Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 24  

Monday, December 7, 2009

“Akak ada nampak tak fail atas meja saya tadi?” pejam celik pejam celik, dah masuk setahun aku kerja kat sini. Walaupun agak tension sikit dengan kerenah customer , namun aku seronok.

“Tak ada pula. Eh…kau ada masuk bilik En. Fairuz tak tadi?” aku menggaru kepala. Fail yang aku rasa amat penting tiba-tiba menghilangkan diri. Lesap dari pandangan ku. Kak Fatimah yang lebih senang ku panggil kak Fat turut membantu.
“Kejap-kejap,” aku cuba ingat kembali.

Tadi lepas aku ambil fail dari kabinet, aku jawab call dari putera idaman ku. Ada la juga bergayut sekejap. Lepas je aku letak phone, tengok-tengok fail tu terus lesap.

“Rasanya tak ada kak. Saya baru je ambil fail tu,” aku garu kepala lagi.
“Mana pula perginya benda ni...” Rungut ku perlahan. Puas ku cari. Dalam laci, bawah meja, atas mesin photostate, semua tak ada.

Matilah aku. Dah la benda tu penting. Nak-nak pula bos aku yang selalu moody to nakkan benda tu.

Tengah aku dok kalut cari, datang pula sorang ‘minah salleh’ celup kat meja aku.
“Kasih, bos panggil,” dengan gaya ala-ala gedik tu membuat aku terpana. Bukan pasal gaya dia, tapi pasal perkataan ‘bos panggil’ tu yang buat aku dah tak senang duduk.

Jantung aku dah start buka enjin ‘turbo’. Laju je aku rasa. Hati aku pun dah rasa semacam. Mesti ada something yang akan jadi.

“Er…sekarang ke?” aku tanya soalan yang aku rasa tak patut aku tanya.
“Yup!” jawab Nina bukan nama sebenar sebelum berlalu ke mejanya. Aku masih merenung lenggok pinggulnya yang seakan di buat-buat.

Mak ayah bagi nama sedap-sedap tak mahu guna. Kononnya nama tu agak kampung. Pelik aku. Bukan ke nama Siti Amnah tu sedap. Ni tidak, nak juga pakai nama ala-ala ‘minah salleh’.

“Kasih!!” aku tersentak. Maunya tak terkejut. Suara orang yang paling kuat kat dalam ofis dah berbunyi. Macam siren pun ada. Memang tak ada adap langsung. Itu pun si Nina dah syok gila. Sanggup berhabis duit untuk berfesyen semata-mata nak pikat bos.

“Coming,” aku cuba sedapkan hati ku. Sabar la telinga. Terpaksa la kau tahan peluru-peluru mati dari bos aku nanti.

Dengan langkah perlahan, aku merapati pintu yang tertutup. Aku mengetuknya dahulu sebelum membukanya.

Bukan aku selalu sangat masuk dalam bilik orang tua ni. Paling tidak pun kalau ada masalah-masalah besar je. Selalunya Nina yang asyik keluar masuk.


“Selamat pagi Fairuz. Eh… tak …En.Fairuz.” Ceh! Lidah ni pula buat hal. Tersasul pula.
“Hhmm..” jawabnya selamba tanpa memandang ku. Dan seperti biasa aku akan berdiri sehingga menanti arahan seterusnya. Jarang sangat aku nak duduk pun. Ada tu sampai tak sempat nak duduk dah kena sembur. Padahal semua masalah tu dia yang buat sendiri.

“Duduk,” arahnya. Aku tarik kerusi di hadapannya perlahan. Duduk pun macam pengantin baru nak duduk masa makan berabad. Sopan gila.

“Tahu kenapa saya panggil awak?” aku geleng. Macam la dia boleh nampak. Tapi nak buat macam mana, suara aku tak mahu keluar.

Adalah senyap dalam lima minit, baru dia angkat kepala. Bila dia dah angkat kepala, mata dia pula yang jadi masalah. Tenung serupa nak telan aku hidup-hidup. Jadi, kami bertukar aksi. Aku pula yang tunduk kepala.

“Dah berapa lama awak kerja kat sini?”
“Er.. setahun.”
“Awak masih tak jawab soalan saya tadi.” Aku kerutkan dahi. Kening sure dah dekat cuma tak cantum je.

“Apa dia?” aku pula yang tanya balik. Mungkin gugup sampai aku tak dapat nak focus.
“Tahu kenapa saya panggil awak?” Ooo… yang ni ke. Bukan ke aku dah jawab tadi. Itulah, lain kali kalau orang ada kat depan tu angkat la kepala. Ni tidak, tanya tapi tak pandang. Aku marahkannya dalam hati.

“Tak,” jawab ku pendek. Memang betul la dia ni suka buat orang pening. Mana aku nak tahu. Ingat aku ni ahli nujum ke.

“Kamu dah kahwin?” Erk!.. Kahwin? Apasal tiba-tiba dia tanya aku soalan tu. Gila ke apa dia ni. Tak pun, dah kena sawan.
“Be..belum..”
“Ok, awak ambil fail ni dan semak invoice tu betul-betul.” Arahnya dengan nada suara yang bersahaja. Tidak menengking seperti selalu.

“Ok.” Tanpa banyak soal, aku ambil fail yang di letakkan di hadapan ku dan terus angkat kaki keluar. Tak sanggup nak duduk lama-lama. Bukan macam Nina, asyik nak mengadap je muka orang tua tu. Nak kata tua sangat tu tidak la. Cuma ‘bujang terlajak’ je.

Aku terus duduk di tempat ku. Masih terkejut dengan soalan bos aku tadi. Hai…. Betul-betul bikin aku jadi bingung.

“Apa dia nak kat kau? Kena sembur lagi ke?” kak Fat kejutkan aku dari terus melamun.
“Err.. tak la. Dia suruh check invoice dalam fail ni.” Aku tunjukkan fail di tangan.
“Eh.. bukan fail ni ke yang kau cari tadi,” La…. Baru aku perasan, fail yang aku cari setengah mati rupa-rupanya ada dekat En.Fairuz.
“Ha ah la. Apasal saya tak perasaan tadi. Bila masa dia ambil?” Kak Fat jungkit bahu. Kalau aku sendiri tak tahu, masakan dia boleh tahu.

“Mana nak perasan kalau dah sebok dengan bercinta.” Perli kak Fat. Aku tersengih manja. Tahu-tahu je kak Fat ni.
“Mana ada kak Fat. Biasa-biasa je la. Ala… macam la kak Fat tak pernah bercinta.”
“Aku ni lain Kasih oii… Lepas kahwin je baru aku bercinta.” Kami pakat tersengih sama-sama. Masing-masing ada kisah tersendiri.

“Itulah kak, macam tak percaya je akak kahwin dulu baru bercinta. Budak-budak sekarang ni bukan macam tu. Belum apa-apa dah berkepit 24 jam.”
“Biasalah. Orang kata apa tu, zaman moden. Mula-mula sayang, lepas tu semua melayang,” aku ketawa mendengar celoteh kak Fat. Dialah pengubat rindu ku pada arwah ibu.

Kebetulan pula wajahnya seakan arwah ibu. Aku jadi tumpang bermanja walaupun beza umur antara kami tak jauh. Tapi dia tak pernah kisah. Maklum la kalau dah duduk di perantau ni. Kenalah cari orang yang betul-betul boleh di harap.

“Tapi tak rasa kekok ke kak?” aku bertanya lanjut. Saja ingin tahu. Kadang kala dari pengalaman orang boleh di jadikan tauladan. Mungkin pelajaran baru buat ku.
“Mula-mula je macam malu-malu. Lepas tu, tak ada apa-apa dah.” Kak Fat memang tak lokek untuk berkongsi pengalaman. Untung aku.
“Apa tu…aaa…..malu-malu tapi mahu,” tambah ku membuat kak Fat ketawa besar.
“Tahu tak pe.” Ujarnya sambil berlalu ke tempatnya.

Aku kembali melihat fail di hadapan ku. Borak tu borak juga, tapi kerja jangan lupa. Kena pandai-pandai cover la. Nanti ada orang kata aku ni makan gaji buta. Tak sanggup aku. Tak berkat.

Aku leka sampai tak sedar dah masuk waktu makan tengah hari. Biasanya aku akan keluar dengan kak Fat. Cuma hari ni dia kena balik awal. Nak kena bawa anak dia pergi klinik.

Nina memang jarang nak join dengan kami. Department lain pun memang jarang nak beramah mesra. Yang dia orang tahu, bergosip. Itu memang laju. Kira macam dah termasuk mengumpat juga la.

Bila dah sorang-sorang ni, aku lebih suka makan di kedai yang dekat-dekat je. Malas nak pergi yang jauh-jauh. Nak drive waktu-waktu macam ni pun aku tak larat. Tu belum kira traffic jam lagi. Memang petang je la aku masuk ofis balik.

Lepas mengambil makanan, aku memilih untuk duduk di tepi dinding kaca. Aku terasa amat santai apabila melihat orang-orang lalu lalang sambil menikmati hidangan. Macam-macam ragam.

“Hai…” aku panggung kepala. Suapan ku terhenti. Kunyahan ku juga.
“Er.. hai.” Jawab ku separuh ikhlas. Rasa macam ketenangan ku terganggu. Tiba-tiba je muka En.Fairuz dah terpacak depan aku.
“Boleh join,” Hah!... takkan kot. Aku jadi serba salah.
“Er… silakan Nak tak nak kenalah aku izinkan. Takkan aku nak jatuhkan air muka dia pula. Lagipun memang dah tak ada meja yang kosong.

Tapi aku rasa agak selamat sebab dia bukan datang seorang. Nasib kawan baik dia yang ‘playboy’ tu ada sekali. Harap rupa dengan duit je la yang dia boleh jaja, yang lain hancus.

“Eh.. ni bukan staff kau ke bro,” aku tersenyum pahit. Sama pahit dengan air kopi ais yang aku pesan. Awal je rasa manis. Lepas nampak muka dia orang ni, terus jadi pahit. Kemanisan gula dan susu dah tak rasa langsung.

“Ha ah. Kenapa? Kau dah berkenan ke?” Burrr!! Nasib baik aku sempat tahan dengan tangan. Uhuk! Uhuk! Uhuk! Habis tersedak aku di buatnya. Nak buat lawak pun jangan la time aku tengah bersantap.

Cepat-cepat aku lap tangan. Selera aku terus mati walaupun nasi aku masih banyak lagi.

“Kau tengok, belum apa-apa lagi dah tersedak. Boy friend sebut la tu,” seloroh kawan bos aku. Kalau tak silap nama dia Eddy. Eddy apa tah aku pun tak pasti. Tak kuasa aku nak ingat.

“Awak ok ke?” soalnya lembut.
“Er… ok.. ok,” jawab ku. Malu tu tak usah cakap la. Tapi aku masih mampu kawal. Aku letakkan sudu dan garfu di sisi pinggan. Tanda aku dah sudah. Aku menyedut air kopi ais hingga suku gelas. Aku kembali melihat pemandangan di luar. Menanti sehingga mereka menghabiskan hidangan mereka. Tak baik jika aku tinggalkan mereka begitu saja. Tak sopan orang tua-tua kata.

“Kenapa tak habiskan nasi tu?” Aku menoleh. Hai…. Bila pula la bos aku ni jadi kaki menyebok. Itu pun nak tanya.
“Tak sedap,” bohong ku. Kesian betul dengan tauke kedai ni, tak pasal-pasal kena tempias.
“Ye ke tak sedap. Kedai ni paling famous tau kat sini.” Ujar Eddy.

“Ye ke. Entah la. Pada saya biasa je,” aku cuba menidakkan katanya. Padahal memang aku terliur dengan lauk yang aku ambil tu. Takkan sayur pucuk paku masak lemak aku boleh kata tak sedap. Tambah pula dengan sambal belacan. Memang kalau bukan pasal dia orang ni orang atasan aku, aku bedal buat tak tahu je.

“Oo… you tak makan ke masakan kampung macam ni?”
“Tak juga. Cuma hari ni tak ada selera.” Hai.. makin panjang pula dia orang punya interview. Agaknya masa mula-mula dulu dia orang tak sempat nak tanya kot.

Aku tengok cuma Eddy yang lebih banyak bertanya. Bos aku cuma tunduk makan. Ada kala dia angguk mengiayakan kata-kata Eddy. Macam burung belatuk. Tak ada lagi suara dia yang garang menghiasi halwa telinga ku.

Tengah hari tu aku jadi bahan kajian Eddy. Habis dia tanya sampai aku naik rimas. Tak pasal-pasal nak tahu asal usul aku. Apa yang aku suka, apa yang aku tak suka, semua dia nak tahu juga. Memang dasar lelaki hidung belang, langsung tak boleh lepas peluang.


***************

“Macam mana dengan kerja?” aku tersenyum manis. Dah berapa bulan aku tak jumpa dengan putera idaman aku ni. Asyik sangat dengan kursus, aku selalu di tinggalkan. Tapi aku tak kisah. Kalau nak hidup bersama, kena banyak memahami antara satu sama lain. Baru teguh peribadi.

“Boleh la tahan. Tak macam awak, senang.”
“Siapa kata senang?”
“Saya lah.” Zafri menarik hujung hidung ku yang mancung. Aku tersenyum senang.

“Siapa kata senang sayang. Tak ada benda senang dalam dunia ni,” aku tahu tu. Tapi aku sengaja ingin menduganya.
“Ye ke?”
“Iyelah. Nak pikat awak dulu pun bukan senang tau.” Aku tersengih. Terimbas kembali sewaktu kami masih belum ada apa-apa hubungan. Masih bergantung tidak bertali. Cukup lucu.

Namun kesabaran Zafri menambat hati ku. Dan kini, aku sudah cukup bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk bersamanya. Aku cukup bahagia.

“Zila apa khabar?” dah lama aku tak dengar khabar bakal adik ipar ku ni. Masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kalau tak silap aku, dia dah berhijrah ke Johor. Dapat tawaran bekerja di sana.

“Alhamdullillah. Dia kirim salam, baru minggu lepas dia balik.”
“Oh.. ye ke. Kenapa dia tak cakap. Rindu la nak jumpa dia,” aku merengek seperti budak kecil.
“Aik.. dengan abang dia tak rindu ke?” Ish! Ish!... dia ni kan. Masakan aku tak rindu kat dia.

“Awak ni la. Ngada-ngada tau.”
“Salah ke?”
“Ada saya cakap salah. Kalau salah, dah lama saya panggil polis tangkap awak,” aku tersipu malu. Malu-malu kucing.

“Sanggup ke awak suruh polis tangkap saya,” Hehehe.. takkan la aku sanggup nak biarkan buah hati pengarang jantung masuk lokap.
“Er… sanggup! Sebab awak jahat.” Aku menahan tawa.
“Jahat? Awak kata saya jahat?”
“Iyelah… awak jahat sebab curi barang saya.”
“Barang apa?” aku tersenyum. Wajahnya benar-benar bikin aku gila bayang.

Jari tepat ku hala di dada. Memang ia telah mencuri hati ku yang satu. Zafri tersenyum bangga. Senyum lalu melutut di hadapan ku.

Serta merta senyum ku mati. Apasal tiba-tiba je dia duduk melutut. Dah gaya macam orang melamar je ni.Hati ku berdebar-benar.

“Sudi jadi pemaisuri saya?” Tak semena-mena soalan itu meluncur dari bibir Zafri.

Agak drastic sebab aku rasa masih terlalu awal untuk aku tamatkan zaman bujang. Masih banyak perkara yang belum aku lakukan. Aku masih belum puas. Aku masih perlukan masa.

“Apa maksud awak?” soal ku inginkan kepastian. Aku tak mahu dia salah faham.
“Jadi pemaisuri hidup saya. Jadi ibu pada anak-anak saya.” Jelasnya membuat aku semakin tersentak.

“Awak lamar saya?!” Zafri hanya senyum sambil mengangguk. Senyumnya belum mampu membuat aku turut tersenyum. Aku dah toleh kiri kanan. Malu juga kalau ada orang lain yang nampak. Macam cerita dongeng Cinderella pula.

“Awak… jangan macam ni. Malulah…” aku menarik lengan Zafri agar bangun. Namun kudrat ku tak sekuat mana. Zafri masih menanti jawapan ku dengan senyuman.
“Awak… Please,” rayu ku. Rasa nak menangis je masa tu. Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana.

Memang aku impikan untuk hidup bersama dengannya, Cuma masih belum sampai waktunya untuk aku tamatkan hubungan kami dengan sebuah ikatan yang sungguh suci. Sebuah ikatan yang halal untuk ku dan dia. Aku masih belum bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri.

“Ta..tapi…” lantas jemari ku di sambut lalu di kucup. Lakunya seakan mengharap jawapan ‘ya’ dari ku.

“Aaaa…” Apa aku nak jawab ni? Aku jadi kaku.

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Ku Yang Setia 24

 

Design by Amanda @ Blogger Buster