Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Penangan Bollywood  

Tuesday, June 23, 2009

Sesekali aku melirik ke wajah ibu mertua ku. Matanya seakan merah. Dua orang adik ipar ku turut sama menonton dengan penuh khusyuk. Aku pun tak terkecuali. Tapi tak adalah sampai terlalu gila. Hanya sekadar ingin meringan-ringankan minda. Tak salah pun sesekali nak layan.

Aku pun menonton dengan penuh minat. Aku tertarik dengan jalan cerita yang di papar. Kisah kasih sayang seorang abang kepada adik. Semua tu aku kena baca menggunakan alih bahasa. Maklumlah tak faham. Yang aku tahu ‘namaste’ bermaksud salam sejahtera. Satu lagi ‘piyar’ apa lagi kalau bukan cinta.

Aku pun dah lupa apa tajuk dia. Sesekali mata aku berkaca juga sebab tersentuh. Hati seorang perempuan kan mudah tersentuh. Suami aku yang dulu selalu asyik merungut bila kami tengok gambar Hindustan ni pun dah terpukau. Siap tunggu sampai habis lagi. Kalau adik aku tukar chanel, mulalah dia nak mengamuk. Hebat juga eks penangan cerita Hindustan ni.

Tapi cerita ni membuatkan hati aku memberontak. Rasa macam nak masuk dalam tv tu je, ganti orang kena tindas. Riak wajah aku tak usah nak cakap la. Memang menggambarkan rasa tidak puas hati ku. Mungkin tak ramai yang menonton cerita ini malam tadi. Siapa yang ada Astro, cuba sesekali tengok saluran Zee. Tak ada niat lain, cuma nak terangkan jalan ceritanya dan bandingkan dengan dunia realiti. Bayangkan kita berada di tempat mereka.

Macam selalu yang kita tengok dalam drama Hindustan, ahli politik mereka begitu berpengaruh. Tidak kira dari segi fizikal, moral dan sebagainya. Kebanyakan mereka juga gemar menggunakan kuasa diktator. Tiada siapa yang mampu melawan. Mereka banyak menggunakan kekerasan. Mereka tiada belas.

Dalam cerita malam tadi yang paling membuat aku geram adalah keputusan seorang hakim yang begitu mudah menjatuhkan hukuman kepada wanita yang tidak bersalah tanpa di bicarakan. Jalan ceritanya ……

Lokasi : Kolej
Annu seorang gadis yang menawan raut wajahnya sedang mengayuh basikal menuju ke kolej di mana tempatnya belajar. Terdapat sejambak bunga di hias cantik terletak elok di raga basikal. Namun kayuhannya terhenti apabila terlihat sebuah trak polis terpangkir elok di hadapan pintu kolej. Para pegawai polis sedang mengerahkan beberapa rakan kolej mereka menaiki trak terbabit. Annu pantas menuju ke arah mereka.
“Encik…kenapa tangkap kawan saya,”
“Kawan kamu melacur,” Annu tersentak dengan tuduhan pegawai polis terbabit.
“Hei..kenapa cakap macam tu pada kawan saya. Betul ke kamu melacur,”
“Hei Annu. Kau baliklah. Jangan banyak tanya,” marah rakan Annu.
“Dia kawan kamu ke?” tanya salah seorang pegawai polis terbabit.
“Iya. Kami satu kolej. Tak mungkin dia akan melakukannya,” Annu cuba merayu agar rakannya di bebaskan. Pegawai polis terbabit ketawa. Seakan lucu mendengar rayuan Annu.

“Oh!. Jadi kau semua satu kolej. Mungkin kamu juga sama melacur,”
“Hei…tolong jaga percakapan awak,” Annu pantas menarik kolar baju pegawai polis berkenann. Terasa maruahnya tercabar.
“Sudah la. Bawa dia sekali ke balai,” kudrat Annu tidaklah sekuat mana. Sambil menjerit-jerit, Annu di sumbatkan ke dalam trak polis untuk di bawa ke balai.

Lokasi : mahkamah

Salah seorang dari rakan Annu sedang berdiri di kandang tertuduh.
“Benar kamu melacur?” soal tuan hakim.
“Benar tuan,”
“Bayar denda 1500,” rakan Annu turun dari kandang tertuduh. Kini giliran Annu pula terpaksa naik ke kandang tertuduh.
“Benar kamu melacur?” soal tuan hakim pada Annu. Annu tersentak. Merenung tajam kepada hakim yang sedang menjatuhkan hukuman kepadanya.

“Saya tak melacur. Saya gadis suci. Saya datang untuk belajar di kolej,” jawab Annu sambil air mata tidak henti menitis.
“Kawan kamu melacur. Mungkin kamu juga turut melacur,” Annu tidak menyangka seorang hakim turut menuduhnya.

Annu terlihat seseorang sedang memandangnya. Masing-masing terpana.
“Ayah!”
“Itu anak kamu?” hakim menyoal kepada ayah Annu. Ayah Annu adalah seseorang dari kakitangan mahkamah.
“Ya tuan. Tolong kesiankan anak saya tuan. Dia tak bersalah. Dia seorang gadis yang baik. Takkan mungkin dia akan melacur,” ayah Annu merayu kepada tuan hakim.

“Tidak. Dia telah di tangkap bukan kerana mencuri. Tetapi melacur. Bayar denda atau penjara,” arah tuan hakim lagi.
“Kesianlah pada saya tuan. Duit semua telah saya belanjakan untuk masuk ke kolej. Tolonglah kesiankan kami,” rayu ayah Annu lagi.
“Tidak. Bayar denda atau dipenjara selama 6 bulan,” Annu tersentak. Memandang tepat kepada tuan hakim. Akhirnya ayah Annu akur.

“Tidak mengapa tuan. Maafkan ayah Annu. Maafkan ayah,” pantas ayah Annu keluar dari mahkamah. Berlari pantas menuju ke tangga untuk ke tingkat tinggi. Annu mengejar larian ayahnya. Tanpa membuang masa, ayah Annu terjun dari tingkat tinggi ke bawah. Annu tidak sempat menyelamatkan ayahnya.

Terjerit-jerit Annu memanggil ayahnya sambil memeluk tubuh yang sudah tidak lagi bernyawa. Annu berlari semula ke dalam mahkamah. Annu berhenti di hadapan tuan hakim.
“Mana mungkin aku gadis yang baik akan melacur. Aku gadis suci. Aku masih suci. Aku masih dara. Aku rela jalankan ujian,” jerit Annu di hadapan hakim.
“Baik! Bawa dia pergi untuk menjalani ujian. Saya mahukan keputusannya sampai di mahkamah dalam masa 24jam.”

Lokasi : Hospital

Annu menjalani ujian bagi membuktikan dia seorang gadis yang masih suci. Seorang doktor perempuan yang menjalani ujian terhadap Annu mengesahkan gadis itu masih suci. Annu gembira namun tidak pada tuan hakim. Tatkala mendengar berita Annu, tuan hakim mengarahkan beberapa kuncu-kuncunya memperkosa Annu.
“Pastikan dirinya tidak lagi mempunyai dara menjelang esok pagi,”

Beberapa orang kuncu-kuncunya merempuh rumah Annu lalu merogolnya. Kuncu-kuncu tuan hakim adalah dari kalangan beberapa pegawai polis. Dengan menggunakan gari, Annu tidak dapat melawan. Berakhirlah kisah seorang gadis yang mempertahankan kesuciannya.

Macam mana agaknya seandainya semua itu berlaku di dunia realiti. Cuba bayangkan. Tuan hakim yang sepatutnya seorang yang bijak sana dan adil serta telus membuat keputusan telah menyalahkan kuasanya. Bagaimana dengan nasib anak-anak kita di masa akan datang. Nauzubillah. Tak dapat aku nak gambarkan.

Mengapa mereka tidak dibicarakan terlebih dahulu. Mengapa mereka dengan senang-senang saja menjatuhkan hukuman. Pegawai polis juga tidak begitu amanah. Menggunakan kuasanya untuk menindas. Betapa besar kuasa mereka kerana mampu membuat orang yang tidak bersalah di jatuhi hukuman tanpa perlu melakukannya.

Itu belum cukup lagi membuat aku marah. Tetapi kisah seorang adik bernama Surya yang kurang upaya kerana tidak mampu untuk mendengar dan juga bercakap membalas setiap kasih sayang yang di curahkan kepada abangnya dengan mengorbankan diri.Betapa besar dirinya terpaksa berkorban semata-mata atas ketidak puasan hati seorang gabenor terhadap abangnya.

Tuan hakim yang telah memusnahkan masa depan Annu telah di lantik menjadi gabenor. Sememangnya gabenor itu mempunyai kuasa yang sangat besar. Dia turut mempunyai seorang anak lelaki. Anak lelakinya telah melakukan satu kesalahan yang besar. Iaitu membunuh isterinya sendiri. Pada mulanya kes itu di klasifikasikan sebagai mati mengejut. Namun, abang kepada Surya telah menyelesaikan kes itu serta memaksa anak kepada gabenor mengaku di hadapan pihak media. Ini telah menimbulkan kemarahan gabenor.

Gabenor adalah seorang yang sangat licik. Dirinya mampu berlakon dengan mengatakan anak gabenor juga tidak terkecuali dari dijatuhi hukuman. Dalam diam-diam, gabenor telah merancang sesuatu untuk membalas denndam.

Satu hari Surya menemani kakak ipar serta anak saudaranya pergi membeli belah. Sebelum itu, abang dan kakak ipar Surya telah menempah tiket penerbangan ke Amerika supaya Surya menjalani pembedahan. Pembedahan itu adalah untuk merawat kecacatan yang Surya miliki.

Entah macam mana, berlaku satu rusuhan. Ketika itu Surya bersama anak saudaranya berada di tempat letak kereta, manakala kakak iparnya masih berada di dalam kedai. Banyak kedai-kedai terpaksa menghentikan urusan kerana tidak mahu mengalami kerugian yang lebih banyak. Di sebabkan itu, kakak ipar Surya terperangkap di dalam sebuah kedai.

Demi melindungi keselamatan anak saudaranya, Surya terpaksa berlawan dengan perusuh-perusuh terbabit. Tidak lama kemudian, pihak polis tiba. Ketika Surya sedang mempertahankan diri, sebuah kamera telah merakamkan segala-galanya.

Di pendekkan cerita, Surya di tangkap dan dimasukkan ke dalam penjara bersama dengan anak gabenor. Anak gabenor telah di jatuhi hukuman mati atas kesalahannya membunuh. Di sebabkan gabenor mempunyai kuasa besar, ketua pegawai penjara telahpun bersubahat untuk menukarkan hukuman itu kepada Surya.

Yang peliknya, semasa hukuman tu di jalankan. Abang Surya telah hadir bersama gabenor. Tujuannya untuk menuntut mayat anak gabenor yang telah menjalani hukuman. Gabenor sebenarnya tidak mahu menuntut akan mayat anaknya. Abang kepada Surya pula mempunyai hati yang lembut. Merelakan dirinya menjadi ganti untuk menuntut mayat anak gabenor. Tidak tahu sebenarnya ia akan menuntut mayat adiknya sendiri.

Tatkala tubuh Surya tergantung, abangnya juga merasa sukar untuk bernafas. Memang menjadi satu keajaiban kerana mereka bukanlah pasangan kembar. Atas lakonan gabenor, abang Surya menjalani upacara pengkebumian untuk adiknya sendiri. Hebatkan.

Sampai di situ je yang sanggup aku tengok. Air mata dah nak meleleh. Aku pun cepat-cepat bangun. Malulah kalau suami aku nampak. Cuma semasa menonton sehinggalah nyawa Surya berakhir di tali gantung, tak pasti beberapa banyak perkataan ‘ba wau dal wau ha’ aku tersebut. Aku menjadi geram sendiri. Adakah mereka terlalu baik hati. Ataupun, mereka tidak mampu untuk membela diri mereka sendiri.

Tak sanggup aku nak hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang yang begitu goyah. Duit serta kekayaan menjadi kuasa yang lebih besar berbanding akal fikiran. Syukurnya kita kerana masih lagi berpijak di bumi Malaysia yang aman dan damai. Aku berharap sangat apa yang aku saksikan di kaca tv tidak akan berlaku di tanah bumi Malaysia. Hidup bawah satu rumpun yang sama. Saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mujur itu semua hanya rancangan tv dan sudah tentulah ini semua hanyalah rekaan.

Sekian….selamat menghayati erti kasih sayang sesama kita.

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Penangan Bollywood

 

Design by Amanda @ Blogger Buster