Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih Nurbella 15  

Tuesday, March 22, 2011

Mohd Heizi Alfian. Lahir ke dunia bersama limpahan kasih sayang yang tak terhingga dari Bella dan Helmi. Merekalah yang paling gembira dengan kehadiran cahaya mata sulong mereka.

“Lama lagi ke abang ambil cuti?” Bella mengelus rambut Heizi lembut. Sesekali terlihat bayinya mengeliat kegelian.
“Tak tahu lagi. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan sayang dengan Heizi.” Bella tersenyum. Helmi masih mengadap wajah Heizi yang enak di ulit mimpi. Hatinya terhibur tatkala senyum terukir di wajah Heizi.

“Kalau abang tak masuk ofis, siapa yang nak siapkan kerja abang. Nanti bertimbun-timbun pula.” Pujuk Bella lembut. Bukan begini caranya untuk menunjukkan rasa sayangnya pada Heizi.
“Ala… staff abang kan ada. Lagipun, banyak projek abang dah semakin siap. Kalau abang ambil cuti lagi dua tiga minggu pun masih tak jejaskan kerja abang.”
“Itu saya tahu. Tapi dengan kehadiran Heizi sepatutnya abang kena tambah lagi usaha untuk majukan syarikat. Keluarga kita dah tambah lagi sorang, jadi tanggung jawab abang dah makin bertambah.”

“Abang tahu la sayang. Sayang jangan risau ok. Kan Heizi kan…” Helmi sempat mencuit hujung dagu puteranya.

Bella mengeluh di hati. Pujukannya tidak berhasil. Hampir tiga minggu Helmi tidak masuk ke pejabat. Mungkin sudah banyak perkara yang tertinggal. Lagipun, dirinya juga sudah semakin kuat dan sihat. Dirinya masih mampu untuk menguruskan Heizi, walaupun tanpa bantuan pembantu.

“Apa yang sayang fikirkan ni,” bisikan Helmi begitu dekat dengan dirinya. Bella menoleh perlahan dan seraya itu bibir Helmi melekap di pipinya. Puas dengan lakunya, Helmi membetulkan duduknya di hadapan Bella. Ada sesuatu yang bermain di fikiran isterinya itu.
“Macam-macam bang.” Jelas Bella lembut. Tidak mahu berkeras dengan Helmi.
“Macam-macam tu apa dia. Takkan sayang dah tak nak berkongsi masalah dengan abang.”
“Siapa kata saya ada masalah?”
“Kalau sayang tak ada masalah, kenapa muka tu masam je. Lepas tu, menung sana, menung sini. Apalagi yang sayang risaukan.” Bella membuang pandang ke sisi. Patutkah dirinya meluahkan apa yang terkandung di hatinya. Dan perlukah semua itu di katakan.

“Entah la bang. Serba salah pula kalau saya cakap. Nanti awak cakap saya ni memaksa awak pula.” Luah Bella dengan kiasan.
“Ni mesti pasal kerja kan. Kan abang dah cakap, abang tahu apa yang abang buat ok. Sayang tak payah nak risau. Semua di tanggung beres.” Sudah di jangka itulah yang akan suaminya jawabkan. Kata-katanya sudah tidak mampu mengubah kekerasan hati Helmi.

“Kalau abang dah cakap macam tu, terpulang la.” Bella bingkas bangun meninggalkan Helmi bersama Heizi. Tidak mahu gara-garanya nanti hubungan mereka akan menjadi renggang. Biarlah dirinya mengalah.

*********

“Suria... Suria...” panggilan dari Bella menyentakkan Suria dari lamunannya. Mujur pisau di tangan tidak memotong jarinya.
‘Ish.. perempuan ni.. kalau dia ada kat rumah ni...hidup aku tak senang betul...’ rungut Suria perlahan.
“Suria... kamu tak dengar ke saya panggil.” Bella melangkah kaki ke ruang dapur.
“Hah.. aa.. puan panggil saya ke? Maaf puan, saya tak dengar tadi.” ‘Kalau laki kau yang panggil tadi tak apa la juga... ini tidak... asyik-asyik muka kau... asyik-asyik muka kau... aku nak relax sikit pun tak boleh... kan bagus kalau kau duduk lama-lama kat hospital..’

“Ish kamu ni.. suka sangat melamun. Dah sampai kemana tadi?” Bella cuba untuk berseloroh. Cuba untuk menceriakan kembali hatinya.
“Eh.. tak adalah puan.. mana ada saya melamun.” Bella tersenyum lagi. Tangannya ligat membancuh susu untuk putera kesayangannya. Akibat dari pembedahan ketika melahirkan Heizi, susu badannya menjadi kurang. Semakin lama semakin kurang dan akhirnya berhenti sendiri.
“Apa yang kamu buat tu?”
“Tengah bersiang sayur. Ingat nak masak sayur kangkung goreng belacan dengan ikan masak gulai. Kan tuan Helmi suka sayur kangkung.” Bella terdiam seketika. Nampaknya Suria lebih mengenali suaminya. Terdetik di hatinya untuk bertanya lanjut, namun tangisan Heizi membantutkan keinginannya.

“Tak apalah, Heizi nak susu pula. Saya naik dulu,” Bella meninggalkan pembantunya dengan seribu persoalan.


“Sayang... yang...” Bella menoleh. Helmi di sisinya sementara Heizi di pangkuannya.
“Apa yang sayang fikirkan ni. Asyik termenung je sampai apa yang abang cakap langsung sayang tak dengar. Cuba cakap dengan abang,” Helmi memaut bahu Bella lembut. Hatinya tak senang melihat Bella asyik dengan lamunannya. Sama seperti ketika di awal perkahwinan mereka dulu.

Wajah Helmi di tatap sayu. Mahukah lelaki itu faham akan gelora di hatinya. Mahukah lelaki itu menerima apa yang ingin di sampaikan. Kata-kata Suria terus berlegar-legar di ruang fikiran.

“Entah la bang. Saya pun tak pasti dengan apa yang saya rasa sekarang ni. Takut semua tu cuma bayangan saya je.”
“Ish.. macam besar je masalah awak ni,” sempat lagi Helmi bergurau. Sekurang-kurangnya, suasana tidaklah terlalu tegang.

“Abang ni. Saya serius tau,” jelingan Bella membuat bibirnya terus mengukir senyum. Apalah yang mengganggu fikiran isterinya.
“Ok...sorry... cuba sayang cakap dengan abang. At least tak la buat kepala sayang tu serabut. Kalau tak nanti asyik termenung manjang.”

Bella berkira-kira sebelum menyusun ayat. Bola mata Helmi di renung tajam. Kalaulah ia mampu membaca apa yang sedang Helmi fikirkan, pasti dirinya tidak berada dalam keadaan serba salah.

“Apa pandangan Suria pada abang?” Helmi terkejut. Kenapa secara tiba-tiba Bella persoalkan pembantu rumah mereka. Dan soalan itu seperti inginkan penjelasan darinya. Helmi cuba menyelami apa yang sebenarnya Bella inginkan. Dan yang paling penting, dirinya tidak terjerat.

“Maksud sayang dari segi apa?”
“Sebagai pembantu rumah la. Abang nak dari segi apa pulak.” Helmi cuba masih belum mampu menafsir akan soalan Bella.
“Pada abang..aaa... dia tu biasa je. Sama macam pembantu rumah yang lain.”
“Sama tu dari segi yang macam mana pula.”
“Aaa... sama dari semua segi la sayang oi... apa tugas seorang pembantu rumah. Itulah yang dia patut buat,” terang Helmi tanpa sedar sedikit demi sedikit jawapannya begitu hampir menjeratnya.

“Ok.. yang tu saya boleh terima. Tapi berapa lama dia dah duduk dengan kita.” Soal Bella berterusan.
“Err... kalau tak silap abang, tak sampai setahun pun. Sepuloh bulan pun tak sampai rasanya. Kenapa?”
“Dan dalam sepanjang tempoh dia kat sini, macam mana pergaulan abang dengan dia. Maksud saya, ada abang berbual-bual dengan dia. Sembang-sembang kosong ke atau apa saja.” Soalan Bella kelihatan agak berat untuk di jawab.

Helmi menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang nak di jawabkan. Sebab apa yang di soal oleh Bella banyak yang menunjukkan dirinya agak rapat dengan Suria. Tetapi dirinya masih tahu akan batas-batas yang telah di gariskan.

‘Jangan-jangan Suria ada terlepas cakap tak... tapi kenapa aku nak takut.. aku bukan ada apa-apa dengan dia pun..’ bisik hati Helmi. Masakan tiba-tiba saja Bella menyoalnya begini.

“Kenapa abang diam. Susah sangat ke soalan saya... ataupun.. abang ada sorokkan sesuatu dari saya.”
“Sorok? Nak sorok apa pula ni sayang. Abang dengan dia macam biasa, macam dengan sayang juga.”
“Hah.. abang samakan saya dengan dia pula. Maksudnya...” hati Bella gusar. Gusar dengan jawapam Helmi.
“Eh... tak... sayang ni... maksud abang.. macam mana sayang dengan dia.. macam tu jugalah abang dengan dia.” Bella lega. Helmi cepat-cepat membetulkan keadaan. Sekurang-kurangnya dirinya masih percayakan Helmi.

“Kalau macam tu, kenapa Suria boleh tahu yang abang suka makan sayur kangkong goreng belacan. Setahu saya, abang cuma makan kalau saya masak je kan. Macam mana dia boleh dapat tahu semua tu?” Helmi benar-benar terperangkap. Dan dirinya tidak mampu untuk berdalih lagi.
“Er.. ohh.. yang tu ke. Abang ingat apa la tadi. Bukan apa, tu pun dia tahu sebab tak sengaja. Mama yang bagi tahu pada Suria.”
“Mama?”
“Ha ah.. mama.”
“Macam mana mama boleh jumpa Suria?” Hati Bella semakin tidak keruan. Hati kecilnya dapat merasakan sesuatu. Namun dirinya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di belakangnya.

“Masa tu sayang dekat hospital, mama saja singgah. Katanya nak tanya khabar. Itu pun abang terserempak dengan mama masa mama nak balik.”

Kalau macam tu, pasti ada sesuatu yang berlaku di antara mertua dan pembantunya. Kerana selama ini belum pernah walau sekalipun mama Helmi mahu menjejakkan kaki ke rumah mereka. Kalau betul ingin bertanya khabar, kenapa tak ke hospital saja. Khabar siapa yang ingin tanya, khabar dirinya atau khabar tentang rumah tangga mereka.

“Sayang... tengok, depan abang pun sayang boleh melamun.” Bella kembali ke alam nyata. Dirinya harus waspada. Apa yang boleh di lakukan oleh mama Helmi tidak boleh di ambil mudah. Begitu juga dengan pembantunya. Nampaknya masing-masing ada agenda mereka sendiri untuk memusnahkan rumahtangganya bersama Helmi.

“Pernah tak terdetik dalam hati abang.. nak cari yang lain.” Terbeliak bola mata Helmi. Tak sangka soalan itu yang keluar dari isterinya. Dan dirinya tidak sangka yang Bella sudah terfikir hingga sejauh itu.

“Ish.. apa yang sayang merepek ni. Sumpah.. tak terniat di hati abang nak menduakan sayang. Kalau abang nak buat, dah lama sayang. Tak perlu nak tunggu sampai sekarang. Lagipun, sayang la permata hati abang. Sampai bila-bila pun kasih sayang abang takkan berubah. Percayalah. Walau apa pun yang terjadi lepas ni, abang nak satu je dari sayang. Percaya dengan abang.”
“Tapi...”
“Abang tahu apa yang sayang nak cakapkan. Dan abang juga tahu apa tanggapan sayang pada mama abang. Abang tak pernah nak salahkan sayang, sebab abang sendiri tahu dan faham benar dengan perangai mama. Jadi sayang jangan risau. Apa jua keadaan, abang akan lindungi sayang.” Tutur kata Helmi sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati Bella. Di tambah pula dengan kucupan Helmi di dahinya.

Tak patut juga jika Helmi di persalahkan dalam hal ini. Andai ada sesuatu pun, dirinya yakin bukan daripada suaminya. Mungkin suaminya juga turut menjadi mangsa dalam hal ni.

“Maafkan say...”
“Sshhh... abang tak pernah nak salahkan sayang. Abang faham perasaan sayang. Kalau boleh, abang tak mahu sayang fikirkan benda-benda ni pun. Tak ada gunanya. Silap-silap nanti hubungan kita yang kucar kacir. Apa lagi, bersorak la dia orang tu.” Terang Helmi lagi. Hati Bella perlu di jaga. Dan tak seharusnya hati isterinya itu di lukai kerana hati itu dah cukup terluka satu masa dulu.

“Jadi abang dah tahu la semua ni dari awal.” Anggukan Helmi menenangkan Bella. Barulah dirinya mampu menarik nafas lega.
“Tapi kenapa abang tak pernah nak cakap kat saya.”
“Kenapa pula abang kena cakap kat sayang. Nak sayang abang ni merajuk tak tentu pasal. Buat apa nak semakkan kepala kita dengan masalah dia orang tu. Abang tak kisah pun dengan apa yang dia orang nak buat. Itu pun selagi tak kacau sayang dan Heizi. Kalau tidak, tahulah dia orang langit tu tinggi ke rendah.”

Bella tersenyum puas. Puas dengan jawapan Helmi. Dan keyakinannya kembali menggunung. Begitu juga kepercayaannya terhadap Helmi.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Kasih Nurbella 15

  • hana_aniz
    March 22, 2011 at 10:11 PM  

    sambung la cepat2 cik writer. huhu. cite ni sgt best!

  • Zass
    April 29, 2011 at 4:49 PM  

    writer!!! jangan pernah benarkan suria dapat menyempurnakan kejahatannya sama seperti watak tiara...

    biarrlah ada sahaja halangannya...

    i really hate those watak.... im so so so damn hate them....

    macam nak tikam2 jer jantung perempuan2 keparat tue...

    tak sukelah kalau novel ni pun bercirikan seperti penjara rindu.
    i mean cerai beari.. dahlah tu talak tiga pulak tue.. oh my.. no..no... plis dont do that again..


    maaflah kalau diatas comment sangatlah kurang ajar.. tapi itulah sebenarnya luahan hati pembaca di luar sana....

    so, i hope for this novel, jangan pernah berikan kemenangan pada watak suria/mama....

    biar mereka terima padah dengan niat mereka yang tak pernah berhasil itu...

    we're really hoping for it...

  • Anonymous
    January 7, 2014 at 1:50 AM  

    em2 cepat2 la abihklan ye

 

Design by Amanda @ Blogger Buster