Ku Yang Setia 9
Tuesday, May 5, 2009
Dah dua hari aku terpaksa berehat dibilik. Sejak kejadian di library tempoh hari, aku di serang demam terkejut. Maklumlah tak pernah nak kena serang. Hilang semua langkah karate aku. Nasib baik ada petugas library tolong selamatkan aku. Baru aku teringat yang budak ni dah selalu ajak aku keluar makan. Tapi aku terpaksa menghampakan hasratnya untuk berdating dengan aku.
Achik dengan Zila pun banyak-banyak minta maaf kat aku sebab dia orang lupa nak tinggal pesan sebab Achik nak jumpa balak dia. Nasib baik tak jadi apa-apa. Budak tu pun dah kena warning. Aku pun tak mahu la nak rosakkan masa depan dia. Tujuan dia datang sini kan nak belajar. Aku harap next time benda ni tak jadi lagi. Tapi aku yang kena bala sebab terkejut sakan punya pasal. Sempat lagi aku ber’dating’ dengan kekasih hati ku si Haiqal dalam yahoo mesegger demam-demam ni. Kebetulan dia pun tengah cuti.
“Hoi minah. Tak baik lagi ke demam kau tu. Dah sembang dengan cik abang pun tak baik lagi ke?” Zila mengejutkan aku. Tak sedar waktu sudah hampir petang. Haiqal pun tak berganjak sejak dari tadi depan webcam. Aku je yang boleh nampak dia, sebab aku tak on webcam. Kantoi la nanti. Malas nak bagitau dia. Bukan besar sangat pun. Aku tak nak buat dia susah hati. Tapi yang paling penting, aku tak mahu kena dengar dia bebel. Nak jadi dokter la katakan.
“Mana Achik?” aku menoleh ke arah Zila yang sedang menyalin pakaian.
“Woit, jangan tengok la. Pusing balik!,” marah Zila. Bukan aku sengaja pun. Dah dia tak cover. Aku pun tertengok la.
“Aik..nak marah pula. Ada beli nasi tak? Aku lapar la,” rengek aku manja. Sejak duduk jauh dari abah ni, aku bermanja-manja dengan kawan-kawan la pula. Nak manja dengan Haiqal pun dia jauh sangat. Terpaksa la.
“Ada tu atas meja. Aku ingatkan dah kenyang asyik chatting dengan buah hati,” aku tersengih. Terlebih dulu aku pesan pada Haiqal. Nanti dia tertunggu pula. Dia pun belum makan lagi.
“Mana satu aku punya?” Zila membawa nasi bungkus yang baru di belinya ke bawah.
“Mana-mana pun tak pe,” Zila mengambil sebungkus nasi lalu dibuka. Lebih selesa makan di bawah dari makan di atas meja. Aku pun turut sama membuka bungkusan nasi.
“Pandai juga kau pilih lauk eks. Kau la sahabat sejati aku,” Zila mencebik. Aku tersengih je tengok memek muka Zila.
“Baru tahu ke?” Zila menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Lama dah tahu. Saja buat bodoh je,” seloroh aku. Naik selera aku tengok lauk ikan goreng dengan sayur kacang. Tambah pulak dengan sampal belacan + ulam sikit. Memang kesukaan aku.
“Aku tak nampak Achik pun?” aku mencubit isi ikan goreng lalu ku cecahkan ke sambal belacan.
“Orang tengah gila bercinta la katakan,” aku angguk. Menyambung suapan ku.
“Dia betul-betul ke bercinta dengan budak engineer tu? Tak silap aku nama dia Taufik kan”
“Entah la. Tapi tak silap aku budak tu jenis hidung belang. Makwe keliling pinggang,” aku setuju dengan kata-kata Zila. Dah ramai yang dikecewakan.
“Takkan Achik tak tahu. Bukan dulu dia ke yang selalu kutuk-kutuk budak tu,”
“Mana lah aku tahu. Aku dah pernah tanya, tapi Achik cakap kawan biasa je. Aku pun nak buat apa lagi. Biar je la. Dia pun ada otak. Sendiri fikir la,” betul juga. Erm..biarlah. Kalau dia rasa bahagia.
Selesai makan, aku mengambil tuala untuk mandi. Rasa melekit dengan peluh sebab satu hari tu aku langsung tak buka kipas angin.
“Woi makcik, nak ke mana pulak tu?” Zila menegur. Buat-buat tanya pulak. Dah aku ambil kain tuala, takkan dan pergi dating. Ada ke orang pergi dating bawa tuala.
“Nak main bola. Best tau,” aku tersengih bila Zila dah besarkan matanya. Kalau jadi ibu ni, memang habis anak-anak kena raging.
“Jangan nak melawak. Kau nak mandi la tu. Demam tak kebah lagi nak mandi,” bebel Zila.
“Aku rimas la. Melekit,” Zila mengeleng. Bukan apa, selama aku demam ni dialah yang jaga aku. Sampai tertidur dalam kelas. Nasib baik lecture tak sound.
“Aku tak kira. Duduk dalam bilik ni diam-diam. Jangan nak pergi mana-mana. Kalau susah sangat, aku panggil ambulan. Nak?” Ish kawan aku ni. Gaya macam mak tiri.
“Aku lap badan je. Boleh?” aku merayu. Tak tahan dengan keadaan aku. Baupun aku rasa dah satu macam.
“Kalau nak lap badan pun takkan kau nak basahkan tuala kau yang besar tu. Jangan nak kelentong aku. Sudah. Ambil tuala yang kecik,” arah Zila. Memang sedih. Tapi dalam kepala otak aku ni ada agenda lain.
“Ye la mak tiri,” ujar ku. Depan je ikut. Dalam toilet nanti pandai-pandai la aku cover. Harap-harap tak kantoi la.
*********
Exam baru je lepas. Waktu ni yang paling aku tunggu-tunggu. Dapat balik kampong. Boleh jumpa dengan Niza. Rindu rasanya. Semua barang-barang, aku dah pek siap-siap. Bab-bab ni aku memang axcited sikit.
“Awal kau pek baju,” suara Achik memecah keheningan.
“Takut tak sempat nanti. Lagipun aku naik bas petang ni,” Achik mengangguk. Aku tengok dia ni tak kemas apa pun. Takkan nak duduk dekat kampus ni sorang-sorang. Kalau cuti seminggu tu tak pe la juga.
“Awalnya. Zila bila balik kampong?” aku mengerutkan kening. Selalunya dia orang ni tak pernah tanya antara satu sama lain. Tambahan pula dia orang satu kampong. Takkan nak balik asing-asing.
“Kau tanya aku? Kau tak balik dengan dia sekali ke?” Achik senyum pahit. Macam ada benda yang di selindung.
“Aku balik lambat sikit. Ada hal,” terang Achik. Mungkin ada hal dengan si Taufik kot.
Memang lain sangat kelakuan Achik lepas dia kawan dengan Taufik. Tak macam dulu. Selalu menyendiri. Tak happy macam selalu. Nak sembang-sembang dengan kami pun payah. Asal habis kelas je, berdating sakan dengan Taufik. Tak jemu ke asyik berkepit je. Muskyil ni.
Tengah aku dok sibuk pek baju, Zila yang baru lepas mandi masuk ke bilik. Bila terpandang Achik yang terbaring di atas katil, wajah Zila berubah. Tak semanis tadi.
“Bila kau naik bas?” aku sengaja nak korek rahsia. Padahal aku bukan tahu sangat bab-baba ni. Selalunya kantoi.
“Petang ni, pukul 5 petang. Kenapa?” Zila menyimpan barang-barang ke dalam loker.
“ Saja je la aku nak tanya. Takkan tak boleh kot,” Zila tersengih. Dalam waktu yang sama aku menunjuk ke arah Achik yang sedang lena tanpa suara. Zila menggeleng sambil mengangkat bahu.
Aku berjalan ke arah Zila.
“Apa dah jadi?” bisik ku di telinga Zila. Zila mengeringai bila terasa geli.
“Mana aku nak tahu,” balas Zila yang turut berbisik. Tidak mahu Achik terdengar perbualan kami.
“Nanti kita keluar sama-sama. Ada hal aku nak cakap,” bisik Zila lagi. Angguk ku perlahan.
Aku mengerti. Pasti ada cerita yang tidak sedap di dengar. Tiba-tiba Achik mengiringkan tubuhnya membuatkan kami terpaku. Senyap. Saling berpandangan. Takut juga kalau Achik terdengar apa yang kami sembangkan. Aku dan Zila mengeluh lega bila Achik tak bergerak lagi. Cepat-cepat aku melangkah dari sisi Zila. Tak sabar nak tahu hal yang Zila nak bagitahu. Dalam kepala ni dah timbul benda yang bukan-bukan. Risau juga. Macam-macam hal.
May 5, 2009 at 5:51 PM
Salam. Nak bgtahu yang karya anda terlalu banyak typo, kesalahan ejaan, BM dan BI. Harap boleh perbaiki. Bahasa jiwa bangsa. =)
May 5, 2009 at 6:47 PM
tq atas komen anda..msg noted..
nia akan lbh berhati2 lg...