Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 4  

Tuesday, April 21, 2009

Dengan linangan air mata, Bella mempercepatkan langkahnya. Jalan menuju ke rumahnya terpaksa melalui sebuah lorong yang agak sempit. Ia hanya mampu memuatkan laluan untuk sebuah kereta.

Langkahnya terhenti apabila melihat jentera penyelamat bomba tersadai di jalan besar bersama dua buah kereta peronda polis. Jantungnya berdegup kencang. Bella berlari pantas.

Akhirnya mata Bella terpana melihat api yang sedang marak dengan rakus membakar rumahnya. Pegawai bomba sedang bertungkus lumus untuk mengawal api dari terus merebak ke kawasan kejiranan yang lain. Keadaan menjadi hingar bingar dengan jeritan. Dia teringatkan ibunya.

Dia cuba melepasi beberapa pegawai polis yang mengawal tempat kejadian.
“Encik, tolong benarkan saya masuk. Ibu saya ada di dalam,” suara Bella bergetar.
“Tak boleh cik. Bahaya. Api terlalu besar,” jelas pegawai polis terbabit.
“Tolong la encik. Ibu saya tunggu saya tu. Tolong la encik… ibu …..” jerit Bella. Dia cuba di tenangkan oleh jiran-jirannya.

“Makcik Gayah ada nampak ibu tak?” rintih Bella.
“Sabar nak. Sabar banyak-banyak ye,” Makcik Gayah tidak mampu menahan air matanya dari menitis. Dia bersimpati dengan nasib Bella.
“Bella nak masuk dalam. Bella nak ambil ibu. Ibu tunggu Bella bu…” Bella meronta-ronta. Jiran-jiran yang lain turut sama membantu untuk cuba menenangkan Bella. Ketika itu juga, terdengar sebuah letupan datang dari arah rumah Bella.

“Ibu……..” Bella terlepas dari pegangan Makcik Gayah dan berlari mendekati rumahnya yang sudah musnah dijilat api.
“Jangan nak. Bahaya….” jerit Makcik Gayah.
Tindakan pantas Helmi dengan memeluk Bella dari belakang dapat menahannya dari terus meluru ke arah rumahnya. Helmi berundur sedikit kerana bahang kepanasan api yang hanya beberapa ela dapat di rasai.

“Lepaskan aku. Ibu ..tunggu Bella bu… Bella nak ikut….” Bella semakin tertekan. Pelukan Helmi semakin erat. Bella meronta-ronta.
“Bella … mengucap nak… istighfar banyak-banyak…ingat tuhan nak...” pujuk makcik Gayah. Tuan Mukriz yang turut sama berada di tempat kejadian sempat bertanyakan sesuatu kepada pegawai polis yang bertugas.

“Mie, bawa dia ke belakang,” arah Tuan Mukriz. Dengan tenaganya yang ada, Helmi cuba membawa Bella ke tempat yang lebih selamat di ikuti Makcik Gayah dan dua tiga jirannya yang lain.

“Hei..aku nak ikut ibu aku la…berhenti… lepaskan …. Ibu…” Bella tidak berhenti-henti mengulangi ayat yang sama. Emosinya terganggu. Begitu berat dugaan yang menimpa dirinya. Dirinya bagaikan ‘sudah jatuh di timpa tangga’.

Dari jauh Bella dapat melihat rumahnya runtuh bersama saki baki api yang masih membakar.

“Ibu…” jerit Bella lemah. Tubuhnya lembik di pelukan Helmi. Dan….


********


Sudah hampir dua bulan ibu Bella pulang ke rahmahtullah. Tubuh ibunya di temui rentung sambil menggengam seutas rantai. Kuasa yang Maha Esa telah mentakdirkan rantai itu tidak terusik walau sedikit pun. Dia merasa terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan ibunya. Di atas kejadian itu juga, Bella kini telah sah menjadi isteri kepada Helmi.

Sebuah majlis kenduri doa selamat telah di adakan untuk menyambutnya sebagai menantu keluarga Tuan Mukriz. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang di jemput. Helmi telah pun menceritakan segala-galanya tentang apa yang di lakukan terhadap Bella. Tuan Mukriz tidak menyangka Helmi sekejam itu demi memiliki kasih Bella. Di sebabkan itu juga Tuan Mukriz menerima kehadiran Bella sebagai menantunya.

Bella adalah mangsa dan ia tidak harus di persiakan. Kesungguhan Helmi membuatkan Tuan Mukriz menyokong keputusannya.

Helmi melangkah masuk kedalam rumahnya. Kelihatan mamanya sedang asyik membaca majalah.

“Sunyi je mama. Mana yang lain. Bella mana?” Helmi melabuhkan punggungnya di sisi mamanya.
“Buat apa kamu tanya mama. Bini kamu tu bukannya reti lekat di rumah. Asal kamu keluar, dia pun keluar. Entah kemana dia merayap,” adu Puan Sara. Meluat dia dengan menantunya.
“Mama tak tanya ke? Dia kan menantu mama,”
“Kenapa mama nak kena tanya pula. Dia bini kamu, kamu tanya la dia sendiri. Lagipun mama tak pernah anggap dia tu menantu mama,” Helmi mengeluh. Mamanya masih belum dapat menerima Bella sebagai isterinya.

Ketika itu juga, wajah Bella muncul bersama beg sandangnya.
“Hah..tu bini kesayangan kamu dah balik. Kamu tanya sendiri,” Helmi merenung wajah Bella yang redup. Bella tidak mengendahkan sindiran mertuanya.

“Assalamualaikum….” Ucapnya sambil berlalu. Helmi mengeluh lagi. Selama Bella tinggal bersamanya, tidak pernah walau sekali pun dia melihat Bella cuba menghampiri ahli keluarganya yang lain. Bella terusan mengasingkan dirinya dari bergaul.

“Tak pe la mama, Mie naik dulu. Letih,” Helmi bangun.
“Hmm….” Itu saja jawapan Puan Sara.

Helmi membuka pintu biliknya yang menempatkan dia dan isterinya. Di tutup perlahan daun pintu lalu melangkah mendekati Bella.

“Sayang ke mana tadi?” Helmi bersuara lembut. Walaupun Bella jarang melayan setiap bicaranya, dia tetap bersabar.
“Kubur arwah ibu,” Bella menjawab pendek. Air matanya menitis kembali. Hatinya tersentuh. Helmi sedar akan itu. Dia ingin mengelus tangan isterinya namun hampa. Bella lebih dulu menarik tangannya dari bersentuhan dengan Helmi.

“Abang tahu, sayang masih marahkan abang. Tapi sampai bila? Sayang dah jadi sebahagian dari hidup abang. Sayang kena terima semua ni,” pujuk Helmi. Kalau dulu dia mudah melenting andai permintaannya tidak berjawab. Kini dia kalah didalam percaturan yang dia sendiri rancangkan.

Bella membisu. Hatinya masih belum dapat memaafkan Helmi. Tak mungkin semudah itu ia dapat memaafkan jika di hitung dengan apa yang telah di lakukan oleh Helmi terhadap dirinya.

Bella memalingkan tubuhnya. Tidak sanggup untuk dia berhadapan dengan insan yang telah memusnahkan masa depannya.

“Sayang..Please. Abang merayu pada sayang. Jangan buat abang macam ni,” Helmi menyentuh lembut bahu isterinya. Bella menjeling tajam ke arah tangan Helmi di bahunya. Perlahan Helmi menurunkan tangannya.

“Sayang. Bagi abang peluang untuk tebus dosa-dosa abang pada sayang. Kita bina hidup baru. Kalau sayang tak selesa tinggal dengan keluarga abang, kita pindah,” cadang Helmi.Mungkin dengan cara itu ia dapat mengembirkan hati isterinya.

“Tak payah. Biar macam ni je. Aku tak mahu keluarga kau tuduh aku cuba pisahkan kau dengan mama. Cukup apa yang telah aku lalui,” Bella bersuara perlahan. Sedikit bergetar.
“Abang tak kisah. Kalau itu boleh buat sayang bahagia, abang sanggup. Untuk sayang, abang sanggup buat apa saja,” Bella ingin menguji kata-kata Helmi.

“Kalau aku suruh kau lepaskan aku, kau sanggup?” Helmi terkedu. Andai ia menurut kata Bella, bermakna ia terpaksa menceraikan nyawa dari badannya.
“Sayang, bukan itu maksud abang. Sayang la segalanya buat abang,”
“Sudah la. Aku tahu kau tak mampu. Aku yakin suatu hari nanti kau pasti akan berubah,” Bella bangun.
“Tak. Abang takkan berubah. Abang rela mati,” sumpah Helmi.
“Cukup la. Aku dah penat dengan semua ni,” Helmi tidak mahu mengalah. Sudah lama dia bersabar dengan karenah Bella. Hari ini dia tidak dapat bertahan lagi.

Di rentap tubuh Bella dengan kasar ke katil. Bella tidak melawan. Dia membiarkan Helmi untuk bertindak. Tiada lagi rontaan seperti ketika pertama kali Helmi menyentuhnya selepas di ijab kabul dulu.

“Abang dah cuba bersabar. Dah macam-macam mama cakap pasal sayang. Tapi abang tak pernah ambil kisah. Abang tak mahu berkasar dengan sayang. Seboleh-bolehnya abang nak kita hidup bahagia. Jangan paksa abang buat benda yang abang tak suka. Abang merayu pada sayang,” amaran Helmi di pandang ringan oleh Bella. Tiada langsung riak di wajahnya. Jiwanya melayang berterbangan.

Helmi kecewa dengan riaksi Bella. Mampukah jalinan kasih sayang yang dimeterai secara paksa akan bertahan. Mampukah dirinya memiliki cinta Bella yang suci itu. Semua soalan itu tidak mampu untuk dijawab.

“Abang tak pasti arwah ibu akan tenang kalau tengok keadaan sayang macam ni,” Bella bangun mendengar perkataan ‘ibu’ yang keluar dari mulut suaminya.
“Jangan nak babitkan ibu aku. Kau tak de hak,” marah Bella. Suaranya meninggi. Jika tidak kerana perbuatan Helmi, dia sempat menyelamatkan ibunya dari rakusan Nizam abang kandungnya.

“Abang ada hak dan hak tu tertulis masa kita akad nikah dulu,” Helmi cuba mengingatkan isterinya.
“Tak. Kau tak de hak,” air mata Bella menitis lagi.
“Sedar la sayang. Bawa istighfar banyak-banyak,” Helmi menyeka air mata isterinya yang sudah terlalu banyak mengalir.

“Tidak. Kau pembunuh. Kau bunuh ibu aku. Kau rampas kesucian aku. Kenapa kau tak rampas nyawa aku sekali? Kenapa?” jerit Bella bersama deraian air mata mengejutkan Helmi. Tangannya memukul-mukul dada Helmi yang bidang.
“Sayang. Bawa mengucap. Apa yang sayang merepek ni?” Helmi cuba menenangkan Bella.
“Lebih baik kau bunuh je aku. Aku tak sanggup nak hidup lagi. Tolong la. Aku tak sanggup,” rayu Bella. Helmi tidak sangka sehingga begitu sekali tekanan yang di lalui Bella.

Dia merasa berdosa kerana telah membuat seorang gadis yang suci terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang begitu memeritkan. Bella layu didalam dakapannya.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Kasih NurBella 4

 

Design by Amanda @ Blogger Buster