Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 11  

Monday, June 22, 2009

“Sayang, tak payah la angkat benda yang berat-berat,” Helmi menegur isteri kesayangannya sambil bakul yang berisi pakaian untuk di jemur beralih tangan. Bella tidak sempat berkata tidak.
“Ish abang ni. Baru dua minggu la. Masih awal lagi,” Bella mengekori langkah suaminya menuju ke tempat penyidai. Bakul diletakkan ke bawah dengan perlahan.
“Dari awal la kena jaga sayang,” ringan saja tangan itu memulakan kerja. Bella ingin membantu di halang.

“Abang, saya tak selesa la kalau abang layan saya macam ni,” Bella menarik wajah lalu meninggalkan Helmi sendirian. Sedikit pun Helmi tidak terasa hati. Malah, hatinya berbunga riang. Dirinyalah insan yang paling gembira apabila mendengar berita akan kehamilan Bella. Sungguh tidak disangka, doanya dimakbulkan.

Selesai menjemur pakaian, Helmi mencari kelibat isterinya. Hatinya cemas apabila terlihat tubuh itu sedang berdiri di atas kerusi makan sambil tangannya tercari-cari sesuatu di atas kabinet dapur yang tinggi. Helmi pantas berlari ke arah Bella.
“Sayang!!” jerit Helmi. Bella menoleh melihat suaminya berlari ke arahnya.
“Kan abang dah cakap, sayang tak payah nak buat kerja sangat. Kalau sayang nak apa-apa, cakap je dengan abang ok. Nanti abang ambilkan,” panjang lebar leteran Helmi. Nada kerisauan jelas terpancar.

“Abang ni. Saya rimas la. Itu tak boleh. Ini tak boleh,” muncung Bella semakin panjang. Tangan sasa suaminya sudahpun berada di pinggangnya . Perlahan kaki melangkah turun dari kerusi.
“Sayang…. Abang risaukan sayang. Abang tak nak apa-apa terjadi pada sayang,” pujuk Helmi. Bella tidak menghiraukan pujukan Helmi. Langkahnya pantas di halakan ke singki. Helmi hanya menurut. Memang mudah benar isterinya itu merajuk. Pembawa budak barangkali. Fikir Helmi.

Tubuh kurus Bella di rangkul dari belakang. Helmi mendakapnya erat. Melempiaskan perasaan kasih dan sayangnya yang tidak terhingga kepada Bella.
“I love you sayang,” bisik Helmi perlahan di telinga Bella. Tangan Bella terhenti. Hatinya sedikit sejuk dengan ucapan dari Helmi. Memang benar. Hatinya terpaut dengan sikap romantik Helmi yang terlalu berlebih. Terlalu memanjakan dirinya.
“Abang kan tahu saya tak betah kalau tak buat sebarang kerja. Saya jadi rimas. Nanti anak kita pun ikut jadi malas,” Helmi tersenyum mendengar luahan Bella. Ada saja jawabnya.

“Itu abang tahu. Tapi sayang kena ingat apa yang doktor pesan. Abang tak mahu kehilangan orang yang paling abang sayang. Lagi-lagi pada baby kita,” ucap Helmi sambil tangannya beralih ke atas perut Bella.
“Tapi…”
“Shhhh,” tidak sempat Bella menghabiskan kata-katanya., Helmi pantas memintas.
“Sayang..please. Dengar cakap abang,” rayu Helmi. Bella melepaskan sebuah keluhan. Dakapan Helmi terasa semakin erat.

“Abang…”
“Hmmm..”
“Kalau kita duduk terus macam ni. Kita nak makan apa kejap lagi. Abang tak kesian dekat baby ke?” Helmi tersenyum. Terlupa akan waktu sudah beranjak ke tengah hari. Pipi Bella di kucup lembut sebelum melepaskan rangkulan.
“Siapa kata abang tak kesian,” Helmi tunduk sambil mendekatkan telinganya di perut Bella. Seakan ingin mendengar gayanya. Bella melihat aksi suaminya tersenyum lucu.

“Betullah sayang. Abang dapat dengar baby kita menjerit lapar.”
“Apalah abang ni. Belum lagilah,” Helmi bangun lalu berhadapan dengan Bella.
“Abang tahu dan abang yakin dia dengar apa yang abang cakap,” kini dahi Bella pula di kucupnya. Bella tersentuh saat mendengar bicara suaminya. Seorang lelaki yang mampu membuat hari-harinya dipenuhi dengan pelangi-pelangi ceria.

“Jom!” Helmi bersuara perlahan.
“Nak ke mana? Sayang tak masak lagi ni,” Helmi tersenyum.
“Hari ni sayang tak payah masak. Kita makan dekat luar je. Lagi satu, abang nak sayang berhenti kerja,” Bella tersentak. Tidak sangka usul itu yang Helmi bangkitkan.
“Kenapa pula saya kena berhenti kerja. Saya masih mampu la,” Helmi menggeleng.
“Nope. Abang tak izinkan,” bulat matanya merenung wajah tenang suaminya.

Walaupun hatinya begitu berat untuk menerima, namun arahan suaminya tidak seharusnya dibantah. Helmi sedar akan riak wajah Bella yang sedikit mendung. Tiada lagi bicara yang meniti dari bibir Bella. Hanya menurut apa yang di perintahkan suaminya.

Sepanjang perjalanan, Bella hanya mampu membuang pandang keluar tingkap. Sengaja meminta agar Helmi tidak memasang penghawa dingin kereta. Helmi tidak membantah. Hanya menurut segala kemahuan Bella. Asalkan Bella juga menurut akan kehendaknya.

“Abang… teringin la nak makan sambal tempoyak,” tiba-tiba Bella bersuara. Pandangannya beralih kepada Helmi yang asyik dengan pemanduan. Bella menyandarkan kepalanya di bahu Helmi.
“Ermm…nak cari dekat mana sayang. Abang pun sebenarnya tak pernah makan benda alah tu. Durian pun abang tak makan,” Bella mengangkat kepalanya kembali. Tidak percaya yang suaminya tidak mengemari akan raja buah yang begitu terkenal.

“Nama je orang Malaysia. Durian pun abang tak makan,” terdengar Bella ketawa kecil. Helmi merasa dirinya di sindir.
“Nak buat macam mana sayang. Tekak abang tak boleh nak terima benda alah tu. Dekat rumah abang pun, cuma papa saja yang makan,” Helmi menerangkan kepada Bella. Ini bermakna, ibu mertuanya juga tidak mengemarinya.

“Saya teringin sangat la. Boleh la ye bang,” rengek Bella. Helmi mengeluh. Menimbangkan akan permintaan isterinya. Talifon bimbit di ambil lalu tercari-cari akan nombor temannya. Bella sedikit pun tidak bertanya.

Helmi membuat beberapa panggilan. Masing-masing memberi jawapan yang tidak menyenangkan hatinya. Bella sabar menanti. Dimatanya sudah terbayangkan kelazatan dan keenakan sambal tempoyak Tidak sabar rasanya.
Helmi mengeluh hampa. Namun dirinya tidak berputus asa. Sekali lagi talifon bimbit di halakan ke telinganya.

“Salam Black. Aku biasa je la. Dengan wife aku. Saja je lah aku bawa pergi makan dekat luar. Eh!..aku nak tanya ni, mana aku nak cari tempoyak waktu ni?” Helmi terdiam agak lama. Bella hanya membisu. Menanti khabar gembira dari suaminya.
“Ye ke! Kalau macam tu baguslah. Sekarang juga aku on the way pergi rumah kau. Kau tunggu sampai aku datang,” jelas Helmi yang sudah separa menjerit kegembiraan.

“Nasib baik kawan abang ada. Kalau tidak, kempunan la isteri abang ni,” dagu Bella di cuit.
“Betul ke ni bang! Tak sabarnya,” Bella pula menjerit kesukaan. Helmi senang melihat Bella gembira. Kerana terlalu gembira, pipi Helmi pantas di kucup. Tidak mengendahkan akan lirikan mahupun senyuman dari suaminya. Entah mengapa hatinya begitu gembira.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Kasih NurBella 11

 

Design by Amanda @ Blogger Buster