Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 23  

Tuesday, November 24, 2009

Aku jadi gelisah. Aku jadi tak keruan. Puas aku buang jauh-jauh, tapi sukar. Hati aku tertanya-tanya akan kebisuannya. Sejak dari hari itu, aku tidak lagi mendengar berita dari Zarif.

Aku jadi kerinduan. Rindu yang teramat sangat sehingga aku terasa akan perubahannya. Selalunya aku dan Zarif akan berbalas mesej. Paling tidak pun, kami akan menghantar email.

Sejak kami menjadi kawan, aku tak pernah putus khabar darinya. Kini hampir tiga minggu aku tidak menerima sebarang khabar. Aku malu untuk memulakan. Aku lebih suka menunggu.

Aku jadi tak senang duduk. Talifon memang tidak pernah lekang dari gengaman ku. Ke mana saja akan ku bawa. Termasuklah ketika aku mandi. Aku tak mahu terlepas dari menerima panggilan ataupun mesej darinya.

Dari mula aku bercuti hingga cuti aku habis. Dia masih diam membisu. Aku jadi gila bayang.

Baru aku tahu kehadirannya banyak memberi kesan dalam hidup ku. Hidup ku banyak di hiasi kata-kata semangat darinya. Kini aku terasa seperti kehilangan. Seakan burung kepatahan sayap. Sayap yang dulu membawa aku terbang jauh ke awan biru.

“Kenapa menung je ni?” Zila meletakkan segelas milo panas di hadapan ku. Selepas pulang dari bercuti, kami terpaksa bekerja keras bagi menghadapi exam.

Aku memandangnya dengan pandangan sayu. Perlukah aku bertanya padanya? Atau pun aku biarkan saja sehingga ia kembali seperti sedia kala. Pastikah akan pulih seperti biasa?

Ahhh…Sudah. Kepala ku semakin memusing. Semakin teruk jadinya.

“Er…Zila. Aku nak tanya sikit boleh?”
“Hhmm… tanya je la. Tak payah bayar pun,” jawab Zila tanpa menoleh kepada ku. Ikhlas ke tidak ni?

“Er… aaa…” itu saja yang ku ulang. Tak terluah pula apa yang aku nak tanya.
“Aaa…er…aaa….err.. kau nak tanya apa sebenarnya ni,” Zaila menutup nota lalu mengadap wajah ku yang kurang ceria. Aku tersengih.

Apa yang aku nak tanya. Takkan aku nak terus cakap yang aku rindukan Zafri. Takkan aku nak cakap terus yang aku perlukan Zafri. Ish! Tak straight sangat ke?

“Kau ni kenapa sebenarnya. Tadi kau yang nak tanya akukan? Apa dia,” ulang Zila lagi. Dia pun nampak semacam je dengan aku. Aik! Takkan dah berjangkit dengan Zafri.

“Er… tak ada apa-apalah. Aku pun dah lupa apa aku nak tanya,” aku tunduk mengadap nota di hadapan ku. Satu apa pun tak masuk dalam otak. Memang sia-sia tapi aku paksa juga. Lagipun aku bukan anak-anak istimewa yang di lahirkan terus dah pandai. Aku kena kerah tenaga aku untuk sampai ke tahap ni.

“Lain macam je kau ni. Apa sebenarnya yang buat kau tak senang duduk ni. Cuba kau cerita A to Z kat aku.” Zila menurunkan nota yang melindungi wajah ku. Dia memang kawan sejati aku.

“Er.. sebenarnya ….” Aku diam kembali. Malu sebenarnya.
“Sebenarnya apa ni?” entah kenapa aku jadi gugup.
“Aaa…Za..Zafri apa khabar?” akhirnya keluar juga. Punyalah susah.

“Hhmm… ni ke yang merunsingkan fikiran kau. Patut la dua tiga hari ni aku tengok kau macam kucing hilang anak je. Apasal tak tanya terus. Itu pun nak malu. Macam aku tak tahu kisah kau dengan abang aku,” aku terkulat-kulat mendengar ceramah Zila. Tak pasal-pasal dah kena tadah telinga.

“Aku segan la,” aku tersenyum sumbing. Malu dengan teguran Zila.
“Apa kau nak segan. Dulu tak segan pun.”
“Itu dulu. Sekarang dah lain.”

“Aku rasakan, baik kau tanya dia sendiri. Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa.” Jawapan Zila sedikit mengecewakan aku. Aku harapkan sesuatu darinya. Semangat ku merudum kembali.
“Tak apalah. Nanti-nantilah aku call.”

“Kenapa kau tak nak mengaku je. Aku tahu kau rasa something kan. Kau rasa kehilangan kan. Tak salah pun kalau kau mengaku Kasih, kau tak bertepuk sebelah tangan. Kau terlalu istimewa buat dia.”

Aku tahu apa yang Zafri rasakan sekarnag ni. Dia kecewa kerana terpaksa menanti jawapan ku terlalu lama. Di tambah pula peristiwa pertembungan Haiqal dan aku membuat dia semakin jauh hati.

Aku tak dapat bayangkan jika perkara ini akan berpanjangan. Dan aku takut kami akan terus begini.

“Kau fikir la baik-baik. Buat keputusan yang kau rasa betul untuk kau. Aku tak nak paksa kau, sesiapa pun tak boleh nak paksa kau.” Zila mengelus bahu ku sebelum berlalu membiarkan aku sendirian.

Sayang? Mungkin. Tapi sebanyak mana?
Rindu? Sangat-sangat.
Cinta? Rasanya belum lagi.

Apa lagi yang aku tunggu. Mengapa perlu menoleh kebelakang lagi jika di hadapan terang-terang sudah sedia menanti.

Skrin talifon bimbit ku renung kosong. Satu-satunya gambar kenangan kami ketika ia bercuti di Penang menjadi penghias skrin. Aku merenung wajahnya lama-lama. Hati ku memberontak untuk mendengar suaranya.

Menggigil tangan ku tika mencari namanya. Seram sejuk di buatnya. Aku dekatkan talifon di telinga. Hati ku semakin berdebar-debar. Untuk kali pertama aku memecah tradisi.

Lama aku menanti dan barulah panggilan ku di jawab.

“Assalamualaikum…” aku mendengar suaranya setelah suara itu membisu sejak beberapa minggu lalu.
“Wa..Waalaikumsalam,” mujur bibir ku tak buat hal.

Kami diam kembali. Mungkin betul duga ku. Dia sudah berjauh hati.

“Sihat?” biarlah aku yang memulakan. Di saat itu air mata ku mula bertakung. Aku sendiri tak tahu mengapa.
“Sihat, alhamdulillah.” Itu saja jawabnya. Aku puas menahan air mata ku dari menitis. Nada suara ku kawal agar ia tidak menyedari.

“Sibuk ke?”
“Adalah sikit,” air mata ku mengalir satu persatu membasahi pipi. Hati ku betul-betul tersentuh dengan jawapannya. Aku telah mengganggu ketenteramannya.
“Er… tak apalah. Sorry ganggu,” lantas aku menekan butang merah menamatkan talian tanpa menanti apa-apa jawapan darinya. Spontan aku matikan talifon.

Air mata ku mengalir tak dapat ku tahan lagi. Jelas kini penyiksaan ku kembali lagi. Semua kerana aku. Aku terlalu takut dengan bayang-bayang silam. Kini, aku sendiri yang gigit jari.

*********************


Aku buka mata perlahan. Kelopak mata ku membengkak akibat terlalu banyak menangis. Terkelip-kelip menahan pedih. Satu malam aku menangis. Mujur Zila tak sedar. Malu juga kalau dia dapat tahu. Sendiri cari penyakit, kenalah tanggung.

Hari Ahad macam ni biasanya kami hanya bermalas-malas. Nak bangun pun malas. Bangun pun tunggu sampai matahari dah tegak terpacak baru nak bangun. Itu pun kalau tak ada apa-apa program.

Macam aku dengan Zila memang jarang ada program. Nak beriadah pun masih awal lagi. Tak kuasa aku nak menapak keluar panas-panas macam ni. Baik aku duduk terperap dalam bilik.

Lagi pun mood aku masih tak stabil. Aku masih sedih. Jadi apa yang aku buat tu macam orang yang tak bermaya. Macam nak tak nak je buat.

Aku dengan malasnya membuka email. Saja nak tengok-tengok kalau ada email dari Zafri. Iyelah, kan semalam dah terasa hati. Merajuk la konon. Tapi memang ye pun. Aku betul-betul terasa hati. Tapi aku tak tahu sebenarnya Zafri bukan terasa hati lagi tapi dah ke tahap makan hati.

Bila aku buka je email, air mata aku nak bergenang semula. Tak ada satu pun email ku yang masuk datang daripada dia. Semuanya dari kawan-kawan friendster.

Ya Allah, kau kuatkan la iman ku, kau tetapkanlah akidah ku, kau tabahkanlah ku, semoga aku mampu lalui hari-hari ku dengan tenang. Aminnnn.

Aku berdoa agar aku tak terlalu ikutkan perasaan. Aku kena kuatkan semangat. Moga-moga dia masih sudi menerima ku.

“Tak habis-habis dengan menung kau tu. Sampai bila kau nak macam ni.” Aku terus je off laptop. Zila duduk di birai katil ku. Sedangkan aku hanya membalas renungannya.

“Itulah kau, masa orang nak kau jual mahal. Sekarang bila dia dah senyap, kau pula yang jadi macam ni. Hei… tak faham aku,” Zila menggeleng perlahan. Jangan katakan dia, aku sendiri tak faham dengan apa yang aku nak.

Aku tak tahu nak cakap apa. Sudahnya, aku biarkan Zila sendiri berlalu ke katilnya. Aku kembali dengan tabiat baru. Merenung siling sehingga berjam-jam lamanya. Selalunya aku teringatkan kenangan ketika aku masih berhubung dengan Zafri.

Dia akan pastikan aku sentiasa ceria. Cuma aku je yang buat malu-malu kucing. Dekat luar konon nampak malu, tapi dalam hati terjerit-jerit suka. Dan yang paling meninggalkan kesan ketika di saat tangan ku di kucup lembut.

Aku benar-benar terharu. Rasa macam nak lentok terus je dekat bahu dia. Nak bermanja-manja macam kucing Siam.

Tiba-tiba aku teringat dengan talifon bimbit yang telah aku matikan. Aku hidupkan kembali. Manalah tahu kalau-kalau ada kes emergency. Bila on je talifon tu, tak henti-henti mesej berebut-rebut masuk.

Semuanya mesej dari syarikat telekomunikasi prabayar. Dan bermacam-macam nombor yang masuk. Aku pun tak ingat nombor siapa. Cuma satu nombor je yang dapat aku cam.

Rupa-rupanya dia ada cuba menghubungi aku. Mana nak dapat kalau aku terus matikan talifon. Siap buka bateri lagi.

Belum pun sempat aku nak kemas kini simpanan mesej, aku terima panggilan darinya. Masa tu aku dah rasa satu macam. Takut ada, suka pun ada. Hai… pelik..pelik.

Dengan bacaan bismillah….

“Assalamualaikum,” lembut suaranya. Menusuk lalu menikam terus ke jantung hati ku.
“Waalaikumsalam,” aku cuba bersikap bersahaja. Konon macam tak ada apa-apa, padahal tangan aku dah sejuk macam air batu.

“Sihat?” soalnya lagi. Itulah soalan lazim yang akan di utarakan sebelum ke tajuk utama.
“Sihat, alhandulillah.”

“Macam mana study?” ni pun baru nak masuk bunga-bunga ayat. Aku dah faham sangat dengan perangai dia. Macam tu juga dengan aku. Kami ni lebih kurang sama je.

“Kenapa off handphone?” nah. Yang ni baru masuk tajuk utama. Soalan yang boleh buat aku pusing bilik tiga kali untuk fikirkan jawapannya. Takkan aku nak jawab aku merajuk. Buat malu diri sendiri je.

“Oh.. aaa. Tak perasan. Bateri habis agaknya.” Pandainya aku buat alasan. Aku menoleh ke Zila, rupa-rupanya dia memang sedang merenung ku. Gulp! Alamak, dia pandang semacam je. Agak-agaknya dia yang mengadu dekat Zafri.

Confirm la ni. Ntah-ntah dia dah cerita habis dekat Zafri. Adoi la. Ini boleh bikin aku malu.

“Iye ke? Ingatkan dah merajuk.” Aku tersenyum sumbing. Dia pun dapat kesan aku merajuk dengannya.

Sebenarnya, siapa yang merajuk asalnya ni. Kenapa jadi terbalik pula. Sepatutnya aku yang kena pujuk dia, ini dah jadi lain. Tak pasal-pasal dia yang pujuk aku. Memang susah nak percaya. Tapi memang betul, cinta tu gila.

“Eh tak adalah. Nak merajuk apanya. Awak tak buat apa pun,” mulut cakap lain, hati cakap lain.
“Rindu pun tak ke?” mestilah rindu. Naik gila aku menahan perasaan rindu.
“Er.. entah,” cover je tu. Masa tu muka dah tak tahu dah jadi warna apa.
“Kira rindu juga la ni.”
“Tak tahu la,” aku masih berdolak dalih. Nada suara aku pun dia dah boleh dapat tangkap.

“Kalau dah rindu tu maknanya sayang pun ada kan?” Hah! Ada ke? Ish! Mesti la ada. Cuma tak terluah.
“Err….ada la kot,” malu-malu aku menjawab.
“Kenapa ada kot-kot kat belakang. Kenapa tak cakap terus je,” aku garu kepala. Kalau aku diam nanti dia merajuk pula. Bila dah merajuk, aku pula yang jadi sasau.

“Nak cakap apa?”
“Cakap je yang awak sayang kat saya. Tak susah pun,” pujuknya lembut. Kuat juga penangan dia.
“Aa.. saya …aaa.. malulah wak. Tak nak la,” aku terdengar dia ketawa kecil. Bahagianya dengar dia ketawa.

“Malu tapi mahu la ni,” confirm pipi aku dah merah.
“Tak cakap macam tu pun,” aku main sorong papan tarik papan pula.
“Okey. Kalau macam tu tak apalah. Saya ada kerja sikit ni. Bye”
“Hei tunggu!!” cepat-cepat aku menahannya dari mematikan talian.
“Ada apa-apa lagi ke?”
“Eh ..aa… tak ada apa-apalah. Okey, bye.”

Degil betul dengan perempuan sorang ni tau. Punyalah berat nak cakap. Bukan susah pun. Tiga patah je nak cakap. Geram betul dengan diri aku ni.

Tapi aku tak mahu dia merajuk lagi dengan aku. Aku tak sanggup. Rasa sunyi je kalau satu hari tak dengar suara dia.

Aku tarik nafas panjang. Entah macam mana, aku tekad. Sayang tak semestinya perlu di luahkan dengan kata-kata cinta. Aku ambil semula talifon bimbit lalu menaip sesuatu untuk ku hantar padanya.

Jika tak terluah, tak bermakna tak cinta
Jika tak terucap, tak bermakna tak sayang
Cukup hanya kita saja yang tahu

Lepas je aku tekan butang ‘send’ terus perasaan ku terasa lapang. Dah tak sesak macam tadi dan hari yang sebelumnya. Baru aku tahu macam mana rasanya pendamkan perasaan. Memang betul-betul menyiksa jiwa.

Selang beberapa minit, aku mendapat balasan mesej dari Zafri. Aku membacanya dengan tenang.

Hanya kita yang tahu
I miss you...

Bibirku mekar dengan senyuman. Dan dari saat itu, hubungan aku dan Zafri telah pun dimeterai. Kini sah hati ku telah di miliki.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Ku Yang Setia 23

 

Design by Amanda @ Blogger Buster