Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku yang Setia 27  

Friday, July 23, 2010

Dari saat ke minit, dari minit ke jam. Hari makin berganti hari. Begitu juga minggu. Tapi aku, masih tetap menanti panggilan dari Zafri. Aku menanti tanpa rasa jemu. Sebab apa? Sebab aku terlalu merinduinya.

Kadang-kadang tu sampai mendatangkan perubahan kecil pada diri ku. Begitu juga dengan kerja. Aku kerap termenung. Bersosial tu jangan cakap la. Aku masih memikirkan akan kesalahan apa yang telah mengguris perasaan Zafri sampai teruk benar rajuknya.

Nak ku rujuk pada Zila, terasa berat. Nanti tak pasal-pasal benda lain pula yang jadi. Bukan aku tak tahu dengan perangai Zila. Lain yang kita minta, lain pula yang di cari. Kalau tanya terus pada empunya diri, panggilan aku langsung dia tak jawab. Sudahnya aku termanggu tanpa sebarang jawapan.

“Tak habis lagi dengan menung kau tu,” kus semangat. Nasib baik tak jatuh jantung aku. Sempat aku melirik kepada Kak Fat yang baru saja melintasi meja ku. Lain tak bukan, dari pantry la tu. Asyik-asyik nak menggemukkan diri je. Tak langsung rasa kenyang. Hai.. pelik betul aku dengan perempuan sorang ni.

“Mana ada menung kak.” Dalih ku perlahan. Tak ada mood nak teruskan bersembang. Kerja yang bos aku bagi sikit pun tak terusik lagi. Mana tidaknya, sejak dri tadi asyik di buka tutup je fail tu.
“Iyalah tu. Fail tu kau nak pegang sampai bila. Sampai balik ke?” sindir Kak Fat sambil menjuih bibirnya pada fail di tangan ku.
“Ermm.. kalau boleh memang saya nak pegang je fail ni. Tak ada mood la nak buat kerja.” Kak Fat menggeleng. Agaknya pening dengan perangai aku sejak dua menjak ni.

“Ha ah.. elok la tu. Kejap lagi apa yang kau nak jawab kalau bos tanya. Dia nak petang ni juga tau.”
“Ala… petang ni kan. Lambat lagi. Sekarang baru pukul berapa.” Mendengar jawapan ku, bertambah bulat mata Kak Fat. Rasa nak terkeluar pula aku tengok.

“Elok sangat la tu. Woit mak cik, cuba kau tengok jam kat atas tu.” Aku mendongak. Nampak macam budak tadika baru belajar nak tengok jam. Terkebil-kebil aku sekejap.
“Baru pukul tiga kak. Lambat lagi.. lagi pun sa…” kata-kata ku terhenti. Pantas bola mata ku kembali merenung jarum jam. Barulah aku sedar. Aku telah kesuntukan masa.
“Maakk!!..” Kak Fat hanya mampu menggeleng. Tengok gelagat aku yang macam lipas kudung. Tak tentu arah aku di buatnya.

Bila dah kalut macam ni, semua benda yang ada pun jadi tak ada. Mulalah mulut aku kecoh cari itu dan ini. Kak Fat sempat tumpang gelak. Bukan dia nak tolong aku. Macam ni punya orang pun ada.

Dalam aku kalut-kalut siapkan kerja, boleh pula bos aku muncul tiba-tiba. Macam biasa tanpa bagi salam dia tayang muka macho depan meja aku. Apa lagi, segala jari aku terhenti secara automatiknya. Tak payah aku suruh pun dia dah berhenti sendiri.

Aku dengan muka selamba mendongak sambil merenung wajah bos aku yang tak kurang hansomenya. Tanpa rasa bersalah aku menanti apa yang dirinya mahukan dari aku. Sikit pun aku tak ingat apa yang dia pesan masa meeting pagi tadi.

“Dah siap?” soalan itu hanya berlalu di pelupur telinga ku. Macam tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Suaranya macam mendodoi aku pula. Rasa lali je.
“Kasih!” aku tersentak sekali lagi. Kali ini nama ku di panggil bersama ketukan di meja. Aku bagaikan baru terjaga dari mimpi.

“Hah…ye En.Fairuz?” mendengar soalan itu, wajah bos aku terus berubah. Apa lagi kalau bukan muka dia yang tak puas hati tu.
“Awak tak dengar ke apa yang saya cakap tadi?”
“Cakap? Cakap apa?” aku masih memulangkan soalan padanya. Makin bengang orang tua tu aku buat.
“Hei!! Kamu ni berangan ke? Kerja yang pagi tadi saya minta tu dah siap?” aku masih tercengang. Kerja? Kerja?!...

Rasanya peluh dah mula nak meleleh keluar dari semua liang roma ku. Baru aku sedar akan kesalahan ku. Ya Allah! Apa yang aku nak jawab ni.

“Hello… mana fail yang saya beri pada awak pagi tadi?” muka En. Fairuz dah makin berubah. Nampak gaya aku macam nak kena makan je. Aku dengan sopannya menghulurkan fail berwarna hijau padanya. Tapi…

“Apasal kosong je. Mana isinya?” Kali ni kertas-kertas yang tak tersusun pula ku hulurkan padanya. ‘Marah la saya bos.. marah la… memang patut pun aku di marah..’ Ish..ish..ish… Ada ke patut itu yang aku doakan. Bukan nak minta selamatkan diri. Sebab aku memang tahu yang aku takkan selamat kali ini.

“Apa ni? Ni yang awak buat dari pagi. Benda kecil macam ni pun awak tak boleh buat.” Hembur En Fairuz sambil menunjukkan kertas di tangannya. Aku terkedu. Nak buat apa lagi. Diam je la. Dah memang salah aku.

Aku tengok muka bos dah merah padam tahan marah. Kesian pun ada juga. Iyelah, aku memang tahu dokumen yang dia minta aku buat tu memang penting untuk meeting esok. Hai.. Kenapalah aku jadi seorang pekerja yang cuai di saat macam ni.

“Baik… saya bagi awak masa sampai esok pagi. Saya tak kira macam mana awak nak buat. Esok… saya nak benda tu ada atas meja saya. Faham,” tegas suara bos aku beri arahan. Aku macam burung belatuk mengangguk tanpa bantahan.

Lepas je En Fairuz masuk ke biliknya, Kak Fat pula berdiri di hadapan meja ku. Lain tak bukan, ni mesti nak korek rahsia.

“Kan dah kena. Kau ni ada masalah ke?” aku dah cakap memang ada punya.
“Tak ada apa-apalah kak. Saya cuma rasa tak sedap badan je,” dalih ku perlahan. Kalau boleh aku nak tumpukan sepenuh perhatian ku pada kerja yang telah aku abaikan. Aku tak mahu En Fairuz hilang kepercayaan pada aku lagi. Dan bukan sebab itu dia bayar gaji aku.

“Betul ke ni.. ke kau nak selindung dari akak.”
“Betul kak. Tak ada apa-apa pun. Cuma tak sedap badan je.” Kak Fat masih tak puas hati dengan jawapan aku.
“Kau gaduh dengan boyfriend ke?”
“Eh tak la. Mana ada. Akak ni pandai-pandai je.” Macam manalah perempuan sorang ni boleh dapat tangkap. Nak jadi ahli nujum ke apa.

“Kau jangan la nak tipu akak. Akak tengok kau dah lama tak bergayut macam dulu. Kalau dulu bukan main lagi. Sampai akak pun naik jealous. Apasal lain pula sekarang ni. Nak pegang handphone kau pun akak tengok jarang.”
“Ish… akak ni. Mana ada. Tak ada apa-apalah.” Aku cuba berdalih lagi. Tak mahu pekung di dada terbongkar.
“Betul ni?” aku angguk laju. Selaju kata hati ku berdoa supaya Kak Fat tak bertanya lagi. Bukan menghalau, tapi aku dah tak tahan sebab dia asyik tanya benda yang sama. Sorry la Kat Fat.

“Ok.. Tapi ingat, kalau ada apa-apa jangan pula kau simpan sendiri. Yang mana akak boleh tolong, akak tolong.”
“OK…” jawab ku pantas. Alhamdullillah, tak lama lepas tu Kak Fat pun duduk balik kat tempat dia. Lega bukan kepalang.

“Bismillah…” dengan ucapan itu, aku mulakan kerja-kerja yang telah terbengkalai sejak dari pagi tadi. Aku cuba tumpukan sepenuh perhatian aku pada skrin computer. Segala gangguan-gangguan kecil aku letak ke tepi. Mujur Kak Fat turut membantu. Beberapa panggilan ku di jawab olehnya.

Sedar tak sedar siap juga kerja aku. Macam biasa aku akan mengeliat untuk merenggangkan segala sendi-sendi ku. Bila badan dah rasa segar sikit, aku pun jeling-jeling la mata kat meja Kak Fat. Kosong la pula. Aku pun pusing la keliling.

Uiihh!! Kosong sekosong-kosongnya. Siapa pun tak ada. Sampainya hati tinggalkan aku sorang-sorang kat dalam ofis ni. Patutla aku rasa aman je. Aku pun dengan sepantas kilat mengemas apa yang patut. Dan tanpa tunggu lama aku pun angkat kaki untuk pulang. Jalan pun pandang depan je. Langsung tak kalih belakang. Langkah tu jangan cakap la. Rasanya kalau aku pakai kain, dah lama koyak rabak.

Tak sampai lima belas minit aku dah sampai dekat depan kereta. Memang laju sungguh aku berjalan. Rasa-rasanya la kan kalaulah ada pertandingan berjalan kaki waktu tu, akulah pemenangnya.

Bila dah sampai depan kereta, satu hal pula nak mencari kunci dalam bag. Itu belum masuk bab masukkan kunci dalam lubang kunci. Dah macam dalam drama tv pula. Waktu yang macam ni lah semuanya menjadi serba tak kena. Jantung aku pun sama berdebar-debar. Laju gila .

“Boleh ke tidak?”
“Arrgghhh!!” itulah tindakan reflek ku bila tiba-tiba je di tegur dari belakang. Kunci kereta aku pun tak tahu mana aku campakkan. Gila kentang betul. Waktu-waktu macam ni boleh pula ada orang tegur.

“Awak ok ke?” aku yakin sangat yang kulit muka aku dah pucat tak berdarah. Kalau toreh pun memang tak menitik punya. Aku dalam terketar-ketar beranikan diri menoleh. Kot-kot la yang tegur aku tu orang. Selamat juga. Kalau hantu, alamatnya terpaksa la aku tidur dekat jalan.

“Ya allah En.Fairuz, terkejut saya.” Aku mengurut dada.
“Sorry.” Amboi..amboi… senangnya cakap sorry. Nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung tau. Kalau tidak, dah lama aku gol. Kot iye pun nak tegur, bagi la salam dulu. Ni tidak, main serbu tak pakai helmet.

“Apa Encik buat kat sini?” soal ku bodoh. Dah tentu dia pun baru balik. Tapi aku tak fikir pun semua tu. Apa yang aku cakap tu semuanya spontan. Apa yang terlintas je.

En Fairuz tak menjawab malah dia hanya tersenyum. Tiba-tiba je orang tua ni. Memang la aku akui yang senyum dia tu manis, tapi aku tak perlukan benda tu di waktu-waktu macma ni. Lagi pun bila aku soal, tentulah aku perlukan jawapab.

“Encik pun baru balik ke?” dah dia tak jawab, jadi aku tolong jawabkan. Senang.
“Ha ah… Dari tadi saya panggil kamu, tak dengar ke?” Hah! Aku buat muka pelik. Bila pula dia ni panggil aku. Tak pula aku dengar. Ish.. Pelik ni.
“Ye ke.. saya tak dengar la pula. Errr.. kenapa encik panggil saya?”
“Awak tertinggal benda ni atas meja.”

Toink..toink…toink…
Malunya aku. Huluran En Fairuz ku sambut jua walaupun kulit muka ku dah tebal seinci. Bukan kepalang malunya. Punyalah kalut sampai aku tertinggal kunci kereta atas meja. Jadi, kunci yang aku pegang tadi tu bukan kunci kereta tapi kunci rumah. Haru sungguh.

“Lain kali tu jangan kuat sangat berangan. Benda penting macam ni pun awak boleh lupa.” Geleng En Fairuz. Aku hanya tersengih. Nak buat apa lagi.
“Lagi satu, saya dah dapat fail yang saya nak tu. So.. esok awak tak payah nak cari-cari lagi.” Pesannya sebelum berlalu meninggalkan aku.

Aku pulang ke rumah dengan perasaan bercampur baur. Inilah hari yang paling meletihkan aku. Makin lama fikiran aku semakin kurang fokus. Aku sendiri tak tahu mana yang lebih penting. Sekarang ni effect kat kerja aku pula.

Nak bercampur dengan teman serumah pun aku tak ada mood. Aku terus memerap dalam bilik. Cuba tenangkan fikiran yang kusut. Mana tahu jalan penyelesaian tu datang tiba-tiba je.

Dari jam sepuluh sampai la jam dua belas, aku masih duduk melengung atas katil. Otak aku dah jem. Aku perlukan rehat. Aku perlukan ruang untuk bernafas. Apapun yang terjadi, aku perlukan cuti. Ya… aku perlukan itu.

Pantas tangan mencapai handphone lalu….

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Ku yang Setia 27

 

Design by Amanda @ Blogger Buster