Ku Yang Setia 1
Tuesday, March 24, 2009
Hari ni adalah hari terakhir aku menduduki kertas peperiksaan. Aman rasanya kerana tak perlu lagi aku memberatkan kepala ku pelajaran. Aku melangkah keluar menuju ke bas stop. Malas aku nak lepak-lepak tak tentu hala. Bukan apa, aku malas nak dengar ceramah abah aku tu. Aku ni tak ramai adik-beradik. Cuma dua orang je. Emak aku dah lama meninggal. Sejak dari tu abah la yang jaga kami dua beradik. Beza aku dengan abang aku lebih kurang enam tahun.
Lagipun abang aku dah kawin dan kami tinggal serumah. Aku dengan kakak ipar aku tu bukannya baik sangat. Maklum la keluarga mentua abang aku orang berada. Nak kata berada sangat tu tak la. Pada aku biasa je Cuma dia orang ni suka membanggakan diri. Dah itu yang abang aku pilih, abah pun malas nak cakap apa. Aku ni lagilah. Malas nak masuk campur.
“Wei Kasih, lajunya jalan. Tunggu la kami.” Hana dan Niza berlari anak menuju ka arah aku. Terkedek-kedek si Niza mengejar langkah Hana. Hana ni suka sangat buli si Niza ni. Mentang-mentang la si Niza tu sedikit berisi, suka-suka dia je nak buli.
“Kenapa laju sangat jalan. Awal lagi la nak balik.” Hana menyangi ku. Si Hana memang kaki lepak. Tak ramai yang suka kawan dengan dia ni. Mana taknya, 24 jam asyik nak berlagak memanjang. Aku dengan Niza je yang tahan. Kadang-kadang aku basuh jugak kalau dah lebih sangat. Ni pun dah kurang sikit. Si Niza pulak asyik ikut je cakap dia.
“Ha ah la Kasih. Jom la kita lepak dulu dekat Summit. Aku lapar la.” Niza cuba memujuk ku. Lepak lagi. Best sangat ke selalu melepak dekat Summit tu. Dah la asyik ramai dengan orang dari seberang. Aku rimas bila kena menyelit dengan orang-orang macam tu.
“Malas la. Aku nak balik. Nak rest.” Aku tolak pelawaan mereka.
“Ala jom la Kasih.” Niza masih cuba memujuk ku.
“Lain kali je la. Aku dah janji dengan abah aku la.”
“Eleh. Macam la ada laki nak balik awal.” Hana menyindir. Aku dengar tapi malas nak layan. Orang dah kalah, boleh la cakap macam tu.
“Dah memang abah aku laki, nak buat mcam mana.” Membalas sindiran Hana.
Semua senyap. Bus stop pun dah penuh dengan pelajar lain. Terpaksa la kami berdiri sambil menanti bas tiba.
“Macam mana tadi. Kau dapat jawab tak?” Niza bertanya kepada ku tentang kertas peperiksaan yang kami ambil tadi.
“Boleh la. Janji aku dah lepas.” Aku jawab acuh tak acuh.
Aku tengok Hana tengah sibuk bersembang dengan pelajar lelaki sekolah kami. Aku tak kenal sangat sebab malas nak layan karenah lelaki ni. Bukan abah aku larang, cuma aku tak terbuka lagi pintu hati nak bercinta. Aku tak mahu nak serabutkan kepala aku dengan masalah cinta. Tergedik-gedik aku tengok Hana melayan pelajar lelaki tu. Niza pun tumpang sekaki. Aku tengok si Hana tu macam rimas je sebab Niza join sembang sekali. Kesian aku tengok si Niza.
Dekat 20 minit aku tunggu bas. Masih tak datang-datang lagi. Belakang baju aku dah basah dengan peluh. Nasib baik aku pakai seamless so tak la nampak seksi. Bukan boleh percaya dengan budak lelaki sekarang. Aku tengok yang lebih advance pun ada.
Aku dah tak sanggup nak tengok Niza jadi macam patung je dekat tepi Hana. Budak lelaki tu dengan kawan-kawannya langsung tak pedulikan dia. Aku tahu la Hana tu slim tapi jangan la layan si Niza tu macam tu. Dia orang pun bukan hansem sangat pun. Aku tengok pun tak selera. Aku jalan ke arah mereka.
“Eh Niza, jom temankan aku kejap.” Niza terpinga.
“Ala Kasih, relax la dulu.” Seorang dari mereka bersuara. Aku tak layan. Aku tarik tangan Niza dan melangkah menjauhi kumpulan itu. Hana langsung tidak menoleh ke arah kami.
“Kau nak ajak aku pergi mana ni Kasih?” Niza bertanya. Aku senyum. Nak cakap tak sampai hati, tak cakap aku kesian tengok dia.
“Dah berapa lama kita kawan,” Niza mencongak.
“Dari awal kita masuk sekolah menengah. Kenapa?” Niza menjawab. Dia masih tidak faham.
“Aku sebenarnya sayangkan kau Niza. Aku sebenarnya tak suka kau kena buli. Kau memang tak kisah sebab kau nak cari kawan. Tapi bukan semua kawan tu boleh layan kau dengan elok. Semuanya aku tengok cuma ambil kesempatan dekat kau je. Kau tak patut biarkan orang buli kau Niza. Kau juga ada harga diri.” Niza termenung. Mendengar tiap baris kata yang aku luahkan.
“Aku tahu.” Aku tengok Niza tunduk. Aku tahu dia sedih sebab dah banyak kali aku marah pasal ni.
“Jangan macam ni Niza. Kita dah lama kawan. Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku. Cuma aku tak suka kalau kau terus memperbodohkan diri kau sebab nak jadi macam Hana.” Air matanya jatuh ke pipi tapi cepat-cepat di seka sebab tidak mahu menjadi tontonan orang. Aku rasa bersalah. Kalau aku tak cakap mungkin dia takkan bersedih. Tapi aku lakukan ini untuk kebaikanya.
“Maafkan aku la Niza kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap. Aku buat sebab aku sayangkan kau. Terpulang la kalau kau nak dengar atau tak.” Aku menepuk lembut bahu Niza.
Dia diam saja sejak dari tadi. Sehinggalah bas datang, Niza tetap senyap. Risau juga aku manalah tahu dia kecik hati dengan teguran ku. Susah jugak sebab aku pun bukannya banyak kawan sangat. Kami bangun dan sama-sama berebut nak naik bas.
Masa nak naik bas tu, faham-faham je la budak-budak sekolah. Mana lah dia orang reti beratur. Kami yang perempuan ni kena lah tunggu sampai budak lelaki semua naik. Aku sendiri pun selalu kena berdiri. Kali ni aku tengok bas dah sarat sangat. Aku masih jauh lagi dari tangga bas. Tengah sibuk aku berebut nak naik, aku rasa tangan aku di tarik orang.
Masa kena tarik tu nasib baik aku tak jatuh. Aku menoleh kebelakang. Tangan ku masih lagi dalam genggamannya. Mak aih.. hansem gila. Aku seperti dah terpukau dengan kekacakannya. Memang kalah model Malaysia. Nasib baik mulut aku tak ternganga. Kalau tak sure lalat dah mengeram dekat dalam.
Aku cuba tarik tangan aku tapi mana aku nak lawan kudrat lelaki. Punya la kejap dia cengkam tangan aku. Dia masih tenung mata aku. Masa tu dada aku rasa macam nak pecah. Jantung aku berdegup sakan. Macam nak terkeluar pun ada. Lagi-lagi aku tak tahan masa dia senyum. Mau pengsan dibuatnya.
Masa tu aku langsung tak sedar yang aku dah tertinggal bas. Bukan tu je, kami ni dah jadi tontonan budak-budak yang ada dekat bus stop tu. Bila aku dah perasan orang asyik pandang-pandang, aku rentap kuat tangan aku. Dia macam tahu je yang aku dah rasa tak selesa.
“Kenapa?” dia tanya.
“Kenapa awak cakap! Awak ingat saya ni bini awak ke?” aku sengaja buat-buat garang. Nak jual mahal la katakan. Lagipun aku ni bukan kaki cintan-cintun. Setakat puji dalam hati tu boleh la.
“Kalau betul apa salahnya.” Dia sengih menampakkan gigi dia yang tersusun rapi. Kalau buat iklan ubat gigi memang laku.
“Hei..jangan main-main la. Lepas la,” aku dah rasa tak sedap hati. Belum apa-apa dah berani nak buat macam ni.
“Ok. Tapi dengan syarat.” Main syarat-syarat la pulak. Suka hati dia je. Aku mengangkat kening.
“Awak kena jadi awek saya. Amacam? Setuju?” terkejut aku bila dia cakap aku kana jadi awek dia. Kenal pun tidak, ada hati nak jadi pakwe aku. Aku cebik.
“Amboi…mulut awak tu takde insuran ke? Awak ingat saya ni apa. Anak ayam? Nak jadi awek awak, ha ha malam sikit.” Aku dah meluat tengok muka dia. Direct sangat la kalau buat macam ni. Aku tak ready langsung dan tak sangka pun benda ni. Dia ingat dengan muka hansem dia tu boleh pikat aku macam tu aje. Boleh jalan la.
Dia gelak dengar aku bersyarah. Masa dia gelak tu, timbul la lesung pipit dia. Hati aku cair. Dah macam ais krim kena panas. Aku buat-buat muka menyampah.
Dia tarik aku ke skuter dia. Memang tadi aku tak perasan skuter tu dia yang punya sebab kami bercakap dekat tepi jalan jauh dari skuter dia. Aku agak mungkin dia anak orang kaya. Budak sekolah mana ada duit nak beli motor sendiri.
“Saya sebenanya dah lama suka dekat awak, Kasih. Tapi saya tak nak ganggu pelajaran awak. Sebab tu saya datang jumpa awak hari ni.” Terangnya sambil duduk atas skuter. Aku ni kena lah berdiri. Takkan aku nak ikut dudk sekali. Silap-silap dia bawak aku lari, tak ke naya.
“Awak bukan satu sekolah dengan saya. Macam mana boleh kenal saya.” Dia senyum lagi. Ya ampun. Jangan la senyum lagi. Boleh pengsan aku kat bus stop ni.
“Ooo.. Kalau tak silap saya, awak pernah datang sekolah saya masa mssd bola jaring.” Aku ingat-ingat balik. Memang aku ada pergi sekolah dia tapi tu masa bulan Febuari. Sekarang bulan Disember. Punya la lama. Eh aku pulak yang beria-ia.
“Mana tahu saya sekolah kat sini,” soal ku.
“Kebetulan cousin saya sekolah kat sini. Saya risik dari dia la. Kenapa? Awak tak sudi ke nak kawan dengan saya.” Aku diam. Bukan tak sudi tapi berhati-hati.
“Bila nak lepaskan tangan saya?” aku dah rimas bila dia asyik ramas-ramas tangan aku. Geli geleman aku di buatnya.
“Selagi awak tak setuju, saya takkan lepaskan.” Gila betul budak ni. Ini dah kira mencabar kesabaran aku. Dia ingat aku macam budak-budak lain kot. Bila kena pegang sikit je dah menyerah. Sorry beb, silap orang la.
Aku dah ready nak bukak mulut. Apalagi, nak menjerit la. Kalau cara baik dia tak nak dengar, kita buat cara jahat.
“Arghh!” baru jerit sikit je dia dah tutup mulut aku.
“Ok..ok…saya lepas. Tak yah la jerit-jerit. Nanti orang ingat saya nak kacau awak pulak,” pujuk dia. Baru tahu aku ni siapa. Tangan ku dilepaskan perlahan. Gayanya begitu romantic sekali.
“Memang awak kacau saya apa. Saya bukan kenal awak pun.” Aku menyindirnya.
“Memang la awak tak kenal saya tapi saya kenal awak.” Aku mencebik sambil mengurut tangan ku yang sedikit sengal.
“Sakit ke?” matanya terarah ke tangan ku.
“Sakit la. Dah la tangan awak tu kasar. Suka-suka je buat anak orang macam ni.” Dia tergelak.
“Memang la anak orang. Takkan nak kawan dengan anak kambing kot.” Damai je bila aku dengar suaranya.
“Apa salahnya. Muka awak pun dah serupa muka kambing apa.” Ejek ku.
“Muka kambing ni jugak la yang awak nak tengok selalu nanti.” Dia balas kata-kata ku. Perasan betul. Aku juihkan bibir.
Masa tu aku nampak bas datang. Tanpa pamit, aku melangkah menuju ke arah bas. Dia menarik tangan ku kembali.
“Cepat la. Nanti saya tertinggal bas.” Marah ku. Ni dah kira bas yang ketiga lalu sepanjang aku di situ.
“ Ok. Tapi bila kita boleh jumpa lagi.” Aku dah mula gelabah. Nak jumpa la pulak. Aku dah la tak reti bab-bab macam ni.
“Please. Saya betul-betul nak jumpa awak lagi.” Entah macam mana aku terpaksa setuju.
“Ok. Itu pun terpulang dengan jodoh kita.” aku menarik tangan ku apabila pegangannya melonggar. Aku berlari sambil mengenyikan mataku. Dia tersenyum sambil mengenakan halmetnya kembali.
0 comments: to “ Ku Yang Setia 1 ”
Post a Comment