Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 8  

Friday, May 15, 2009

Bella pulang agak lewat sedikit dari biasa. Memandangkan tugasnya seharian di pejabat semakin bertambah, Bella terpaksa mengorbankan masanya untuk bersama Helmi. Mujur Helmi lebih memahami dirinya.

“Assalamualaikum..” lembut Bella memberi salam sambil menolak daun pintu. Terlihat gerangan Helmi yang terlena di atas sofa membuatkan hati Bella tersentuh. Menutup kembali daun pintu dengan perlahan agar lena Helmi tidak terganggu. Jam di tangan sudah beranjak ke angka lapan. Melangkah dengan penuh berhati-hati menuju ke arah suaminya.

Helmi yang masih lengkap berbaju kemeja tidak sedar akan kepulangan Bella. Letih sungguh barangkali. Bella meletakkan bagnya lalu berjalan menuju ke dapur. Ingin mengediakan minuman buat Helmi yang keletihan menantinya. Membancuh minuman kesukaan Helmi dengan penuh cermat. Setelah selesai, dibawanya ke ruang tamu yang menempat beberapa buah sofa dan meja kecil.

Di letakkan perlahan mug berisi air koko panas di atas meja. Bella duduk bersimpuh mengadap Helmi yang mengiring tidurnya. Sempat juga ia meneroka segenap pelusuk wajah Helmi. Selama mereka di ijab kabul, belum pernah walau sekali pun dirinya melihat wajah Helmi sedekat ini. Selalunya, Helmi akan membalas renungan Bella dengan jelingan nakal. Takkan mungkin Bella dapat melawan jelingan nakal suaminya itu. Selalunya, Bella hanya mampu menundukkan wajah.

Sedar dirinya masih belum menunaikan solat magrib, digagahi jua tangannya menyentuh bahu suaminya. Di goncang perlahan bahu Helmi yang sedang nyenyak lenanya. Tidak susah untuk mengejutkan Helmi cukup dengan sekadar menggoncang lembut bahunya.

Bella menghadiahkan sebuah senyuman tatkala Helmi membuka kelopak matanya. Helmi membalas senyuman manis isterinya. Lantas Bella mengucup lembut tangan Helmi yang disalaminya.

“Lama dah sampai?” soal Helmi yang masih menggengam erat jemari isterinya. Mengelus lembut tanpa membenarkan Bella berlalu pergi. Terlalu banyak perubahan yang mereka lalui selama menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
“Tak lama sangat. Abang tunggu saya ke?” lembut saja bicaranya.
“Hmm..ingatkan sayang nak balik awal macam selalu. Jadi abang baring-baring dulu sementara tunggu sayang balik. Tak sangka pula sampai terlena,” Bella tersenyum. Dirinya di terjah perasaan bersalah. Terlupa untuk memaklumkan kelewatannya kepada Helmi. Terasa dirinya berdosa.

“Sorry sebab tak call abang dulu. Banyak sangat kerja yang nak disiapkan,” Bella bangun lalu melabuhkan punggungnya di sisi Helmi. Tubuhnya disandarkan.
“It’s ok. Abang faham. Banyak sangat ke kerja sayang tu?” Bella bangun semula sebelum mencapai mug yang berisi air koko panas lalu di suakan kepada Helmi. Helmi menyambut lembut.

“Boleh la tahan. Susah juga nanti kalau tak selesaikan hari ni. Kalau asyik tertangguh je, esok-esok makin menimbun la jawabnya,” keluh Bella. Helmi menghirup perlahan air yang masih lagi panas.
“Dah nama pun kerja. Sabar je la. Kalau tak pun sayang kerja dengan abang je la. Tak payah nak pening-pening kepala,” Bella tersenyum. Memang akan jadi begitu pabila kerja menjadi tajuk perbualan mereka.
“Ish abang ni. Nanti staf abang ingat saya asyik nak berkepit je dengan abang. Lagipun saya dah serasi kerja dekat sana. Syarikat abang tu besar sangat la. Tak layak rasanya saya nak kerja kat situ. Kelulusan saya pun tak setinggi mana,” Bella menyambut mug dari Helmi lalu di suakan ke bibirnya.

Entah kenapa selepas berbaik dengan Helmi, tabiatnya yang tidak gemar berkongsi cawan dengan sesiapa pun telah sebati dengannya. Ini semua gara-gara Helmi yang sering mendesak agar berkongsi minuman dengannya. Ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka walaupun ketika di luar rumah.

“Tak pe. Sayang tak payah nak buat kerja sangat. Yang penting abang dapat tatap wajah sayang setiap saat,” Bella tersedak. Hampir saja ia menghemburkan minumamnya. Bella terbatuk-batuk kecil. Helmi turut sama menepuk lembut belakang tubuh isterinya.
“Aikss..siapa pula yang menyebut nama sayang abang ni. Ni yang buat abang tak senang duduk,” ajuk Helmi dengan nada bergurau. Bella menjeling.

“Tu dah mula la tu. Jangan ingat yang bukan-bukan tau. Kalau abang fikir macam tu lagi bermakna abang tak ikhlas izinkan saya keluar bekerja,” Bella menarik wajah. Rajuknya bertandang. Helmi ketawa halus. Mudah betul isterinya terasa hati. Sejak kebelakangan ini sememangnya emosi Bella mudah tersentuh.
“Abang gurau je la sayang. Kuat betul merajuk sekarang ni,” pujuk Helmi sambil menarik isterinya lembut.
“Dah tu. Takkan saya nak ketawa pula kalau abang cakap macam tu,”
“Ok..ok..abang tak buat lagi. Kalau abang buat lagi, sayang hukum la abang,”
“Ish abang ni…nakal tau..” marah Bella lembut. Terserlah keayuan wajahnya ketika merona kemerahan.

“Kita nak makan dekat mana ni?” Bella masih lagi tersenyum.
“Kita makan dekat luar je la. Sekarang kan dah pu…abang!!..” Helmi terkejut. Tiba-tiba saja Bella menjerit tanpa punca. Lengannya sudah dicengkam kuat. Melihat wajah Bella yang separa terkejut.

“Apasal?”
“Kita tak solat lagi la. Sebenarnya saya nak kejutkan awak untuk solat. Lain pulak yang jadi,” dahi di tepuk mengakui kealpaannya. Helmi lega. Kerap benar Bella membuat gimik sebegitu. Membuatkan dirinya semakin bertambah sayang.
“Dah..dah.. kalau kita masih duduk dekat bawah ni lagi, takkan jadi apa. Baik naik sekarang,” arah Helmi. Mereka sama-sama bangun. Dalam langkahnya, Bella menggaru kepala. Tudung kepala telah lama di lucutkan. Bella mendapat akal. Selalunya Helmi sering mengganggu ketika ia sedang mandi, sebaiknya langkahnya di lambatkan.

Helmi menoleh melihat langkah isterinya yang terlalu lambat. Hairan kerana Bella tidak lagi menyanginya.
“Tak payah nak berlakon. Abang tak kacau sayang. Sayang pergilah mandi dulu,” Bella tersenyum malu. Entah bagaimana Helmi dapat membaca apa yang difikirkannya, dia sendiri tidak tahu. Dengan sopan, Bella melangkah mendahului suaminya. Tetapi langkahnya terhenti pabila lengannya di sentuh.

“Tapi kalau lepas tu abang tak janji tau,” terdengar bisikan halus meniti gegendang telinganya. Helmi tersenyum nakal melihat Bella terpana. Cepat-cepat Bella berlari memasuki kamar. Helmi yang masih tersenyum, menyambung kembali langkahnya. ‘Kau terlalu naïf sayang’ bisik hati kecil Helmi.

Segala kepahitan yang terdahulu terpendam dek kemanisan yang di laluinya saat ini. Sudah terlalu banyak masa dan waktu yang terpaksa mereka korbankan untuk menikmati kemanisan itu. Mengharap mendung takkan mengujung, menoda keutuhan cinta yang baru dibina.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Kasih NurBella 8

 

Design by Amanda @ Blogger Buster