Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 13  

Wednesday, November 18, 2009

Suria duduk di birai katil. Matanya sungguh sukar untuk di lelapkan. Perasaan gelisah membuatkan dirinya merasa rimas. Walaupun duduk di bilik belakang, biliknya tetap di sediakan penghawa dingin oleh majikannya. Memang cukup sempurna.

Namun hatinya belum cukup puas. Dirinya masih muda. Masih jauh perjalanan hidup yang harus di tempuh. Sampai bila dirinya harus terperuk di ceruk dapur sebagai pembantu.

‘Aku tak la buruk.. aku pun cantik juga… kenapa aku tak boleh dapat macam mana orang lain dapat…’ Suria berjalan mundar mandir pula. Dari kiri ke kanan langkahnya tidak berhenti.

Suria menoleh apabila terdengar bunyi sesuatu di dapur. Langkahnya terhenti. Di biarkan beberapa saat sebelum bunyi itu terdengar lagi. Suria terus saja melangkah menuju ke pintu. Tombol di pulas, daun pintu di tarik perlahan.

“Tuan,”
“Hahh!” hampir terlepas gelas di tangan Helmi. Teguran pembantu rumahnya benar-benar mengejutkannya. Sudah la keadaan di dapur waktu itu suram terbias oleh cahaya lampu ruang tamu yang terang benderang.

“Apa Tuan buat malam-malam ni?” Suria bersuara lembut. Memang itu niatnya apabila menyedari Helmi yang berada di dapur. Helmi melirik seketika kepada Suria sebelum mengalihkan pandangannya.

Suria tersenyum. Umpanannya mengena. Memang jelas anak mata Helmi sedang melirik kepada baju tidurnya yang nipis sebentar tadi. Mungkin juga masih terlalu awal. Namun dirinya yakin yang suatu hari nanti Helmi pasti akan menjadi miliknya.

“Saya haus. Tu yang turun,” Helmi menjawab pertanyaan pembantu rumahnya tanpa memandang. Tidak tahu sama ada pembantunya itu sedar atau tidak.
“Tuan nak saya buatkan air?” Suria menawarkan diri. Matanya sedang memandang tubuh majikannya yang sasa. Terbayang-bayang tubuhnya di rangkul erat oleh tubuh sasa itu. Sungguh mengasyikkan.

“Tak payah la. Saya naik dulu,” Helmi meletakkan gelas di atas meja dan cepat-cepat meninggalkan Suria. Terasa pandangan Suria begitu lain sekali. Tambahan pula dengan pakaian yang agak jarang membuat dirinya merasa tidak selesa.

Helmi membuka pintu perlahan-lahan. Tidak mahu Bella terjaga dari tidurnya. Belum pun pintu di tutup, Bella sudah terjaga.

“Abang ke mana?” soalnya lembut. Helmi yang separa terkejut pada mulanya tersenyum kelat. Melangkah merapati katil.
“Abang dahaga tadi. Sayang tak rasa panas ke?” Helmi melangkah naik ke katil. Duduk di sisi isteri kesayangannya.

“Panas juga, tapi tak larat la nak turun.” Ujar Bella sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

“Kenapa tak cakap. Sayang nak air ke? Abang ambil kan ye,” Bella tersenyum sambil menggeleng. Tangannya menahan Helmi dari bangun. Cukup-cukuplah dengan apa yang telah suaminya lakukan untuknya. Dengan adanya Helmi di sisi, dirinya merasa bahagia.

“Betul ni?” soal Helmi sekali lagi. Simpati dengan isterinya yang payah untuk bergerak ke mana-mana.
“Betul. Nanti kalau saya dahaga, saya kejutkan abang ye,” Bella mengelus tangan suaminya yang agak lembut kerana jarang melakukan kerja-kerja berat.

“Nanti kalau sayang dahaga, kejutkan abang tau. Jangan turun sendiri macam hari tu pulak. Ingat tau. Abang tak mahu jadi apa-apa dekat sayang dan anak kita,” tangannya di kucup lembut. Sikap Helmi yang terlalu memanjainya benar-benar membuat dirinya lemah. Lemah untuk berdiri di atas kaki sendiri.

“Iye… orang tahu la.”
“Orang..orang… orang tu siapa?”
“Abang ni… orang tu saya la,” Bella mencubit lembut lengan Helmi. Ada saja yang ingin di sakat. Bella malu kerana Helmi masih merenungnya.
“Saya..saya… cuba cakap sayang,” ajuk Helmi sambil menahan senyum. Tahu yang Bella masih lagi sukar untuk membahasakan dirinya sayang. Seperti yang selalu ia gunakan.

“Alaaa abang ni. Sama je kan. Apa pun nama yang abang panggil atau saya panggil, yang penting kasih sayang saya tak pernah pudar. Cinta saya tak pernah luntur,” tangan Helmi di gengam erat.

Helmi tersenyum puas. Sekurang-kurangnya ia tahu yang Bella membalas cintanya. Dahi Bella di kucup lembut.

“Tidurlah. Esok abang kena bangun awalkan,” ujar Bella sambil merebahkan tubuh. Selimut di tarik rapat ke dada.
“Baik bos,” Helmi mengangkat tabik. Tubuhnya di rebahkan di sisi isteri tercinta. Dengan perlahan, kepala Bella di angkat sedikit berbantal lengannya. Tubuh itu di tarik merapat ke sisi. Sesekali perut Bella yang memboyot di usap perlahan-lahan.

“Good night sayang,” Helmi tersenyum apabila tiada lagi sahutan dari isterinya. Hanya sekejap lenanya bertandang. Akhirnya mata Helmi turut terpejam.


Suria mengambil gelas yang di tinggalkan Helmi. Baki air sejuk di teguk perlahan. Sambil tersenyum, Suria membayangkan kehidupanya selepas ini pasti akan berubah. Terlalu yakin dengan rancangannya. Kaki di atur ke sinki untuk membersihkan gelas yang di gunakan Helmi.

Setelah selesai mengemas mana yang perlu, Suria kembali ke biliknya. Tubuhnya di hempas ke tilam empuk ‘queen’ size. Merenung siling sambil tersenyum-senyum sendirian.

Bantal peluk di dapak erat membayangkan tubuh majikannya. Terlalu ghairah dengan khayalannya sehingga tidak peduli apa yang bakal di tempuhinya nanti. Yang penting, hatinya gembira, dirinya bahagia.

******************

“Hah! Baru sekarang nak nampak muka. Ingat dah tak tahu jalan rumah mama lagi,” Bella tersenyum kelat mendengar sindiran mertuanya. Namun tangan itu tetap di kucup tanda hormat walaupun penerimaannya masih seperti dulu. Masih dengan sindiran serta jelingan tajam.

“Helmi sibuk sikit la mama. Bukan sengaja pun. Lagi pun Bella ni bukan sihat sangat. Tak boleh nak bergerak banyak,” alasan yang di berikan Helmi membuat Puan Sara mencebik. Asyik-asyik nama Bella saja yang di sebut.

“Bila due date?” Bella tersenyum sambil menoleh kepada Helmi.
“Insyaallah, kalau ikut tarikh yang doktor bagi lagi dua minggu. Ni pun kira dah sarat sangat dah ni.” Tuan Mukriz terkejut.
“Hai dah sarat macam ni pun masih merayau-rayau lagi ke?”
“Dia ni yang degil papa. Dah berbuih mulut ni bercakap. Tak nak dengar juga. Boring katanya,”

Bella tersipu malu. Entah kenapa dirinya merasa lain sekali sejak akhir-akhir ini. Dirinya berasa tidak betah untuk tinggal di rumah. Ada saja yang tidak kena. Kadang kala Helmi turut menjadi mangsa. Letih melayan kerenah Bella.

“Tak apalah. Sebelum ni bukan dia selalu keluar pun. Apa orang kata tu.. pembawa budak,” Helmi ketawa bersama papanya. Puan Sara tiada kuasa untuk masuk campur. Sesekali matanya menjeling melihat telatah Helmi yang langsung tidak berenggang dari sisi isterinya.

“Nasib baik sekali-sekali je pa. Kalau selalu, naik pening juga kepala ni. Mie ingat nak cuti panjang sikit masa Bella berpantang nanti. Mie pun dah cari orang untuk jaga Bella masa berpantang nanti.”
“Papa faham,” mata Helmi memberi isyarat kepada papanya. Mata Tuan Mukriz melihat isterinya langsung tidak mahu bergaul mesra dengan anak menantunya. Asyik mengasingkan diri.

Air di cincang takkan putus. Sejauh mana ia mengasingkan diri, takkan mampu mengubah takdir anak mereka jika tiada izin dariNya.

“Biarlah Mie, doa-doalah mama kamu akan cepat berubah. Papa dah tak tahu nak cakap apa. Langsung tak boleh nak di tegur.” Helmi menyandarkan tubuh. Memaut bahu Bella yang tadi hanya membisu.

“Harap-harap la papa. Kami pun tak salahkan mama. Ni semua salah kami,” Helmi menoleh. Tiba-tiba saja isterinya bersuara. Wajahnya kelihatan tenang sekali. Mengapa isterinya sebegitu tenang. Helmi tertanya-tanya dihati.

Bersyukur kerana dirinya masih mempunya suami yang terlalu menyayanginya. Itu sudah cukup untuk ia meneruskan hidup.

“Papa minta maaf bagi pihak mama kamu.”
“Eh.. papa dengan mama tak salah apa-apa pun. Tak perlu nak minta maaf. Lagi pun Bella tak pernah simpan dalam hati.” Terasa tangannya di gengam erat oleh Helmi. Seakan memberi kekuatan padanya. Tahu dirinya sentiasa mendapat sokongan dari Helmi.

“Papa tahu apa yang Bella rasa. Tak payah nak rasa malu. Kita sebagai manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan. Papa rasa bertuah sebab Bella yang jadi menantu papa. Kalau orang lain, dah lama si Helmi ni menduda.” Bella tersenyum mendengar pujian dari bapa mertuanya.

Paling tidak pun, kehadirannya masih di hargai dan di sedari oleh ahli keluarga selain suaminya.

“Tu yang buat Mie makin sayang kat dia ni pa.” dengan selamba saja Helmi mengucup pipi isterinya. Tuan Mukriz turut menumpang bahagia yang di rasai anak menantunya.

Walhal Puan Sara yang turut menyaksikan aksi romantik itu merasa begitu geram dan marah. Habis remuk majalah yang di pegangnya. Bukan untuk membaca, cuma sekadar lakonan.

“Kau tunggu la. Jangan ingat aku nak duduk diam.” Terkumat kamit bibirnya menyumpah.

Puan Sara bingkas bangun. Terus saja langkah kakinya mendaki anak tangga. Sambil melangkah matanya menjeling kepada Bella dan Helmi. Daripada mendengar pujian demi pujian buat Bella, lebih baik dirinya bermalas-malas di dalam bilik. Telinga tak pedih, hati juga tak sakit.

Tuan Mukriz yang sedar akan kelakuan isterinya mengeleng lemah. Mengeluh seketika. Sebagai orang yang lebih tua, sepatutnya mereka tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak mereka. Bukan mencemuh, bukan menghina mahupun mengeji.

“Biarlah dengan mama kamu tu. Hari ni kamu berdua makan di rumah papa. Er… Bella teringin nak makan apa? Nanti papa suruh pembantu yang masakkan,” Helmi tersenyum. Sayang juga papa dengan isterinya. Maklumlah, sudah tak sabar untuk menanti kelahiran cucu yang bakal lahir tak lama lagi.

Mereka bersembang dan bersembang tanpa menghiraukan seseorang yang sedang ayik memerhati. Seseoraang yang sedang asyik mencuri dengar perbualan mereka. Seseorang yang penuh dengan dendam. Selagi dendamnya tidak terbalas, selagi itu hidupnya tak akan tenang.


***********************

“Apa yang mama buat tu?” teguran Dato’ Zamri mengejutkan Datin Maria. Air mata yang menitis di kesat perlahan. Terlalu rindu dengan arwah puteri kesayangannya. Sejak Puteri Najwa pergi mengadap Ilahi, hidupnya di rasakan sunyi.

Dato’ Zamri tahu akan kasih sayang isterinya kepada Puteri Najwa terlalu banyak. Sehingga mendatangkan rasa cemburu pada anak-anak lelakinya yang lain.

“Mama rindukan Puteri…” pipi Datin Maria di basahi air mata sekali. Usapan lembut di bahu membuat hatinya bertambah pilu. Begitulah yang akan di lakukan oleh Puteri Najwa ketika memujuknya satu tika dulu.

Puteri Najwa adalah yang teristimewa. Takkan ada penggantinya.

“Ssshhh” pujuk Dato’ Zamri apabila mendengar tangisan isterinya semakin berlagu. Datin Maria masih memegang baju yang di pakai oleh Puteri Najwa kali terakhir ketika hayatnya masih ada.

Tidak di sangka dengan kelincahan puteri bongsunya tersembunyi satu penyakit kronik yang mampu meragut nyawanya. Tiada siapa yang tahu akan penyakit yang di hidapi Puteri Najwa. Kesakitan itu rela di tanggung sendiri. Kerana tahu penyakitnya masih belum ada penawar. Hanya ubat penahan sakit menjadi peneman setia.

“Doakan saja rohnya di tempat di antara orang-orang yag beriman,” tambah Dato’ Zamri lagi.

Datin Maria meletakkan kembali gambar Puteri Najwa di tempat asal. Keadaan bilik sedikit pun tidak di ubah. Hatinya masih dapat merasakan kehadiran puteri di sisinya. Dengan adanya barang-barang milik Puteri Najwa, sedikit sebanyak dapat juga ia melepaskan rindu.

“Tapi kan pa… kalau papa tengok muka menantu si Sara, mesti papa ingatkan Puteri. Memang saling tak tumpah pa.”

“Bila pula Mukriz ada menantu. Setahu papa anak lelaki dia sorang je kan, si Helmi. Bila dia menikah?” berkerut dahi Dato’ Zamri. Tak dengar pula temannya menjemput.

“Ish papa ni. Dia orang buat majlis kecil-kecil je sebab si Sara tu tak berkenan dengan pilihan anaknya, Helmi. Tapi dah anak dia berkeras, nak tak nak terpaksa jugalah terima.” Terang Datin Maria pada suaminya.
“Tak sangka pula papa. Papa kenal sangat dengan si Sara tu. Cukup susah kalau nak suruh dia dengar pendapat orang lain.”

“Tahu pun abang. Dengan mama pun dia cakap tak selindung-selindung. Kalau dia cakap dia tak suka, sampai bila-bila pun dia tak suka,”

“Maksud mama?” Dato’ Zamri tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang di cakapkan oleh isterinya. Mustahil pelanduk dua serupa akan betul-betul sama. Pasti ada perbezaan di mana-mana.

“Betul pa. Mama sendiri pun terkejut masa mula-mula. Kalau tak silap nama dia Bella. Budaknya pun baik, lemah lembut. Mama tengok elok je budak tu. Tak ada apa pun yang kurang,” terang Datin Maria sambil berjalan beriringan dengan suaminya.

Anak tangga di turuni beriringan. Masih kelihatan mesra di usia emas begini. Pada mereka cinta ada di mana-mana. Tak kira muda mahu pun tua. Yang penting mereka bahagia. Di waktu-waktu begini, mereka sering menghabiskan waktu bersantai bersama-sama.

Dato’ Zamri melihat wajah isterinya berseri-seri. Teruja bercerita seseorang yang bernama ‘Bella’. Sejak Puteeri Najwa meninggal, jarang sekali wajah Datin Maria akan berseri-seri seperti ini. Seakan puteri kesayangannya hidup kembali.

“Kenapa mama nampak excited sangat cerita pasal menantu Mukriz? Ni mesti ada apa-apa kan?” langkah Datin Maria terhenti di ikuti suaminya. Berfikir seketika.
“Eh ha ah ya. Kenapa tiba-tiba mama rasa excited sangat.” Jawabnya sambil merenung suaminya yang masih tersenyum.

“Apa yang papa senyumkan?” dari tersenyum berubah menjadi ketawa kecil. Datin Maria merasa pelik. Apa yang tidak kena dengan kata-katanya? Mengapa suaminya tiba-tiba ketawa?

“Papa…!” tidak tahan dirinya terus di buru teka teki.
“Dah lama papa tak tengok muka mama macam ni. Berseri-seri,” Dato’ Zamri sempat mencuit hujung hidung isterinya. Meskipun telah berkongsi kasih hampir 30 tahun, perasaan cintanya tidak pernah luntur walaupun sedikit.

Dengan sikap Datin Maria yang manja dan periang, telah menjadi penyerikan dan pelengkap hidupnya. Namun kata-kata isterinya sebentar tadi agak menyesakkan fikirannya. Khuatir jika suatu hari nanti segala rahsia yang di simpan setelah sekian lama terbongkar.

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Kasih NurBella 13

 

Design by Amanda @ Blogger Buster