Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih mu ibu  

Friday, May 8, 2009




Saat dilahirkan…

Kesakitan di seluruh rongga dirasakan begitu perit. Waktu untuk melahirkan masih jauh namun kesakitan sudah dapat dirasakan. Nafas semakin tidak teratur. Sesekali sakit itu datang kembali.

“Sabar ye. Belum sampai lagi,” si ibu masih tetap bersabar. Masih dapat bertahan walaupun kesakitan semakin kerap menyerang. Tidak dapat digambar apa yang dialaminya. Hanya mampu berdoa pada yang Maha Esa semoga dijauhkan perkara-perkara yang tidak di ingini.

“Aaarrgghh…..” jeritan si ibu mengejutkan kakitangan hospital yang bertugas. Mungkin sudah tiba masanya untuk si ibu melahirkan bayi yang telah di kandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Tiada kurang mahupun terlebih jangkaan dari doctor akan tarikh untuk melahirkan.

Bertungkus lumus si ibu berusaha untuk melahirkan bayinya yang sedikit besar. Bagaikan bertarung dengan nyawanya sendiri. Bergelut antara hidup dan mati. Setelah berusaha meneran sehabis daya, akhirnya tangisan bayi kedengaran memecah keheningan dini hari.

‘uwekkk….uwekk….’

Terlepas sudah beban yang di pikul tatkala melihat wajah si bayi yang masih pucat. Air mata mengalir tanda syukur. Hilang segala kesakitan apabila si bayi berada di dakapannya. Di kucup dengan penuh kasih sayang dahi si bayi. Si ibu tetap mengucup segenap inci wajah si bayi walaupun tangisan si bayi masih belum berhenti.

“Assalamualaikum Muhammad Aniq Aiman” ucap si ibu buat pertama kali.


Anak kecil….


Tatkala mendengar tangisan si anak kecil, terkocoh-kocoh ibu berlari dari jauh. Ingin segera di pujuk tangisan si kecil agar lena kembali. Didodoikan si anak kecil dengan lembut supaya si anak kecil berasa selesa. Sengal-sengal di kaki dibiarkan berlalu tidak di hiraukan. Rengekan si kecil semakin perlahan apabila terdengar alunan lembut suara merdu si ibu mengucapkan kalimah-kalimah memuji kebesaran yang Maha Esa.

‘Subhanallah walham dulillah…walaaila hailallah allah huakhbar…’

Berulang-ulang si ibu mengalunkan kalimah itu sehingga si anak kecil kembali terlena. Menyambung kembali kerjanya yang tertangguh. Ditinggalkan si kecil yang masih terlena dengan langkah perlahan. Belum pun lama menyambung kerjanya yang tertangguh, tangisan si kecil kedengaran lagi. Tanpa merungut, si ibu melangkah laju ke arah si kecil.

Si ibu mendukung tubuh munggil si anak kecil keluar dari kain buaian. Di bawa si anak kecil ke dadanya. Menyusukan si anak kecil sambil mengusap lembut. Mata si anak kecil tetap terpejam rapat.

Wajah si anak kecil di kucup tanda kasih yang tidak terhingga. Walaupun masih kecil, namun riaksi si anak kecil seakan mengerti. Si ibu tersenyum melihat memek muka si anak kecil. Terhibur dengan gaya spontan si anak kecil yang terlena di pangkuannya.


Mula bertatih

Si kecil ingin berlari walaupun baru sahaja pandai bertatih. Sesekali langkahnya terhenti. Si kecil tidak mengerti untuk mengimbangi tubuhnya lalu terjatuh. Tangisan si kecil mengejutkan si ibu yang sedang menyidai pakaian. Melangkah sambil memujuk tangisan si kecil. Mengelus lembut bahagian yang sakit pada si kecil. Tangisan si kecil terhenti setelah mendengar pujukan si ibu yang penuh kelembutan.

Si ibu bangga akan usaha gigih si kecil yang tidak pernah kenal erti putus asa. Walaupun kerap terjatuh, si kecil tetap bangun untuk mencuba sekali lagi. Air mata si ibu mengalir gembira. Terlalu kuat semangat si kecil apabila melangkah setapak demi setapak. Sambil menoleh ke arah si ibu yang memerhatikannya. Sokongan si ibu membuatkan si kecil lebih bersemangat. Sehinggalah si kecil berada di dalam dakapan si ibu.

Di rangkul erat tubuh si kecil untuk meraikan kejayaan walaupun hanya pandai bertatih. Si kecil ketawa riang.


Penawar…..

Si ibu mengelap tubuh si kecil menggunakan tuala. Hatinya sayu melihat si kecil yang selalunya lincah terbaring lesu. Mengusap perlahan ubun-ubun si kecil. Sesekali, si kecil merengek. Si ibu masih setia menunggu walaupun hari sudah lewat malam. Tiada sekelumit pun perasaan marah. Sehingga tersengguk-sengguk kepala si ibu menahan dirinya dari terlena. Andai dirinya boleh menggantikan tempat si kecil, sudah lama si ibu akan melakukannya. Biarlah dirinya yang menanggung segala kesakitan asalkan si kecil sihat.

Air mata si ibu mengalir lagi. Seakan ikut merasa kesakitan yang di tanggung si kecil. Dirinya dipagut pilu.


Hadiah…..

‘Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Aiman,
Selamat hari jadi’

Si anak tersenyum gembira sambil meniup api lilin yang menyala di atas kek harijadinya yang besar. Anak-anak kecil yang sebaya dengannya mengelilingi meja. Sambil bertepuk tangan meraikan majlis harijadi si anak.

Si ibu senyum gembira melihat si anak yang semakin membesar. Hilang segala pahit jerih ketika membesarkan si anak. Terkenang akan perkataan pertama yang disebut si anak, celoteh menceritakan itu dan ini membuatkan si ibu begitu gembira.

Si anak mengambil sepotong kek lalu di suapkan ke mulut si ibu yang di sayangi. Air mata si ibu mengalir lagi. Tetapi diseka oleh si anak. Sambil menghadiahkan sebuah kucupan hangat di kedua belah pipi si ibu.

“Aiman sayang ibu,” sambil berlari mengambil hadiah pemberian si ibu. Membuka dengan rakus untuk mengetahui isinya. Apabila kotak terbuka, si anak menjerit gembira apabila permainan yang diinginkan berada di tangannya. Berlari gembira bersama rakan-rakan sambil menunjukkan hadiah pemberian si ibu.


Bangku sekolah…..

Hari pertama si ibu berasa risau untuk meninggalkan si anak yang baru pertama kali melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Masih berasa tidak yakin si anak dapat menempuhi alam yang baru di tempuhi. Menanti dengan penuh setia di hujung kelas.

Sesekali si anak menoleh ke arah si ibu. Air mata bergenang melihat keadaan sekeliling yang begitu asing baginya. Andai tiada siapa yang menghalang, pasti tubuh si ibu sudah didakap erat. Senyuman ibu menjadi penawar agar terus bertahan.


Remaja…….

Si ibu melihat jam sudah pun melangkau ke angka dua, namun bayang si anak tidak mahu kunjung pulang. Hatinya resah. Semakin lama semakin lewat si anak pulang. Disabarkan hatinya agar terus menunggu.

Kedengaran enjin motor yang membingit mengejutkan lena si ibu. Ketukan pintu yang bertalu-talu ditambah jeritan si anak memaksa si ibu melangkah pantas. Walaupun kudrat si ibu sudah tidak sekuat dulu, di gagahinya jua.

Terkial-kial si ibu membuka pintu yang diselak. Ketukan si anak masih belum berhenti menyukarkan si ibu. Tatkala pintu terbuka, si ibu terkejut melihat tubuh si anak di penuhi dengan darah. Amarah si anak dibiar sepi. Si ibu meminpin si anak menuju ke bilik tanpa banyak bicara. Si anak mendengus kasar ketika si ibu cuba menyentuh luka di kakinya. Hampir saja tubuh si ibu terhumban ke tepi.

Sedikit pun tiada bicara yang meniti di bibir si ibu. Luka si anak di cuci dengan penuh kelembutan, krim di sapu dengan perlahan-lahan, di balut kemas tanpa si anak mengaduh walau sedikit pun. Hatinya tetap berdoa, biarlah kesakitan yang di tanggung si anak berpindah kepadanya. Sedangkan si anak semakin berubah. Tiada lagi belaian kasih sayang dari si anak. Si ibu tetap tidak pernah berhenti untuk menyayangi.


Berdua…..

Si ibu merasa kesepian. Sejak si anak telah mendirikan rumah tangga, si ibu di biarkan keseorangan. Mendoakan kebahagian si anak semoga berkekalan. Walhal si anak tidak pernah melawat si ibu. Begitu alpa akan kasih sayang si isteri yang tidak tahu akan kesetiaannya. Pabila si ibu cuba bertanya khabar, si anak lebih rela membiarkan si ibu termanggu-manggu menanti di hujung talian sedangkan si anak sedang sibuk berborak bersama rakan-rakan.

Hati si ibu tetap bersabar. Kerana terlalu sayangkan si anak, si ibu mengalah lalu talian dibiarkan terputus. Semakin hari harapannya semakin kabur. Bayang si anak tidak pernah kunjung tiba walaupun pada hari lebaran yang mulia. Si ibu tetap bersabar. Memahami akan kerenah si menantu. Sakit pening si ibu terpaksa ditanggung sendiri.


Terpinggir…..

Hati si ibu semakin sayu apabila anak yang di harapkan sanggup membiarkan dirinya terpinggir di tempat yang tidak sepatutnya. Alangkah sedihnya hati si ibu tidak terhingga. Andai dahulu air mata si ibu mengalir tanda kesyukuran, kini air mata si ibu mengalir tanda kesedihan. Kesedihan yang teramat sangat.

Harapannya hancur lebur melihat betapa teganya si anak melakukan dirinya seperti itu. Sudah terlalu banyak kepedihan yang dilalui seakan tidak tertanggung rasanya. Kerana terlalu sayangkan si isteri, si anak sanggup merelakan si ibu terdampar mengharapkan belaian kasih sayang.


Akhirnya….

Air mata si ibu tidak akan mengalir lagi. Hati si ibu tidak akan merasa pilu, sedih dan sakit lagi. Diri si ibu tidak merasa terpinggir lagi. Si ibu tidak perlu mengharap lagi. Si ibu tidak perlu merintih lagi. Mengapa?!.....

Kerana si ibu telah pergi buat selama-lamanya. Kerana si ibu takkan mungkin kembali lagi. Perginya bersama sekeping hati yang lara. Mendambakan belaian kasih sayang seorang anak. Kasih sayang yang hanya terbit dari hati si anak ketika waktu kecilnya. Sehingga si ibu meniti hari-hari akhirnya sendirian. Kerana apa?.....

Kerana si anak tidak pernah merasa kepedihan yang si ibu rasai. Tidak pernah terfikir yang dirinya juga akan melalui perkara yang sama. Kerana si anak begitu alpa akan syurga duniawi yang menjanjikan kebahagian sementara. Dan yang paling penting, si anak terlupa bahawa syurga adalah di bawah telapak kaki si ibu.

Begitu mahal harga sebuah kasih sayang dari seorang anak. Yang terpaksa di bayar dengan kesepian yang di tanggung ibu.

Taulan ku…..

Andai rakan taulan masih mempunyai ibu, emak, bonda, ummi, mama atau sebagainya. Sudahkah taulan menghargai akan pengorbanan si ibu terhadap taulan. Pernahkah taulan menyakiti hati si ibu.? Pernahkah air mata ibu mengalir di sebabkan taulan? Pernahkah taulan meninggikan suara kepada ibu walaupun dengan perkataan ‘ahh’? Pernahkah taulan melukakan hati ibu?

Pernahkah taulan melakukan semua itu? Pastikah taulan tidak pernah menyakiti hati ibu walau sekecil kuman sekali pun. Pastikah taulan……

Fikir la akibatnya. Kasih sayang seorang ibu tidak mampu di tandingi akan kasih sayang dari sesiapa pun. Kita selalu menyentak, membentak tatkala kemahuan kita tidak tertunai. Pernahkah si ibu melakukan perkara yang sama. Pernahkah si ibu memohon akan balasan setiap titisan air susu yang disusukan pada kita. Pernahkah….

Hapuskanlah air mata ibu yang mengalir dari kesedihan. Biarlah ia mengalir dari hatinya yang bersyukur mempunyai anak seperti yang di harapkan. Masih belum terlambat untuk kita sujud di kaki ibu. Masih belum terlambat lagi untuk memohon keampunan darinya. Ceriakanlah harinya sementara masih ada. Agar takkan ada rasa penyesalan yang merantai hati mengekori hari-hari yang mendatang.

Renung-renungkanlah……

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kasih mu ibu

 

Design by Amanda @ Blogger Buster