Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku yang Setia 25  

Monday, February 22, 2010

Entah berapa kali aku memusing di atas katil. Mata tak juga pejam. Rasa mengantuk langsung tidak mahu menjengah. Dan aku pun tak tahu entah berapa kali aku bertukar posisi duduk dan baring. Rasa tak selesa je aku tukar posisi lagi.

Pening kepala aku di buatnya. Tak satu-satu benda yang datang. Tak cukup problem aku kat pejabat, sekarang ni dengan Zafri pula. Makin runsing aku di buatnya.

Dua-dua sama penting pada aku. Di kiri kerjaya dan di kanan masa depan. Nak kena pilih yang mana satu, rasanya memang aku tak boleh. Penat lelah aku memerah otak untuk segulung ijazah tak berbaloi kalau aku tamatkan zaman bujang ku sekarang.

Masih terlalu jauh untuk aku kejar. Dan boleh di katakan aku masih jauh tertinggal di belakang. Yang paling penting sekali, aku masih belum puas untuk hidup bujang. Aku masih belum puas membelanjakan hasil titik peluh ku.

Dan kalau di izinkan, aku ingin mengembara ke tempat-tempat yang aku idamkan. Semua tu aku kena buat sebelum aku setuju untuk melangkah ke alam perkahwinan. Bila dah kahwin nanti, jangan kata nak mengembara, nak bekerja pun belum tentu di izinkan.

Aku duduk di lantai sambil bersandar di katil. Mengadap jendela yang sengaja ku biarkan terbuka. Walaupun agak kedinginan, tapi aku rasa nyaman. Sekurang-kurangnya aku tak rasa terlalu tertekan.

Dalam aku sedang memikirkan masalah yang datang, tiba-tiba je phone aku berbunyi. Dan dengan malasnya aku merangkak lalu menjawab panggilan yang entah aku tidak tahu dari siapa.

“Hello,” dan seperti biasa aku jawab dengan sopan. Nama pun perempuan. Sopan santun itukan budaya kita.

“Hai.” Gulp!! Tiba-tiba lidah ku jadi kelu. Aku agak terkejut tatkala mendengar suara si pemanggil. Bukan tak biasa tapi tak percaya.

“Hello,” aku masih terdiam. Bibir ku sedikit terbuka kerana benar-benar tidak menyangka. Kaku aku di buatnya. Angin tidak, ribut pun tidak. Tak tahu pula angin apa yang buat dia call aku malam-malam buta ni. Takkan tak boleh nak tunggu sampai esok. Tolak tambah cuma tinggal lapan jam je lagi.

“Saya tahu awak masih ada kat sana.” Ewah… Macam tahu-tahu je apa yang sedang berlaku pada aku. Takkan dia pakai bomoh kot. Tak pun tilik nasib. Benda-benda tu walaupun kolot tapi masih mampu mengaburi pemikiran orang zaman sekarang. Manalah nak tahu kalau-kalau bos aku ni tergolong di kalangan orang macam tu.

“Kasih.”
“A.aaa…Encik… aa… encik nak apa call saya ni?” terketar-ketar suara aku. Terkejut punya pasal sampai aku tergagap-gagap. Penting sangat ke apa yang dia nak cakap dengan aku ni.

“Kenapa? Tak boleh ke?” suaranya agak berlainan sedikit di dalam talian. Agak sedap untuk di dengar. Tak ada lagi suara marah-marah macam selalu. Walau macam mana pun, ia masih tak mampu untuk menandingi suara buah hati kesayangan ku, Zafri. He’s the best.

“Bu..bukan tak boleh. A..a.a…cuma saya rasa pelik sikit je.” Ahhh… agaknya aku terlalu berterus terang. Tapi, nak buat apa aku berdalih-dalih. Lagipun dia cuma ketua di tempat aku bekerja.
“Tak ada apa-apa. Saja je saya nak dengar suara kamu.”

Hah!! Dia talifon aku semata-mata nak dengar suara aku?! Apa benda ni? Ni yang nak buat aku makin pening ni. Hilang akal ke dia ni.

“Ta… ta…..” tak terkeluar pula ayat aku. Kalau boleh aku tak mahu la bersikap kurang ajar. Kan ke cari nahas namanya. Silap-silap aku di buang kerja nanti. Tambah lagi satu masalah pula.

“Haha… tak adalah. Saya gurau je tadi. Sebenarnya saya call ni nak bagitau tentang meeting kita dengan customer esok.” Fuh!.. lega rasanya. Kut-kut la kalau apa yang dia cakap tu betul. Naik risau aku di buatnya.

Meeting! Bila pula aku kena pergi meeting dengan dia. Bukan selalu ‘minah salleh’ celup tu ke yang temankan dia. Ish! Tak masuk dek akal langsung la orang tua ni.

“Tapi Fairuz..eh… En.Fairuz, patutnya Nina yang pergi. Bukannya saya. Mungkin encik dah salah orang ni. Saya Kasih…” belum pun aku habis cakap dia dah gelakkan aku. Dia ingat apa yang aku cakap tadi lawak agaknya. Mungkin iyelah sebab dia dah salah call orang.

“Kenapa encik gelak?” tawanya masih belum berhenti. Entah apa yang lucu sangat aku sendiri pun tak tahu. Mungkin dia sengaja nak cover malu kot.

“Mungkin awak ingat saya silap orang kan?” ujarnya setelah tawanya mati. Aku sekadar mengangguk walhal dia sah-sah takkan nampak apa yang sedang aku lakukan. Aku masih tetap mendengar.

“Sebenarnya saya tak silap. Memang saya cari awak. Cuma awak je yang tak ingat.”
“Err… tak ingat? Apa maksud encik? Saya tak faham,” makin serabut kepala aku di buatnya. Kalau straight to the point kan senang. Tak payah aku nak fakir-fikir lagi.

“Betul awak tak ingat ni?”
“Tak encik.”
“Tak apalah. Mungkin awak tak dapat note yang saya tulis semalam. It’s ok. Sorry kacau awak malam-malam ni.”

“Err… Note? Note apa encik?” aku cuba mengimbas kembali kalau-kalau betul apa yang sedang En. Fairuz cakapkan.
“Ada saya tinggalkan satu note dekat atas meja awak semalam. Mungkin awak tak perasan agaknya.” Tapi seingat-ingat aku, memang aku tak dapat apa-apa note pun dari dia. Kalau tak silap aku petang semalam lepas solat aaa… Alamak!!

Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa ni. Patutlah Kak Fat tak tahu bila aku tanya pasal note tu. Rupa-rupanya tulisan En. Fairuz. Macam mana aku boleh tak perasaan ni. Matilah aku kali ni. Apa aku nak buat ni. Yang dia pun satu, apasal tak letak nama dia kat note tu. Tengok! Sekarang ni aku juga yang kena.

“It’s ok Kasih. Awak tak payah risau. See you tomorrow. By the way, saya suka dengar suara awak. Ahh..yang ni saya tak bergurau ok. Good night,” Klik! Talian di tamatkan tanpa menanti kata balas dari ku.

Aku termanggu sendiri. Masih dalam keadaan takut dan terkejut sehingga tak mampu untuk ku luah dengan kata-kata. Aku merenung talifon yang masih berada di gengaman ku. Jauh di fikiran ku tertanya-tanya akan ayat-ayat terakhir yang ku dengar dari En. Fairuz.

Sungguh aku benar-benar tak percaya. Mengapa, kenapa dan untuk apa? Semua persoalan terkisar di fikiran ku. Terus menjadi lumat. Yang pasti, aku terlena bersama sebuah igauan ngeri yang benar-benar di luar jangkaan ku.

****************

Ahhhhh…. Moga-moga nasib aku hari ini akan lebih cerah dari semalam. Harap-harap juga kalau aku tidak akan di paksa untuk hadiri meeting dengan En.Fairuz. Apa yang terjadi malam tadi akan ku anggap sekadar mimpi.

Lepas je parking kereta, aku terus berjalan kaki ke ruang lobi. Kalau-ikut-ikutkan Cuma tinggal beberapa minit je lagi waktu pejabat akan bermula. Apa lagi, langkah kaki aku perbesarkan. Biar cepat sampai. Kalau lambat nanti habis la rekod yang aku cuba pertahankan sepanjang tahun ni.

Tapi panas yang ku harapkan hingga ke petang tak kesampaian. Malang tetap tidak berbau. Orang kata kalau dah nasib tu memang nasib juga la kan.

“Opocot!” Tengah aku kejar masa, tiba-tiba je langkah aku terhenti. Bukan tu saja, aku hampir tersungkur. Ini semua gara-gara tumit kasut tinggi aku terbenam ke dalam lubang. Lubang yang sering aku elakkan setiap pagi akhirnya memakan diri juga.

‘Alamak.. macam mana aku boleh tak perasan ni. Ishhhh…’ mengomel mulut aku sendirian.

Mana tidaknya. Dah la waktu tu orang tengah ramai nak masuk pejabat. Boleh pulak kasut aku ni buat hal. Nak tak nak terpaksalah aku tebalkan muka ni.

“Kenapa?” Ops!! Macam nak kenal je suara tu. Aku tak berani nak angkat kepala. Dan memang aku kenal suara tu. Ish!! Takkan kot. Apa yang dia buat kat sini. Malunya aku.

“Kenapa bro?” kali ni suara Eddie pula. Rasanya macam nak pengsan je. Memang malang betul nasib aku hari tu.

“Awak ok ke?” sekali lagi suaranya bernada risau. Bila aku duduk diam tak menjawab, akhirnya dia pun tunduk sama di sisi aku. Kalau la aku ni masih single, rasanya memang inilah waktu yang paling di tunggu-tunggu. But sorry, hati aku takkan berubah walaupun macam mana sekali pun. Ruang hati ku hanya milik Zafri seorang.

“Kasih!” lamunan aku terhenti bila En. Fairuz menggoncang bahu ku. Dalam waktu macam ni pun aku boleh berangan lagi. Aku memandang wajahnya yang kacak. Sikit pun tak menggambarkan umurnya. Nampak lebih muda dari usianya yang sebenar. Cuma aku rasa akan lebih kacak lagi kalau wajahnya sentiasa di hiasi dengan senyuman.

“Er.. ye?” wajahnya yang sebentar tadi risau berubah menjadi pelik. Mungkin di sebabkan soalan ku.
“Awak ok ke ni?”
“Eh….err.r… ok… ok… saya ok…” Aku tak dapat gambar muka aku masa tu. Memang dah blushing habis.
“Kalau ok kenapa awak duduk kat sini?”
“Hah!.. aaa… er.. tak ada apalah. Er…aaa… tadi barang saya terjatuh.” Seboleh-bolehnya aku nak mengelak dari dia. Muka Eddie dari tadi asyik tersenyum-senyum je. Geram betul aku di buatnya.

“Betul awak tak apa-apa ni?” soal En.Fairuz lagi. Gaya nampak macam dia ambil berat sangat. Mungkin juga sebab aku ni kan orang bawahannya. Tak pun dia nak jadi seorang ketua yang berwibawa.
“Be..betul encik. Saya tak apa-apa.” Aku yakinkannya lagi. Dalam hati aku berdoa agar dia cepat-cepat beredar. Lagi lama dia kat situ, lagi lama aku tak boleh bangun.

“Ok,” pantas aku menarik nafas lega. Tumit kasut yang dah pun patah ku renung kosong. Nak salahkan dia pun tak boleh. Banyak jasa dia pada aku. Aku pastikan bayangan En.Fairuz menghilang barulah aku bangun. Aku menyambung langkah sambil membimbit kasut ku.

Tak sangka hari ni adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup aku apabila terpaksa berkaki ayam masuk ke pejabat. Beberapa pasang mata memerhatikan ku. Namun aku tak kisah. Apa yang terjadi sudah pun tersurat. Takkan aku nak meraung bagi satu dunia tahu.

“Apa cerita kau ni. Demam ke?” Kak Fat terus saja menyerbu sebaik saja aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku tersenyum pahit. Sekurang-kurangnya aku dapat menambah pengalaman dalam hidup ku. Dan yang penting diari harian ku akan makin ceria dengan kisah-kisah lucu yang macam ni. Memang takkan boleh lupa beb.

“Hehehe.. yang demam bukan saya tapi ni haa,” aku meletakkan kasut ku yang telah terkulai tumitnya di atas meja. Mujur hanya sebelah. Aku rasa masih boleh di gunakan jika di perbaiki.

“Mak aih…. Sampai patah tumit dia kau kerjakan. Dasyat betul kau ni.” Aku tersenyum mendengar celoteh Kak Fat. Memang seronok kalau dengar celoteh dia pagi-pagi ni. Selalunya dia akan cerita pasal kerenah anak-anak dia.

“Nak buat macam mana kak. Dah nasib,” aku mengeluh. Kaki ku telah pun tersarung sepasang sandal yang selalu aku gunakan khas ketika di dalam pejabat.
“Iyelah tu nasib. Akak rasa badan kau dah gemuk kot. Tu pasal dia patah. Mana nak dapat tampung berat badan kau tu.”
“Hah! Ye ke? Pandai-pandai je akak ni. Badan kurus macam ni akak kata gemuk. Agaknya badan yang kerempeng tu baru akak kata kurus.” Kak Fat tersenyum. Memang dia tahu badan ku pun tak la sebesar mana.

“Mana tahu berat dos…” kata-kata Kak Fat terhenti apabila terlihat wajah bos kami yang tiba-tiba saja muncul. Suasana ruang pejabat menjadi sunyi seketika. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.

Aku pun dah tunduk ke bawah. Rasanya perasaan malu ku masih belum hilang. Itu belum dia dapat tahu apa yang terjadi. Kalaulah dia tahu, memang malu besar aku.

Kami mula melakukan kerja masing-masing. En.Fairuz masih berbincang sesuatu bersama dengan pembantunya. Aku sikit pun tak pandang padanya. Mata ku tertumpu ke arah skrin computer di hadapan ku walaupun otak ku terbang melayang.

“Awak tolong buatkan laporan ni semula.” Opocot! Terkejut aku. Macam mana dia boleh ada dekat meja aku ni. Bila pula dia datang kat sini. Aku dah mengelabah sakan.
“Aaa..err.. ok,” tergagap-gagap aku jawab. Tak bagi salam langsung. Main redah je. Agaknya kalau masuk rumah orang dah lama kena hentam.

“Awak tengah buat apa tadi?”
“Hah! Er.. bu..buat.. aaa… buat kerja.”
“Awak buat kerja dengan apa? Saya tengok pc pun awak tak on lagi.”

Bang! Bang! Tepat terus ke tengkorak aku. Tambah lagi senarai malu aku. Cukup pukul lima petang nanti penuh satu muka surat.

“Aaa..err… he…” aku dah tak tahu nak jawab apa dah. Memang kantoi.
“Lain kali jangan berangan. Saya tak mahu mutu kerja awak terganggu. Faham.”
“Fa… fa… faham encik.” En.Fairuz tak tunggu lama lagi. Dia pun menapak meninggalkan meja aku. Fuhh!! Selamat lagi aku kali ni. Nasib baik dia cuma bisik je dekat aku.

Hari ni memang hari yang menyeramkan untuk aku. Semua berpunca dari malam tadi. Tak pasal-pasal terbawa sampai hari ni. Tak tentu arah hidup aku di buatnya.

Aku terus mencapai handphone dan melangkah ke tandas. Rasanya di situlah tempat yang agak privacy. Sekurang-kurangnya aku dapat lepaskan tekanan aku bila dengar suara Zafri nanti.

“Mana dia ni. Dari tadi call langsung tak berjawab. Takkan merajuk lagi.” Dah puas aku dail nombor Zafri. Dan puas jugalah aku menunggu dalam tandas. Buah hati aku kalau dah merajuk memang susah betul nak di pujuk. Nama je lelaki.

Dengan perasaan hampa, aku kembali ke meja. Nasib baik Kak Fat tak banyak soal. Macam tahu-tahu je aku tak ada mood nak bersembang. Mungkin juga dia dapat baca dari riaksi muka aku yang masam mencuka.

Aku terus duduk atas kerusi. Dan secara automatiknya tangan aku pun lincah menyiapkan kerja yang di beri oleh En.Fairuz. Tak ada nak toleh di kiri dan kanan lagi. Aku terus siapkan seperti mana yang bos aku mahukan.

Sedar tak sedar waktu dah pun berganjak dari pagi ke tengah hari. Kira lama jugalah aku duduk kat meja aku. Sikit pun aku tak berganjak. Kira power juga semangat aku ni. Tambahan pula Kak Fat pun langsung tak cakap. Kira dia pun memahami keadaan aku.

“Kau nak makan apa?” Baru tegur dah mula. Memang tak boleh aku nak puji Kak Fat ni sikit.
“Tak kisah la kak. Tapi rasanya saya kirim je dekat siapa-siapa kot. Takkan nak keluar lunch pakai capal jamban ni,” aku menjuihkan bibir kea rah kaki aku. Dan anak mata Kak Fat juga memandang ke arah yang sama.

“Hehe.. sorry la. Akak lupa. Tapi kita nak kirim kat siapa?” Iye tak iye juga. Kalau kami tak keluar, siapa pula yang nak belikan untuk kami. Tak pasal-pasal aku garu kepala yang tak gatal.

“Ha ah ye. Nak kirim kat siapa pula ni.” Aku memusing keliling. Sorang-sorang bangun meninggalkan tempat kerja masing-masing. Siapa pula yang akan jadi ‘mangsa’ kami ni. Kak Fat turut mencari jikalau ada sesiapa yang apat membantu kami. Darurat la katakana.

“Hai sweet, bos you ada?” Opocot! Terkejut beruk aku di buatnya. Tiba-tiba pula En.Eddy ni jerkah aku dari belakang. Tak pasal-pasal pen di tangan ku terjatuh. Memang tak ada adap sopan langsung.

“Eh.. En.Eddy. … Dia ada kat dalam kot,” jawapan ku pendek sambil aku menunduk mengambil pen aku semula.
“Takkan main kot-kot.” Eh..Eh.. banyak soal pula kawan bos aku ni. Nak buat apa Tanya aku. Kalau dia nak duduk sehari suntuk dalam pejabat dia pun aku nak kata apa. Jangankan kata, nak ambil tahu pun tidak.

“Betul la. Lagipun saya ni bukan secretary dia la En.Eddy.” aku jawab acuh tak acuh. Sejak mendapat tahu perangai playboy En.Eddy, aku pun tak berapa nak layan E.Eddy sangat.
“Amboi, sombongnya cik adik kita ni. Ehh.. dah pukul berapa ni? You all tak keluar ke?”

“EH .. aaaa… Kami diet. Nak kuruskan badan,” Kak Fat mencelah. Kesian tengok aku kena dera dngan En. Eddy.
“Hah! Nak kurus apa lagi. Nak tunggu sampai nampak tulang.” Aku hanya tersengih mendengar kata-kata En. Eddy. Kebetulan pula waktu itu En.Fairuz pun baru keluar dari biliknya.

“Bro! Kasut ni untuk siapa?” Memang betul la lelaki sorang ni tak reti nak control adap. Aku dengan Kak Fat ada depan dia pun dia boleh Tanya kuat-kuat. Nasib baik bos aku tu kawan dia. Kalau orang lain, aku rasa dah lama kena kick.

Aku dapat melihat dengan jelas paper bag yang berada di tangan En.En. Eddy telah pun bertukar tangan. Waahhh… nampaknya bos aku dah ada girlfriend. Agak-agaknya si Nina tak. Eh… tapi bukan ke ‘minah salleh’ celup tu dah lama keluar.

Aku tak ambil pusing. Biarlah mereka dengan agenda mereka. Kalau boleh aku tak mahu ada sangkut paut dengan diri aku langsung. Aku melangkah ke meja Kak Fat.

“Nak makan apa ni kak? Semua staff dah keluar. Tapi kita tak kirim apa-apa pun kat dia orang.”
“Itulah pasal. Akak ingat tadi nak tanya si Arin budak billing, tapi tak sempat. Lagipun dia jalan nampak macam nak cepat je. Ada hal agaknya. Nanti akak try call hubby akak,” pantas Kak Fat mencapai talifon di sebelah kiri meja.

“Tak payah.” Aku dan Kak Fat menoleh pantas. En.Fairuz sudah pun berada di sisi aku. Tangan kanannya menarik ganggang talifon dari tangan kak Fat.

“Apa yang tak payah En.Fairuz,” aku dah tak sedap hati. Kalau ada je dia dekat dengan kami, mesti ada benda yang pelik akan berlaku. Cukuplah dengan kejadian malam tadi. Tak payahlah nak tambahkan serabut di otak aku ni.

“Tak payah kamu nak susahkan suami kamu tu. Dia pun ada kerja juga.”
“Tapi encik…”
“Tak apa. Kali ni biar saya belanja kamu. Rasanya dah lama saya tak makan sama-sama dengan pekerja saya,” sekali lagi aku dan Kak Fat saling berpandangan. Biar betul ni. Kenapa tiba-tiba je.

Aku pantas menggeleng. Mata Kak Fatin membulat. Aku tahu maksudnya. Mesti dia nak tahu kenapa aku nak menolak. Memang sah-sah dia lupa. Aku tunjukkan kaki aku.

Ada ke patut aku nak keluar dengan capal jamban je. Tak masuk dek akal. Dari pada aku malukan diri sendiri, baik aku makan biskut kering je kat pejabat.

“Kalau awak malu nak pakai selipar tu, awak pakai ni.” Naik bulat mata aku. Hulurannya masih tidak ku sambut. Gila kentang. Takkan tiba-tiba je ni. Maaaaakkkkkk!! Tolong……

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster