Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 10  

Tuesday, June 16, 2009

“Kenapa sengap je ni. Sayang marah ke?” tutur Helmi memecah keheningan suasana ketika di dalam kereta. Sejak dari tadi Bella hanya mendiamkan diri. Hati yang mana tidak terasa akan kelancangan mulut mamanya. Dirinya turut terkena tempiasnya.
“Marah apanya pula ni. Saya tak ada apa-apa la. Abang jangan risau. Cuma terkilan je sebab mama masih tak dapat nak terima saya,” luahan Bella menyentuh hati Helmi.

“Abang minta maaf bagi pihak mama. Abang tak sangka yang mama masih tak dapat nak terima sayang,” mujur kereta yang di pandunya mengunakan gear automatik. Jemarinya sudah melekap di jemari isterinya. Sekian kalinya, jemari itu di kucup lembut.
“Apa pula yang abang nak minta maaf. Abang tak salah pun. Memang bukan senang kita nak suruh orang terima kita. Insyaallah, esok-esok mama ok la tu,” walaupun beribu kemaafan di pohon, masih belum cukup untuk membuatkan mama Helmi menerima dirinya.
“Kalau bukan sebab abang, sayang mesti tak jadi macam ni,” Helmi menyalahkan dirinya. Bella cuba menarik jemarinya dari genggaman Helmi. Tidak gemar mendengar Helmi yang kerap kali menyalahkan diri.

Helmi tidak melepaskan genggamannya. Sudah dapat mengagak yang Bella akan menarik wajah darinya. Terlupa akan syarat-syarat Bella sebelum menerima dirinya.
“Sorry… abang tak sengaja,” Bella masih lagi merenung ke luar tingkap. Tanpa sedar air matanya mula membasahi pipi. Helmi menjadi resah melihat isterinya hanya membisu.
“Sayang… please. Jangan macam ni,” pujuk Helmi. Tahu akan kesalahan dirinya.
“Sayang…” sapanya tidak bersambut. Dirinya merasa pelik. Sedangkan kelancangan kata-kata mamanya lebih pedih jika di bandingkan dengannya. Helmi terpaksa memberhentikan keretanya. Tidak sanggup lagi untuk menunggu sehingga tiba di rumah.

Tidak mahu rajuk Bella semakin panjang. Setelah memangkirkan kereta di tempat yang agak tersorok di sebuah stesen minyak, Helmi pantas menarik wajah Bella agar berhadapan dengannya. Mudah benar air mata itu menitis seandai bibirnya tersilap kata. Salahnya juga kerana tidak berhati-hati. Pantas saki baki air mata yang menitis di kesat. Bella tidak mampu berbicara. Bibirnya terkunci rapat. Hanya air mata yang dapat menyuarakan kesedihan di hatinya. Semakin lama semaki laju.

Helmi mengucup dahi Bella lembut lalu menarik tubuh itu rapat ke dadanya. Dengan perlahan-lahan, sendu Bella kedengaran. Helmi mengelus lembut belakang tubuh isterinya. Sendu Bella semakin berlagu. Helmi membiarkan tangisan itu terhenti sendiri. Andai ia bersuara, pasti tangisan itu semakin panjang. Biarlah ia menangis, mungkin hanya dengan cara itu saja dapat melepaskan apa yang terpendam di hatinya.

Setelah menjadikan bahu Helmi tempat untuknya melepaskan kesedihan, Bella dengan perlahan mengangkat wajahnya yang suram. Saki baki air mata di kesat. Habis basah tshirt yang di pakai suaminya. Wajahnya hanya di tundukkan. Malu untuk membiarkan Helmi dari terus menatap wajahnya yang suram.

Helmi hanya tersenyum melihat telatah isterinya. Masih mengiring mengadap ke arah Bella yang mengemaskan dirinya. Wajah yang tadinya mendung kini beransur cerah. Kelihatan emosinya sudah terkawal.
“Boleh abang tahu, sebab apa sayang menangis tadi?” Bella terkedu. Malu kerana memang jarang Helmi bertanyakan kepadanya.
“Erm… Ntah la. Saya pun tak pasti,” dirinya juga tidak pasti mengapa begitu mudah hatinya tersentuh. Kata-kata Helmi tidaklah sekeras mana. Namun, hatinya pantas di buru sebak. Mudah sungguh air matanya mengalir.
“Abang pelik. Selalu tak de pun jadi macam ni. Tapi sejak dua menjak ni dah kerap sangat. Cakap-cakap mama tak pula sayang nak terasa,” Helmi sudah pun menyambung pemanduannya yang tergendala. Kini keretanya meluncur perlahan membelah kedinginan malam.

“Lupakan je la. Maaf sebab buat baju abah basah lagi,” Bella menyandarkan kepala di bahu Helmi. Lengan Helmi di paut erat. Helmi tersenyum. Sempat juga ubun-ubun isterinya di kucup.
“Abang tak kisah. Sayang nak buat tiap-tiap hari pun tak pe.” Bella menampar lembut paha Helmi. Ada-ada saja yang ingin di guraukan. Helmi ketawa bahagia apabila melihat senyuman telah terukir di bibir Bella.

***************

Bella mendail nombor talifon milik Helmi. Terlupa akan keperluan harian mereka sudah habis. Sejak Helmi kerap mengajaknya makan di luar, banyak keperluan itu terbiar sehingga tamat tempoh. Walau sekeras mana pun dirinya menolak, Helmi tetap berdegil. Tidak mahu membebankan bahu isterinya yang telah penat bekerja.

“Assalamualaikum abang,” lembut suara Bella memulakan bicara.
“Waalaikumsalam, mimpi apa isteri abang talifon ni. Selalu kalau abang suruh call, ada saja alasannya. Nak apa sayang,” Bella tersipu malu apabila di sindir. Memang selalu saja dirinya memberi alasan. Hanya Helmi yang kerap menghubunginya.
“Erm..abang balik awal sikit boleh tak?” soalnya. Helmi merasa pelik dengan permintaan isterinya.

“Kenapa?”
“Saya ingat nak ajak abang beli barang-barang sikit. Dah lama rasanya tak masuk dapur. Nak juga masakkan untuk abang,” sejuk saja ayat itu melalui di gegendang telinga Helmi. Bella semakin pandai mengambil hatinya.
“Ermm..sebenarnya abang ada meeting. Tak pasti pula pukul berapa boleh habis. Macam ni je la. Sayang pergi dulu naik cab, nanti abang menyusul kemudian. Macam mana?” Helmi memberi cadangan. Walaupun hatinya berbelah bagi untuk membiarkan Bella berjalan seorang diri, namun dirinya terpaksa.

Bella berfikir sejenak. Agak keberatan untuk menerima usul suaminya.
“Kalau macam tu nanti masa nak bertolak, saya call abang,” pesan Bella.
“Ok. Abang akan cuba sampai secepat yang mungkin,” Bella tersenyum. Pasti di hati suaminya turut merasa berat untuk melepaskannya seorang diri. Setelah memberi salam, Bella memutuskan talian. Talifon bimbit di masukkan semula ke bag tangannya.

Terbayang kejadian beberapa hari lalu yang masih merunsingkan fikirannya. Mengapa hatinya mudah tersentuh. Emosinya tiba-tiba menjadi sebak andai suaminya tersilap kata. Mengapa hanya Helmi yang mampu membuat dirinya menitiskan air mata. Mengapa hanya Helmi yang mampu meruntuhkan segunung kekuatan dalam dirinya. Mengapa hanya Helmi yang mampu membuatkan dirinya lemah. Selemah-lemah manusia.

Bella menolak trolly yang separuh terisi dengan barang-barang. Sempat juga ia membuat senarai akan barang-barang yang perlu di beli. Tidaklah dirinya tercari-cari akan apa yang perlu di beli. Sedang asyik dirinya membuat pilihan, terasa ada sesuatu yang merayap di bahunya. Di kepalanya pantas mengingati akan taknik-teknik asas seni mempertahankan diri ketika menonton rancangan yang popular 3R. Bella cuba bertahan. Sengaja membiarkan tangan itu betul-betul mendarat di bahunya. Apabila merasa yakin, Bella menoleh pantas sebelum mengunci gerakan.

“Abang!” jerit Bella. Beberapa pelanggan yang lain turut menoleh. Terkejut dengan jeritan Bella. Helmi yang turut terkejut dengan tindakan Bella hanya mampu tersengih, Mujur Bella tidak sempat melepaskan tumbukan. Jika tidak, pasti sudah lebam biji matanya. Bella menampar lengan Helmi agak kuat. Helmi yang merasa perit mengosok-gosok bahagian yang menjadi mangsa pukulan isterinya.
“Pandai juga isteri abang ni bersilat. Boleh tahan,” bisik Helmi. Hanya mereka berdua saja yang dapat mendengarnya.
“Ada-ada je la abang ni. Nasib baik tak lebam biji mata tu,” Bella pantas meninggalkan Helmi yang masih menggosok bahunya. ‘Boleh tahan juga tangan bini aku ni’ Helmi menolak trolly yang dibiarkan Bella.

Helmi menyaingi langkah Bella. Dalam marah, hatinya turut merasa bersalah.
“Sakit?” Bella mengelus bahu Helmi yang menjadi mangsa pukulannya.
“Tak la. Sedap,” Helmi tergelak nakal. Sayang juga Bella kepadanya. Bella tidak membalas. Dirinya tahu suaminya hanya bergurau. Beberapa pasang mata tersenyum melihat keintiman mereka. Tidak kurang juga yang menjeling tajam.
“Banyak lagi ke?” soal Helmi apabila melihat Bella hanya lebih banyak memerhati.
“Dah habis sebenarnya. Cuma saja cuci mata,” memang dasar sifat wanita yang takkan lari dari naluri yang nafsu yang satu itu. Walau tidak membeli, cukup hanya sekadar melihat-lihat.

“Jom, penatlah,” adu Bella manja. Lengan Helmi di tarik untuk ke kaunter bayaran.
“Ala..abang tak puas lagi la nak cuci mata,” gurau Helmi. Sengaja ingin menyakat isterinya nan satu itu. Bella terkejut. Dahinya di kerutkan. Sejak bila pula suaminya itu gemar mencuci mata.
“Ye ke. Saya dah tak larat dah ni,” rengek Bella lagi. Tiba-tiba dia merasakan dirinya begitu lemah.
“Jom la. Tak pe abang boleh dukung sayang,” Bella bertambah hairan.
“Abang nak tengok barang ke nak tengok anak dara orang?” Bella sudah pun bercekak pinggang sebelah. Helmi ketawa lagi. Cemburu isterinya sudah bertandang. Sebelum apa-apa berlaku, baik dirinya menurut.
“Abang gurau je la. Abang pun sebenarnya dah penat. Tunggu sayang ajak balik je,” Bella kembali tersenyum. Helmi masih galak menyakatnya.

“Betul ni?”
“Betul la sayang. Heee….kuatnya jelous,” pantas jemari Bella di genggam lalu melangkah ke kaunter. Bella tersenyum kerana yakin akan jawapan dari Helmi.
Mereka berjalan sambil menanti sehingga tiba giliran mereka. Barisan di kaunter pembayaran sedikit panjang.

Bella berdiri di sisi Helmi. Tangan mereka tetap berpegangan. Sempat juga mereka berbual itu dan ini. Bella merasa pandangannya sedikit berpinar. Mungkin disebabkan suasana yang agak sesak. Tiba-tiba saja kepalanya di rasakan begitu berat. Suara Helmi kedengaran tenggelam timbul. Pautannya di lengan Helmi juga semakin melonggar. Akhirnya pandangan itu menjadi kelam. Semakin kelam lalu hitam. Bella rebah tanpa Helmi sempat menyambutnya.

“Sayang!” ……..

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Kasih NurBella 10

 

Design by Amanda @ Blogger Buster