Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





I'm Yours 3  

Tuesday, December 29, 2009

Tak habis-habis termenung. Nak kata merajuk, boyfriend pun tak ada. Nak kata anggau, dengan siapa pula. Pening di buatnya dengan perangai budak-budak sekarang ni. Melihat Aisyah yang masih termenung di biarkan saja.

Puan Aina hanya terus berlalu. Tak larat nak layan dengan kerenah anak dara dia yang sorang tu. Itu tak termasuk dengan abang-abang dia. Kalau tidak, makin pening di buatnya.

Baru saja sebut, telinganya sudah dapat menangkap bunyi riuh rendah di ruang tamu. Rasanya tak sampai beberapa minit ia berlalu dari situ. Terdengar jeritan Aisyah semakin bingit di telinganya. Ni mesti tak lain tak bukan, kena sakat dengan abang-abang dia la tu.

“Jangan la long. Bagi la balik,” rengek Aisyah kepada Aiman. Aimin sudah pun sedia di untuk menyambut. Diari unggu milik Aisyah kemas di tangan Aiman.
“Nak ni ke?” Aiman mengacahnya. Aisyah mengangguk lemah. Sedangkan di hati hanya Tuhan saja yang dapat membaca betapa marahnya ia waktu itu.

“Boleh … hehe.. boleh blah,” lantas diari unggu itu di lemparkan pada Aimin yang telah lama sedia. Aisyah berlari mendapatkan Aimin pula. Ini kalau tidak di leraikan, mahunya sampai ke petang dia orang menyakat.

Nama pun lelaki, tak habis-habis nak menyakat. Puan Aina merapati Aimin yang tidak sedar dengan kehadirannya.

“Abang… tak kesian ke dekat adik,” senyum Aimin dan Aiman masih mekar di bibir masing-masing. Tahu mamanya sudah penat melihat telatah mereka tiga beradik. Itu pun ketika mereka berdua balik bercuti. Jika tidak, hanya Aisyah yang tinggal.


“Ala mama… abang gurau je.” Aisyah merapati Aimin lalu merampas harta peribadinya dengan kasar. Jelingan tajam di hadiahkan kepada kedua-dua abang kembar kesayangannya.
“Aik! Marah ke intan payung abang ni,” Aimin lebih mudah memujuk daripada Aiman. Aiman suka menyakat tetapi agak jarang untuk memujuk. Selalunya Aimin yang lebih rapat dengan Aisyah.

“Tak marah la. Seronok sangat,” Aisyah menyindir. Kakinya di panjatkan ke anak tangga. Jika ia masih di situ, pasti akan ada yang lain nanti.
“Takkan dah nak naik bilik, meh la lepak dengan abang.”

“Ha ah… along pun nak dengar juga cerita pasal adik along yang sorang ni.” Langkah Aisyah mati mendengar kata-kata dari Aiman. Aimin hanya tersenyum. Memang tak sehaluan betul abang dan adiknya.

“Hehe no thanks,” jawab Aisyah terus berlari menuju ke biliknya.
“Seronok la kamu. Dari elok budak tu duduk di bawah, sekarang terus bergurung dalam bilik. Tu kalau tak di panggil, huh sampai ke malam pun belum tentu nak keluar. Makan pun jangan harap nak turun,” Aiman dan Aimin saling berpandangan. Sekali lagi mereka menjadi sasaran mama.



Aisyah terlentang mengadap siling. Bilah kipas yang berputar di perhati satu persatu. Tanpa arah tanpa tujuan. Bosan dengan itu, Aisyah bingkas bangun. Diari unggu di capai lalu membuka kepada helaian yang baru.

‘Kenapa aku asyik fikirkan pasal dia je… pandang kiri dia… pandang kanan dia… pandang depan dia… belakang pun dia juga… takkan aku dah suka dekat dia… ish.. mustahil la.. budak macam tu takkan boleh gugat kekebalan hati aku ni..’

Semakin laju rentak tari pen di atas kertas. Semakin mencurah-curah isi hatinya. Semua itu berlaku selepas dirinya bertembung dengan Akim. Semua gara-gara Akim.

Kali pertama dirinya di panggil dengan pengetua juga kerana budak lelaki itu. Tak habis-habis nak hancurkan reputasi Aisyah. Ke mana saja Aisyah pergi, pasti Akim akan mengekori.

Kali terakhir mereka bertemu tika mengaturkan latihan untuk persembahan sambutan Hari Guru. Rasa nak pecah kepala di buatnya. Ke sana dia ada. Ke sini dia ada. Tak senang duduk di buatnya.

“Wei Cah, kau tak perasaan ke yang mamat tu asyik pandang-pandang dekat kau je,” Ekin menopang dagu di sisi Aisyah. Mulutnya tidak berhenti dari terus menyampaikan apa yang terkini kepada Aisyah.

“Lantak kat dia la,” Aisyah masih lagi sebok mengatur beberapa jadual persembahan. Semua perlu di rancang dengan teliti. Jika ada pertembungan, semua yang di rancang akan menjadi kelam kabut.

Tika itu di atas pentas sedang di gunakan bagi acara ratu kebaya ala-ala Saloma sedang di jalankan. Semuanya yang turut serta adalah dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai wajah yang tidak kurang hebatnya. Termasuklah Intan and The Geng.

Siapa pun tak mahu mengaku kalah. Kononnya siapa yang menang akan di nobatkan sebagai orang yang paling jelita di sekolah. Kononnya lah. Dan lepas tu barulah berduyun-duyun pelajar lelaki yang perasan macho masuk jarum nak jual minyak. Lepas tu pulak ‘couple of the years’. Dah macam cerita dalam TV. Nampak sangat terikut-ikut.

Namun itu semua sikit pun tak di hiraukan Aisyah. Yang penting tugas yang di berikan di selesaikan tanpa sebarang masalah. Tak syok pula kalau ‘pahat asyik-asyik berbunyi’ sedangkan ‘rumah dah lama siap’.

“Eh.. kau ni hati batu ke hati kayu. Aku tengok kau lansung tak kisah. Padahal si Intan tu dok sakan mengurat si mamat tu. Kau tak takut terlepas ke?” Ekin masih lagi memancing Aisyah.

“Ha ah la Cah. Aku tengok terlenggang lengok si Intan tu berjalan. Tu belum pakai baju kebaya lagi tu. Dah tu tersengih-sengih dekat mamat tu. Naik seram pula aku tengok. Kau tengok tu, siap bagi-bagi air pula,” Ain juga tidak mahu ketinggalan.

“Betul la Cah.” Tambah Ekin pula.
“Laaa.. biarla dia orang nak buat apa pun. Buat apa aku nak menyibuk. Apa kau kata tadi… aa.. melepas. Nak melepas apanya. Kau ada nampak ke aku dengan dia pergi ‘dating’ selama ni?” Aisyah tetap meneruskan kerjanya. Dalam waktu yang sama matanya mencuri-curi pandang apa yang mereka khabarkan. Semuanya benar-benar belaka. Kelihatan Akim begitu mesra melayan Intan.

Ekin dan Ain masih memerhati merpati dua sejoli sedang bermadu asmara di hujung sudut. Nampaknya Akim sudah tercampak ke kancah ‘glamour’. Sentiasa di kelilingi dengan pelajar-pelajar perempuan.

Aisyah tunduk kembali. Kemesraan Akim dan Intan seakan-akan merobek hatinya. Tiba-tiba hatinya menjadi sakit. Sakit yang belum pernah ia rasai.

‘Ahhh lantak la. Yang aku sakit hati sangat ni kenapa? Bukan aku bercinta dengan dia pun…’ gumam Aisyah sendiri. Tanpa sedar api cemburu menyala dengan sendirinya.

“Eh yang kau ni tadi cakap tak ada apa-apa. Ni apasal aku tengok dah macam ayam berak kapur pulak?” Aisyah tersentak. Serta merta matanya di alih.

“Ah kau ni. Pandai-pandai je,” Aisyah bingkas bangun. Peralatannya di tinggalkan begitu saja. Kaki di hayun menuju ke luar dewan. Ingin memberi ruang kepada dirinya untuk bernafas dengan tenang. Jika lebih lama ia di dalam, semakin sesak dadanya dengan drama yang di tayangkan Akim dan Intan.

Ain dan Ekin saling berpandangan. Pening dengan sikap Aisyah yang tiba-tiba saja berubah.

“Cinta sudah berputik tak?” Ain menoleh kepada Ekin. Senyuman Ekin dapat di tafsirkan. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Ekin.


Aisyah memicit kepala yang sedikit pening. Pening dengan bayang-bayang yang kerap mengekori hari-harinya.

Tok!..Tok!..Tok!..

Belum pun sempat di jawab, pintu sudah pun di buka dari luar. Demi keselamatan, Aimin mengintai dahulu apa yang sedang di lakukan oleh adiknya.

“Boleh abang masuk?”
“Dah masuk pun kan,” Aimin tersengih. Awal-awal lagi sudah terkena.

Aimin duduk di sisi Aisyah yang masih berbaring. Diari unggu milik Aisyah terlihat di sisi, hatinya semakin di carik perasaan ingin tahu. Semua tu perlukan perancangan yang terperinci. Macam tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.

“Kenapa ni. Abang tengok adik macam tak happy je. Kalau ada probleam, cuba cerita dengan abang. Abangkan professor serba tahu,” Aimin memujuk Aisyah.

Wajah Aisyah agak sukar untuk di ramal. Agak susah untuk membaca apa yang sedang bergolak di hatinya. Perasaannya sering terselindung di sebalik wajahnya yang sentiasa ceria. Tapi kadang-kadang terlepas juga.

Begitu juga dengan bab-bab bermain dengan perasaan. Tak mudah untuk sembunyikan apa yang tersirat. Kadang apa yang lahir dari hati secara spontan akan tercorak di wajah. Hanya orang yang tertentu saja mampu melakukannya.

Aisyah mengeluh. Macam mana untuk memahamkan abangnya. Dia sendiri masih keliru. Sedar semua itu sekadar fantasi, tetapi mengapa dirinya sering di hantui.

“Hai.. mengeluh nampak. Kira masalah besar la ni?” wajah Aimin di tatap. Dua pasang anak mata bertembung. ‘Yes bro..’ namun semua itu hanya mampu terluah di bibir. Tak pasti apa riaksi yang di berikan Aimin nanti. Renungannya di campak ke arah lain.

Aisyah mengeluh lagi untuk kali kedua sehingga Aimin menggaru kepala. Besar sangatkah masalah yang menimpa adiknya. Pelik-pelik. Selalunya Aisyah bukan macam ni.

“Hei… abang sentiasa open untuk dengar masalah adik. Cuba terangkan dekat abang kenapa adik boleh jadi macam ni?” Aimin memujuk dalam selorohnya. Tidak mahu situasi ini di selubungi kesuraman.

“Entah la. Adik pun tak tahu kenapa,” keluh Aisyah. Diari unggu di raih lalu di letakkan ke dalam laci. Matanya dapat menangkap ekor mata Aimin yang sering menjeling Diari unggunya. Tahus angat yang abangnya itu ingin menilik isi di dalamnya.

“Pulak dah. Macam mana abang nak tolong kalau adik sendiri tak tahu sebab apa. Mustahil adik tak tahu. Cuba terus terang je dengan abang.”
“Err… aaa….” Wajah di toleh kiri dan kanan. Moga-moga hanya mereka berdua saja.

“Ni yang tercangak-cangak macam pencuri ni kenapa?” pelik melihat Aisyah cuba mengintai dari bawah pintu. Makin nak di korek rahsia, makin pelik yang dia buat.

“Ok clear,” apabila yakin semuanya ok, barulah punggung di labuhkan ke sisi Aimin.
“So… ceritalah,” Aisyah mencari ayat mula.

“Apa maknanya kalau kita asyik teringatkan seseorang?” Aimin merenung wajah Aisyah yang tunduk. Bibirnya hanya tersenyum melihat telatah Aisyah.
“Maksud adik teringat macam mana?”
“Alaa abang ni… tak payah la nak detail sangat.” Bahu Aimin di tepuk. Aimin sengaja ingin melihat wajah Aisyah yang merona kemerahan.

“Iye la. Abang nak juga tahu teringat yang macam mana. Macam selalu kita teringatkan mama ke, adik teringat kat abang ke,” ketawa Aimin melihat Aisyah menjelingnya.
“Orang dh cerita dia main-main pulak. Malas la nak cakap dengan abang lagi,” Aisyah bangkit namun pantas di tahan Aimin.

“Sorry ok. Abang gurau je tadi,” Aisyah tidak jadi untuk merajuk. Padahal dirinya pun Cuma gempak je tadi. Kalau tidak sampai bila-bila pun abang asyik nak main-main je. Senyumnya dalam hati.

“So.. jawapannya.”
“Ok.. semua tu bergantung pada siapa yang kita selalu teringatkan. Kalau bukan dari kalangan saudara mahu pun teman rapat, bermakna kita ada maksud yang lain.”

“Maksud yang lain? Maksud apa?” Aimin berjaya memancing Aisyah untuk membongkar rahsia.
“Iyelah.. kalau teman rapat takkan boleh buat kita tak lalu nak makan, tidur tak lena, mandi tak basah. Betul tak?” Aisyah angguk perlahan. Jadi? Ops!... takkan kot. Aisyah terkedu.

Mata di arah ke Aimin di sisi yang sudah lama mengukir senyum. Tahu makna senyuman itu. Sah-sah abangnya sudah tahu.

“Kiranya itu semua sebab … aaa…”
“Yup! Semua tu sebab adik dah jatuh cinta dengan orang tu,” makin terkedu Aisyah di buatnya. Tapi kenapa pula boleh sampai ‘jatuh cinta’.

“Tipu lah. Takkan boleh jatuh cinta. Kami tak pernah buat apa pun. Takkan tiba-tiba boleh jatuh cinta. Mengarut je la abang ni,” Aisyah bingkas bangun. Langkahnya menuju ke jendela yang terbuka luas.

“Apa pula abang nak mengarut. Adik yang kata teringatkan seseorang. Kalau kita tak sayang orang tu, kenapa kita perlu ingatkan dia,”
“Takkan pasal teringat je boleh di kira sayang. Macam tak masuk akal langsung,” rungutnya.

“Tapi itulah kebenarannya.”
“Ahh.. abang saja nak kenakan adik kan?” Aisyah memaling tubuh. Mengadap Aimin yang masih duduk di birai katil.
“Laa… masih tak percaya lagi. Ok… Kenapa tiba-tiba adik teringatkan dia?” bahu di angkat. Dia sendiri tidak tahu.
“Adik kenal dengan dia?” kali ini kepala pula di angguk.
“Pernah bersembang?” kepalanya di geleng laju. Memang tak pernah walau sekali pun mereka berdua bertegur sapa. Walaupun mereka belajar dalam satu kelas yang sama.

“See….” Jeng… Jeng… Jeng…

“But…” senyum Aimin membuat ia mati kata-kata. Lidahnya kaku. Aimin bangkit lalu melangkah merapati Aisyah. Bahu gadis itu di elus lembut.

“Siapalah gerangan orang yang berjaya merobek pintu hati adik abang ni? Heeee.. tak sabar rasanya nak kenal dengan orang tu.”

Hati Aisyah semakin bergelodak. Fikirannya semakin memusing. Semakin keliru setelah mendengar penerangan Aimin.

‘I’m not in love !!!!’ jerit hatinya.

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ I'm Yours 3

 

Design by Amanda @ Blogger Buster