Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 10  

Wednesday, May 27, 2009

Sudah dua jam aku duduk dalam bas. Punggung aku rasakan sudah naik berkematu. Nak buat macam mana, takkan aku nak berdiri pula. Nanti orang kata aku ni pelik dah terkena sawan. Dah la duduk hostel ni selalu dengar budak-budak siswi kena hysteria. Entah la. Tak nak fikir lebih-lebih sangat, nanti boleh jadi khurafat pula. Nasib aku agak malang sebab terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang lelaki.

Nak kutuk sangat pun tak baik pula. Bertambah lagi dosa aku yang sah-sah memang bertimbun. Aku simpan juga dalam hati. Pemandu bas ni pun satu hal. Bawa bas macam kura-kura. Penghawa dingin langsung tak rasa. Naik berpeluh badan aku di buatnya. Sesekali kepala lelaki di sebelah aku terlentok mengikut rentak perjalanan bas. Yang aku geram, bas belok ke kanan sepatutnya kepala lelaki tu akan ke kiri. Tapi tidak, boleh pula dia ikut haluan bas tu bergerak. Berlawan kuasa gravity.

Pelan-pelan aku tolak kepalanya beralaskan tuala kecil. Boleh pula dia membuat selamba. Seperti tiada apa yang berlaku. Waktu yang sepatutnya cepat menjadi lambat. Jam di tangan aku rasakan terlalu lambat bergerak. Aku membuang pandang ke luar tingkap bas. Menikmati pemandangan yang dipenuhi sawah bendang yang sedang menghijau. Masih jauh lagi untuk menanti hari menuai.

Teringat pula sewaktu aku kecil-kecil dulu. Sebelum arwah ibu meninggal, kami sekeluarga pernah menyewa di sebuah kampung. Kerja abah hanya bersawah bendang. Itu pun abah terpaksa menyewa tanah dari orang lain. Memang agak susah kehidupan kami waktu tu. Agak lama juga abah bekerja di sawah. Sementara menanti waktu menuai, abah membuat kerja-kerja sambilan. Ibu pula waktu tu ambil upah menjahit baju. Ibu tak bersekolah tinggi. Kesempitan yang membuat ibu tidak mendapat pendidikan secukupnya. Begitu juga dengan abah.

Bila tiba musim menuai, kanak-kanak yang sebaya dengan aku yang paling seronok. Bila padi dah di tuai, boleh la kami main sepuas-puasnya. Kawasan bendang akan menjadi seperti sebuah padang bola yang tiada penghujung. Hanya batas-batas yang membezakan lot-lot tanah di bendang. Waktu tu memang tiada segan silu untuk bermain antara lelaki dan perempuan. Yang paling aku suka sewaktu duduk di kawasan bendang adalah ketika musim menimba telaga. Memang tak boleh dilupakan. Ibu selalu bising kerana aku tak seperti kanak-kanak perempuan yang lain. Aku gemar bergaul dengan lelaki. Amarah ibu langsung tidak melekat di hati ku.

Bila musim menimba telaga tiba, aku sering pulang lewat ke rumah. Apabila hari semakin senja barulah bayang ku akan timbul di permukaan pintu. Baju aku memang sudah dipenuhi lumpur. Apalagi, bebelan ibu yang akan ku dengar di sepanjang malam. Tapi aku tak kisah, sebab aku tahu yang ibu sayangkan aku. Pulang ku memang tidak pernah dengan tangan kosong. Ikan puyu akan tetap terisi di baldi. Paling sikit pun aku akan mendapat lebih dari sepuluh ekor.

Lebih kurang ketika aku bersekolah dalam darjah empat, abah mendapat kerja sebagai pemandu lori sampah di jabatan kerajaan. Dari situlah kehidupan kami berubah. Walaupun telah mendapat pekerjaan tetap, abah masih tetap mengerjakan sawah bendang. Sampai la aku nak masuk sekolah menengah, kami berpindah ke rumah baru. Abah membeli sebuah rumah flat di kawasan yang berdekatan dengan pekan. Walaupun abah seorang pemandu lori sampah, aku tak pernah nak rasa malu. Malah aku bangga dengan pekerjaan abah. Andai tiada orang seperti abah, tak dapat ku bayangkan sampah sarap yang busuk dan berulat membukit di setiap kawasan perumahan.

Aku tersentak. Habis terbang segala kenangan indah ku. Tak sempat aku nak ceritakan dengan lebih lanjut. Sekali lagi kepala lelaki di sebelah tersadai dibahuku. Aku mendengus geram. Ini dah lebih. Bila aku dah mula merungut, hati pun jadi panas la.
Aku dengan beraninya menepuk bahu lelaki di sebelah yang berbadan agak berisi . Matanya masih terpejam rapat. Sempat juga aku melihat ke arah kelopak matanya. Anak mata yang terselindung kelihatan bergerak-gerak. Betul ke orang ni tidur.

Seperti seakan baru tersedar dari lena, lelaki itu mengosokkan matanya.
“Encik! Kalau nak tidur lagi sedap, apa kata encik baring je atas riba saya. Lagi senang,” sindir ku. Bibir ku yang agak leser sedikit pun tidak merasa gentar. Malah, mataku turut menyertai bibirku dengan merenung tajam. Mungkin aku tak sedar yang suara ku tadi agak tinggi. Dua tiga penumpang berdekatan menoleh ke arah kami.

“Soryy ye dik. Abang tak sengaja,” terkulat-kulat lelaki di sebelah ku memohon maaf. Dirinya seakan malu-malu alah. Memang betul la jangkaan ku bahawa sepanjang perjalan lelaki itu berpura-pura tidur.
“Abang! Bila pula mak saya lahirkan encik jadi abang saya,” mulut ku tak mahu berhenti. Tapi suara ku tidak setinggi tadi. Wajahnya kemerahan menahan malu. Agaknya la kan, sudah berapa ramai wanita yang menjadi mangsa ketika duduk di sebelahnya. Aku mengelengkan kepala. Tidak langsung menoleh ke kiri lagi. Sehinggalah bas itu berhenti di destinasi yang di tuju.

Aku mengangkat bag pakaian yang sarat dengan baju-baju. Menanti abah dengan penuh sabar. Semakin hari, samakin banyak yang berubah. Kalau dulunya bas stesen hanya berbumbungkan jejambat, kini tidak lagi. Mungkin pihak kerajaan telah menyediakan tempat yang agak selesa berbanding dahulu untuk penumpang bas-bas ekspres berteduh.

Agak lama juga aku terpaksa menanti. Sudah dua kali aku menalifon abah. Jawapannya tetap sama, on the way. Aku meneguk air mineral yang ku beli sebelum aku menaiki bas. Hanya sedikit yang ku minum. Aku duduk di sebuah kerusi panjang. Sambil-sambil menunggu, aku mendengar lagu menerusi talifon bimbit ku. Kedengaran lagu One Love nyanyian Jennifer Lopez yang menjadi lagu kesukaan Haiqal bermain-main di bibir ku. Lagu yang menceritakan kisah-kisah cinta si penyanyi.

Bukan senang untuk mencari pasangan yang betul-betul memahami kita. Sebab itu aku lebih suka berhati-hati untuk memilih. Apa kata orang tu, biar lambat asal selamat. Tiba-tiba kereta milik kakak ipar ku berhenti betul-betul di hadapan ku. Agak terkejut juga. Bukan ke abah yang sepatutnya menjemput ku. Tingkap kereta diturunkan.

“Cepat la!” jerkah kakak ipar ku yangtak berhati perut dari dalam. Aku mengerutkan dahi. Bukan nak bagi salam. Datang-datang terus je nak jerkah orang. Dasar perempuan gila. Tak henti-henti aku menyumpah didalam hati. Bag pakaian ku letakkan di tempat duduk belakang. Mujur aku hanya membawa satu bag. Jika tidak, makin cemberut la wajah kakak ipar ku.

“Mana abah?” soal ku setelah menutup pintu. Kakak ipar ku memandu dengan agak laju. Kelihatan seperti marah. Pertanyaan ku langsung tidak dijawab. Aku pun apalagi, diam je la. Walhal dalam hati aku ni, nak je ku robek-robekkan mulut yang kononnya cantik macam Drew Berrymore yang seksi tu. Perasan sungguh.

Sampai di rumah, kakak ipar hanya menurunkan ku di hadapan pintu pagar. Tanpa ku sempat bertanyakan kunci, terus saja dipecut laju kereta Honda Civicnya. Meluat betul. Kalau dah terpaksa tu, jangan la buat. Buat sakit hati aku je. Sudahnya, aku yang terpaksa duduk di luar. Terik mentari membakar kulit ku. Talifon bimbit ku keluarkan. Mendail nombor talifon abah sekali lagi.

“Assalamualaikum abah! Abah kat mana ni?” soal ku melulu. Tanpa mendengar jawapan dari abahku. Tiba-tiba aku tersentak. Suara yang kudengar bukan lah duara abahku. Jantung sudah mula memecut. Berdegup amat kencang.
“Waalaikumsalam,” memang sah bukan suara abah. Aku panik. Kenapa orang lain yang angkat talifon abah. Hatiku menjadi tidak karuan. Talian masih lagi aktif. Aku mengamati suasana di hujung talian. Agak sunyi.
“Hello,” suara ku terketar.
“Yes,” suara itu menjawab. Suara seorang lelaki yang ku tidak kenal. Siapa pula ni.
“Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?” aku inginkan kepastian. Dalam hati, bertali arus doa ku panjatkan agar abah tidak di timpa musibah.
“Boleh. Saya dari rumah mayat Ulu Kelang,” aku terkedu. Perjalan darah ku seakan-akan berhenti. Wajah ku pucat. Tapi aku tersedar kembali. Kejap-kejap. Rumah mayat Ulu Kelang. Bila pula abah ada dekat Ulu Kelang. Aku call abah tadi pagi, dengar macam masih dekat Penang je. Siapa pula yang nak main-mainkan aku ni. Memang pelik bin ajaib.

“Hello! Encik ni siapa?” soal ku semula.
“Takkan tak kenal,”
“Maaf saya tak kenal. Macam mana awak boleh dapat nombor ni?” lelaki di hujung talian masih lagi tidak mahu berterus terang.
“Ada la. Takkan awak tak kenal saya. Mentang-mentang la dah jadi student u. Makin sombong awak ni eks,”

Aku terdengar suara seperti orang sedang menahan ketawa. Sah-sah aku ditipu. Memang kurang asam jawa siapa yang sengaja nak kenakan aku. Tetapi seingat ku, nombor talifon abah yang ku dail sebentar tadi. Soalan itu bermain-main di fikiran ku.

“Hei. Ni abang la,” ku terdengar lelaki itu ketawa.
“Abang mana pula ni. Awak jangan nak main-mainkan saya. Saya ada sorang je abang dalam dunia ni. Awak jangan nak memandai-mandai nak mengaku abang saya pula!” geram sungguh aku. Boleh pula lelaki tu mengaku dirinya sebagai abang. Tapi, takkan aku tak cam suara abang.

“Ya allah budak ni. Abang la. Takkan suara abang sendiri pun adik dah tak kenal?”
“Hah abang….Abang!!!!!!” jerit ku sekuat hati. Pasti jiran-jiran ku tercari-cari gerangan suara yang menjerit. Abang semakin galak mentertawakan ku. Tak terkata perasaan marah ku waktu itu. Perasaan jengkel dengan isterinya belum ku lepaskan, di tambah pula dengan perbuatan abang yang mempermainkan aku. Rasa seakan ingin saja aku terbang kepada abang. Akan ku kerjakan dirinya cukup-cukup.

“Hei…tak de kerje lain ke abang ni. Tak lawak la nak gelak-gelak. Tak de benda lain ke nak cakap. Rumah mayat..rumah mayat…nak sangat ke duduk kat situ!?” ku hamburkan amarah ku kepada abang.
“Ala…relax la dik. Kenapa nak marah-marah ni. Tak baik tau doakan abang macam tu,” suara abang terdengar sedang memujuk. Aku mendengus geram.
“Siapa yang cakap dulu. Abang kan. Dah tu nak kata adik doakan abang pula,” marah ku masih bersisa. Sebelum ni, tak pernah aku marahkan abang seteruk ini. Bukan aku tak hormatkannya, tetapi caranya untuk bergurau terlalu kasar. Walaupun abang tersepit di tengah-tengah, tak pernah pula abang menangkan isterinya.
“Ok la..abang mengaku…abang salah. Tapi kenapa nak marah sangat ni?” abang seakan tahu apa yang meyesakkan kepala otak ku.

“Bini abang kesayangan abang tu la. Lain kali, jangan suruh dia ambik adik tau. Adik tak suka!” puas hati ku setelah melepaskan semua yang terpekong di dada.
“Ok la. Lain kali abang tak suruh kakak ambil. Tapi abang tak boleh nak ambil adik sekarang. Abang tengah tolong abah tukarkan tayar. Tayar kereta abah pancit,” Aku terkedu. Terselit perasaan bersalah. Sesedapnya aku menuduh abang sebarangan sedangkan abang sedang membantu abah.
“Ye ke. Mana adik nak tau. Lain kali bagitau la adik. Kalau kakak tak ambil, adik boleh balik naik teksi la,” rajuk dan perasaan simpati silih berganti memenuhi ruang hati.

“Alalala…majuk la pula adik abang ni. Dah besar panjang pun nak manja-manja lagi ke?” tak habis-habis abang nak sakat adiknya yang sorang ni. Dah lari adik yang sorang ni nanti, baru dia tahu.
“Bukan merajuk la. Memang betul pun. Dah la jerkah-jerkah macam orang gila. Adik rela balik jalan kaki tau,” aku mencebik. Tangan ku dah letakkan di pinggang. Gaya seperti ala-ala model.
“Ye la. Lain kali tak jadi macam ni lagi. Sekarang ni adik ada dekat mana?” abang bersuara kendur. Adakah kerana kelancangan mulut ku yang berkata-kata. Ish…tak patut aku menyalahkan abang. Bukan abang sengaja nak buat tu semua. Aku tahu, andai semua ini tak berlaku. Abang sendiri takkan benarkan isterinya menjemput ku.

“Adik dah sampai rumah tapi duduk dekat luar je. Adik tak de kunci,” aku pun memulakan rancangan ku yang seperti biasa. Suara meminta simpati. Pandai betul aku berlakon.
“La…. Kakak tak bagi kunci ke?”
“Tak pun. Tak sempat adik nak tanya, dia dah tekan pedal minyak kereta tu sampai tak mau-mau. Nak kejar apa agaknya ntah,”
“Tak pe la. Adik tunggu lagi sepuluh minit. Kejap lagi abang dengan abah sampai,” aku berbunga riang. Nampak macam budak-budak pun ada. Anak manja la katakan. Menantilah aku sekali lagi. Tapi memang betul, penantian tu memang menyeksakan

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Ku Yang Setia 10

 

Design by Amanda @ Blogger Buster