Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 1  

Tuesday, March 31, 2009

Hari semakin senja. Bella cepat-cepat menghabiskan tugasnya. Dia tidak mahu membuat ibunya ternanti-nanti kepulangannya. Sejak kematian ayahnya tujuh tahun lalu, Bella terpaksa memikul tanggung jawab untuk mencari nafkah bagi menampung perbelanjaan ibu dan dirinya. Mereka hanya tinggal dua beranak saja. Ibu Bella yang lumpuh separuh badan hanya mampu membantu Bella membuat kuih untuk di letakkan di warung Pak Samad.

Walaupun Bella terpaksa memikul tanggungjawab seawal usia mudanya, dia tidak pernah menyesal. Padanya, semua yang berlaku adalah ketentuan tuhan. Dia tidak mahu menyusahkan abang-abangnya. Kalau di minta pun belum tentu abang-abangnya akan membantu.

“Assalamualaikum bu.” Bella memberi salam. Di cium tangan ibunya yang sedang menanti di muka pintu.
“Waalaikumsalam. Bella dah makan?” senyum Hasnah. Melihat wajah Bella sedikit kepenatan. Dia berasa sayu melihat Bella terpaksa bersusay payah untuk mencari sesuap nasi bagi mereka berdua.

“Dah bu. Masa rehat tadi Bella makan kuih je. Ni pun masih kenyang lagi.” Balas Bella lembut. Tudungnya dilucutkan menampakkan rambutnya yang panjang.

“Ibu dah makan?” soalnya kembali.
“Belum lagi. Ibu ingat nak tungu kamu. Tapi kalau kamu masih kenyang lagi, ibu tunggu.” Bella menjadi serba salah.

“Tak pe la bu. Bella temankan ibu makan ye. Nanti kalau Bella dah rasa lapar, Bella makan sendiri.” Pujuk Bella sambil menolak kerusi roda ibunya. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Dia tahu yang ibunya bukan sesihat mana.

Bella dengan setia menemani ibunya menjamah makanan. Walaupun letih, digagahinya juga. Dia tidak mahu menjadi anak yang tidak mengenang budi. Lagipun terlalu banyak pengorbanan yang telah ibu lakukan semasa menjaganya ketika kecil.


Setelah selesai membersihkan diri, Bella menemani ibunya.
“Kenapa ibu tak tidur lagi. Apa yang ibu menungkan?” lamunan Hasnah terhenti. Di toleh ke arah Bella, satu-satu anak perempuannya. Dia tidak mahu terus-terusan menyusahkan Bella. Kedatangan Nizam abang kepada Bella tidak di maklumkan. Dia tidak mahu Bella susah hati lagi.

Hasnah tidak tahu apa kurangnya dalam mendidik anak-anaknya sehingga Nizam menjadi seorang penagih dadah. Telinganya sudah muak dengan cakap-cakap orang yang mengata tentang Nizam. Nizam sudah dua kali masuk ke pusat pemulihan namun keadaannya masih seperti itu.

“Bella, kalau ibu suruh Bella kerja dekat Bandar. Bella nak tak?” soal Hasnah.
“Kenapa ni bu. Tiba-tiba suruh Bella duduk dekat Bandar. Ibu bukan tak tahu yang Bandar tu jauh dari kampong kita. Bella kerja kilang dekat pecan pun dah cukup bu. Tak payah nak kerja jauh-jauh.” Jawab Bella.

“Kalau di Bandar, Bella boleh belajar macam-macam. Bella pun tak payah la nak susah macam sekarang ni,”
“Bella tak rasa susah pun bu. Bella lebih selesa duduk dengan ibu.” Hasnah masih tidak putus asa.

“Minggu depan anak makcik Gayah kau nak balik dari Kuala Lumpur. Boleh la ikut dia sekali.” Bersungguh-sungguh Hasnah memujuk.
“Kenapa ni bu? Apa yang tak kena dengan ibu ni? Bella tengok lain macam je,” Hasnah senyap. Dia cuba menghilangkan gugup di hati. Memang susah untuk membuat Bella berubah fikiran.

“Tak de apa lah. Ibu suka kalau Bella kerja di Bandar. Ibu pun boleh tumpang senang,” Hasnah cuba berseloroh.
“Sekarang ni pun dah cukup senangkan bu. Apa lagi yang tak cukup?” tangan Bella berhenti dari melipat baju.
“Memang cukup nak, tapi ibu memang harap sangat kalau Bella bekerja di Bandar.” Lemah suara Hasnah. Bella sedar perubahan suara ibunya. Tiada niat di hati untuk membuat ibunya bersedih.

“Nantilah Bella fikirkan bu. Sekarang ni ibu tak payah la nak fikir sangat.” Hasnah mendengar Bella mengeluh.

Dia terpaksa lakukan ini semua bersebab. Dia tidak mahu Bella menjadi mangsa Nizam. Terngiang-ngiang suara Nizam mengugutnya untuk menjual Bella hanya untuk melunaskan hutang-hutang Nizam. Dia tidak mahu hidup Bella hancur disebabkan oleh seorang abang yang tidak berguna.


*********

“Hah Bella. Aku dengar kau nak kerja dekat Bandar. Betul ke?” Milah menegur Bella.
Entah kenapa dia berasa berat hati untuk meninggalkan ibunya.
“Ibu aku yang nak sangat aku kerja di Bandar. Aku sebenarnya tak kisah kerja kat sini. Lagipun senang aku nak tengok-tengokkan ibu aku tu.” Milah mengangguk.
“Dah tu siapa yang nak tengokkan ibu kau nanti?”
“Makcik Gayah. Aku akan kerja dengan anak dia nanti. Dia dah rekomen aku kerja dekat kilang dia di Bandar.” Terang Bella.

“Best la kau Bella. Balik kampong nanti kau dah jadi kaya. Aku tengok anak makcik Gayah tu kalau balik kampong bukan main lawa lagi. Baju-baju dia pun mahal-mahal.” Bella mencebik. Kalau tidak kerana ibunya, tak mungkin dia akan bersetuju.

“Bila kau nak bertolak?”
“Minggu depan. Surat berhenti pun aku dah bagi dekat supervisor. Entah la. Pening kepala aku.” Bella memicit kepalanya.

“Hai rancak borak. Boleh join?” Milah tersenyum mendengar teguran Helmi. Sudah lama Helmi menaruh perasaan kepada Bella, namun tidak pernah di sambut oleh Bella. Sudah bermacam-macam cara dia lakukan masih tidak mendatangkan hasil.

Helmi memang menjadi pujaan setiap gadis di kilang tempat Bella bekerja. Ramai yang ingin menjadi pasangan Helmi. Tetapi hati Helmi hanya terpikat kepada keayuan mata Bella.

“Eh Helmi, mari la join sekali.” Bella cuba menjarakkan dirinya dari Helmi kerana Helmi duduk begitu rapat dengan dirinya. Sesak nafasnya mencium minyak wangi yang di pakai Helmi. Kepalanya semakin berpusing.
“Aku masuk dulu la Milah.” Bella cuba bangkit namun di tahan Helmi. Inilah kali pertama tangannya bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim.

Bella duduk kembali sambil merentap tangannya dari pegangan Helmi. Dia cukup meluat melihat wajah Helmi yang asyik merenungnya. Sudah acap kali dia menolak permintaan Helmi, dan setiap kali juga Helmi semakin dekat dengan dirinya.

“Kenapa nak cepat sangat masuk. Waktu rehat belum habis lagi.” Helmi bersuara. Dia tahu Bella tidak betah duduk di sebelahnya. Memang sudah dia menjangka.
“Saja. Malas nak lepak kat kantin lama-lama.” Jawab Bella pendek.

“Kau orang borak la dulu. Aku nak pergi tandas sekejap. Bella nanti tunggu aku tau,” pesan Milah meninggalkan Bella berdua bersama Helmi. Helmi mengambil perluang yang ada.

“Kenapa Bella selalu jauhkan diri dari saya. Saya betul-betul nak kawan dengan Bella.” Helmi mula bersuara.
“Kita tak setaraf la Helmi. Jangan buang masa awak,” pendek saja jawapan Bella.
“Tapi kenapa Bella. Saya sayangkan awak. Saya betul-betul harapkan awak,” pujuk Helmi. Dia mendengar Bella mengeluh.

“Ramai lagi orang yang lebih baik dari saya Helmi. Dalam kilang ni pun, ramai lagi gadis yang sanggup beratur nak jadi kekasih awak. Kenapa tak pilih saja yang tu.”

“ Bukan itu yang saya cari Bella. Saya tak nampak cinta sejati di mata mereka. Hanya awak yang mampu menbuat saya jatuh cinta Bella. Percayalah,” rayu Helmi.
“Kenapa mesti saya percayakan awak?” Helmi terkedu.
“Berilah saya peluang. Sekali saja dalam hidup awak. Saya sanggup buat apa saja untuk awak.” Bella tergelak. Tidak mungkin ada lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi cintanya.

“Untuk apa Helmi. Saya yakin yang keluarga awak takkan setuju dengan semua ni. Saya dah masak sangat dengan karenah orang kaya ni. Masa suka puji melambung-lambung. Bila tak suka buat orang tu macam kucing kurap.” Bentak Bella.

“Sampai macam tu sekali awak pandang saya. Apa salah saya pada awak.” Helmi sudah hilang pertimbangan.
“Memang awak tak buat apa salah pun. Tapi saya tak sanggup rosakkan masa depan saya,” tegas Bella.

“Terlalu hinanya saya di mata awak. Sampai hati awak,” suara Helmi semakin layu.
“Saya tak hina awak Helmi. Sejarah mengajar saya tentang erti kehidupan. Sudah la. Jangan ganggu saya lagi.” Bella bingkas bangun. Helmi hanya membiarkan Bella keluar dari kantin. Setiap bait-bait kata yang di tuturkan Bella telah menghiris hatinya.

‘Walau macam mana pun kau tolak aku…aku tetap akan dapatkan kau…kau tunggu Bella..’ dendam Helmi terbuku di hati.

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 2  

Masuk hari ni dah seminggu aku terperap dekat rumah. Saja nak merehatkan minda. Aku duduk lepak seorang sebab semua dah keluar pergi kerja. Abang long asyik paksa aku kerja dekat kilang dia. Malas aku nak kena kerja satu tempat dengan dia. Bukan apa sebab kakak ipar aku pun kerja tempat yang sama.

Kalau boleh aku malas nak kerja dekat kilang. Puas aku pujuk abah minta izin kerja dekat shopping komplek. Jadi salesgirls apa salahnya. Nasib aku ni anak kesayangan abah, mestilah abah izinkan. Mula-mula tu abang long tak setuju. Macam-macam dia bagi alasan. Ada ke dia cakap nanti aku akan jadi bohsia. Aku pun apa lagi, bidas la dengan ayat power. Kalau kata nak jadi bohsia, budak kilang pun boleh. Terus dia diam.

Masa aku tengah syok tengok tv, ada orang bagi salam. Suara macam aku kenal.
“Waalaikum salam.” Jawab aku.
“Memang aku dah agak dah, Hmm masuk la,” aku pelawa Niza masuk.
“Kau sorang je ke?” soal Niza.
“Ha ah. Kenapa?”
“Tak de la. Saja je aku tanya.” Dia tersengih menampakkan gigi.
“Tiba-tiba je muncul. Ada cerita baru ke?”
“Saja je aku datang. Aku ingat nak ajak kau ronda-ronda. Boring la asyik duduk rumah je.” Memang aku dah agak tujuan dia datang.
“Nak ke mana? Kau tak keluar dengan Hana.” Dengar je nama Hana, muka dia berubah. Ni mesti ada sebab.
“Malas la.” Dia seperti sembunyikan sesuatu dari aku.
“Cuba bagitau aku. Apa yang dia dah buat dekat kau.” Aku cuba merisik. Dia ni bukan senang nak terasa hati dengan orang. Mungkin lepas apa yang aku bagi tau dekat dia kot, dia jadi macam ni. Mudah terasa hati.

“Aku dah fikir masak-masak lepas kau nasihatkan aku hari tu. Mula-mula aku ingat kau cemburu bila aku lebih rapat dengan Hana tapi aku silap.” Panjang lebar dia terangkan dekat aku.

Dari a sampai z dia cerita tak tinggal sikit pun. Dia siap bagitau yang Hana suka keluar dengan lelaki dari keluar dengan perempuan. Kalau keluar dengan aku pun dia tak berapa suka sebab aku akan lebih menjadi tumpuan budak lelaki. Nak tergelak pun ada jugak. Aku ni bukannya reti berfesyen macam dia tu tapi memang aku tak nafikan setiap kali kami keluar ronda, aku la menjadi bahan siulan.

“Sabar je la. Aku pun bukan kisah sangat kalau tak keluar dengan dia.” Aku cuba sejukkan hati Niza.
“Kalau dari dulu aku sedar kan bagus. Tak la aku jadi hamba dia.” Aku terkekeh gelak melihat muncung Niza semakin panjang.
“Eh..kau nak minum tak. Tunggu sini kejap eh, aku pergi buat air.”
“Tak payah la Kasih. Kita minum dekat luar je la,” cadang Niza.
“Ok la. Kau punya pasal, hari ni aku temankan kau. Tapi hari ni je tau sebab minggu depan aku nak kerje dah.” Niza terkejut.

“Kau dah dapat kerje ke Kasih?” aku angguk.
“Ala, jadi sales girls je.”
“Tak kisah la. Janji halalkan.” Aku senyum. Niza sudah ceria kembali.


**************


“Wei Niza, kau tak penat-penat lagi ke. Dah satu shoping komplek ni kita round.” Aku terduduk kepenatan.
“Ala kau ni Kasih. Bukan selalu pun aku dapat ronda-ronda dengan kau.” Niza duduk di sebelah ku.
“Dah banyak yang kau borong ni. Takkan tak cukup lagi?” aku menunjukkan bag-bag di tangan ku.
“Tu kalau belum tengok lagi aku shopping dengan Hana.” Aku mencebik. Kalau setakat nak bangga diri menghabiskan duit nak buat apa.
“Itu Hana bukan aku.” Suara aku dah lain. Mungkin Niza sedar sebab aku tak suka di bandingkan dengan Hana. Kalau nak buat perbandingan pasal pelajaran aku tak kisah. Tapi kalau pasal benda yang tak berfaedah macam ni baik tak payah. Aku tak layan pun.

“Sorry. Aku tak sengaja. Kita pergi satu tempat ke lagi. Please.” Niza memujuk ku.
Tanpa jawapan aku bangun dan melangkah. Niza cuba mengejar menyaingi ku.
“Next time jangan buat lagi. Aku tak suka.” Ku memberi amaran kepada Niza.
“Baik bos.” Niza memberi tabik kepada ku. Aku kembali tersenyum.
“Kita nak pergi mana pulak ni?” soal ku.
“Kita pergi kedai kasut. Aku nak cari kasut jogging la.” Aku senyum.
“Apasal tiba-tiba nak cari kasut jogging? Kau nak diet ke?” dia tersengih.
“Aku ingat nak turunkan berat badan aku sikit.”
“Bukan badan yang menjadi soalnya Niza, tapi hati kau tu yang penting. Aku yakin masih ada lagi lelaki dalam dunia ni yang suka gadis macam kau ni.” Aku cuba memberi kata semangat.

“Aku bukan apa Kasih, aku sebenarnya jelous tengok kau dengan Hana. Badan korang kecik je. Tak macam badan aku. Mengalahkan anak gajah,” suara Niza sedikit kendur.
“Kecik atau besar sama je pada aku. Aku tak kisah semua tu. Kalau nak diet jugak, biar aku temankan kau pergi jogging tiap-tiap hari.” Pujuk aku.

“Aku tak kisah Kasih. Aku tau kau sayangkan aku.” Niza memeluk bahu ku. Aku senang melihat senyumannya.

Kami memasuki sebuah kedai menjual kasut-kasut sukan. Aku membelek kasut-kasut yang di pamerkan. Harganya memang boleh bikin kepala botak. Aku tak sama macam Niza. Dia kalau nak apa je mesti dapat. Anak orang kaya boleh la.

Tengah aku pusing-pusing satu kedai tu, bahu aku di cuit seseorang. Nasib baik tak melatah. Aku pun toleh.

Jeng..jeng…jeng….

Rupanya budak yang tarik tangan aku masa dekat bas stop hari tu. Hari ni dia nampak lain sangat. Macho gila. Nama dia pun aku tak tahu.
“Hai,” aku rasa badan aku dah melayang bila dengar suaranya. Tapi aku control balik. Malu la nanti kalau dia sedar yang aku tak tahan tengok muka dia yang aku cakap macam kambing tu.
“Hai,” aku cuba sembunyikan perasaan ku.
“Sorang je ke?”
“Er..tak dengan member,” dia mengangguk mendengar jawapan pendek ku.
“Bila awak nak keluar dengan saya?” Erkk! Keluar? Macam mana nak cakap dekat dia ni. Aku bukan biasa nak keluar dengan lelaki. Dia masih menanti jawapan ku.

“Er..aaa…saya tak boleh la.” Itu saja yang mampu aku berikan.
“Kenapa? Awak takut ke? Saya bukannya makan orang,” dia tidak berputus asa. Bukan aku tak mahu tapi. Memang aku takut pun sebab dia hansem sangat. Biasanya orang hansem ni playboy. Tu yang aku susah sikit nak percaya.

“Next time la ek. Saya ada hal ni.” Aku cuba melarikan diri darinya. Dia menghalang ku. Aku mencari kelibat Niza. Tangan ku sudah dicengkamnya.
“Bagi saya seribu sebab.” What! Jangan kata seribu, satu pun aku tak de sebab nak tolak.
“Awak ni gila kot. Mana saya nak cari banyak macam tu.” Wajahnya serius. Gerun juga bila tengok muka serius dia. Apa la yang aku nak kelentong dia ni.

“Eh Haiqal. Buat apa kat sini? Kenal Kasih ke?” Niza muncul menyelamatkan ku.
“Kenal sangat. Cuma orang tu je yang sombong.” Jawabnya sambil mencebik kepada ku.

Aku memandangnya sambil mengerutkan dahi ku. Dia mengangkat kening. Aku menunjukkan isyarat supaya dia melepaskan tangan ku.
“Opss..sorry. Terpegang pulak.” Dia tersipu malu.Dia mungkin tidak sedar tangannya masih mencengkam tangan ku. Niza sudah perasaan hal itu sejak tadi lagi hanya tersenyum.

Aku tahu namanya dari mulut Niza. Aku sendiri tidak terfikir langsung untuk bertanya kepadanya. Sepadan betul dengan orangnya.

“Jom Haiqal kita minum-minum. Aku dahaga la,” elok je Niza pergi ajak Haiqal. Tadi masa aku ajak minum langsung dia tak nak. Pandai betul dia berlakon.
“Ok juga tu. Nanti kejap. Aku bagitau member aku sekali.” Aku melihat Haiqal mengeluarkan talifon bimbitnya dari poket seluar.
“Ajak la member kau sekali. Ramai-ramai lagi bagus.” Dengan selamber je Niza ajak kawan-kawan Haiqal. Haiqal pun anggukkan kepala.

Aku bukan kenal sangat dengan dia orang tu. Yang Niza ni pandai-pandai je buat keputusan. Dia langsung tak tanya aku. Lupa kawan betul. Tapi kalau dia tanya aku pun belum tentu aku nak pergi. Memang dah tabiat aku kurang senang nak keluar dengan lelaki.

“Aku nak balik la Niza.” Baik aku angkat kaki sebelum Haiqal sedar. Tapi memang nasib aku malang sebab dia dah pegang tangan aku. Kami sempat main tarik-tarik tangan lagi. Naik kebas tangan aku di buatnya.

“Relax la Kasih. Yang kau takut sangat kenapa?” Niza macam tak tahu pulak yang aku tak suka. Lagi dia buat.
“Kita pergi minum sekejap je. Please...” Dia merayu. Alahai lembut je suara dia. Syahdu gila.
“Ye la Kasih. Aku kenal la dengan Haiqal ni. Dia kawan abang aku la.” Niza menerangkan kepada ku. Patutlah dia berani sangat. Agaknya abang Niza pun ada sekali agaknya.
“Tapi promise, lepas ni kita terus balik.” Niza mengangkat tangan seperti sedang mengangkat sumpah.

“Ye la tuan puteri. Takut sangat.” Sindir Haiqal sambil mencubit pipi ku.
“Hei..sakit la.. ingat pipi kita ni macam kuhi pau ke?” sakit siot dia cubit. Naik merah pipi aku macam pakai blusher. Dah tu sebelah je pulak tu. Ada juga la nampak macam minah mereng. Dia gelakkan aku.
“Boleh tak lepaskan tangan saya. Rimas la orang asyik tengok je.” Pinta ku kepada Haiqal. Ketawanya semakin reda. Matanya masih lagi memandang ku.
“Biar la orang nak cakap apa. Pedulikan.”
“Saya tak suka la.”
“Tapi saya suka,” dia senyum. Sengaja mainkan kata-kata ku.
“Lepas la. Nanti kalau pakwe saya nampak macam mana? Saya yang susah,” aku berdalih. Wajahnya beubah. Dia merenung ku. Aku jadi serba salah. Tapi aku tak kisah asal tangan ku dilepaskan.

“Betul awak ada special boyfriend?” aku terdiam. Nak jawab ke tak ni. Nanti dia tanya Niza macam mana. Ahh..lantak la.
“Er..ha ah .. a..ada..” tergagap aku jawab. Dia macam dah tahu aku nak kelentong dia.
“Kalau macam tu call la dia. Saya nak jumpa dengan dia.” Arahnya. Aku gelabah.
“Er..dia ada dekat Hong Kong.” Entah macam mana aku boleh jawab macam tu. Lawak betul masa tu. Dia pun aku tengok mcam nak gelakkan aku je.
“Baik awak cakap betul-betul. Kalau tak saya cium awak.” Dia sudah memegang kedua belah bahu ku. Kami kini berhadapan.

Tubuh kami semakin rapat, wajah kami semakin dekat.
“Ha..ttt..tu la pakwe saya.” Entah macam mana aku menunjuk seseorang yang sedang berjalan menuju kearah kami.

Dia memandang ku tanpa berkelip. Aku mengangkat kening. Tangan ku masih di genggam kemas. Orang yang ku tunjukkan tadi sudah semakin hampir dengan kami. Dia tergelak besar sampai semua yang ada di situ menoleh kearah kami termasuk la Niza dan abangnya.

“Kalau nak tipu pun jangan la sampai nak guna kawan saya.” Malunya aku. Boleh kantoi lagi dengan dia. Muka aku dah merah padam tahan malu. Tersipu-sipu aku jadinya.


Tiba-tiba……..
Pang !!!!!!!!!


******

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 1  

Tuesday, March 24, 2009

Hari ni adalah hari terakhir aku menduduki kertas peperiksaan. Aman rasanya kerana tak perlu lagi aku memberatkan kepala ku pelajaran. Aku melangkah keluar menuju ke bas stop. Malas aku nak lepak-lepak tak tentu hala. Bukan apa, aku malas nak dengar ceramah abah aku tu. Aku ni tak ramai adik-beradik. Cuma dua orang je. Emak aku dah lama meninggal. Sejak dari tu abah la yang jaga kami dua beradik. Beza aku dengan abang aku lebih kurang enam tahun.

Lagipun abang aku dah kawin dan kami tinggal serumah. Aku dengan kakak ipar aku tu bukannya baik sangat. Maklum la keluarga mentua abang aku orang berada. Nak kata berada sangat tu tak la. Pada aku biasa je Cuma dia orang ni suka membanggakan diri. Dah itu yang abang aku pilih, abah pun malas nak cakap apa. Aku ni lagilah. Malas nak masuk campur.

“Wei Kasih, lajunya jalan. Tunggu la kami.” Hana dan Niza berlari anak menuju ka arah aku. Terkedek-kedek si Niza mengejar langkah Hana. Hana ni suka sangat buli si Niza ni. Mentang-mentang la si Niza tu sedikit berisi, suka-suka dia je nak buli.

“Kenapa laju sangat jalan. Awal lagi la nak balik.” Hana menyangi ku. Si Hana memang kaki lepak. Tak ramai yang suka kawan dengan dia ni. Mana taknya, 24 jam asyik nak berlagak memanjang. Aku dengan Niza je yang tahan. Kadang-kadang aku basuh jugak kalau dah lebih sangat. Ni pun dah kurang sikit. Si Niza pulak asyik ikut je cakap dia.

“Ha ah la Kasih. Jom la kita lepak dulu dekat Summit. Aku lapar la.” Niza cuba memujuk ku. Lepak lagi. Best sangat ke selalu melepak dekat Summit tu. Dah la asyik ramai dengan orang dari seberang. Aku rimas bila kena menyelit dengan orang-orang macam tu.

“Malas la. Aku nak balik. Nak rest.” Aku tolak pelawaan mereka.
“Ala jom la Kasih.” Niza masih cuba memujuk ku.
“Lain kali je la. Aku dah janji dengan abah aku la.”
“Eleh. Macam la ada laki nak balik awal.” Hana menyindir. Aku dengar tapi malas nak layan. Orang dah kalah, boleh la cakap macam tu.
“Dah memang abah aku laki, nak buat mcam mana.” Membalas sindiran Hana.

Semua senyap. Bus stop pun dah penuh dengan pelajar lain. Terpaksa la kami berdiri sambil menanti bas tiba.
“Macam mana tadi. Kau dapat jawab tak?” Niza bertanya kepada ku tentang kertas peperiksaan yang kami ambil tadi.
“Boleh la. Janji aku dah lepas.” Aku jawab acuh tak acuh.

Aku tengok Hana tengah sibuk bersembang dengan pelajar lelaki sekolah kami. Aku tak kenal sangat sebab malas nak layan karenah lelaki ni. Bukan abah aku larang, cuma aku tak terbuka lagi pintu hati nak bercinta. Aku tak mahu nak serabutkan kepala aku dengan masalah cinta. Tergedik-gedik aku tengok Hana melayan pelajar lelaki tu. Niza pun tumpang sekaki. Aku tengok si Hana tu macam rimas je sebab Niza join sembang sekali. Kesian aku tengok si Niza.

Dekat 20 minit aku tunggu bas. Masih tak datang-datang lagi. Belakang baju aku dah basah dengan peluh. Nasib baik aku pakai seamless so tak la nampak seksi. Bukan boleh percaya dengan budak lelaki sekarang. Aku tengok yang lebih advance pun ada.

Aku dah tak sanggup nak tengok Niza jadi macam patung je dekat tepi Hana. Budak lelaki tu dengan kawan-kawannya langsung tak pedulikan dia. Aku tahu la Hana tu slim tapi jangan la layan si Niza tu macam tu. Dia orang pun bukan hansem sangat pun. Aku tengok pun tak selera. Aku jalan ke arah mereka.

“Eh Niza, jom temankan aku kejap.” Niza terpinga.
“Ala Kasih, relax la dulu.” Seorang dari mereka bersuara. Aku tak layan. Aku tarik tangan Niza dan melangkah menjauhi kumpulan itu. Hana langsung tidak menoleh ke arah kami.
“Kau nak ajak aku pergi mana ni Kasih?” Niza bertanya. Aku senyum. Nak cakap tak sampai hati, tak cakap aku kesian tengok dia.
“Dah berapa lama kita kawan,” Niza mencongak.
“Dari awal kita masuk sekolah menengah. Kenapa?” Niza menjawab. Dia masih tidak faham.

“Aku sebenarnya sayangkan kau Niza. Aku sebenarnya tak suka kau kena buli. Kau memang tak kisah sebab kau nak cari kawan. Tapi bukan semua kawan tu boleh layan kau dengan elok. Semuanya aku tengok cuma ambil kesempatan dekat kau je. Kau tak patut biarkan orang buli kau Niza. Kau juga ada harga diri.” Niza termenung. Mendengar tiap baris kata yang aku luahkan.
“Aku tahu.” Aku tengok Niza tunduk. Aku tahu dia sedih sebab dah banyak kali aku marah pasal ni.
“Jangan macam ni Niza. Kita dah lama kawan. Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku. Cuma aku tak suka kalau kau terus memperbodohkan diri kau sebab nak jadi macam Hana.” Air matanya jatuh ke pipi tapi cepat-cepat di seka sebab tidak mahu menjadi tontonan orang. Aku rasa bersalah. Kalau aku tak cakap mungkin dia takkan bersedih. Tapi aku lakukan ini untuk kebaikanya.

“Maafkan aku la Niza kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap. Aku buat sebab aku sayangkan kau. Terpulang la kalau kau nak dengar atau tak.” Aku menepuk lembut bahu Niza.

Dia diam saja sejak dari tadi. Sehinggalah bas datang, Niza tetap senyap. Risau juga aku manalah tahu dia kecik hati dengan teguran ku. Susah jugak sebab aku pun bukannya banyak kawan sangat. Kami bangun dan sama-sama berebut nak naik bas.

Masa nak naik bas tu, faham-faham je la budak-budak sekolah. Mana lah dia orang reti beratur. Kami yang perempuan ni kena lah tunggu sampai budak lelaki semua naik. Aku sendiri pun selalu kena berdiri. Kali ni aku tengok bas dah sarat sangat. Aku masih jauh lagi dari tangga bas. Tengah sibuk aku berebut nak naik, aku rasa tangan aku di tarik orang.

Masa kena tarik tu nasib baik aku tak jatuh. Aku menoleh kebelakang. Tangan ku masih lagi dalam genggamannya. Mak aih.. hansem gila. Aku seperti dah terpukau dengan kekacakannya. Memang kalah model Malaysia. Nasib baik mulut aku tak ternganga. Kalau tak sure lalat dah mengeram dekat dalam.

Aku cuba tarik tangan aku tapi mana aku nak lawan kudrat lelaki. Punya la kejap dia cengkam tangan aku. Dia masih tenung mata aku. Masa tu dada aku rasa macam nak pecah. Jantung aku berdegup sakan. Macam nak terkeluar pun ada. Lagi-lagi aku tak tahan masa dia senyum. Mau pengsan dibuatnya.

Masa tu aku langsung tak sedar yang aku dah tertinggal bas. Bukan tu je, kami ni dah jadi tontonan budak-budak yang ada dekat bus stop tu. Bila aku dah perasan orang asyik pandang-pandang, aku rentap kuat tangan aku. Dia macam tahu je yang aku dah rasa tak selesa.

“Kenapa?” dia tanya.
“Kenapa awak cakap! Awak ingat saya ni bini awak ke?” aku sengaja buat-buat garang. Nak jual mahal la katakan. Lagipun aku ni bukan kaki cintan-cintun. Setakat puji dalam hati tu boleh la.
“Kalau betul apa salahnya.” Dia sengih menampakkan gigi dia yang tersusun rapi. Kalau buat iklan ubat gigi memang laku.
“Hei..jangan main-main la. Lepas la,” aku dah rasa tak sedap hati. Belum apa-apa dah berani nak buat macam ni.
“Ok. Tapi dengan syarat.” Main syarat-syarat la pulak. Suka hati dia je. Aku mengangkat kening.
“Awak kena jadi awek saya. Amacam? Setuju?” terkejut aku bila dia cakap aku kana jadi awek dia. Kenal pun tidak, ada hati nak jadi pakwe aku. Aku cebik.

“Amboi…mulut awak tu takde insuran ke? Awak ingat saya ni apa. Anak ayam? Nak jadi awek awak, ha ha malam sikit.” Aku dah meluat tengok muka dia. Direct sangat la kalau buat macam ni. Aku tak ready langsung dan tak sangka pun benda ni. Dia ingat dengan muka hansem dia tu boleh pikat aku macam tu aje. Boleh jalan la.

Dia gelak dengar aku bersyarah. Masa dia gelak tu, timbul la lesung pipit dia. Hati aku cair. Dah macam ais krim kena panas. Aku buat-buat muka menyampah.
Dia tarik aku ke skuter dia. Memang tadi aku tak perasan skuter tu dia yang punya sebab kami bercakap dekat tepi jalan jauh dari skuter dia. Aku agak mungkin dia anak orang kaya. Budak sekolah mana ada duit nak beli motor sendiri.

“Saya sebenanya dah lama suka dekat awak, Kasih. Tapi saya tak nak ganggu pelajaran awak. Sebab tu saya datang jumpa awak hari ni.” Terangnya sambil duduk atas skuter. Aku ni kena lah berdiri. Takkan aku nak ikut dudk sekali. Silap-silap dia bawak aku lari, tak ke naya.

“Awak bukan satu sekolah dengan saya. Macam mana boleh kenal saya.” Dia senyum lagi. Ya ampun. Jangan la senyum lagi. Boleh pengsan aku kat bus stop ni.

“Ooo.. Kalau tak silap saya, awak pernah datang sekolah saya masa mssd bola jaring.” Aku ingat-ingat balik. Memang aku ada pergi sekolah dia tapi tu masa bulan Febuari. Sekarang bulan Disember. Punya la lama. Eh aku pulak yang beria-ia.

“Mana tahu saya sekolah kat sini,” soal ku.
“Kebetulan cousin saya sekolah kat sini. Saya risik dari dia la. Kenapa? Awak tak sudi ke nak kawan dengan saya.” Aku diam. Bukan tak sudi tapi berhati-hati.

“Bila nak lepaskan tangan saya?” aku dah rimas bila dia asyik ramas-ramas tangan aku. Geli geleman aku di buatnya.
“Selagi awak tak setuju, saya takkan lepaskan.” Gila betul budak ni. Ini dah kira mencabar kesabaran aku. Dia ingat aku macam budak-budak lain kot. Bila kena pegang sikit je dah menyerah. Sorry beb, silap orang la.

Aku dah ready nak bukak mulut. Apalagi, nak menjerit la. Kalau cara baik dia tak nak dengar, kita buat cara jahat.
“Arghh!” baru jerit sikit je dia dah tutup mulut aku.
“Ok..ok…saya lepas. Tak yah la jerit-jerit. Nanti orang ingat saya nak kacau awak pulak,” pujuk dia. Baru tahu aku ni siapa. Tangan ku dilepaskan perlahan. Gayanya begitu romantic sekali.
“Memang awak kacau saya apa. Saya bukan kenal awak pun.” Aku menyindirnya.
“Memang la awak tak kenal saya tapi saya kenal awak.” Aku mencebik sambil mengurut tangan ku yang sedikit sengal.
“Sakit ke?” matanya terarah ke tangan ku.
“Sakit la. Dah la tangan awak tu kasar. Suka-suka je buat anak orang macam ni.” Dia tergelak.
“Memang la anak orang. Takkan nak kawan dengan anak kambing kot.” Damai je bila aku dengar suaranya.

“Apa salahnya. Muka awak pun dah serupa muka kambing apa.” Ejek ku.
“Muka kambing ni jugak la yang awak nak tengok selalu nanti.” Dia balas kata-kata ku. Perasan betul. Aku juihkan bibir.

Masa tu aku nampak bas datang. Tanpa pamit, aku melangkah menuju ke arah bas. Dia menarik tangan ku kembali.

“Cepat la. Nanti saya tertinggal bas.” Marah ku. Ni dah kira bas yang ketiga lalu sepanjang aku di situ.
“ Ok. Tapi bila kita boleh jumpa lagi.” Aku dah mula gelabah. Nak jumpa la pulak. Aku dah la tak reti bab-bab macam ni.
“Please. Saya betul-betul nak jumpa awak lagi.” Entah macam mana aku terpaksa setuju.

“Ok. Itu pun terpulang dengan jodoh kita.” aku menarik tangan ku apabila pegangannya melonggar. Aku berlari sambil mengenyikan mataku. Dia tersenyum sambil mengenakan halmetnya kembali.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster