Kasih NurBella 2
Tuesday, April 14, 2009
Bella menghabiskan baki minumannya. Dia tidak mahu berada lama lagi di kantin. Peristiwa seminggu yang lalu masih lagi bermain di fikiranya. Kini dia menghitung hari untuk meninggalkan kerja di kilang yang banyak membantunya.
“Hei Bella, kenapa dengan kau ni? Semenjak dua menjak ni, aku tengok kau selalu balik cepat. Kau tak nak buat ot ke. Seingat aku, kau la yang paling rajin nak buat ot,” Milah menegur Bella.
“Tak ada apa-apa lah. Aku ok je Cuma malas la nak buat ot sekarang. Aku ingat nak habiskan masa dengan mak aku je,” Bella menjawab tenang. Dia tidak mahu Milah tahu perasaanya. Perasaannya yang tidak tenang.
“Betul ke kau ok ni? Kalau ada apa-apa bagitau la aku. Tak payah nak sorok-sorok. Eh..tapikan Bella. Sejak kau sembang dengan Helmi dekat kantin hari tu, aku dah tak nampak Helmi datang kerja tau. Kau tahu ke dia pergi mana?” Bella terkedu. Helmi tak datang kerja disebabkan olehnya. Tetapi Helmi tidak boleh memaksanya begini. Dia ada hak dan sekiranya terjadi sesuatu kepada Helmi, mereka tidak boleh salahkan Bella.
“Mana la aku tahu Milah oi. Aku pun bukan bini dia yang kena tahu kemana dia pergi,” Milah tersengih mendengar jawapan Bella. Tetapi dia masih tidak puas hati dengan jawapan Bella kerana, dia amat pasti yang Bella la punca kemana Helmi menghilang.
“Takkan dia dah berhenti kerja. Pasal apa pulak?” Milah masih lagi membincangkan tajuk yang sama membuat Bella semakin rimas.
“Kenapa kau tak tanya je dekat HR department. Mintak no handphone Helmi sekali, lepas tu kau tanya la dia sendiri. Kan senang,” sindir Bella.
“Ala Bella. Rugi la kalau dia tak de. Dah la jadi mamat rebutan dekat kilang ni,”
“Dah tu, kau pun nak ikut sekali la eks. Kau nak campak si Khairil tu kat mana?” marah Bella. Milah tersipu malu.
“Aku gurau je la Bella. Takkan la aku nak tinggalkan tunang kesayangan aku tu. Kalau bagi Helmi sepuluh kali pun aku tak mahu,” Bella mencebik.
“Kenapa kau tak mahu? Kan dia lebih segak dari Khairil. Bagi free pun kau tak nak?”Bella menguji kesetian Milah.
“Ala kau ni. Memang la si Helmi tu lagi segak dari Khairil aku. Tapi belum tentu dia sama macam Khairil.” Bella tergelak. ‘Hai Milah, tadi bukan main lagi kau sibuk pasal Helmi. Sekarang dah surrender.’ Bisik Bella dalam hati.
“Amboi, ayiknya sembang. Waktu rehat pun dah habis, tak reti-reti nak masuk line?” Bella dan Milah terkejut mendengar suara Rozie yang separuh menjerit. Bella malas ingin melayan perangai Rozie yang mengada-ngada. Rozie salah seorang peminat Helmi dan sebab itulah dia bersikap dingin dengan Bella.
Rozie berasa sedikit bengang kerana Bella langsung tidak mengendahkan tegurannya. ‘Melampau betul…mentang-mentang la Helmi tu suka dekat kau.. kau ingat kau siapa?..kau tunggu la..’ bentak Rozie dalam hati.
***********
“Eh Bella, aku tengok kau langsung tak takut dengan Rozie tu. Apasal eks?” Milah berjalan menyaingi Bella. ‘Minah ni…tak habis-habis nak jadi reporter la …’
“Buat apa nak takut. Aku pun makan nasi juga macam dia,” bersahaja dia menjawab.
“Aku tanya betul-betul la. Kau ni! Ingat aku main-main ke?” Bella tersenyum.
“Betul apa aku cakap. Dia pun manusia juga Milah. Tak payah nak takut dengan dia. Kalau kau tak buat salah, buat apa kau nak takut. Jangan ingat dengan jawatan yang dia pegang tu boleh aniaya orang sesuka hati dia.” Milah mengangguk mendengar jawapan Bella.
“Patutlah aku dengar ramai yang tak puas hati dengan dia. Agaknya dia gunakan kuasa dia untuk aniaya orang tak?” Milah membuat andaian.
“Ish kau ni, main sedap mulut je kalau bercakap. Nanti kena cili mulut tu baru tahu.”
“Memang betul la. Aku dengar masa dia orang semua sembang-sembang dekat kantin masa rehat,” tokok Milah. Mereka sudah pun sampai di hadapan kilang untuk menunggu bas bersama pekerja-pekerja kilang yang lain.
Kalau tidak kerana kesempitan wang, mungkin Bella sudahpun melanjutkan pelajarannya di menara gading. Tanggungjawabnya hanya satu iaitu menjaga ibunya sehingga akhir hayatnya.
Bella membaca novel yang dibelinya pagi tadi. Dia tidak mahu masanya terbuang begitu saja sedangkan Milah sibuk bergosip bersama rakan kilang yang lain. Riuh jadinya. Sesekali Bella menjeling kepada Milah sambil menggeleng. Suara Milah la yang paling kuat ketawa.
“Eh Bella, kau nampak tak kereta Helmi tadi?” Bella menutup semula novel yang di bacanya. Pertanyaan Milah menarik perhatiannya. Bella hanya menggeleng.
“Tu la kau. Asyik sibuk je dengan novel kau tu.” Milah sudah mula dengan perangainya yang suka membebel.
“Buat apa aku nak ambil tahu hal orang Milah. Lagipun aku tak mahu ada kaitan langsung dengan Helmi.” Bella menjawab acuh tidak acuh. Hatinya sedikit pun tidak terusik dengan kata-kata Milah.
“Aku pun hairan dengan engkau ni. Apa kurangnya Helmi tu. Budi bahasa baik, kerja pun bagus. Family dia orang senang, keturunan baik-baik. Kau langsung tak terpikat ke Bella?”
“Mana kau tahu tu semua Milah. Kau jangan nilai orang hanya depan mata kau saja. Yang tersirat tu pun kau kena selidik. Hati manusia bukan mudah nak di tafsirkan. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu,” terang Bella.
“Tapi takkan la Helmi jenis macam tu. Aku yakin dia jenis yang baik-baik,” pujuk Milah. Bella mengeluh. Milah harus di fahamkan supaya tidak lagi mendesak dirinya untuk menerima kehadiran Helmi dalam hidupnya.
“Milah, bukan Helmi yang kurang tapi aku.” Milah merenung Bella.
“Apa kurangnya kau?” Milah tidak faham dengan maksud kata-kata Bella.
“Terlalu banyak jurang antara aku dengan dia Milah. Terlalu jauh perbezaannya kalau nak di bandingkan. Lagipun aku tak sanggup nak terima penghinaan dari sesiapa pun. Cukup la dengan apa yang telah aku lalui sebelum ni,” Bella menarik nafas panjang dan di lepaskan perlahan-lahan.
“Zaman sekarang zaman moden la Bella. Takkan orang tua Helmi tu jenis yang kolot. Lagipun, Helmi takkan sia-siakan kau,” Milah meyakinkan Bella.
“Dah la Milah, kalau boleh aku tak mahu dengar lagi apa-apa pasal Helmi. Dia berhak untuk dapat lagi bagus dari aku,”
“Belum lawan lagi dah tahu kalah. Mana kau tahu yang kau tak layak untuk dia. Dia yang tergila-gilakan kau. Makna kata memang layak la tu,”
“Bukan macam tu Milah. Kalau dia terima aku sekalipun, belum tentu family dia akan terima aku seadanya. Aku yang akan menanggungnya nanti sebab aku ni tetap dikira orang luar walaupun aku dah jadi isteri dia. Satu lagi aku memang tak ada hati dekat dia. Sorry,” Bella kembali menatap novelnya.
“Kau ni. Aku tak habis cakap lagi. Hah … kau tengok kereta Helmi tu.” Milah menunjukkan kearah kereta Helmi yang sedang melalui pintu pagar utama. Bella turut menoleh melihat dengan ekor matanya. Dia sempat melihat senyuman Rozie yang menyindirnya.
“Kau tengok! Sebab kau asyik tolak dia, Rozie tu yang jadi tukang tampal. Melepas kau Bella,”
“Aku tak rugi apa pun Milah. Biarlah dia dengan Rozie. Ok apa. Sepadan la tu. Rozie pun apa kurangnya kalau di bandingkan dengan Helmi. Sama cantik, sama darjat. Memang perfect.” Bella tersenyum melihat wajah Milah berubah masam.
“Menyampah la cakap dengan kau ni. Aku cakap betul-betul, kau boleh buat main-main pulak. Kau ingat si Helmi tu nak sangat ke dengan Rozie tu. Kalau tak pasal kau tolak dia, jangan harap dia nak layan si Rozie gedik tu,” marah Milah.
“Yang kau nak marah dengan aku sangat ni kenapa? Susah-susah sangat, kau je la pikat si Helmi tu,” bidas Bella.
“Ke situ pulak. Kita nak tolong dia, kita pulak yang kena,”
“Hah..kalau kau nak tolong aku, lebih baik kau jangan cakap langsung pasal Helmi. Kau cakap pasal tunang kau tu pun tak pe. Aku tak kisah,” Bella terseingih melihat Milah sudah memuncungkan mulutnya.
Mereka sama-sama ketawa sambil berjalan menuju bas kilang yang sudah tiba. Bella mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Hatinya sedih untuk meninggalkan segala kenangan yang terpahat di ingatannya.
July 2, 2009 at 9:13 PM
knp darjat selalu mejadi punca dlm mslh cinta?? klu lah semua tu takde mst cinta adalah perasaan yang paling indah sekali untuk dinikmati, kan???