Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 20  

Wednesday, July 1, 2009

Jarum jam sudah melepasi ke angka dua. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ringan pula mata aku ni. Kalau selalu, bukan main payah lagi nak berjaga. Lagi-lagi kalau aku dah set nak study malam. Kalau tak ada dua tiga gelas kopi ‘O’ menemani ku, jangan harap aku dapat bertahan.

Ini semua gara-gara lamaran Zafri untuk menjadikan aku sebagai kekasihnya. Bukan aku tak mahu, tetapi aku perlukan sedikit masa. Aku perlukan ruang untuk memulangkan kembali semangat ku. Aku masih tidak memberi sebarang jawapan kepada Zafri. Aku tidak pasti sampai bila aku harus membuat dirinya ternanti-nanti. Aku terpaksa. Aku tiada pilihan.

Aku mengelus cincin di jari tengah ku. Nama ku terukir di atasnya. Andai di hati ku tidak pernah di miliki, sudah pasti tanpa ragu-ragu aku menerima lamarannya. Satu perasaan aneh ketika aku berada di sisinya. Aku sentiasa gugup. Dalam gugup ku, terselit juga perasaan tenang.

“Kau tak tidur lagi ke?” aku tersentak. Kus semangat. Habis terbang semangat ku. Aku menoleh ke kanan. Terlihat mata Zila memandang tepat kepada ku.
“Aku tak boleh nak tidur,” jawab ku pendek. Aku kembali merenung syiling.
“Apa yang kau fikirkan?” Zila sudahpun duduk di birau katilnya. Patung Garfield masih terlekat di pelukannya.

“Macam-macam. Aku pun tak tahu yang mana satu,” Zila menguap.
“Janganlah fikirkan sangat. Dah lewat sangat dah ni. Kau pun baru je nak baik,” nasihat Zila. Aku mengeluh. Bukan aku tak mahu tidur, tetapi mata aku tidak mahu langsung terpejam. Andai aku pejamkan mata, macam-macam yang bermain di layar fikiran ku.

“Kau masih fikirkan pasal Zafri ke?” aku tersenyum. Kan aku pernah cakap yang Zila ni handal kalau pasal mengorek rahsia. Lagi-lagi rahsia aku. Memang susah nak selindung.
“Entah la Zila. Aku perlukan masa untuk semua ni,” aku melihat Zila menganggukkan kepala perlahan.

“Aku faham. Dan untuk pengetahuan kau, abang aku pun tak pernah nak paksa diri kau untuk terima dia. Dia akan menunggu sampai kau dah betul-betul bersedia. Aku kenal sangat dengan Zafri. Dia tak macam Zaki. Dia lebih lembut, lebih penyabar. Dan yang paling penting, dia nak kau terima dia seadanya,”

Aku turut duduk di birai katil. Kami saling duduk berhadapan. Aku rasa jiwa ku tidak tenteram. Tapi aku tak pasti. Apa yang sedang mengganggu fikiran ku.

“Dah la Kasih. Tidurlah. Esok kita ada kelas. Aku tak nak kita asyik menguap je dalam kelas nanti,” Zila sudah pun baring kembali. Aku hanya membatu. Merenung sebentuk cincin yang tersemat di jari ku. Aku teringat akan Mp3 pemberian Zafri. Aku bangun lalu membuka laci meja ku. Mp3 yang tersimpan kemas ku keluarkan. Aku kembali ke katil. Aku cuba melelapkan mata sambil menengar lagu yang dimainkan. Berkali-kali lagu itu berputar sebelum aku benar-benar terlena.

Yang aku tahu, pagi-pagi lagi suara si Zila dah terpekik terlolong mengejutkan aku. Tak tahu apa yang di bebelkan. Aku masih lagi mamai. Kepala ku berat. Begitu juga dengan kelopak mata ku.

“Wei Kasih. Kau tak ada kelas ke?” Zila menepuk bahu ku. Terasa seakan tubuhku di renjat dengan kejutan elektrik. Pantas saja aku bangun dari katil.
“Sakit la wei,” aku menggosok bahu ku lembut. Sambil mengerutkan dahi ku.
“Kau tak ada kelas ke? Tak nampak dah pukul berapa?” aku menjeling time table ku di dinding.
“Ala…kelas Prof Zack je?” aku menjawab dalam mata terpejam. Namun, langkah ku mati. Prof Zack a.k.a Zakaria? Prof yang memang bergelar hati kering di kalangan kami.

“Ahhhhhhhhh!!” Zila terpinga-pinga mendengar jeritan ku.
“Kau ni apasal? Dah kena sampuk ke?” aku tidak memperdulikan soalan Zila. Tuala ku capai lalu pantas kaki ku berlari keluar.

Gara-gara tidak dapat melelapkan mata, aku terpaksa duduk di hadapan bersama Prof Zack. Memang malu gila. Tapi aku cuba kawal. Dah memang salah aku. Aku cuba memberi perhatian sepenuhnya. Maklum sajalah. Dah berapa lama aku tinggalkan kelas. Aku tidak mahu ketinggalan lagi.

Habis je kelas, aku di denda mengemas bilik kuliah. Sorang-sorang pula tu. Tansion betul. Prof Zack pula dengan senang hatinya sudi menemani aku sehingga kerja-kerja ku selesai. Memang dah tak boleh nak lari. Penat sangat.

Sampai je di bilik, aku terus merebahkan tubuh. Tak tertanggung rasanya.
“Apasal kau ni? Lambat betul kau balik hari ni,” aku tidak menoleh. Aku membetulkan pembaringan ku. Kini aku terlentang menghadap syiling.
“Aku kena denda dengan Prof Zack,” Zila tersenyum. Bukan dia nak bersimpati, lagi dia gelak adalah. Geram betul.

“Ni mesti kes masuk kelas lambat kan.”
“Alah…aku bukan lewat banyak. Sikit je. Dua minit pun nak berkira,” rungut ku. Muncung ku sudah pun bertukar ala-ala Donald Duck.
“Dah salah kau. Dua minit pun kira lambat la kan,” Zila tidak menyebelahi ku. Sedangkan bukan aku sengaja.

“Kau dah makan ke belum ni?” aku menggeleng.
“Aku mana sempat nak pergi beli. Lepas habis bersihkan bilik kuliah, aku terus balik. Malas nak singgah kat kafe,”
“Dah tu, kau tak lapar ke?” aku tersengih. Kalau terjadi kes-kes seperti ini, aku dan Zila sudahpun menyediakan bekalan untuk waktu-waktu kecemasan. Dan lain dan tak bukan , apa lagi kalau mee magie. Mee magie mudah di masak, sedap di makan.

*********************

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan puasa. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Aku ni dah kira tahun ketiga berpuasa di kampus. Selalunya aku akan pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama abah dan abang. Tetapi apabila teringatkan kakak ipar ku, aku sengaja tidak pulang untuk berbuka puasa hari pertama bersama abah. Nasib baik abah memahami ku. Lagi-lagi abang. Dia yang suruh aku tak payah balik. Tak terucap terima kasih aku pada abang kerana berusaha untuk menjaga hati kedua belah pihak.

Awal-awal puasa ni memang penat sikit. Belum dapat membiasakan diri. Balik dari kelas, aku dan Zila terus saja melakukan agenda bulan puasa. Aku asyik melayan mimpi. Nak study pun aku dah tak larat. Hari pertama. Juadah untuk berbuka, kami lebih suka memilih di bazaar Ramadhan. Memang rambang mata nak pilih.

“Apa aku nak beli ni. Semua nampak macam sedap je.” Aku mengeluh. Tak tahu yang mana satu menjadi pilihan aku. Di tangan Zila sudahpun tergantung dua buah bag plastik. Minah ni memang laju. Apa aja dia tak kisah.
“Apa yang kau rasa nak makan sekarang?” aku menggaru kepala. Apa yang aku teringin sekarang ni.

Aku terpandang sebuah gerai yang menjual nasi campur. Aku memuncungkan bibir ke arah gerai itu. Zila menoleh. Kami bergerak merapati gerai yang menyediakan sajian nasi campur dengan beraneka pilihan lauk pauk. Aku menjadi terliur. Hish! Habis hilang pahala puasa aku. Penat aje aku berlapar sehari.

“Bungkus satu kak!” seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30an mengangguk. Aku menyambut pinggan yang berisi nasi putih yang masih panas. Aku mula membuat pilihan. Memusing-musing aku di situ. Ada juga dalam lima belas minit aku memilih lauk. Cerewet betul. Aku pun membayar harga makanan ku. Boleh tahan juga dia punya harga. Maklum sajalah dengan harga-harga barangan sekarang. Semuanya melambung naik. Tambahan pula isu minyak masih turun naik mengikut harga pasaran dunia. Peniaga-peniaga kecil yang terpaksa menanggung beban.

“Lama gila kau pilih lauk. Kaki aku dah kejang berdiri tunggu kau,” rungut Zila. Aku hanya tersengih. Aku pun tak tahu kenapa. Selalunya aku tak kisah pun.
“Sorry. Aku rambang mata nak pilih. Aku tengok semua lauk-lauk dia nampak macam sedap. Terliur aku tau,” Zila menggeleng.
“Kau ni. Makruh puasa kau nanti. Ada nak beli apa-apa lagi tak?” aku melihat bag-bag plastik yang tergantung di tangan. Kuih sudah, air sudah, nasi pun sudah. Apa lagi nak beli.

“Tak ada lagi kot,” aku memandang Zila.
“Kalau macam tu, temankan aku beli buah sekejap. Lepas tu kita terus balik bilik,” aku mengangguk tanda setuju. Kami berjalan seiringan menuju ke sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis buah potong. Semuanya masih kelihatan segar. Zila membeli dua potong buah tembikai dan dua potong tembikai susu. Setelah selesai sesi membeli, kami melangkah pulang.

Mujur bazaar Ramadhan terletak berhampiran dengan hostel kami. Hanya memakan masa selama sepuluh minit untuk sampai. Kami masih ada banyak masa lagi sebelum masuk waktu berbuka. Aku membuka notebook pemberian abang. Aku membuka peti simpanan email. Banyak juga email yang masuk. Kebanyakannya dari rakan-rakan friendster.

Salah satunya datang dari Zafri. Aku sendiri tertanya-tanya akan id mute_guys yang di gunakan. Setelah aku bertanyakan kepada Zila, barulah aku tahu. Tak henti-henti Zafri cuba mencuri hati ku. Cuba membentuk semula sekeping hati ku yang telah hancur. Aku tersenyum sendirian.

Memang aku akui, diri ku sudah mula merindui akan senyumannya. Sentiasa merindui akan sikapnya yang tenang. Aku tak mampu untuk menangkis akan perasaan ku yang semakin hari semakin mendekat dengannya.

“Hai! Senyum sorang-sorang nampak? Tak nak share ngan aku ke,” Zila menepuk bahu ku. Entah macam mana, tangan ku laju saja menurunkan skrin notebook. Cuba melindungi akan apa yang terpapar dari pengetahuan Zila.

“Tak payah la nak sorok. Aku dah baca pun semua,” aku menggigit jari. Malu teramat sangat. Mana tidaknya. Semua ayat-ayat yang diluahkan oleh Zafri berbaur cinta. Sayang dan rindu sentiasa menjadi hiasan emailnya. Kadang kala, aku merasa diri ku dibuai oleh madah-madah cintanya.

“Kau ni. Tak boleh tengok aku senang lansung. Bagilah aku chance,” Zila sudah mengulum senyum. Dia sudah pun bersila di hadapan sajian kami untuk berbuka.
“Kira dah confirm la ni,” aku pula mengulum senyum.
“Maybe yes. Maybe not,” aku membiarkan teka-teki itu masih tidak berjawab. Zila hanya menggeleng. Aku mengangkat kembali akan skrin notebook. Aku menaip sesuatu untuk membalas email Zafri.

Aku hanya membalas dengan khabar diriku saja. Tidak sedikit pun aku menyentuh soal hati dan perasaan. Sekurang-kurangnya, aku tidak membiarkan dirinya sepi. Setiap emailnya yang di hantar, ku balas dengan ikhlas. Tiada niat untuk terus membuat dirinya tertunggu-tunggu. Dalam kata lain, aku cuba menyelami hati budinya. Hati budinya yang semakin menambat hati ku.

“Wahai bakal kakak ipar ku sayang…. Dah masuk waktu berbuka ni. Tak nak makan ke?” suara Zila membuat aku tersentak. Pantas aku menutup notebook sambil tersenyum.

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Ku Yang Setia 20

 

Design by Amanda @ Blogger Buster