Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 8  

Wednesday, April 29, 2009

“Hai princes frog,” tersengih-sengih macam cekodok penyek. Menyampah aku. Entah macam mana cerita aku dapat hadiah katak tersebar luas. Punya la malu. Kat situ la mula gelaran aku sebagai ‘Princes Frog’ a.k.a puteri katak. Bengang pun ada. Aku masih tak dapat tangkap siapa gerangan manusia yang sengaja nak sabotaj aku.

“Hai princes frog, nak ke mana?” aku buat tak dengar sapaan budak-budak nakal. Kalau boleh nak je aku seligi kepala sorang-sorang.
“Wei Kasih. Apasal muka masam je ni,” Achik dan Zila duduk semeja dengan ku.
“Ni mesti pasal princes frog kan,” Achik sudah tersenyum-senyum. Tarik hidung tu karang maunya jadi burung belatuk.

“Yang kau sengih sakan tu apasal? Bukan kau ke yang lari tak cukup tanah hari tu,” serta merta senyuman Achik jadi kendur. Baru kau tahu. Ejek aku lagi.
“Ala kau ni Kasih. Cepat sangat sensitive,”Zila meredakan keadaan. Aku sebenarnya dah rimas sebab dekat kefe tu semua dah senyum-senyum tengok muka aku. Yang aku hairan bin ajaib tu, macam mana gambar aku yang tengah berdiri atas meja boleh terpampang dekat papan kenyataan. Malu gila di buatnya. Aku tak pasti siapa punya kerja.

“Lantak la. Janji aku tak kacau dia orang. Dia orang jelous la tu kan,” aku sekadar nak sedapkan hati aku. Padahal, panas membara.
“Sabar je la. Aku rasa mungkin budak-budak siswi kot. Tapi aku tak tahu yang mana satu,” Zila membuat andaian.
“Biar je la. Aku malas nak layan. Tapi kalau aku dapat, selagi aku tak buat dia melutut. Jangan panggil aku Kasih,” Zila dengan Achik terkejut bila aku hentak meja.

“Kau nak buat apa dengan budak tu kalau dapat,” Zila dan Achik saling berpandangan. Gerun namapak. Hehehe…tunggu je la nanti. Aku tak jawab soalan dia orang. Aku Cuma tersenyum sambil mengunyah mee goreng dengan lahap sekali. Kalau Haiqal nampak, mesti dia fikir dua tiga kali nak jadikan aku ni awek dia.

“Lepas ni kau nak kemana?” Zila menyambung suapan. Acih aku tengok tak angkat kepala langsung. Lapar sangat la tu. Nak kumpul tenaga. Manalah tahu nak kena buat marathon lagi.
“Aku nak singgah lab kejap. Nak ikut?”
“Ada assignment baru ke?” aku geleng.
“Nak cari something. Lagipun aku dah lama tak lepak dekat lab. Rindu pulak,” Zila tersedak. Kurang asam punya kawan. Nak perli aku la tu.

“Kau nak lepak lab ke. Alamak, jangan la,” rayu Zila. Memang seposen gila muka dia.
“Apasal pulak kau ni. Aku nak lepak lab pun salah ke,” Zila masih dengan wajahnya.
“Tak de la. Kain baju aku baru je sidai pagi tadi. Nanti kalau hujan siapa nak angkatkan,” Achik dah start nak gelakan aku balik. Ni tak boleh jadi ni.
“Apa kena mengena baju kau dengan aku?”
“Ye la. Kau kan tak pernah-pernah nak lepak dekat lab. Tiba-tiba je. Hujan karang dekat kampus ni,” mengekeh dia orang ni gelakkan aku. Memang aku kena teruk dengan dia orang.

“Hantu punya kawan. Aku mati-mati ingat kau cakap betul. Rupa-rupanya kau mainkan aku eks,” Zilq tak habis-habis sengih. Biasa lah nak tunjukkan gigi siong dia.
“Ala Kasih, bukan selalu. Lagipun kau dah selalu kenakan kita orang kan. Kita orang ni belajar dari kau la,” Achik baru habis menyudahkan makanannya.
“Banyak la cantik muka korang. Aku jalan dulu la,”
“Kejap la Kasih. Kita pergi sama-sama. Aku pun ada kerja nak buat,” Zila mengekori ku. Achik pun sama.

Sampei je dekat lab, aku pilih tempat duduk paling hujung sekali. Sebenarnya aku nak lepak-lepak. Nak baca novel. Boleh tahan la cerita dia. Memang dari sekolah lagi aku memang gila dengan novel. Dekat rumah, koleksi novel aku dah boleh buka mini library. Memang banyak. Satu bab kenapa abah suka bebel dekat aku.

Kalau mata aku dah melekat dekat novel, silap-silap esok pagi baru aku alih. Siap boleh tak makan lagi. Memang hantu novel. Ada sekali tu bekalan elentrik dekat rumah terputus. Jadi aku masak la nasi pakai dapur gas. Punya la leka aku baca novel sampai hangit nasi tu. Bukan takat bawah je, nasi tu semua dah jadi warna koko. Memang teruk masa tu. Nak selamatkan keadaan, aku terpaksa beli nasi putih dekat restoran Kak Wan. Sebab waktu tu abah boleh sampai bila-bila masa je. Nasi yang hangit tu aku terus buang dalam tong sampah besar. Takut kantoi dengan abah.

Tapi apa pun tetap kena juga. Pasal periuk yang aku guna tu terlupa nak cuci. Dah tu, seminggu aku kena leter dengan abah. Siap perli-perli lagi. Malunya.


*********

Bahu aku di cuit perlahan. Masa tu aku tak tengok pun siapa. Aku ingtkan si Zila ataupun Achik. Kalau tak silap aku, tadi dia orang cakap nak pergi toilet. Zila dengan Achik memang susah nak di pisahkan. Selalu bersama. Sampai ada orang lebelkan dia orang ni belangkas.
“Jangan kacau la. Aku tengah syok ni,” aku tak toleh pun siapa yang cuit aku. Sekali lagi bahu aku di cuit.
“Hisss…aku cakap jangan kacau boleh tak?” tangan tu aku kuis-kuis je. Di cuitnya lagi. Macam tak puas hati je selagi aku tak turunkan buku tu. Aku buat tak peduli. Aku sambung baca lain. Malas nak layan sebab aku tengah baca bab yang paling best.
“Ehhem…” bacaan aku terhenti. Suara siapa pulak ni. Aku turunkan novel yang sedang aku baca perlahan-lahan. Slow and steady.

Tersembul wajah seorang lelaki yang macam biasa aku tengok. Macam kenal tapi siapa? Aku tak ingat. Kurus and cengkung, but still handsome. Siapa pula ni?
“Yes?” soal ku. Dah la kacau aku tengah syok membaca. Lepas tu asyik dok tenung muka aku je. Senget agaknya mamat ni. Bila dia buat muka bodoh je, aku terus jadi rimas. Buku yang aku pegang tu, aku letakkan kasar. Memang mood aku terus je jadi bad.

“Boleh saya tolong?” aku lembutkan suara sambil muka aku diayukan. Masih tak berjawab. Ish..ni yang aku tak minat ni. Duduk depan aku, lepas tu jadi patung. Aku pun angkat kaki la bila dia langsung tak menunjukkan sebarang riaksi. Dah la bacaan aku terganggu, dia pula buat muka toya. Zila dengan Achik pula tak nampak batang hidung pun sampai sekarang. Kata pergi toilet, takkan nak tidur kat sana kot.

Masa aku nak melangkah je, lelaki yang tadi dah syok sangat jadi patung depan aku memintas. Terkejut. Nasib baik tak terpeluk. Apahal la pulak mamat ni. Sengaja nak bagi aku naik darah. Tapi yang pelik, muka dia tu biasa je. Tak de sebarang riaksi langsung.

“Apa yang awak nak dari saya sebenarnya?” aku dah tak boleh tahan. Ni dah lebih. Aku tanya tak berjawab. Lepas tu main pintas-pintas jalan orang pulak. Sekali aku karate, patah riuk juga tulang tu. Tapi tulang aku la bukan dia. Gempak je. Aku sebenarnya bukan kuat sangat pun. Masuk karate tu pun pasal nak bagi cukupkan colums je.

Tak reti bahasa betul. Takkan pekak. Kalau orang pekak, mesti bisu sekali. Tapi tadi aku ada dengar dia berdehem. Lemah betul kalau ada orang yang macam ni. Dah dia tak bagi apa-apa riaksi, aku malas nak layan terus je jalan. Masa tu tangan dia dah pegang bahu aku. Aku pun tepis la. Ni dah lebih. Main pegang-pegang pula.

Tapi yang aku hairan, anak mata dia asyik tenung je rantai yang aku pakai. Jangan nak cari pasal. Dah la ni je satu-satunya pemberian dari kekasih hati ku. Aku dah tak sedap hati. Agaknya dia ni nak ragut aku tak. Library pun dah sunyi sikit. Aku melangkah setapak demi setapak. Dia pun sama. Aku dah cuak gila. Sampai la langkah aku terhenti disebabkan oleh rak buku.

Dia dah semakin rapat dengan aku. Buku yang aku pegang dah berterabur jatuh kebawah.
“Arrgghhhh….”

AddThis Social Bookmark Button


Kasih NurBella 6  

Tuesday, April 28, 2009

Helmi gembira dengan perubahan Bella. Awan mendung yang menyelubungi dirinya berganti cerah. Sinar matanya semakin bercahaya. Namun, Helmi masih lagi perlu berjaga-jaga kerana emosi Bella masih belum pulih sepenuhnya. Sekurang-kurangnya segala usahanya berhasil.

Sering di panjatkan kepada yang Maha Esa agar terbuka pintu hati isterinya untuk membina kehidupan yang akan datang dengan lebih sempurna. Sekeras mana hati seorang isteri yang bagaikan kerak nasi, akan tetap lembut jua pabila direndam dengan kelembutan dan kasih sayang.

“Dah makan?” Helmi ingin berbahasa. Sengaja mengurut lembut bahu isterinya. Bella mendongak. Senang dengan layanan Helmi. Hatinya sedikit demi sedikit telah terbuka untuk menerima ketentuan Ilahi.
“Nak air. Saya buatkan,” Helmi menggeleng.
“Jom,” Helmi menarik lengannya. Hairan dengan ajakan suaminya.
“Nak ke mana?” terlihat senyuman suaminya. Memang di akui kesempurnaan suaminya. Sebab itu ia menjadi kegilaan ramai wanita sewaktu di kilang dulu.

Kini Helmi telah pun memulakan tugasnya yang baru di syarikat lain. Atas desakan papanya, Helmi bersetuju bekerja di salah sebuah anak syarikat milik keluarganya. Kalau di ikutkan, memang berat hatinya untuk menerima tawaran itu.

“Temankan abang beli barang. Lagipun kita tak pernah keluar sama-sama,” Bella tunduk. Terasa dirinya yang kekurangan seakan tidak layak untuk berjalan di samping Helmi.
“Erm… banyak ke barang tu?” mencari alasan untuk menolak ajakan suaminya.
“Tak banyak sangat. Jom la. Temankan abang,” rayu Helmi. Bella serba salah.

“Segan la,” wajah Helmi berubah. Mengapa isterinya berkata demikian.
“Segan? Kenapa pulak?” Bella tersenyum kelat. Tidak sangka jawapannya membuatkan dirinya tersekat.
“Ermmm… aa.. ok la. Abang tunggu sekejap. Saya nak bersiap,” Helmi tersenyum mendengar jawapan Bella. Bella bersiap ringkas.

Helmi turun terlebih dulu ke tingkat bawah. Terlihat mamanya sedang asyik bersembang bersama teman-temannya. Sempat juga ia bertanya khabar dengan kenalan mamanya. Puan Sara ceria melihat Helmi melayan kerenah teman-temannya. Namun wajahnya bertukar apabila terlihat Bella yang sedang menuruni anak tangga.

“Helmi nak keluar ke?” Helmi menoleh kepada mamanya. Sudah tahu akan akal mamanya yang cuba mengagalkan rancangannya seperti selalu.
“Ha ah ma. Bella tak sihat. Nak bawa pergi klinik,” bohong Helmi. Bella terdengar bohongan Helmi tetapi dibiarkan saja. Menghampiri ruang tamu dan bersalamam dengan teman-teman ibu mertuanya sambil tersenyum.
“Mama tengok ok je tu. Sakit apa?” Puan Sara menjeling ke arah isteri kesayangan anaknya. Helmi tersenyum. Sengaja ingin membuat wajah mamanya semakin cemberut.

“Tak tahu la. Bella kata dia pening-pening. Kadang-kadang tekak jadi loya,” Helmi sudah dapat mengagak reaksi mamanya. Memang wajah mamanya terkejut benar. ‘Takkan dia mengandung..habis la rancangan aku…’ Puan Sara merungut geram. Tangan Bella digenggam erat.
“Kami pergi dulu ye mama,” Helmi meminta diri. Bella hanya menurut.

“Hhmm…” Puan Sara terpaksa membiarkan Helmi melangkah keluar bersama-sama isterinya. Hatinya geram. Habis rosak segala program yang di aturkan.
“Ke mana anak u tu nak pergi?” Datin Sally menjuihkan bibirnya.
“Nak bawa menantu I pergi klinik. Tak sihat katanya,” jawab Puan Sara dengan nada sedikit mendatar.

“Agaknya u nak dapat cucu kot,” tambah Datin Maria.
“Ish..u ni. Jangan takutkan I,”
“Kenapa pula u nak takut? Pelik la u ni. Kan seronok nak dapat cucu,” Puan Sara menyilangkan kakinya. Dirinya terlalu angkuh.

“I takkan terima cucu dari menantu i. I tak mahu keturunan I tercemar,” lagaknya membuatkan teman-temannya terdiam.
“Kenapa? I tengok menantu u pun bukan biasa-biasa pun. Nasib baik I takde anak lelaki. Kalau tidak, mesti I cari sebijik macam menantu u,” Datin Sally setuju dengan pendapat Datin Maria.
“I tak suka. I terima dia pun sebab anak lelaki I. Kalau tidak, sebelah mata pun I takkan pandang,” Datin Maria terkejut. Sampai begitu sekali sikap angkuh Puan Sara. Padanya, Bella mempunyai kesempurnaan yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Hatinya dapat merasakan. Naluri keibuannya yang pernah kehilangan anak perempuan menjadi sebak dengan pengakuan Puan Sara. Bella seakan jelmaan Putri Najwa arwah anak kesayangannya.

“Tak baik u buat macam tu. I teringin nak berkenalan dengan menantu u tu. I hope u tak kisah,” Puan Sara mencebik. Memang sudah faham benar dengan perangai Datin Maria yang sering beremosi.
“I sikit pun tak kisah. Tapi u jangan nak suruh I berbaik dengan dia pula,” Datin Sally tidak mahu perkara ini menjadi berlarutan.

“It’s ok Sara. Tapi pada I, apa yang Maria cakap pun betul juga. Tak salah pun kalau u berbaik dengan dia. Kan dia dah jadi isteri anak u. Like it or not, u have to,” tambah Datin Sally. Perangai Puan Sara memang tidak pernah berubah. Jika boleh, semua kehendaknya harus di turuti.

“Nope. Semua tu takkan terjadi. Biarlah dia jadi isteri anak I tapi bukan menantu I,” Datin Maria dan Datin Sally saling berpandangan. Egonya terlalu tinggi. Di biarkan saja cerita Bella berlalu sepi. Tidak mahu perbincangan mereka menjadi lebih hangat. Puan Sara tidak akan tunduk walau dengan sesiapa pun.


*********

“Kenapa abang tipu dengan mama?” Helmi senyum.
“Kalau abang tak cakap macam tu, mama takkan lepaskan abang. Tahu je la perangai mama tu macam mana,” Bella tidak setuju dengan apa yang Helmi lakukan tadi. Seteruk mana pun layanan Puan Sara padanya, tidak mungkin ia akan membalas. Ibu mertuanya adalah ibunya sekarang ini.
“Sepatutnya abang kena cakap benda yang betul. Lagipun saya tak setuju abang buat macam tu,” ia merasakan isterinya terlalu naif untuk menilai seseorang.

“Ok. Lain kali abang tak buat lagi. Sayang tak pernah benci mama?” Bella menoleh ke arah jalan raya yang sibuk.
“Untuk apa saya benci mama. Ibu dan mama adalah sama tarafnya. Saya bersyukur sebab masih ada mama,” Bella menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Tapi abang tengok mama tak pernah nak layan sayang. Kalau sayang buat apa sekali pun,” Bella mengeluh. Biarlah. Andai itu takdirnya.

“Abang nak saya buat apa? Kalau saya balas setiap apa yang mama buat, saya dengan mama dah tak ada beza,” begitu tulus hati Bella. Dendam yang dulu marak membakar, kini hilang di tiup angin lalu.
“Tapi jangan la terlalu sangat berlembut. Abang faham benar dengan mama tu,” nasihat Helmi hanya berlalu di telinganya.

“Kalau saya tanya sikit, abang marah tak?”
“Tanya apa? Cakap la,” Helmi memandu keretanya memasuki kawasan tempat letak kereta di Subang Parade. Memangkir keretanya berdekatan pintu utama. Kebetulan sebuah kereta baru sahaja mengosongkan tempat letak kereta. Helmi masih menanti.
“Apa yang sayang nak tanya dengan abang?” Bella merenung anak mata Helmi. Memang menawan.

“Kalau di beri pilihan antara saya dan mama. Mana satu yang abang pilih,” Helmi terkedu. Hatinya didalam dilema. Sukar untuk menjawab pertanyaan isterinya.
“Kenapa abang kena buat pilihan. Dua-dua penting bagi abang,” Bella tunduk. Memang betul. Sukar untuk memberi pilihan pada suaminya. Ibu adalah syurga pada suaminya. Takkan mungkin ia akan memilihnya.

“Kenapa sayang tanya benda yang bukan-bukan. Dah la. Jangan fikirkan sangat pasal mama tu. Tahu la abang nak handle mama macam mana,” jemari Bella di elus lembut. Bella tersenyum mendengar jawapan suaminya. Sekurang-kurangnya, Helmi pandai mengelak antara satu sama lain.

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 7  

Saturday, April 25, 2009

“Hai Kasih, jom ikut kami pergi minum,” ni yang malas nak masuk kelas. Dia orang ni dah tak de kerja lain ke. Habiskan duit mak ayah dia orang semata-mata nak mengurat pelajar-pelajar perempuan kat u ni. Bukan sekali ni je, dah selalu aku kena. Selalu jugalah aku biarkan je. Penat nanti dia orang diam la tu. Paling kuat pun dia orang akan kata aku sombong. Lawak juga.

“Penatnya,” Zila dan Achik menoleh. Budak yang ‘paling’ rajin dah balik dari kelas a.k.a aku la tu.
“Lambat kau hari ni. Singgah mana-mana ke?” kedengaran suara Zila menyapa ku. Tengah makan pun sempat juga dia menegur. Nasi pun aku tengok dah tinggal suku je. Aku ni baru nak letak bag.
“Macam biasa la,” aku duduk bersila di samping Zila dan Achik. Kami ni memang malas nak masak sebab masing-masing tak tahu nak masak. Aku ni boleh la kalau nak masak yang simple-simple tu. Yang lebih-lebih aku kena panggil Chef Wan.

“Kau kena kacau lagi ke? Budak mana pulak kali ni?” Achik aku tengok macam berminat je. Aku pun bagitau la. Aku pun bukan hairan sangat sebab hati aku dah di curi oleh jejaka idaman aku. Siapa lagi kalau bukan si Haiqal. Dah dua tahun kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Apa kata omputeh ‘long distance relationship’ lebih kurang la tu.

Dan selama itu juga la kami berhubung menggunakan talian internet. Kadang-kadang kami guna Yahoo Messeger. Lagi murah. Itu pun kalau dia tak sibuk dengan kelas dan assignment. Aku ni orait je. Bukan apa, aku ni kan budak ‘paling’ rajin. Sebab aku ni suka buat kerja last minute. Janji aku buat.

“Kau tak rimas ke? Aku yang dengar ni pun dah rimas tau,” Zila melipat kertas pembungkus makanan. Kunyahan ku terhenti.
“Maunya aku tak rimas. Dah tu aku nak buat macam mana? Takkan aku nak marah dia orang. As long as dia orang tak apa-apakan aku, kira aku masih boleh buat bodoh lagi la,” Zila dan Achik saling berpandangan.

“Kau biar betul Kasih. Aku takut kalau-kalau ada yang terlalu fanatik,” aku membuat suapan kali terakhir sebelum menjawab soalan Achik.
“Aku bukannya artis sampai dia orang nak buat macam tu. Korang jangan risau ok,” ku teguk segelas air putih. Bagus untuk kesihatan.
“Suka hati kau lah. Hah ..lupa plak aku nak bagi tau. Ada orang bagi kau hadiah tadi,” Hadiah! Siapa pulak yang baik hati sangat nak bagi aku hadiah ni. Bukan birthday aku pun. Untuk tidak menghampakan hati orang tu, aku pun ambil la hadiah tu.

Achik dan Zila masih menanti untuk mengetahui isi kandungan hadiah yang baru aku terima. Aku buka perlahan-lahan hadiah yang di balut kemas. Saja nak buat gempak. Sebelum tu terlebih dulu aku mengoncang kotak itu untuk mengetahui isi didalam. Kalau la isinya bom, dah lama aku kiok.

Aku dengan confiden membuka penutup kotak. Tanpa melihat, tangan aku dengan laju menyeluk kedalam kotak tersebut. Jari aku tersentuh dengan sesuatu yang licin. Mungkin kain sutera ataupun silk yang di import dari China. Aku menarik keluar untuk menunjukkan kepada Zila dan Achik. Tatkala tangan aku keluar saja dari kotak, tersembul la seekor katak puru yang saiznya sebesar tapak tangan orang lelaki dewasa. Apalagi, automatic tangan aku ni mencampak katak yang ku pegang tadi. Geli geleman aku.

Zila menjerit kuat. Aku membuka mata. Rupanya katak itu jatuh betul-batul di atas ribanya. Melompat-lompat dia sambil menolak katak itu beralih dari ribanya. Achik aku tengok dah buka langkah seribu lari keluar. Rasanya sampai tak cukup tanah dia lari. Nasib baik baru lepas makan nasi, adalah tenaga dia nak buat marathon. Kecoh dibuatnya.

Aku yang tadi berdiri atas lantai dah siap berdiri tegak atas meja. Zila pula atas kerusi Cuma tunggu katak tu nyanyi lagu negara ku.
“Hantu betul la. Siapa punya kerja ni? Kalau aku dapat siap la aku ekrjakan,” sumpah ku. Memang pantang kalau ada orang sengaja nak kacau aku. Aku pandang Zila dengan tajam.
“Apasal kau pandang aku macam tu pulak? Bukan aku yang buat. Aku Cuma campaikan je,” Kami masih lagi tidak berganjak.
“Aku tak tuduh kau pun. Siapa yang pas benda ni dekat kau?” suara aku dah separuh tinggi. Kalau tak fikirkan aku geli dengan katak, dah lama aku cari siapakah gerangan yang sengaja nak kenakan aku.

“Aku tak tahu. Benda tu ada dekat depan pintu masa aku dengan Achik balik tadi. Atas tu ada tulis nama kau jadi kami ambil je la,” suara Zila seakan ingin menangis. Ni yang aku lemah. Asal gertak sikit nak nangis. Lembik betul la. Aku ni pun apa kurang nya. Nampak je garang tapi takut dengan katak.

Batang hidung Achik terus menghilang. Aku rasa dah sampai dekat town kot dia lari. Yang kami ni jadi tiang. Sorang dekat atas meja, yang sorang lagi dekat atas kerusi. Complete set. Bukan dia nak tolong ambil kan penyapu ke apa ke.

“Arrggggghhhhh,” aku menjerit sekuat hati sampai la ada dua tiga pelajar bilik sebelah menjengah. Time tu aku baru rasa boleh bernafas sikit. Selamat aku. Dengan muka seposen kami pun di selamatkan oleh heroin yang aku sendiri tak kenal. Budak junior kot. Dalam waktu tu aku berjanji akan membalas dendam.

AddThis Social Bookmark Button


Kasih NurBella 5  

Tuesday, April 21, 2009

Helmi risaukan keadaan Bella yang sering tidak bermaya. Sudah berkali-kali dipujuk untuk ke klinik. Jawapannya tetap sama. Sejak keadaannya yang lemah, Bella tidak dapat menziarahi pusara arwah ibunya.

“Ada apa kau nak jumpa aku ni Helmi,” Milah meninjau sekeliling. Cuaca panas membuatkan ia merasa rimas.
“Aku ada hal nak cakap dengan kau sikit. Ni pasal Bella,” Milah tersentak apabila Helmi menyebut nama Bella. Milah sendiri tidak tahu kemana menghilangnya Bella selepas kejadian yang menimpa ibunya.

“Dari mana kau dapat berita tentang Bella. Aku sendiri masih tercari-cari. Ataupun kehilangan Bella ada sangkut paut dengan kau,” laju saja soalan-soalan yang diutarakan Milah.
“Memang betul. Semua ni berpunca dari aku. Sekarang ni Bella dah sah jadi isteri aku,” terlopong mulut Milah mendengar tiap baris kata Helmi.
“Apa kau dah buat pada dia? Aku tak percaya kalau dia terima engkau macam tu saja. Sedangkan dia mati-mati tolak setiap pelawaan kau,” Helmi menarik nafas yang panjang. Dia terpaksa menceritakan dari awal hingga akhir kepada Milah. Milah tidak menyangka yang Helmi sanggup memperlakukan sahabat baik nya sebegitu.

“Kenapa kau buat macam tu Mie? Aku tak sangka kau sekejam tu. Bella tak pernah nak sakitkan hati kau,” Milah menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak percaya akan cerita yang di dengarnya. Apabila Helmi terusan meyakinkannya, Milah terpaksa menerima.

“Aku tahu Milah. Memang salah aku. Aku ingat nak berbaik semula dengan dia. Tak tahu pulak ada lagi bala yang menimpa. Dan aku dapat tahu kebakaran tu berpunca dari abang kandung Bella,” simpati dihatinya kian menebal buat Bella.

“Dah tu kau nak aku buat apa sekarang ni?” dengan berat, Helmi menceritakan keadan Bella.
“Dah puas aku pujuk. Dia tetap degil. Aku risaukan keadaannya. Makan pun ala kadar je,” Milah faham. Perkara yang sudah berlaku tidak patut di ungkit kembali. Walau apa pun, Bella tetap milik Helmi sepenuhnya. Hanya kuasa tuhan yang dapat memisahkan mereka.

“Takpe lah. Esok aku pergi jenguk dia,” janji Milah kepada Helmi. Helmi berasa sedikit lega.
“Kalau macam tu, bagus la. Aku dah tak tahu nak buat apa. Mati kutu aku di buatnya,” Milah tersenyum.
“Baru padan dengan muka kau. Apapun semua ni dah terjadi. Cuma satu je aku minta, kau jangan sia-siakan hidupnya,” Helmi mengangguk.
“Aku janji. Dia nyawa ku Milah,”
“Aku minta diri dulu. Aku dah janji dengan Khairil ni. Nanti dia bising pulak,” Milah meminta diri.
“Iye la. Sampaikan salam aku pada Khairil,” Helmi membiarkan Milah berlalu. Semoga segala usahanya berhasil.


*********


Bella ingin melarikan dirinya apabila terpandang wajah Milah. Ia malu untuk berdepan dengan sahabatnya itu memadangkan nasib dirinya.

“Bella, tunggu.” Milah memintas langkah Bella yang lemah. Air mata mengiringi pertemuan mereka. Dengan perlahan di rangkul tubuh Bella yang semakin kurus melidi. Bella terlalu banyak berubah. Wajahnya cengkung tidak seperti dulu. Hanya sepasang lesung pipit yang masih lagi menghiasi wajah sahabatnya ketika senyum.

“Maafkan aku Bella. Aku tak sangka keadaan kau seteruk ini,” sendu Milah. Tidak dapat di tahan air matanya dari terus mengalir. Hatinya begitu tersentuh.
“Aku ok Milah. Inilah nasib aku,” Bella mengesat air mata yang tidak pernah kering di pipinya.

“Helmi dah ceritakan semuanya pada aku. Aku tak sangka kau akan melalui perjalanan seperit ini,” Bella melepaskan pandangannya di halaman. Dia lebih selesa mengajak sahabatnya itu berborak di halaman.
“Aku dah tak berdaya Milah. Tiada apa lagi yang tinggal untuk aku,”
“Kau tak keseorangan Bella. Kau masih ada suami, kau masih ada aku,” Milah tidak mahu Bella terus kecewa.

“Aku tak mampu Milah. Hati aku dah mati,” Milah mengengam jemari Bella.
“Jangan cakap macam tu Bella. Aku yakin kau dapat tempuhinya. Aku percaya pada kau Bella. Kalau dulu kau tak pernah mengalah, kenapa mesti sekarang,” Milah meyakinkan Bella. Tidak seharusnya sahabatnya itu di hasut dengan kata-kata yang mampu menambah api kebenciannya terhadap Helmi.

“Apa yang aku lalui membataskan untuk aku memaafkan dirinya. Aku benci dengan diri aku sendiri Milah. Adakala sampai aku terfikir untuk bunuh diri aku ni. Aku dah hilang tempat berpaut Milah,” belum pernah ia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Milah terkedu apabila perkataan yang tidak sepatutnya meniti di bibir Bella.

“Kau jangan cepat putus asa Bella. Jangan sekali-kali kau cuba berfikir untuk membunuh diri. Mati sesat tu Bella. Walaupun aku tak terima dengan apa yang telah dia lakukan pada kau, tapi aku yakin dia dapat membahagiakan kau,” pujuk Milah. Tidak mahu sahabatnya terusan membenci insan yang sepatutnya di hormati. Seburuk mana Helmi di mata Bella, ia tetap tidak dapat merubah statusnya.

“Apa lagi dia nak dari aku. Dia dah dapat apa yang dia mahukan,” Bella masih keras seperti dulu.
“Bukan itu yang dia mahu Bella. Pernah dia sakiti kau atau mengasari kau. Dia mahukan kasih dan sayang dari kau Bella. Dia mengejar cinta kau. Itu semua cuma alasan untuk dia mengikat kau dari jatuh ke tangan orang lain. Hanya kau yang mampu merubah dirinya. Aku dapat melihat keikhlasan dari sinar matanya Bella. Percayalah,” Bella terkedu. Terlalu banyak yang telah di ketahui Milah.

“Tapi kenapa aku? Aku tak mampu untuk memberikan kebahagian padanya,” Bella terusan memberi alasan.
“Kau kena bagi dia peluang. Kau pun kena berubah. Terima dia seadanya. Jangan terus-terus kau membencinya. Syurga kau terletak di bawah tapak kakinya Bella. Kau kena ingat tu,” ugut Milah cuba mencairkan hati Bella.

“Aku …ak”
“Bella, aku faham perasaan kau. Kalau kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat mengubah apa yang sudah tersurat untuk kau,” Bella tunduk. Mengakui kata-kata Milah sememangnya benar. Tak mungkin dia dapat memutarkan kembali waktu untuk mengubah segalanya.


********


Bella merenung bulan yang berselindung di celah-celah awan. Hatinya tersekat di persimpangan dilema. Dirinya tidak mampu memadamkan api kebencian yang masih menyala di hatinya. Kata-kata Milah masih lagi berlegar-legar di ruang fikiran. Mampukah dirinya menerima segunung kasih dari lelaki yang di bencinya.

“Kenapa tak tidur lagi,” Bella menoleh apabila mendengar teguran suaminya. Terpandang wajah Helmi membuatkan kisah hitamnya menjengah kembali. Dia beristighfar, cuba di buang perasaan marahnya dari bertandang. Dia teringat akan nasihat ustaz. ‘ Apabila kamu tidak mampu membendung perasaan marah kamu, ambillah wuduk, nescaya api kemarahan kamu akan hilang’

Bella melangkah menuju ke bilik air. Sekian lama ia membenarkan dirinya dibelenggu hasutan iblis. Ingin di dekatkan dirinya pada yang Maha Esa. Dibasahkan wajahnya dengan bersungguh-sungguh semoga dapat menyucikan dirinya dari noda dan dosa. Lalu ia mengambil wuduk dengan tertibnya.

Helmi menanti bayangan wajah Bella yang sering di rindui. Teringat kembali bagaimana dirinya merampas mahkota gadis idamannya. Ia merelakan dirinya mendengar bisikan syaitan lalu kesucian gadis idamannya dirobek rakus.

Bella melihat suaminya masih lagi setia menanti. Helmi tetap merenungnya dengan padangan yang penuh harapan. Untuk pertama kalinya, hatinya bergetar.

“Kenapa Bella yang abang pilih,” Bella bersuara memecah kesunyian yang sering bertandang. Helmi bangun dari pembaringan. Sejak kehadiran Milah, Bella telah berubah sedikit demi sedikit. Berminggu-minggu juga Helmi menanti untuk Bella menyuarakan rasa hatinya.
“Abang tak tahu. Abang tak dapat nak rungkaikan. Bella adalah permata di hati abang,” Helmi bangun lalu merapati isterinya. Bella merelakan. Tiada lagi jeritan mahupun maki keluar dari Bella.
“Bella tak punya apa-apa. Bella pernah terangkan pada abang, kenapa abang tetap pilih Bella,” lembut suaranya. Menanti jawapan dari suaminya.

“Abang tak perlukan sebab untuk menyayangi Bella. Cinta itu hadir dengan sindirinya. Semakin lama semakin kuat. Pendirian Bella menambahkan lagi kehangatan cinta abang. Sejujurnya belum pernah abang merasakan nikmat cinta seperti ini. Bella bukan yang pertama dalam hati abang. Tapi percayalah, hanya Bella yang mampu meleburkan keegoan abang,”

“Bella tak pernah buat apa-apa pun pada abang,” air mata Bella menitis tanpa ia sedari.
“Mungkin Bella tak sedar. Dari penolakan Bella yang membuat abang merasa tercabar. Abang tak pernah rasa kecewa,” terang Helmi.
“Kenapa abang begitu yakin dengan Bella,” Helmi mengeluh. Biarlah malam ini menjadi saksi agar terjawab segala persoalan yang menyesakkan fikiran Bella.
“Abang percaya dengan gerak hati abang. Bella takkan kecewakan abang,”

“Berilah Bella sedikit masa. Bella tak mampu untuk menerima abang secepat ini. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa Bella tempuhi,” permintaan Bella telah membuatkan hati Helmi menjadi gundah. Walaupun Bella sudah mula bercakap dengannya, dia tidak mahu perkara ini hanya terjadi sekali ini sahaja.

“Abang akan beri sayang masa. Cuma abang pinta sayang jangan abaikan diri sayang lagi,” Bella menatap wajah Helmi tanpa perasaan benci untuk pertama kali selepas menjadi isterinya.

Sayang …
Dirimu terlalu suci untuk ku nodai…
Teganya aku merampasnya dari mu
Nafsu menggila mengawal kewarasan ku
Aku terpaksa hanya kerana ingin memilliki kasih mu
Takkan mungkin aku berpaling mencari cinta yang lain
Kerana hati ku hanya mampu berpaut pada renungan mata mu
Gerak bibir mu, senyuman mu yang mampu meruntuhkan tembok keegoan ku

Sayang...
Sungguh keras hatimu
Tiadakah ruang di hatimu untuk diisi oleh ku
Begitu tinggi nilai kemaafan mu buat ku
Haruskah aku terus di uji begini
Ataupun mengharap pelangi cinta sulaman hati mu
Menjelma pabila mentari bersinar setelah rintik hujan menyepi
Akan ku tetap setia menanti
Mengharap kasih mu tiada berbagi

AddThis Social Bookmark Button


Kasih NurBella 4  

Dengan linangan air mata, Bella mempercepatkan langkahnya. Jalan menuju ke rumahnya terpaksa melalui sebuah lorong yang agak sempit. Ia hanya mampu memuatkan laluan untuk sebuah kereta.

Langkahnya terhenti apabila melihat jentera penyelamat bomba tersadai di jalan besar bersama dua buah kereta peronda polis. Jantungnya berdegup kencang. Bella berlari pantas.

Akhirnya mata Bella terpana melihat api yang sedang marak dengan rakus membakar rumahnya. Pegawai bomba sedang bertungkus lumus untuk mengawal api dari terus merebak ke kawasan kejiranan yang lain. Keadaan menjadi hingar bingar dengan jeritan. Dia teringatkan ibunya.

Dia cuba melepasi beberapa pegawai polis yang mengawal tempat kejadian.
“Encik, tolong benarkan saya masuk. Ibu saya ada di dalam,” suara Bella bergetar.
“Tak boleh cik. Bahaya. Api terlalu besar,” jelas pegawai polis terbabit.
“Tolong la encik. Ibu saya tunggu saya tu. Tolong la encik… ibu …..” jerit Bella. Dia cuba di tenangkan oleh jiran-jirannya.

“Makcik Gayah ada nampak ibu tak?” rintih Bella.
“Sabar nak. Sabar banyak-banyak ye,” Makcik Gayah tidak mampu menahan air matanya dari menitis. Dia bersimpati dengan nasib Bella.
“Bella nak masuk dalam. Bella nak ambil ibu. Ibu tunggu Bella bu…” Bella meronta-ronta. Jiran-jiran yang lain turut sama membantu untuk cuba menenangkan Bella. Ketika itu juga, terdengar sebuah letupan datang dari arah rumah Bella.

“Ibu……..” Bella terlepas dari pegangan Makcik Gayah dan berlari mendekati rumahnya yang sudah musnah dijilat api.
“Jangan nak. Bahaya….” jerit Makcik Gayah.
Tindakan pantas Helmi dengan memeluk Bella dari belakang dapat menahannya dari terus meluru ke arah rumahnya. Helmi berundur sedikit kerana bahang kepanasan api yang hanya beberapa ela dapat di rasai.

“Lepaskan aku. Ibu ..tunggu Bella bu… Bella nak ikut….” Bella semakin tertekan. Pelukan Helmi semakin erat. Bella meronta-ronta.
“Bella … mengucap nak… istighfar banyak-banyak…ingat tuhan nak...” pujuk makcik Gayah. Tuan Mukriz yang turut sama berada di tempat kejadian sempat bertanyakan sesuatu kepada pegawai polis yang bertugas.

“Mie, bawa dia ke belakang,” arah Tuan Mukriz. Dengan tenaganya yang ada, Helmi cuba membawa Bella ke tempat yang lebih selamat di ikuti Makcik Gayah dan dua tiga jirannya yang lain.

“Hei..aku nak ikut ibu aku la…berhenti… lepaskan …. Ibu…” Bella tidak berhenti-henti mengulangi ayat yang sama. Emosinya terganggu. Begitu berat dugaan yang menimpa dirinya. Dirinya bagaikan ‘sudah jatuh di timpa tangga’.

Dari jauh Bella dapat melihat rumahnya runtuh bersama saki baki api yang masih membakar.

“Ibu…” jerit Bella lemah. Tubuhnya lembik di pelukan Helmi. Dan….


********


Sudah hampir dua bulan ibu Bella pulang ke rahmahtullah. Tubuh ibunya di temui rentung sambil menggengam seutas rantai. Kuasa yang Maha Esa telah mentakdirkan rantai itu tidak terusik walau sedikit pun. Dia merasa terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan ibunya. Di atas kejadian itu juga, Bella kini telah sah menjadi isteri kepada Helmi.

Sebuah majlis kenduri doa selamat telah di adakan untuk menyambutnya sebagai menantu keluarga Tuan Mukriz. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang di jemput. Helmi telah pun menceritakan segala-galanya tentang apa yang di lakukan terhadap Bella. Tuan Mukriz tidak menyangka Helmi sekejam itu demi memiliki kasih Bella. Di sebabkan itu juga Tuan Mukriz menerima kehadiran Bella sebagai menantunya.

Bella adalah mangsa dan ia tidak harus di persiakan. Kesungguhan Helmi membuatkan Tuan Mukriz menyokong keputusannya.

Helmi melangkah masuk kedalam rumahnya. Kelihatan mamanya sedang asyik membaca majalah.

“Sunyi je mama. Mana yang lain. Bella mana?” Helmi melabuhkan punggungnya di sisi mamanya.
“Buat apa kamu tanya mama. Bini kamu tu bukannya reti lekat di rumah. Asal kamu keluar, dia pun keluar. Entah kemana dia merayap,” adu Puan Sara. Meluat dia dengan menantunya.
“Mama tak tanya ke? Dia kan menantu mama,”
“Kenapa mama nak kena tanya pula. Dia bini kamu, kamu tanya la dia sendiri. Lagipun mama tak pernah anggap dia tu menantu mama,” Helmi mengeluh. Mamanya masih belum dapat menerima Bella sebagai isterinya.

Ketika itu juga, wajah Bella muncul bersama beg sandangnya.
“Hah..tu bini kesayangan kamu dah balik. Kamu tanya sendiri,” Helmi merenung wajah Bella yang redup. Bella tidak mengendahkan sindiran mertuanya.

“Assalamualaikum….” Ucapnya sambil berlalu. Helmi mengeluh lagi. Selama Bella tinggal bersamanya, tidak pernah walau sekali pun dia melihat Bella cuba menghampiri ahli keluarganya yang lain. Bella terusan mengasingkan dirinya dari bergaul.

“Tak pe la mama, Mie naik dulu. Letih,” Helmi bangun.
“Hmm….” Itu saja jawapan Puan Sara.

Helmi membuka pintu biliknya yang menempatkan dia dan isterinya. Di tutup perlahan daun pintu lalu melangkah mendekati Bella.

“Sayang ke mana tadi?” Helmi bersuara lembut. Walaupun Bella jarang melayan setiap bicaranya, dia tetap bersabar.
“Kubur arwah ibu,” Bella menjawab pendek. Air matanya menitis kembali. Hatinya tersentuh. Helmi sedar akan itu. Dia ingin mengelus tangan isterinya namun hampa. Bella lebih dulu menarik tangannya dari bersentuhan dengan Helmi.

“Abang tahu, sayang masih marahkan abang. Tapi sampai bila? Sayang dah jadi sebahagian dari hidup abang. Sayang kena terima semua ni,” pujuk Helmi. Kalau dulu dia mudah melenting andai permintaannya tidak berjawab. Kini dia kalah didalam percaturan yang dia sendiri rancangkan.

Bella membisu. Hatinya masih belum dapat memaafkan Helmi. Tak mungkin semudah itu ia dapat memaafkan jika di hitung dengan apa yang telah di lakukan oleh Helmi terhadap dirinya.

Bella memalingkan tubuhnya. Tidak sanggup untuk dia berhadapan dengan insan yang telah memusnahkan masa depannya.

“Sayang..Please. Abang merayu pada sayang. Jangan buat abang macam ni,” Helmi menyentuh lembut bahu isterinya. Bella menjeling tajam ke arah tangan Helmi di bahunya. Perlahan Helmi menurunkan tangannya.

“Sayang. Bagi abang peluang untuk tebus dosa-dosa abang pada sayang. Kita bina hidup baru. Kalau sayang tak selesa tinggal dengan keluarga abang, kita pindah,” cadang Helmi.Mungkin dengan cara itu ia dapat mengembirkan hati isterinya.

“Tak payah. Biar macam ni je. Aku tak mahu keluarga kau tuduh aku cuba pisahkan kau dengan mama. Cukup apa yang telah aku lalui,” Bella bersuara perlahan. Sedikit bergetar.
“Abang tak kisah. Kalau itu boleh buat sayang bahagia, abang sanggup. Untuk sayang, abang sanggup buat apa saja,” Bella ingin menguji kata-kata Helmi.

“Kalau aku suruh kau lepaskan aku, kau sanggup?” Helmi terkedu. Andai ia menurut kata Bella, bermakna ia terpaksa menceraikan nyawa dari badannya.
“Sayang, bukan itu maksud abang. Sayang la segalanya buat abang,”
“Sudah la. Aku tahu kau tak mampu. Aku yakin suatu hari nanti kau pasti akan berubah,” Bella bangun.
“Tak. Abang takkan berubah. Abang rela mati,” sumpah Helmi.
“Cukup la. Aku dah penat dengan semua ni,” Helmi tidak mahu mengalah. Sudah lama dia bersabar dengan karenah Bella. Hari ini dia tidak dapat bertahan lagi.

Di rentap tubuh Bella dengan kasar ke katil. Bella tidak melawan. Dia membiarkan Helmi untuk bertindak. Tiada lagi rontaan seperti ketika pertama kali Helmi menyentuhnya selepas di ijab kabul dulu.

“Abang dah cuba bersabar. Dah macam-macam mama cakap pasal sayang. Tapi abang tak pernah ambil kisah. Abang tak mahu berkasar dengan sayang. Seboleh-bolehnya abang nak kita hidup bahagia. Jangan paksa abang buat benda yang abang tak suka. Abang merayu pada sayang,” amaran Helmi di pandang ringan oleh Bella. Tiada langsung riak di wajahnya. Jiwanya melayang berterbangan.

Helmi kecewa dengan riaksi Bella. Mampukah jalinan kasih sayang yang dimeterai secara paksa akan bertahan. Mampukah dirinya memiliki cinta Bella yang suci itu. Semua soalan itu tidak mampu untuk dijawab.

“Abang tak pasti arwah ibu akan tenang kalau tengok keadaan sayang macam ni,” Bella bangun mendengar perkataan ‘ibu’ yang keluar dari mulut suaminya.
“Jangan nak babitkan ibu aku. Kau tak de hak,” marah Bella. Suaranya meninggi. Jika tidak kerana perbuatan Helmi, dia sempat menyelamatkan ibunya dari rakusan Nizam abang kandungnya.

“Abang ada hak dan hak tu tertulis masa kita akad nikah dulu,” Helmi cuba mengingatkan isterinya.
“Tak. Kau tak de hak,” air mata Bella menitis lagi.
“Sedar la sayang. Bawa istighfar banyak-banyak,” Helmi menyeka air mata isterinya yang sudah terlalu banyak mengalir.

“Tidak. Kau pembunuh. Kau bunuh ibu aku. Kau rampas kesucian aku. Kenapa kau tak rampas nyawa aku sekali? Kenapa?” jerit Bella bersama deraian air mata mengejutkan Helmi. Tangannya memukul-mukul dada Helmi yang bidang.
“Sayang. Bawa mengucap. Apa yang sayang merepek ni?” Helmi cuba menenangkan Bella.
“Lebih baik kau bunuh je aku. Aku tak sanggup nak hidup lagi. Tolong la. Aku tak sanggup,” rayu Bella. Helmi tidak sangka sehingga begitu sekali tekanan yang di lalui Bella.

Dia merasa berdosa kerana telah membuat seorang gadis yang suci terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang begitu memeritkan. Bella layu didalam dakapannya.

AddThis Social Bookmark Button


Kasih NurBella 3  

Wednesday, April 15, 2009

“Kenapa kau tak keluar dengan tunang kau? Dia tak marah ke kau ajak aku ni?” Milah masih lagi membelek blouse di tangannya.
“Malas la nak keluar dengan dia. Dia tu bukan senang nak ajak bershopping. Aku nak beli barang sikit pun susah.” Bella tergelak melihat wajah Milah yang muncung.

“Aku pun bukan boleh lama tau. Kesian dekat ibu aku,”
“Aku tahu la Bella. Aku faham. Kau nak temankan aku keluar ni pun aku dah bersyukur tau,” Milah meletakkan kembai baju di tempat asalnya.
“Kau tak nak cari apa-apa? Baju ke?” Bella menggeleng. Dia sendiri tidak suka pergi membeli elah kecuali barang-barang yang penting sahaja.

“Kau bukan tak tahu perangai aku. Kalau bukan benda penting, aku takkan beli. Buat apa nak membazirkan,” Milah terhenti. Di kalih ke arah Bella.
“Kau nak kata aku ni membazir la ni,” Milah mencekak pingganya sambil melihat Bella ketawa.

“Laaa…aku tak kata kau la. Kau kena beli benda ni sebab nak jaga hati si tunang kesayangan kau tu. Lain la macam aku ni. Boy friend pun tak de. Aku nak tunjuk kat siapa semua tu,” Bella tersenyum melihat muncung Milah sudah mengalahkan muncung Donald duck.
“Kau tu bukan tak laku tapi sengaja jual mahal. Agaknya kalau kau bercinta mesti mengalahkan aku kan. Eh Bella… kau tak pernah ke nak ada perasaan dekat lelaki. Takkan kau tak pernah rasa,” Milah menarik tangan Bella menuju ke ruangan yang lain.

Bella terdiam. Bukan tidak mahu tetapi dia takut untuk di kecewakan. Lagipun bukan mudah untuk mendapat pasangan yang sesuai dan memahami.

“Malas la nak fikir pasal ni. Aku masih ada tanggungjawab pada ibu aku lagi Milah. Aku je harapan dia,” Milah mendengar tiap kata-kata Bella seperti mempunyai kisah di sebalik dirinya.

“Dah tu, kau tak rasa bersalah kalau kau tinggalkan ibu kau. Lagipun ibu kau bukan sihat sangat. Kau tak fikir ke pasal ni,” Bella mengeluh.
“Takkan kau fikir aku seteruk tu. Aku kalau boleh setiap masa nak temankan ibu aku tau. Tapi dah niat dia sendiri nak suruh aku kerja dekat Bandar. Aku nak buat macam mana. Aku yang terpaksa tunaikan permintaan dia. Aku serba salah juga tapi aku tak sampai hati nak hampakan,” wajah Bella menjadi kendur tidak seceria tadi.

“Apa yang ibu kau nak sebenarnya. Kau tak tanya ke? Takkan dia sanggup nak berjauhan dengan kau semata nak suruh kau hidup senang,” kata Milah ada betulnya.
“Dah puas aku tanya. Yang aku dapat semuanya sama. Dia cakap nak tengok aku senang,” Milah menepuk-nepuk lembut bahu temannya
“Aku yakin yang ibu kau lebih tahu apa yang tersirat dari yang tersurat,” Milah cuba memujuk.
“Aku harap pun macam tu juga Milah. Anak mana tak sayang ibu. Lagi-lagi ibu aku tu bukan normal macam orang lain,” Bella mengeluh lagi.

“Eh…aku nak ke sana kejap. Kau nak ikut tak?” Milah menunjukkan arah sebuah butik pakaian ekslusif wanita.
“Tak pe la Milah. Aku tak larat la nak jalan lagi. Aku tunggu kau dekat sini je la,” Bella duduk pada sebuah bangku yang di sediakan pihak pusat membeli belah tersebut.

“Ok. Kau tunggu sini sampai aku datang,” Milah cepat-cepat berjalan melangkah ke tempat yang ingin di tuju.

Bella melihat jam di tangannya sudah menunjukkan waktu solat asar sudah hampir. Dia ingin ke surau sebelum Milah datang semula kepadanya. Dia bingkas bangun lalu melangkah menuju ke surau. Surau terletak di tempat yang sedikit tersorok. Bella hanya berselisih dengan beberapa orang sahaja ketika melalui hujung lorong.

Tiba-tiba Bella terasa tangannya di tarik seseorang. Habis semua bag-bag yang di dalam pegangan terlepas. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri.Ketika itu tiada sesiapa pun yang berada di tempat kejadian. Ia tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang yang menariknya telah pun menutup mulutnya menggunakan sehelai sapu tangan. Kesan daripada itu pandangannya menjadi kabur.Rontaannya tutur semakin lemah. Akhirnya dia terkulai layu …..


**********

Bella merasakan kepalanya begitu berat sekali. Pandangnya masih lagi kabur. Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Terlihat samar-samar cahaya di hujung katil. Di amati dengan jelas keadaannya. Apabila dia merasa dia berada di tempat yang sangat asing, cepat-cepat dia bangun. Dirinya bertamba terkejut apabila tiada seurat benang pun menyaluti tubuhnya hanya helaian selimut yang melindungi.
‘Ya allah …apa dah jadi ni…ibu tolong Bella bu…’ rintih Bella. Air matanya mengalir tanpa henti.

Dia tersedar yang dirinya bukan berseorangan. Dalam kesamaran cahaya, Bella menatap wajah lelaki di sebelahnya. Bagai ingin gugur segala urat sendinya ketika matanya melihat wajah Helmi yang lena disisinya. Dengan kepayahan ia menyapai pakaiannya yang berselerak di lantai. Esakannya semakin berlagu. Seluruh tubuhnya di rasakan berbisa. Pedih,sengal, ngilu bercampur menjadi satu.

Helmi terjaga dari lenanya apabila mendengar esakan seseorang. Baru dia teringat apa yang berlaku antara dia dan Bella. Hatinya puas apabila dapat memiliki tubuh Bella walaupun tanpa kerelaan.

“Biar aku terangkan Bella,” Helmi melangkah ke arah Bella yang sedang mengenakan pakaiannya kembali.
“Kau jangan datang depat dengan aku. Aku benci tengok muka kau. Aku benci !” Helmi terkedu melihat api kemarahan dari wajah Bella.
“Aku lakukan semua ni bersebab Bella. Aku tak mahu kehilangan kau. Please Bella,” Helmi tetap jua merapati Bella.

“Apa salah aku pada kau hah? Kenapa kau buat aku macam ni?” esakan Bella semakin meninggi. Tidak mampu ditahan lagi.
“Maafkan aku. Tapi ni je caranya untuk memiliki mu Bella,” Helmi menarik Bella dalam pelukannya. Bella meronta dengan kuat. Helmi mengemaskan pelukannya.

“Lepaskan aku…lepaskan aku binatang! Aku benci aku,” jerit Bella sekuat hati. Api kemarahan telah melewati akal fikirannya.
“Bella…please… shhhhh… aku akan bertanggung jawab Bella. Aku takkan sia-siakan kau. Itu janji aku. Percaya lah Bella,” Helmi terus merayu Bella yang masih di dalam pelukannya.

“Pergi jahanam dengan janji kau. Lepaskan….!” Helmi tidak dapat melawan rontaan Bella yang semakin menganas. Dia terpaksa melepaskan pelukannya.
“Please Bella. Aku sayangkan kau,” Bella tidak menyangka Helmi sanggup menodainya.
“Kenapa aku? Ramai lagi perempuan yang tergilakan kau. Kenapa kau pilih aku. Kenapa?” Bella tersedu bersama tangisan.

Tiba-tiba.
Tok…tok…tok….

Mereka saling berpandangan. Apa yang di takuti selama ini telah pun berlaku. Helmi yang hanya berseluar pendek melangkah ke arah pintu bilik yang di ketuk.

“Kami dari jabatan agama islam. Kami dapat aduan tentang kelakuan yang tidak bermoral berlaku disini,” serta merta lututnya menjadi lemah dan Bella terduduk diatas lantai. Empat orang pegawai yang lengkap berkopiah di iringi dua konstabel polis berdiri di hadapan bilik. Air matanya semakin deras mengalir. Helmi tidak menyangka rancangannya tidak berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.

“Apa hubungan cik berdua?” Helmi risau melihat Bella hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Dirinya telah pun siap berpakaian lengkap.
“Kawan,”
“Kamu tahu kan yang kamu berdua ni bukan muhrim. Tak takut dosa ke?” sindir salah seorang pegawai yang lain. Helmi menundukkan wajahnya.
“Kami terpaksa menahan kamu berdua untuk di soal siasat, sila ikut kami ke balai,” Helmi hanya mengangguk.

“Tapi…” kata-kata Helmi terhenti.

“Cik sila beri kerja sama,” tiada apa lagi yang dapat di pertahankan. Segalanya telah musnah dek kerakusan nafsu Helmi yang tergilakannya.
Dengan perlahan Bella mengikuti langkah pegawai tersebut bersama dengan Helmi.


***********

Helmi masih menatap seraut wajah Bella yang mendung. Jelingan dan rungutan kedua orang tuanya tidak di endahkan.

“Mama tak setuju. Mama tak setuju. Kenapa kamu buat mama macam ni,” Puan Sara tidak dapat membendung api kemarahannya. Dia mengharapkan Helmi akan memilih orang yang setaraf dengannya namun dia hampa.

“Tapi ma. Dia pilihan Mie. Mie tetap akan kahwin dengan dia,” Helmi mempertahankan pilihannya.
“Kenapa kamu buat semua ni Mie. Kamu tak takut dosa ke? Kamu tahukan dosa berzina tu satu dosa yang besar,” Tuan Mukriz menggelengkan kepalanya. Tidak percaya dengan apa yang telah di dengarnya ketika menjamin Helmi.

“Mie tahu papa. Mie salah. Mie terlalu cintakan dia papa. Mie takkan lepaskan dia,” rayu Helmi.
“Helmi! Sanggup kamu membelakangi kami. Kamu nak jadi anak derhaka ke?” Puan Sara meninggikan suaranya.
“Maafkan Mie mama. Mie tak de pilihan lain,” Helmi merapati mamanya.

“Hei betina sundal!..kau yang hasut anak aku kan…Betina macam kau ni jangan harap nak dapat masuk dalam keluarga aku. Sampai mati pun aku tak izinkan. Lebih baik kau merambus dari sini. Berambus….!”

Bella lansung tiada memberi sebarang tindak balas. Akalnya mati, jiwanya kosong. Semuanya sudah terlambat.

“Bukan salah dia mama. Mie yang salah,” Helmi cuba mempertahankan Bella.
“Mama tetap tak izinkan Mie kahwin dengan dia,” Helmi menoleh kepada papanya. Mengharap simpati.

“Kamu dah fikir masak-masak dengan keputusan kamu? Nikah kahwin ni bukan benda mainan. Papa tak mahu kamu sia-siakan anak orang,” Puan Sara tidak percaya dengan kata-kata suaminya.

“Apa yang abang nak buat ni? Abang nak kita bermenantukan perempuan yang tak tahu asal usul. Saya tak setuju. Kita bayar je berapa yang dia mahu. Habis cerita,” cadang Puan Sara.

“Mama! Apa yang mama cakap ni? Bella bukan macam orang yang macam tu,” Helmi tidak sangka sehingga begitu sekali penolakan mamanya terhadap Bella.
“Dia sengaja nak perangkap kamu. Mana kamu tahu,” Helmi menggeleng.
“Dia tak seburuk itu mama. Percayalah,” Helmi menoleh ke arah Bella.

Tidak sanggup lagi untuk dia mendengar cacian dari keluarga Helmi. Dengan titisan air mata yang berbaki, Bella melangkah pergi keluar dari rumah banglo milik keluarga Helmi. Ingin ia berlari sekuat hati meninggalkan segala kepahitan yang di tempuhi. Hanya satu saja tempat untuk dituju. ‘Ibu….’ Rintihnya pedih.

“Kamu nak ke mana Helmi?” langkah Helmi terhenti. Dia ingin mengejar Bella dari berlalu pergi.
“Saya takkan lepaskan dia mama. Dia lah yang terakhir dalam hidup Mie,” rayu Helmi.
“Mama tak benarkan,” Puan Sara sudah berdiri menghampiri anak bujangnya.

“Maafkan Mie mama. Mie tak mampu hidup tanpa dia. Dialah nyawa Mie. Tolong la mama,” Helmi melutut di kaki Puan Sara.

“Papa rasa benda ni boleh di selesaikan dengan cara elok. Lagipun bukan budak tu sorang yang salah. Anak kita pun bersalah dalam hal ni. Mama kena fikir yang kita juga ada anak perempuan,” pujuk Tuan Mukriz. Walaupun dia tidak bersetuju dengan pilihan Helmi namun dia tidak mahu Bella teraniaya dengan perbuatan anaknya.

“Mana mama nak letak muka mama ni kalau sedara mara kita tahu. Malu saya bang, malu saya,” Puan Sara kembali duduk di sofa.
“Kita kena fikirkan juga perasaan budak tu. Kamu tahu dia tinggal di mana?” soal Tuan Mukriz. Helmi mengangguk.

AddThis Social Bookmark Button


Kasih NurBella 2  

Tuesday, April 14, 2009

Bella menghabiskan baki minumannya. Dia tidak mahu berada lama lagi di kantin. Peristiwa seminggu yang lalu masih lagi bermain di fikiranya. Kini dia menghitung hari untuk meninggalkan kerja di kilang yang banyak membantunya.

“Hei Bella, kenapa dengan kau ni? Semenjak dua menjak ni, aku tengok kau selalu balik cepat. Kau tak nak buat ot ke. Seingat aku, kau la yang paling rajin nak buat ot,” Milah menegur Bella.
“Tak ada apa-apa lah. Aku ok je Cuma malas la nak buat ot sekarang. Aku ingat nak habiskan masa dengan mak aku je,” Bella menjawab tenang. Dia tidak mahu Milah tahu perasaanya. Perasaannya yang tidak tenang.

“Betul ke kau ok ni? Kalau ada apa-apa bagitau la aku. Tak payah nak sorok-sorok. Eh..tapikan Bella. Sejak kau sembang dengan Helmi dekat kantin hari tu, aku dah tak nampak Helmi datang kerja tau. Kau tahu ke dia pergi mana?” Bella terkedu. Helmi tak datang kerja disebabkan olehnya. Tetapi Helmi tidak boleh memaksanya begini. Dia ada hak dan sekiranya terjadi sesuatu kepada Helmi, mereka tidak boleh salahkan Bella.

“Mana la aku tahu Milah oi. Aku pun bukan bini dia yang kena tahu kemana dia pergi,” Milah tersengih mendengar jawapan Bella. Tetapi dia masih tidak puas hati dengan jawapan Bella kerana, dia amat pasti yang Bella la punca kemana Helmi menghilang.

“Takkan dia dah berhenti kerja. Pasal apa pulak?” Milah masih lagi membincangkan tajuk yang sama membuat Bella semakin rimas.

“Kenapa kau tak tanya je dekat HR department. Mintak no handphone Helmi sekali, lepas tu kau tanya la dia sendiri. Kan senang,” sindir Bella.
“Ala Bella. Rugi la kalau dia tak de. Dah la jadi mamat rebutan dekat kilang ni,”
“Dah tu, kau pun nak ikut sekali la eks. Kau nak campak si Khairil tu kat mana?” marah Bella. Milah tersipu malu.

“Aku gurau je la Bella. Takkan la aku nak tinggalkan tunang kesayangan aku tu. Kalau bagi Helmi sepuluh kali pun aku tak mahu,” Bella mencebik.
“Kenapa kau tak mahu? Kan dia lebih segak dari Khairil. Bagi free pun kau tak nak?”Bella menguji kesetian Milah.

“Ala kau ni. Memang la si Helmi tu lagi segak dari Khairil aku. Tapi belum tentu dia sama macam Khairil.” Bella tergelak. ‘Hai Milah, tadi bukan main lagi kau sibuk pasal Helmi. Sekarang dah surrender.’ Bisik Bella dalam hati.


“Amboi, ayiknya sembang. Waktu rehat pun dah habis, tak reti-reti nak masuk line?” Bella dan Milah terkejut mendengar suara Rozie yang separuh menjerit. Bella malas ingin melayan perangai Rozie yang mengada-ngada. Rozie salah seorang peminat Helmi dan sebab itulah dia bersikap dingin dengan Bella.

Rozie berasa sedikit bengang kerana Bella langsung tidak mengendahkan tegurannya. ‘Melampau betul…mentang-mentang la Helmi tu suka dekat kau.. kau ingat kau siapa?..kau tunggu la..’ bentak Rozie dalam hati.


***********

“Eh Bella, aku tengok kau langsung tak takut dengan Rozie tu. Apasal eks?” Milah berjalan menyaingi Bella. ‘Minah ni…tak habis-habis nak jadi reporter la …’
“Buat apa nak takut. Aku pun makan nasi juga macam dia,” bersahaja dia menjawab.
“Aku tanya betul-betul la. Kau ni! Ingat aku main-main ke?” Bella tersenyum.

“Betul apa aku cakap. Dia pun manusia juga Milah. Tak payah nak takut dengan dia. Kalau kau tak buat salah, buat apa kau nak takut. Jangan ingat dengan jawatan yang dia pegang tu boleh aniaya orang sesuka hati dia.” Milah mengangguk mendengar jawapan Bella.

“Patutlah aku dengar ramai yang tak puas hati dengan dia. Agaknya dia gunakan kuasa dia untuk aniaya orang tak?” Milah membuat andaian.
“Ish kau ni, main sedap mulut je kalau bercakap. Nanti kena cili mulut tu baru tahu.”
“Memang betul la. Aku dengar masa dia orang semua sembang-sembang dekat kantin masa rehat,” tokok Milah. Mereka sudah pun sampai di hadapan kilang untuk menunggu bas bersama pekerja-pekerja kilang yang lain.

Kalau tidak kerana kesempitan wang, mungkin Bella sudahpun melanjutkan pelajarannya di menara gading. Tanggungjawabnya hanya satu iaitu menjaga ibunya sehingga akhir hayatnya.

Bella membaca novel yang dibelinya pagi tadi. Dia tidak mahu masanya terbuang begitu saja sedangkan Milah sibuk bergosip bersama rakan kilang yang lain. Riuh jadinya. Sesekali Bella menjeling kepada Milah sambil menggeleng. Suara Milah la yang paling kuat ketawa.

“Eh Bella, kau nampak tak kereta Helmi tadi?” Bella menutup semula novel yang di bacanya. Pertanyaan Milah menarik perhatiannya. Bella hanya menggeleng.

“Tu la kau. Asyik sibuk je dengan novel kau tu.” Milah sudah mula dengan perangainya yang suka membebel.
“Buat apa aku nak ambil tahu hal orang Milah. Lagipun aku tak mahu ada kaitan langsung dengan Helmi.” Bella menjawab acuh tidak acuh. Hatinya sedikit pun tidak terusik dengan kata-kata Milah.

“Aku pun hairan dengan engkau ni. Apa kurangnya Helmi tu. Budi bahasa baik, kerja pun bagus. Family dia orang senang, keturunan baik-baik. Kau langsung tak terpikat ke Bella?”

“Mana kau tahu tu semua Milah. Kau jangan nilai orang hanya depan mata kau saja. Yang tersirat tu pun kau kena selidik. Hati manusia bukan mudah nak di tafsirkan. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu,” terang Bella.

“Tapi takkan la Helmi jenis macam tu. Aku yakin dia jenis yang baik-baik,” pujuk Milah. Bella mengeluh. Milah harus di fahamkan supaya tidak lagi mendesak dirinya untuk menerima kehadiran Helmi dalam hidupnya.

“Milah, bukan Helmi yang kurang tapi aku.” Milah merenung Bella.
“Apa kurangnya kau?” Milah tidak faham dengan maksud kata-kata Bella.

“Terlalu banyak jurang antara aku dengan dia Milah. Terlalu jauh perbezaannya kalau nak di bandingkan. Lagipun aku tak sanggup nak terima penghinaan dari sesiapa pun. Cukup la dengan apa yang telah aku lalui sebelum ni,” Bella menarik nafas panjang dan di lepaskan perlahan-lahan.

“Zaman sekarang zaman moden la Bella. Takkan orang tua Helmi tu jenis yang kolot. Lagipun, Helmi takkan sia-siakan kau,” Milah meyakinkan Bella.

“Dah la Milah, kalau boleh aku tak mahu dengar lagi apa-apa pasal Helmi. Dia berhak untuk dapat lagi bagus dari aku,”
“Belum lawan lagi dah tahu kalah. Mana kau tahu yang kau tak layak untuk dia. Dia yang tergila-gilakan kau. Makna kata memang layak la tu,”

“Bukan macam tu Milah. Kalau dia terima aku sekalipun, belum tentu family dia akan terima aku seadanya. Aku yang akan menanggungnya nanti sebab aku ni tetap dikira orang luar walaupun aku dah jadi isteri dia. Satu lagi aku memang tak ada hati dekat dia. Sorry,” Bella kembali menatap novelnya.

“Kau ni. Aku tak habis cakap lagi. Hah … kau tengok kereta Helmi tu.” Milah menunjukkan kearah kereta Helmi yang sedang melalui pintu pagar utama. Bella turut menoleh melihat dengan ekor matanya. Dia sempat melihat senyuman Rozie yang menyindirnya.

“Kau tengok! Sebab kau asyik tolak dia, Rozie tu yang jadi tukang tampal. Melepas kau Bella,”
“Aku tak rugi apa pun Milah. Biarlah dia dengan Rozie. Ok apa. Sepadan la tu. Rozie pun apa kurangnya kalau di bandingkan dengan Helmi. Sama cantik, sama darjat. Memang perfect.” Bella tersenyum melihat wajah Milah berubah masam.

“Menyampah la cakap dengan kau ni. Aku cakap betul-betul, kau boleh buat main-main pulak. Kau ingat si Helmi tu nak sangat ke dengan Rozie tu. Kalau tak pasal kau tolak dia, jangan harap dia nak layan si Rozie gedik tu,” marah Milah.

“Yang kau nak marah dengan aku sangat ni kenapa? Susah-susah sangat, kau je la pikat si Helmi tu,” bidas Bella.

“Ke situ pulak. Kita nak tolong dia, kita pulak yang kena,”
“Hah..kalau kau nak tolong aku, lebih baik kau jangan cakap langsung pasal Helmi. Kau cakap pasal tunang kau tu pun tak pe. Aku tak kisah,” Bella terseingih melihat Milah sudah memuncungkan mulutnya.

Mereka sama-sama ketawa sambil berjalan menuju bas kilang yang sudah tiba. Bella mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Hatinya sedih untuk meninggalkan segala kenangan yang terpahat di ingatannya.

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 6  

Seminggu lagi Haiqal akan berangkat ke UK untuk menyambung pelajarannya di sana.
Bermakna lagi seminggu jugalah aku dapat menatap wajah Haiqal untuk mengubat rindu ku. Haiqal akan menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun.

Aku juga akan menyambung pengajian ku tetapi hanya di universiti tempatan. Nasib aku baik kerana aku di terima oleh salah sebuah univeriti di sebelah utara Malaysia. Aku tidak perlu terlalu berjauhan dengan keluarga.

Aku sibuk mengemas barang untuk ku bawa ke Universiti nanti. Aku tidak mahu ada benda yang tertinggal. Sekejap lagi Haiqal akan menjemput ku untuk menemaninya membeli barang. Aku memang masih belum menerima dirinya secara rasmi sebagai kekasih ku. Tetapi entah kenapa aku masih mahu menemaninya. Nak lepas rindu la katakan.


Tepat jam dua petang, Haiqal tiba di rumah ku. Aku di hadiahkan sebuah senyuman yang boleh membuatkan jantung aku berdegup kencang. Dia memandu keretanya meninggalkan kawasan rumah ku.

“Banyak lagi ke barang nak di beli,” aku bersuara memecah kesunyia. Aku pelik sikit sebab dia tak macam selalu. Kalau tidak dia la yang rajin usik aku.
“Ada la sikit lagi,” jawab Haiqal pendek. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Aku tidak mahu menambahkan lagi kerunsingannya walaupun aku rindu dengan usikannya.

Sesekali aku jeling ke wajahnya. Memang nampak sedikit tertekan. Nak tanya ke tidak eks.. Nanti dia kata aku ni busy body la pulak. Ishh. Aku pun rimas kalau dia buat macam ni.

“Awak nampak lain hari ni. Kenapa? Awek awak lari ke?” aku cuba menceriakan suasana. Manalah tahu dia nak ketawa dengar aku buat lawak. Masih diam. Alamak, aku mati kutu. Takkan dia tak dengar. Cd lagu pun dia tak pasang. Dalam kereta tu macam dah kena landa burung Garuda, senyap gila.

“Apasal awak ni. Kalau nak ajak saya keluar semata-mata nak senyap macam ni. Baik awak keluar sendiri.” Marah ku. Dia tersentak sebab suara aku memang tinggi. Elok-elok mood aku baik masa keluar rumah tadi terus jadi moody.

Dia masih senyap. Aku jadi macam budak bodoh. Sampai di shopping komplek, dia parking kereta dekat tempat letak kereta paling bawah sekali. Aku pun dah jadi senyap macam dia. Dia bukakan pintu untuk aku tapi aku buat bodoh je. Aku nak tengok sampai bila dia nak jadi senyap dengan aku.

Melihat aku masih tidak mahu turun, dia melutut di sisiku. Senyumannya di lemparkan kepada ku. Tangan aku di capai dan di kucup mesra. Hati aku risau juga sebab takut dia cium aku lagi macam dulu. Aku beranikan diri merenung anak matanya. Nampak keikhlasan yang tidak berbelah bagi.


*******

“Sorry sayang.” Haiqal masih tersenyum. Aku melihat seperti berat untuk dia mengatakan.
“Jom temankan Qal makan. Lapar ni. Bukan selalu nak dapat makan dengan awak.” Untuk pertama kalinya dia membahasakan dirinya Qal. Nampak lebih mesra. Suara dia pun merdu je aku dengar. Orang tengah memujuk, memang la macam tu.

“Saya tak lapar,” Haiqal sabar melayan karenah aku. Cari la pasal lagi. Bukan aku marah dia betul-betul pun. Aku cuma nak tengok sejauh mana dia sayangkan aku dan sejauh mana dia boleh bertahan.

“Tak kesian dekat saya ke. Saya ni macam dah gila rindu dekat awak tau.” Bukan main lagi dia memujuk.
“Kenapa saya nak kena kesian dekat awak? Awak bukan orang susah pun,” sengaja aku memanjangkan cerita.
“Jangan la macam tu sayang. I’m sorry. It’s wont happened again. I promise.” Haiqal mengangkat tangannya untuk bersumpah tapi dengan pantas aku menahan tangannya.

“Tak perlu nak berjanji dengan saya, awak kena berjanji dengan diri awak sendiri. Saya bukan siapa pun dengan awak,” tanganya aku lepaskan. Bukan apa, dah terlalu banyak sangat karen mengalir dalam badan aku. Takut jadi lain pulak. Tak pasal-pasal shopping komplek ni tambah seorang lagi anak angkat buat koleksi.

“Kenapa cakap macam tu. Dalam hati saya ni cuma ada awak sorang je. Cuma awak yang masih jual mahal.Entah bila la saya dapat dengar ayat keramat awak tu,”
“Jual mahal apa pulak. Saya bukan jual barang,” aku cuba berseloroh. Mood aku dah ok sebenarnya.
“Tu saya tahu la. Jom,” dia mencuit hidung ku yang dah tersedia mancung. Aku tersenyum. Aku menguji kesabarannya.

Kami berjalan berpimpin tangan. Macam pasangan bahagia la konon. Dia bawa aku pusing satu shopping komplek. Nasib baik tak banyak barang yang dia beli. Tapi kedai yang dia masuk tu bukan calang-calang orang boleh masuk. Setakat nak masuk tengok je baik tak payah. Megah ke? Tak kot. Dia tak pernah pulak nak menunjuk dekat aku. Dia Cuma suruh aku pilihkan design je. Yang lain dia buat sendiri.

Masa kami melintas depan sebuah kedai emas, dia tarik tangan aku. Aku dah gelabah. Nak buat apa dia masuk dalam ni. Dalam hati cuak gila. Dia dengan selamber terus suruh aku duduk depan kotak pameran barang kemas.

“Yang mana awak berkenan,” ish dia ni. Aku mana ada duit nak bayar semua ni.
“Eh..tak nak la wak. Saya tak mampu la nak bayar semua ni,” Haiqal tetap memaksa ku.
“Saya tak tanya yang tu. Saya tanya yang mana awak berkenan,” muka aku dah separuh merah. Juru jual depan aku pun senyum je. Seronok kot tengok aku kena tegur dengan Haiqal.

“Kenapa awak buat semua ni Qal? Saya tak nak orang kata saya ambil kesempatan. Awak tahukan saya macam mana,” wajah Haiqal berubah sedikit kecewa.

“Saya nak hadiahkan awak sebelum saya berangkat ke UK. Saya nak awak rasa yang saya selalu dekat di hati awak,” Haiqal memujuk ku. Syahdunya.

“Tapi bukan dengan hadiah semahal ni Qal. Tak mampu saya nak membalasnya,” aku tunduk. Sedih la pulak sebab aku seakan sedar akan jurang antara kami.
“Please Kasih. Permintaan saya yang terakhir sebelum saya pergi,” Haiqal mengambil seutas rantai emas putih yang mempunyai sebuah loket berbentuk hati.

Aku tak terkata apa sebab lidah aku jadi kelu. Romantik gila. Masa dia pakaikan rantai tu, aku rasa macam nak menangis pun ada. Dah serupa macam dalam drama korea pulak. Haiqal senyum tengok aku belek-belek rantai pemberiannya. Kalau tak silap aku harga dia dalam ribuan ringgit juga namun itu tak mendatangkan masalah buat Haiqal.


Itulah saat terakhir aku dapat menatap wajahnya sepuas hati. Kami tak mempunyai foto masing-masing. Hanya tersemat didalam ingatan. Akan ku tunggu saat ia kembali untuk ku lafazkan kata-kata cinta ku. Tak mungkin ku akan berpaling lagi dari cahaya cintanya yang suci.

Haiqal….. aku cinta pada mu..

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 5  

Sejak dari peristiwa itu, abah dah tak benarkan aku naik motor sendiri kecuali dalam keadaan tertentu je. Yang akan jadi driver aku tiap-tiap hari adalah bakal anak menantu abah aku. Siapa lagi kalau bukan Haiqal. Agak-agak dia juga lah yang bagitau abah supaya tak benarkan aku naik moto sendiri. Geram gila.

Budak dekat tempat kerja aku pun dah kenal sangat dengan Haiqal. Dia siap boleh sembang-sembang dengan bos aku lagi. Sepanjang tu dia memang layan aku dengan baik. Lepas balik kerja, kami akan singgah untuk makan lewat malam. Kalaulah lagi lima enam bulan dia buat macam ni, gerenti badan aku dah besar macam tong drum.

“Nak makan dekat mana?” Haiqal mengenakan helmet di atas kepala ku. Walaupun dah puas aku pujuk nak pakai sendiri, dia tetap tak benarkan. Macam intan payung dia layan aku.

Masa pakai atau buka, memang dia yang akan buat. Romantik sangat la pulak tapi nak buat macam mana, aku dah jatuh hati dekat dia. Cuma belum sampai waktu nak ucap je. Tunggu masa yang sesuai.

“Tak kisah la. Janji makan. Dah lapar gila ni,” aku membonceng belakang skuternya.
“Sew Hai tak ikut sekali?”
“Sew Hai cuti la hari ni. Dia ada kerja sikit” Haiqal mengangguk.
“Kalau macam tu kita makan tempat biasa lah,” cadangnya.
“Ok juga tu. Saya teringin nak makan magie goreng mamak,” bila bercakap magie goreng boleh membuat aku terliur. Aku memang gila magie goreng.

“Makan la benda lain. Tak boring ke asyik makan benda yang sama je,”
“Tu je yang boleh masuk pun waktu-waktu macam ni,”
“Tak elok kalau makan magie tu selalu. Mudah kena kanser.” Bebel Haiqal.

Dia mula lagi dengan ceramah kesihatan dia. Aku tahu lah yang dia tu nak jadi dokter macam kakak dia, tapi jangan la asyik nak ceramah dekat aku je. Naik boring aku dengar. Ada je benda yang aku buat tak kena.

“Awak nak bawa saya makan ke tidak. Kalau asyik membebel je baik awak hantar saya balik. Lagi bagus. Kat rumah pun saya boleh masak sendiri.” Rajuk ku.

“Masak. Awak nak masak apa?”
“Masak magie la. Apa lagi,” Haiqal mencebik.
“Ingat nak masak apa tadi. Boleh gak tumpang sekaki. Kalau magie baik tak payah.” Eh eh mamat ni. Aku tak kata pun nak ajak dia. Perasaan betul.


Sampai di kedai mamak, Haiqal membuka helmet ku. Aku membetulkan sedikit rambut yang khusut di tiup angin. Kami berjalan menuju ke sebuah meja yang baru di kosongkan. Walau malam sudah larut begini, masih ramai lagi yang melepak di kedai mamak tu. Tambah pulak kedai tu pasang Astro. Orang kata apa, ‘Macam-macam ada’

“Awak makan benda lain ek?” dia masih tidak putus asa memujuk. Kesian la pulak tapi aku memang dah kempunan gila nak makan magie goreng kedai ni. Dia punya magie goreng special wa cakap lu. Memang best. Tapi yang tak bestnya aku rasa malam ni aku terpaksa makan benda lain. Kalau tidak, sampai balik la aku kena dengar mulut si Haiqal ni membebel pasal kesihatan.

“Ye la,” aku jawab pendek. Nampak dia tersenyum meraih kemenangan.
“Mamak, bagi milo ais dua. Awak nak makan apa?” Haiqal menoleh kearah ku. Apa yang aku nak makan eks. Semuanya biasa-biasa je. Ha..! Idea.

“Bagi saya magie kuah la satu,” aku tersenyum. Kalau tak dapat magie goreng, magie kuah pun jadi la. Aku perasaan yang Haiqal dah jegilkan mata dekat aku.

“Tadi kata nak makan benda lain, tak nak makan magie.” Soal Haiqal sedikit tegas.
“Saya cakap tadi magie goreng bukan magie kuah. Awak silap dengar kot,” aku sengih.

“Nakal la awak ni. Kalau awak sayangkan saya, baik awak jangan selalu sangat makan magie tu.” Aku dengar suara Haiqal dah lain.
“Bila pulak saya cakap saya sayang kat awak. Awak ni dah pening kot?” aku buat-buat hairan. Padahal dalam hati tu, nama dia je yang bertahta.

“Ye la. Sekarang ni boleh la awak cakap macam tu. Bila saya dah duduk jauh dengan saya, baru awak tahu.” Aku tersengih. Pandai si Haiqal ni bermain kata-kata. Walau teruk macam mana pun aku buat kat dia, langsung tak terasa hati. Paling kuat pun merajuk main-main. Dan untuk sekian kalinya, aku tak pujuk pun.

Kami makan sambil berbual rancak. Macam-macam dia tanya dekat aku. Kiranya macam kami ni tengah mengenal hati budi masing-masing. Secara tak langsung aku pun tahu kehidupan dia yang dulu. Boleh la tahan.

Tapi dia langsung tak cakap pasal wanita dalam hidup dia. Aku pun nak tahu juga dulu dia berkawan dengan siapa. Pernah ada steady girls ke belum. Pernah bercinta ke belum. Pada aku semua tu penting sebab aku ni memang kuat cemburu. Walaupun aku tak pernah bercinta, tapi aku tak nak steady boy aku akan membuat perbandingan antara aku dengan orang lain.

Jatuh la reputasi aku. Bila aku tanya sikit, dia terus elak. Macam ada benda yang dia sembunyi dari aku. Nak paksa pun tak boleh juga. Lelaki ni bukan boleh di buat main-main. Kalau pasal diri aku, dia tak payah tanya pun tak pe sebab dia dah selidik semuanya tentang aku pada abah. Yang tak syoknya si abah aku tu pergi cerita semua hal-hal aku pada Haiqal. Yang secret-secret pun abah cerita habis. Tak sporting lansung.


“Bila awak nak pergi oversea?” aku cuba mengubah tajuk bila dia langsung tak jawab soalan ku. Susah betul.
“Mungkin dalam sebulan dua lagi. Kenapa? Awak nak ikut ke?” aku mencebik. Perasan betul la dia ni. Kalau aku sayang dekat dia pun belum tentu aku nak iktu dia pergi sana.
“Tak ada masa saya nak ikut. Kat sini pun masih banyak lagi tempat untuk saya continue study,”

“Kalau awak ikut pun saya tak kisah. Lagi saya suka. Kita boleh study sama-sama,” Haiqal menyedut minumannya.
“Ye la tu. Bahaya kalau dekat-sekat selalu. Nanti jadi benda lain pulak,” aku menyandarkan tubuh ku di kerusi.

“Benda apa pulak yang jadi?” Haiqal tersenyum buat-buat tak faham.
“Faham-faham sendiri sudah la,” muka aku dah separuh merah. Aku jadi malu sendiri.
“Saya tak faham la. Boleh awak terangkan lagi benda apa yang boleh jadi kalau kita duduk dekat-dekat?” Haiqal sudah tersenyum nakal. Sengaja ingin mendera perasaan ku.

“Jadi macam-macam la.” Aku cuba berdalih.
“Jadi macam mana tu? Saya masih tak faham la,” geram betul aku.
“Ye la. Kalau kita duduk dekat-dekat, nanti kita susah nak kawal perasaan kita. Nafsu tu lagi susah nak kawal,” aku dengan selamber menerangkan pada Haiqal. Dia masih senyum-senyum nakal.
“Ye ke? Duduk dekat macam mana tu? Macam ni ke?” aku tengok Haiqal sudah mengalihkan kerusinya begitu hampir dengan ku. Memang dekat. Aku dah jadi tak tentu arah. Cepat-cepat aku pukul halus lengan Haiqal.

“Gatal! Dah. Jangan nak cari pasal,” Haiqal ketawa melihat wajah aku dah masam macam cuka.
“Kenapa? Awak takut ke? Bukan saya nak buat apa pun. Paling kuat pun saya cium awak. Bukan luak,” aku terkejut. Amboi..amboi…amboi… Ingat aku ni apa. Sedap sangat ke merasa penampar Korea aku. Nak lagi ke?

Aku cuba berdiri tapi di tahan pantas. Aku kawal api kemarahan. Ni yang buat hati aku ragu-ragu nak terima dia. Belum pun jadi awek dah cakap yang bukan-bukan. Kalau jadi bini, lembik aku agaknya.

“Sorry. Saya gurau je. Saya tahu awak bukan jenis perempuan macam tu. Tapi tak salah kalau awak ada perasaan macam tu. Awak Cuma kena kawal, bukan terus buang perasaan tu. Kalau tak, sampai bila pun saya masih tak tahu yang awak sayangkan saya. Walaupun bukan keluar dari mulut awak, tapi saya dapat baca dari gerak geri awak. Awak terlalu naïf Kasih,” lembut bicara Haiqal. Aku jadi terkesima.

Perasaan aku dari naik terus jatuh menjunam. Tak sangka dia boleh baca dari gerak geri aku. Memang aku tak mampu nak jawab apa. Naif…. Mungkin itu yang sesuai untuk aku dalam bab-bab percintaan ni.


Malam tu agak lewat dia hantar aku pulang. Nasib baik abah tak sound. Aku cuak juga, manalah tahu angin abah tak kena malam tu. Aku terus masuk bilik. Nak rehatkan badan. Masa aku nak naik bilik, aku perasan yang kakak ipar aku tu pandang lain macam je. Pasal apa aku pun tak pasti.

Talifon bimbit kesayangan aku berdering lepas aku keluar dari bilik mandi. Nasib baik tak terlondeh tuala aku sebab nak pick up phone punya pasal.

“Hai sayang,” suara Haiqal di hujung talian. Memang dah jadi kebiasaan dia akan call lepas dia sampai di rumah. Nak hantar report.

“Hai. Dah sampai ke? Lajunya awak bawak motor? Awak merempit eks,” aku masa tu dah berguling-guling atas tilam. Nasib baik dalam bilik tu aku sorang. Kalau tak memang payah.

“Tak la. Saya bawa macam biasa la. Dah mandi?”
“”Dah. Baru lepas. Awak nak tidur pukul berapa ni?” aku menegerling jam di dinding. Baru pukul 11.30 malam.
“Kalau boleh saya nak borak sampai pagi dengan awak. Boleh kan sayang,” pandai betul dia menggoda aku.

“Esok saya kerja la. Awak ni tak kesian dekat saya ke?”
“Eh…lupa pulak. Saya ingat nak bawa awak jumpa dengan family saya.” Telinga aku dah kecut macam kena rendam dengan cuka.

Dia nak bawa jumpa family dia nak buat apa? Aku dah fikir yang bukan-bukan. Aku sebenarnya tak ready lagi. Bukan apa, masih terlalu awal untuk kami berhubung sejauh ini. Nak jumpa family lagi. Panjang ceritanya pulak nanti.

“Kenapa cepat sangat. Saya tak ready lagi la wak. Kalau boleh saya nak habiskan study dulu baru nak fikir soal ni,” aku tak mahu dia kecil hati dengan aku tapi aku tak boleh ikut kehendak dia juga.

“Lambat sangat la sayang. Saya tak sanggup nak berjauhan dengan awak. Ingat saya nak cancel je application tu tapi mama nanti marah pulak,” mamat ni memang dah gila agaknya.


“Sabar la. Tak lari gunung di kejar. Kalau awak sayang dengan saya, awak kekalkan perasaan tu sampai awak kembali ke sini. Kalau tak, saya pun tak dapat nak tolong,”

“Tak pe la kalau awak tak sudi. Nak buat macam mana. Ok la wak. Jangan tidur lewat sangat. Selamat malam,” Haiqal menamatkan talian tanpa tunggu jawapan aku.
Dia merajuk dengan aku. Aku call balik pun dia tak jawab. Nampaknya aku kena lah belajar ma

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 4  

“Nasib baik sempat lagi. Bahaya juga kalau di biarkan lama,” aku tersengih mendengar suara kakak Haiqal. Mati-mati aku ingat dia nak bawa aku pergi rumah dia. Buat suspend betul. Memang dalam kepala aku asyik fikir benda yang negative je tadi.

Mana taknya, dalam surat khabar, dalam tv, semua dah tunjuk kes-kes yang melibatkan remaja macam aku ni. Takut la kalau benda macam tu terjadi dekat aku. Minta-minta di jauhkan.

“Tu pun puas kena paksa kak. Boleh dia nak urut-urut je tangan dia.” Wajah ku merah menahan malu. Haiqal bukan nak cover-cover depan kakak dia. Main hentam je. Kak Reen asyik pandang aku je. Pasal apa aku pun tak pasti.

“Nak urut tu boleh, tapi kenalah bagi bengkak ni surut dulu. Bukan apa, takut tangan ni patah, Lain pulak yang jadi nanti.” Hah..patah. Biar betul.
“Takkan patah kak?” aku dah risau. Susah la aku. Nanti abah mesti bising.
“Kak Reen pun tak pasti. Tapi memang kena buat xray. Nak pastikan tangan Kasih tak apa -apa. Dah bagitau family dia Qal?” lembut je suara kak Reen.
“Dah kak. Takkan la Qal nak bawa anak dara orang malam-malam macam ni kak. Kalau bini tak pe la juga,” Haiqal melirik ke arah ku. Aku buat tak faham je.

“Aiks..Adik akak ni dah tak sabar ke. Tunggu la dulu. Macam mana dengan keputusan Qal. Jadi Qal ke UK?” Hah! Terkejut beruk aku bila dengar yang Haiqal nak ke UK. Waaaaaaaa! Kesiannya aku. Tak dapat la aku nak jual mahal lagi.
“Insyaallah la kak. Qal ingat nak risik Kasih dulu. Qal takut kena kebas orang la kak,” macam kerang busuk aku tengok Haiqal tersengih depan kakak dia.

Hah..nak risik aku. Jangan buat gila beb. Mengamuk abah nanti. Belajar pun belum habis, dah nak kena kawin. Bukan kata abah, aku sendiri pun tak nak. Senang-senang je dia nak buat macam tu. Apa yang dia takut sangat. Kalau ada jodoh, tak lari gunung di kejar. Tapi aku takut dia yang kena kejar dengan orang putih nanti. Dia dah la hansem gila.

“Mama dah tahu?” soal kak Reen. Aku ni malas nak menyampuk, orang tua-tua sembang la katakan.
“Belum lagi.Qal ingat nak jumpa keluarga Kasih terus. Nak ngurat anak dia pun bukannya senang. Siap dapat penampar free lagi.” Ewah-ewah. Dia ni main suka-suka je nak jumpa family aku. Padan dengan muka kau yang hansem tu. Sapa suruh kau buat anak dara orang macam tu.

“Pulak. Pasal apa?” Kak Reen memandang ku. Geram aku. Dah la tangan aku sakit. Dia pulak boleh buat macam tu.

“Akak tanya la tuan puteri tu,” Haiqal sengaja nak bagi aku malu. Dah kau yang salah, nak buat macam mana.

“Eh… kenapa tanya saya pula. ” Takkan aku nak cakap. Gila apa. Dia yang buat hal, aku yang kena cakap. Buang karan betul.

“Macam-macam la kamu ni.” Kak Reen tidak mahu mengambil pusing jawapan ku.
“Tak kena cucuk ke kak?” soal ku tiba-tiba.
“Kenapa pulak nak kena cucuk. Kalau nak bagi bengkak tu surut, makan ubat pun boleh. Nanti akak bagi,” balas kak Reen lembut. Langsung tak macam adik dia.

Kak Reen dah kawin lebih kurang sepuluh tahun tapi masih belum di kurniakan anak. Suaminya pun seorang dokter. Sebab tu kak Reen suka memanjakan Haiqal. Haiqal adalah anak tunggal lelaki dalam keluarga mereka.

“Lain kali degil lagi,” Haiqal merapati ku selepas kak Reen pergi meninggalkan ku.
“Suka hati lah. Yang awak tu memandai-mandai nak jumpa family saya nak buat apa? Saja nak cari penyakit,” Haiqal senyum.

“Memang saya nak jumpa family awak pun. Saya nak ikat awak kuat-kuat sebab awak ni suka lari-lari dari saya. Lepas ni saya takkan lepaskan awak,” Haiqal berjanji. Macam mudah je bagi dia.

“Siapa yang tak lari kalau perangai awak macam tu. Untuk pengetahuan awak, saya ni bukan perempuan yang sebarangan. Saya ada maruah dan harga diri. Jangan ingat awak senang je nak pikat-pikat saya. Lepas tu senang-senang je awak buat benda tak senonoh. Hello.. saya ni orang melayu.” Panjang lebar aku bersyarah. Haiqal senyum je. Langsung tak melenting. Dan aku pulak bila dah tengok dia asyik senyum je, memang tak boleh tahan. Goyang jiwa raga aku.

*********

2 minggu aku terpaksa berehat di rumah. Tangan aku pun dah baik sikit. Lepas je surut bengkak, abah terus bawa aku pergi berurut cara kampong. Boleh tahan la kena urut. Sampai menitik-nitik air mata aku tahan sakit. Yang lawaknya, boleh abah aku ajak Haiqal sekali. Siap naik kereta dia lagi. Bila masa abah baik dengan dia pun aku tak tahu.

Bila ada depan abah, aku ni kena la control ayu sikit. Aku tengok abah layan Haiqal tu lain macam je. Takkan aku nak gaduh dengan dia depan abah, malu la. Haiqal pun apa lagi, dah abah layan dia baik. Siap boleh minta izin dekat abah nak ajak aku keluar. Takkan aku nak tolak, abah pulak setuju je. Bukan nak tanya aku dulu. Boring betul.

Aku siap ala kadar je. Malas nak make up. Tangan aku pun masih belum baik sangat.
Pon!…Pon!... Ni mesti Haiqal.
“Adik, Haiqal dah sampai.” Beriye-iye abah panggil aku. Aku sambar beg sandang lalu turun ke bawah. Haiqal sempat berbual dengan abah sementara menunggu aku.

Aku buat muka selamber bila mata kami bertentang. Memang tak dinafikan yang dia ni memang pandai bergaya. Kalah aku yang perempuan ni. Aku ni suka yang simple je. Tak de la nak melaram sangat. Dia aku tengok dengan jeans, sport shoes, tshirt polo, Ray Ben, jam, cap dan apa lagi tah. Semuanya berjenama beb. Bukan calang-calang nak beli dekat Chow Kit. Memang anak orang kaya tapi aku tak tahu dia tu anak siapa. Bukan aku ambil kisah pun sebab dia yang kejar aku.

“Hati-hati bawak kereta tu Qal,” pesan abah. Bawa anak bongsu plus anak perempuan tunggal abahkan, kena lah pesan macam tu.
“Kami pergi dulu pakcik,” Haiqal berbahasa. Alamak sopan betul dia depan abah aku. Tapi kalau depan aku bukan main garang. Tak habis-habis nak paksa aku buat itu la, buat ini la. Mengada-ngada betul.
“Pergi dulu bah,” aku salam tangan abah.
“Emm..pergi elok-elok. Tangan adik pun jaga sama. Belum nak baik sangat tu.”
“Adik tahu la. Kami pun bukan nak pergi mana, jalan-jalan je.” Aku tergelak sambil mengekori langkah Haiqal.


“Comel awak hari ni,” Haiqal memecah kesunyian. Memang sejak dari tadi dia asyik curi-curi pandang aku je. Macam ni dia kata comel. Ingat aku ni budak-budak ke? Dia ni rabun kot. Aku tak make up pun dia kata comel. Selalunya orang lelaki suka tengok perempuan yang pandai make up.

“Biasa je,” balas aku pendek. Takkan nak kembang bila kena puji.
“Saya suka awak macam ni. Simple. Tak payah nak pakai make up tebal-tebal. Plastik semua tu,” terang Haiqal. Pulak dah.

“Ye ke. Bukan lelaki suka perempuan yang plastic,” aku cuba pancing Haiqal. Manalah tahu dia akan cakap pasal gadis idaman dia.
“Bukan semua la sayang. Perempuan pun bukan semuanya plastik. Biar kita jadi diri kita sendiri.” Pandainya dia berkata-kata.
“Memang la bukan semua. Tapi kalau tak macam tu, awak ingat lelaki nak pandang ke? Macam kawan saya Niza. Awak ingat siapa yang nak pandang?” bidas ku. Haiqal aku tengok lebih banyak tersenyum.

“Siapa kata tak de orang yang nak pandang. Awak tahu tak sekarang ni dia tengah syok bercinta dengan Kalam.” Aku terkejut. Kalam mana pulak ni. Apasal aku tak tahu. Biar betul si Niza ni.
“Tipulah. Mana awak tahu semua ni. Pandai-pandai je.” Aku cuba menafikan kenyataan Haiqal.

“Betul la. Cuma awak je yang tak tahu.”
“Dia tak bagi tahu saya pun,” aku dah nak naik angin. Si Niza ni pun satu, apasal tak bagi tahu aku awal-awal. Eks… ye ke? Macam tak percaya pulak.

“Macam mana nak cakap dengan awak kalau asyik kena marah je. Awak ingat, dia tak de kerja lain ke nak sibuk-sibuk pasal kita. Dia ajak keluar sebab nak tanya pendapat awak pasal Kalam.” Alamak, malunya aku. Tu lah aku ni suka sangat serkap jarang. Kan dah kena sebijik.

“Pasal kita apa pulak,” aku cuba ubah tajuk. Malu dengan kesilapan aku.
“Iye lah sayang. Kan awak merajuk masa tu. Tak ingat?”
“Mana ada saya merajuk. Pandai-pandai je awak ni. Eh…kita nak pergi mana ni.” Haiqal sengih. Aku langsung tak sedar yang kereta dia dah pun masuk ke kawasan tempat letak kereta.

“Nak pergi mana lagi. Tengok wayang la. Dia orang pun dah lama tunggu.” Dia orang? Haiqal ni biar betul. Siapa lagi yang dia ajak. Ni yang malas ni. Mesti dia orang ingat yang aku ni dah confirm jadi awek dia.

“Dia orang tu siapa?” Aku turun selepas Haiqal memberhentikan keretanya.
“Kawan saya la. Kenapa saya tengok awak macam risau je. Relax la. Dia orang tak cakap apa punya.” Aku cebik.
“Siapa tak risau. Saya tak nak dia orang salah sangka antara saya dengan awak. Lagipun abah yang setuju bagi pihak saya,” aku berterus terang. Sebenarnya aku sendiri keliru dengan perasaan ku. Kadang suka, kadang benci.

“Orang kata, sebelum ngurat anaknya. Kita kena pandai ambil hati abahnya dulu.” Haiqal mengenyitkan mata.
“Hello! Tu zaman bila punya.”
“Tak kira la zaman apa pun. Janji saya dah berjaya ambil hati abah awak. Tinggal awak je yang masih reject saya lagi.” Kami jalan beriringan.

“Perasaan. Jangan harap saya nak terima awak.” Aku berjalan pantas. Aku lihat Haiqal berlari anak cuba menyangi ku. Tangan ku di gengam kemas. Aku tidak dapat lari dari cengkamannya.


*******


Keadaan di shopping komplek terlalu padat. Masa nak naik lif jangan cakap la. Berhimpit-himpit macam tin sardine. Aku berdiri dekat dengan dinding. Aku berasa selamat sebab Haiqal mengadap kearah ku. Dia memberi aku sedikit ruang dan jarak diantara kami supaya tidak terlalu dekat. Tapi entah macam mana semasa di tingkat 4, ada kekecohan berlaku. Waktu macam ni lah banyak penyeluk saku.

Masa kecoh-kecoh tu tolak menolak berlaku. Haiqal tidak dapat menahan dirinya dari merapati ku.
“Sorry,” dia berbisik. Aku rasa terharu. Dia sanggup berasak-asak semata-mata nak bagi keselasaan kepada ku. Aku diam. Langsung tak jawab. Hatiku sudah semakin sayang dengannya.

Nasib kami selamat sebab pegawai keselamatan komplek tu datang tepat pada waktunya. Kalau tidak kami ni dah jadi lepat pisang lenyek.
“Awak ok,” aku angguk. Sepatutnya aku yang bertanya kepadanya.
“Nasib baik tak jadi apa-apa,” sambungnya lagi.

Kami tiba agak lewat sedikit. Haiqal sudah pun membeli tiket wayang dua jam lewat dari waktu asal. Kami masih ada masa lagi untuk membeli apa yang patut. Di sana, Niza, Kalam dan yang lain-lain sudah pun lama menanti.

“Asal lambat sangat?” Niza merapati ku. Haiqal melepaskan tangan ku untuk memberi ruang aku bersama dengan Niza.
“Ada hal tadi dalam lif. Tu yang lambat,”
“Aku ingat kau dah fly dengan Haiqal.” Niza tergelak lucu.
“Fly amendenye. Banyak la kau. Eh…bila masa aku jadi orang yang last sekali tahu kau dah jadi dengan Kalam.” Aku bercekak pinggang. Niza senyum.

“Dah kau asyik moody je. Aku belum cakap pun kau dah marah.”
“Mana lah aku tahu. Aku ingat kau asyik nak cakap pasal Haiqal je.” Niza tersengih. Kami sama-sama ketawa.

“Tapi kan. Macam mana kau boleh keluar dengan Haiqal. Dulu bukan main payah lagi kau nak keluar,” Niza suba mencungkil rahsia hati ku.
“Ni semua abah aku punya pasal. Kalau kau nak tahu, Haiqal ni kira dah jadi bakal menantu abah aku la. Dia gunakan abah untuk pikat aku. Abah pun dah suka sangat dengan dia. Aku keluar ni pun pasal dia minta izin terus dari abah. Bukan dia nak tanya aku dulu.” Rungut aku. N

“Biar betul. Ni kan zaman moden. Tak pakai dah orang-orang tengah ni. Membazir je,” Niza meminta kepastian.
“Ha ah. Aku tak tipu la. Kau ingat aku cakap main-main,” Niza senyum.
“Tapi aku tengok kau orang berdua bukan main romantic lagi. Tak rugi pun kalau kau terima Haiqal. Aku kenal siapa Haiqal tu,” tokok Niza. Dia yang kenal, bukan aku.

“Kenapa kau nak sangat aku jadi dengan Haiqal. Kau tahu kan aku macam mana.”
“Bukan apa, takut nanti bila Haiqal dah tersangkut dengan awek lain baru kau nak gigit jari.” Niza cuba menakutkan ku. Macam la aku heran sangat, tapi sebenarnya memang aku heran pun.
“Kalau betul dia suka dekat aku, buat apa aku nak takut.” Aku cuba pertahankan.
“Memang la. Tapi bila asyik kena reject je dengan kau, ingat dia boleh tahan ke.” kata-kata Niza ada betulnya.
Sampai bila aku nak main tarik tali dengan Haiqal. Aku merenung Haiqal yang sedang rancak berborak. Adakah dia sudah di takdir untuk menjadi penghuni dalam hati ku. Ataupun mungkinkah ini hanya rekaan atau mainan cinta seorang lelaki. Haruskah aku membuka pintu hatiku untuk menerima kehadiran cintanya. Argggghhhhh…

AddThis Social Bookmark Button


Ku Yang Setia 3  

Wednesday, April 8, 2009

Dah dua bulan aku kerja jadi salegirl dekat kedai kasut sukan. Dan dua bulan tu jugalah aku sering di ganggu oleh jambangan kemaafan dari Haiqal. Satu pun aku tak layan. Dia ingat aku ni anak ayam ke boleh buat sesuka hati. Dah tiga kali dia ajak aku keluar. Kononnya nak pujuk aku la tu. Kalau nak ambil aku balik kerja tak usah cakap la. Dah berpuluh kali aku tolak. Malas nak layan orang macam tu.

Aku paling pantang orang ambil kesempatan dekat kaum hawa yang lemah ni. Aku bukan jenis perempuan yang tergedik-gedik mintak di pegang. Gila. Baru keluar sekali dia dah berani buat macam tu. Dan secara rasminya juga dia dah merasa penampar sulung aku. Baru dia ada akal. Niza pun tak putus-putus nak pujuk aku supaya maafkan Haiqal. Sorry beb. Kirim salam je la.

Hari ni aku kena balik lewat sebab ganti kawan aku yang tak datang kerja. Dari pagi aku berdiri layan customer. Nak tercabut rasanya kepala lutut aku. Ditambah pula hari ni hujung bulan, orang semua dah dapat gaji. Apa lagi tak menang tangan aku nak layan. Yang datang bukan koman-koman orang. Semua jenis yang berduit . Aku ni nak beli satu pun kena himpun gaji dua bulan. Bukan abah tak mampu tapi aku tak suka susahkan abah. Aku lebih suka usaha sendiri. Sebab tu abah tak kisah kalau aku kerja dekat kedai tu.

Lagi dua jam baru aku boleh balik. Penat gila. Rasa nak pengsan pun ada juga. Customer pun dah makin kurang. Kalau di hitung maunya 30 ke 40 customer aku layan. Aku tengok Sew Hai pun dah terlentok. Kami memang dah tak larat.

“Kasih, u mau balik pukul belapa?” Nama pun anak cina, cakap pun pelat la. Dengan slang hokkien dia.
“Lepas kedai tutup la. Apasal?” Sew Hai garu kepala. Banyak kutu kot.
“Wa mau makan la. Wa talak tahan lo mau tunggu sampai balik lumah,” pulak dah. Aku pun tak larat ni. Aku jenis tak kisah kalau lapar pun boleh tido punya.

“U mau makan apa?” aku pun dah terikut pelat cina dia.
“Apa pun tak pa lo.”
“Ok la. Kita makan kedai mamak je la. Aku malas nak makan jauh-jauh.” Aku nampak Sew Hai senyum. Memang dia rapat dengan aku sejak kami kerja dekat situ.


Aku ke depan kedai untuk masukkan semula rak kasut yang kami letakkan di luar. Sew Hai tengah sibuk melayan seorang customer. Aku dengan pekerja yang lain sibuk angkat rak kasut yang boleh di katakan berat kalau nak di bandingkan dengan kudrat perempuan. Satu rak tu kami angkat empat orang. Masa nak letak dekat dalam kedai, tak tahu siapa yang terlepas awal rak kasut tu. Rak kasut tu jadi senget dan terjatuh atas aku.

Brummm!!!!!

Habis semua kasut yang dekat atas rak tu berselerak. Nasib baik aku dapat elak cuma kena tangan aku sikit je.

“U okey ka Kasih,” aku tengok bos dah risau tengok muka aku berkerut menahan sakit. Sengal la jugak tangan aku ni sebab rak tu memang berat gila.

“Sikit je kot. It’s ok.” Aku cuba urut-urut sikit tangan aku.
“Betul ka? U mau wa hantar peligi kelinik ka?” Alamak bos ni pun. Sikit je bukan teruk sangat. Aku malas la nak pergi klinik. Bukan apa aku ni memang dari kecik tak suka jumpa dokter. Takut kena cucuk. Eeeiii..seram.

“Tak payah la bos. I ok la,” aku yakin kan bos aku.

Bila semua dah reda, kami pun sama-sama susun balik kasut yang dah berterabur tadi. Masa aku nak angkat dua tiga kotak kasut, aku rasa tangan aku sakit sangat. Memang ngilu gila. Aku control sebab tak mau dia orang risau. Aku pun susun la pelan-pelan macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Time balik, aku dengan Sew Hai singgah dekat kedai mamak. Aku naik skuter yang abah belikan. Duit muka je abah bagi, bulan-bulan tu aku kenalah bayar sendiri. Itu pun dapat lepas aku buat mogok lapar dua hari. Nakal betul aku. Tapi kalau aku tak buat, along yang akan kena susahkan diri nak ambil aku balik kerja. Bila dah sampai rumah nampak la muncung kakak ipar aku tu panjang sampai boleh buat sangkut baju.

Aku tak nak cakap dengan abah derect. Hati along pun kena jaga jugak. Aku tahu dia tersepit di antara family dengan isteri dia. Kesian along…


********


Terkial-kial aku bawa motor. Aku rasa tangan aku sakit sangat. Aku berhenti sekejap. Aku raba-raba tangan aku yang dah bengkak. Baru aku perasan ada sebuah kereta Honda berhenti di depan aku. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, aku nampak Haiqal keluar dari kereta dan menuju ke arah ku. Eh..takan dia follow aku dari belakang. Tiap-tiap hari ke dia buat macam tu? Malam tu aku tengok Haiqal tidak datang berseorang. Tapi aku tak pasti siapa gerangan yang masih setia duduk dalam kereta Haiqal.

“Kenapa? Motor rosak ke?” Dia nampak segak walaupun hanya berseluar dockers dan dipadankan dengan tshirt berkolar warna hitam.
“Tak ada apa-apa?” aku sengaja mengelak dari berjumpa dengannya. Padahal dalam hati, tuhan aje yang tahu.

“Kalau tak ada apa-apa, apasal berhenti?”
“Saja je,” aku jawab acuh tak acuh.
“Awak tahu tak bahaya. Kalau jadi apa–apa kan susah.” Haiqal dah mula nak berleter.
“Jadi apa pulak?” soal ku semula.
“Awak tu perempuan la cik Nur Kasih ooiii. Kalau kena kacau dengan budak jahat macam mana? Awak tu bukan kuat sangat pun nak lawan.” Aku tengok si Haiqal dah mengalahkan perempuan bila bercakap. Pot pet..pot pet. Dia siap sebut nama penuh aku lagi tu.

“Mana awak tahu saya tak kuat? Awak dah try ke?” Haiqal menjegilkan matanya mendengar jawapan ku.

“Ingat benda ni main-main ke? Apasal awak ni degil sangat.” Marah Haiqal. Tangan dia terpegang tangan aku yang sedang membengkak tu.
“Auchhh!!,” aku menepis tangan Haiqal. Berdenyut-denyut tangan aku.

“Kenapa dengan tangan awak?” Haiqal dah mula risau tengok aku. Sakit tu aku tak tahu nak gambarkan macam mana.
“Tak ada apa lah. Awak pergi la balik dulu.” Jawab aku tersekat-sekat.
“Awak ni degil la. Bak sini saya tengok.” Haiqal dah tarik baju sejuk aku. Aku masih tolak tangan dia.

“Tak ada apa-apa lah. Jangan la awak. Saya ok,” dia merenung tajam mataku. Rasa macam dah tembus sampai ke otak.
“Awak nak saya cium awak macam hari tu.” Bila dengar dia cakap macam tu, aku tak jadi melawan. Takut kena cium lagi. Dah la dekat tepi jalan. Maunya nanti kena tangkap basah lagi susah.

Dia buka baju sejuk ku dengan perlahan sekali. Dia nampak terkejut bila tengok tangan aku dah semakin membesar. Muka aku masa tu jangan cakap la. Macam-macam riaksi ada. Sakit dengan malu dah bertukar-tukar.

“Asal boleh jadi bengkak macam ni.Bila jadi macam ni,” soalnya serius.
“Masa kat tempat kerja tadi. Rak kasut jatuh.” Masa tu aku rasa macam manja sangat dengan dia. Nasib baik belum jadi couple, kalau tak dah lama aku merengek dekat dia.

“Nak jadi hero la tu. Tap padan dengan perempuan,” eh mamat ni. Suka hati aku la.
“Saya tak macam awak la. Dah benda tu nak jatuh dekat saya, nak buat macam mana.”
Sengaja dia nak bagi darah aku naik.

“Dah tu kenapa tak pergi klinik. Kenapa biarkan sampai dah bengkak macam ni.”
“Sikit je ni. Balik nanti saya urut je dengan minyak angin.” Aku melawan.

“Awak jangan main-main la Kasih. Awak tau tak tangan awak ni dah bengkak. Mana boleh main urut macam tu je.” Suara Haiqal meninggi. Aku tahu dia marahkan aku.

“Saya tak buta lagi la. Saya tahu la tangan saya dah bengkak. Dah tu awak nak suruh saya buat apa?” dah la tangan aku sakit. Lagi dia nak marah-marah aku. Bengang betul.

“Jom saya hantar pergi klinik.” What!!!.. Nak pergi klinik. Matilah aku. Nanti kantoi la aku. Macam mana ni. Aku dah gelisah gila. Muka aku pun dah lain.

“Err..kalau tak pergi klinik tak boleh ke? Kita cari tukang urut je la.” Aku cuba pujuk Haiqal.
“Banyak la awak punya tukang urut. Jom. Jangan nak banyak songeh. Nanti lagi lewat awak sampai rumah.” Aku terkedu. Dah tak tahu nak tolak macam mana.

Tangan ni pun satu hal. Time ni la jugak kau nak membengkak. Haiqal membuka pintu sebelah pemandu. Dia bercakap sesuatu dengan temannya. Aku tengok temannya hanya mengangguk sahaja. Haiqal kembali kepada ku bersama temannya.

“Kau tolong hantar skuter ni kat rumah aku. Aku nak pergi rumah kak Reen. Kunci tu kau simpan dulu.” Haiqal berpesan kepada temannya. Siapa temannya aku ingat-ingat lupa.

“Ok Qal. Aku chow dulu.” Aku terpaksa bagi kawan Haiqal naik skuter aku. Takut calar. Motor baru la katakan. Bukan senang nak dapat.
“Jom,” Haiqal pegang bahu aku.
“Nak ke mana?”
“Pergi mana pulak. Pergi klinik la. Tangan tu dah jadi macam belon saya tengok. Takut jadi lagi teruk pulak.” Haiqal bukakan pintu kereta untuk ku. Nak nampak gentleman kena la buat macam tu.

Haiqal pandu kereta tak la laju sangat. Satu perasaan aku yang baru bila dekat dengan Haiqal, aku akan rasa selamat. Banyak yang di celotehkan. Dah dua kali kami pusing Bandar sebab nak cari klinik yang masih beroperasi. Tapi nasib tak baik sebab tak de satu pun klinik yang buka. Sebelum tu Haiqal awal-awal lagi suruh aku talifon abah. Tak nak bagi abah risau.

“Kita pergi hospital je la,” cadang Haiqal.
“Eh tak payah la. Kalau tak de klinik yang buka kita balik je la.” Ada ke dia ajak aku pergi hospital. Aku jamin mesti kena tahan dekat wad punya.
“Pulak. Takkan nak biarkan je tangan tu. Kalau tak di rawat sekarang, makin teruk nanti.”
“Tak ada apa la. Awak ni risau sangat la. Jom la balik,”
“Memang la saya risau sebab saya sayangkan awak. Itu pun nak kena ajar ke?” sindir Haiqal.
“Saya tak suruh pun,” aku cebik. Dah mula la tu.
“Mana ada sayang seseorang tu kena suruh dulu. Awak ni datang dari planet mana hah?” sengih Haiqal.
“Planet yang tak de orang macam awak. Gila,” bentak ku. Geram dengan perangainya.

“Gila-gila saya pun awak akan sayang juga. Tunggu la nanti,” perasan la pulak mamat ni.
“Tolong sikit ye. Ha ha ha kirim salam je la.”

Aku tengok dia sedang membelokkan keretanya ke satu kawasan perumahan mewah. Memang lah bukan kawasan rumah aku sebab rumah aku tak mewah pun. Takkan nak bawak balik rumah dia. Aku dah mengelabah sakan.

“Awak nak bawak saya pergi mana ni? Awak jangan main-main? Saya jerit nanti,” Haiqal tergelak mendengar kata-kata ku.
“Kenapa? Takut ke? Siapa yang boleh dengar kalau awak jerit dalam kereta ni,” Haiqal sengaja membuat aku lebih mengelabah.
“Cakap la kita nak pergi mana ni? Jangan la macam ni,” kata-kata ku terhenti apabila Haiqal menghentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo. Gulp!! Aku rasa macam nak pitam.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster