Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 16  

Wednesday, June 17, 2009

Zila dan aku masing-masing tangan sudah penuh dengan barang-barang. Ini semua angkara Zila yang mendesak abang-abangnya agar membawa kami berkelah di air terjun Gabai. Setelah melalui perjalan lebih kurang satu setengah jam, kami pun tiba di kawasan air terjun. Maklum sajalah kalau musim cuti sekolah. Memang sukar untuk mencari tempat. Mujur Zaki lebih dulu bergerak untuk mencari tempat. Jadi kamilah yang terpaksa membawa kesemua barang-barang.

“Aku ingat dia nak tolong kita angkat barang. Selamba je dia menonong ikut si Zaki. Dia ingat kita ni kuli ke?,” sempat juga Zila mengutuk kekasih Zaki. Aku hanya mengiyakan. Malas nak kecoh-kecoh. Lagipun ni bukan tempat aku. Tak menang tangan aku dan Zila. Zafri turut sama membantu. Zafri memang seorang yang pendiam. Itu yang di khabarkan oleh Zila pada ku. Ahli keluarga turut tidak terkecuali. Memang itu perangainya sejak dari kecil.

Mulut Zila masih tidak mahu berhenti. Ada saja yang tidak kena. Ketika menaiki anak tangga, hampir saja kaki aku tergelincir. Mujur tangan Zafri pantas menahan ku dari terus terjatuh. Kalau tidak, usah cakap la. Memang sebijik macam aksi stuntman dalam tv.
“Thanks,” ucap ku pendek. Zafri hanya membalas dengan senyuman. Senyuman yang semakin hari terukir di jiwa ku.

Dari jauh aku terlihat aksi Zaki yang terlompat-lompat memanggil kami ke arahnya. Memang dah macam budak tadika tak dapat ais-krim. Yang girlfriend dia pula, berdiri peluk tubuh. Sempat berposing pula tu. Dia ingat ni agensi top model ke.

“Banyak cantik. Kalau ye pun nak cari tempat, tak reti ke nak tolong bawa barang sama,” sindir Zila pedas kepada Zaki. Bahangnya sudah tentu kepada teman wanitanya. Memang tak reti cover betul mulut perempuan ni. Yang sorang ni pun buat muka toya. Muka selamba.
“Ala..bukan susah sangat pun,” balas Zaki. Aku agak terkejut juga dengan jawapan Zaki. Tak sangka dirinya lebih mementingkan teman wanitanya dari adiknya sendiri. Ayoyo… aku tengok muka Zila dah merah padam. Mesti minah ni tengah tahan marah.
“Relax la Zila. Chill ok. Kita datang nak enjoy,” pujuk ku lembut. Kalau tidak, mahunya mereka berperang. Habis rosak semua program.

Zafri sedikit pun tidak bersuara. Aku menjadi pelik. Dia ni tak de perasaan ke. Kalau takde perasaan, lagu-lagu yang dia nyanyikan semuanya felling gila.
“Itu pun nak berkira,” tambah Zaki lagi. Aku merenung tajam ke arah Zaki. Baru je budak ni nak cool, dah tambah balik.
“Berkira ke, apa ke, dah memang dasar berat tulang. Harap muka je lawa,” tu dia. Semakin pedas sindiran Zila. Wajah teman wanita Zaki berubah. Aik…nampaknya ada orang terasa. Aku sembunyikan senyum ku.

“Best juga tempat macam ni eks,” aku cuba mengubah tajuk agar situasi tidak semakin tegang.
“Boleh la. Selalu kami datang dengan family. Memang best,” Zila tidak menghiraukan jelingan Zaki mahupun teman wanitanya. Zafri sudah pun menyalakan api untuk memanggang nanti. Sementara menanti arang itu menjadi bara, sempat juga ia memasang khemah. Zila turut membantu. Sedangkan si Zaki dan teman wanitanya hanya duduk berehat.

Aku menyediakan peralatan untuk memanggang. Kepak ayam dan ikan yang telah siap berempah ku asingkan. Manakala sosej dan jagung ku letakkan di tempat kering. Zila meletakkan bag-bag pakaian di dalam khemah.

Zafri meletakkan beberapa ketul kepak ayam dan sosej di atas tempat pemanggang. Sambil memegang kipas, sesekali daun pandan yang di ikat kemas di celup ke dalam minyak lalu di sapukan ke atas kepak ayam. Lagaknya seperti orang profesional. Aku terpandang wajahnya. Sesekali matanya terpejam rapat pedih diterjah asap. Wajahnya sungguh tenang.

Tiba-tiba mata kami bertaut. Aku tidak sempat mengalihkan mataku dari wajahnya. Fuh! Rasa macam nak tercabut jantung aku. Nasib badan. Dah aku gatal sangat nak tengok muka dia. Sedaya upaya aku cuba mengalihkan pandangan ku ke arah lain. Aku menoleh ke kanan. Ahh!!.. ya ampun. Aku menutup wajah ku. Terasa malu. Bukan apa. Aku ternampak beberapa anak muda yang tidak segan silu menyalin pakaian di sebalik pokok. Air terjun di lokasi kami agak dalam. Jadi, memang tak ramai la family-family yang bawa anak-anak kecil mandi di situ. Nak memanjat bukit lagi. Mana larat. Banyak budak-budak muda je yang lepas atas ni.

Aku hanya mampu menundukkan wajah. Menanti kehadiran Zila. Tak tahu pula ke mana minah ni pergi. Zaki dah tentu sedang bercekerama dengan teman wanitanya.
“Lapar tak?”
“Hah!” aku terkejut. Entah bila masa dia duduk di sebelahku, aku tak perasan. Sumpah aku tak dengar. Aku melihat di tangannya terdapat dua ketul kepak ayam, sosej dan dua ketul jagung yang telah siap di bakar terletak elok di dalam pinggan.
“Boring? Jom temankan saya bakar ayam,” tangannya sudah pun menarik tangan ku. Ni tanya ke paksa? Yang aku ni pun satu hal. Tak reti langsung nak membantah. Dah sememangnya aku tengah boring. So, ikut je la.

Dah macam pasangan kekasih pula. Aku di suruh mengipas agar api yang menyala tidak terlalu besar. Jika tidak, terpaksalah kami menjamu ayam rentung. Terbatuk-batuk aku tertelan asap. Baru asap. Hish! Pencemaran betul. Dia tersenyum melihat aku terbatuk-batuk. Nasib baik hanya tinggal beberapa ketul saja ayam dan ikan untuk di bakar. Aku merasa dahaga. Aku bangun meninggalkannya tanpa pamit.

Aku melangkah kembali bersama dua gelas air sirap oren. Resepi aku ketika di kampus. Kebetulan pula Zila satu kepala dengan aku. Apa yang aku suka, dia pun suka. Gelas di tangan kanan, ku hulurkan padanya. Zafri menyambut mesra. Dan pada saat itu juga jemari kami bersentuhan. Huh! Zzzzztttttt!!! Aku terkena kejutan elektrik. Lidah ku kelu. Jantung ku seakan berhenti.

Aku menarik tangan ku dari terus bersentuhan. Kalau tidak, dah pengsan gamaknya aku. Kulit muka aku ni tak adalah putih sangat macam anak cina. Boleh la tahan. Bila dah malu, pipi pun sure nampak merah. Aku jadi gabra semacam. Dia pula aku tengok buat tak tahu je. Ceh!! Aku je yang beriye sangat. Perasaan betul.

Aku terlihat Zila menghampiri kami dengan seluar yang basah. Hantu punya kawan. Nak berkubang pun tunggu la aku sekali. Boleh dia tinggalkan aku dengan si Zafri yang ‘bisu’ tu. Eh!.. bisu ke? Dah tak bisu kot. Aku pula yang jadi bisu sebab dah terkena kejutan elektrik.

“Wei Kasih! Kau tak nak mandi ke?” Zila sudah menggigil-gigil menahan kesejukan.
“Nak la. Dah kau blah macam tu je. Bukan nak ajak aku,” Zila tersengih. Kepak ayam di kunyah dengan rakus. Nampak sangat macam dah sehari tak makan. Tadi dekat rumah bukan main lagi dia bersarapan. Dengan nasi lemaknya. Bee hoon goreng lagi.
“Ala..aku malas nak kacau daun. Kau kan tengah syok melayan perasaan,” balas Zila sambil menjuihkan bibir kepada Zafri.
“Iye la tu. Banyak la kau punya melayan perasaan,” aku menidakkan.

“Dah habis ke korang bakar ayam?” aku menoleh ke arah Zafri. Dia hanya berkelakuan biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.
“Ada lagi sikit kot. Aku tolong tengok je,” sememangnya aku tidak banyak membantu, Hanya Zafri yang melakukannya berseorangan. Yang pasti aku cuma tolong telan asap je tadi. Telan asap sampai naik perit tekak aku.

“Kasih, actually aku nak tanya sikit kat kau. Tapi janji kau jangan marah,” aku menongkat dagu sambil merenung wajah Zila. Melihat begitu lahapnya kawan aku setelah puas berendam.
“Tanya je la. Kalau aku boleh jawab, aku jawab la. Kenapa?” Zila seakan ragu-ragu.
“Cepat la!,” pantas ku tampar pahanya perlahan.

“OK..ok.. Kau ada masalah dengan Haiqal ke?” Gulp! Nama itu muncul lagi. Satu nama yang telah ku buang sejauh mungkin di dasar hati ku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Tidak semena-mena hati ku menjadi sebak. Ku cuba menahan agar air mata ku tidak menitis lagi. Untuk apa? Untuk apa aku menangisi atas kecurangannya.

“Entah la. Susah aku nak cakap. Mungkin lebih tepat kalau aku katakan nama tu telah mati dalam hidup aku,” Zila terlopong mendengar bicara ku. Pantas ku menolak dagu Zila ke atas agar rapat kembali. Zila menggeleng pantas.
“Kau biar betul wei. Aku tak percayalah. Kenapa pula kau nak buat macam tu. Jangan sebab kau dah berkenan dengan abang aku, kau nak tolak dia mentah-mentah,” aku tersentak.
“What! Apa yang kau cakap ni. Kau ingat aku ni apa?” aku dah panas hati. Suka-suka hati je dia nak tuduh aku macam tu. Mentang-mentang la abang-abang dia handsome. Macam la aku berkenan sangat. Muka Zila sedikit berubah. Mungkin tersinggung dengan kata-kata ku. Dah tu, dia ingat aku tak tersinggung dengan kata-kata dia. Banyak cantik.

“For your info, aku datang ke sini sebab nak lari dari dia. Sebab dia yang curang pada aku. Takde kena mengena langsung dengan abang-abang kau tu,” Zila seperti tidak berpuas hati dengan penerangan ku. Entah la. Pening kepala aku dengan si Zila ni. Kenapa dia nak back up sangat si Haiqal tu.
“Apa maksud kau?” sedaya upaya aku kawal perasaan ku. Tapi si minah ni nampak gaya makin menambah minyak ke api kemarahan ku.

“Yang kau nak tahu sangat ni apasal? Kalau kau nak tahu sangat, apa kata kau tanya dia sendiri. Kan senang,” aku bingkas bangun ingin berlalu.
“Wait Kasih, sorry. Aku tak sengaja,” Zila lebih dulu menarik tangan ku. Aku tak faham apa tujuan sebenar dia buat macam tu. Mula-mula tanya macam tak puas hati. Lepas tu terus cool.

“Sorry,” mendengar suaranya yang kendur membuatkan api kemarahan ku turut surut.
“Itu je yang aku nak tahu dari mulut kau. Sebenarnya dah lama aku nak tanya. Tapi aku tahan. Sejak dari awal lagi aku dah mula rasa pelik bila kau tiba-tiba nak datang kampung aku. Aku tahu kau takkan cerita kalau aku tak paksa,” aku tunduk. Bukan aku tak mahu cerita tapi benda tu tak pernah nak keluar dari pekung ku.

“Lain kali kalau ada prob, story je dekat aku. Aku faham. Apa yang kau buat, insyaallah aku sokong selagi tak memudaratkan diri kau sendiri,” Zila memujuk ku.
“Entah la Zila. Dah puas aku menangis. Sampai sekarang hubungan kami tergantung macam tu je,”
“Maksud kau?”
“Aku pun tak tahu. Kata putus tak pernah keluar dari mulut kami,” itulah status hubungan aku dan Haiqal. Kami berpisah tanpa kata.
“Aku faham. Ermm… kiranya kau ni still available kan?” Zila sudah mula tersengih-sengih macam kerang busuk. Memang busyuk.
“Apasal kau cakap macam tu?” Dia buat dah. Ni mesti ada apa-apa.
“Bukan apa. Mak aku suruh tanya. Lagipun, mak aku dah berkenan dengan kau. Dia nak jodohkan kau dengan Zaki,”
“What!!” aku memang terkejut badak. Bayangkan mulut badak macam mana. Sikit punya luas tu.
“Hehehe..tahu takut. Acah je tu. Actualy abang Zaf dan berkenan dengan kau,” Zila mengenyitkan mata lalu berlari meninggalkan ku terpinga-pinga. Aku tidak sempat mengejar. Zila sudah pun turun ke dalam air. Biar betul. Ish! Muka rasa dah blushing ni.

Mujur Zafri tiada ketika itu. Baru aku ingin menarik nafas lega, wajah Zafri terpacul di seberang betul-betul berhadapan dengan ku. Tangannya kejap memegang video kamera. Bila pula mamat ni berpindah tempat. Aku terkesima. Malu ada. Resah ada. Gelisah pun ada. Semuanya serba tak kena. Aku pantas mengikut langkah Zila untuk turut sama membasahkan diri. Aku tidak lagi menoleh ke arahnya.

Zila menjerit nama ku dari atas batu. Bersedia untuk meluncur. Melihat aksinya mambuat aku turut teruja. Zila meluncur sebelum terjun ke kolam yang sedikit dalam. Gerun juga. Tapi excited yang lebih.
“Wei. Jom la,” Zila sudah pun menarik tangan ku. Aku pun tak nak lepaskan peluang.

Kami sama-sama berdiri di atas batu. Sempat juga aku melirik ke arah Zafri yang masih menghalakan video kameranya kepada ku.
“1…2….3..” kami berdua meluncur bagaikan kanak-kanak Ribena. Kami sama-sama menjerit dan ketawa. Suara Zila jangan cakap la. Kuat gila.

Air di dalam kolam memang agak dalam. Aku pun terpaksa berjinjat. Hampir juga aku tertelan air yang jernih tu. Kami beriringan untuk melangkah untuk ke tebing. Entah macam mana, masa melalui celah-celah batu kaki aku tersangkut. Puas ku tarik, tak nak juga lepas. Makin sakit kaki aku adalah. Aku hampir tenggelam.
“Zi…la,” suara ku tenggelam kerana tertelan air. Zila cemas melihat wajah ku.
“Apasal Kasih?” cuba menarik tangan ku. Ya Allah!, sakitnya. Wajah ku dah berkerut menahan sakit.

“Kaki aku tersangkut,” tercungap-cungap aku menarik nafas. Zila tidak sempat bersuara kerana aku sudah pun turun menyelam. Ku cuba menolak batu yang agak besar saiznya. Kaki ku semakin sakit. Aku bangun kembali kerana nafas ke terlalu pendek untuk menyelam lebih lama.
“Boleh tak?” Zila menyoal ku. Zila cuba membantu ku untuk berdiri.
“Tak pasti. Batu tu besar sangat,” aku turun sekali lagi. Dan ketika itu juga tangan Zafri turut membantu ku untuk menolak batu yang menghimpit kaki ku. Aku kembali ke atas.

Terbatuk-batuk ku tertelan air. Rasanya dah kembung perut ku dengan air terjun tanpa perisa. Selang beberapa saat, Zafri turut muncul di permukaan air.
“Sakit tak?” soal Zafri. Aku hanya mampu mengangguk. Sekali lagi Zafri turun ke dasar kolam. Lama juga Zafri di bawah permukaan air.
“Arhgg!” aku terjerit halus apabila kaki ku merasa sakit. Aku mengetap bibir. Zafri muncul lagi.
“Ki!!” jerit Zafri sambil melambai tangan kepada Zaki yang berada tidak jauh dari kami. Aku dah tak mampu nak buat apa. Nak turun, aku dah tak larat nak tahan nafas. Nak berdiri, kaki aku dah lenguh. Nasib baik ada Zila. Dapat juga aku berpaut padanya.
“Apasal?” soal Zaki.
“Kaki tersangkut celah batu,” terang Zafri pendek dan padat. Cikgu la katakan. Tak payah nak guna ayat panjang-panjang. Mereka dua beradik sama-sama menyelam. Aku hanya membiarkan. Terketar-ketar bibir ku menahan sejuk. Dua tiga kali juga mereka mencuba. Kaki aku tak juga terlepas.

Melihat wajah ku yang semakin pucat membuat Zafri bertambah risau. Aku terbatuk-batuk lagi.
“Macam mana ni bang. Dah banyak sangat dia tertelan air,” terang Zila. Biasa lah, melaporkan berita terkini. Zafri merenung ku. Aku pun tak tahu apa perasaan ku waktu tu. Yang aku tahu, kaki aku dah mula kebas.
“Ki, kau panggil siapa-siapa yang boleh tolong,” arah Zafri. Zaki tidak berlengah. Aku terdengar suaranya menjerit kepada beberapa pengunjung meminta bantuan.

“Kaki tersangkut. Kami dah cuba tolak tapi tak boleh,” terang Zaki.
“Dah cuba tarik kaki dia?” soal salah seorang dari mereka.
“Sudah. Sakit katanya,” aku menjadi tumpuan.
“Zila naik dulu,” arah Zafri pada Zila yang menjadi pelampung ku.
“Tapi ..”
“Naik,” Zila tidak dapat membantah arahan Zafri. Dalam keadaan yang mencemaskan begini, tiada gunanya andai mereka berbalah. Zila akur lalu melepaskan pegangan di tubuh ku. Aku hampir tenggelam apabila tiada tempat untuk berpaut. Zafri pantas menarik ku agar berpaut pada tubuhnya pula. Fuh! Rapat gila.

Zaki dan beberapa pengunjung cuba membantu ku. Rasa macam kaki ku makin di himpit oleh batu. Mereka kembali ke permukaan setelah mencuba beberapa kali.
“Kita tak ada pilihan. Terpaksa tarik kaki dia. Batu tu takkan bergerak. Dah maklumkan pada renjer?” cadang orang yang agak berumur dari kalangan semua.
“Sudah. Tapi…”
“Kita tak ada cara lain. Dengan kudrat kita ni tak mampu nak tolak batu tu,” Zafri memandang ku.
“Tahan sikit ok,” pesan Zafri sebelum yang lain menyelam kembali. Aku menarik nafas dalam. Terasa beberapa pasang tangan sedang memegang kaki ku.

“Arrghhh!!” Zafri pantas meletakkan tangannya di bibir ku. Aku pun tak fikir panjang terus je gigit tangan dia. Dah tak ingat dah. Yang aku tahu kaki aku sakit sangat-sangat. Akhirnya dapat juga kaki aku keluar dari celah-celah batu tu. Aku pun tak pasti berapa lama aku berendam dalam air. Badan aku dah penat menahan sakit. Memang tak buka mata dah. Tapi, aku masih dapat mendengar.

Aku terasa tubuh ku di angkat dan di baringkan di satu tempat. Kat mana aku tak pasti. Aku dengar juga suara Zila memanggil ku. Samar-samar je. Dalam minda ku, tercarik segaris pelangi indah menghiasi taman impian ku. Aku bagaikan seorang puteri berlari-lari riang. Berkejaran di temani rama-rama yang bebas berterbangan. Larian ku terhenti apabila nama ku di panggil. Aku menoleh. Seseorang sedang melangkah ke arah ku. Aku cuba amati akan wajahnya. Namun kabur. Sekali lagi nama ku di panggil. Kami semakin hampir.

“Kasih!” terasa wajah ku di belai.
“Kasih!” sekali lagi suara itu memanggil. Aku cuba membuka mata. Apabila terlihat wajahnya, baru aku tahu Zafri yang memangil ku. Aku terlihat senyumannya. Namun tidak lama. Aku terlena kembali. Lena bersama senyuman itu dan mimpi indah ku.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Ku Yang Setia 16

 

Design by Amanda @ Blogger Buster