Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Pondok Usang  

Wednesday, May 6, 2009

Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja…

Gelak tawa riang anak-anak jiran bermain bersama-sama mencuit hati Alif. Terkenang kan ketika zaman kanak-kanaknya. Dirinya bersyukur kerana dilimpahi kurnia serta rahmat dari yang maha Esa.

“Boleh aku main sama,” Alif mendekati sekumpulan anak-anak kecil yang sebaya dengannya. Tangannya menggentel hujung baju tshirt lusuh yang dipakainya. Terlalu daif rasanya.

“Kau nak main dengan kami. Kau ada guli ke?” soal salah sorang dari kanak-kanak itu denagn wajah yang riak Alif senyum ceria. Diseluk poket seluar sambil mengeluarkan beberapa biji getah yang baru di kutipnya.
“Aku ada biji getah. Bulat macam guli. Jadi aku boleh main la kan,” Alif menghulurkan biji-biji getah ditangannya. Wajah terpancar cahaya kegembiraan. Ingin sekali ia ikut sama bermain.
“Wei kawan-kawan. Budak ni nak main guli dengan kita pakai biji getah…” jerit salah seorang budak sambil ketawa. Disambut bersama kanak-kanak yang lain. Senyumnya mati apabila terdengar gelak tawa kanak-kanak di hadapannya. Terkebil-kebil melihat dirinya di tertawakan.

“Wei Alif, kau ingat nak main congkak ke dengan biji getah. Kalau nak main congkak, baik kau pergi main dengan budak perempuan..hahahhaa,” sambung salah seorang budak lagi. Alif tunduk. Melangkah lesu ke hujung jalan menuju ke pondok usang neneknya.

Ya. Pondok yang terlalu usang. Di situlah ia tinggal bersama nenek serta adik kecilnya. Berjalan sambil kakinya menyepak biji getah yang di kutipnya di jadikan seakan bola. Di sepak biji getah itu hingga ke hujung tangga pondok usang neneknya.

Tangisan Alya menyentak hatinya. Mungkin adiknya lapar. Ditanggalkan selipar lalu berlari naik keatas pondok. Alya di dalam buaian dipujuk lembut sehingga tertidur kembali. Alif mencari kelibat neneknya tetapi tiada. Mungkin ke kebun barangkali bisik hatinya.

Alif mengambil senaskah surat khabar lama lalu duduk kembali di sisi buaian Alya. Diselak helaian demi helaian sambil tangannya tidak terlepas dari membuai Alya. Ingin sekali ia bersekolah seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Disebabkan keadaan mereka yang terlalu daif, nenek Alif tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah.

Alif mengenal huruf dan abjad hanya melalui surat khabar lama yang di kutipnya. Untuk menonton tv jauh sekali kerana bekalan elektrik tidak pernah tersambung di pondok usang neneknya. Namun, Alif tidak pernah merungut. Sesekali di bantu neneknya yang tidak sekuat mana untuk berkebun. Dengan hasil tanaman mereka, cukuplah untuk mereka gunakan bagi meneruskan kehidupan. Neneknya selalu memuji kerana mempunyai cucu yang rajin seperti Alif.

Alya menangis lagi. Bacaan Alif terhenti. Alif bangun mencari botol susu kepunyaan Alya. Kosong. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Memikirkan cara-cara untuk membancuh susu. Tangisan Alya semakin kuat. Tanpa berlengah lagi, Alif turun ke dapur yang berlantaikan tanah. Di kocak botol susu Alya menggunakan air yang telah di sediakan neneknya.

“Kejap ye dik. Abang tengah buat susu ni,” mulutnya tidak berhenti dari memujuk tangisan sikecil yang masih merengek didalam buaian.
“Sayang adik abang. Kejap ye. Abang buatkan,” pergerakan tangannya di percepatkan. Di sukat air panas dan air sejuk dengan tepat. Tin susu di angkat. Tetapi ringan. Alif cuba membuka penutup tin tersebut menggunakan hujung sudu. Malang nasibnya kerana susu yang tinggal terlalu sedikit.

Jeritan Alya semakin kuat. Alif tiada pilihan. Dicedok kesemua baki susu yang ada dan di masukkan kedalam botol lalu di goncang. Langkahnya dicepatkan. Sikecil yang dahagakan susu menangis hingga tersedu-sedu.

“Nah sayang abang. Nanti lepas nenek beli susu baru, abang bancuhkan yang lain ye,” pujuk Alif sambil menyuapkan puting botol ke mulut Alya. Disapu air mata yang mengalir di kedua pipi adik kesayangannya. Kerana terlalu lapar, Alya tetap menyoyot botol berisi air susu yang cair. Alif menepuk-nepuk lembut kaki Alya supaya ia lena kembali.

Disambung kembali bacaannya lagi. Ia amat tertarik dengan cerita-cerita berkenaan dengan angkasa lepas. Semangat dan azam di tanam untuk menjadi salah seorang angkasawan yang mampu menawan dunia angkawa lepas. Terbayang dirinya yang berpakaian lengkap sut angkasawan.

Angannya terhenti apabila terlihat kelibat neneknya yang baru pulang. Sempat menjeling ke dalam buaian, sebelum bangun menuju ke arah neneknya.
“Nek baru balik,” Embun terseyum manis.
“Adik dari tadi tak bangun lagi ke?” Embun membuka balutan kain di atas kepala. Alif mengambil kain dari tangan neneknya lalu mengelap peluh yang mengalir.
“Tadi dah bangun sekejap. Lepas Alif bancuh susu, adik tidur balik,” Embun tersenyum lagi. Alif memang berbeza dari kanak-kanak yang lain. Walaupun umurnya baru menjangkau tujuh tahun, namun ia boleh di harap untuk melakukan kerja-kerja orang dewasa. Walaupun tidak cekap, Alif rajin belajar dari kegagalan.

“Tapi nek, susu adik dah habis. Adik tadi minum susu cair nek,” baru dirinya teringat. Sememangnya bekalan susu untuk Alya sudah kehabisan. Tubuhnya disandarkan ke dinding.
“Tak pe la. Nanti nenek beli,” Alif menarik kaki neneknya supaya berlunjur. Dipicit-picit kaki neneknya yang letih bekerja untuk ia dan adiknya. Jika tidak kerana nenek yang mengutip mereka, sudah pasti mereka masih merempat di tepi jalan. Atas keperimanusiaan, Embun membela Alif dan adiknya seperti cucunya sendiri memandangkan dirinya juga sebatang kara.

Sudah tiga tahun perkara itu berlaku. Embun bersyukur, sekurang-kurangnya dirinya dapat membantu Alif dan Alya untuk meneruskan hidup. Lenguh-lenguh di kakinya beransur kurang. Memang pandai Alif mengambil hatinya.

“Alif dah makan?” Alif mendongak. Wajah nenek di renungnya.
“Tadi dah makan sikit. Alif tinggalkan untuk nenek. Tak payah nenek nak masak lagi. Kesian tengok nenek kena masak penat-penat,” hati Embun menjadi sebak. Perasaannya di runtun pilu. Tidak sangka anak sekecil ini dapat berfikir. Kolam matanya sudah banjir hanya menanti saat untuk mengalir.
“Kalau tak makan, nanti Alif sakit pulak. Siapa nak tolong nenek kat kebun nanti,” Embun sengaja menduga Alif.

“Bukan tak makan tapi makan sikit je. Alif masih kuat lagi tau nek. Buat macam kita puasa la nek. Nanti duit tu kita boleh beli susu adik banyak-banyak,” bersahaja Alif menjawab sambil tangannya tidak berhenti memicit kaki neneknya. Perlahan-lahan air mata Embun mengalir menuruni pipinya yang sudah berkedut sana sini. Sayang benas Alif pada adiknya. Sehingga sanggup berlapar semata-mata untuk adiknya.

Melihat air mata yang mengalir di pipi neneknya, tangan Alif terhenti. Tertanya-tanya akan punca neneknya mengalirkan air mata.
“Kenapa nenek nangis. Alif picit kaki nenek kuat sangat ke?” hatinya diburu perasaan bersalah. Pantas tanganya di tarik kembali. Mendengar ayat dari mulut Alif, Embun ketawa lucu sambil mengesat pipinya.

“Tak sayang. Nenek bersyukur dapat cucu macam Alif,” Embun mengucup dahi Alif tanda kasihnya yang tidak terhingga. Sudah acap kali Alif mendengar pujian dari neneknya. Tangannya memeluk erat tubuh Embun yang dibasahi peluh.


“Apa yang abang menungkan? Ayik sungguh Alya tengok,” Alif tersedar dari lamunan. Kanak-kanak kecil masih lagi bermain riang. Menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan.
“Abang teringatkan arwah nenek,” wajah Alif masih seperti tadi.
“Tiba-tiba abang ingatkan nenek? Kenapa?” Alif tersenyum.
“Abang teringatkan masa abang kecil-kecil dulu. Dah banyak nenek berkorban untuk besarkan kita,”
“Alya tahu bang. Kalau tak kerana usaha gigih abang sendiri pun, benda ni takkan berhasil. Alya adalah manusia paling beruntung walaupun Alya tak pernah nak merasa kasih sayang ibu dan ayah kita. Kasih sayang abang dan nenek yang tak berbelah bagi dah cukup untuk Alya,” Alif tersenyum. Walaupun Alya banyak kerenah ketika kecil, kasih sayangnya tidak pernah berubah. Alya menjadi seseorang yang terlalu manja. Alya menyandarkan tubuhnya disisi Alif. Kepalanya dilentokkan dibahu abang kesayangannnya itu.

“Bila lagi cik puteri kita ni nak kahwin?” pantas Alya menegakkan kepalanya kembali.
“Tak nak la. Alya nak duduk dengan abang sampai bila-bila,” nadanya seakan merajuk. Sudah acap kali Alif memaksanya untuk berkahwin.
“Jangan macam tu. Alya kena fikir masa depan,” Alya sudah menunjukkan wajahnya yang masam. Alif cuba menyusun ayat-ayat agar Alya terima dengan cadangannya.
“Please abang. Alya tak nak. Biar lah Alya macam ni,” rayu Alya lagi.
“Sampai bila. Sampai abang dah tak de nanti baru Alya nak kahwin,” mendung di wajah Alya sudah semakin terserlah.

“Abang buat semua ni untuk kebaikan adik abang juga. Abang sentiasa nak yang terbaik untuk Alya. Abang tak nak nanti hidup Alya terumbang ambing tak berbimbing. Kalau Alya ada suami nanti, sekurang-kurangnya ada orang yang jaga sakit pening adik abang ni,” dielus lembut bahu Alya.
“Selama ni pun kita dah ok kan,” Alif tersenyum. Sukar benar untuk mengubah keputusan Alya. Hatinya terlalu keras. Andai arwah nenek masih ada, sudah pasti diri Alya dibebelnya. Dan setiap kali itu juga Alif menjadi mangsa untuk Alya mencurahkan amarahnya.

“Memang ok. Tapi nanti kalau abang dah kahwin, Alya tak boleh nak duduk macam ni dengan abang lagi,” Alya tersentak. Wajah Alif yang masih tersenyum sumbing di renung tajam. Tak sangka dengan khabaran yang baru saja didengar.

“Abang nak kahwin?” matanya di bulatkan. Seakan tidak percaya.
“Iye la. Lepas ni abang kena bremanja dengan isteri abang la pula. Masa tu Alya baru Alya nak gigit jari,” Alif ketawa. Alya merasa geram kerana Alif mempermainkannya. Dada Alif di pukul lembut.
“Abang tipu. Abang tipu Alya kan?” Alif mengeleng. Tangan Alya digengam erat.
“Tak sayang. Abang tak tipu. Abang sebenarnya dah pun terima pinangan untuk Alya. Jadi abang harap, Alya tak hampakan harapan abang. Abang ingat majlis tu kita buat sekali,” Alya melihat sinar kesungguhan terpancar dari kaca mata Alif. Memang kali ini abangnya bersunguh-sungguh.

“Biar betul. Abang nak kahwinkan Alya dengan siapa? Abang pula kahwin dengan siapa?” terlalu banyak persoalan yang timbul. Alya bingung.
“Alya ingat lagi dengan gadis yang abang langgar dulu,” Alya cuba mengingat kembali. Memang dahulu abangnya pernah terlibat dalam kemalangan. Itupun di sebabkan atas kecuaian Alya. Kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan yang serius.

“Alya ingat. Macam mana akak tu sekarang. Siapa nama dia? Bila abang start bercinta dengan dia?” bertalu-talu soalan meluncur dari bibir Alya.
“Satu-satu la sayang. Nama akak tu Nurul Hanum. Abang tak pernah bercinta dengan dia. Tapi abang tak terima dia sebab simpati. Abang bertanggung jawab atas apa yang berlaku pada dia. Di sebabkan kecuaian abang, dia ditinggalkan tunangnya. Dia tak bersalah dalam hal ni. Susah juga la abang nak yakinkan ahli keluarga dia,” baru Alya mengerti.

“Ye ke. Abang tak cakap dengan Alya pun. Teruk tau,” Alif mencuit dagu Alya.
“Sebab abang tak nak susahkan Alya. So..macam mana? Setuju tak?”
“Alya ok je. Asal abang bahagia,” Alya menunjukkan tanda ok.
“Kalau macam tu, bila Alya nak berkenalan dengan bakal suami?’ Alya terkedu. Terlupa yang dirinya juga akan berkahwin atas pilihan abangnya.

“La.. Alya pun kena kahwin ke? Alya ingatkan abang main-main,”
“Mana pula abang main-main. Benda ni tak boleh di buat main sayang,” Alya tersengih.
“Tak kisah la. Adik abang ni kan adik yang baik. Alya ikut je apa cakap abang,” wajah Alya ceria kembali. Apalah sangat dengan pemintaan abang yang tidak seberapa itu.
“Betul ni?” Alif seakan tidak percaya.
“Betul la,” Alya menoleh ke arah Alif.
“Kalau macam tu, malam ni Alya pakai lawa. Abang bawa Alya pergi kedai mamak depan rumah tu,” wajah Alif serius. Walhal hatinya di geletek lucu menanti riaksi Alya.
“Apasal pula dekat kedai mamak. Kenapa tak jumpa dekat rumah je,” Alya mengerutkan dahinya. Alif masih lagi menahan ketawanya.

“Sebab… mamak kedai tu yang nak pinang adik,” Alif bangun dengan pantas sambil ketawa. Alya tersedar yang dirinya ditipu.
“Abang!!!!!!” jerit Alya kuat. Langkahnya dilajukan mengejar Alif yang sudah jauh meninggalkannya. Mulutnya tidak berhenti menjerit memangil Alif. Mereka berlarian di gigi pantai menuju ke pondok usang peninggalan arwah nenek. Pondok usang yang kini telah bertukar wajah. Hanya bentuknya sahaja dikekalkan. Di situlah tempat Alif dan Alya melepaskan rindu pada insan yang telah banyak berkorban untuk mereka.

Embun tersenyum bangga. Pengorbanannya tidak sia-sia.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Pondok Usang

 

Design by Amanda @ Blogger Buster