Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Kasih NurBella 1  

Tuesday, March 31, 2009

Hari semakin senja. Bella cepat-cepat menghabiskan tugasnya. Dia tidak mahu membuat ibunya ternanti-nanti kepulangannya. Sejak kematian ayahnya tujuh tahun lalu, Bella terpaksa memikul tanggung jawab untuk mencari nafkah bagi menampung perbelanjaan ibu dan dirinya. Mereka hanya tinggal dua beranak saja. Ibu Bella yang lumpuh separuh badan hanya mampu membantu Bella membuat kuih untuk di letakkan di warung Pak Samad.

Walaupun Bella terpaksa memikul tanggungjawab seawal usia mudanya, dia tidak pernah menyesal. Padanya, semua yang berlaku adalah ketentuan tuhan. Dia tidak mahu menyusahkan abang-abangnya. Kalau di minta pun belum tentu abang-abangnya akan membantu.

“Assalamualaikum bu.” Bella memberi salam. Di cium tangan ibunya yang sedang menanti di muka pintu.
“Waalaikumsalam. Bella dah makan?” senyum Hasnah. Melihat wajah Bella sedikit kepenatan. Dia berasa sayu melihat Bella terpaksa bersusay payah untuk mencari sesuap nasi bagi mereka berdua.

“Dah bu. Masa rehat tadi Bella makan kuih je. Ni pun masih kenyang lagi.” Balas Bella lembut. Tudungnya dilucutkan menampakkan rambutnya yang panjang.

“Ibu dah makan?” soalnya kembali.
“Belum lagi. Ibu ingat nak tungu kamu. Tapi kalau kamu masih kenyang lagi, ibu tunggu.” Bella menjadi serba salah.

“Tak pe la bu. Bella temankan ibu makan ye. Nanti kalau Bella dah rasa lapar, Bella makan sendiri.” Pujuk Bella sambil menolak kerusi roda ibunya. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Dia tahu yang ibunya bukan sesihat mana.

Bella dengan setia menemani ibunya menjamah makanan. Walaupun letih, digagahinya juga. Dia tidak mahu menjadi anak yang tidak mengenang budi. Lagipun terlalu banyak pengorbanan yang telah ibu lakukan semasa menjaganya ketika kecil.


Setelah selesai membersihkan diri, Bella menemani ibunya.
“Kenapa ibu tak tidur lagi. Apa yang ibu menungkan?” lamunan Hasnah terhenti. Di toleh ke arah Bella, satu-satu anak perempuannya. Dia tidak mahu terus-terusan menyusahkan Bella. Kedatangan Nizam abang kepada Bella tidak di maklumkan. Dia tidak mahu Bella susah hati lagi.

Hasnah tidak tahu apa kurangnya dalam mendidik anak-anaknya sehingga Nizam menjadi seorang penagih dadah. Telinganya sudah muak dengan cakap-cakap orang yang mengata tentang Nizam. Nizam sudah dua kali masuk ke pusat pemulihan namun keadaannya masih seperti itu.

“Bella, kalau ibu suruh Bella kerja dekat Bandar. Bella nak tak?” soal Hasnah.
“Kenapa ni bu. Tiba-tiba suruh Bella duduk dekat Bandar. Ibu bukan tak tahu yang Bandar tu jauh dari kampong kita. Bella kerja kilang dekat pecan pun dah cukup bu. Tak payah nak kerja jauh-jauh.” Jawab Bella.

“Kalau di Bandar, Bella boleh belajar macam-macam. Bella pun tak payah la nak susah macam sekarang ni,”
“Bella tak rasa susah pun bu. Bella lebih selesa duduk dengan ibu.” Hasnah masih tidak putus asa.

“Minggu depan anak makcik Gayah kau nak balik dari Kuala Lumpur. Boleh la ikut dia sekali.” Bersungguh-sungguh Hasnah memujuk.
“Kenapa ni bu? Apa yang tak kena dengan ibu ni? Bella tengok lain macam je,” Hasnah senyap. Dia cuba menghilangkan gugup di hati. Memang susah untuk membuat Bella berubah fikiran.

“Tak de apa lah. Ibu suka kalau Bella kerja di Bandar. Ibu pun boleh tumpang senang,” Hasnah cuba berseloroh.
“Sekarang ni pun dah cukup senangkan bu. Apa lagi yang tak cukup?” tangan Bella berhenti dari melipat baju.
“Memang cukup nak, tapi ibu memang harap sangat kalau Bella bekerja di Bandar.” Lemah suara Hasnah. Bella sedar perubahan suara ibunya. Tiada niat di hati untuk membuat ibunya bersedih.

“Nantilah Bella fikirkan bu. Sekarang ni ibu tak payah la nak fikir sangat.” Hasnah mendengar Bella mengeluh.

Dia terpaksa lakukan ini semua bersebab. Dia tidak mahu Bella menjadi mangsa Nizam. Terngiang-ngiang suara Nizam mengugutnya untuk menjual Bella hanya untuk melunaskan hutang-hutang Nizam. Dia tidak mahu hidup Bella hancur disebabkan oleh seorang abang yang tidak berguna.


*********

“Hah Bella. Aku dengar kau nak kerja dekat Bandar. Betul ke?” Milah menegur Bella.
Entah kenapa dia berasa berat hati untuk meninggalkan ibunya.
“Ibu aku yang nak sangat aku kerja di Bandar. Aku sebenarnya tak kisah kerja kat sini. Lagipun senang aku nak tengok-tengokkan ibu aku tu.” Milah mengangguk.
“Dah tu siapa yang nak tengokkan ibu kau nanti?”
“Makcik Gayah. Aku akan kerja dengan anak dia nanti. Dia dah rekomen aku kerja dekat kilang dia di Bandar.” Terang Bella.

“Best la kau Bella. Balik kampong nanti kau dah jadi kaya. Aku tengok anak makcik Gayah tu kalau balik kampong bukan main lawa lagi. Baju-baju dia pun mahal-mahal.” Bella mencebik. Kalau tidak kerana ibunya, tak mungkin dia akan bersetuju.

“Bila kau nak bertolak?”
“Minggu depan. Surat berhenti pun aku dah bagi dekat supervisor. Entah la. Pening kepala aku.” Bella memicit kepalanya.

“Hai rancak borak. Boleh join?” Milah tersenyum mendengar teguran Helmi. Sudah lama Helmi menaruh perasaan kepada Bella, namun tidak pernah di sambut oleh Bella. Sudah bermacam-macam cara dia lakukan masih tidak mendatangkan hasil.

Helmi memang menjadi pujaan setiap gadis di kilang tempat Bella bekerja. Ramai yang ingin menjadi pasangan Helmi. Tetapi hati Helmi hanya terpikat kepada keayuan mata Bella.

“Eh Helmi, mari la join sekali.” Bella cuba menjarakkan dirinya dari Helmi kerana Helmi duduk begitu rapat dengan dirinya. Sesak nafasnya mencium minyak wangi yang di pakai Helmi. Kepalanya semakin berpusing.
“Aku masuk dulu la Milah.” Bella cuba bangkit namun di tahan Helmi. Inilah kali pertama tangannya bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim.

Bella duduk kembali sambil merentap tangannya dari pegangan Helmi. Dia cukup meluat melihat wajah Helmi yang asyik merenungnya. Sudah acap kali dia menolak permintaan Helmi, dan setiap kali juga Helmi semakin dekat dengan dirinya.

“Kenapa nak cepat sangat masuk. Waktu rehat belum habis lagi.” Helmi bersuara. Dia tahu Bella tidak betah duduk di sebelahnya. Memang sudah dia menjangka.
“Saja. Malas nak lepak kat kantin lama-lama.” Jawab Bella pendek.

“Kau orang borak la dulu. Aku nak pergi tandas sekejap. Bella nanti tunggu aku tau,” pesan Milah meninggalkan Bella berdua bersama Helmi. Helmi mengambil perluang yang ada.

“Kenapa Bella selalu jauhkan diri dari saya. Saya betul-betul nak kawan dengan Bella.” Helmi mula bersuara.
“Kita tak setaraf la Helmi. Jangan buang masa awak,” pendek saja jawapan Bella.
“Tapi kenapa Bella. Saya sayangkan awak. Saya betul-betul harapkan awak,” pujuk Helmi. Dia mendengar Bella mengeluh.

“Ramai lagi orang yang lebih baik dari saya Helmi. Dalam kilang ni pun, ramai lagi gadis yang sanggup beratur nak jadi kekasih awak. Kenapa tak pilih saja yang tu.”

“ Bukan itu yang saya cari Bella. Saya tak nampak cinta sejati di mata mereka. Hanya awak yang mampu menbuat saya jatuh cinta Bella. Percayalah,” rayu Helmi.
“Kenapa mesti saya percayakan awak?” Helmi terkedu.
“Berilah saya peluang. Sekali saja dalam hidup awak. Saya sanggup buat apa saja untuk awak.” Bella tergelak. Tidak mungkin ada lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi cintanya.

“Untuk apa Helmi. Saya yakin yang keluarga awak takkan setuju dengan semua ni. Saya dah masak sangat dengan karenah orang kaya ni. Masa suka puji melambung-lambung. Bila tak suka buat orang tu macam kucing kurap.” Bentak Bella.

“Sampai macam tu sekali awak pandang saya. Apa salah saya pada awak.” Helmi sudah hilang pertimbangan.
“Memang awak tak buat apa salah pun. Tapi saya tak sanggup rosakkan masa depan saya,” tegas Bella.

“Terlalu hinanya saya di mata awak. Sampai hati awak,” suara Helmi semakin layu.
“Saya tak hina awak Helmi. Sejarah mengajar saya tentang erti kehidupan. Sudah la. Jangan ganggu saya lagi.” Bella bingkas bangun. Helmi hanya membiarkan Bella keluar dari kantin. Setiap bait-bait kata yang di tuturkan Bella telah menghiris hatinya.

‘Walau macam mana pun kau tolak aku…aku tetap akan dapatkan kau…kau tunggu Bella..’ dendam Helmi terbuku di hati.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Kasih NurBella 1

 

Design by Amanda @ Blogger Buster