Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 9  

Monday, June 15, 2009

“Sayang…jauh menung,” Bella mendongak apabila jemari Helmi mengusap pipinya lembut. Sempat menghadiahkan sebuah senyuman buat suaminya. Tangan Helmi berpindah ke jemari Bella lalu di kucup lembut.
“Tak ada apa-apalah. Saja duduk dekat sini. Nak ambil angin,” Helmi menarik Bella untuk bersandar di dadanya. Bella akur tanpa membantah. Dirinya senang dimanjai begitu. Hubungan mereka semakin intim. Tiada lagi rahsia di antara mereka.

“Abang nak air, saya buatkan,” Helmi menggeleng. Masih tidak puas untuk bermesra bersama isteri tercinta. Tubuh Bella terus di peluk erat. Bella merasakan kekejapan pelukan Helmi membuat dirinya semakin tenang.
“Abang tak nak apa-apa. Abang cuma nak sayang temankan abang je. Air tu nanti-nanti boleh buat,” Bella tersenyum lagi. Memang begini andai tubuhnya berada di pelukan Helmi. Sukar untuk melepaskan diri. Apa saja alasan tidak menjadi kudis buat Helmi.

“Abang tak teringin ke nak balik rumah mama. Abang tak rindukan mama ke?” tiba-tiba usul Bella membuat Helmi tersentak. Sejak mereka berpindah untuk tinggal berasingan, jarang sekali mereka melawat kedua orang tua Helmi. Bukan Bella tidak mengajak, tetapi keengganan Helmi untuk pergi semata-mata tidak mahu mamanya menghina isteri kesayangannya. Mana mungkin dirinya dapat bertahan.

“Ermm…nanti-nantilah,” Bella sudah menduga akan jawapan yang meluncur dari bibir suaminya. Dirinya tidak pernah terasa hati dengan hinaan dari ibu mertuanya. Mana mungkin mama Helmi dapat menerima kehadiran dirinya dengan sekelip mata.
“Abang…. Kesian dengan mama,” pujuk Bella lembut. Melepaskan rangkulan dari Helmi lalu wajah itu di renung. Merenung sedalam-dalamnya agar diri itu bisa mengerti. Mengerti akan kasih sayang seorang ibu.

“Kenapa sayang pandang abang macam tu,” Helmi sememangnya tidak akan faham.
“Abang sepatutnya bersyukur sebab masih ada mama. Saya tak pernah kisah dengan sikap mama. Tapi yang penting, abang sebagai anak tak boleh buat hati mama terluka. Yang lepas tu, biar la. Saya tak mahu abang tak cium bau syurga nanti,” Helmi terkedu mendengar bicara isterinya. Memang dirinya begitu beruntung kerana di kurniakan seorang isteri seperti Bella. Walaupun tanpa lamaran, Bella akur akan takdir yang telah di tentukan olehnya.

Helmi terdiam seketika. Kata-kata isterinya sememangnya benar. Walau sejauh mana kakinya berlari, syurga tetap di bawah telapak kaki mamanya. Sebagai ketua keluarga yang memimpin, seharusnya perkara itu tidak sepatutnya terjadi. Helmi meraup wajah lantas mengeluh. Renungan Bella di balas.

“Kenapa sayang terlalu baik,” ujar Helmi perlahan. Bella yang mendengarnya hanya mampu tersenyum.
“Abang, saya tak pernah anggap diri saya baik. Saya juga manusia biasa yang sentiasa terdedah untuk melakukan kesilapan,” sehingga begitu sekali Bella merendah diri. Tidak mahu suaminya berada di dalam golongan anak-anak durhaka.
“Tapi sayang tak pernah merungut walau sikit pun apa yang mama cakap pada sayang. Takkan sayang tak pernah terasa hati.” Bella tersengih.

Pandangannya di buang ke arah padang yang penuh dengan kanak-kanak beriadah. Ada juga yang di temani oleh ibu bapa masing-masing. Memang begini keadaan pada setiap petang. Bella agak jarang untuk beramah mesra kerana banyak masanya dihabiskan bersama suami tersayang.
“Abang, mama tu saya dah anggap macam ibu. Apa yang mama cakap tak pernah saya simpan dalam hati,” itulah yang telah di lakukan selama ia berada sebumbung dengan ibu mertuanya. Bait-bait kata yang menghiris hati di biarkan berlalu dari cuping telinganya. Anggap saja itu sebagai dugaan dan cabaran buatnya.

“Malam ni kita pergi rumah mama ye,” pujuk Bella lagi. Helmi mengeluh. Mahu atau pun tidak, ajakan Bella menuju kebaikan. Tidak sepatutnya dirinya merasa ragu.
“Ok lah. Itu pun abang buat sebab sayang tau,” pipi Bella yang agak berisi di cubit mesra. Bella mendengar jawapan dari Helmi tersenyum bahagia. Tercapai juga hasratnya untuk melihat wajah mama Helmi tersenyum.


“Apa mimpi tiba-tiba kamu balik rumah mama ni?” itulah ayat yang meniti dari bibir Puan Sara tatkala melihat Helmi berjalan seiringan dengan orang yang paling dibenci. Salam Helmi di sambut lalu mendakap erat satu-satu anak lelakinya. Namun, salam Bella hanya berada di hujung jarinya. Sedikit pun wajah itu tidak memandang. Lagaknya sungguh angkuh. Helmi menyaksikan segala kelakuan mamanya. Dirinya berasa teramat bersalah kerana bersetuju dengan ajakan Bella. Jika tidak, pasti Bella tidak akan menerima layanan seperti itu.

Bella tersenyum pahit. Sudah menjadi kebiasaan menerima layanan seperti itu. Malah lebih dari itu pun dirinya pernah merasa. Namun sedikit pun tidak berbekas di hatinya. Kesabaran di panjat setinggi mungkin. Kehadiran Helmi menyelamatkan dirinya dari terus tersisih. Bella tersenyum lantas membalas gengaman dari tangan Helmi.

“Macam mana dengan business? Papa dengar dah semakin maju sekarang,” tangan Helmi langsung tidak mahu melepaskan jemari Bella. Bella senang berbicara bersama bapa mertuanya. Papa Helmi jarang bertindak mengikut emosi. Segala-galanya di lakukan mengikut kewarasan akal fikiran.
“Boleh la tahan. Sekarang ni pun Mie tengah handle projek baru,” Tuan Mukriz tahu akan kebolehan Helmi. Walaupun minatnya bukan pada perniagaan, dengan usaha yang gigih dirinya mampu untuk berdiri di bawah kakinya sendiri.
“Bella macam mana?” soal Tuan Mukriz pada Bella yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Andai dahulu dirinya hanya mampu bersimpati pada nasib menantunya. Kini tidak lagi. Dirinya kagum melihat kecekalan Bella mengharungi hari-hari hitamnya.

“Saya sihat papa. Alhamdullillah,” ucap Bella lembut.
“Oh..lupa nak bagi tahu papa. Bella sebenarnya dah lama kerja. Bosan katanya bila duduk rumah sorang-sorang,” tambah Helmi. Wajah Bella di jeling manja.
“Erm..bagus la tu. Kamu ada kelulusan apa?” pertanyaan dari papa Helmi membuat dirinya tersentak. Namun sedikit pun tidak mengubah senyuman di bibirnya.
“Bella mana ada sekolah tinggi papa. Setakat SPM je. Tu pun ukup-cukup makan,” Bella merendah diri.
“Ye la tu cukup-cukup makan,” bidas Helmi. Tidak mahu Bella terlalu merendah diri. Dirinya turut terkejut melihat keputusan SPM milik isterinya. Satu keputusan yang patut di banggakan.

“Ish tak ada lah. Abang ni pandai-pandai je,” apalah sangat dengan keputusan yang tidak seberapa itu.
“Kenapa tak sambung belajar?” agak lucu dengan soalan itu.
“Nak buat apa belajar tinggi-tinggi. Esok-esok pun dia duduk dekat dapur juga,” tiba-tiba suara Puan Sara muncul dari belakang. Tidak senang melihat suaminya berbual mesra dengan menantunya. Bella hanya tersenyum pahit. Masih tidak berubah walaupun perkara itu telah lama berlalu.

Helmi turut terasa dengan sindiran mamanya. Wajah Bella masih mampu tersenyum.
“Bella yang tak mahu. Membazir katanya,” Helmi tidak mengendahkan sindiran mamanya. Bella lega mendengar kata-kata dari suaminya. Setidak-tidaknya, dirinya masih terbela.
“Bagus la tu. Jangan ingat dia kahwin dengan anak orang kaya, dia boleh belanja suka-suka hati,” Puan Sara masih lagi tidak berpuas hati. Helmi tersentak. Bicara mamanya semakin lancang. Sedikit pun tidak menghormati perasaan Bella.

“Kami sebenarnya nak cepat ni. Saja singgah sebab Mie ada jemputan dekat rumah kawan Mie,” Helmi terpaksa membuat helah agar mamanya tidak berterusan menyerang isterinya. Bella sekaan faham dengan bahasa isyarat suaminya. Biarlah. Asalkan tanggungjawabnya sudah terlaksana. Tuan Mukriz seakan turut faham. Dirinya juga tidak pernah bersetuju dengan kelakuan isterinya.

“Kenapa nak cepat sangat balik. Kalau macam ni, baik tak payah datang. Lagi senang hidup mama,” Puan Sara terbakar melihat wajah Bella yang sentiasa redup. Apa jua yang di lakukan sedikit pun tidak pernah membangkitkan kemarahannya.
“Sara….” Suara keras suaminya di biarkan saja. Langsung tidak di endahkan.
“Kami balik dulu mama, papa,” ucap Helmi selepas bersalaman. Bella hanya menurut langkah suaminya. Tiada apa yang perlu di ucapkan. Kata-katanya mati. Mati bersama cemuhan dari ibu mertuanya.

Perlukah dirinya menangung semua itu seorang diri. Mengapa hanya dirinya yang di persalahkan. Sedangkan semua ini telah di takdirkan. Bella hanya mampu berserah. Memohon kepada yang Maha Esa agar dirinya berkesempatan untuk berbaik dengan ibu mertuanya.

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kasih NurBella 9

 

Design by Amanda @ Blogger Buster