Alhamdullillah.....

Akhirnya Penjara Rindu akan berada di pasaran pada bulan November 2010 nanti.

Nia nak ucapkan juta-juta terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong Nia. Kerana korang, mimpi Nia dah jadi kenyataan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua yang banyak memberi sokongan pada Nia.

Penjara Rindu adalah karya Nia yang pertama. Jadi, banyak lagi yang perlu Nia pelajari. Sekiranya ada kekurangan, harap di maafkan dan Nia janji. Sebagai insan biasa Nia janji akan cuba perbaiki segala kelemahan tu.

Salam sayang buat semua ... all the best...

('v')





Ku Yang Setia 15  

Friday, June 12, 2009

Hari ni adalah hari ke tiga aku bekerja di kilang kerepek milik keluarga Zila. Memang agak janggal sebab aku tak pernah nak buat benda-benda tu semua. Mula-mula aku di bawa ke tempat packing. Itu memang kerja yang paling senang. Masukkan je kerepek yang dah siap di masak ke dalam plastik dan di timbang mengikut sukatan. Lepas tu seal. Memang senang. Patut la cuma ada dua orang je yang buat kerja ni.

Memang tak adventure langsung. Lepas merengek-rengek macam kucing Siam, baru Zila bawa aku ke tempat yang lebih adventure. Aku memulakan proses membuat kerepek dari awal iaitu mengupas kulit ubi, pisang, keledek dan keladi. Nasib baik aku pernah masuk dapur. Walaupun tak expert, tapi tak de la sampai kekok nak pegang pisau. Yang bekerja pula kebanyakannya makcik-makcik.

Aku pun buat la kerja tu dengan bersungguh-sungguh. Sambil mengupas, mulut kami riuh bersembang. Macam-macam yang di tanya. Aku ni pun rajin-rajinkan mulut bertanya itu dan ini.
“Anak ni dah ada pakwe ke belum?” tangan ku terhenti. Terkejut dengan soalan yang di ajukan. Pandai pula makcik ni cari tajuk. Tajuk yang boleh buat kepala aku macam nak pecah. Memang pandai.
“Ish…siapalah nak kan saya ni makcik. Masak pun saya tak tahu,” aku berselindung. Sengaja ingin merendah diri. Memang tak reti masak pun. Masak gulai pun cair.
“Eh..takkan tak ada. Muka lawa-lawa macam ni tak ada siapa yang nak? Mustahillah,” tambah makcik yang masih inginkan kepastian. Aku dah tersenyum-senyum kambing. Satu sebab kena puji, dua sebab tak tahu nak jawab apa. Jadi aku senyum je la.

“Anak ni dari mana?” haaa….soalan ini tak pe. Aku tak kisah nak jawab. Tanya la apa pun. Sure aku tak kisah punya. Cuma jangan la tanya soal hati dan perassaan aku. Memang boleh buat aku pening kepala.
“Saya asal Penang makcik. Semua saudara mara orang sana,” tangan ku sudah kembali ligat mengupas kulit pisang muda. Habis bergetah tangan aku. Melekat-lekat.
“Adik beradik berapa ramai?” dah macam rancangan wawancara pula. Ada saja yang ditanyakan pada aku. Sedar tak sedar, dah sebakul pisang muda aku kupas. Bakul besar pula tu. Punya la ralit. Bila dah kupas, kenalah basuh. Aku pun tarik la bakul plastik yang penuh dengan pisang muda yang sudah di kupas.

Lepas kupas, proses memasak la pula. Yang ini aku kena berhati-hati di jalan raya sebab aku pun bukan handal dalam bab-bab masak memasak ni. Aku mencuba perkara baru. Aku memerhatikan cara mereka menggesek pisang muda pada satu alat khas. Semua ini adalah cara tradisional. Itu yang Zila bagi tahu aku. Tak main mesin-mesin ni.
“Nah, cuba la,” aku tidak teragak-agak mengambil peluang untuk mencuba. Takkan aku nak tengok saja. Malu la. Takkan nak jadi anak muda yang tak berani mencuba. Aku terkial-kial menggesek. Dah la kena buat terus atas kuali panas.
“Hai..macam tak pernah buat kerja je?” sindir makcik di hadapan ku. Aku tersentak. Sesedap mulut je nak mengata aku. Sound direct pula tu. Pedas je telinga aku dengar.
Ingin saja aku menjawab. Bidas kata-katanya yang langsung tidak menghormati ku.

“Benda baru. Memang la perlahan sikit,” suara Zila sekali lagi menyelamatkan aku. Dapat juga aku mengelak dari terus menambahkan dosa kering. Hehehe…ada pula dosa kering eks. Thanks my friend. Aku memberikan senyuman yang paling manis buat makcik yang menyindir ku. Dia mencebik. Apa kes agaknya dia nak angin satu badan dengan aku. Agaknya dia tengah datang bulan kot. Tak pun tengah datang bintang. Tu yang nak marah-marah. It’s ok. Aku faham.

Dalam dok menggesek tu tiba-tiba pisang yang ku pegang terlepas. Terus jatuh ke dalam minyak yang tengah panas. Apalagi, habis merecik minyak panas tu. Adus!...tangan ku terkena minyak. Nasib baik tangan aku je yang kena. Kalau tangan makcik-makcik tu yang kena, habis aku. Kecoh juga. Ada dua tiga orang makcik mengambil berat pada ku. Habis jatuh saham aku. Kurang duit hantaran.
“Sakit tak?” soal Zila.
“Tak….sedap,” gurau ku. Mana tak sakit. Dah la minyak panas. Tapi aku cover sebab tak mahu susahkan hati dia. Kalau nak kata sakit, dalam hati ni lagi sakit.
“Ish kau ni. Benda macam ni pun masih nak main-main lagi,” marah Zila. Macam mak tiri pun ada aku tengok gaya dia.

“Main apa?”
“Opocot mak kau!” latah ku kerana terkejut. Sesedap hati saja menyampuk. Memang tak sayang mulut betul. Zaki dengan Zila memang satu kepala. Suka sangat nak menyakat aku. Dia ingat acara tag team agaknya.
“Macam mak nenek melatah,” ejeknya sambil tersenyum nakal.
“Suka hati kita la,” aku membidas tanpa menoleh. Masih membelek tangan ku yang sudah kemerahan. Luka di tangan ku agak besar.
“Suka hati kita la,” ajuk Zaki lagi. Aku menoleh ingin memabalas, tetapi lidah ku kelu kerana mamat ‘bisu’ berdiri di belakang Zaki. Habis berterabur ayat yang sudah ku susun.

“Kenapa?” Zaki bertanya kembali. Aku menggeleng sedikit memberi isyarat kepada Zila supaya tidak membuka mulut. Aku tidak mahu membesarkan perkara seremeh ini. Aku melihat Zila sudah tersenyum sambil mengangkat kening.
“Tangan Kasih terkena minyak panas,” toink!!!... kan dah kata. Memang mulut kawan aku ni sama macam mulut abang dia si Zaki tu. Mulut tak reti nak cover.
“La…kenapa tak cakap. Meh nak tengok,” Zaki ingin melihat tangan ku. Teragak-agak untuk ku hulurkan. Namun belum sempat Zaki menjamah kulit ku, si mamat ‘bisu’ dengan pantas menarik lengan ku. Aku terkejut teramat sangat. Zaki ternganga, Zila terlongo. Bagus. Memang korang adik beradik sehidup semati.

Aku terpaksa menurut langkah kakinya menuju ke pili air. Pantas tangannya mencapai paip getah lalu dihalakan ke tangan ku. Di alirkan air paip ke atas kulit ku yang terkena minyak panas. Aku hanya menurut. Tak terdetik pun di hati ini untuk melawan. Selang beberapa minit, tangan ku di balut dengan sapu tangannya. Dan sekali lagi tubuh ku terdorong ke depan apabila ditarik olehnya.

“Abang nak bawa Kasih pergi mana?” jerit Zila. Zaki memeluk tubuh di sisi Zila. Muka dia nampak macam tak puas hati je sebab tak dapat nak pegang tangan aku. Apa tidaknya, si abang lebih dulu menyambar tangan ku.
“Klinik,” jawabnya pendek lalu membuka pintu kereta Satria GTinya untuk ku. Aku dah macam lembu kena cucuk hidung. Mana dia tarik, aku ikut je. Agaknya kalau dia tarik pergi rumah tok kadi pun aku ikut je. Hehehe…kahwin koboi.

*******

Hari Ahad macam ni biasanya aku bangun agak lewat. Tapi bila dah ada dekat rumah orang ni kenalah belajar bangun awal. Malu pula nanti kalau kena tegur dengan mak Zila. Lepas sembahyang subuh, aku tak sambung tidur. Aku terus mandi untuk segarkan diri. Zila jangan cakap la. Nama pun rumah dia. Paling kuat pun nanti terpaksa tadahkan telinga kena leter. Macam tu juga dengan arwah emak dulu. Anak perempuan cuma ada satu tapi macam bela lembu sekandang. Tu belum kira dengan abang aku. Abah lagi. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

“Wei Zila! Bangun la,” bahunya ku goyangkan. Dah nak masuk pukul 10 pagi. Masih tak bangun-bangun lagi. Aku dah tak tahu nak buat apa dah.
“Hhhmmmm..” itu je tindak balasnya.
“Dah pukul 10 la. Kau tak nak bangun ke?” sekali lagi aku menggoncang tubuhnya. Kali ni tak balas langsung. Fine. Aku pun bangun mendekatinya. Bibir ku betul-betul berada di telinganya.

Ready……. Arrrgggghhhhhhh!!!!!!!!
Aku terkekeh-kekeh ketawa melihat aksi Zila terjun dari katil Punyalah terkejut sampai terus terjun dari katil. Macam ni la kalau aku nak kejutkan dia masa di kampus dulu. Punya la liat.
“Hantu kau Kasih. Nak pecah gegendang telinga aku,” Zila mengosok-gosok telinganya.
“Adik! Apa bising-bising tu?” soal Hajah Kalsom sambil mengetuk pintu bilik. Langsung tawa ku mati. Zila yang masih mamai turut tersentap.
“Eh..tak ada apa-apalah mak,” dalih Zila. Mungkin jeritan ku sedikit kuat sehingga mampu di dengari walau berada di luar bilik.
“Dah turun. Ajak Kasih sarapan,” ujar Hajah Kalsom lalu berlalu. Zila menjeling ku.
“Hehehe…sorry,” pohon ku. Aku membantu Zila untuk bangun. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

Aku duduk di anjung rumah keluarga Zila. Sengaja ingin mengambil angin. Sayup-sayup ku terdengar petikan gitar dari salah sebuah bilik. Aku amati petikan gitar yang begitu mengasyikkan. Kalau tak silap petikan gitar itu memainkan lagu dalam filem Ayat-ayat cinta. Mana mungkin dapat ku lupa akan liriknya. Liriknya saja mampu membuat ku menitiskan air mata. Tanpa sedar bibir ku turut menyanyi perlahan menyaingi petikan gitar.

“Boleh tahan juga suara kau ni eks,” Nyanyian ku terhenti. Petikan gitar turut ikut terhenti. Mungkin terdengar akan teguran Zila. Kacau daun betul. Aku baru nak felling-felling.
“Biasa-biasa je. Kalau tidak, dah lama aku jadi macam Siti Nurhaliza tu,” aku menidakkan. Merendah diri tu lebih baik dari meninggi diri. Lainlah dengan si mamat ‘bisu’ tu. Memang suara dia power. Aku rasa petikan gitar tadi pun dia yang main. Kalau Zaki, dah lama dia tunjukkan muka. Dah ada girlfriend pun masih nak mengurat aku.

Zila menghidangkan kerepek yang di perbuat dari tempe. Memang kretif betul. Aku yang pertama kali rasa pun dah jatuh cinta. Memang kalah la dengan keropok-keropok yang penuh iklan di tv. Di tambah pula dengan air kelapa. Memang masyuk!
“Er..aku nak tanya sikit boleh tak?” Zila sibuk menuang air kelapa ke dalam cawan. Nama pun kampung. Benda-benda macam ni tak payah nak beli. Kait je dekat belakang rumah.
“Tanya je la. Sejak bila kau kena minta izin dengan aku,” ceh.. sempat juga dia perli aku.
“Er… abang kau yang hantar aku pergi klinik tu, siapa nama dia?” Zila mengunyah kerepek tempe dengan rakus. Macam tak jumpa setahun.
“Erm..kenapa? Kau dah berkenan ke?” Zila menjawab tanpa menoleh kepada ku. Aku tanya dia, dia boleh tanya aku balik.

“Aku nak tahu je la. Yang kau merapu benda lain tu buat apa,” aku turut mencapai kerepek tempe di hadapan ku. Sambil menyandarkan tubuh pada kerusi rotan. Sejuk je mata memandang melihat kehijauan pokok-pokok. Kalau dekat rumah aku, pokok bunga dalam pasu adalah. Bukan kata sejuk, makin panas adalah.
“Nama dia Zafri,” macam tak ikhlas je nak jawab.
“Zafri je ke. Kenapa nama Zaki panjang. Nama dia pendek je,” ni yang musykil.
“Tiba-tiba je berminat nak tahu nama penuh dia. Macam ada apa-apa je ni. Tak nak story ke?” Zila sudah menutup komik Pedang Samurai lalu merenung wajah ku.

“Tak adalah. Aku bukan apa. Suara dia kan sedap. Kenapa tak jadi penyanyi. Masuk Akademi Fantasia ke, Bintang RTM ke. Sure meletup,” Zila menjungkit bagu.
“Ntah. Aku pun tak tahu. Dia memang minat menyanyi. Tapi tak pernah pula dia cakap nak jadi penyanyi,” terang Zila. Sayang. Bakat terpendam dibiarkan terus terpendam.
“Dia kerja apa?”
“Kalau aku cakap mesti kau tak percaya punya,” apasal pula ni. Kenapa pula yang aku tak percaya. Takkan dia kerja model. Kalau ye pun memang dah padan la dengan wajahnya yang handsome.
“Cakap je la,” desak ku pantas. Zila tersengih memandang ku yang menanti.
“Cikgu,” Chop! Tweet! Stop! Memang tidak di sangka mamat yang ku beri gelaran bisu adalah seorang cikgu.

“Erm..quite impressive.Dia ajar apa? Sekolah menengah ke rendah?” bertubi-tubi soalan meluru bagaikan peluru menyerang Zila.
“Amboi-amboi. Tanya sakan nampak. Apa kata kau tanya je dekat dia sendiri,” erkkk…aku tercekik kerepek tempe. Ada ke dia suruh aku tanya sendiri. Kalau mamat ‘bisu’ tu ramah macam Zaki tak pe la juga. Ini tidak, bila depan aku je dia jadi bisu.
“Cakap je la. Aku tak mampu nak beli suara abang kau yang mahal tu.” keluh ku. Pedas juga sindiran ku. Nasib baik orangnya tak dengar.

“Ehermm!” aku tersentak. Satu suara yang mampu membuat jantung ku berhenti berdegup. Alamak! Agak-agak dia dengar ke tidak. Zila tersengih-sengih sambil memandang ku. Mengarahkan ku bertanya sendiri kepada empunya badan. Aku tidak mampu untuk mendongak.
“Duduk la bang. Kasih ni sibuk nak tanya pasal abang. Siap tanya nama penuh abang lagi. Nak report dekat abah dia kot,” aku dah agak. Saja nak bagi aku malu. Punya la baik aku kutuk, tiba-tiba je dia boleh muncul.

“Eh..tak de la. Saja je nak tahu,” terketar-ketar suara ku. Sempat juga aku menjeling tajam kepada Zila. Boleh dia buat selamba je. Tunjuk gigi dia yang cantik tu. Mamat ‘bisu’ terus duduk di kerusi yang kosong. Betul-betul di hadapan ku bersama gitarnya. Betullah tekaan ku. Memang tidak syak lagi.
“Pandai Kasih menyanyi,” itulah ayat pertama yang aku terima darinya. Fuh! Bergetar jantung ku terdengar suara mu ah! ah !. Macam mana aku nak gambarkan ye. So romatic.

Kehadirannya betul-betul membuat diri ku terlupa akan Haiqal. Lelaki yang menghancurkan kesucian cinta ku. Setiap kali kami berdekatan, jantung ku tidak pernah berdetap perlahan. Aku menjadi gugup. Perasaan ku seolah-olah terkunci dan di kawal olehnya. Perasaan itu semakin kuat tatkala mata kami bertentangan.

“Kalau sudi, Zaf nak dengar Kasih menyanyi sekali lagi. Boleh?” tuturnya lembut. Cukup sopan. Macam mana la agaknya ketika dia berhadapan dengan anak-anak muridnya. Adakah sama seperti dia melayan ku.
“Wei Kasih. Permintaan ni,” tambah Zila. Pandangan dan renungannya masih tidak berganjak dari wajah ku. Menanti jawapan dari ku.
“Er..aaa.. saya tak pandai nyanyi la,” aku menolak dengan lembut. Mana mungkin aku mampu melakukannya. Aku tak mampu.

“Tak apa. Saya pun bukan pandai sangat,” pujuknya. Pujukan yang mampu membuat hati ku cair. Tanpa menanti jawapan dari ku, jemarinya telah pun memetik tali gitar. Alunan dari petikan gitarnya begitu menusuk kalbu. Anggukan Zila memberi semangat kepada ku.

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu


Matanya merenung ku. Merenung jauh ke dalam mata hitam ku. Seakan-akan sedang menyampai sebuah mesej yang tersembunyi. Tidak dapat ku tafsirkan akan mesej yang cuba di sampaikan. Adakah semua itu terkandung di dalam ayat-ayat cinta yang sedang ku alunkan. Aku sendiri tidak mengerti. Ayat-ayat itu ku biarkan tergantung tanpa noktah.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Ku Yang Setia 15

 

Design by Amanda @ Blogger Buster