India la.
“Banyak la kau punya sedekah. Kau tak payah nak sedekah dekat aku dah. Aku dah kenyang tengok senyum kau tu. Ni mesti ada apa-apa kan? Baik kau cakap,” ugut ku sambil menggoyangkan jari telunjuk ke arahnya. Dia tetap macam tadi.

“Ala.. aku bukan apa. Aku suka tengok riaksi abang aku bila tengok muka kau,” erk! Muka aku? Apasal dengan muka aku ni. Aku rasa elok je. Aku meraba hidung yang masih terletak elok di tempatnya. Fuh!! Lega ..ada lagi. Aku pun merapa pipi ku yang gebu macam kuih apam. Namun pergerakan tangan ku terhenti apabila jari ku seakan melekit-lekit. Dengan secepat kilat, aku berlari menuju ke almari solek. Tempat di tuju adalah, cermin.

Arrrgggghhhhhhh!!!!!!!!
Itu saja yang mampu aku lakukan. Aku dah tak kira dekat mana aku sekarang. Suara Zila jangan cakap la. Punyalah kuat dia gelakkan aku. Nasib baik tak pengsan. Jangan kata orang lain, aku sendiri pun terkejut. Hantu punya kawan. Dalam waktu aku tidur, boleh pula dia make up kan muka aku comel ni sebijik macam badut sarkas. Memang serupa betul dengan badut Royal London Circus. Aku pun tak tahu mana dia dapat benda-benda tu semua.

Masa tu barulah aku sedar kenapa abang si Zila tu terkedu bila tengok muka aku. Ingatkan dia dah terpukau dengan kecantikan ku. Rupa-rupanya memang muka aku tersangat la cantik waktu tu.Sampai tak boleh nak di gambarkan dengan kata-kata. Malunya. Tersangat la malu. Rasa macam nak balik Penang je malam tu. Tak sanggup nak berdepan dengan si mamat ‘bisu’ tu lagi. Sure dia tengah sakan gelakkan aku. Paling kuat pun dia akan ceritakan benda ni pada Zaki. Ish…ish…ish… kesiannya aku.


**************

Aku merenung jauh laut hitam di hadapan ku. Cahaya bulan yang terlindung di sebalik awan membuatkan laut menjadi gelap. Hanya sesekali cahaya kilat terpancar di hujung lautan. Ombak memukul-mukul lembut pada tembok yang terbina. Aku berasa begitu tenang dengan tiupan angin yang seolah-olah membelai wajah ku. Ya…. Tenang. Itulah yang aku mahukan. Ketenangan yang ku dambakan setelah hati ku di kecewakan oleh lelaki bernama Haiqal. Kemesraan antara Zaki dan teman wanitanya membuatkan api cemburu bertandang tanpa di undang. Baru kini aku merasa benar-benar kehilangannya. Aku kesunyian. Hari-hari ku yang penuh dengan usik-mengusik menjadi suram.

Mungkin ini yang dirinya mahukan. Sebuah perpisahan. Sebuah perhubungan yang di mulakan dengan kenakalannya diakhiri dengan kecurangannya. Air mata ku menitis lagi. Masih terngiang-ngiang bisikan cinta yang di lafazkan sewaktu di awal perhubungan dulu. Tidak menyangka kesetiaan ku di balas dengan kecurangan.

Tiada baris kata yang dapat kulafazkan
Untuk kugambarkan erti pengorbanan mu
Tiada syair indah, termampu kuciptakan
Yang setanding indahnya, belai kasihmu... Juwita...

Akulah sebenarnya yang hanyut dan terlupa
Di dalam mengejar impian kukorbankan bahgia
Biarpun terluka hidup penuh gelora
Ketabahanmu meredakan badai

Di sebalik senyummu
Tersembunyi seribu lara
Kau layarkan jua
Bahtera cinta tiada sangsi
Tulus dan suci oh oh

Aku terkedu apabila terdengar akan suara si penyanyi. Suara lunaknya memukau hati ku. Aku menoleh ke arah pentas karaoke yang hampir dengan ku. Mata ku terpana dengan renungan mata si penyanyi. Sambil mengalunkan suaranya yang memukau, matanya tidak lari dari merenung ku. Bukan aku saja yang terpukau dengan lontaran suaranya. Bahkan sesiapa yang berhampiran dengan ku melangkah mendekati pentas.

Aku keliru dengan renungan matanya. Renungan yang bisa menjerut salur pernafasan ku. Aku kelemasan. Lemas dalam renungan.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Ku Yang Setia 14

 

Design by Amanda @ Blogger Buster