Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 18  

Tuesday, June 23, 2009

“Leceh betul la. Aku penat-penat menapak, boleh pula dia cancel kelas,” rungut ku. Zila menoleh. Melihat wajah ku yang agak cemberut.
“Apasal bising-bising ni,” Zila masih juga merenung ku. Aku berasa sedikit tertekan. Mengapa? Aku sendiri pun tak tahu. Entah kenapa hari ni, aku rasa lain macam sangat.
“Prof kesayangan kau tu la. Dalam bulan ni dah berapa kali dia cancelkan kelas. Macam mana aku nak score masa exam nanti,” adu ku.

“Maksud kau Prof Hamid ke? Takkan kot,” Zila seakan tidak percaya. Habis berkerut kulit dahinya. Seakan sedang berfikir. Aku tahulah kau peminat dia. Tapi jangan la nak kata aku ni cakap bohong. Tak baik tau. Kan aku ni bakal kakak ipar kau. Ops!! Terlepas cakap…

“Asal? Tak percaya. Kalau kau tak percaya sudah. Aku dah penat. Nak tidur jap. Nak pergi mana-mana, jangan lupa gerakkan aku. Kot la kau nak mengadu kat Prof kesayangan kau,” aku merebahkan tubuh diatas katil. Memang penat gila. Wajah mencuka Zila tidak ku hiraukan. Kesian juga dia. Tak pasal-pasal kena bambu dengan aku. Tu lah. Admirer dengan prof aku lagi.

Baru je aku nak lelap, kedengaran seseorang sedang memanggil ku. Ish!! Memang kacau daun betul. Tak boleh tengok orang senang sikit.
“Akak, ada orang nak jumpa. Dia tunggu dekat bawah,” aku bingkas bangun.
“Siapa?” soal ku kembali.
“Tak pasti pula. Tapi handsome juga. Boyfriend akak kot,” aku tersentak. Amboi…amboi…amboi!! Bukan main lagi kau ye. Pandai-pandai je nak kata orang tu boyfriend aku.

“Siapa pula ni? Zafri ada cakap nak datang sini tak,” aku beralih pada Zila. Dia yang juga sedang memandang ku memberi riak pelik di wajahnya.
“Sejak bila abang aku jadi boyfriend kau?” Toink!!... Kan dah kena sebijik. Tapi betul juga. Bila pula yang aku declare si Zafri tu boyfriend aku.

“Eh…tak adalah. Aku saja je tanya. Abang kau kan handsome-handsome belaka,” aku cuba mengawal wajah ku dari merona kemerahan.
“Kalau kau tak pergi, mana kau nak tahu siapa yang datang. Pergilah. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu,” aku ragu-ragu untuk bergerak. Masih duduk di birai katil. Kenapa hati aku macam berat sangat nak keluar ni.

“Wei minah! Asal tak pergi lagi ni,” aku mendongak.
“Kalau aku tak pergi, tak boleh ke? Aku rasa macam tak sedap hati je,” sekali lagi dahi Zila bekerut memandang ku.
“Pergi je lah. Kau nak aku temankan?” Zila menawarkan diri. Baik hati juga kawan aku ni. Tapi, memang dia baik pun.

“Tapi…”
“Jomlah. Jangan suka fikir yang bukan-bukan,” Zila sudah pun menarik lengan ku. Aku yang tidak bersedia hampir tersungkur. Mujur aku dapat mengawal langkah ku. Jika tidak, pasti bertelur dahi aku.

Kami melangkah ke arah gerangan seseorang yang sedang menanti ku. Aku tidak dapat mengecam kerana tubuhnya membelakangi ku. Sambil bersandar pada sebuah kereta Honda Civic. Aku dan Zila saling berpandangan.

Namun apabila tubuh itu memaling, langkah ku menjadi kaku. Terus terhenti. Bagitu juga dengan Zila. Kaca mata hitam di tanggalkan menambahkan getar di dadaku. Mata itu terus merenung ku. Jarak antara kami tidak la sejauh mana. Kami berdiri didalam jarak 20 meter.

Aku ingin berpaling namun pantas Zila menahan ku.
“Aku bukan nak sebelahkan siapa-siapa. Tapi, biarlah semua ni selesai dengan cara baik. Aku yakin, kau boleh buat,” Zila memujuk ku. Aku menarik nafas dalam.
“Aku tunggu kau dalam bilik,” pesan Zila sambil melangkah meninggalkan aku.

Aku mencari kekuatan. Patutlah hatiku sentiasa berdebar-debar. Rupanya ini yang akan aku lalui. Berhadapan semula dengan orang yang pernah menghancurkan hati ku.

Aku berpaling bersama keyakinan menggunung tinggi. Panahan mata ku terus saja menikam ke dasar mata hitamnya. Tiada lagi senyuman dari ku buatnya walaupun dibibir itu tidak lekang dari senyuman.

“Ada apa awak datang nak jumpa saya?” soal ku tanpa melihat raut wajahnya. Aku memalingkan tubuh membelakanginya.
“Saja. Rindu nak tengok muka awak. Sayang tak rindukan Qal?” balasnya hanya bersahaja. Sakit betul telinga aku dengar. Boleh pula dia buat muka selamba. Siap tanya aku balik pula tu.

“Terus terang je apa yang awak nak dari saya. Saya ada banyak kerja yang nak kena buat,” aku membuat alasan. Sebenarnya, aku ingin beredaar dengan cepat. Aku takut kekuatan ku mula goyah seandainya dirinya terus memujuk ku.
“Betul. Saya rindukan awak,” ujarnya lembut. Tangannya mula menyentuh ku namun pantas aku menepis.

“Awak salah orang. Saya tak kenal awak,” aku ingin melangkah tetapi tangan ku sudah pun di gengamnya.
“Please. Qal tak sanggup kehilangan sayang,” rayunya. Suaranya sedikit merintih. Aku tidak pasti sama ada itu hanyalah lakonan ataupun bukan. Walaupun ini yang ku harapkan, tetapi aku masih berasa ragu-ragu.
“Untuk apa. Pada saya, awak dah lama mati,” ujar ku keras.
“Please sayang. Forgive me.”

“What! Senang-senang je awak nak minta maaf. Kenapa baru sekarang? Apa salah saya sampai tergamak awak buat saya macam tu,” mataku sudah mula berkaca. Akhirnya pecah lalu menitis laju membasahi pipiku.
“Maafkan Qal sayang. Qal terpaksa buat semua ni. Sayang tak salah apa-apa pun,” jelasnya. Namun aku bukan lah seorang yang bodoh.

“Terpaksa awak cakap. Awak ingat saya ni apa. Tunggul kayu?” hambur ku lagi. Tiada lagi bicara manis yang aku luahkan. Hanya kata-kata berbaur amarah yang mampu ku lemparkan.
“Bukan macam tu sayang. Semua ni berlaku secara tak sengaja,” pujuknya lagi. Tangan ku di elus lembut. Aku merentap tangan ku. Aku tidak rela diriku di perkotak katikkan begini.

“Tak sengaja. Awak ingat benda ni permainan awak ke?”
“Betul sayang. Qal tak ada niat nak sembunyikan dari sayang. Qal terpaksa,”
“Apa yang awak nak cakap sebenarnya. Apa yang awak sembunyikan dari saya?” soal ku pantas. Tidak mahu berteka-teki lagi.

“Sebenarnya….” Bicaranya terhenti seketika. Aku menanti dengan perasaan yang berkocak hebat. Aku yakin pasti ada sesuatu yang telah berlaku.
“Kami dah terlanjur semasa di UK,” aku terkesima. Wajah ku pucat. Seakan tidak percaya dengan penjelasannya. Mata itu ku tatap.

“Tapi Qal tak cintakan dia. Kami mabuk waktu tu. Secara tidak sengaja kami telah terlanjur. Mama yang paksa Qal bernikah dengan dia,” Ya Allah!! Dia cuba meyakinkan ku. Untuk apa? Kini dirinya sudah pun bergelar suami orang.

“Maafkan Qal sayang. She’s pregnant now,” lidah ku terus menjadi kelu. Kepala ku semakin berat. Diriku tidak berdaya untuk berdiri. Aku terduduk di lantai. Ketika itu tiada perasaan memenuhi jiwa ku. Jiwa ku menjadi kosong. Tidak pernah ku menyangka akan mengalami kelukaan sedasyat ini. Hati ku benar-benar terluka.
“Sayang, maafkan Qal,” ulangnya lagi. Terasa jantungku seperti di tusuk-tusuk. Terlalu pedih. Tersangat ngilu. Ternyata cintanya tidak seutuh cintaku.

Aku melangkah pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata. Laungannya yang memanggil nama ku, tidak ku hiraukan. Langkah ku longlai. Diri ku seakan mati. Akhirnya aku terjelepuk sekali lagi. Kali ini, aku tidak lagi bangun. Pandangan ku menjadi hitam. Sehitam hati ku.

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Ku Yang Setia 18

 

Design by Amanda @ Blogger Buster