Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Sekadar pendapat  

Thursday, March 24, 2011

Apa yang di sukai oleh 'pembaca'dan apa yang mereka mahukan? Dalam bentuk Novel, jalan cerita yang macam mana mereka mahukan. Hhmm.. Rakyat Malaysia ni dah makin pandai untuk buat pilihan. Bahan bacaan pun dah semakin berlambak di pasaran tempatan. Cakap je nak buku apa, mesti ada. Ada yang jalan ceritanya sama. Ada yang baru, tak kurang juga yang jalan cerita berulang-ulang. Jalan cerita yang buat orang pening kepala pun ada juga.

Dari pihak pembaca dan pembeli, kita mestilah nak yang terbaik daripada buku yang kita beli. Jalan cerita yang bagus, mudah di faham, tak berbelit-belit dan yang paling penting sekali 'ending story' tu sendiri. 'Ending' yang menjadi pilihan mestilah 'happy ending'.

Dari pihak penulis pula, bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Nak bentuk cara penulisan kita pun bukannya senang. Macam orang kata tu, bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Kadang-kadang tu memang tak jauh beza dengan cara penulis-penulis yang lain. Almaklum saja kalau buat Novel melayu. Dah tentu bahasa yang banyak yang kita gunakan adalah bahasa melayu. Cuma dengan cara mengolah ayat tu yang dapat membezakan stail penulis-penulis. Kalau yang kreatif, pasti ayat yang di olah akan menjadi lebih indah dan lebih puitis. Tapi tak kurang juga yang menggunakan ayat-ayat biasa.

Kalau jalan cerita memang menarik dan penulis pandai muatkan plot-plot yang sesuai, itu pun masih boleh menarik minat pembaca. Kesudahan cerita. Ramai juga yang mempertikaikan soal kesudahan cerita. Dan setiap mesti nak kesudahan cerita tu berakhir dengan 'happy ending'. Tak ramai yang suka dengan 'sad ending'. Tapi, dalam alam realiti sekali pun bukan semua jalan cerita akan berkesudahan dengan 'happy ending'. Kalau 'happy ending' yang di tunggu-tunggu, pembaca sendiri dah boleh agak jalan ceritanya macam mana.


Jadi.. apa pendapat korang semua. Yang mana lebih menjadi pilihan. 'Happy ending' ke 'sad ending'.

AddThis Social Bookmark Button


I'm Yours 4  

Tuesday, March 22, 2011

“Wei Cah.. relax la. Asal kau jalan laju sangat ni?” Ekin semput mengejar langkah Aisyah yang semakin laju. Entah kenapa perangai Aisyah semakin sukar di jangka. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Ha ah la. Kalau iye pun kau nak cepat sampai, jalan tu molek-molek la sikit. Ni tidak. Hilang keayuan kau bila jalan macam tu,” pujuk Ain lembut. Kakinya juga tidak dapat menyaingi langkah Aisyah.

“Korang cakap la apa pun. Yang penting aku nak cepat sampai ke kelas tanpa ada sebarang masalah,” Aisyah memaling tubuh sambil jalan mengundur. Kedua wajah kembar itu kelihatan mencebik.

‘Macam ada benda je yang kau nak kejar. Tapi apa dia?’ Ekin bersungut sendirian.

“Itu aku tahulah. Tapi jangan la kau jalan macam lipas kudung. Laju bukan main. Pagi tadi kau makan biskut Kuat Tiger ke?”

“Ha ha ha very funny. Aku nak singgah kat bilik cikgu jap. Kita jumpa kat kelas nanti,” Aisyah sempat mengenyit matanya.

“But Cah….” Belum pun sempat kata-kata itu di habiskan…

“Aarrgg!!”

Habis buku di tangan bertaburan. Aisyah pula sudah terduduk di atas jalan. Nampaknya dirinya masih belum mampu untuk berkelakuan seperti biasa.

“Tak namp…” kata-katanya terhenti. Wajah Akim di hadapan membuatkan lidahnya kelu untuk berkata-kata. Di tambah pula dengan kata-kata dari Aimin.

‘Ishhh… tak..tak…tak… focus…focus…’ Aisyah cuba menghilangkan apa yang bermain di fikirannya. Cuba di buang sejauh mungkin.

“Kau ok ke Cah?” Ekin dan Ain menghampiri mereka berdua sambil tersenyum. Macam dah di takdirkan je dia orang berdua ni. Nampak secocok sangat. Mula-mula main langgar-langgar dulu. Kemudian barulah kenal-kenalan.

“Tak tahu pula main langgar-langgar orang ni seronok eks?” Akim dengan selamba mengutip kembali buku miliknya. Tanpa menghiraukan perasaan Aisyah, langkah kaki di sambung kembali.

Ekin dan Ain tercengang. Hari tu masa latihan hoki bukan main lagi. Dari nampak gaya macam nak dekat-dekat je dengan Aisyah. Tapi hari ni nampak lain pula.

“Kau ok ke?” Ain bertanya lagi. Jelas terpancar wajah Aisyah yang muram.
“Aku ok,” suaranya kendur. Ekin menghulurkan bukunya yang terjatuh.
“Apasal dengan mamat tu. Makan tebuan ke pagi-pagi ni. Nak angin tak tentu pasal.” Ekin merungut.
“Tu la pasal. Main peril-perli pula tu. Dia ingat dia tu bagus sangat agaknya.”

“Sudah la korang. Biar la . Lagi pun memang aku yang salah.” Aisyah menyabarkan kedua teman baiknya.

“Aku tahu la kau yang salah. Tapi dia tak boleh ke cakap elok-elok sikit. Hari tu boleh pula dia meng ‘ayat’ kau.” Ain meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“What? Meng ‘ayat’? Bahasa apa kau pakai ni?”
“Itu bahasa aku cipta sendiri.” Aisyah dan Ekin tersenyum lucu. Baru pertama kali mendengar perkataan yang di gunakan Ain.

“Banyak la kau punya bahasa sendiri. Nak cakap tu main sedap je.Suka-suka hati nak rosakkan bahasa. Bahasa melambangkan bangsa tau,” Ain menjeling. Tak peduli dengan sindiran Ekin. Nak buat macam mana, dah itu yang terlintas di fikiran. Baginya itu saja perkataan yang sesuai.
Mereka kembali menyambung langkah menuju ke kelas. Hasrat Aisyah untuk ke bilik cikgu terpaksa di batalkan. Waktu tidak mengizinkan. Kini kakinya di atur dengan cermat. Tidak mahu kejadian tadi berulang lagi.


*************

“Dia datang…. Jeng..jeng..jeng… dengan lenggang lenggoknya… Dia datang…”

Habis gamat suasana dalam kelas sebaik saja Aisyah melangkah masuk. Ain dan Ekin turut sama terkena bahangnya. Ini mesti berkaitan dengan insiden tadi.

Aisyah sedaya mungkin menahan wajahnya dari merona kemerahan. Malu bukan kepalang. Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Yang kau orang suka sangat ni apasal? Ada siapa-siapa yang kena nombor ke?” Ain menjerkah beberapa pelajar lelaki yang bernyanyi. Wajah Akim yang menunduk di renung tajam. Geram yang teramat sangat.

Aisyah langsung saja duduk di kerusinya. Hanya ekor mata sempat menjeling kepada Akim. Dalam hati, dirinya tidak pasti apa yang sedang dirinya rasai. Patutkah untuk dirinya marah? Tapi marah untuk apa?

“Dah la Ain. Bukan kau boleh dapat apa pun. Dah penat nanti, diam la dia orang tu.” Pujuk Aisyah perlahan. Tidak mahu Ain terlalu mengikut rasa amarahnya. Ekin turut mengangguk.

“Habis tu, kau nak biarkan je dia buat macam tu dekat kau. Apalah sangat dengan salah kau tu Cah.”
“Ain, please. Anggap je benda ni tak pernah jadi ok. Senyum sikit,” Aisyah mencubit pipi Ain yang tiada isinya.

“Woit… sakit la,” Ain sudah tidak lagi bersama marahnya. Hatinya sejuk melihat senyuman Aisyah masih kekal di bibir. Seperti kejadian tadi tiada meninggalkan kesan padanya.
“Tahu pun. Eh Ekin, pinjam dvd yang kau beli hari tu. Aku tak tengok lagi la.”

“Cerita yang mana satu?”
“Aaa… cerita yang hari tu kau beli la. Mana aku tahu tajuk dia apa?” Ekin memandang tepat ke Aisyah.
“Apasal plak kau tak tahu tajuk dia. Dah tu takkan kau nak tengok semua?”

“Hah!! Semua? Ada banyak ke?” Ekin menggeleng lemah. Tak sangka impak kejadian tadi boleh menyebabkan Aisyah menjadi pelupa. Bukan lama mana pun, baru minggu lepas mereka keluar window shopping sama-sama.

“Habis tu, kalau tak buat apa aku cakap dekat kau. Kau ni ok ke tidak? Takkan kena langar sikit je otak kau dah jadi mereng separuh,” Aisyah tercengang. Boleh pula Ekin menyindirnya.
“Ha ah. Banyak la kau punya mereng. Ni nak bagi ke tak nak?” Entah kenapa kejadian tadi seakan meninggalkan kesan pada dirinya.

“Baiklah tuan puteri intan payung ku sayang. Petang nanti hamba hantarkan,” Aisyah mencebik. Ada-ada saja yang Ekin kenakan padanya.
“Don’t be late.” Pesan Aisyah sebelum kembali mengadap mejanya.

Belum pun sempat Ekin membalas, Cikdu Bakar sudah pun melangkah masuk ke kelas. Suasana yang tadi agak bingit menjadi sunyi sepi dengan sendirinya. Masing-masing mengunci diri.

Cikdu Bakar dengan tenang meletakkan buku teks di atas meja. Begitu juga dengan sebatang rotan halus yang tidak pernah lekang dari genggamannya. Itulah yang menjadi igauan ngeri pada semua pelajar.

Takkan ada siapa-siapa pun yang berani melawan. Termasuklah dengan budak-budak yang selalu membuat masalah. Bila waktu Cikgu Bakar mengajar je, takkan ada siapa pun yang berani ponteng. Silap-silap, sebulan kena pakai pampers.

Seisi kelas sudah bersiap sedia berdiri untuk mengucapkan salam. Itu adalah perkara wajib.

“Selamat sejahtera cikgu.”
“Selamat sejahtera. Duduk,” arah Cikgu Bakar tenang. Berdecit-decit bunyi kerusi kayu bergeser dengan lantai.

“Kamu semua tak makan pagi ke?” tiba-tiba kelas menjadi sunyi. Masing-masing terkedu. Entah mengapa masing-masing terlupa akan pantang Cikgu Bakar.
“Kerusi punya ringan macam tu pun kamu tak boleh nak angkat.” Gulp! Semua menelan liur. Awal-awal lagi dah kena sembur.

Tak ubah seperti lembu di cucuk hidung, semua pelajar mengangkat kerusi sebelum duduk. Semua di lakukan dengan senyap.

Melihat senyuman Cikgu Bakar yang sinis telah membakar hati Ekin dan Ain. Geram dengan perangai Cikgu mereka yang terlalu banyak songeh.

Semua membisu seribu bahasa. Hanya melakukan apa yang telah di arahkan.

AddThis Social Bookmark Button


Kasih Nurbella 15  

Mohd Heizi Alfian. Lahir ke dunia bersama limpahan kasih sayang yang tak terhingga dari Bella dan Helmi. Merekalah yang paling gembira dengan kehadiran cahaya mata sulong mereka.

“Lama lagi ke abang ambil cuti?” Bella mengelus rambut Heizi lembut. Sesekali terlihat bayinya mengeliat kegelian.
“Tak tahu lagi. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan sayang dengan Heizi.” Bella tersenyum. Helmi masih mengadap wajah Heizi yang enak di ulit mimpi. Hatinya terhibur tatkala senyum terukir di wajah Heizi.

“Kalau abang tak masuk ofis, siapa yang nak siapkan kerja abang. Nanti bertimbun-timbun pula.” Pujuk Bella lembut. Bukan begini caranya untuk menunjukkan rasa sayangnya pada Heizi.
“Ala… staff abang kan ada. Lagipun, banyak projek abang dah semakin siap. Kalau abang ambil cuti lagi dua tiga minggu pun masih tak jejaskan kerja abang.”
“Itu saya tahu. Tapi dengan kehadiran Heizi sepatutnya abang kena tambah lagi usaha untuk majukan syarikat. Keluarga kita dah tambah lagi sorang, jadi tanggung jawab abang dah makin bertambah.”

“Abang tahu la sayang. Sayang jangan risau ok. Kan Heizi kan…” Helmi sempat mencuit hujung dagu puteranya.

Bella mengeluh di hati. Pujukannya tidak berhasil. Hampir tiga minggu Helmi tidak masuk ke pejabat. Mungkin sudah banyak perkara yang tertinggal. Lagipun, dirinya juga sudah semakin kuat dan sihat. Dirinya masih mampu untuk menguruskan Heizi, walaupun tanpa bantuan pembantu.

“Apa yang sayang fikirkan ni,” bisikan Helmi begitu dekat dengan dirinya. Bella menoleh perlahan dan seraya itu bibir Helmi melekap di pipinya. Puas dengan lakunya, Helmi membetulkan duduknya di hadapan Bella. Ada sesuatu yang bermain di fikiran isterinya itu.
“Macam-macam bang.” Jelas Bella lembut. Tidak mahu berkeras dengan Helmi.
“Macam-macam tu apa dia. Takkan sayang dah tak nak berkongsi masalah dengan abang.”
“Siapa kata saya ada masalah?”
“Kalau sayang tak ada masalah, kenapa muka tu masam je. Lepas tu, menung sana, menung sini. Apalagi yang sayang risaukan.” Bella membuang pandang ke sisi. Patutkah dirinya meluahkan apa yang terkandung di hatinya. Dan perlukah semua itu di katakan.

“Entah la bang. Serba salah pula kalau saya cakap. Nanti awak cakap saya ni memaksa awak pula.” Luah Bella dengan kiasan.
“Ni mesti pasal kerja kan. Kan abang dah cakap, abang tahu apa yang abang buat ok. Sayang tak payah nak risau. Semua di tanggung beres.” Sudah di jangka itulah yang akan suaminya jawabkan. Kata-katanya sudah tidak mampu mengubah kekerasan hati Helmi.

“Kalau abang dah cakap macam tu, terpulang la.” Bella bingkas bangun meninggalkan Helmi bersama Heizi. Tidak mahu gara-garanya nanti hubungan mereka akan menjadi renggang. Biarlah dirinya mengalah.

*********

“Suria... Suria...” panggilan dari Bella menyentakkan Suria dari lamunannya. Mujur pisau di tangan tidak memotong jarinya.
‘Ish.. perempuan ni.. kalau dia ada kat rumah ni...hidup aku tak senang betul...’ rungut Suria perlahan.
“Suria... kamu tak dengar ke saya panggil.” Bella melangkah kaki ke ruang dapur.
“Hah.. aa.. puan panggil saya ke? Maaf puan, saya tak dengar tadi.” ‘Kalau laki kau yang panggil tadi tak apa la juga... ini tidak... asyik-asyik muka kau... asyik-asyik muka kau... aku nak relax sikit pun tak boleh... kan bagus kalau kau duduk lama-lama kat hospital..’

“Ish kamu ni.. suka sangat melamun. Dah sampai kemana tadi?” Bella cuba untuk berseloroh. Cuba untuk menceriakan kembali hatinya.
“Eh.. tak adalah puan.. mana ada saya melamun.” Bella tersenyum lagi. Tangannya ligat membancuh susu untuk putera kesayangannya. Akibat dari pembedahan ketika melahirkan Heizi, susu badannya menjadi kurang. Semakin lama semakin kurang dan akhirnya berhenti sendiri.
“Apa yang kamu buat tu?”
“Tengah bersiang sayur. Ingat nak masak sayur kangkung goreng belacan dengan ikan masak gulai. Kan tuan Helmi suka sayur kangkung.” Bella terdiam seketika. Nampaknya Suria lebih mengenali suaminya. Terdetik di hatinya untuk bertanya lanjut, namun tangisan Heizi membantutkan keinginannya.

“Tak apalah, Heizi nak susu pula. Saya naik dulu,” Bella meninggalkan pembantunya dengan seribu persoalan.


“Sayang... yang...” Bella menoleh. Helmi di sisinya sementara Heizi di pangkuannya.
“Apa yang sayang fikirkan ni. Asyik termenung je sampai apa yang abang cakap langsung sayang tak dengar. Cuba cakap dengan abang,” Helmi memaut bahu Bella lembut. Hatinya tak senang melihat Bella asyik dengan lamunannya. Sama seperti ketika di awal perkahwinan mereka dulu.

Wajah Helmi di tatap sayu. Mahukah lelaki itu faham akan gelora di hatinya. Mahukah lelaki itu menerima apa yang ingin di sampaikan. Kata-kata Suria terus berlegar-legar di ruang fikiran.

“Entah la bang. Saya pun tak pasti dengan apa yang saya rasa sekarang ni. Takut semua tu cuma bayangan saya je.”
“Ish.. macam besar je masalah awak ni,” sempat lagi Helmi bergurau. Sekurang-kurangnya, suasana tidaklah terlalu tegang.

“Abang ni. Saya serius tau,” jelingan Bella membuat bibirnya terus mengukir senyum. Apalah yang mengganggu fikiran isterinya.
“Ok...sorry... cuba sayang cakap dengan abang. At least tak la buat kepala sayang tu serabut. Kalau tak nanti asyik termenung manjang.”

Bella berkira-kira sebelum menyusun ayat. Bola mata Helmi di renung tajam. Kalaulah ia mampu membaca apa yang sedang Helmi fikirkan, pasti dirinya tidak berada dalam keadaan serba salah.

“Apa pandangan Suria pada abang?” Helmi terkejut. Kenapa secara tiba-tiba Bella persoalkan pembantu rumah mereka. Dan soalan itu seperti inginkan penjelasan darinya. Helmi cuba menyelami apa yang sebenarnya Bella inginkan. Dan yang paling penting, dirinya tidak terjerat.

“Maksud sayang dari segi apa?”
“Sebagai pembantu rumah la. Abang nak dari segi apa pulak.” Helmi cuba masih belum mampu menafsir akan soalan Bella.
“Pada abang..aaa... dia tu biasa je. Sama macam pembantu rumah yang lain.”
“Sama tu dari segi yang macam mana pula.”
“Aaa... sama dari semua segi la sayang oi... apa tugas seorang pembantu rumah. Itulah yang dia patut buat,” terang Helmi tanpa sedar sedikit demi sedikit jawapannya begitu hampir menjeratnya.

“Ok.. yang tu saya boleh terima. Tapi berapa lama dia dah duduk dengan kita.” Soal Bella berterusan.
“Err... kalau tak silap abang, tak sampai setahun pun. Sepuloh bulan pun tak sampai rasanya. Kenapa?”
“Dan dalam sepanjang tempoh dia kat sini, macam mana pergaulan abang dengan dia. Maksud saya, ada abang berbual-bual dengan dia. Sembang-sembang kosong ke atau apa saja.” Soalan Bella kelihatan agak berat untuk di jawab.

Helmi menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang nak di jawabkan. Sebab apa yang di soal oleh Bella banyak yang menunjukkan dirinya agak rapat dengan Suria. Tetapi dirinya masih tahu akan batas-batas yang telah di gariskan.

‘Jangan-jangan Suria ada terlepas cakap tak... tapi kenapa aku nak takut.. aku bukan ada apa-apa dengan dia pun..’ bisik hati Helmi. Masakan tiba-tiba saja Bella menyoalnya begini.

“Kenapa abang diam. Susah sangat ke soalan saya... ataupun.. abang ada sorokkan sesuatu dari saya.”
“Sorok? Nak sorok apa pula ni sayang. Abang dengan dia macam biasa, macam dengan sayang juga.”
“Hah.. abang samakan saya dengan dia pula. Maksudnya...” hati Bella gusar. Gusar dengan jawapam Helmi.
“Eh... tak... sayang ni... maksud abang.. macam mana sayang dengan dia.. macam tu jugalah abang dengan dia.” Bella lega. Helmi cepat-cepat membetulkan keadaan. Sekurang-kurangnya dirinya masih percayakan Helmi.

“Kalau macam tu, kenapa Suria boleh tahu yang abang suka makan sayur kangkong goreng belacan. Setahu saya, abang cuma makan kalau saya masak je kan. Macam mana dia boleh dapat tahu semua tu?” Helmi benar-benar terperangkap. Dan dirinya tidak mampu untuk berdalih lagi.
“Er.. ohh.. yang tu ke. Abang ingat apa la tadi. Bukan apa, tu pun dia tahu sebab tak sengaja. Mama yang bagi tahu pada Suria.”
“Mama?”
“Ha ah.. mama.”
“Macam mana mama boleh jumpa Suria?” Hati Bella semakin tidak keruan. Hati kecilnya dapat merasakan sesuatu. Namun dirinya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di belakangnya.

“Masa tu sayang dekat hospital, mama saja singgah. Katanya nak tanya khabar. Itu pun abang terserempak dengan mama masa mama nak balik.”

Kalau macam tu, pasti ada sesuatu yang berlaku di antara mertua dan pembantunya. Kerana selama ini belum pernah walau sekalipun mama Helmi mahu menjejakkan kaki ke rumah mereka. Kalau betul ingin bertanya khabar, kenapa tak ke hospital saja. Khabar siapa yang ingin tanya, khabar dirinya atau khabar tentang rumah tangga mereka.

“Sayang... tengok, depan abang pun sayang boleh melamun.” Bella kembali ke alam nyata. Dirinya harus waspada. Apa yang boleh di lakukan oleh mama Helmi tidak boleh di ambil mudah. Begitu juga dengan pembantunya. Nampaknya masing-masing ada agenda mereka sendiri untuk memusnahkan rumahtangganya bersama Helmi.

“Pernah tak terdetik dalam hati abang.. nak cari yang lain.” Terbeliak bola mata Helmi. Tak sangka soalan itu yang keluar dari isterinya. Dan dirinya tidak sangka yang Bella sudah terfikir hingga sejauh itu.

“Ish.. apa yang sayang merepek ni. Sumpah.. tak terniat di hati abang nak menduakan sayang. Kalau abang nak buat, dah lama sayang. Tak perlu nak tunggu sampai sekarang. Lagipun, sayang la permata hati abang. Sampai bila-bila pun kasih sayang abang takkan berubah. Percayalah. Walau apa pun yang terjadi lepas ni, abang nak satu je dari sayang. Percaya dengan abang.”
“Tapi...”
“Abang tahu apa yang sayang nak cakapkan. Dan abang juga tahu apa tanggapan sayang pada mama abang. Abang tak pernah nak salahkan sayang, sebab abang sendiri tahu dan faham benar dengan perangai mama. Jadi sayang jangan risau. Apa jua keadaan, abang akan lindungi sayang.” Tutur kata Helmi sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati Bella. Di tambah pula dengan kucupan Helmi di dahinya.

Tak patut juga jika Helmi di persalahkan dalam hal ini. Andai ada sesuatu pun, dirinya yakin bukan daripada suaminya. Mungkin suaminya juga turut menjadi mangsa dalam hal ni.

“Maafkan say...”
“Sshhh... abang tak pernah nak salahkan sayang. Abang faham perasaan sayang. Kalau boleh, abang tak mahu sayang fikirkan benda-benda ni pun. Tak ada gunanya. Silap-silap nanti hubungan kita yang kucar kacir. Apa lagi, bersorak la dia orang tu.” Terang Helmi lagi. Hati Bella perlu di jaga. Dan tak seharusnya hati isterinya itu di lukai kerana hati itu dah cukup terluka satu masa dulu.

“Jadi abang dah tahu la semua ni dari awal.” Anggukan Helmi menenangkan Bella. Barulah dirinya mampu menarik nafas lega.
“Tapi kenapa abang tak pernah nak cakap kat saya.”
“Kenapa pula abang kena cakap kat sayang. Nak sayang abang ni merajuk tak tentu pasal. Buat apa nak semakkan kepala kita dengan masalah dia orang tu. Abang tak kisah pun dengan apa yang dia orang nak buat. Itu pun selagi tak kacau sayang dan Heizi. Kalau tidak, tahulah dia orang langit tu tinggi ke rendah.”

Bella tersenyum puas. Puas dengan jawapan Helmi. Dan keyakinannya kembali menggunung. Begitu juga kepercayaannya terhadap Helmi.

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 30  

Monday, March 21, 2011

Aku masih membisu seribu bahasa. Aku di tinggalkan seorang diri di ruang tamu. Dan aku sendiri masih kaku dan keliru dengan apa yang telah berlaku. Semuanya memang di luar jangkaan aku. Betul-betul aku tak pernah sangka akan jadi macam ni. Tujuan sebenar aku datang ke sini pun entah hilang ke mana.

Semuanya hilang terbang melayang sejak kehadiran ‘wanita’ yang masih menjadi tanda tanya pada aku akan statusnya. Ish… betul-betul boleh buat aku jadi gila.

“Eh… jauh menung. Kenapa tak di minum airnya, tak minum air teh ke?” terkejut aku dengan teguran yang datang tiba-tiba. Sudahlah semangat ku menghilang, di tambah pula dengan sergahan yang macam tu, makin susah la semangat aku nak kembali pulih. Dan aku pun tak pasti akan pulih atau tidak. Kalau dah jalan ceritanya macam ni, nampak gaya memang susah.

“Er.. tak la..” balas ku dengan ayat tergagap-gagap. Sempat juga aku membalas senyumnya. Kononnya nak beramah. Sedangkan dalam jiwa aku, bergolak sakan.
“Ish.. abang ni, lama pula dia jawab talifon.” aku tersenyum pahit mendengar bicara ‘wanita’ yang telah pun melabuhkan punggungnya di hadapan ku.

“Asal orang mana?”
“Penang?”
“Lama dah duduk kat KL.”
“Aaa… lama tu tidak la sangat, ada la dalam tiga empat tahun.”
“Macam mana boleh kenal dengan Zafri? Kawan kuliah dia ke?” Gulp!... Soalan ni boleh bikin aku sakit jiwa. Gila, apa yang aku nak jawab ni? Takkan aku nak cakap terus terang. Tak ke meroyan nanti kalau aku cakap yang aku ni kekasih Zafri. Tapi… kalau Zafri tak mengaku yang aku ni kekasih dia macam mana pulak? Tak ke malu.

“Er.. aaa…”
“Dia kawan Antasha,” belum pun sempat aku nak jawab, ada orang lain yang tolong jawabkan. Nasib aku baik sebab aku sendiri tak tahu nak jawab apa.
“Dah lama ke sampai?” aku mendongak mencari gerangan suara yang telah membantu ku sebentar tadi. Dan yang paling aku pasti bukan suara Zafri.

“Ba..baru je…” Zaki tersenyum manis kepada ku. Ya.. Zaki Izwan. Juga abang kepada Zila Antasha. Mungkin kehadiran ku turut membuat dirinya tertanya-tanya. Agak lama juga kami tidak pernah bersua muka. Dan yang pasti tubuhnya sedikit berisi daripada dulu.
“Lama dah kita tak jumpa. Apa khabar orang Penang?”
“Er.. baik.. alhamdullilah.”

Mujur ada Zaki. Tak la aku rasa kekok sangat. Namun begitu, bicara ku masih berhati-hati agar tidak membuat mana-mana pihak boleh terasa hati. Semua tu boleh menjadi punca. Tengah kami rancak bersembang, aku terlihat kelibat Zafri melintasi kami menuju ke ruang dapur. Aku pun tak berani nak tengok lebih-lebih, takut ada yang perasan.

Selang beberapa minit ‘wanita’ tu pula bangun menuju ke dapur. Dan semua tu telah membuat perasaan aku jadi lain macam. Rasa macam mana tu aku tak tahu nak gambarkan. Mungkin cemburu. Marah pun boleh jadi. Apa pun semua tu buat aku tak senang duduk. Apa yang dia orang buat tu mana aku nak tahu kan.

“Er.. tolong bagitahu Zafri yang saya balik dulu,” itu je yang mampu aku cakap pada Zaki. Apa yang dia sembang kan pun aku tak tahu. Lagi lama aku duduk situ, lagi teruk perasaan aku. Aku terus sambar kunci kereta dan berlari ke arah pintu. Aku perasaan juga yang Zaki agak terkejut. Iyela, mana taknya. Tengah sedap-sedap bersembang, tiba-tiba je aku bangun dan terus cakap nak balik. Mesti dia rasa pelik.

“Kasih… kejap…” aku tetap meneruskan langkah ku tanpa menoleh lagi. Masuk kereta, pulas kunci, masuk gear dan terus tekan minyak. Sempat juga aku melihat cermin sisi melihat bayang Zaki di ambang pintu.


*********


Aku cuba untuk menumpukan perhatian ku pada pemanduan. Kalau boleh aku lansung tak mahu fikir apa yang telah berlaku tadi. Lupa terus pun tak apa. Lagi bagus. Tak la serabut kepala aku ni. Tapi aku ni bukan la robot yang boleh di programe. Aku ni Cuma manusia biasa yang tak mampu menolak hokum alam.

Air mata aku dah merambu-rambu menitis. Dah macam orang kena cerai pun ada. Muka tu dah kira serabai gila. Orang tengok pun confirm tak nak.

Dalam aku memandu tu, tiba-tiba je kereta depan aku memperlahankan kelajuan. Dan aku pun apa lagi, ikut la menekan brek. Pasal apa dia perlahankan kelajuan, aku tak mahu ambil tahu. Aku sikit pun tak tergerak hati nak tahu. Kalau kereta depan aku jalan, aku pun ikut jalan. Kalau dia rekan brek lagi, aku pun sama la juga. Lama la juga aku dok follow belakang kereta tu. Nak take over takut dia terkejut pula nanti. Jadi aku ambil keputusan untuk terus mengikut.

Selang beberapa minit, baru aku sedar akan puncanya. Rupa-rupanya pihak polis Di Raja Malaysia sedang menjalankan pemeriksaan dan rodaan. Patut pun tadi aku nampak dua tiga buah motor cuba untuk berpatah balik. Macam-macam la dia orang ni. Polis nak buat pemeriksaan je bukan apa pun. Aku cepat-cepat kesat saki baki air mata di pipi. Malu la kalau orang nampak nanti.

Sampai je giliran aku, aku pun ikut la arahan Tuan polis tu. Aku turunkan tingkap cermin sebelah aku. Mula-mula tu dia cuma tengok-tengok je. Satu kereta dia pusing. Aku buat mula selamba sebab memang tak syak apa-apa langsung.

“Cik, saya nak tengok lessen dan kad pengenalan.”

Tanpa banyak bicara dan rasa yakinnya, tangan kiri aku secara spontan menyentuh tempat duduk kerusi penumpang di sebelah kiri. Tempat di mana aku selalu letakkan bag. Tapi hari ni aku rasa pelik. Aik... kenapa lain macam je. Pantas aku toleh ke kiri. What!!....

“Err.. aaa….” Pantas muka aku berubah cuak. Dalam kalut aku keluar dari rumah Zafri, aku terlupa nak ambil bag. Patut pun sejak dari tadi aku tak dengar langsung talifon aku berbunyi. Parah ni. Apa yang aku nak cakap dekat Tuan polis ni. Kantoi.. kantoi…

“Cik…” aku jadi gelabah semacam. Maklum la, ini kali pertama aku kena tahan. Kalau selalu memang tak ada masalah.

“Err… bag saya… bag saya tertinggal dekat rumah kawan saya..” habis berpeluh badan aku. Padahal aircon dalam kereta tu sejuk bukan main.
“Tertinggal… apa pun cik tak bawa.” Aku tersengih sambil menggeleng laju. Malunya..
“Kalau macam tu, cik tolong pandu kereta cik ke sana,” arah Tuan polis tu dengan wajah serius. Tak ada nak cakap banyak, aku pun ikut la arahan. Malas nak panjang-panjangkan cerita.

Dah memang betul salah aku. Baru padan dengan muka aku.

“Macam mana cik boleh pandu kereta tanpa sebarang dokumen peribadi. Bahaya ni cik,” aku baru je nak turun, Tuan polis tu dah start bukak ceramah. Nak tak nak kena la dengar. Ni baru betul-betul nasib badan.

Aku memang tak mampu nak buat apa. Bila Tuan polis tu hulur surat saman, aku sambut dengan wajah mencuka. Tak pasal-pasal aku kena bayar saman. Heee… ni semua sendiri punya pasal.

Sempat juga aku bebel dalam hati. Marah pun tak guna sebab salah aku sendiri.

“Eh.. Zaf, kau buat apa kat sini?” Eh… aku salah dengar ke? Ahhh… malas nak layan orang lain punya hal. Sekarang ni aku dah ada surat saman dalam tangan. Perjalanan aku pun dah separuh. Kalau aku tak pergi ambil balik hari ni, esok lusa aku kena juga pergi ambil. Kalau aku tangguh-tangguh, sampai bila aku nak jadi PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Dan macam mana aku nak bergerak ke sana ke sini.

Aku hempas pintu kereta dengan keras. Macam mana ni. Nak tak nak… Nak tak nak … Nak tak nak …

“Arrrgggghhhhhh!!!!” aku jerit sekuat hati dalam kereta. Tapi sebelum tu aku sempat la juga tinggikan voleume radio. Kalau tidak, orang yang ada kat situ mesti fikir aku ni gila. Dah la kena serat saman, karang tak pasal-pasal orang bawak aku naik ambulance. Kalau pergi bilik kecemasan tu tak apalah juga. Kalau dia orang bawak terus pergi wad sakit jiwa, tak ke haru jadinya.

“Apasal nak jerit-jerit…..” aku tersentak. Terkejut bukan kepalang. Tiba-tiba jer mamat sorang ni boleh duduk sebelah aku. Lepas tu muka tak malu dia terus je tutup pintu. Entah datang dari mana pun aku tak tahu. Tiba-tiba je muncul.

“Err… apa awak buat kat sini?” dalam marah pun aku masih mampu bercakap lembut dengan dia. Memang sejak dari dulu lagi memang macam tu. Hati aku mudah cair, walau dalam keadaan marah.

“Buat bodoh je…” Toink…toink…toink… Kena lagi aku hari ni.
“Bodoh pun bodoh la…” aku jawab tak endah. Sakit hati sebab dia asyik dari tadi dok senyum-senyum. Nak gelakkan aku la tu. Menyampah betul.

“Apasal nak balik tak tunggu Zaf dulu?”
“Ahh… err.. aaa… saja malas nak kacau awak…”
“Kacau… apa pula nak kacau nya. Dah la balik macam tu je, boleh pula tinggal bag dia. Bahaya awak tahu tak.” Sudah… Si dia ni pun nak bukak ceramah depan aku. Cukup-cukup la Tuan polis tu bukak ceramah, jangan la nak tambah lagi. Naik kebas telinga aku ni.

“Awak kenapa sebenarnya?” soal Zafri lagi. Eleh.. sudah gaharu cendana pula. Dah tahu buat-buat tanya. Takkan dia tak dapat tangkap kenapa perangai aku berubah tiba-tiba. Memang tak peka langsung.

“Er… mana ada apa-apa? Saya ok je.. Thanks sebab susah-susah hantar bag saya. Ok bye,” aku susun ayat lintang pukang. Lain yang nak di cakap, lain yang keluar.
“Takkan tak ada apa-apa. Tu mata awak tu, kenapa bengkak. Awak nangis kan?”
“Eh.. tak la.. pandai-pandai je awak ni. Mana ada saya nangis. Ni tadi mata saya masuk habuk la.” Jawab tu gelabah. Lupa yang mata aku ni memang mudah bengkak kalau lepas nangis. Nasib baik aku nangis sikit je.

“Ohh..masuh habuk… Meh saya nak tengok,” tangan kanan Zafri sudah pun berada di belakang kepala ku. Cepat betul dia bertindak.
“Ehh… apa awak ni. Awak jangan nak menggatal, nanti tak pasal-pasal saya kena serang dengan ‘bini’ awak,” aku menolak tangan Zafri dari terus menyentuh kepala ku. Cukupla sekali aku kena serang dengan bini si Haiqal.

“Huh! Bini?” Zafri buat muka terkejut. Eleh… si dia ni dah makin pandai berlakon. Buat-buat terkejut konon, tadi bukan main lembut lagi ‘bini’ dia panggil.
“Ha ah la. Habis tu siapa lagi yang nak serang. Mak awak?” aku lihat Zafri tersenyum. Makin aku tak faham.
“Awak ni.. pandai je tuduh-tuduh saya dah ada bini. Kalau saya nak kahwin pun, saya mesti jemput awak punya.” Gelaknya semakin ketara.

“Eleh.. lelaki, dah kahwin pun mengaku tak kahwin. Memang dasar buaya darat.. buaya tembaga… dan buaya yang seangkatan dengannya..” aku cuba melepas geram. Bila lagi nak luah apa yang terkandung di lubuk hati aku ni. Dari pada aku pendam sorang-sorang, baik aku lepaskan kat mamat sorang ni. Tak la jem kepala aku nanti.
“Awak… bukan semua lelaki macam tu. Lagipun, mana awak tahu yang saya dah kahwin. Antasha bagi tahu kat awak.” Zafri masih lagi menafikan statusnya sebagai suami orang. Sekarang ni boleh pula nak libatkan Zila.
“Awak.. dah terang lagikan bersuloh. Nak tanya Antasha apa lagi. Semua benda dah jadi depan mata saya. Takkan la mata saya ni tipu tuan punya badan sendiri.” Bidas ku keras. Kalaulah Zafri sama dengan Haiqal, maknanya tak ada lelaki lagi yang akan aku percaya lepas ni. Lepas tu menangis tak berlagu la aku.

“Ya allah.. sumpah.. takkan ada perempuan lain dalam hidup saya selain awak. Percayalah,” Zafri meraih tangan ku sebelum mengucupnya. Aku terkesima seketika. Ceh! Rasa macam dalam drama la pula. Naik meremang bulu roma aku. Ish.. ni tak boleh jadi. Kalau di biarkan, boleh cair aku jadinya nanti.

“Apa awak ni. Ingat-ingat la ‘bini’ awak kat rumah tu. Tak baik awak buat dia macam tu.” Pujuk ku lembut. Moga-moga Zafri tak macam Haiqal yang masih menagih kasih aku walaupun dah ada bini. Sakit macam mana pun aku masih boleh terima.
“Awak… saya memang belum kahwin. Kalau saya nak kahwin pun cuma dengan awak je. Takkan ada perempuan lain. Saya tak pernah terfikir pun.” Tangan ku masih dalam genggaman Zafri. Masih belum mahu melepaskan.

“Awak…” kata-kata ku terhenti. Jemari Zafri tidak mengizinkan bibir ku dari berkata-kata. Aku tergamam. Apa pula yang dia nak buat kali ni. Jantung aku dah makin kencang berdegup. Dah rasa macam nak pecah pun ada.
“Cukup… saya dah tak nak dengar awak asyik cakap yang saya dah kahwin. Kalau saya dengar lagi, tau la apa yang saya nak buat nanti,” ugut Zafri perlahan. Wajahnya begitu hampir dengan ku. Nafasnya juga mampu ku dengar.
“Tapi… takkan sa…” sekali lagi bicara ku terhenti. Wajah Zafri hanya tinggal seinci dari wajah ku. Jantung aku jangan cakap la. Tunggang langgang jadinya. Aku cuba menjarakkan wajah kami tetapi tangan kanannya pantas menahan. Dan kini aku terperangkap dengan kata-kata ku.

Kalau lah aku boleh percaya, alangkah bagusnya. Akulah orang yang paling gembira.

“Ikut saya balik,” lemah segala urat sendi bila dia berbisik di telinga. Rasa macam nak pengsan pun ada. Bahaya betul.
“Nak bua…”
“Ikut je la. Dah lewat sangat kalau awak nak balik pun. Jangan risau, saya tak makan awak.” Zafri telah pun mengubah kedudukannya. Baru la aku selesa sikit untuk bernafas.
“Turun… saya drive,” tak sempat aku nak cakap apa-apa, Zafri dah pun keluar dari kereta aku. Aku tengok sempat juga dia tegur Tuan polis yang keluarkan surat saman pada aku. Ceh… habis duit aku hujung bulan ni.


************

“Laaa… ingatkan pasal apa tadi,” semua orang senyum-senyum dengan aku. Dan aku apa lagi, tunduk je la. Itulah, main serkap jarang lagi. Tak pasal-pasal dah dapat malu. Bukan tu je, saman pun dapat sekali. Zafri bukan main lagi gelakkan aku. Sampai hati betul. Bukannya dia nak pujuk aku, memang hampeh.

“Patut la tadi tengok Ara lain macam je.” Aku tersipu-sipu malu. Sempat juga aku mencubit lengan Zafri. Dia mengaduh kecil. Nah ambil, galak sangat gelakkan orang.
“Sakit la sayang…”
“Padan muka awak . Gelak la lagi…”
“Dah tu… takkan Zaf nak nangis pulak.” Ha ah.. aku ni pun satu. Mestilah dia gelak, takkan dia nak nangis. Dah aku yang silap buat andaian.

“Macam mana awak boleh kata Ara ni ‘bini’ Zaf.” Soalan Zafri mengejutkan ku. Aku ingat dia takkan tanya dah.
“Err… aaa… entah la. Tengok macam mesra je.”
“Mesra?.. mesra macam mana?”
“Alaaa awak ni.. Takkan saya nak cakap detail.”
“Mestilah saya nak tahu. Sebenarnya awak cemburu kan?” Eh dia ni.. takkan aku tak jelous. Aje gila aku tak jelous kalau boyfriend aku kahwin dengan orang lain.
“Eh.. pandai-pandai je. Mana ada,” aku berdalih. Huh.. jangan nak perasaan. Tapi memang betul pun aku jelous. Hehehehe…

“Iyekan.. awak cemburu..” aku mencebik. Kami langsung tak sedar yang Zaki dan isterinya, Ara dok asyik melihat kami.
“Ha ah sudah. Tak payah nak bertekak depan kami ni. Malam ni Kasih tidur kat sini je. Ara pun dah call dekat mak ngah suruh Tuti datang. Boleh temankan Kasih. Tak la orang cakap apa nanti.” Aku dan Zafri serentak menoleh kepada pasangan bahagia yang dak kenyang tengok drama kami.

“Yes, good idea.” Zafri menyokong. Aik.. dia pula yang beriya-iya benar. Tapi aku jadi pelik, sebab perangai dia dah makin banyak berubah. Dan yang paling ketara dia dah makin banyak bercakap dari dulu. Dan yang paling aku tak lupa, sikap dia yang suka buat kejutan pada aku. Soal romantis, jangan cakap la. Leonardo Dicaprio pun boleh kalah.

Siapa pula yang buat dia berubah? Ada seseorang ke di sebalik perubahaannya. Dan mungkinkah dia akan berubah hati?

Jeng…Jeng..Jeng…

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster