Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 7  

Thursday, May 7, 2009

Atas keizinan Helmi, Bella telah memohon untuk bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman. Mereka telah pun berpindah atas desakan Helmi. Sebagai isteri, Bella tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan berbekalkan kelulusan yang tidak seberapa, Bella hanya layak menjadi pembantu kerani di firma berkenaan. Bukan kerana Helmi tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan, tetapi Bella tidak mahu membuang masanya yang banyak terluang ketika di rumah. Dirinya masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri selepas bekerja.

Kini sudah hampir setahun Bella bekerja di syarikat berkenaan. Kerja-kerjanya semakin cekap. Jarang sekali untuk melakukan kesilapan. Helmi juga banyak membantu ketika di rumah. Hubungan mereka juga semakin intim.

“Kak Bell nak kirim apa-apa tak. Boy nak keluar dah ni,” terdengar suara budak penghantar surat mengejutkan Bella dari arah belakang. Baik budaknya. Kebetulan Boy juga hidup sebatang kara tanpa ada sanak saudara seperti Bella. Mereka menjadi begitu akrab. Boy yang baru berumur belasan tahun begitu mudah mesra dengan sesiapa sahaja memandangkan sikapnya yang sentiasa ceria. Tidak pernah walau sedikit pun api kemarahan terpancar dari wajahnya.

“Ish budak ni. Buat terkejut akak je tau. Nasib baik akak tak de sakit jantung. Kalau tidak, dah lama akak masuk ICU,” Boy hanya tersengih manja mendengar bebelan Bella.
“Sorry,” Boy memohon maaf. Dirinya sudah menganggap Bella seperti kakaknya sendiri. Namun, Boy tahu akan batas-batas pergaulan kerana faham akan status Bella. Layanan Bella juga tidak pernah berlebih.

“Belikan akak nasi bungkus je la tengah hari nanti. Air tak payah eks,” Bella menghulurkan wang kertas lima puluh ringgit.
“Tak de duit kecik ke kak. Saya bukan biasa sangat nak pegang duit orang banyak-banyak ni,” Boy masih memegang wang kertas lima puluh ringgit yang diberikan Bella.
“Tak de la. Akak Cuma ada yang tu je. Simpan la dulu bakinya,” Boy teragak-agak.
“Tapi kak. Kalau hilang nanti saya tak cukup duit nak ganti,” tambah Boy lagi.

“Tak pe. Kalau hilang, anggap je bukan rezeki akak,” pujuk Bella. Boy berfikir lagi. Masih tidak berganjak dari tempat Bella. Bella merenung anak mata Boy yang berwarna coklat. Sama seperti Helmi, suaminya.
“Apa yang difikirkan lagi tu. Cepat la. Nanti lambat pula nak hantar surat,” arah Bella lagi. Terkejut apabila Boy meletakkan semula wang itu di hadapan Bella.

“Tak pe kak. Pakai duit saya dulu. Nanti kalau ada duit pecah, akak bayar la,” Bella mengerutkan keningnya. Macam-macam sahaja kerenah Boy.
“Boleh la pula. Cukup ke duit Boy tu,” Boy tersengih.
“Ada la sikit kak,” Bella mengeleng. Wajah Boy direnung kosong. Jika dengan staf-staf yang lain, Boy sering kali dibuli. Banyak kali juga Bella menyelamatkan Boy dari terus dibuli. Yang paling ketara sekali adalah gadis yang bernama Nazira dari bahagian akaun. Ini semua berpunca dari khabar angin yang mengatakan Boy ada menaruh hati pada Nazira. Disebabkan itulah Nazira menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mempergunakan Boy untuk kepentingannya.

Pernah juga Bella bertanya kepada Boy tentang hal itu. Boy hanya mendiamkan diri. Dirinya tidak suka memperbesarkan hal-hal yang dianggap remeh. Disitu Bella memuji sikap Boy yang suka membantu sesiapa saja tanpa mengharapkan balasan. Ia melakukan segalanya dengan ikhlas. Dari situ jugalah Nazira sering tidak berlaga angin dengan Bella. Seakan-akan merasa terjejas melihat keakraban antara Bella dan Boy. Sedangkan dirinya tidak pernah menyukai Boy. Malah pernah merendah-rendahkan keupayaan Boy dihadapan rakan sepejabat.

“Boy, simpan duit ni. Buat tambah-tambah kalau tak cukup nanti,” Bella bersuara lembut. Not lima puluh dihulurkan kepada Boy kembali. Membalas renungan Boy yang redup.
“Tapi kak…” Boy merasa serba salah. Tidak mahu Bella menganggap dirinya cuba mengambil kesempatan atas kebaikan Bella.
“Dah..dah…akak tak nak dengar lagi. Kalau Boy betul-betul masih nak jadi adik akak, baik Boy simpan duit tu. Selama ni pun, Boy tak pernah nak berkira dengan akak. Sekarang giliran akak pula,” tegas Bella dalam kelembutan. Boy kelu tidak berkata.

Dengan perlahan dicapai wang kertas lima puluh dari tangan Bella lalu dimasukkan kedalam kocek seluarnya.
“Terima kasih ye kak,” Boy bersuara perlahan. Tidak sekuat tadi. Sebak dengan layanan Bella yang terlalu mengambil berat terhadap dirinya.
“Akak yang patut ucap pada Boy. Dah. Pergi la,” pujuk Bella lembut. Boy angguk lemah. Diambil beberapa pucuk surat dari tangan Bella lalu melangkah pergi. Bella menoleh apabila terdengar beberapa suara bercakap sesama mereka sendiri. Tanpa menghiraukannya, Bella menyambung semula kerja-kerjanya yang tergendala tadi.

Banyak lagi kerja yang harus diselesaikan. Semuanya disiapkan dengan penuh kesabaran.
“Bella, tolong I taipkan surat ni. Sir Jagdev nak surat ni pagi la. Semalam I ada hal tak sempat nak buat,” Bella merenung kertas putih mengandui draf hasil tulisan Sir Jagdev. Memang sudah menjadi kebiasaan Nadia yang selalu menyerahkan kerja-kerjanya kepada Bella di saat terakhir.

“Bila sir bagi dekat akak?” Bella mengerutkan dahi. Merenung wajah Nadia yang kelat apabila Bella memanggilnya kakak.
“Pagi semalam,” jawab Nadia pendek. Bella tahu akan niat Nadia. Memang sejak dari awal Bella bekerja, Nadia merasa tercabar apabila ketua mereka sering memuji hasil kerja Bella.
“Kenapa bagi lambat sangat. Lain kali akak bagi la awal sikit. Saya pun tak kelam kabut,” Bella melepaskan apa yang selama ini berbuku di hati. Orang seperti Nadia tidak seharusnya dibiarkan. Kertas draf itu tetap diambil walaupun hatinya berasa sedikit tidak puas hati. Nadia melangkah kembali ke tempatnya bersebelahan meja Sharifah.

“Dah aku suruh tu buat je la. Banyak cakap pula,” rungut Nadia. Sharifah hanya menggeleng. Faham benar dengan sikap Nadia. Ada saja yang tidak kena. Kebanyakan kerjayanya diserahkan kepada Bella. Hanya sesekali sahaja Nadia terpaksa berlakon dihadapan Sir Jagdev.

Bella menaip surat yang diperlukan ketuanya perlahan. Walaupun dirinya sudah mahir, namun hasil tulisan ketuanya memang agak sukar untuk dibaca. Ditambah pula Bella terpaksa menterjemahkan ayat-ayat itu ke dalam bahasa melayu. Ini kerana kebanyakan surat-surat rasmi untuk kegunaan mahkamah dan pejabat sentiasa mengunakan bahasa melayu.

Sedang ia tekun menyusun ayat, tumpuannya terhenti apabila namanya dipanggil. Nadia menjerit namanya dari bilik Sir Jagdev. Hatinya berteka-teki tujuan dirinya dipanggil. Dengan malas, Bella meninggalkan baki kerjanya. Berjalan perlahan. Sempat juga ia menoleh kearah Sharifah. Seperti faham akan renungan Bella, Sharifah mengangkat bahu.


“Duduk Bella,” dengan sopan, Bella menarik kerusi di hadapan Sir Jagdev.
“Awak tahu kenapa saya panggil kamu?” Bella mengeleng. Dirinya juga tidak sabar ingin tahu. Hatinya di paut resah.
“You sedar tak yang you dah buat satu kesalahan,” Bella tersentap. Pandangan matanya yang redup membalas renungan anak mata ketuanya yang berbangsa Singh.
“Maksud you sir. Saya tak faham,” terang Bella. Selalunya Bella akan meneliti beberapa kali sebelum menghantar hasil kerjanya. Apabila ketuanya itu meletakkan sekeping surat yang tidak lengkap membuatkan soalan yang berlegar di fikirannya tadi terjawab. Yakin sekali akan hasil kerja dihadapannya itu bukan dari tangannya.

“You yang taip surat ni? Kalau tak siap, kenapa masih nak hantar pada saya. I dah pesan pada Nadia suruh you siapkan dari semalam lagi,” Bella menoleh kearah Nadia yang berada disisinya. Wajah bersahaja Nadia direnung kosong. Sedikit pun tidak menunjukkan sebarang riaksi seperti orang bersalah sedangkan dirinya tahu ini semua adalah angkara Nadia yang sengaja ingin menjatuhkannya.

“Mana sir tahu surat tu saya yang taip. Siapa yang hantar pada sir. Sir sendiri tahukan kalau surat tu saya yang taip, saya akan hantar sendiri pada sir,” Sir Jagdev mengerutkan dahinya. Memang dia akui bahawa Bella tidak pernah menghantar hasil kerjanya ke tangan orang lain. Merenung wajah Nadia yang masih tidak berpuas hati. Dirinya menjadi serba salah. Jika tidak kerana desakan Nadia, dia sendiri pun tidak akan memanggil Bella. Bukan sekali ini Nadia mendesaknya, sudah acap kali. Api cemburu Nadia semakin tidak dapat di kawal.

“I tak mahu perkara ni berulang lagi. Faham,” Bella mendengar amaran keras dari ketuanya. Kepala diangguk lemah.
“Thanks sir,” diambil helaian kertas putih yang masih belum lengkap keluar dari bilik ketuanya. Nadia menjeling tajam. Walaupun mendengar suara keras Jagdev memberi amaran keras kepada Bella, namun hatinya masih belum puas.

Bella beristighfar sebanyak mungkin untuk menghilang perasaan marah dan benci dari terus menguasai diri. Kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi disambung kembali tanpa memperdulikan jelingan beberapa staf terhadapnya. Terasa dirinya sedang ditertawakan. Namun sedikti pun tidak berbekas di hati. Biarlah apa yang mereka ingin katakan mengenai dirinya. Biarlah ia bersabar dan terus bersabar.

********

“Kenapa you tak pecat saja dia tu. You ni memang tau. Sengaja nak bagi hati I panas,” Nadia memeluk tubuh. Jagdev mengeleng. Rengekan Nadia menyesakkan dadanya.
“Tak de sebab untuk I pecat dia. Sebelum ni pun dia memang tak pernah buat masalah. I akan rugi kalau pecat orang serajin Bella,” puji Jagdev lagi. Nadia bertambah geram. Muncungnya semakin panjang. Tidak mahu kasih sayangnya di rampas oleh pihak ketiga. Walaupun Nadia tahu yang Bella sudah bersuami.
“Kenapa you selalu puji dia. You jangan cakap you dah mula sukakan Bella,” marah Nadia. Dirinya merasa tercabar.
“Nonsense. Apa yang you merepek ni,” Jagdev rimas akan sikap Nadia yang terlalu cemburu melebihi isterinya.

“I tahu. You takkan puji orang tu kalau you tak suka,” tambah Nadia lagi. Jagdev mengeluh.
“Stop it Nadia. Stop it,” pujuk Jagdev lembut. Bangun melangkah menuju kearah Nadia yang duduk di hadapannya. Disentuh lembut bahu Nadia tetapi di tepis kasar. Nadia bangun. Selagi Bella tidak keluar dari syarikat itu, hatinya takkan tenang.

“Honey, please let her go. She’s not like you baby,” pujuk Jagdev. Tubuh Nadia didakap erat. Pada awalnya Nadia ingin meronta namun dibatalkan. Perasaan rindu akan kehangatan belaian Jagdev membuatkan dirinya tersenyum kembali. Hembusan nafas Jagdev berada dekat ditelinganya. Sungguh mengasyikkan.
“Are you sure baby?” rengek Nadia manja. Jagdev lega kerana mood Nadia tidak sehangat tadi. Dalam diam, Jagdev turut mengakui akan kelembutan Bella telah membuat dirinya terpikat. Dirinya sering membayangkan Bella berada dekat di hatinya.

“Baby!” rengek Nadia keras apabila soalannya dibiar tergantung tidak berjawab. Jagdev tersentak. Mendengar rengekan Nadia menerbangkan bayangan Bella di kotak fikirannya.
“Yes,” balas Jagdev pendek.
“Do you love me?” soal Nadia manja. Tubuhnya dipusingkan dan kini ia berhadapan dengan kekasih gelapnya. Halal haram tidak lagi menjadi soal kerana dirinya telah dikuasi api cinta yang terlarang. Walaupun didikan agamanya tidak pernah kurang, Nadia tetap meneruskan perhubungannya dengan Jagdev. Tidak memperdulikan akan status Jagdev yang telahpun beristeri. Dirinya langsung tidak takut akan risiko yang bakal dilaluinya suatu hari nanti. Apa yang penting, segala impiannya akan menjadi nyata.

Akhirnya Nadia rebah didalam dakapan Jegdev.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Kasih NurBella 7

 

Design by Amanda @ Blogger Buster