Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 12  

Thursday, July 2, 2009

Sepanjang proses kehamilannya, Bella lebih banyak berehat dari melakukan sebarang kerja. Helmi sedikit pun tidak membenarkan. Memasak juga turut di larang. Oleh yang demikian, Helmi telah mengupah seorang pembantu rumah untuk membantu isterinya melakukan kerja.

Bella hanya mengisi masa lapangnya dengan membaca. Banyak bahan-bahan bacaan yang di bawa oleh Helmi. Tidak kira apa saja jenis bahan bacaan, turut tidak ketinggalan. Helmi juga telah menyediakan sebuah rak buku untuk memudahkan Bella.

“Puan, makanan dah siap. Puan nak makan sekarang?” Bella menoleh. Bahan bacaan di tutup perlahan. Melihat sekujur tubuh yang berdiri di hadapannya membuat bibirnya mengukir senyuman. Wajah itu hanya menunduk. Bella baru sempat meneliti akan pembantu rumahnya yang baru. Seorang gadis yang berkulit halus, berwajah bujur sireh kelihatan mulus saja. Terpaksa mengorbankan masa remajanya demi membantu keluarganya di kampung.

Masih agak takut-takut untuk berhadapan dengannya.
“Tak apalah Suria. Biarkan dulu. Nanti saya makan,” lembut saja tutur Bella. Gadis itu hanya mengangguk dan berlalu meninggalkan Bella yang menyambung bacaannya.

Belum pun sempat helaian buku itu di selak, talifon bimbitnya berbunyi. Pasti saja panggilan dari Helmi. Sejak dirinya berbadan dua, Helmi kerap menghubunginya. Ingin memastikan isterinya sentiasa berada dalam keadaan baik-baik saja.

“Hai sayang abang. Tengah buat apa tu?” Bella tersenyum mendengar suara Helmi di hujung talian. Buku yang di pegang perlahan di letakkan di atas meja. Cuba menyandarkan tubuhnya agar lebih selesa.
“Assalamualaikum,” Bella menyindir Helmi yang terlalu gelojoh. Memang kerap benar suaminya berperangai begitu.

“Ops! Sorry. Waalaikumsalam. Apa anak papa buat hari ni?” mendengar ayat Helmi, Bella seraya mengusap perutnya yang semakin hari semakin membesar. Kini usia kandungannya sudah menjangkau 7 bulan. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi untuk dirinya melahirkan bayi yang di kandungnya.

“Anak papa tengah sibuk memusing kat dalam ni. Macam tahu-tahu je papa dia talifon,” Helmi tersenyum mendengar suara manja Bella. Semakin hari sikap manja isterinya semakin terserlah. Kadang kala sampai tersasul di hadapan pembantu rumah mereka.
“Ye ke. Nakalnya anak papa ni. Kesian dekat ibu dia. Ibu anak papa dah makan?” Bella pula yang tersenyum. Panggilan ‘ibu’ membuat dirinya begitu teruja.

“Ibu anak papa tak makan lagilah. Belum lapar,”
“Ibu anak papa tak kesian dekat anak papa ke. Makan la sikit sayang. Kesian baby kat dalam perut tu.Mesti dia pun dah lapar,” pujuk Helmi. Walaupun ini adalah pengalaman baru baginya, sedikit sebanyak dirinya tahu akan karenah ibu-ibu mengandung.

Apa yang mereka perlukan, apa yang boleh, apa yang tidak. Semuanya sudah terhafal di kepalanya. Termasuklah ketika berpantang selepas bersalin.

“Tahu. Tapi saya betul-betul tak lapar lagi. Pagi tadi pun saya dah makan banyak,” Bella cuba meminta simpati dari suaminya. Tidak mahu dirinya terus di paksa.
“Sayang. Jangan la macam ni. Sayang tahukan macam mana abang sayangkan sayang. Abang sayangkan anak kita. Kalau sayang tak makan, macam mana anak kita nak membesar. Please,” Bella mengeluh. Pujukan Helmi menyesakkan dadanya.

“Ye lah. Nanti saya makan,” Bella memberi helah agar suaminya tidak terus mendesaknya. Sedangkan dirinya tiada niat langsung untuk berbuat begitu.
“Betul ni. Sayang janji,” Helmi ingikan kepastian dari isterinya. Bukan senang nak buat Bella untuk menurut kata-katanya. Jenuh juga dirinya menyusun ayat untuk memujuk. Seakan memujuk kanak-kanak kecil.

“Iye betul. Janji,” balas Bella yang mampu membuat Helmi tersenyum lebar. Walaupun di hatinya merasa ragu-ragu, cuba di iyakan kata-kata isterinya.
“Oklah sayang. Abang nak siapkan kerja abang ni. Sayang jangan lupa pesan abang. Kesian dekat baby,”
“Saya ingatlah,” Bella mendengar tawa kecil dari suaminya. Setelah menamatkan talian, Bella kembali memegang novel yang sudah separuh di bacanya.

Di sebalik dinding, kelihatan seseorang sedang menahan perasaan cumburunya. Sakit telinganya mendengar rengekan manja ister majikannya. Hatinya menjadi panas. Entah kenapa, dirinya diburu perasaan cemburu apabila melihat kemesraan majikannya.

Suria mendengus marah. Wajahnya kelihatan kemerahan menahan marah. Teringat kembali apabila secara tidak sengaja dirinya terlihat adegan romantis majikannya ketika menikmati minum petang di laman luar. Hatinya menjadi terlalu sakit.

Hatinya menjadi cemburu dengan apa yang di miliki oleh Bella. Semuanya lengkap tidak seperti dirinya. Rumah yang besar, kereta mewah serta suami yang penyayang. Mengapa dirinya tidak dapat memiliki seperti apa yang di miliki Bella. Kain di tangan di ramas geram.

Kadang kala, dirinya berangan-angan untuk menjadi pengganti untuk berada di sisi majikannya. Wajah Helmi yang kacak telah meruntun jiwa mudanya. Tambahan pula dengan sikapnya yang romantis membuat dirinya sering berkhayal dengan bayangan Helmi. Apabila terpandangkan Bella, hatinya menjadi marah.

********

Helmi membuka pintu perlahan-lahan agar tiada siapa yang menyedari akan kepulangannya. Dirinya mengambil keputusan untuk terus saja pulang ke rumah setelah menamatkan panggilan. Rumah agam dua tinggakt itu kelihatan agak sunyi. Tatkala melangkah masuk, matanya terpandang akan sekujur tubuh yang terlena di sofa. Buku masih juga terlekat di tangannya. Helmi mengeleng sambil mengorak langkah.

Helmi tersenyum bahagia melihat wajah yang sering di rindu terlena. Briefcase di letakkan perlahan lalu duduk bersila di hadapan isterinya. Wajah itu di elus lembut. Dahi Bella di kucup tanda kasih. Bella masih lagi dalam tidurnya. Letih barangkali. Fikir Helmi. Perlahan buku di tarik agar Bella tidak terjaga. Helmi masih lagi memerhatikan wajah isterinya. Serasa belum puas dirinya merenung wajah itu. Wajah yang sentiasa menghiasi hari-harinya.

“Tuan nak makan?” Helmi tersentak lalu mendongak. Suria di pandang hanya sekilas. Matanya kembali merenung wajah isteri kesayangannya. Helmi menjawab dengan gelengan. Tidak mahu suaranya nanti akan mengejutkan isterinya.

Suria yang faham akan jawapan majikannya berpaling lalu melangkah ke dapur. Perasaan cemburunya kembali bertandang. Sengaja dirinya menarik perhatian Helmi agar tidak lagi duduk di hadapan Bella. Nampaknya usaha pertamanya gagal. Dalam diam, dirinya sudah pun memasang rencana. Rencana yang mampu membuat dirinya bahagia. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya. Suria menyambung kerjanya bersama sebuah senyuman. Senyuman yang sukar di tafsirkan.


Bella merasa tidurnya diganggu. Seperti ada sesuatu yang sedang merayap di pipinya. Walau sudah puas di kuis, masih tetap ada. Namun apabila matanya dibuka., alangkah terkejutnya kerana wajah Helmi betul-betul di hadapannya. Merenung tepat kepadanya sambil tersenyum nakal. Rupa-rupanya, usikan itu datang dari suaminya.

“Dah lama abang balik?” Bella cuba bangun sambil di bantu Helmi. Badannya berasa sedikit sengal.
“Tak la lama sangat. Saja abang tak mahu kejutkan sayang,” Bella tersenyum. Helmi kini sudah pun duduk disisinya. Tangan Helmi mengusap perut Bella lembut. Memang itu kegemaran barunya. Suka mengusap perut isterinya apabila ada kelapangan. Ini kerana dirinya tidak mahu ketinggalan untuk merasa setiap gerakan bayinya.

“Senyap je baby. Tak memusing pun,” Helmi memandang Bella. Namun Bella hanya tersenyum. Wajah Helmi terpancar sedikit kerisauan.
“Dia tak bangun lagi. Time macam ni memang dia jarang nak bergerak,” ujar Bella untuk memahamkan suaminya. Helmi mengangguk lemah.
“Dah makan belum ni?” Bella menggeleng. Bibirnya hanya tersengih sambil melihat Helmi sudah pun bercekak pinggang.

“Dah agak dah. Sebab tu abang tergerak hati nak balik awal,” Helmi bangun lalu menghulurkan tangan kepada Bella. Tahulah Bella apa yang di maksudkan Helmi. Kali ini, dirinya tidak dapat mengelak lagi. Huluran Helmi di sambut perlahan. Sambil berjalan beriringan, Helmi tidak langsung melepaskan tangannya.

“Suria,” panggil Helmi kepada pembantu rumahnya. Pantas saja wajah itu terpacul. Senyuman yang terukir kembali menjadi kendur apabila melihat tubuh Bella yang memboyot dipeluk sebelah oleh Helmi membuat dirinya merasa meluat. Cuba membandingkan dirinya dengan isteri majikannya.

“Tolong siapkan makanan,” arah Helmi. Suria hanya mengangguk.
‘Tak lah lawa sangat. Biasa je. Aku lagi cantik,’ pujinya dalam hati. Arahan Helmi terpaksa di lakukan. Sempat juga matanya mengerling kepada Helmi yang menarik kerusi untuk isterinya. Suria bertambah geram. Helmi seakan-akan sengaja menambahkan api cemburunya.

“Hari ni biar abang suapkan sayang,” Bella tersenyum manja. Bella menerima suapan dari Helmi dengan senyuman yang penuh bahagia.
“Aummm!!” ajuk Helmi membuat wajah isterinya merona kemerahan. Tidak memperdulikan kepada pembantu rumahnya yang turut berada di situ.
“Ada-ada saja abang ni tau,” Bella menampar lembut peha Helmi. Suria tidak dapat menahan perasaannya.

Kakinya pantas mengorak langkah untuk keluar dari ruang dapur. Suara rengek Bella yang di usik Helmi betul-betul membuat dirinya merasa tertekan. Tertekan dengan perasaan cinta yang terlarang.

AddThis Social Bookmark Button


6 comments: to “ Kasih NurBella 12

 

Design by Amanda @ Blogger Buster