Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 22  

Monday, November 16, 2009

Hari lebaran menjelma jua. Aku macam biasa akan menyambutnya bersama abah dan abang kesayangan ku. Tapi ada perkara pelik yang berlaku dalam rumah ni. Dah seminggu aku balik dari kampus, sekali pun tak pernah aku tengok muka kakak ipar ‘kesayangan’ ku.

Nak tanya, tak tergamak pula. Mungkin juga dia balik rumah mak ayah dia. Jadi aku biarkan sampai la pagi raya. Dalam waktu-waktu yang sepatutnya semua umat Islam bergembira, aku terdengar tangisan abang di bilik abah.

Semua berlaku secara kebetulan. Secara tak sengaja sewaktu aku melintas di bilik abah, aku terdengar abang merintih. Dan kebetulan juga pintu bilik abah tak tertutup rapat. Jadi aku pun mengintai dalam diam.

Aku terdengar luahan hati abang pada abah. Luahan hati yang di pendam beberapa bulan yang lalu.

“Macam mana boleh jadi macam tu.”
“Entah la bah. Abang pun tak tahu mana silapnya. Dah puas abang cuba selamatkan rumah tangga kami. Tapi hancur juga bah,” abah merasa terkejut. Aku juga begitu.

“Kenapa nasib abang macam ni bah. Apa salah abang?” sayu aku mendengar rintihan abang. Aku lihat abah mengusap kepala abang macam abah lakukan sewaktu kami masih kecil.

“Sabar. Ni dugaan untuk kamu. Jodoh kamu dengan dia tak panjang. Halalkan apa saja yang kamu dah berikan pada dia. Jangan berdendam. Yang sudah tu sudah,” abah menasihati abang yang masih menangkup muka di pangkuannya.

“Tapi kenapa baru sekarang bah. Teruk sangat ke abang ni bah,” Abah tersenyum. Tubuh abang masih lagi terhenjut-henjut menahan sedu.
“Ish… jangan cakap macam tu. Benda ni jadi kita tak boleh nak jangka. Kita tak boleh nak agak. Sabar bang. Istighfar banyak-banyak.” Pujuk abah lembut.

Baru aku tahu yang selama ni abang tak pernah bahagia. Ada saja yang akan di gaduhkan. Dan yang paling mengejutkan aku, rupa-rupanya selama ini kakak ipar aku tu ada lelaki lain selain abang. Patutlah dia berkeras tak mahu mengandung. Konon alasan tak mahu badan jadi gemuk. Padahal dia ada agenda lain.

Abang rasa tertekan. Mana nak tahan kalau semua orang cakap pasal kecurangan isterinya. Ramai yang pernah terserempak dengan kakak ipar ku dengan kekasih gelapnya. Kerana tak tahan dengan cerita-cerita orang, abang siasat sendiri apa yang isterinya buat. Dan di sebabkan itu juga, abang lafazkan talak di hadapan keluarga mertuanya.

Sungguh aku tak sangka. Air mata ku turut mengalir mengenangkan nasib abang. Pada aku, abang boleh dapat yang lebih baik dari yang lepas. Abang pun bukan calang-calang orang. Kerja bagus, masa depan alhamdulillah cerah. Rupa pun ada.

“Sudah la tu bang. Tak baik menangis pagi-pagi raya ni. Pergi tengok adik kamu tu. Dah siap ke belum. Sejak akhir-akhir ni, abah tengok talifon tak pernah nak lepas dari tangan dia. Dah macam orang mabuk cinta pun ada juga.” Abang mengesat air mata di pipi.

Alamak!! Kantoi. Garis senyuman jelas terpancar dari wajah abang. Wajah itu ceria kembali. Aku turut merasa lega. Tapi….

“Ohh…. Bukan macam lagi bah, memang sah pun. Hari tu masa dia balik pun budak tu yang hantar.” Adus! Abang ni boleh pecah lubang la pulak.
“Budak mana? Haiqal ke?”

“Haiqal? Eh! Tak la. Dengan budak lain. Kalau tak silap, abang kawan dia. Iye la kot,” berkerut dahi abah. Jantung aku dah tak tentu arah jadinya. Nak juga tahu apa riaksi abah.
“Iye ke? Abah ingat dengan Haiqal.”

“Adik dah lama tak kawan dengan Haiqal sejak kes tu. Kalau jadi pun, abang takkan izinkan.” Abah merenung tepat wajah abang. Macam inginkan kepastian. Bukan abah je, aku pun nak tahu juga. Kenapa abang beriya-iya benar menghalang.

“Kalau dah nama orang kaya abah, takkan dapat kalau kita nak terbang sama tinggi. Kalau kita cuba sekali pun, susah bah.” Abah mengangguk lemah. Aik! Lain macam je muka abah. Rasa macam terkilan.

Nak buat apa terkilan, abah nak ke anak abah ni menjanda. Paling tidak pun bermadu. Hish! Jauhkan la.

Aku cepat-cepat melangkah sebelum abah dan abang sedar akan kehadiran ku. Aku menyiapkan apa yang patut sebelum abang dan abah turun.

“Macam ni lah anak abah,” aku menoleh kepada abah yang sedang melangkah merapati meja. Segak berbaju melayu biru muda yang aku belikan di Padang Besar. Aku tersenyum manja. Kembang hidung bila abah puji. Iyalah, anak dara dia memang jarang masuk dapur. Kalau masuk pun, cuma masak mee segera je.

“Duduk la bah,” pelawa ku. Dalam waktu yang sama, abang turut muncul. Ah… nampak semakin macho dengan baju melayu warna sedondon dengan abah. Tahun ni aku memilih warna biru muda sebagai warna tema.

“Mak aih dik. Cunnya. Ada tunggu siapa-siapa datang ke?” aku menjeling kepada abang. Tak sampai hati nak bergurau kasar dengan abang. Memandangkan dirinya juga mempunyai masalah. Aku tak mahu abang terasa hati.

“Cun ke? Biasa-biasa je ni. Tengok kaki la, adik siapa kan,” abang tersenyum mendengar kata-kata ku. Begitu juga abah.

Aku menuangkan air untuk abah dan abang. Beginilah kami setiap kali 1 Syawal sebelum menziarahi pusara arwah ibu.

Aku duduk di sisi abah. Ingin melayan abah sebaik mungkin. Bukan selalu pun kami dapat berkumpul begini. Selalunya kami sibuk dengan urusan masing-masing. Tambahan pula pengajian ku masih belum habis.

“Abah dengar adik sekarang dah ada buah hati baru, betul ke?” Hampir tersedak aku di buatnya. Abah ni, karang tak pasal-pasal kena usung aku ke hospital. Kes apa lagi kalau bukan tercekik ketupat. Kot iye pun nak tanya, bagilah anak abah ni makan dulu.

Aku menepuk dada perlahan. Abang dan abah tersenyum-senyum melihat telatah ku. Telatah ku yang sedaya upaya menahan kulit muka ku berubah warna. Kalau tidak, makin galak abang dan abah menyakat.

“Mana ada bah. Kawan je la. Abah dengar la cerita bohong abang tu.” aku tunduk. Tak mahu abah merenung anak mata ku. Sure kantoi aku berbohong.

“Iyela tu. Siap bagi hadiah lagi bah.”
“Abang!” Hish! Pecah lagi rahsia aku. Abah dah tersenyum sakan.

Namun kegembiraan kami terganggu oleh jeritan suara seseorang di muka pintu. Kami berpandangan sesama sendiri. Siapa pula yang mengganggu ketenteraman kami ni. Tak boleh tengok orang senang sikit.

“Orang gila mana pula ni. Tak reti bagi salam ke?” aku mengomel melepaskan geram sendiri. Sebelum bangun ingin membuka pintu.

Abang mengekori langkah ku sebelum abah. Sayup-sayup aku dengar caci maki dari depan pagar. Aku dah rasa tak sedap hati.

Terbuka je pintu, terpampang la drama yang tak di undang berlaku depan rumah ku. Aku lihat bekas kakak ipar ku dan seseorang yang tidak ku kenal sedang menyabarkan adiknya, a.k.a isteri Haiqal.

Kami tidak berkata apa-apa cuma memerhati drama yang sedang mereka lakonkan. Angin tidak, ribut pun tidak. Tiba-tiba nak mengamuk depan rumah orang pagi-pagi raya ni, apa kes?

“Betina tak guna! Lepaskan aku.. biar aku ajar betina ni cukup-cukup…” terjerit terlolong dah macam orang hilang akal.

“Apa yang korang semua buat kat sini?” abang mula bersuara apabila beberapa jiran sudah mula menunjukkan muka. Ingin melihat apa yang sebenarnya yang berlaku.
“You tolong bagi tahu adik kesayangan you tu, jangan suka-suka nak kacau laki orang.” Aku terlopong mendengar tuduhan itu.

“What!? Kacau laki orang? Hei… kau dengar sini. Sebelum aku naik angin, baik kau bawa adik kau ni berambus dari rumah aku. Karang tak pasal- pasal dengan kau-kau sekali aku kerjakan.” Aku pula yang terpaksa sabarkan abang.

“Abang…” tegur abah lembut. Mungkin abah sedar yang abang sedang melepaskan api kemarahannya.

Sudah la hatinya terluka. Kini bekas isterinya pula mula mencari pasal. Aku pula yang nak di babitkan. Aku pegang lengan abang sekuat hati. Walaupun aku tahu yang kekuatan abang tak tertanding oleh ku. Sekurang-kurangnya aku mencuba.

“Hei… mana kau sorokkan Haiqal hah!? Mana?” suara bekas kakak ipar ku meninggi. Sedikit pun tidak hiraukan amaran abang. Memang aku tahu yang abang tak pernah nak meninggikan suara. Ikut je apa yang bekas kakak ipar ku cakap. Tak ubah macam kerbau yang di cucuk hidungnya.

“Tak guna punya perempuan. Berambus!!” jerit abang sambil mata di jegilkan. Baru aku nampak ada garis ketakutan di wajah bekas kakak ipar ku. Dia cuba menyabarkan adiknya yang masih meracau-racau.

“Baik. Tapi you jangan ingat i akan lepaskan adik you macam tu je. Tunggu la,” bekas kakak ipar ku cepat-cepat menarik tubuh adiknya. Masih meracau memaki hamun ku.

Kiri kanan jiran memandang sinis. Masing-masing tahu yang aku dan Haiqal pernah berkasihan satu masa dulu. Cuma berita perpisahan kami hanya yang tertentu saja mengetahuinya.

Tak habis-habis ada saja bala yang menimpa. Apa saja yang di kaitkan dengan Haiqal, pasti akan mengakibatkan perkara-perkara buruk pada ku. Malang betul nasib aku.

Aku menutup pintu lambat-lambat. Bukan apa, masih terfikir mengapa mereka menyerang ku tiba-tiba. Sedangkan hanya beberapa hari yang lalu saja aku terserempak dengan Haiqal semula.

“Dah.. tak payah nak fikir sangat. Orang kalau dah terdesak, macam tu la.Janji anak abah tak buta. Dan masih tahu bezakan yang mana kaca yang mana permata.” Abah berkata lembut untuk menyejukkan hati ku.

Aku tersenyum lemah. Lemah kerana tidak mampu untuk membela diri sendiri. Mujur ada abang. Kalau tidak aku pun tak tahu apa yang akan terjadi.


******************


“Adik!”
“Yohoo!”
“Call,”
“Siapa?”
“Tak tahu. Turun cepat,”

Ni yang paling aku tak suka. Aku tengah syok-syok melayan cerita Hindustan, ada saja yang kacau. Tadi abah, lepas tu abang. Sekarang ni siapa pula yang kacau.

Aku berlari turun ke bawah dengan hanya berseluar pendek. Pakaian rasmi ku di rumah. Langkah ku mati di hadapan meja talifon. Elok je ganggang tu terletak. Kata tadi ada orang yang call.

“Abang! Tadi kata ada orang call,” aku terus saja ke bawah. Melangkah ke ruang tamu di mana tempat abang biasa lepak. Yang hairannya, abang langsung tak menyahut. Dah pekak ke? Tadi bukan main dok jerit-jerit suruh aku turun.

“Siapa call tadi,” aku menjengok abang dari belakang. Bila mata kami bertembung, rasa macam nak tercabut jantung aku di buatnya.

“Argghh!!!!” aku terjerit kecil dan terjatuh di atas lantai.
“Awak??” memang betul-betul buat aku terkejut. Ya ampun, macam mana dia boleh ada kat rumah aku ni?

“Laaa… apasal tu?” abang datang dari dapur bersama abah. Sambil menatang minuman untuk tetamu yang betul-betul aku tak sangka. Aku tengok abah dah senyum sakan. Abang tu jangan cakap la. Siap la nanti, mesti perli tak habis-habis.

“Takkan tak kenal?” abang sengaja buat aku bertambah malu. Aku bangun sambil tersipu-sipu. Aku mengesat punggung ku yang agak kebas. Fuh! Naik meremang aku di buatnya. Dah macam tengok hantu.

“Hah dik. Takkan nak biar kawan tu senyap je. Kenalkan la kat abah,”
“Eh.. er…. Ni abah saya,” terketar-ketar suara ku. Aku duduk di kerusi sebelahnya.
“Tahu dah,” jawapnya. Erk! Dia dah tahu la.
“Dah tahu? Siapa yang bagi tahu?”
“Abang awak,” dia tersenyum lagi. Senyum sama erti nak gelakkan aku sebab abang dah main-mainkan aku.

Apa lagi, abang jadi mangsa jelingan aku. Sibuk betul.

“Apa awak buat kat sini?” aku ingin tahu hasrat kedatangannya. Masakan tidak, perbezaan tempat asal kami agak jauh. Makan masa yang panjang. Tup-tup dah ada depan mata. Maunya aku tak pelik. Jangan-jangan dia nak datang merisik tak? Ah!.. sudah.

“Adik…” marah abah. Mungkin soalan ku kurang wajar. Bukan ke hari raya masih ada lagi. Orang kata apa tu, puasa sebulan raya sebulan. Lebih kurang la tu.

“Kenapa? Awak tak suka saya datang ke?” dia cuba berbisik.
“Eh bukan macam tu.. er..mana Zila?” aku cuba mengubah tajuk. Buat-buat cool.
“Ada dekat kampung. Saja saya datang sorang-sorang,” Gulp! Datang sorang-sorang?

“Kawan adik ni erja apa?”
“Er.. aa….cikgu kot. Cikgu kan?” aku menoleh kepadanya sebelum menjawab pertanyan abah. Anggukannya menyelamatkan ku.
“Dah lama jadi cikgu,”
“Tak la lama sangat pakcik. Lepas habis belajar, terus masuk maktab.” Lancar je pertuturan dia. Nampak tenang sangat. Sikit pun tak kalut.

Tak macam aku, baru dia datang rumah sorang-sorang. Belum lagi dia datang bawa rombongan. Kalau macam tu, agaknya aku terus je pengsan.

“Bagus la tu. Tak buang masa sangat. Sekarang ni pun ramai budak-budak U yang menganggur. Memilih sangat.”
“Alhamdulillah pakcik. Dah rezeki,”


“Dengar-dengar bukan asal sini. Asal kat mana?” aku membiarkan abah dan Zafri saling mengenali antara satu sama lain. Aku lebih suka menjadi mendengar setia. Walaupun sepatah yang di tanya sepatah juga yang di jawab, Zafri cuba untuk sesuaikan diri.

Mujur abah rajin menyembang. Kiranya dia ni jenis yang pandai bergaul dengan orang-orang tua. Sejuk hati ku.

“Macam ni lah pakcik, sebenarnya saya nak minta izin.”
“Izin untuk apa?” Setelah puas berborak dengan abah, Zafri menyuarakan hasratnya untuk membawa ku bersiar-siar di bandar Penang.

“Pergilah. Pakcik tak halang. Janji tahu jaga batas masing-masing,” pesan abah.
“Hah dik. Apa tercegat lagi kat sini. Pergilah naik tukar baju.” Aku terpinga-pinga apabila abang menyergah.

“Ha ye la… ye la. Orang nak tukar baju la ni..” aku bangun sebelum berlari perlahan meninggalkan ruang tamu. Aku berlari anak ke bilik.

Aku bersiap ala kadar sebelum turun kembali. Zafri sudah pun menanti ku di muka pintu. Macam dah tak sabar-sabar je nak bawak aku lari.

Setelah bersalam dengan abah, aku melangkah menuju ke keretanya. Dan macam dalam drama-drama melayu di kaca tv, Zafri membuka pintu untuk ku. Malu juga. Macam aku dah tak larat nak bukak pintu kereta sendiri je.

“Kita nak ke mana ni?” aku menyoalnya.
“Up to you. Kan awak jadi tourist guide saya hari ni,” jawabnya memulakan pemanduan.

Keretanya sudah pun memasuki lebuh raya menuju ke arah jambatan Pulau Pinang yang menjadi kemegahan penduduk Penang.

Kata suruh aku yang jadi tourist guide tapi cara dia tu macam tahu je jalan-jalan kat Penang ni.

“Macam mana awak tahu jalan-jalan kat Penang ni?” kereta Zafri sudah pun melepasi tol jambatan.
“Kebetulan moyang saya orang Penang. Tahu la sikit-sikit. Saya pun jarang nak ikut balik kampung. Zila pun ada kat kampung.”

“Hah! Zila ada sekali. Kenapa tak bawa dia.” aku teruja menengar nama Zila sampai lupa aku di hadapan Zafri.

“Dia ada janji dengan kawan dia. Lagi pun, saya nak keluar berdua je dengan awak. Boleh kan?” Zafri melirik sambil tersenyum. Aku dah macam orang mengantuk di sorong bantal. Kalau kecik tapak tangan, jangan katakn nyiru, stadium bola pun aku sanggup tadahkan.

Aku mula melihat keindahan air laut di kiri jalan. Keadaan jalan agak lengang kerana masih terlalu awal. Zafri sengaja membiarkan angin luar bebas memenuhi ruang kereta. Tingkap di buka hanya separuh.

“Dia ada datang kacau lagi ke?” aku menoleh kepada Zafri. Dia? Siapa ‘dia’ yang Zafri maksud kan.
“Siapa?”
“Haiqal,” Gulp! Dia masih ingat nampaknya.
“Er… aa.. tak. Kenapa?” aku tak mahu berbohong. Tak larat dah nak pusing-pusing.

“Saja je nak tahu.Tak boleh ke?” Amboi. Dah makin berani nak korek rahsia aku nampak.
“Eh tak adalah. Boleh, apa salahnya.” Sekadar menyedapkan hatinya. Padahal aku tak kisah pun.

“Dah lama saya tunggu keputusan dari awak.” Aku tunduk. Nampaknya dia lebih berterus terang dari aku rupanya. Dia yang pendiam kini lebih berani dari yang aku sangkakan.

“Kenapa awak diam.” Zafri perlahankan kelajuan. Aku menjadi kelu. Aku masih belum ada jawapan yang betul-betul pasti. Aku tak sangup terluka untuk kali kedua walaupun aku tahu Zafri bukan seperti itu.

“Er….” Itu yang mampu aku jawapkan. Aku tak tahu.

Aku senang bila berada dengannya. Aku sentiasa rindu dengan senyumannya. Tapi aku takut untuk akui yang aku sudah mula menyayanginya. Aku takut untu akui aku mula menyintainya.

Tolong…. Aku tak mampu. Aku tak mampu.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Ku Yang Setia 22

 

Design by Amanda @ Blogger Buster