Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 30  

Monday, March 21, 2011

Aku masih membisu seribu bahasa. Aku di tinggalkan seorang diri di ruang tamu. Dan aku sendiri masih kaku dan keliru dengan apa yang telah berlaku. Semuanya memang di luar jangkaan aku. Betul-betul aku tak pernah sangka akan jadi macam ni. Tujuan sebenar aku datang ke sini pun entah hilang ke mana.

Semuanya hilang terbang melayang sejak kehadiran ‘wanita’ yang masih menjadi tanda tanya pada aku akan statusnya. Ish… betul-betul boleh buat aku jadi gila.

“Eh… jauh menung. Kenapa tak di minum airnya, tak minum air teh ke?” terkejut aku dengan teguran yang datang tiba-tiba. Sudahlah semangat ku menghilang, di tambah pula dengan sergahan yang macam tu, makin susah la semangat aku nak kembali pulih. Dan aku pun tak pasti akan pulih atau tidak. Kalau dah jalan ceritanya macam ni, nampak gaya memang susah.

“Er.. tak la..” balas ku dengan ayat tergagap-gagap. Sempat juga aku membalas senyumnya. Kononnya nak beramah. Sedangkan dalam jiwa aku, bergolak sakan.
“Ish.. abang ni, lama pula dia jawab talifon.” aku tersenyum pahit mendengar bicara ‘wanita’ yang telah pun melabuhkan punggungnya di hadapan ku.

“Asal orang mana?”
“Penang?”
“Lama dah duduk kat KL.”
“Aaa… lama tu tidak la sangat, ada la dalam tiga empat tahun.”
“Macam mana boleh kenal dengan Zafri? Kawan kuliah dia ke?” Gulp!... Soalan ni boleh bikin aku sakit jiwa. Gila, apa yang aku nak jawab ni? Takkan aku nak cakap terus terang. Tak ke meroyan nanti kalau aku cakap yang aku ni kekasih Zafri. Tapi… kalau Zafri tak mengaku yang aku ni kekasih dia macam mana pulak? Tak ke malu.

“Er.. aaa…”
“Dia kawan Antasha,” belum pun sempat aku nak jawab, ada orang lain yang tolong jawabkan. Nasib aku baik sebab aku sendiri tak tahu nak jawab apa.
“Dah lama ke sampai?” aku mendongak mencari gerangan suara yang telah membantu ku sebentar tadi. Dan yang paling aku pasti bukan suara Zafri.

“Ba..baru je…” Zaki tersenyum manis kepada ku. Ya.. Zaki Izwan. Juga abang kepada Zila Antasha. Mungkin kehadiran ku turut membuat dirinya tertanya-tanya. Agak lama juga kami tidak pernah bersua muka. Dan yang pasti tubuhnya sedikit berisi daripada dulu.
“Lama dah kita tak jumpa. Apa khabar orang Penang?”
“Er.. baik.. alhamdullilah.”

Mujur ada Zaki. Tak la aku rasa kekok sangat. Namun begitu, bicara ku masih berhati-hati agar tidak membuat mana-mana pihak boleh terasa hati. Semua tu boleh menjadi punca. Tengah kami rancak bersembang, aku terlihat kelibat Zafri melintasi kami menuju ke ruang dapur. Aku pun tak berani nak tengok lebih-lebih, takut ada yang perasan.

Selang beberapa minit ‘wanita’ tu pula bangun menuju ke dapur. Dan semua tu telah membuat perasaan aku jadi lain macam. Rasa macam mana tu aku tak tahu nak gambarkan. Mungkin cemburu. Marah pun boleh jadi. Apa pun semua tu buat aku tak senang duduk. Apa yang dia orang buat tu mana aku nak tahu kan.

“Er.. tolong bagitahu Zafri yang saya balik dulu,” itu je yang mampu aku cakap pada Zaki. Apa yang dia sembang kan pun aku tak tahu. Lagi lama aku duduk situ, lagi teruk perasaan aku. Aku terus sambar kunci kereta dan berlari ke arah pintu. Aku perasaan juga yang Zaki agak terkejut. Iyela, mana taknya. Tengah sedap-sedap bersembang, tiba-tiba je aku bangun dan terus cakap nak balik. Mesti dia rasa pelik.

“Kasih… kejap…” aku tetap meneruskan langkah ku tanpa menoleh lagi. Masuk kereta, pulas kunci, masuk gear dan terus tekan minyak. Sempat juga aku melihat cermin sisi melihat bayang Zaki di ambang pintu.


*********


Aku cuba untuk menumpukan perhatian ku pada pemanduan. Kalau boleh aku lansung tak mahu fikir apa yang telah berlaku tadi. Lupa terus pun tak apa. Lagi bagus. Tak la serabut kepala aku ni. Tapi aku ni bukan la robot yang boleh di programe. Aku ni Cuma manusia biasa yang tak mampu menolak hokum alam.

Air mata aku dah merambu-rambu menitis. Dah macam orang kena cerai pun ada. Muka tu dah kira serabai gila. Orang tengok pun confirm tak nak.

Dalam aku memandu tu, tiba-tiba je kereta depan aku memperlahankan kelajuan. Dan aku pun apa lagi, ikut la menekan brek. Pasal apa dia perlahankan kelajuan, aku tak mahu ambil tahu. Aku sikit pun tak tergerak hati nak tahu. Kalau kereta depan aku jalan, aku pun ikut jalan. Kalau dia rekan brek lagi, aku pun sama la juga. Lama la juga aku dok follow belakang kereta tu. Nak take over takut dia terkejut pula nanti. Jadi aku ambil keputusan untuk terus mengikut.

Selang beberapa minit, baru aku sedar akan puncanya. Rupa-rupanya pihak polis Di Raja Malaysia sedang menjalankan pemeriksaan dan rodaan. Patut pun tadi aku nampak dua tiga buah motor cuba untuk berpatah balik. Macam-macam la dia orang ni. Polis nak buat pemeriksaan je bukan apa pun. Aku cepat-cepat kesat saki baki air mata di pipi. Malu la kalau orang nampak nanti.

Sampai je giliran aku, aku pun ikut la arahan Tuan polis tu. Aku turunkan tingkap cermin sebelah aku. Mula-mula tu dia cuma tengok-tengok je. Satu kereta dia pusing. Aku buat mula selamba sebab memang tak syak apa-apa langsung.

“Cik, saya nak tengok lessen dan kad pengenalan.”

Tanpa banyak bicara dan rasa yakinnya, tangan kiri aku secara spontan menyentuh tempat duduk kerusi penumpang di sebelah kiri. Tempat di mana aku selalu letakkan bag. Tapi hari ni aku rasa pelik. Aik... kenapa lain macam je. Pantas aku toleh ke kiri. What!!....

“Err.. aaa….” Pantas muka aku berubah cuak. Dalam kalut aku keluar dari rumah Zafri, aku terlupa nak ambil bag. Patut pun sejak dari tadi aku tak dengar langsung talifon aku berbunyi. Parah ni. Apa yang aku nak cakap dekat Tuan polis ni. Kantoi.. kantoi…

“Cik…” aku jadi gelabah semacam. Maklum la, ini kali pertama aku kena tahan. Kalau selalu memang tak ada masalah.

“Err… bag saya… bag saya tertinggal dekat rumah kawan saya..” habis berpeluh badan aku. Padahal aircon dalam kereta tu sejuk bukan main.
“Tertinggal… apa pun cik tak bawa.” Aku tersengih sambil menggeleng laju. Malunya..
“Kalau macam tu, cik tolong pandu kereta cik ke sana,” arah Tuan polis tu dengan wajah serius. Tak ada nak cakap banyak, aku pun ikut la arahan. Malas nak panjang-panjangkan cerita.

Dah memang betul salah aku. Baru padan dengan muka aku.

“Macam mana cik boleh pandu kereta tanpa sebarang dokumen peribadi. Bahaya ni cik,” aku baru je nak turun, Tuan polis tu dah start bukak ceramah. Nak tak nak kena la dengar. Ni baru betul-betul nasib badan.

Aku memang tak mampu nak buat apa. Bila Tuan polis tu hulur surat saman, aku sambut dengan wajah mencuka. Tak pasal-pasal aku kena bayar saman. Heee… ni semua sendiri punya pasal.

Sempat juga aku bebel dalam hati. Marah pun tak guna sebab salah aku sendiri.

“Eh.. Zaf, kau buat apa kat sini?” Eh… aku salah dengar ke? Ahhh… malas nak layan orang lain punya hal. Sekarang ni aku dah ada surat saman dalam tangan. Perjalanan aku pun dah separuh. Kalau aku tak pergi ambil balik hari ni, esok lusa aku kena juga pergi ambil. Kalau aku tangguh-tangguh, sampai bila aku nak jadi PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Dan macam mana aku nak bergerak ke sana ke sini.

Aku hempas pintu kereta dengan keras. Macam mana ni. Nak tak nak… Nak tak nak … Nak tak nak …

“Arrrgggghhhhhh!!!!” aku jerit sekuat hati dalam kereta. Tapi sebelum tu aku sempat la juga tinggikan voleume radio. Kalau tidak, orang yang ada kat situ mesti fikir aku ni gila. Dah la kena serat saman, karang tak pasal-pasal orang bawak aku naik ambulance. Kalau pergi bilik kecemasan tu tak apalah juga. Kalau dia orang bawak terus pergi wad sakit jiwa, tak ke haru jadinya.

“Apasal nak jerit-jerit…..” aku tersentak. Terkejut bukan kepalang. Tiba-tiba jer mamat sorang ni boleh duduk sebelah aku. Lepas tu muka tak malu dia terus je tutup pintu. Entah datang dari mana pun aku tak tahu. Tiba-tiba je muncul.

“Err… apa awak buat kat sini?” dalam marah pun aku masih mampu bercakap lembut dengan dia. Memang sejak dari dulu lagi memang macam tu. Hati aku mudah cair, walau dalam keadaan marah.

“Buat bodoh je…” Toink…toink…toink… Kena lagi aku hari ni.
“Bodoh pun bodoh la…” aku jawab tak endah. Sakit hati sebab dia asyik dari tadi dok senyum-senyum. Nak gelakkan aku la tu. Menyampah betul.

“Apasal nak balik tak tunggu Zaf dulu?”
“Ahh… err.. aaa… saja malas nak kacau awak…”
“Kacau… apa pula nak kacau nya. Dah la balik macam tu je, boleh pula tinggal bag dia. Bahaya awak tahu tak.” Sudah… Si dia ni pun nak bukak ceramah depan aku. Cukup-cukup la Tuan polis tu bukak ceramah, jangan la nak tambah lagi. Naik kebas telinga aku ni.

“Awak kenapa sebenarnya?” soal Zafri lagi. Eleh.. sudah gaharu cendana pula. Dah tahu buat-buat tanya. Takkan dia tak dapat tangkap kenapa perangai aku berubah tiba-tiba. Memang tak peka langsung.

“Er… mana ada apa-apa? Saya ok je.. Thanks sebab susah-susah hantar bag saya. Ok bye,” aku susun ayat lintang pukang. Lain yang nak di cakap, lain yang keluar.
“Takkan tak ada apa-apa. Tu mata awak tu, kenapa bengkak. Awak nangis kan?”
“Eh.. tak la.. pandai-pandai je awak ni. Mana ada saya nangis. Ni tadi mata saya masuk habuk la.” Jawab tu gelabah. Lupa yang mata aku ni memang mudah bengkak kalau lepas nangis. Nasib baik aku nangis sikit je.

“Ohh..masuh habuk… Meh saya nak tengok,” tangan kanan Zafri sudah pun berada di belakang kepala ku. Cepat betul dia bertindak.
“Ehh… apa awak ni. Awak jangan nak menggatal, nanti tak pasal-pasal saya kena serang dengan ‘bini’ awak,” aku menolak tangan Zafri dari terus menyentuh kepala ku. Cukupla sekali aku kena serang dengan bini si Haiqal.

“Huh! Bini?” Zafri buat muka terkejut. Eleh… si dia ni dah makin pandai berlakon. Buat-buat terkejut konon, tadi bukan main lembut lagi ‘bini’ dia panggil.
“Ha ah la. Habis tu siapa lagi yang nak serang. Mak awak?” aku lihat Zafri tersenyum. Makin aku tak faham.
“Awak ni.. pandai je tuduh-tuduh saya dah ada bini. Kalau saya nak kahwin pun, saya mesti jemput awak punya.” Gelaknya semakin ketara.

“Eleh.. lelaki, dah kahwin pun mengaku tak kahwin. Memang dasar buaya darat.. buaya tembaga… dan buaya yang seangkatan dengannya..” aku cuba melepas geram. Bila lagi nak luah apa yang terkandung di lubuk hati aku ni. Dari pada aku pendam sorang-sorang, baik aku lepaskan kat mamat sorang ni. Tak la jem kepala aku nanti.
“Awak… bukan semua lelaki macam tu. Lagipun, mana awak tahu yang saya dah kahwin. Antasha bagi tahu kat awak.” Zafri masih lagi menafikan statusnya sebagai suami orang. Sekarang ni boleh pula nak libatkan Zila.
“Awak.. dah terang lagikan bersuloh. Nak tanya Antasha apa lagi. Semua benda dah jadi depan mata saya. Takkan la mata saya ni tipu tuan punya badan sendiri.” Bidas ku keras. Kalaulah Zafri sama dengan Haiqal, maknanya tak ada lelaki lagi yang akan aku percaya lepas ni. Lepas tu menangis tak berlagu la aku.

“Ya allah.. sumpah.. takkan ada perempuan lain dalam hidup saya selain awak. Percayalah,” Zafri meraih tangan ku sebelum mengucupnya. Aku terkesima seketika. Ceh! Rasa macam dalam drama la pula. Naik meremang bulu roma aku. Ish.. ni tak boleh jadi. Kalau di biarkan, boleh cair aku jadinya nanti.

“Apa awak ni. Ingat-ingat la ‘bini’ awak kat rumah tu. Tak baik awak buat dia macam tu.” Pujuk ku lembut. Moga-moga Zafri tak macam Haiqal yang masih menagih kasih aku walaupun dah ada bini. Sakit macam mana pun aku masih boleh terima.
“Awak… saya memang belum kahwin. Kalau saya nak kahwin pun cuma dengan awak je. Takkan ada perempuan lain. Saya tak pernah terfikir pun.” Tangan ku masih dalam genggaman Zafri. Masih belum mahu melepaskan.

“Awak…” kata-kata ku terhenti. Jemari Zafri tidak mengizinkan bibir ku dari berkata-kata. Aku tergamam. Apa pula yang dia nak buat kali ni. Jantung aku dah makin kencang berdegup. Dah rasa macam nak pecah pun ada.
“Cukup… saya dah tak nak dengar awak asyik cakap yang saya dah kahwin. Kalau saya dengar lagi, tau la apa yang saya nak buat nanti,” ugut Zafri perlahan. Wajahnya begitu hampir dengan ku. Nafasnya juga mampu ku dengar.
“Tapi… takkan sa…” sekali lagi bicara ku terhenti. Wajah Zafri hanya tinggal seinci dari wajah ku. Jantung aku jangan cakap la. Tunggang langgang jadinya. Aku cuba menjarakkan wajah kami tetapi tangan kanannya pantas menahan. Dan kini aku terperangkap dengan kata-kata ku.

Kalau lah aku boleh percaya, alangkah bagusnya. Akulah orang yang paling gembira.

“Ikut saya balik,” lemah segala urat sendi bila dia berbisik di telinga. Rasa macam nak pengsan pun ada. Bahaya betul.
“Nak bua…”
“Ikut je la. Dah lewat sangat kalau awak nak balik pun. Jangan risau, saya tak makan awak.” Zafri telah pun mengubah kedudukannya. Baru la aku selesa sikit untuk bernafas.
“Turun… saya drive,” tak sempat aku nak cakap apa-apa, Zafri dah pun keluar dari kereta aku. Aku tengok sempat juga dia tegur Tuan polis yang keluarkan surat saman pada aku. Ceh… habis duit aku hujung bulan ni.


************

“Laaa… ingatkan pasal apa tadi,” semua orang senyum-senyum dengan aku. Dan aku apa lagi, tunduk je la. Itulah, main serkap jarang lagi. Tak pasal-pasal dah dapat malu. Bukan tu je, saman pun dapat sekali. Zafri bukan main lagi gelakkan aku. Sampai hati betul. Bukannya dia nak pujuk aku, memang hampeh.

“Patut la tadi tengok Ara lain macam je.” Aku tersipu-sipu malu. Sempat juga aku mencubit lengan Zafri. Dia mengaduh kecil. Nah ambil, galak sangat gelakkan orang.
“Sakit la sayang…”
“Padan muka awak . Gelak la lagi…”
“Dah tu… takkan Zaf nak nangis pulak.” Ha ah.. aku ni pun satu. Mestilah dia gelak, takkan dia nak nangis. Dah aku yang silap buat andaian.

“Macam mana awak boleh kata Ara ni ‘bini’ Zaf.” Soalan Zafri mengejutkan ku. Aku ingat dia takkan tanya dah.
“Err… aaa… entah la. Tengok macam mesra je.”
“Mesra?.. mesra macam mana?”
“Alaaa awak ni.. Takkan saya nak cakap detail.”
“Mestilah saya nak tahu. Sebenarnya awak cemburu kan?” Eh dia ni.. takkan aku tak jelous. Aje gila aku tak jelous kalau boyfriend aku kahwin dengan orang lain.
“Eh.. pandai-pandai je. Mana ada,” aku berdalih. Huh.. jangan nak perasaan. Tapi memang betul pun aku jelous. Hehehehe…

“Iyekan.. awak cemburu..” aku mencebik. Kami langsung tak sedar yang Zaki dan isterinya, Ara dok asyik melihat kami.
“Ha ah sudah. Tak payah nak bertekak depan kami ni. Malam ni Kasih tidur kat sini je. Ara pun dah call dekat mak ngah suruh Tuti datang. Boleh temankan Kasih. Tak la orang cakap apa nanti.” Aku dan Zafri serentak menoleh kepada pasangan bahagia yang dak kenyang tengok drama kami.

“Yes, good idea.” Zafri menyokong. Aik.. dia pula yang beriya-iya benar. Tapi aku jadi pelik, sebab perangai dia dah makin banyak berubah. Dan yang paling ketara dia dah makin banyak bercakap dari dulu. Dan yang paling aku tak lupa, sikap dia yang suka buat kejutan pada aku. Soal romantis, jangan cakap la. Leonardo Dicaprio pun boleh kalah.

Siapa pula yang buat dia berubah? Ada seseorang ke di sebalik perubahaannya. Dan mungkinkah dia akan berubah hati?

Jeng…Jeng..Jeng…

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Ku Yang Setia 30

 

Design by Amanda @ Blogger Buster