Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 29  

Tuesday, February 8, 2011

Hari ni dah genap seminggu aku pulang bercuti dari kampong. Kerja-kerja yang menimbun di atas meja pun dah semakin berkurangan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni kepala aku pun tak la seserabut minggu sebelumnya. Huh! Kalau tidak, jangan harap la kerja tu semua boleh selesai. Maunya makan masa berminggu-minggu.

Mata ku masih lagi mengadap monitor walaupun waktu makan tengah hari sudah menjengah. Aku sedar pun sebab Kak Fat yang bagitau aku. Kalau tidak, jangan harap la aku nak sedar. Silap-silap waktu balik nanti pun aku boleh tak sedar. Kyusuk la katakan.

“Kau tak nak makan ker?”
Aku dongak sambil merenung wajah Kak Fat. Nampak macam makin lawa la pulak akak aku sorang ni. Makan jamu kot.

“Akak nak belanja ke?” aku sengaja menyakat. Walhal aku sedang berkira-kira untuk membuat keputusan. Bibirnya mencebik.
“Aik!? Kan baru je gaji, takkan dah kering.” Aku tersengih melihat dirinya kehairanan.
“Ala.. akak ni.. orang gurau je la.”
“Akak tahu. Eh.. nak keluar ke tak ni, atau nak kirim je dekat orang. Cepat la, nanti tak sempat pula.” Aku tersenyum lagi. Nak keluar macam malas. Kalau kirim, tak tahu selera nak makan apa pula. Jemari menari di atas meja.

“Laaa…. Fikir apa lagi tuan puteri oii… Masa berjalan sayang..”
“Akak macam mana?”
“Akak tak kisah. Nak kirim boleh, nak keluar pun boleh. Janji perut akak ni tak kebulur.” Aku menggaru kepala yang memang tak gatal pun.

“Kalau macam tu kita keluar je la. Sebab saya pun tak tahu nak makan apa ni.” Aku menarik laci lalu mencapai bag tangan dan juga kunci kereta.
“Haa.. dari tadi cakap kan senang. Kita nak makan kat mana?”
“Yang tu kita fikir masa dalam kereta nanti.” Ujar ku perlahan. Kami berjalan beriringan meninggalkan ruang pejabat yang telah lengang sejak dari tadi lagi.


“Ok sekarang ni kita nak makan kat mana?” aku menekan pedal minyak untuk keluar dari tempat letak kereta.
“Akak tak kisah. Janji yang cepat and sedap. Lagipun kita tak banyak masa dah ni.” Apa yang Kak Fat cakap tu memang betul. Tu pun sebab aku la apalagi.
“Nak bungkus ker?” Kak Fat menoleh ke arah ku pantas. Memang aku dah agak. Tapi bukan aku suka-suka nak cakap macam tu.
“Takkan la kau nak bungkus lagi cik akak oii.. Kita makan sana je la. Akak malas la nak makan kat ofis.”
“Kalau macam tu kita nak makan apa ni?”

“Ala… kau berhenti je dekat kedai mana-mana. Lepas tu kita tengok apa yang ada.” Maka dengan itu, mata aku pun dengan pantas melilau mencari kedai makan. Akhirnya kereta ku berhenti di hadapan sebuah kedai makan masakan melayu. Kalau ikutkan tak la jauh sangat dari ofis.

Kami tak membuang masa lagi untuk memesan makanan. Kami memilih untuk makan nasi campur kerana itu yang paling cepat. Dan aku makan dengan penuh berselera. Tak sempat langsung aku nak pandang kiri kanan. Kalau Zafri ada kat situ pun aku takkan perasan.

Lepas makan, kami terus balik ke ofis tanpa singgah mana-mana pun. Itu pun dah lewat lima minit. Nasib baik juga waktu tu bos masuk lambat. Segan pula kalau staf masuk lambat dari bos. Tak manis orang kata. Kalau bahagian lain tu aku tak ambil kisah sangat. Sebab tu aku seronok kerja kat situ, tak banyak gangguan.


“Apa yang buatkan kau tiba-tiba je balik kampong?” aku terkejut dengan soalan Kak Fat. Ingatkan dia takkan tanya dah. Benda tu jadi pun seminggu yang lepas. Aku terkedu seketika. Sebenarnya terus terang aku cakap yang aku kalau boleh tak mahu langsung buka cerita tu dalam masa terdekat ni.

Aku masih perlukan masa. Masa untuk aku tenangkan diri dan juga untuk kumpulkan keyakinan aku. Bukan apa, aku tak mahu buat benda-benda yang boleh mendatangkan masalah pada aku di masa depan. Yang paling tepat aku tak mahu terburu-buru buat keputusan yang boleh buat aku menyesal di kemudian nanti.

“Tak ada apa-apalah kak. Tiba-tiba je rasa nak balik kampong waktu tu. Lagipun saya memang dah lama tak balik.” Aku kelentong Kak Fat untuk menutup pekung di dada. Masih alasan yang sama. Malas la nak kecoh-kecoh. Sebab aku tahu kalau aku cerita nanti, mesti aku yang kena balik.

“Eleh.. takkan tak ada apa-apa. Macam tak percaya je kau cakap macam tu. Tu kira nak sorok la tu. Akak yakin sangat yang semua ni ada kena mengena dengan Zafri. Hai.. pening la tengok korang ni.”
“Ish.. akak ni. Mana ada. Orang cakap betul apa. Nak sorok apa pula,” renungan Kak Fat semakin tajam. Aku mengalih pandang. Tak terbalas renungannya.

“Iyelah tu. Kenapa? Kau reject dia lagi ker?” Toink.. Toink.. Toink… Alamak.. macam mana pula Kak Fat boleh dapat tahu ni. Seboleh-bolehnya aku cuba kawal air muka ku dari berubah. Walaupun aku tahu yang Kak Fat sedar perubahan wajah ku.
“Mana ada… er… aaa… tak ada apa-apa la.” Ceh!! Lidah ni pula tergagap-gagap. Memang sengaja nak bagi aku kantoi. Memang tak sayang tuan dia betul.

“Haaaa… pasal tu kan. Akak dah agak dari awal lagi. Kasih.. Kasih… apa lagi yang kau tunggu. Kau nak tunggu sampai umur kau 30 ke baru kau nak setuju. Kau jangan ingat yang dia boleh tunggu sampai tahap tu. Lelaki ni lain Kasih.” Kecut perut aku bila Kak Fat cakap macam tu. Takut tu tidak la cuma risau je.
“Err…” Aku tak mampu nak cakap apa lagi. Lidah tiba-tiba je jadi kelu. Bila dah jadi macam tu, telinga aku terpaksalah kena ready. Ready untuk menerima bebelan Kak Fat yang maha power tu. Kalah mak tiri tau.

“Kalau akak jadi Zafri pun akak akan buat macam tu. Silap-silap akak give up. Dari main tarik tali macam ni, baik akak cari lain.” Gulp! Hilang semangat aku. Nampak gaya aku kena bertindak sebelum terlambat. Mintak-minta jangan masin mulut Kak Fat sudah la. Gigit jari aku di buatnya nanti.

“Ish akak ni. Ada pula sampai ke situ. Alah kak.. tak lari gunung di kejar. Kalau dah sayang, dia mesti tunggu punya.” Dengan yakin aku cuba menyedapkan hati ku. Walaupun sememangnya waktu tu hati ku sedikit gusar.

“Ha ah.. banyak la kau punya tunggu. Kau nak dia tunggu sampai bila. Sampai kucing bertanduk. Kalau dia kahwin pun, sah-sah dah beranak pinak.” Kak Fat ni lagi-lagi nak buat aku makin risau. Ni tak boleh jadi, dalam kata lain aku harus mencari kata putus dengan Zafri.


******

Dah banyak yang berubah. Dah tak serupa masa mula-mula aku datang untuk kali pertama. Mujur aku masih ingat jalannya. Aku nekad untuk bersua muka dengan Zafri. Walaupun aku rasa macam perigi cari timba, itu semua tak mematahkan semangat aku untuk merebut kembali hati Zafri.

Sempat jugalah aku singgah beli buah tangan untuk keluarga Zafri. Takkan nak datang tangan kosong kan. Tak manis la pula. Lagi-lagi bila nak memujuk. Manalah tahu bila dia tengok nanti, sejuk pula hati dia.

Aku sengaja rahsiakan kedatangan ku. Sengaja nak bagi kejutan pada Zafri. Pada Zila pun aku tak bagi tahu. Lagipun dia ka nada di Johor. Kalau aku bagitahu, belum tentu dia nak turun.

Lepas lebih dua jam aku memandu, sampai la aku ke destinasi yang di tuju. Mula-mula tu memang tak cam juga rumah Zila, ye la dah lama tak datang. Dengan beberapa perubahan memaksa aku berulang alik sebanyak dua kali.

Masuk je ke perkarangan rumah Zila, jantung aku mula berdebar-debar. Laju gila sampai rasa macam nak terkeluar pun ada. Jadi seram sejuk aku di buatnya. Ada la dalam lima minit aku duduk dalam kereta. Aku matikan enjin sebelum membuka pintu. Kaca mata hitam ku tolak ke atas. Terasa nyaman je bila aku hirup udara segar dari kampung. Memang tak sama dengan udara di Bandar. Walaupun kampong Zila sudah separuh kawasan di majukan. Namun keasliannya tetap ada dan masih terpelihara dengan elok.

Aku berjalan sambil menikmati angin petang di laman. Terlupa seketika tujuan apa aku datang ke sana. Rumah Zila kelihatan sunyi membuat aku terus leka melihat-lihat di kawasan laman. Sungguh mendamaikan.

“Dah lama buat kerja macam ni?!” Kus semangat, aku tersentak. Hampir luluh jantung aku. Mau tidaknya. Tengah aku syok-syok melamun, tiba-tiba je kena sergah dari belakang. Itu pun tanpa salam. Nasib baik jantung aku kuat lagi. Kalau tidak, dah lama kiok.

“Eh…errr…” aku lantas menoleh kepada gerangan yang suka-suka menyergah ku. Tangan masih terlekap di dada.

Ya allah…. Sungguh aku tak sangka, sekarang ni aku betul-betul berdiri di hadapan Zafri. Nafas ku terasa sesak. Mata ku tak berkedip merenungnya. Macam nampak hantu pun ada gayanya. Cuma mulut aku je yang tertutup rapat. Terkunci seribu bahasa.

Mata kami saling terpaut namun hanya seketika. Zafri lebih dulu mengalihkan pandangannya sebelum tubuhnya juga beralih. Dari cara gaya nampaknya dia masih marahkan ku.

“Maaf …” itulah ayat pertama sekali yang aku hulurkan padanya. Itu pun antara dengar dan tidak. Kalau orang tu ada masalah pendengaran, aku pasti dia takkan dengar. Tapi aku yakin, Zafri dengar akan kata maaf dari ku.

“Nak apa datang jauh-jauh ni?” Oh! Syahdunya. Suaranya masih tetap sama cuma intonasinya berbeza. Aku terasa akan kata-katanya. Pedih di hati aku pendamkan. Rasa rindu jua aku simpan serapat-rapatnya. Aku sedar yang kedatangan aku ni tak di undang dan mungkin juga langsung tak di tunggu-tunggu dari Zafri.

Mungkin betul apa yang Kak Fat cakapkan. Dia mungkin sudah berpatah arang. Sudah berputus asa untuk menanti jawapan dari aku. Ya allah…. Kau kuatkan lah iman ku… Kau tabahkan hati ku agar mampu membuat keputusan sewajarnya… Ya allah.. kau berikanlah aku petunjuk.

“Er… tak … err.. saja je nak datang. Rasa dah lama tak jumpa dengan makcik.” Dalih aku menggunakan nama makcik. Aku merenung wajahnya dari tepi. Sikit pun Zafri tak memandang ku. Kolam mata ku dah mula bertakung.

“Sejak bila pula awak rapat dengan mak saya.”
“Eh… aa… tak la rapat sangat, Cuma.. aaa….cuma tiba-tiba je saya teingatkan makcik. Aaa.. sebab tu saya datang.”
“Ye ke. Rasa macam tak percaya pula. Ataupun awak ada niat lain?” Hah! Dia buat serkap jarang la pula. Alamak, malunya aku.
“Eh.. tak adalah. Be..betul apa yang saya cakap tu,” aku terkedu apabila bola mata Zafri merenung ku kembali. Kali ini dengan pandangan yang tak mampu ku lawan. Terlalu tajam hingga terus menusuk ke kalbu.

“Apa yang betulnya.” Soalnya kembali.
“Apa yang saya cakap tadilah. Kenapa? Tak boleh ke saya datang?”

“Bukan tak boleh, Cuma pelik sikit la sebab tiba-tiba je awak boleh teringatkan mak saya.” Aku melihat Zafri tersenyum seakan mengejek. Macam tak percaya dengan tujuan kedatangan ku. Walaupun pada hakikatnya memang aku menipunya. Takkan la aku nak cakap terus. Mana boleh beb, takut juga kalau-kalau dia tu memang betul dah ada yang lain. Tak ke haru jadinya nanti.
“Apa yang peliknya. Saya tak rasa pelik pun.”
“Awak memang la tak tapi saya yang rasa pelik. Kalau macam tu masuk la dulu. Tapi …”

“Tapi apa?” Dia macam nak main teka teki lagi dengan aku. Aku tahulah yang dia tu cikgu sekolah, takkan tak cukup main teka teki dengan anak murid dia kat sekolah.
“Betul ke awak ni datang semata-mata teringatkan mak saya.” Laa… Dia ni masih tak puas hati rupanya.
“Betul la. Buat apa saya nak tipu. Yang awak ni kenapa tanya saya benda yang bukan-bukan. Ada apa-apa yang tak kena ke?”

“Betul ni? Kalau macam tu takkan Zila tak bagi tahu awak.” Kata-kata Zafri makin buat aku keliru. Tidak pasti apa sebenarnya yang ingin di sampaikan.
“Bagi tahu? Bagitahu apa.. saya tak faham maksud awak…” hati ku berdebar-debar. Apa yang Zila tak bagitahu aku ni. Fikiran aku jadi kacau.

Jangan-jangan dia dah…. Ah.. sudah. Takkan kot. Cepatnya.

“Kalau awak teringatkan kat mak saya, rasanya awak dah salah tempat.”
“Hah… kenapa awak cakap macam tu?” Ya allah… apa sebenarnya ni. Dia sengaja mendera perasaan ku. Macam nak balas dendam je gayanya.
“Iyelah. Saya cakap macam tu sebab mak saya ke Mekah, buat umrah. Dah seminggu dia kat sana,” aku merenung rapat anak mata Zafri. Di wajahnya jelas sedang menahan tawa. Aku di permainkan rupanya. Aku jadi malu sendiri.

“Abang…” Kami menoleh serentak. Dan waktu itu akulah yang paling terkejut. Seorang wanita memanggil Zafri dengan suara yang cukup manja. Seseorang yang istimewa lagaknya. Sekali lagi mata ku tak berkedip. Drama di hadapan mata seperti tak mampu untuk ku tatap.

“Abang… ada call,” tambah wanita itu lagi. Sempat juga ia melemparkan senyuman pada ku. Aku yang dah macam kena sihir pun membalas. Betul-betul macam orang bodoh.

Nampaknya langkah kaki ku silap lagi. Aku tersilap sekali lagi dalam percaturan hidup ku. Dan aku akan di kecewaan lagi.

“Ok… jom masuk. Alang-alang awak dah sampaikan.” Aku masih berdiri kaku di hadapanya. Memang betul la apa yang Kak Fat cakap. Dan kali ni mulut Kak Fat betul-betul masin.
“Jom la…” apa yang aku nak buat ni. Aku buntu. Kalau aku terima, bermakna aku akan di sajikan dengan adegan-adegan yang boleh menyayat hati aku sendiri.
“Eh.. tak apalah. Lagipun mak awak tak ada, tak manis rasanya kalau saya masuk.” Aku menolak lembut. Sedangkan di hati hanya Tuhan saja yang tahu.

“Eh… apa pula tak manisnya. Jom la masuk. Bukan saya sorang je kat rumah.” Aku melihat Zafri melangkah lalu membuka pintu kereta ku.
“Tak apalah. Lagipun saya tak boleh lama ni,” usaha ku untuk menolak masih di teruskan. Dan begitu juga dirinya. Tanpa di suruh, dia mengambil bag dan terus saja menarik ku masuk ke dalam.

******

“Minum la, air bujang je.” Senyumnya yang manis terus merobek-robek hati ku. Hanya tinggal aku dan dirinya saja kerana ketika itu Zafri sedang menjawab panggilan. Bibir ku terus membisu. Dalam diam aku meneliti penampilannya. Andai aku di takdirkan menjadi lelaki, aku juga pasti akan tertarik dengan wanita yang aku anggap ‘isteri’ Zafri ini. Dengan gayanya yang sopan dan lemah lembut, mampu saja meruntun hati lelaki yang melihatnya. Dari factor usia, aku rasa umur kami tidak jauh beza.

“Kawan abang Zaf ke?” soalnya kepada ku sekadar ingin berbual mesra. Suaranya juga lembut.
“Hah.. ha ah..” berpeluh-peluh aku di buatnya.
“Dari mana?”
“Penang… eh.. tak.. maksud saya…aa… dari KL.” Fuhh… macam kena soal dengan mak mertua je rasanya. Tapi yang ni lagi syahdu sebab aku di soal dengan ‘isteri’ kekasih ku sendiri.
“Lama ke dah kawan dengan abang Zaf.”
“Lama la juga. Kawan-kawan biasa je,” tipu lagi aku ni. Kalau aku cakap yang aku ni kekasih laki dia, mahunya berperang nanti. Tak pasal-pasal je.

“Eh… duduk la dulu. Minum la airnya. Saya nak ke dapur sekejap.” Ujarnya sebelum bayangnya hilang dari pandangan mata ku.

Apa yang aku buat sebenarnya ni. Apa lagi yang aku tunggu? Rasanya aku dah terima jawapannya. Dan rasanya aku dah tahu jalan cerita tentang hubungan kami. Tapi kenapa kaki aku berat nak melangkah pergi. Apa lagi yang harus aku lalui?

Makkkkkk………..

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster