Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 26  

Monday, March 29, 2010

Dalam banyak-banyak kedai makan kat KL, yang ni jugak dia pilih. En. Eddie pun ikut je. Kak Fat dan aku nak cakap apa lagi. Terpaksa menurut la. Dah nama pun orang berduit, takkan nak simpan duit tu sampai reput.

Aku dan Kak Fat yang pada mulanya tak berapa selesa. Bukan apa, tempat tu ekslusif sangat. Rasanya orang-orang yang macam kami ni memang jarang nak masuk tempat macam ni. Bukan kata jarang, nak masuk sekali pun aku rasa boleh fikir lima enam kali.

“Kenapa?” mungkin En. Eddie sedar dengan perubahan kami.
“Hah.. kenapa apa?” aku soal kembali. Padahal aku memang tahu pun. Tapi takkan la aku dengan Kak Fat nak cakap terus je. Perasaan orang pun kena jaga sama. Lagi pun bukannya guna duit aku yang kena bayar. Duit bos aku.

“Tu… muka macam tak suka je.”
“Ye ke.. tak kot… Kami biasa je,” sempat aku mencuit lengan Kak Fat yang asyik memandang lauk yang telah di hidangkan secara buffee. Memang menyelerakan kalau tengok dari cara dia orang hidangkan. Aku yang sememangnya lapar ni pun dah rasa tak sabar. Mula-mula je kata tak mahu. Bila dah nampak depan mata, rasanya bos aku pun aku tak pandang dah.

“Hah.. apa dia?” Ish Kak Fat ni. Boleh pula dia Tanya aku balik. Nampak sangat muka tak sabar dia tu. En. Eddie mengangkat kening.

“Jom…” pelawa En.Fairuz menyelamatkan aku dari terus di asak dengan soalan. Kak Fat mendahului aku untuk mencapai pinggan. Memang cekap betul dia memilih lauk-lauk.

Aku cuma bubuh yang mana aku rasa teringin. Ku tahan nafsu selera ku yang membuak-buak. Memang kecur liur aku di buatnya.

Kami memilih untuk duduk di sebuah meja yang berdekatan. Mudah untuk kami ke mana-mana. Semua telah di sediakan dengan baik. Memang bukan calang-calang tempat ni.

Aku duduk di sisi Kak Fat. Dan yang tak syoknya aku terpaksa berhadapan dengan bos aku. Nak buat macam mana, dah nasib badan. Nampaknya hari ni aku kena makan malam lebih awal dari biasa. Sebabnya makan tengah hari ku tak selancar selalu.

“Sikit ni je awak makan?” Aku meangkat wajah. Kelihatan En. Eddie baru saja menyertai kami. Kerusi di tarik dengan selamba. Mata ku sempat menangkap apa yang terhidang di pinggannya. Pehh! Macam nak makan kenduri.
“Saja nak diet,” aku balas dengan selamba juga. Menipu lagi aku ni. Tak sudah-sudah nak menambah dosa. Padahal dalam perut tu dah menjerit-jerit minta di isi penuh. Sabar.

“Nak diet apanya. Awak pun bukannya gemuk pun. Rasanya kalau awak naikkan berat badan sikit pun saya rasa lagi ok. Tak la nampak kurus sangat. Ini tidak, nampak macam nak melayang je bila di tiup angin. Tu belum kena rebut lagi.” Aku tersengih. En. Eddie ni dah terlebih ramah la pula. Sampai masuk bab-bab berat badan pun nak bagi komen, apa kes.

“Saya rasa pun sama juga. Kurus sangat pun tak elok.” En.Fairuz turut mencelah. Menyokong apa yang di katakan En. Eddie, teman baiknya. Aku tersenyum lagi.

Itulah lelaki. Bila kita kurus, dia orang kata tak cukup makan la. Badan macam papan la. Tapi bila dah gemuk nanti sibuk nak cari lain. Kononnya tak pandai jaga badan. Pening aku.

“Mana ada kurus. Ok la ni.”
“Badan dia takkan naik kalau makan banayk pun bos. Dah memang badan dia memang macam ni. Makan banyak ke, sikit ke sama je. Takkan naik.” Fuh! Nasib baik Kak Fat selamatkan aku. Terima kasih Kak Fat, I love you.

“Ye ke? Tapi kenapa kali ni makan sikit sangat? Macam tak lalu dengan makanan kat sini. Awak nak makan kat tempat lain ke?” soal bos aku tiba-tiba. Caring terlebih la pulak.
“Eh.. tak la. Saya ok je. Sebenarnya pagi tadi saya dah makan nasi lemak. Jadi perut masih penuh lagi.”
“Ye ke masih penuh lagi. Ke awak malu nak makan depan kami.” En. Eddie sekali lagi membuat serkap jarang. Yang bengangnya tu tepat pula. Entah-entah dia ni pandai menilik orang. Manalah nak tahu. Rahsia turun temurun.

“Tak ada lah. Nak malu apanya. Makan je kan,” aku cuba mengawal intonasi ku. En. Eddie tersengih.
“Manalah nak tahu. Kat luar je nampak ok, kat dalam tu entah macam mana agaknya. Tengah berperang apa,” nampaknya apa yang dia katakana semakin mengena.
“Biasa je la En. Eddie. Tak ada nak perang-perangnya.”

Aku menyuap makanan dengan perlahan. Kali ni aku nekad, tak ada lagi segan atau pun malu. Dia orang ni pun manusia macam aku juga. Makan benda yang sama dengan aku. Cuma bezanya dia orang ni berpangkat dari aku. Tak tahu pula la kalau orang berpangkat ni makan benda-benda yang lain dari apa yang aku makan.

“Awak nak rasa yang ni?” suapan ku terhenti. Huluran En.Fairuz ku renung seketika. Apa pula yang dia nak buat ni.
“Tak payah la. Ni pun susah nak habis,” aku menolak lembut sambil menunjukkan nasi di pinggan ku masih berbaki. Sempat juga aku mengerling ke arah Kak Fat. Masing-masing hanya mampu berkata dalam hati. Kalaulah ada siapa-siapa staf dari pejabat kami nampak, maunya jadi panas.

Selesai saja suapan ku yang terakhir, aku meletakkan sudu di dalam pinggan dengan perlahan. Sedangkan mereka masih enak menjamu selera. Begitu juga dengan Kak Fat.

“Kak, saya nak ke tandas jap la. Akak tengokkan ni ye?” aku menunjukkan bag tangan ku di atas meja. Terasa malas pula nak membawanya. Nak ke tandas je pun.
“Ok. Jangan lama-lama tau.”
“Orang tahu la.”

En. Fairuz dan En. Eddie hanya mengekori ku dengan ekor mata. Mujur aku tidak lagi menjadi mangsa bahan bualan. Mereka lebih selesa membincangkan soal kerja dari terus bercerita tentang aku. Nama pun orang business.

Langkah ku menuju ke tandas terpaksa melintasi ruang rehat dan juga kaunter. Agak ramai juga pelanggan yang datang. Meja yang kosong pun boleh di kira berapa saja. Yang lain semuanya penuh. Memang pun ramai yang memilih untuk makan di sini. Hidangannya yang berbagai jenis dan tidak tertumpu pada satu-satu jenis makanan sahaja mampu menarik minat pelanggan.

Aku pun nasib baik tak juling mata masa memilih. Kalau kata masakan kampong, lauk pauk dia memang tip top. Ada juga hidangan dari masakan China. Yang teringin nak merasa masakan barat pun tak terkecuali. Pendek kata, semua ada. Cakap je nak makan apa.

Aku melangkah masuk ke dalam tandas. Ni satu lagi pujian yang aku nak bagi. Memang tandas bertaraf lima bintang. Nampak kemas je. Tak berserabut. Ruang untuk menunggu pun agak luas.

Hai la dunia. Memang nikmat orang yang berduit ni lain betul. Kalau ada duit dalam tangan, semua boleh jadi.

Aku membelek wajah ku di cermin. Menguis anak rambut ku yang menutupi dahi. Aku perkemaskan pakaian ku sebelum keluar.

Dalam waktu aku nak melangkah, tiba-tiba je bahu ku di sentuh seseorang. Terkejut punya pasal sampai aku menguisnya dengan pantas. Manalah tahu kalau-kalau penjahat ke? Sekarang ni orang nak buat jahat bukannya kira tempat. Mana-mana pun boleh.

“Ops… sorry,” itulah kata yang terluah tatkala aku menoleh ke belakang. Agak terkejut seketika. Entah malang entah apa nasib aku. Masih lagi aku berjumpa dengan mamat yang tak reti bahasa ni.

“Makin garang nampak?” senyum manis terpamer di wajahnya. Masih macam dulu.
“Awak buat apa kat sini?” aku soal tanda rasa kurang senang. Tak pasal-pasal nanti aku juga yang kena serang.
“Kalau datang tempat macam ni, dah tentulah saya datang untuk makan. Takkan saya nak main golf pula.” Toink!!! Aku buat muka tak reti. Malas nak gelak walaupun aku tahu soalan itu agak bodoh.

“Tak kisah la apa pun. Saya gerak dulu,” aku cuba meminta diri. Malas nak cakap banyak-banyak. Menghabiskan tenaga aku je.
“Hei.. relax la. Dah lama kita tak jumpa kan? Jom duduk minum dulu,” pelawanya dengan suka hati. Langsung tak faham perasaan aku. Kot la aku datang dengan boyfriend ke, suami aku ke. Nak ikut sedap dia je.

“Maaf… saya dah kenyang and I have to go.”
“Laa.. kenapa nak cepat sangat. Saya dah lama nak jumpa dengan awak. Kalau call pun bukan awak cakap. Please….” Balik-balik dengan ayat power dia tu. Masih tak berubah.

“Haiqal! Tolong jangan buat saya macam ni,” aku mula rasa tak sedap hati. Bila aku menolak lagi, dia mulalah nak pegang-pegang. Tangan ku sudah pun berada di cengkamannya.
“Please Kasih, I miss you. Tolonglah bagi Qal peluang sekali je lagi. Please..”
“Awak ni tak faham bahasa ke? Awak nak saya cakap macam mana lagi. Kita dah tak ada apa-apa lagi Qal. Tolong la. Jangan buat saya macam ni. Awak tu suami orang.” Suara ku agak tinggi. Beberapa pelanggan restoran menoleh.

“Qal tak cintakan dia dan takkan pernah cintakan dia.” Aku menunduk. Memang susah nak lari dari cengkaman Haiqal sebab dia takkan pernah putus asa.

Seingat aku kalau aku duduk jauh dari kampong, aku akan terlepas darinya. Rupanya tidak. Nampak makin teruk adalah.

“Qal… tak baik awak cakap macam tu. Dia tu isteri awak. Walau macam mana sekali pun, dia hak awak.”aku cuba memujuk.
“Kalau dia bukan isteri saya lagi macam mana? Awak sanggup kembali?” aku terkedu. Mainan apa yang sedang aku tarungi ini.

“What?! Awak dah gila ke Qal? Awak ingat saya ni perempuan jenis apa. Saya perempuan, dia juga perempuan. Saya tahu perasaan dia Qal. Kisah kita dah lama tamat. Cinta saya pada awak dah lama mati. Awak faham tak.”

“Saya tak pernah faham Kasih. Dan saya takkan faham.” Masih belum mahu melepaskan. Haiqal semakin degil. Aku menjadi buntu. Pergelangan tanganku semakin sakit di cengkam.

“Please Qal, just let me go.”

“Kenapa ni sayang?” aku menoleh ke kiri. Suara En. Fairuz menghampiri di mana tempat aku berdiri. Aku merenung tangannya yang membimbit bag tangan ku. Aku menarik nafas lega.

Haiqal mula melepaskan tangan ku perlahan-lahan. Mungkin dirinya tidak menyangka yang kehadiran ku berteman.
“Errr..aaa” aku jadi tergagap-gagap. Apa yang aku nak kenalkan. Takkan aku nak cakap yang dia ni bos kat tempat kerja aku. Sure Haiqal tak percaya. Lagipun lidah En. Fairuz yang gatal tu memandai-mandai panggil aku sayang. Siapa suruh. Kalau nak jadi penyelamat sekali pun, jangan la over sangat.

“Siapa dia ni?” aku memandang tepat kepada Haiqal. Sorry beb, dia cuma penyelamat aku je.
“Any problem?” En.Fairuz membisik di telinga ku. Tubuhnya terlalu rapat dengan ku hingga aku mampu mendengar nafasnya. Aku agak tidak selesa tetapi terpaksa ku tahan. Aku geleng perlahan sambil tersenyum.

Mata Haiqal merenung bos ku dengan padangan tajam. Mereka saling membalas renungan. Aku tidak mampu mengawal situasi sehinggalah Kak Fat dan En. Eddie turut menyertai kami.

Tanpa sebarang kata, Haiqal terus saja berlalu meninggalkan kami. Meninggalkan kami dengan wajah mencuka. Aku tahu dirinya kecewa. Tapi itu bukan bermakna aku masih menyintainya mahupun berpihak padanya. Cukup sekadar simpati. Simpati kerana takdir tidak memihak kepada kami untuk bersama.

“Apasal dengan mamat tu?” En. Eddie mula bersoal ingin tahu. Aku menunduk. Malas sebenarnya aku nak cerita benda-benda macam ni.
“Siapa dia tu Kasih? Tengok macam tak puas hati je dengan kau?” aku mengeluh kecil. Memang dia tidak pernah puas hati. Hatinya takkan puas selagi aku tidak menjadi miliknya semula.

“Tak ada apa-apalah kak. Kawan lama je.”
“Ye ke kawan lama. Nampak macam bekas kekasih lama je?” Aku hanya berdiam diri. Biarlah soalan itu mati di situ. Cukup dengan apa yang aku lalui hari ini.

“Marilah. Kita pun dah lewat ni,” mujur En.Fairuz memahami keadaan ku. Kami semua melangkah keluar tanpa sebarang soalan. Begitu juga dengan En.Eddie. Di sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba aku teringatkan Zafri. Dah lama ia menyepikan diri. Dalam tak sedar, air mata ku menitis tanpa ku pinta. Aku terlalu merinduinya.

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Ku Yang Setia 26

 

Design by Amanda @ Blogger Buster