Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 17  

Wednesday, June 17, 2009

“Kasih!” siapa pula ni. Apasal suara dia kasar sangat. Bukan tadi lembut ke suara dia.
“Kasih!” Nak apa pula dia ni. Tak boleh tengok aku senang sikit.
“Kaaaasihhhhhhhhhhh!!!”
“Hantu kau meletup!” serta merta aku bangun. Aku buka mata. Di hadapan ku terlihat Zila sedang mengosok dahinya. Eh! Apasal dahi aku pun sakit juga. Berjangkit ke? Kena demam chikugunya kot? Tapi kalau kena demam tu takkan sakit dekat dahi je. Ish! Merapu la aku ni.

“Kau ni apasal?” soal ku yang masih mamai-mamai.
“Apasal kau tanya. Nak masuk waktu Zohor dah. Tak reti nak bangun,” Zila bingkas bangun dari hujung katil ku. Aku pandang sekeliling. Oh…kat bilik rupanya. Lupa pula yang aku dah balik kampus.
“Dahi kau kenapa?” Zila menjeling. Jeling sampai nak naik juling mata dia. Marah la tu.
“Kau punya pasal la ni. Orang panggil elok-elok tak dengar. Jadi aku jerit la macam mana kau buat kat aku selalu. Tup-tup kau tanduk dahi aku pula,” rengek Zila.
“Hah!..ye ke? Sorry la. Aku tengah best-best layan mimpi tadi,” aku tersengih.

“Elok la tu. Tidur sayup-sayup. Lepas tu bangun sampai matahari dah terpacak,” bebel Zila. Kan dah mula minah ni membebel. Gerenti tak boleh stop punya. Nama pun anak perempuan Hajah Kalsom. Takkan kuah nak jatuh kat lantai. Mestilah kat pinggan.
“Aku tidur lambat la malam tadi. Kan minggu depan nak hantar assignment Puan Akila,” terang ku sambil duduk di birai katil.
“Minggu depankan. Yang kau kalut sangat tu kenapa?” aku pandang Zila tepat. Dahi ku kerutkan. Macam tak percaya je minah ni. Dia ni sedar ke tidak?
“Makcik. Minggu depan kan maksudnya esok. Kau tak ingat ke?” tangan Zila terhenti dari melipat baju. Menimbun juga baju-baju dia. Rajin sangat la katakan. Sangup dia tunggu baju tu menimbun sampai seminggu. Baru nak basuh.

“Hah!!” mulut Zila dah terlopong macam serombong kapal. Sahih dia memang lupa.
“Dah..dah.. tutup la mulut tu. Karang benda lain yang masuk,” ucap ku. Lawak sungguh. Zila tersenyum. Biar betul budak ni. Boleh pula dia happy.
“Apasal kau senyum?” soal ku pada Zila yang masih galak tersenyum.
“Aku siap dah,” ceh! Ingatkan apa tadi.
“Eleh, eksyen la tu,” sela ku. Ku bangun sambil menguap. Ngantok gila ni. Nak siapkan assignment punya pasal, aku terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi. Lepas solat subuh saja baru dapat ku lelapkan mata. Tapi aku lega sebab assignment sempat aku siapkan. Kacang je tu.
“Wei pergi la mandi cepat. Kau tak ingat ke mak dengan ayah aku nak datang,” Ya ampun. Macam mana aku boleh lupa ni. Minta-minta dapat la aku jumpa si Zafri. Dah rindu gila nak tengok muka dia.

Selalunya kalau aku rindu, aku akan mainkan Mp3 pemberian dari si dia. Memang tangkap cintan habis aku waktu dia sampaikan Mp3 ni pada aku. Syahdu gila. Satu lagu je yang dia letak. Apa lagi kalau bukan lagu yang aku nyanyi dari petikan gitarnya. Dan yang paling aku tak sangka, suara dia pun ada sekali. Macam berduet pula. Kretif sungguh dia ni. Kira boleh tahan la kami berduet. Boleh ganti Nurul dengan Ajai.

Dalam hati ku berbunga riang. Sembunyi la konon. Tak nak sampai Zila dapat tahu. Aku pun dengan wajah selamba, terus mencapai tuala. Tutup muka dan berlalu tanpa suara.

Kami bersantai-santai di dalam bilik sambil menanti family Zila tiba. Sambil mengunyah biskut, aku membelek komik milik Zila. Dulu aku tak berapa sangat nak baca komik ni. Selalunya, hanya lelaki yang gemar baca komik. Kalau budak perempuan ni suka baca novel. Tambah-tambah novel cinta.

“Lambat lagi ke family kau nak sampai?’ soal ku pada Zila yang sibuk bermain game di komputer riba.
“Ntah la. Tadi mak aku cakap dia orang nak dekat sampai. Tapi tak sampai-sampai pun,” Zila sedikit pun tak toleh pada ku. Boringnya baca komik ni. Aku diam lagi. Tak tahu nak cakap apa. Minah ni bukan boleh tanya lebih-lebih. Karang habis terbongkar rahsia.
“Apasal kau tanya? Dah tak sabar nak jumpa buah hati la tu,” sindir Zila. Aku terkedu. Macam tahu-tahu je minah ni. Tidak aku nafikan, aku memang suka pada Zafri. Walaupun kami tak banyak cakap, namun sikit-sikit dia berjaya mencuri sekeping hati milik ku.

“Kau ni. Pandai-pandai je,” dalih ku. Cuba menafikan. Tapi memang dia pandai pun. Dia memang pandai meneka dan menyerkap jarang ku. Selalunya memang tepat. Cuma aku tak mengiyakan. Cover.
“Kau jangan nak berahsia dengan aku la Kasih. Sekilas ikan di air, aku dah tahu jantan betinanya,” aik..macam biasa dengar je ayat ni.
“Apa yang kau tahu?” Zila menoleh kepada ku.Game komputer dimatikan.
“Aku tahu semuanya. Kau dah suka dekat abang aku kan?” kami saling berpandangan.
“Sebab apa kau cakap macam tu? Dari mana kau tahu?” Zila tersenyum lalu bangun dan duduk di samping ku.

“Aku dah tahu lama masa dari kampung lagi. Mp3 tu abang yang bagikan?” Gulp! Macam mana pula dia dapat tahu ni. Payah betul nak simpan rahsia dari dia. Ada saja yang dia dapat tahu.
“Pandai-pandai je kau ni. Mana kau tahu semua ni,” aku memang dah tak tahu nak pusing. Pusing mana pun aku tetap akan kena punya.
“Kalau bukan, macam mana suara abang aku ada dalam tu,” aku mati kutu walaupun aku tak ada kutu. Bila masa pula dia dengar ni. Rasanya aku selalu sorok Mp3 tu.
“Betul tak?” soal Zila lagi.

“Banyak la kau punya betul. Apa yang betul?” soal ku kembali. Sengaja tak mahu aku terkantoi lagi. Muka dah malu gila ni.
“Betul la sebab kau dah jatuh cinta dengan Zafri,” aku cuba mencari ayat-ayat yang sesuai. Zila dah mengangkat keningnya.
Tiba-tiba datang seorang junior menyampaikan pesan. Fuh! Lega. Aku bersorak gembira dalam hati. Sudah tentu aku bersorak. Tak perlulah aku bersusah payah mencari alasan. Selamat dari soalan Zila yang sentiasa memerangkap ku. Satu lagu sudah tentu sebab buah hati pengarang jantung ku dah sampai a.k.a abang Zila. Siapa lagi kalau bukan si Zafri.

“Suka la tu,” seloroh Zila pada ku. Aku hanya tersenyum. Angguk tidak, geleng pun tidak. Biar je la aku yang tahu.

Dari jauh aku sudah terpandang susuk tubuhnya. Dup! Dap! Dup! Dap! Jantung ku berdegup laju. Aku menyalami kedua orang tua Zila. Dalam diam, dia menghadiahkan sebuah senyuman buat ku. Aku turut membalas. Handsomenya. Sampai sesak nafas aku. Tolong!! CPR…CPR…

Aku duduk di sebelah Zila. Zila ni memang la. Nama pun anak manja. Macam-macam mak dia bawa. Aku pun tak terkecuali. Dah kira macam anak angkat la ni. Yang paling aku tunggu-tunggu kerepek tempe. Memang tak boleh lupa beb. Sesekali aku melirik kepada Zafri. Dia seperti tadi. Asyik betul dia merenung ku. Nak lepas rindu la katakan.

Zafri tiba-tiba mengambil duduk berhampiran dengan ku. Meja yang kami duduk tu bulat, bermakna dia duduk di sebelah emaknya. Kira dekat la juga. Zila menyiku pinggang ku.
“Erk!” semua terarah pada ku. Nasib baik aku tak melatah.
“Kenapa?” soal Hajah Kalsom. Aku pun apa lagi, tersengih je la.
“Tak ada apa-apa makcik. Semut gigit kaki,” balas ku sopan. Bakal mak mertua, kena la cakap elok-elok. Ish! Perasan lagi aku ni. Zila dah tersenyum simpul.

“Sihat?” soalnya pada ku. Suaranya perlahan. Namun aku masih mampu mendengarnya.
“Alhamdullillah,” jawab ku pendek. Tangannya menghulurkan sebuah kotak kecil tetapi hanya di bawah. Tidak mahu yang lain menyedarinya. Tangan ku teragak-agak untuk menyambut. Apa pula ni. Suspense..suspense…
“Buka bila rasa diri awak dah bersedia,” pesannya. Aku menyambut pemberiannya.
“Untuk apa?” soal ku lagi. Mestilah nak tahukan. Atas sebab-sebab apa dia nak kasi aku macam-macam. Bukan aku tak sudi nak terima, tapi aku tak mahu orang terlalu mengharap.
“Nanti awak akan faham,” aku tunduk. Bila Zila mengalihkan pandangan pada ku, cepat-cepat aku memasukkan kotak kecil itu di kocek seluar. Mujur bicara kami perlahan. Tapi kalau perlahan macam mana pun, pasti akan dapat tangkap juga. Minah ni kan pakar ahli nujum. Macam Nujum Pak Belalang.

Sebelum berpisah, sempat juga kami bertentangan mata. Mata kami bertaut agak lama. Kami cuba menyelami hati budi masing-masing. Namun yang pasti, dia sememangnya terlalu mengambil berat pada ku. Tidak pasti bila lagi kami dapat bertemu. Sekarang ni kan tahun akhir. Mesti jadual aku semakin padat. Nak balik kampung tengok abah pun aku cuba kurangkan. Kadang-kadang je aku suruh abah jengok aku. Time tu boleh la aku mengadu macam-macam. Nak bermanja la juga.


Satu malam, aku menanti sehingga Zila terlena. Sudah sebulan aku menyimpan pemberian Zafri. Walaupun hati ku memberontak untuk mengetahui akan isi kotak itu, aku cuba menahannya. Aku teringat akan pesannya. Aku membiarkan sehingga diri ku betul-betul bersedia. Mungkin ini adalah malam yang di nanti-nantikan. Perlahan-lahan ku buka ikatan reben. Kotak ku buka dengan tangan terketar-ketar.

Mata ku tertacap pada sebuah kotak baldu berwarna merah. Di bawahnya terdapat sekeping nota. Kotak tu macam familiar je aku tengok. Otak ku sudah menjana bermacam-macam andaian. Kalau tak silap aku, ni kotak cincin.

Jeng..jeng..jeng….
Suspense lagi. Aku membuka kotak cincin dengan perlahan. Memang betul sangkaan ku. Sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian terletak kemas di tempatnya. Berkilau-kilau batu berlian itu apabila dibias cahaya. Dengan ukiran yang kemas, hati ku begitu tertarik. Pandai juga si Zafri ni memilih. Aku beralih pada nota yang di tinggalkan bersama cincin tersebut.

Seandainya diri mu sudi menyambut huluran cinta dari ku,
sarungkanlah cincin itu di jari manis mu. Insan yang menyayangi
mu seikhlas hati.

Zafri


Aku terkedu. Betul-betul aku tak sangka. Bermakna selama ini aku tak bertepuk sebelah tangan. Aku tersandar di kerusi. Hati ku berbelah bagi. Keliru pun ada. Sudikah aku menerima cintanya. Ku tutup kembali kotak baldu itu.

Sukar untuk ku membuat keputusan. Parut luka di hati ku masih belum benar-benar sembuh. Aku masih terasa akan kecurangan Haiqal. Walaupun nama itu telah ku padamkan dalam kamus hidup ku. Aku juga tidak menafikan yang hati ku telah pun terpaut sayang pada Zafri. Cuma, masih terlalu awal. Aku takut hati ku terluka lagi.

Aku membuka kotak rahsia ku. Terdapat beberapa pemberian Haiqal ku simpan kemas di dalam kotak rahsia ku. Tiada siapa pun yang berani membukanya. Sebab aku dah kunci. Kotak pemberian Zafri ku letakkan di sisi kotak rantai pemberian Haiqal. Masing-masing mempunyai kisah yang tersendiri. Setelah meletakkannya, ku menguncinya kemas.

Aku membiarkan wajah ku dibelai angin malam dari jendela yang ku buka. Terasa seakan belaian Zafri ketika di air terjun Gabai. Sungguh mendamaikan.Sehingga kini aku dapat merasakan belaian itu. Dan belaian itu juga membuatkan tidur ku di buai mimpi-mimpi indah. Mimpi-mimpi yang begitu mengasyikkan ku.

Cintakah itu? Benarkah aku sedang di lamun cinta? Cintakah aku pada Zafri?

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Ku Yang Setia 17

 

Design by Amanda @ Blogger Buster