Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 3  

Wednesday, April 15, 2009

“Kenapa kau tak keluar dengan tunang kau? Dia tak marah ke kau ajak aku ni?” Milah masih lagi membelek blouse di tangannya.
“Malas la nak keluar dengan dia. Dia tu bukan senang nak ajak bershopping. Aku nak beli barang sikit pun susah.” Bella tergelak melihat wajah Milah yang muncung.

“Aku pun bukan boleh lama tau. Kesian dekat ibu aku,”
“Aku tahu la Bella. Aku faham. Kau nak temankan aku keluar ni pun aku dah bersyukur tau,” Milah meletakkan kembai baju di tempat asalnya.
“Kau tak nak cari apa-apa? Baju ke?” Bella menggeleng. Dia sendiri tidak suka pergi membeli elah kecuali barang-barang yang penting sahaja.

“Kau bukan tak tahu perangai aku. Kalau bukan benda penting, aku takkan beli. Buat apa nak membazirkan,” Milah terhenti. Di kalih ke arah Bella.
“Kau nak kata aku ni membazir la ni,” Milah mencekak pingganya sambil melihat Bella ketawa.

“Laaa…aku tak kata kau la. Kau kena beli benda ni sebab nak jaga hati si tunang kesayangan kau tu. Lain la macam aku ni. Boy friend pun tak de. Aku nak tunjuk kat siapa semua tu,” Bella tersenyum melihat muncung Milah sudah mengalahkan muncung Donald duck.
“Kau tu bukan tak laku tapi sengaja jual mahal. Agaknya kalau kau bercinta mesti mengalahkan aku kan. Eh Bella… kau tak pernah ke nak ada perasaan dekat lelaki. Takkan kau tak pernah rasa,” Milah menarik tangan Bella menuju ke ruangan yang lain.

Bella terdiam. Bukan tidak mahu tetapi dia takut untuk di kecewakan. Lagipun bukan mudah untuk mendapat pasangan yang sesuai dan memahami.

“Malas la nak fikir pasal ni. Aku masih ada tanggungjawab pada ibu aku lagi Milah. Aku je harapan dia,” Milah mendengar tiap kata-kata Bella seperti mempunyai kisah di sebalik dirinya.

“Dah tu, kau tak rasa bersalah kalau kau tinggalkan ibu kau. Lagipun ibu kau bukan sihat sangat. Kau tak fikir ke pasal ni,” Bella mengeluh.
“Takkan kau fikir aku seteruk tu. Aku kalau boleh setiap masa nak temankan ibu aku tau. Tapi dah niat dia sendiri nak suruh aku kerja dekat Bandar. Aku nak buat macam mana. Aku yang terpaksa tunaikan permintaan dia. Aku serba salah juga tapi aku tak sampai hati nak hampakan,” wajah Bella menjadi kendur tidak seceria tadi.

“Apa yang ibu kau nak sebenarnya. Kau tak tanya ke? Takkan dia sanggup nak berjauhan dengan kau semata nak suruh kau hidup senang,” kata Milah ada betulnya.
“Dah puas aku tanya. Yang aku dapat semuanya sama. Dia cakap nak tengok aku senang,” Milah menepuk-nepuk lembut bahu temannya
“Aku yakin yang ibu kau lebih tahu apa yang tersirat dari yang tersurat,” Milah cuba memujuk.
“Aku harap pun macam tu juga Milah. Anak mana tak sayang ibu. Lagi-lagi ibu aku tu bukan normal macam orang lain,” Bella mengeluh lagi.

“Eh…aku nak ke sana kejap. Kau nak ikut tak?” Milah menunjukkan arah sebuah butik pakaian ekslusif wanita.
“Tak pe la Milah. Aku tak larat la nak jalan lagi. Aku tunggu kau dekat sini je la,” Bella duduk pada sebuah bangku yang di sediakan pihak pusat membeli belah tersebut.

“Ok. Kau tunggu sini sampai aku datang,” Milah cepat-cepat berjalan melangkah ke tempat yang ingin di tuju.

Bella melihat jam di tangannya sudah menunjukkan waktu solat asar sudah hampir. Dia ingin ke surau sebelum Milah datang semula kepadanya. Dia bingkas bangun lalu melangkah menuju ke surau. Surau terletak di tempat yang sedikit tersorok. Bella hanya berselisih dengan beberapa orang sahaja ketika melalui hujung lorong.

Tiba-tiba Bella terasa tangannya di tarik seseorang. Habis semua bag-bag yang di dalam pegangan terlepas. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri.Ketika itu tiada sesiapa pun yang berada di tempat kejadian. Ia tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang yang menariknya telah pun menutup mulutnya menggunakan sehelai sapu tangan. Kesan daripada itu pandangannya menjadi kabur.Rontaannya tutur semakin lemah. Akhirnya dia terkulai layu …..


**********

Bella merasakan kepalanya begitu berat sekali. Pandangnya masih lagi kabur. Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Terlihat samar-samar cahaya di hujung katil. Di amati dengan jelas keadaannya. Apabila dia merasa dia berada di tempat yang sangat asing, cepat-cepat dia bangun. Dirinya bertamba terkejut apabila tiada seurat benang pun menyaluti tubuhnya hanya helaian selimut yang melindungi.
‘Ya allah …apa dah jadi ni…ibu tolong Bella bu…’ rintih Bella. Air matanya mengalir tanpa henti.

Dia tersedar yang dirinya bukan berseorangan. Dalam kesamaran cahaya, Bella menatap wajah lelaki di sebelahnya. Bagai ingin gugur segala urat sendinya ketika matanya melihat wajah Helmi yang lena disisinya. Dengan kepayahan ia menyapai pakaiannya yang berselerak di lantai. Esakannya semakin berlagu. Seluruh tubuhnya di rasakan berbisa. Pedih,sengal, ngilu bercampur menjadi satu.

Helmi terjaga dari lenanya apabila mendengar esakan seseorang. Baru dia teringat apa yang berlaku antara dia dan Bella. Hatinya puas apabila dapat memiliki tubuh Bella walaupun tanpa kerelaan.

“Biar aku terangkan Bella,” Helmi melangkah ke arah Bella yang sedang mengenakan pakaiannya kembali.
“Kau jangan datang depat dengan aku. Aku benci tengok muka kau. Aku benci !” Helmi terkedu melihat api kemarahan dari wajah Bella.
“Aku lakukan semua ni bersebab Bella. Aku tak mahu kehilangan kau. Please Bella,” Helmi tetap jua merapati Bella.

“Apa salah aku pada kau hah? Kenapa kau buat aku macam ni?” esakan Bella semakin meninggi. Tidak mampu ditahan lagi.
“Maafkan aku. Tapi ni je caranya untuk memiliki mu Bella,” Helmi menarik Bella dalam pelukannya. Bella meronta dengan kuat. Helmi mengemaskan pelukannya.

“Lepaskan aku…lepaskan aku binatang! Aku benci aku,” jerit Bella sekuat hati. Api kemarahan telah melewati akal fikirannya.
“Bella…please… shhhhh… aku akan bertanggung jawab Bella. Aku takkan sia-siakan kau. Itu janji aku. Percaya lah Bella,” Helmi terus merayu Bella yang masih di dalam pelukannya.

“Pergi jahanam dengan janji kau. Lepaskan….!” Helmi tidak dapat melawan rontaan Bella yang semakin menganas. Dia terpaksa melepaskan pelukannya.
“Please Bella. Aku sayangkan kau,” Bella tidak menyangka Helmi sanggup menodainya.
“Kenapa aku? Ramai lagi perempuan yang tergilakan kau. Kenapa kau pilih aku. Kenapa?” Bella tersedu bersama tangisan.

Tiba-tiba.
Tok…tok…tok….

Mereka saling berpandangan. Apa yang di takuti selama ini telah pun berlaku. Helmi yang hanya berseluar pendek melangkah ke arah pintu bilik yang di ketuk.

“Kami dari jabatan agama islam. Kami dapat aduan tentang kelakuan yang tidak bermoral berlaku disini,” serta merta lututnya menjadi lemah dan Bella terduduk diatas lantai. Empat orang pegawai yang lengkap berkopiah di iringi dua konstabel polis berdiri di hadapan bilik. Air matanya semakin deras mengalir. Helmi tidak menyangka rancangannya tidak berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.

“Apa hubungan cik berdua?” Helmi risau melihat Bella hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Dirinya telah pun siap berpakaian lengkap.
“Kawan,”
“Kamu tahu kan yang kamu berdua ni bukan muhrim. Tak takut dosa ke?” sindir salah seorang pegawai yang lain. Helmi menundukkan wajahnya.
“Kami terpaksa menahan kamu berdua untuk di soal siasat, sila ikut kami ke balai,” Helmi hanya mengangguk.

“Tapi…” kata-kata Helmi terhenti.

“Cik sila beri kerja sama,” tiada apa lagi yang dapat di pertahankan. Segalanya telah musnah dek kerakusan nafsu Helmi yang tergilakannya.
Dengan perlahan Bella mengikuti langkah pegawai tersebut bersama dengan Helmi.


***********

Helmi masih menatap seraut wajah Bella yang mendung. Jelingan dan rungutan kedua orang tuanya tidak di endahkan.

“Mama tak setuju. Mama tak setuju. Kenapa kamu buat mama macam ni,” Puan Sara tidak dapat membendung api kemarahannya. Dia mengharapkan Helmi akan memilih orang yang setaraf dengannya namun dia hampa.

“Tapi ma. Dia pilihan Mie. Mie tetap akan kahwin dengan dia,” Helmi mempertahankan pilihannya.
“Kenapa kamu buat semua ni Mie. Kamu tak takut dosa ke? Kamu tahukan dosa berzina tu satu dosa yang besar,” Tuan Mukriz menggelengkan kepalanya. Tidak percaya dengan apa yang telah di dengarnya ketika menjamin Helmi.

“Mie tahu papa. Mie salah. Mie terlalu cintakan dia papa. Mie takkan lepaskan dia,” rayu Helmi.
“Helmi! Sanggup kamu membelakangi kami. Kamu nak jadi anak derhaka ke?” Puan Sara meninggikan suaranya.
“Maafkan Mie mama. Mie tak de pilihan lain,” Helmi merapati mamanya.

“Hei betina sundal!..kau yang hasut anak aku kan…Betina macam kau ni jangan harap nak dapat masuk dalam keluarga aku. Sampai mati pun aku tak izinkan. Lebih baik kau merambus dari sini. Berambus….!”

Bella lansung tiada memberi sebarang tindak balas. Akalnya mati, jiwanya kosong. Semuanya sudah terlambat.

“Bukan salah dia mama. Mie yang salah,” Helmi cuba mempertahankan Bella.
“Mama tetap tak izinkan Mie kahwin dengan dia,” Helmi menoleh kepada papanya. Mengharap simpati.

“Kamu dah fikir masak-masak dengan keputusan kamu? Nikah kahwin ni bukan benda mainan. Papa tak mahu kamu sia-siakan anak orang,” Puan Sara tidak percaya dengan kata-kata suaminya.

“Apa yang abang nak buat ni? Abang nak kita bermenantukan perempuan yang tak tahu asal usul. Saya tak setuju. Kita bayar je berapa yang dia mahu. Habis cerita,” cadang Puan Sara.

“Mama! Apa yang mama cakap ni? Bella bukan macam orang yang macam tu,” Helmi tidak sangka sehingga begitu sekali penolakan mamanya terhadap Bella.
“Dia sengaja nak perangkap kamu. Mana kamu tahu,” Helmi menggeleng.
“Dia tak seburuk itu mama. Percayalah,” Helmi menoleh ke arah Bella.

Tidak sanggup lagi untuk dia mendengar cacian dari keluarga Helmi. Dengan titisan air mata yang berbaki, Bella melangkah pergi keluar dari rumah banglo milik keluarga Helmi. Ingin ia berlari sekuat hati meninggalkan segala kepahitan yang di tempuhi. Hanya satu saja tempat untuk dituju. ‘Ibu….’ Rintihnya pedih.

“Kamu nak ke mana Helmi?” langkah Helmi terhenti. Dia ingin mengejar Bella dari berlalu pergi.
“Saya takkan lepaskan dia mama. Dia lah yang terakhir dalam hidup Mie,” rayu Helmi.
“Mama tak benarkan,” Puan Sara sudah berdiri menghampiri anak bujangnya.

“Maafkan Mie mama. Mie tak mampu hidup tanpa dia. Dialah nyawa Mie. Tolong la mama,” Helmi melutut di kaki Puan Sara.

“Papa rasa benda ni boleh di selesaikan dengan cara elok. Lagipun bukan budak tu sorang yang salah. Anak kita pun bersalah dalam hal ni. Mama kena fikir yang kita juga ada anak perempuan,” pujuk Tuan Mukriz. Walaupun dia tidak bersetuju dengan pilihan Helmi namun dia tidak mahu Bella teraniaya dengan perbuatan anaknya.

“Mana mama nak letak muka mama ni kalau sedara mara kita tahu. Malu saya bang, malu saya,” Puan Sara kembali duduk di sofa.
“Kita kena fikirkan juga perasaan budak tu. Kamu tahu dia tinggal di mana?” soal Tuan Mukriz. Helmi mengangguk.

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kasih NurBella 3

 

Design by Amanda @ Blogger Buster