Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 21  

Thursday, November 5, 2009

Aidilfitri kian hampir. Aku membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Dari awal lagi aku sudah menempah tiket. Maklum sajalah, jika hari perayaan begini semua persedian perlu di buat awal. Macam Zila, di sebabkan kelewatannya menempah tiket, terpaksa pula menyusahkan ahli keluarganya untuk datang menjemput.

Zila juga sedang asyik mengemas mana yang perlu. Semua persedian baju raya telah kami beli seminggu yang lepas. Aku hanya beli mana yang perlu. Sepasang baju untuk abah dan sepasang baju untuk abang. Untuk kakak ipar ‘kesayangan’, aku hanya membeli sehelai selendang untuknya. Buat syarat je. Kalau tak hulur nanti, orang kata apa pula. Terpaksalah aku mengikhlaskan diri.

“Kau dah siap ke?” aku menoleh. Zila duduk di birai katil setelah menempatkan bag-bagnya di satu tempat.
“Adalah sikit lagi. Yang kau borong baju macam dah tak nak balik kampus tu apasal?” jeling ku kepada bag-bagnya. Memang stok untuk berkampung terus.

Zila tersengih. Memang itu sudah menjadi tabiatnya. Setiap kali balik kampung, pasti melebihi dua bag di bawanya. Kadang-kadang aku tengok hingga tak menang tangan.

“Saja la. Bila lagi nak melaram dengan baju-baju aku tu,” Ahh!... baru aku teringat. Memang Zila ada memborong beberapa pasang baju kurung untuk di pakai ketika hari raya nanti. Tidak terkecuali untuk ahli keluarganya juga.

“Bila family kau nak datang? Dah dekat waktu asar dah ni,”
“Kejap lagi kot.” Aku hanya mengangguk. Malas nak bertanya lanjut. Sedangkan dalam hati aku berdoa agar Zafri yang datang menjemput. Dapatlah aku melepaskan rindu yang dah lama bersawang.

Setelah siap berkemas, aku segera membersihkan diri. Aku tidak mahu ketinggalan bas nanti. Biar menunggu jangan ditunggu. Itu pesan abah yang susah aku nak lupa. Kalau dah terlepas, payah pula nak menjawab dengan abah nanti. Tak pasal-pasal abang terpaksa travel ke utara untuk mengambil ku.

Aku mengenakan sepasang blouse dan jeans. Cukup untuk membuat aku berasa selesa. Memandangkan keadaan di stesen bas nanti penuh dengan umat-umat yang ingin pulang ke kampung, aku hanya membawa pulang sebuah bag. Jadi tak adalah nak kalut sangat. Mana nak tengok bas, mana nak tengok bag.

Zila dari tadi ayik merenung ku. Aku menjelingnya di balik cermin. Agak lama juga ia memerhatikan ku. Aku mula merasa rimas. Seakan ada yang tidak kena dengan baju yang ku pakai.

Aku memalingkan tubuh lalu mengadapnya.
“Apasal kau tengok aku macam tu. Dari atas ke bawah, ada yang tak kena ke?” habis bertaut kening ku. Tangan ku letakkan di pingggang. Gaya macam tak puas hati je.

“Laa…aku tengok pun salah ke?” Zila tersenyum sumbing. Sengaja ingin mempermainkan aku. Adala tu yang dia nak komen.
“Aku tak cakap salah. Tapi….kot iye pun, jangan la sampai macam tu. Risau aku. Manalah tahu aku pakai baju yang dah koyak ke, ” Zila semakin galak tersengih.

“Tak ada apalah. Aku suka tengok kau pakai baju ni. Zaf yang bagi kan?” wajah ku spontan merona kemerahan. Aku jadi malu sendiri. Bukan apa, aku sendiri tak perasan.

Aku tidak lagi membalas kata-kata Zila. Hanya membiarkan dia terus merenung wajah ku yang masih merona kemerahan. Aku hanya bersiap ala kadar. Nak calit pelembab bibir pun aku dah malas. Bukan apa, takut puasa aku jadi makruh nanti.

“Kau dah nak gerak ke?” soal Zila dari kebisuannya. Aku hanya mengangguk. Tiket bas juga sudah aku letakan di tempat yang paling mudah untuk ku ambil nanti.
“Alaaaa…. Tunggu la sekejap. Bas kau pun lambat lagi kan?” rayu Zila.

Ish! Budak ni. Dia ingat aku macam dia agaknya. Silap-silap aku pun tertinggal sama.

“Memang la awal lagi…tapi aku tak nak la terkejar-kejar nanti. Kau pun tahu la waktu sekarang orang macam mana. Semua dah sibuk nak balik kampung. Tu tak kira jalan jem lagi.” Aku cuba memberi alasan yang paling munasabah untuk mengelak. Bukan aku sengaja.

“Alaaa…. Kejap je. Kau tungu sekejap je lagi eks..please…..” suara Zila terus merayu agar aku menemaninya. Aku jadi serba salah. Aku mengeluh kecil.
“Yela…yela…. Tapi sekejap je tau.” Jawapan ku membuat wajah Zila kembali bersinar.

Apa saja agenda si Zila. Beriya-iya benar mahu aku menemaninya. Jam di tangan aku kerling sekilas pandang. Memang masih terlalu awal.

Aku kembali duduk berehat di atas katil yang telah ku kemas sebentar tadi. Cuaca yang agak panas membuat aku cepat merasa letih. Sekejap saja tubuh ku sudah berpeluh. Sia-sia aku bersiap awal. Akhirnya teerpaksa juga aku menuruti kehendak Zila.

“Kau nak buat apa sebenarnya ni,” Zila tersengih-sengih. Tidak terus menjawab. Soalan ku di biarkan tergantung. Malas untuk bertanya lanjut, aku biarkan saja dirinya sendirian.

Baru je nak lelapkan mata, tiba-tiba jeritan Zila membuatkan aku benar-benar terkejut. Memang betul-betul macam orang dah kena sampuk dek hantu.

“Woi makcik!! Tak reti nak control ke…” rungut ku. Sambil aku membetulkan kembali baju ku yang masih kelihatan baik.
“Heeee…sowi. Terlebih excited pulak,” Zila tersengih lagi. Hari ni aku rasa dah berapa kali dia tersengih-sengih macam tu. Macam ada udang di sebalik mee je.

Aku tidak mahu berlengah lagi. Aku melangkah keluar dan menanti Zila di muka pintu. Macam biasa, aku yang akan mengunci bilik kami.

“Woit…cepatlah,”
“Kejap..kejap….” Zila membimbit dua buah bag lalu melintasi ku.
“Dah check semua… mana tahu ada barang yang tertinggal nanti. Buat penat je,”
“Dah…. Semua ok,” aku pantas mengunci pintu bilik. Zila lebih dulu bergerak menuju kawasan tempat letak kereta di luar pagar asrama.

Aku berjalan perlahan-lahan. Aku tidak mahu terkocoh-kocoh. Macam orang selalu cacap ‘biar lambat asal selamat’. Itu yang bagus. Dalam aku melangkah, mata ku meliar mencari kelibat Zila yang lebih awal menghilang.

Dalam waktu aku mencari, jeritan Zila membuat aku berpaling pantas. Memang tak reti nak cover cun betul la minah ni. Depan abang dia pun boleh dia buat perangai yang haru biru tu.

Aku jadi terkedu apabila terpandang wajah Zafri yang kemerahan di bakar terik mentari. Dirinya tidak bersendirian seperti selalu. Kali ini Zaki turut menemaninya untuk menjemput Zila.

Dan seperi biasa, setiap kali kami bersua muka, dada ku akan berdegup kencang. Kdang kala sehingga sukar untuk aku bernafas dengan betul. Aku mendekati mereka hanya sekadar untuk bertanya khabar. Sekadar ingin berbahasa. Nanti orang kata kita ni sombong pula.

“Hai princess..” ucap Zaki lebih dulu memintas. Aku membalas dengan senyuman. Tersipu-sipu malu. Memang dia suka sangat nak bagi kulit muka aku yang tak berapa putih ni bertukar kemerahan.

Control…control…
“Okay Zila…. Aku gerak dululah. Dah lambat ni,” aju ku pada Zila.
“Alaaa… takkan nak gerak dah. Aku ingat nak ajak kau pergi beli barang kejap… kejap je.. nanti aku hantar la kau dekat stesen bas,” aku terkejut dengan permintaan Zila.

“Ish kau ni. Tak nak la. Kau tu kalau beli barang bukan boleh sekejap. Maunya dua tiga jam. Tak pasal-pasal aku kena menapak balik kampung nanti,” aku menolak. Tangan ku sudah mula mengangkat bag pakaian ku.

“Jom la… aku terlupa satu barang la. Please….” Zila merayu lagi. Dah rupa macam budak kecik tak dapat ais-krim. Merengek-rengek sambil menarik tangan ku. Gaya macam kucing siam pun ada juga. Nasib baik la sama jantina, kalau tidak. Tak tahu la apa yang akan jadi nanti.

Dalam waktu aku mencari alasan, Zafri melangkah merapati ku. Alamak! Apa dia nak buat ni. Saja je nak bagi aku bertambah nervous. Semakin rancak la jantung aku berdegup.

“Tak pe. Nanti Zaf hantar,” lembutnya suara. Aku masih tergamam. Macam dah kena sumpah. Kalau cerita orang zaman dulu-dulu selalu terkena sumpahan, kali ni aku pun tak terkecuali. Aku terkena sumpahan si pari-pari ‘jantan’.

“Tapi…”
“Ala… jom la. Abang aku nak hantar tu.” belum pun sempat aku menjawab, Zila dah tarik tangan aku. Bag pun Zafri dah masukkan ke dalam bonet kereta.

“So princess nak duduk dekat depan ke belakang?” Zaki masih lagi ingin menyakat ku. Zafri hanya tersenyum. Dan senyuman itulah yang membuat aku terlalu merinduinya.
“Eh! Kat belakang la. Selesa sikit,” aku menolak dengan baik.

“Kenapa? Kalau duduk depan tak boleh ke? Rasa-rasa lagi selesa. Lapang je,” Erk!! Budak si Zaki ni la.
“Eh.. tak la. Er…saja nak duduk belakang,” aku menjadi gugup. Takkan la aku nak cakap yang aku tak selesa bila duduk dengan Zafri. Sedangkan bukan kali pertama pun aku duduk di hadapan. Cuma aku tak selesa.

“Kes malu la ni,” tambah Zila. Zaki juga tersenyum sebelum aku memboloskan diri.

Mula-mula kereta yang di pandu Zafri menuju ke Padang Besar di mana terdapat banyak barang-barang yang di jual dengan harga yang berpatutan. Bermacam-macam barangan yang ada. Di sana pun kami berada agak lama. Kalau tak kerana budak si Zila ni bertikam lidah dengan seorang penjual, mungkin tak akan mengambil masa yang lama.

Aku menjeling jam di tangan. Jelas sememangnya aku sudah ketinggalan bas. Aku toleh kepada Zila di sisi yang masih kelihatan selamba.

“Kau tengok. Sekarang dah pukul berapa? Aku dah tertinggal bas kau tahu tak?!” bisik ku pada Zila.
“Ala.. nak risau apa. Nanti buah hati kau hantar la. Boleh la kenal-kenal dengan bakal bapa mertua sekali.”

Pap!! Zila mengeringai. Geram kerana suka-suka hati je nak cakap macam tu. Macam la aku ni dengan Zafri betul-betul bercinta. Eh! Kalau betul pun apa salahnya. Cuma aku takut ramai yang akan gigit jari je nanti.

Sepanjang perjalan, aku tahu yang Zafri asyik melirik kepada ku menggunakan cermin pandang belakang. Kebetulan pula aku duduk di belakangnya. Jadi, tiada siapa pun yang akan syak.

Kami berbuka puasa di hentian rehat lebuh raya. Aku hanya mengambil makanan ala kadar saja. Aku sebenarnya rasa berbelah bagi. Aku nak cepat sampai ke rumah tapi dalam masa yang sama, aku juga ingin menatap wajah Zafri dengan lebih lama.

Zafri singgah di sebuah stesen minyak sebelum sampai di rumah ku. Dapat la aku nak ke tandas. Dari tadi aku asyik tahan je. Nak cakap malu. Jadi aku diam je la.

“Nak ke mana?” Zafri menyoal ku apabila aku turut turun dari kereta. Zaki dan Zila masih di dalam.
“Toilet,” ucap ku perlahan. Malunya….
“Lama ke tahan?” Toing! Toing! Toing! Kan dah kena.
“Er.. ba..baru je,” aku terpaks berbohong. Nur Kasih, makin bertambah la dosa kau.

Zafri tidak lagi menyoal. Aku pun melangkah perlahan menuju ke tandas. Kawal langkah ku agar tidak nampak aku betul-betul tak tahan. Selang beberapa minit. Fuh! Lega.

Aku membetulkan apa yang patut sebelum melangkah keluar. Mestilah kena nampak kemas. Waktu aku melangkah untuk kembali ke kereta Zafri, tiba-tiba….

“Kasih!” aku menoleh dari mana datangnya suara itu. Rasa-rasa macam kenal. Aku menoleh ke belakang.

“Aaa…aaa..awak?!” aku sedikit terkejut. Sebenarnya bukan sedikit, tapi dah memang terkejut betul. Kalah beruk kalau terkejut.

Aku betul-betul tak sangka yang akan bertembung dengan Haiqal di sini. Aku sekilas menjeling pada Zafri. Moga-moga dia tak ada di keretanya dan tak nampak drama yang bakal terjadi. Namun sangkaan ku meleset.

Bukan saja Zafri ada di keretanya, malah dia juga memerhati ke arah ku yang masih berdiri di hadapan Haiqal. Apa yang di tanya oleh Haiqal hanya melintas di telinga ku.

Habis la aku. Apa yang aku nak cakap dekat Zafri nanti. Mesti dia ingat aku dengan Haiqal masih ada hubungan lagi. Kalau tidak pun, mesti dia akan berubah hati. Alamak!.. macam mana ni?

Aku dah mula risau. Padahal, aku dengan Zafri bukan apa-apa pun. Kami masih tak ada hubungan yang serius. Bukan sebab dia, tapi sebab aku yang masih main tarik-tarik tali.

“Awak,” suara Haiqal memusnahkan segala angan ku.
“Hah..er..apa awak cakap tadi,” aku pinta Haiqal ulangi soalannya.

“Nothing. Rasa rindu pula nak tengok muka you. You datang dengan siapa?” Haiqal mengeluarkan ayat-ayat powernya. Kalaulah iman aku ni setipis kulit bawang, rasanya dah lama aku tergoda dengan lagaknya yang romantik.

“Aaa.. oh … saya datang dengan kawan.”
“Ye ke.. Lepas ni boleh kita jumpa lagi. Qal ada benda nak cakap dengan awak.”
“Er.. nak jumpa? Tak payah kot. Rasa macam tak manis pula. Nanti apa pula orang cakap. Awak kan dah berkeluarga,” aku menolak secara baik.

“Tapi… ada benda yang awak kena tahu.” Haiqal masih memujuk. Walaupun dia tahu yang aku takkan terima cadangannya.

“Sorry ye Qal. Saya tak nak jadi peruntuh rumah tangga orang. And tak ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu. Rasanya semua dah jelas,” Haiqal tidak mengalah. Penolakan ku membuat dia memegang tangan ku.

“Please Kasih. Bagi Qal peluang untuk explain semuanya,” aku tak sempat nak buat apa-apa. Haiqal masih memegang tangan ku. Aku jadi tergamam. Dia ni tak takut isteri dia nampak ke? Suka-suka hati je nak buat anak dara orang macam ni. Memang tak ada insurance lansung.

“Lepas la Qal. Tak malu ke orang dok tengok tu,” kan dah keluar loghat utara aku. Haiqal sedikit pun tidak berubah. Masih dengan perangai lamanya yang suka mendesak. Aku cuba lepaskan cengkamannya.

“Qal cuma nak kita kembali macam dulu je. Susah sangat ke?” Eh budak ni. Cakap ikut sedap mulut je. Tak pandang kiri kanan langsung.
“Hello!! Awak ingat tak awak tu siapa. Tak payah nak berlagak macam orang bujang. Lagipun la ni saya da…”

“Sayang.. ada problem ke?” tak sempat aku menghabiskan ayat, suara Zafri telah memotongnya terlebih dahulu. Dan yang paling mengejutkan aku, tangannya dengan selamba melingkari pinggang ku. Dan tubuh ku juga di tarik rapat ke sisinya.

Rasa semput susah nak bernafas pun ada. Makin sesak bila tangan Zafri semakin erat memeluk pinggang ku. Dalam suka, dada ku tetap bergetar.

“Sayang…” aku tersentak dari lamunan. Baru aku sedar yang aku masih berada di hadapan Haiqal dan di sisi ku masih ada Zafri.

“Aa..aa eh tak ada la sa..sa..yang,” suara ku bergetar. Mana tidaknya. Itulah kali pertama aku memanggilnya sayang. Dan pertama kali tubuh kami serapat ini.

Aku lupa yang pada Haiqal yang memerhati kami berdua dengan pandangan agak kurang senang. Aku tak kisah dengan apa yang dia rasa sekarang ni. Pada aku, kami memang sudah tidak ada apa-apa hubungan selepas apa yang dia lakukan pada aku dulu.

Cukuplah dengan penderitaan yang aku tanggung. Cukuplah aku merasa terseksa.

“Oh.. aa.. ni kawan lama saya.. Haiqal” aku perkenalkan Haiqal pada Zafri. Aku tahu waktu itu Haiqal merasa cumburu. Jelas terpancar di wajahnya.
“Hai.. Zafri …. Zafri Iskandar,” bersahaja dia perkenalkan diri. Tangan sempat di hulurkan sebelum di sambut lambat oleh Haiqal.

Zafri sengaja menunjukkan sikap romantiknya di hadapan Haiqal. Aku jadi tak menentu. Aku jadi bingung. Kenapa tiba-tiba dia buat semua ni di hadapan Haiqal. Walaupun aku tahu dia dah selamatkan aku sebentar tadi. Tapi apa motif dia?

Soalan tu tidak berjawab. Masih bermain-main dalam fikiran ku.

“Sayang… kita dah lambat ni. Abah pun dah tunggu lama agaknya.”
“Sorry Qal. I got to go.”
“It’s ok.” Haiqal terpaksa melepaskan ku berlalu bersama Zafri. Aku yakin yang sekarang ni dia rasa kesakitan yang amat sangat. Luka di hati lebih sakit dari luka yang kita nampak pada zahirnya.


“Apa hal tadi tu?” Zaki bertanya pada Zafri sebaik saja abangnya duduk di tempat pemandu.
“Tak ada apa-apa lah. Hal kecik je,” Zafri menjawab acuh tidak acuh. Aku hanya membisu bersama Zila kerana dia juga tahu siapa lelaki yang baru saja bercakap dengan ku.

“Tengok macam tak puas hati je dia pandang kau. Betul ke tak ada apa-apa ni,” Zaki inginkan kepastian sambil memerhati Haiqal yang telah berlalu. Mungkin dia juga ada menyaksikan bagaimana riak wajah Haiqal ketika Zafri merapati ku.

“Biarlah,” jawab Zafri pendek membuat Zaki tidak lagi bertanya. Masing-masing berdiam diri sehinggalah kereta Zafri berhenti betul-betul di hadapan rumah ku.

Zafri lebih dulu turun untuk membolehkan aku keluar memandangkan kereta miliknya hanya mempunyai dua pintu.

“Assalamualaikum….” Aku memberi salam. Suasana di dalam rumah agak sunyi. Cuma lampu luar saja yang terpasang.
Hanya salam ku yang ketiga baru di jawab oleh abang. Agak terkejut kerana aku tidak berseorangan.

“Lamanya jawab salam. Abah mana?” belum pun salam di hulurkan. Soalan ku mendahuluinya.
“Ada kat atas tadi. Tak dengar. Abah macam biasa la. Terawih, kejap lagi balik la,” jawab abang sambil memerhati dua orang lelaki di belakang ku.

“Apa khabar bang?” Zafri menghulurkan tangan dan di ikuti Zaki. Manakala Zila hanya mengangguk. Aku dapat lihat ada senyuman di wajah Zafri
“Ni boyfriend baru adik ke?” abang tersenyum sumbing pada ku.
“Eh tak adalah. Ni abang kawan adik la,” malunya bukan kepalang. Semua orang dah tersengih-sengih bila tengok aku mengelabah. Aku pun tak tahu kenapa aku mesti mengelabah.

“Awat tercegat lagi kat luar ni. Mari la masuk. Adik, ajak la kawan tu masuk,” pelawa abang.
“Jom la masuk. Pondok buruk je,”
“Ish kau ni la. Aku rasa tak payah kot, nanti lambat pula aku nak sampai rumah. Lain kali je la. Insyallah, aku bawa mak dengan ayah aku sekali,” gurau Zila sambil tersenyum. Senyuman penuh makna.

“Laaa… tak nak masuk ke? Lepas ni nak ke mana?” abang terdengar Zila dan aku berbisik.
“Tak apa la bang. Kami nak balik Selangor ni. Insyallah nanti kalau ada masa, kami akan singgah,” Zafri menolak pelawaan abang dengan baik. Memang nampak berbahasa sungguh.

Terpikat aku dengan caranya. Nampak tenang, matang, kadang kala boleh jadi romantik. Aku rasa selamat. Rasa seperti sentiasa di lindungi.

“Betul ke ni. Kalau macam tu tak apalah. Raya nanti jemput ke rumah.”
“Insyaallah bang.” Jawb Zafri sambil bersalaman. Zaki hanya mengikut.

“Oklah Kasih, kami nak gerak dah ni. Kirim salam dekat abah dengan kakak ipar kau ye,” pesan Zila semasa kami berpelukan. Nak berjalan jauh la katakan.
“Insyaallah. Pesan dekat Zafri hati-hati,” Zila tersenyum.
“Sayang juga kau dekat dia eh,”
“Eh.. tak la. Aku cuma pesan suruh hati-hati je. Tak ada makna lain pun,”
“Alaa… aku tahu la Kasih. Jangan la nak temberang dengan aku. Lagipun, tak baik tau bohong waktu bulan puasa ni.”

“Mana aku bohong. Pandai-pandai je kau.”
“Tahu pun takut. Tapi tak rugi pun kalau kau mengaku yang dalam hati kau sekarang ni cuma ada dia je. Lagi pun aku tengok kau sesuai betul dengan abang aku. Macam tadi, memang sepadan,” aku teringatkan peristiwa tadi.

“Banyak la kau. Dah la, bila kau nak sampai kalau tak habis-habis nak cakap.”
“Aku cuma cakap yang betul je Kasih. Jangan sampai kau gigit jari nanti sudah la.” Erk!! Gigit jari. Maksudnya? Ish, tak faham aku dengan minah ni.

Aku tengok Zafri masih berborak dengan abang. Cepatnya mesra. Zaki hanya menyampuk sekali dua saja.

Selang beberapa minit, Zafri meminta diri untuk pulang. Dan sebelum keretanya meluncur pergi, sempat juga ia menghulurkan sebuah bag kertas yang aku sendiri tak tahu apa isinya.

“Apa ni?”
“Untuk awak.” Jawabnya pendek.
“Untuk saya? Apa dia ni?” Zafri tersenyum.
“Nanti awak akan tahu. Take care. Assalamualaikum,”

Itulah ayat terakhir yang membuat aku tertanya-tanya. Aku memerhati sehingga keretanya hilang dari pandangan ku. Aku tunduk. Meneliti isi kandungan bag kertas pemberian Zafri dalam cahaya samar-samar.

“Boleh tahan budak tu. Kalau abang jadi perempuan, abang pun boleh terpikat.” Aku terkejut dengan teguran abang. Tiba-tiba je abang berada di sisi ku.
“Dia kawan je la dengan adik.”
“Iyelah… mula-mula tu memang la kawan, lepas tu … hehe..sendiri mahu ingat la.” Abang membiarkan aku sendirian di luar.

Betul ke apa yang abang dengan Zila cakap. Tapi takkan aku dah jatuh cinta dengan Zafri. Ahhh… pening…pening.

AddThis Social Bookmark Button


8 comments: to “ Ku Yang Setia 21

 

Design by Amanda @ Blogger Buster